panduan solat

34
6 Persoalan : 1. Solat Jamaah 2. Muafiq dan Masbuq 3. Solat Musafir (Jamak dan Qasar) Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Upload: sanigsr-nikhamat

Post on 21-Dec-2015

64 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

solat

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN SOLAT

6

Persoalan :

1. Solat Jamaah2. Muafiq dan Masbuq3. Solat Musafir (Jamak dan Qasar)

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Page 2: PANDUAN SOLAT

6

HUKUMNYA 1. Imam Ar-Rafie Sunat MuakadBerdasarkan hadis bermaksud: Solat berjamaah lebih afdal daripada solat seorang diri 27 darjat (kali).

2. Imam An-Nawawi Fardhu KifayahWajib bagi lelaki merdeka dan bermukim serta ada pakaian menutup aurat.Pendapat ini lebih muktamad serta jadi pegangan sebilangan besar para ulamak.

Nasnya, hadis riwayat Abu Daud & An-Nasai bermaksud: “Tidak ada tiga orang yang mendiami satu-satu kampung atau kawasan sedangkan mereka tidak mendirikan solat berjamaah melainkan syaitan akan menguasai mereka. Jadi, dirikan solat berjamaah kerana serigala hanyalah memakan kambing-kambing yang terpencil sahaja”

KEUZURAN UNTUK BERJAMAAH

Hujan – boleh membasahkan pakaian.Angin kencang – malam.Becak (lecah) – mengotorkan pakaian.Sakit.Sejuk @ panas bersangatan.Sangat lapar @ dahaga.Rasa nak buang air kecil @ besar.Takut orang zaliminya @ hartanya.Takutkan peminta hutang kerana benar-benar tidak mampu dijelaskan segera.Takuti hukum siksa yg boleh dimaafi jika menghilangkan diri beberapa hari.

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Page 3: PANDUAN SOLAT

6

Tiada pakaian.Takut ketinggalan rombongan musafir.Makan sesuatu yang berbau busuk.Tunggu keluarga terdekat nazak.Tunggu pesakit yang tiada penjaga.

TEMPAT AFDHAL BERJAMAAH

Lelaki – di masjid.Wanita dan khunsa - di rumah.Wanita rupawan makruh ke masjid.

NIAT IMAM DAN MAKMUM

Pada solat Fardu Jumaat- wajib bagi imam dan makmum.

Pada solat-solat lain- Imam: tak wajib - makruh, tiada fadilat jamaah jika tak

niat imam.- Makmum: Jika niat selepas takbir, sah tapi makruh (tiada

fadilat jamaah). Imam Nawawi – harus.

MAKRUH JADI IMAM

Orang alim fasiq.Orang yang buat kerja bidaah tapi tak menjadi kafir.Perangai keji dan tak disukai makmum.Banyak salah dalam bacaan tapi tak mengubah makna.Tidak fasih sebutan pada sebahagian huruf seperti : Dodd an QofMerampas jawatan imam sedangkan dia tidak berhak.Tidak berhati-hati daripada najis.Pekerjaannya kotor.Anak zina (tak tahu nasab). Boleh jika sesama anak zina.Belum berkhatan walaupun baligh.Kanak-kanak – walaupun lebih ilmunya daripada orang dewasa.

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Page 4: PANDUAN SOLAT

6

ORANG YANG UTAMA JADI IMAM

1. Sultan @ wakilnya2. Imam yang dilantik3. Penghuni tetap (asal):

3.1. Penyewa lebih aula daripada pemberi sewa3.2. Pemberi pinjam lebih aula daripada yang

meminjam4. Lebih alim feqah5. Lebih alim Al-Quran – bacaan dan sebagainya.6. Lebih waraq7. Lebih dahulu hijrah ke Madinah (sekarang tiada lagi)8. Lebih dahulu masuk Islam9. Lebih baik keturunan10.Lebih baik kelakuan11.Lebih bersih pakaian12.Lebih bersih badan13.Lebih baik pekerjaan14.Lebih baik suaranya15.Lebih baik rupa parasnya16.Telah berkahwin17.Jika sama semuanya, undi.

BEBERAPA ADAB SOLAT BERJAMAAH

Adab Sebelum Solat

Imam orang yang disukai ramai makmum.Makruh jadi imam, jika makmum lebih baik ilmu feqah dan bacaannya.Makruh muazin jadi imam bagi solat berkenaan.Solat awal walaupun makmum sedikit lebih afdal daripada solat lewat serta ramai makmum. Jadi imam dengan ikhlas. Jika terbatal sembahyang, jangan malu untuk keluar. Makmum terdekat ganti.

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Page 5: PANDUAN SOLAT

6

Pastikan saf makmum sempurna sebelum takbiratul ihram.Sunat imam nyaringkan suara bila takbir. Makmum hanya dengar sekadar dirinya.

Adab Dalam Bacaan

Sunat imam perlahankan bacaan iftitah & taawuz.Sunat imam nyaringkan bacaan pada 2 rakaat Subuh, Jumaat, Maghrib dan Isyak.Sunat nyaringkan “Amin!” bersama imam.Selepas ‘waladhollin!” sunat imam diam sekejap sebelum kata “Amin!”Selepas “Amin!” sunat imam diam sekedar makmum baca fatihah.Sunat diam seketika sebelum rukuk.Sunat bagi imam baca surah panjang bagi solat Subuh, sederhana bagi solat Zuhur dan Asar dan surah-surah akhir bagi solat Maghrib.

Adab Dalam Mengerjakan Rukun-rukun

Sunat imam meringankan rukuk dan sujud.Makmum jangan mendahului imam ketika rukuk, sujud dsb.Imam guna lafaz jamak bila berdoa.Makruh makmum berdiri seorang tanpa masuk saf.

Syarat-syarat Sah Mengikut Imam (Berjamaah)

1. Aturan sembahyang makmum dan imam sama (muafakat) pada perbuatan- perbuatan zahir.

2. Wajib makmum ikut imam.3. Tahu perpindahan rukun-rukun oleh imam sama ada:

a. lihatb. dengar (suara imam atau mubaligh)

4. Jangan menyalahi imam dalam perkara sunat yang mencacatkan seperti :a. Sujud tilawah - Wajib muafakat pada buat atau tinggal.

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Page 6: PANDUAN SOLAT

6

b. Sujud sahwi - Wajib muafakat pada buat, tidak pada tinggal.c. Tasyhud awal - Wajib muafakat pada tinggal, tidak pada buat.d. Qunut - Tak wajib muafakat pada buat dan tinggal

5. Makmum terkebelakang daripada imam kadar 3 hasta @ kurang. Jika lebih, luput fadilat berjamaah.Jika sama dgn imam – makruh & luput fadilat jamaah.

6. Niat ikut imam. Jika tidak, seperti sembahyang seorang diri. Tapi jika sembahyang Jumaat @ mi’adah - Wajib niat.

7. Yakin sembahyang imam itu sah.8. Hendaklah sembahyang imam itu tak wajib diulang.9. Tak boleh berimamkan orang yang sedang jadi makmum.10.Bukan imam yang kurang daripada makmum seperti :

perempuan @ khunsa.11.Bukan imam yang “ummi” – cacat bacaan fatihah kadar 1

huruf @ 1 tasydid Sdgkan makmum lebih qari fatihahnya.12.Imam dan makmum berada pada satu tempat.

Kedudukan Saf

1. Imam dan seorang makmum lelaki.

Makmum berdiri di kanan imam – terkebelakang sedikit.Jika berdiri di kiri imam – makruh, luput fadilat berjamaah.

2. Imam dan dua orang makmum lelaki.

a. Jika makmum kedua dating, berdirilah di kiri imam – terkebelakang sedikit.

b. Bila takbiratul ihram, imam melangkah ke depan @ makmum undur ke belakang - buat saf di belakang imam.

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Page 7: PANDUAN SOLAT

6

c. Jika makmum di kanan undur sebelum makmum di kiri bertakbiratul ihram- makruh dan luput fadilat jamaah.

d. Jika tiada ruang di tepi kiri imam, takbir di belakang imam – makmum di kanan undur buat saf.

3. Imam lelaki bersama makmum perempuan.Seorang atau lebih, hendaklah berdiri di belakang imam.

4. Imam bersama makmum lelaki dan seorang perempuan.

Jika seorang lelaki dan seorang perempuan - lelaki berdiri di kanan imam, perempuan di belakang makmum lelaki.

5. Imam bersama dua lelaki @ lebih dan perempuan & khunsa. Lelaki di belakang imam, diikuti khunsa, akhir sekali perempuan.

6. Imam bersama seorang makmum lelaki, khunsa dan perempuan. Makmum lelaki di kanan imam, khunsa di belakang imam dan perempuan di belakang khunsa.

7. Susunan SafSaf pertama lelaki baligh. Jika tak penuh penuhkan dengan kanak-kanak lelaki. Saf kedua kanak-kanak dan di belakang kanak-kanak ialah wanita.Jika lelaki baligh datang lewat, jangan undurkan kanak-kanak lelaki dalam saf pertama. Jika khunsa atau wanita hendaklah diundurkan.

*******************

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Page 8: PANDUAN SOLAT

6

MASALAH MUAFIQ DAN MASBUQ

A. ERTI MUAFIQ

Makmum yang sempat berdiri (qiam) bersama imam dalam masa bacaan fatihah yang sederhana.

1. Kewajipan makmum muafiq.

Baca fatihah hingga sempurna (selesai)Tidak boleh terkemudian daripada imam dua rukun fi’li tanpa uzur. Jika tidak terbatal sembahyangnya.Jika makmum uzur dimaafkan tiga rukun yang panjang.Jika imam rukuk ketika makmum bangkit kepada rakaat kedua, makmum dikira masbuq – tinggalkan fatihah & rukuk.Mesti sempat tomakninah dalam rukuk bersama imam. Jika tidak, gugur rakaat tersebut.Jika semasa bangkit itu, imam berada pada rukun selepas rukuk, ikut imam dan wajib tambah rakaatnya.

Makmum Terkemudian Daripada Imam Melebihi Tiga Rukun Yang Panjang

a. Hendaklah berniat mufaroqah.b. Atau meneruskan bacaan fatihah dan mengikut imam

tetapi ditambah satu rakaat selepas salam imam.c. Jika imam rukuk rakaat kedua, makmum itu belum selesai

baca fatihah, hendaklah niat mufaroqah. Kalau tidak, batal sembahyangnya jika ia tahu hukumnya.

d. Jika imam berada dalam tasyhud, makmum boleh sama ada:i. Tinggal fatihah dan duduk tasyhud atauii. Niat mufaroqah dan sembahyang sendiri.

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Page 9: PANDUAN SOLAT

6

Keuzuran Yang Mengharuskan Makmum Muafiq Terkemudian Daripada Imam Dengan Tiga Rukun Yang Panjang.

1. Kelemahan semula jadi – lambat bacaan kerana berat lidah atau menjaga tertil. Jika waswas tidak dimaafkan.

2. Ibnu Hajar menghukum orang waswas yang sebati (jadi tabiat) dihukum uzur juga.

3. Jika syak atau yakin belum baca fatihah sebelum rukuk,, wajib baca fatihah dan dimaaf hingga tiga rukun yang panjang.

4. Terlupa dia sedang sembahyang dan tidak baca fatihah , tiba-tiba imam rukuk.

e. Lalai daripada membaca fatihah, wajib baca jika teringat sebelum rukuk,

f. Asyik baca yang sunat kerana diyakini sempat baca fatihah.

g. Imam rukuk selepas baca fatihah sedangkan makmum belum baca fatihahnya.

h. Makmum rukuk setelah mendengar takbir yang disangka imam rukuk. Bila sedar ia qiam semula dan selesaikan fatihahnya.

i. Bernazar baca surah lain selepas fatihah.

j. Syak beberapa huruf dalam fatihahnya sebelum ia rukuk.

k. Imam cepat baca tasyhud. Makmum tak selesaikan tasyhud lalu berdiri tetapi tak sempat baca fatihah imam rukuk:

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Page 10: PANDUAN SOLAT

6

i. Menurut Imam Ramli – Wajib sempurnakan fatihah hingga tiga rukun yang panjang.

ii. Menurut Ibnu Hajar – Dimaafkan dua rukun fi’li sahaja. Jika tidak sempat, niat mufaroqah.

l. Tertidur waktu tasyhud awal. Bila berdiri tak sempat sempurnakan fatihah bersama imam :i. Imam Ramli- Wajib sempurnakan fatihah hingga 3

rukun yang panjang.ii. Ibnu Hajar – Makmum masbuq.

m. Imam lupa/ tertinggal tasyhud awal. Makmum baca kerana disangka imam sedang baca tasyhud :i. Imam Ramli – Wajib sempurnakan fatihah hingga 3

rukun panjang.ii. Ibnu Hajar – Makmum masbuq.

n. Syak kadar masa sempat fatihah bersama imam @ tidak:i. Imam Ramli – Makmum muafik yang dimaafkan 3 rukun

yang panjang.ii. Ibnu Hajar – Muafiq yang dimaafkan 2 rukun fi’li sahaja.

Jika imam sujud wajib ia sujud dan tambah satu rakaat. Jika tak sempat juga, kena niat mufaroqah.

Pilihlah pendapat dua ulama itu yang difikirkan mudah.

ERTI MASBUQ Makmum yang tidak sempat qiam (berdiri) bersama imam dalam tempoh memuatkan bacaan fatihah kadar sederhana.

Kewajipan Makmum Masbuq

a. Wajib baca fatihah sekadar yang sempat supaya dapat rukuk bersama imam.

b. Jika tak sempat rukuk serta tomakninah bersama imam, luputlah rakaat itu.

c. Tidak boleh makmum terlewat 2 rukun fi’li daripada imam.

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Page 11: PANDUAN SOLAT

6

d. Jika membaca yang sunat atau diam maka wajib baca fatihah kadar baca yang sunat itu. Jika tidak, batal sembahyang kalau tahu haramnya. Jika jahil @ lupa, rakaat itu luput.

e. Jika tak sempat rukuk bersama imam, ikutlah di mana rukun Imam berada. Rakaat itu luput.

f. Jika fatihah belum selesai dengan kadar yang wajib itu, imam hendak sujud, wajib niat mufaroqah kerana wajib sempurnakan fatihah itu.

Syarat Makmum Masbuq Dapat Rakaat Dan Gugur FatihahImam sudah rukuk ketika makmum sampai.Jika imam masih berdiri, baca fatihah setakat yang sempat dan rukuk ikut imam. Dapat rakaat jika :Imam suci drp hadas dan najis.Sempat bersama imam dalam rukuk yang dikira (bukan rukuk tambahan kerana imam lupa).Dapat tomakninah dalam rukuk bersama imam.

Apakah Yang Patut Dilakukan Oleh Makmum Masbuq

a. Sunat tinggal baca yang sunat, terus baca fatihah selepas takbir kecuali yakin sempat maka disunatkan baca yang sunat itu.

b. Sunat muafakat (turut serta) dengan imam membaca zikir, takbir ,intiqolat dan lain-lain.

Jika imam telah sujud, selepas takbiratul ihram tidak sunat takbir bagi turun sujud.Wajib muafakat perbuatan dengan imam di mana rukun imam berada.Sunat takbir semasa bangun selepas tahiyat awal dan angkat dua tangan seperti takbiratul ihram. Tidak wajib berdiri segera.Jika bukan selepas tahyat awal, wajib bangun segera. Tidak sunat angkat tangan. Haram duduk kadar istirahat selepas imam beri salam kedua. Jika sengaja duduk sedangkan ia tahu batal sembahyangnya. Jika tidak tahu @ tak sengaja sunat sujud sahwi.

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Page 12: PANDUAN SOLAT

6

Sunat tunggu hingga imam beri salam kedua kerana ia berhubung dengan sembahyang bagi makmum masbuq.Jika bangun sebelum imam selesai salam pertama tanpa niat mufaroqah, batal sembahyangnya jika sengaja dan tahu hukumnya. Kecuali ia duduk semula.Ulang qunut dalam rakaat kedua Subuh dan ulang tasyhud awal pada sembahyang Maghrib dan seumpamanya.

************************BEBERAPA MASALAH

Makmum takbiratul ihram serentak dengan imam.Qaul yang sahih : Tidak sah sembahyangnya.

Makmum takbiratul ihram mendahului imamTidak sah solatnya tanpa khilaf.

Makmum rukuk dsb.nya serentak dengan imamMakruh. Luput fadilat berjamaah. Begitu juga jika makmum berdiri sebaris dengan imam.

Makmum memberi salam serentak dengan imam.Pendapat yang sahih : Makruh. Luput fadilat jamaah.Pendapat kedua : Batal solatnya.

Makmum masbuq bangun sebelum imam beri salamBatal solatnya jika tidak niat mufaroqah.

Bilakah makmum wajib mendahului imamnya?Iaitu bila imam duduk bukan pada tempatnya, seperti pada rakaat pertama. Makmum tunggu imam pada qiamnya. Jika sengaja duduk, batal solatnya. Sebelum itu, sedarkan imam dengan tasbih 3 kali (niat zikir). Jika perempuan, tepuk telapak tangan atas belakang tangan kiri.

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Page 13: PANDUAN SOLAT

6

Makmum masbuq dalam solat jenazah.

1. Selepas takbiratul ihram, baca fatihah walaupun imam berada dalam takbir yang lain.

2. Jika imam takbir sebelum makmum baca fatihah, ikutlah takbir. Gugurlah fatihahnya. Begitu juga jika makmum sedang baca fatihah, imam bertakbir. Makmum ikut takbir dan tinggalkan fatihah. Sempurnakan takbir dan bacaan seterusnya.

3. Makmum masbuq baca doa iftitah hingga tak sempat habis baca fatihah imam takbir kedua dalam solat jenazah.

Batal solatnya. Tak sunat baca doa iftitah. Segerakan mayat lebih utama.

4. Membaca doa iftitah dalam solat jenazah ghaib. Sunat membacanya. Begitu juga sembahyang jenazah di kubur yang telah dikebumikan. Bahkan boleh berdoa panjang.

5. Tempat imam berdiri semasa solat jenazah.Mayat lelaki – Berbetulan kepalanyaMayat perempuan – Berbetulan pinggangnya.

6. Arah kepala mayat diletakkan ketika solat jenazahMayat lelaki - Di kiri imamMayat perempuan @ khunsa – Di kanan imamKecuali jika sembahyang bersebelahan kubur Nabi di Masjid Madinah, kepalanya ke kiri imam juga.

7. Berjamaah di belakang imam fasiq dengan sembahyang seorang diri, mana lebih afdal?

Afdal berjemaah di belakang imam fasiq.

8. Ada najis yang boleh dilihat pada kain imam.Jika dimaklumkan ada najis pada kain imam, semua makmum batal solatnya.

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Page 14: PANDUAN SOLAT

6

9. Imam berdehem-dehem nyata dua huruf, didengari oleh makmum yang hampir.

Jika nyata dua huruf tanpa uzur syar’ie dan diketahui dengan sengaja, batallah solat semua makmum jika tidak niat mufaroqah.

10. Makmum masbuq jadi imam hanya pada rakaat tambahan.Dalam hal ini, makmum yang dapat baca fatihah dengan sempurna sahaja dapat rakaatnya kerana imam bukan ahli yang layak tanggung fatihah makmum. Fadilat jamaah sebagai imam & makmum juga hasil.

11. Makmum baca tasyhud awal hingga Allahumma Solli’alaMuhammad tetapi imam belum bangun ke rakaat ketiga.Lebih aula dibaca lebih panjang. Tetapi jika ia diam setakat itu tidak membatalkan solatnya.

12. Ketika qiam, imam syak tentang niatnya sedangkan makmum sudah takbiratul ihram.

Harus imam takbiratul ihram perlahan dan niat. Sah solat sekaliannya jika makmum tidak tahu. Jika mereka tahu batal solat mereka.

13. Saf yang diselangi mimbar .Saf itu tidak terputus.

14. Masalah ‘Sami’allahu liman ha midah’ ketika I’tidal.a. Mazhab Shafie - Samada imam atau makmum, ketika

bangkit drp rukuk sunat membaca ‘Sami’allahu liman hamidah’ dan ketika berdiri dibaca ‘Rabbana lakalhamd’

b. Mazhab Hanafi – Imam baca sami’allahu liman hamidah’ Makmum (bilal/mubaligh) sambut dengan ‘Rabbana Lakalhamd.’

15. Cara mendapatkan fadilat berjamaah yang sempurna.

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Page 15: PANDUAN SOLAT

6

a. Sempat takbiratul ihram bersama imam.b. Bagi solat Jumaat, makmum perlu dapat sekurang-

kurangnya satu rakaat bersama imam. Jika tidak, wajib sempurnakan dengan Zuhur.

16. Kedudukan makmum yang sederhana bacaannya mengikut Imam yang cepat bacaannya. Makmum itu dikira masbuq pada setiap rakaatnya. Baca fatihah sekadar yang sempat sahaja.

17. Imam berhadas atau ada najis hukmi (tersembunyi). Makmum tidak wajib mengulangi sembahyangnya.Begitu juga jika berlaku hal-hal lain yang tersembunyi.

18. Makmum keseorangan di belakang lalu menarik salah seorang dari saf. Orang yang kena tarik sunat membantunya. Pahala saf asalnya tidak hilang. Syarat-syarat sunat menarik makmum itu ialah :

Makmum yang ditarik itu merdekaHarus muafakat antara kedua-duanya.Masih ada tidak kurang dua orang makmum dalam saf yang ditarik.Dilakukan ketika qiam sahaja.Ditarik selepas takbiratul ihram.

19.Solat berjamaah dalam bangunan bertingkat.a. Jika masjid, makmum tahu perpindahan imam dari

rukun ke rukun lain samada lihat @ dengar.Tangga berada dalam masjid walaupun jauh, berpusing @ membelakangi qiblat.

b. Jika bukan masjid, mesti ikut syarat :i. Jarak makmum dan imam tak lebih 150 m ( 300

hasta).iii. Makmum tahu perpindahan rukun imam.iv. Tangga tidak membelakangkan qiblat.dan

berbetulan dengan saf imam @ makmum yang bersama imam.

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Page 16: PANDUAN SOLAT

6

v. Perlu ada makmum di muka tangga(rabitah) melihat imam.Jadi, tidak boleh ada penghalang di antaranya. Kalau tidak, mesti ada imam berasingan.

20.Makmum sembahyang di serambi bukan masjid.a. Boleh, syarat ada pintu terbuka yang terletak di

hadapan.b. Jika pintu di tengah saf, makmum yang berbetulan

dengan pintu dan ke belakang sahaja sah jemaah mereka.

21. Solat tahyatul masjid dan I’tikaf di surau yang diizinkan Majlis Agama mendirikan solat Jumaat. Tidak sah kerana ia bukan masjid kecuali setelah pihak berkuasa mengangkat tarafnya menjadi masjid.

22.Ruhbah dan Harim Al – Masjid.a. Ruhbatul masjid:

Binaan yang dibuat untuk menampung keperluan jamaah di luar bangunan masjid atau tempat di luar masjid yang dipagar dikira sebagai masjid juga.

b. Harimul masjid Tempat yang dibina bersambung dengan masjid tetapi dikhaskan untuk membuang sampah atau memasak

atau membasuh pinggan. Ia tidak dihukum sebagai masjid.

23. Orang yang tidak sah jadi makmum.Orang buta dan tuli yang tidak tahu perpindahan rukun oleh imam. Orang ini hanya sah jadi imam sahaja.

24. Selepas sembahyang didapati imam berhadas atau ada najis. Jika najis yang zahir wajib makmum mengulangi solatnya. Imam wajib memberitahu makmum. Jika najis hukmi tak wajib makmum mengulanginya.

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Page 17: PANDUAN SOLAT

6

Musafir bererti mengembara melalui daratan, laut mahupun udara.Islam mengharuskan :Jamak dan qasar solatMenyapu khuf (kasut tertentu) selama 3 hari bila berwudukBerbuka puasa Ramadhan.

PERATURAN MUSAFIR.Musafir digolongkan ke dalam :Wajib – Mengerjakan haji , menuntut ilmuSunat - Menziarahi ibu bapa, keluarga, ulamak dsb.Harus - Melancong , berniaga.

SOLAT QASARSolat Qasar- iaitu memendekkan solat 4 rakaat dijadikan 2 rakaat.Harus qasar bagi orang yang :musafir bukan untuk tujuan muksiatmasih berada dalam musafirQasar dan jamak adalah kelonggaran (rukhasah).Tujuannya :

1. Meringankan masalah seseorang musafir .2. Memudahkan melaksanakan hak-hak Allah3. Menggalakkan pelaksanaan fardu yang diwajibkan.4. Tidak ada lagi alasan untuk mengabaikannya.

KADAR PERJALANAN DIHARUSKAN QASARPerjalanan tidak kurang daripada 89 kilometer @ 88.704 km. atau 2 marhalah – Menurut Dr. Wahbah. Jika jarak 3 marhalah ke atas disunatkan qasar.

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Page 18: PANDUAN SOLAT

6

PERMULAAN BOLEH JAMAK @ QASAR SOLAT

Di luar kawasan dan sempadan qariah seperti :Jika ada kota, dikira selepas keluar kotaSelepas melintasi sempadan kampong seperti parit atau jalan.Selepas kawasan perumahan yang akhir kampong itu.

BERAKHIRNYA MUSAFIR

1. Berakhirnya musafir kerana salah satu daripada sebab berikut :Sampai kembali ke tempat permulaan yang jauhnya 2 marhalah atau lebih. Di sini ada 2 masalah:Jika mula safir di kediamannya maka akhirnya pun di situ.Jika tempat mula bukan kediamannya maka akhirnya pun di tempat itu (jika hendak bermukim 4 hari 4 malam atau lebih tidak kira hari masuk dan keluar).

2. Dengan mulanya pulang daripada perjalanan yang kurang Daripada 2 marhalah. Ada 2 masalah juga :Kembali ke tempat kediamanKembali ke tempat mula safir yang bukan tempat kediamannya daripada perjalanan kurang daripada 2 marhalah tetapi berakhir bila ada niat bermuqim 4 hari 4 malam atau lebih.

3. Semata-mata niat untuk pulang walaupun belum pulang

Ada dua masalah:Niat untuk pulang ke tempat kediamannya dan tidak meneruskan musafirnya. Jika niat untuk pulang tetapi meneruskan semula perjalanan ke tempat dituju, tidak terputus safirnya.Niat pulang ke tempat mulanya tetapi bukan kediamannya dengan syarat ada qasad untuk bermukim. Jika niat meneruskan musafirnya maka dikira yang baru pula.

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Page 19: PANDUAN SOLAT

6

Kedua-dua masalah ini tidak boleh jamak @ qasar di tempat berhenti & berniat hendak pulang tetapi boleh jamak & qasar bila keluar dari tempat itu jika tempat tuju 2 marhalah dan lebih.

4. Niat bermukim 4 hari 4 malam @ lebih (selain hari masuk & Keluar). Ada 2 masalah :

4.1. Niat bermukim dengan kadar masa seperti di atas sebelum sampai di tempat tersebut. Syaratnya dia orang yang bebas.

4.2. Niat bermukim apabila tiba di tempat tersebut.

5. Semata-mata beriqamah (bermukim). Ada 2 masalah juga:

5.1. Tidak bercadang untuk bermukim tetapi terputus safir apabila dia niat untuk bermukim selama yang tersebut di no. 4.

5.2. Jika qasadnya bermukim kurang daripada 4 hari untuk menyelesaikan hajatnya tetapi tidak terlaksana maka safirnya berakhir setelah bermukim selama 18 hari. Selama tempoh itu dia harus jamak & qasar solatnya.

SYARAT-SYARAT SAH SOLAT QASAR

1. Solat fardu 4 rakaat sahaja.2. Jarak perjalanan 2 marhalah (89 km) @ lebih.3. Tujuan yang baik ( wajib, sunat @ harus)4. Ada qasad @ tahu arah tuju. Jk tidak tahu arah tuju, harus

qasar apabila perjalanan sudah sampai 2 marhalah.5. Tidaki boleh berimamkan orang yang sembahyang tamam

(bukan qasar).6. Tidak boleh ikut imam yang diragui safirnya. Jk zan ia

musafir7. boleh ikut, sebab zahirnya orang musafir mengqasarkan

solat walaupun ia tamamkan.

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Page 20: PANDUAN SOLAT

6

8. Niat qasar dalam takbiratulihram.9. Jika syak niat qasar atau tamam maka wajib ditamamkan.

Jika imam tamamkan solat samada lupa atau tidak, wajib makmum tamamkan juga.

10.Tahu harus qasar & kaifiatnya. Tidak sah jika buat kerana ikut orang sahaja.

11.Dilakukan di luar tempat bermukim.12.Kekal safirnya hingga selesai solat.

SOLAT JAMAK

Syarat sebagaimana solat qasar. Harus jamak (himpun) :Zuhur dan ‘AsarMaghrib dan ‘Isyak

Jamak TaqdimZuhur dan Asar dihimpun dalam waktu ZuhurMaghrib dan ‘Isyak dihimpun dalam waktu MaghribJamak TaakhirZuhur dan ‘Asar dihimpun dalam waktu ‘AsarMaghrib dan ‘Isyak dihimpun dalam waktu ‘Isyak

Solat tanpa jamak lebih afdal kecuali :Tidak dapat berjemaah jika tidak jamakAda rasa benci akan solat jamakSyak pada harus jamak.

SYARAT-SYARAT SAH JAMAK TAQDIM

1. Dahulukan solat Zuhur @ Maghrib. Jika didahulukan ‘ Asar @ ‘Isyak tidak sah solat ‘Asar @ ‘Isyak itu. Jika Zuhur @ Maghrib (empunya waktu) batal, dengan sendirinya ‘Asar @ ‘Isyak batal juga.

2. Niat jamak dalam masa solat empunya waktu dalam takbiratul Ihram (afdal). Boleh niat jamak di mana-mana juzuk solat hatta dalam salam pertama.

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Page 21: PANDUAN SOLAT

6

3. Mualat (berturut-turut) kira-kira tak sempat 2 rakaat solat. Jika diceraikan dengan azan, iqomah berwuduk @ tayamum tak mengapa.

4. Kekal safirnya hingga sempurna takbiratul ihram solat kedua.

SYARAT-SYARAT SAH JAMAK TAAKHIR

1. Niat jamak taakhir sebelum habis waktu pertama. Jika tidak, haram mentaakhirkan solat pertama.

2. Kekal safirnya hingga sempurna solat kedua.

Pada jamak taakhir tidak disyaratkan 4 perkara :

Berniat jamak dsalam masa solat pertamaBerniat jamak dalam masa solat keduaMualatTidak disyaratkan tertib.

Bagaimanapun keempat-empat perkara tersebut sunat dilakukan.

LAFAZ NIAT SOLAT QASAR DAN JAMAK

1. Solat Zuhur Qasar

لى تعا لله ء ا د أ كعتينقصرا ر لظهر صلىفرضا أSahaja aku solat fardu Zuhur 2 rakaat qasar kerana Allah Ta’ala.

Jika ‘Asar atau ‘Isyak nyatakan solat berkenaan.

2. Solat Zuhur Qasar serta Jamak Taqdim

داء لعصرأ ا ليه ا عا مجمو قصرا لظهرركعتين ضا فر صلى ألى تعا لله

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Page 22: PANDUAN SOLAT

6

Sahaja aku solat fardu Zuhur dua rakaat qasar dijamakkan kepada Asar kerana Allah Ta’ala.

3. Solat ‘Asar Qasar serta Jamak Taqdim

أ لظهر ا لى ا عا مجمو قصرا ركعتين لعصرى ا ض فر صلى ألى تعا لله ء دا

Sahaja aku solat fardu ‘Asar dua rakaat qasar dijamakkan kepada Zuhur kerana Allah Ta’ala.

4. Solat ‘Asar Qasar serta Jamak Taakhir

دا أ لظهر ا ليه ا مجموعا لعصرىركعتينقصرا صلىفرضا ألى تعا لله ء

Sahaja aku solat fardu ‘Asar dua rakaat qasar dijamakkan kepadanya Zuhur kerana Allah Ta’ala.

5. Solat Zuhur Qasar serta Jamak Taakhir

دا أ لعصر ا لى ا عا مجمو قصرا ركعتين لظهر ضا فر صلى ألى تعا لله ء

Sahaja aku solat fardu Zuhur 2 rakaat qasar dijamakkan kepada ‘Asar kerana Allah Ta’ala.

6. Solat Maghrib serta Jamak Taqdim

دا أ ء لعشا ا ليه ا تمجموعا ركعا ث ثال لمغرب صلىفرضا ألى تعا لله ء

Sahaja aku solat fardu Maghrib 3 rakaat dijamakkan kepadanya ‘Isyak kerana Allah Ta’ala.

7. Solat ‘Isyak Qasar serta Jamak Taqdim

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Page 23: PANDUAN SOLAT

6

ركعتين لعشاء فرضا صلى أ أ ب لمغر ا لى ا عا مجمو قصرا لى تعا لله اء د

Sahaja aku solat fardu ‘Isyak 2 rakaat qasar dijamakkan kepada Maghrib kerana Allah Ta’ala.

8. Solat ‘Isyak Qasar serta Jamak Taakhir

أ لمغرب ا ليه ا عا مجمو ا قصر كعتين ر لعشاء ا فرض صلى ألى تعا لله اء د

Saja aku solat fardu ‘Isyak 2 rakaat qasar dijamakkan kepadanya Maghrib kerana Allah Ta’ala.

9. Solat Maghrib serta Jamak Taakhir

تعا لله اء د أ لعئاء ا لى ا ت كعا ر ث ئال لمغرب فرضا صلى ألىSahaja aku solat fardu Maghrib 3 rakaat dijamakkan kepada ‘Isyak kerana Allah Taala.

Lafaz niat ini dibaca sebelum takbir. Niat dizahirkan dalam hati dalam takbiratul ihram. Ada 3 perkara perlu zahir semasa niat:

Qasad : Aku sembahyangTa’aruq : FardhuTa’ayun : Zuhur ( qasar / jamak …imam/makmum)

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Page 24: PANDUAN SOLAT

6

BEBERAPA MASALAH

1. Seorang musafir, mulanya bertujuan baik, kemudian melakukan maksiat.Harus dia jamak dan qasar solatnya.

2. Jalan tuju ada 2 : Satu jauh(2 marhalah @ lebih) dan satu lagi dekat. Jika ada sebab seperti lebih mudah, ziarah , selamat maka harus ikut jalan jauh dan jamak @ qasar.

3. Safir berakhir bila sampai di tempat yang dituju kerana niat bermukim 4 hari 4 malam tidak kira hari masuk dan keluarContohnya:Jika orang itu tiba di tempat tuju pada waktu gelincir matahari (awal Zuhur) pada hari Sabtu dan berniat untuk keluar pada waktu gelincir matahari hari Rabu hendaklah dia solat tamam. Tetapi jika dia berniat keluar sebelum gelincir matahari, harus jamak dan qasar.

4. Jika orang itu tiba pada malam hari, baki malam itu tidak dikira tetapi kiraan 4 hari itu bermula keesokannya.

5. Solat yang ditinggal semasa musafir tidak harus diqadak dengan qasar. Begitu juga solat yang ditinggalkan semasa bermukim tak harus diqadak semasa musafir dengan qasar.

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Page 25: PANDUAN SOLAT

6

***************************************

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST