panduan-solat-taubat

12
Panduan SOLAT TAUBAT InsyaAllah, semua orang Islam yang mukmin akan memerlukan taubat dirinya bagi penjernihan jiwa. ALLAH SWT sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya sebagaimana di dalam Al-Quraanulkarim:

Upload: md-shukri-ab-ghani

Post on 11-Nov-2015

27 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

solat taubat fwd

TRANSCRIPT

  • Panduan SOLAT TAUBAT

    InsyaAllah, semua orang Islam yang mukmin akan memerlukan taubat

    dirinya bagi penjernihan jiwa.

    ALLAH SWT sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat,

    sebagaimana firman-Nya sebagaimana di dalam Al-Quraanulkarim:

  • (Surah At-

    Tahrim: Ayat 8) Maksudnya:

    "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan

    'Taubat Nasuha' (taubat yang sebenar), mudah-mudahan Tuhan kamu akan

    menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam

    Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan

    menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya;

    cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di

    sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-

    orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan

    kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan

    kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

    Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya dengan

    firmanNya:

  • (Surah Az-Zumar: Ayat 53)

    Maksudnya:

    Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah

    melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan

    maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana

    sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua

    Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

    Selanjutnya Allah Ta'ala berfirman:

    (Surah Az-Zumar: Ayat 54)

    Maksudnya:

    "Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah

    bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu

    tidak akan diberikan pertolongan".

    Syarat-syarat taubat :

    1. Ikhlas ingin bertaubat;

    2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi;

    3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan;

  • 4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa

    itu untuk selama-lamanya; dan

    5. Dikerjakan sebelum ajal tiba.

    Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan

    itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain,

    maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri

    dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk

    harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus

    menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan

    sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

    Masa (waktu) Melaksanakan Taubat :

    Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia

    sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri

    sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok,

    dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya

    kebenaran. Oleh itu adalah menjadi kewajipan kepada setiap mukmin

    untuk segera bertaubat pada bila-bila masa sahaja. Ini kerana

    kita tidak tahu bila kita akan kembali (mati)ke hadrat Allah SWT,

    mungkin seminit lagi, 2 minit lagi .... Mudah-mudahan Allah SWT akan

    menerima taubatyyangddilakukan.mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

    Mengambil satu contoh kepada kes anak-anak yang susah hendak

    belajar. Sebab-musabab anak susah untuk menerima pelajaran itu

    berkemungkinan bukan sahaja kesilapan telah dilakukan oleh anak itu

    sendiri bahkan mungkin ada kesalahan yang dilakukan oleh kita sebagai

    ibu atau ayah. Ibu ayah bertanggungjawab dan pemikul amanah Allah

    SWT terhadap anak-anaknya. Suami pula bertanggungjawab terhadap

    isterinya. Oleh sebab itu marilah kita segera bertaubat supaya

    kesilapan yang tidak disangka-sangka atau tidak diketahui yang menjadi

    penyebab kepada susahnya ilmu yang ingin difahami oleh anak-anak.

    Selepas bersolat taubat marilah kita bermunajat ke hadrat Allah SWT

    agar kesilapan kita (sebagai ibu atau ayah) tidak menjadi punca atau

  • berterusan kepada kesusahan dan kepayahan untuk anak menimba ilmu

    dan mohonlah kepada Allah SWT banyak-banyak mudah-mudahan segala

    kesalahan diampunkan. Semoga anak-anak diberi hidayah dan mudah

    memahami atau menghafal perkara-perkara yang dipelajari. Begitulah

    hal-hal dengan perkara-perkara yang lain di dalam kehidupan

    berkeluarga.

    Amat paling penting ialah kita perlu membangkitkan jiwa untuk segera

    bertaubat tanpa berlengah-lengah lagi dengan sentiasa mengingati hari

    kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur yang merupakan

    perkara yang amat pasti tanpa mengira umur, sama ada muda atau sudah

    tua. Bila? Tak usahlah dibicarakan, yang pastinya kita perlu berusaha

    bersungguh-sungguh mengerjakan amalan yang disuruh dan

    meninggalkan segala perkara yang dilarang-Nya. Mungkin kita telah

    banyak kali melakukan pelbagai perkara yang salah seperti tidak

    menutup Aurat dan sebagai-sabagainya. Persoalan dan perkataan mengenai "mati" adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan

    manusia. Mati bererti berpisah dengan segala yang disayangi atau

    dicintai bermula terputusnya segala nikmat dunia. Sedangkan berpisah

    sebentar sahaja dengan anak-anak atau isteri atau suami, sempat juga

    kita mengalirkan air mata kesedihan, apatah lagi berpisah untuk

    selamanya. Tetapi perkataan 'mati' itulah nasihat yang terbaik bagi kita

    ummat muslimin (ummat Rasulullah SAW).

    Begitu jugalah kepada muslimin dan muslimat serta sahabat-sahabat

    yang akan mengerjakan ibadah Haji atau Umrah yang

    amat Mengharapkan Haji Yang Mabrur, maka selalu-selalulah bersolat taubat tanpa mengira waktu untuk menyesali kesalahan atau

    kesilapan yang telah dilakukan mudah-mudahan akan dipermudahkan

    pekerjaan Haji dan Umrah yang akan dilakukan, Insyaallah.

    Lihatlah dan bacalah Firman Allah SWT:

  • (Surah Az-Zumar: Ayat 30)

    Maksudnya:

    "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati, dan sesungguhnya

    mereka juga akan mati".

    Ingatlah dan ketahuilah mengenai azab penderitaan yang bakal dihadapi

    oleh orang-orang yang berdosa akibat daripada kufur dan ingkar akan

    amaran Allah SWT sebagaimana Firman-Nya:

    (Surah Az-Zumar: Ayat 16)

    Maksudnya "Bagi mereka (yang kufur dan ingkar - kafir, disediakan lapisan-lapisan dari

    api menyerkup di atas mereka, dan lapisan-lapisan (dari api) di bawah mereka;

    dengan (azab) yang demikian, Allah menakutkan hamba-hambaNya: "Oleh itu,

    bertaqwalah kepadaKu wahai hamba-hambaKu!"

    Dengan mengingati syurga yang akan menjadi tempat tinggal yang kekal

    bagi orang-orang yang soleh, maka marilah kita membangkitkan

    keinginan jiwa kita untuk melakukan taubat dengan segera. Firman Allah

  • SWT:

    (Surah Az-Zumar: Ayat 73)

    Maksudnya:

    Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga

    dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang

    pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka

    dengan kata-kata:" Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka

    silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya"

    (mereka pun masuk) .

    Oleh itu bersegeralah kita melakukan Solat Sunnat Taubat tanpa

    melengah-lengahkan masa.

    Cara melaksanakan solat taubat :

    Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu

    setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci

    dengan menghadap kiblat;

    Waktu melakukan Solat Taubat Pada bila-bila masa sahaja

    (sama ada malam atau pun di siang hari) sebaik-baik

    sahaja merasakan diri telah mengengkari suruhan Allah SWT

    atau telah membuat kesalahan kepada Allah SWT (sebagai

    contoh ialah tidak menutup aurat, melakukan dosa-dosa kecil lain

  • mahu pun dosa besar), kecuali pada waktu makruh tahrim untuk

    melakukan solat *. Sebaik-baiknya ialah pada 2/3 malam (kira-kira

    jam 2.00 pagi ke atas), semasa Qiyamullail.

    Lafaz NIAT

    Ertinya "Sahaja Aku Solat Sunat Taubat 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

    Rakaat PERTAMA - Dengan membaca (disunatkan membaca doa

    Iftitah) kemudian Surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-

    Kafirun: .

    : atau mana2 ayat atau surah dalam Al-Quran.

    Rakaat KEDUA- Membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu

    bacalah Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Kedua-dua Surah (Surah

    Al-Kafirun dan Surah Al-Ikhlas) adalah bacaan sunnah Rasulullah

    SAW:

  • : atau mana2 ayat atau surah dalam Al-Quran.

    (Terdapat juga golongan 'alim ulamak mengajarkan di Rakaat Pertama

    selepas membaca Surah Al-Fatihah maka baca ayat kursi sebanyak 11

    kali, dan begitu juga di Rakaat Kedua selepas membaca Surah Al-Fartihah

    maka baca ayat Surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali).

    Semasa sujud akhir rakaat kedua, jika mampu, ucapkanlah Doa

    Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati

    memohon keampunan dari Allah Taala):

    :Ertinya

    -

    Selepas salam, perbanyakkan Istighfar sebanyak 100

    kali, atau yang semampunya,

    Ertinya:

    Aku mohon keampunan ya Allah, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha

    Hidup Lagi Maha Mengurus, Aku bertaubat kepada-Nya.

    Selepas itu, jika mampu lagi bacalah tasbih memuji Allah

    SWT 100 kali, atau yang semampunya,

    Ertinya:

    Maha Suci Allah Yang Maha Agong.

    Selepas itu, jika mampu lagi ucapkanlah (seberapa yang mampu):

  • Ertinya: Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah Yang Maha Esa,

    tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala puja.

    Dialah yang menghidupkan

    (orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan)

    dan yang mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.

    - Atau Istighfar sebagaimana berikut (Tiada had);

    Ertinya:

    "Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi

    laranganMu) melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Agong".

    - Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini (mengikut kemampuan):

  • Akhir sekali berdoalah dengan cara yang mudah mengikut kemampuan

    dengan bahasa yang paling mudah atau dengan Penghulu Istighfar

    sebagaimana berikut:

    Ertinya:

    Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah

    yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam

    genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu

    sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku

    lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada

  • ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak

    ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.

    Cara mengerjakan Solat Sunat Taubat di atas adalah sekadar

    panduan dan maklumat kepada yang memerlukan. Namun rujuklah

    kepada para ustaz mahu pun ustazah yang berdekatan agar dapat

    mengerjakan Solat Sunat Taubat dengan sesempurnanya. Ilmu yang

    perlu dipelajari hendaklah diperolehi secara berguru. Bukan berguru

    dengan ustaz-ustazah Google. Mudah-mudahan Solat Taubat yang dikerjakan akan diterima oleh Allah SWT, Insyallah. Tidak ada

    solat sunat taubat ringkas atau panjang sebagaimana yang didakwa

    oleh sesetengah pihak.

    Wallahua'lam.