panduan setup sistem markah hc 2in1

Upload: chewhc00

Post on 05-Apr-2018

265 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Panduan Setup Sistem Markah HC 2In1

    1/25

    A Instalasi Sistem Markah HeadCount 2In1 Ke Dalam Komputer

    1 Masukkan CD yang dibekalkan kepada anda.2 Buka CD tersebut dan right clik pada ikon Sistem Markah Gred Baru.

    3 Pilih Copy.4 Tutup tetingkap tersebut.5 Klik pada My Computer.6 Right klik pada hardisk yang anda hendak salin sistem headcount ini,

    contohnya hardsisk C.7 Klik Paste.8 Sekarang sistem telah sedia untuk digunakan.

  • 8/2/2019 Panduan Setup Sistem Markah HC 2In1

    2/25

    B Menyediakan fail Sistem Markah Headcount.

    Katakan anda hendak menyediakan Sistem Markah Headcount untuk T3.

    1 Klik pada My Computer.2 Dwiklik pada hardisk C. (Jika simpan dalam D, dwiklik pada hardisk D)3 Dwiklik pada:C:\Sistem Markah Gred Baru \Master\

    4 Dwiklik pada fail SMSM_P_T3(untuk menengah rendah),SMSM_T4_T5(untuk menengah atas).

    5 Klik File, Save As, tukar ke direktori yang anda hendak simpan fail

    ini, taipkan nama fail (contoh: C:\Sistem Markah GredBaru\2011\T3\SMSM_T3_2011) dan klik save.

    Nota: Sila pastikan di mana anda simpan fail ini. Anda boleh simpanfail sistem SMSM ini di mana-mana sahaja, cth: desktop, local disk D,pendrive dll.

  • 8/2/2019 Panduan Setup Sistem Markah HC 2In1

    3/25

    Langkah 1 - Menyediakan Maklumat SetupJika anda telah keluar dari Excel, sila buka semula failSMSM_T3_2011ini semula (fail yang anda telah sedia sebentar

    tadi).1 Setelah fail SMSM_T3_2011 dibuka, anda akan dapat MenuUtama seperti berikut akan dipaparkan :

    2 Pada Menu Utama, klik butang Sistem Headcount.3 Pada Menu Headcount, klik butang Ke Setup.

  • 8/2/2019 Panduan Setup Sistem Markah HC 2In1

    4/25

    Langkah 1 - Menyediakan Maklumat Setup4. Paparan seperti berikut akan dipaparkan.

    Taipkan Maklumat-maklumat pada helaian Setup ini.

    i Taipkan Tahunii Pilih Tingkatan (iaitu Tingkatan Tiga)

    iii Ubahsuai Nama-nama Ujian/Peperiksaan. Satu tahun maksimum 5 kali. Jika setahun hanya ada 4kali, nama peperiksaan 5 dikosongkan. Taipkan juga nama Setiausaha Peperiksaan pada tempatDisediakan oleh.

    Nota: Nama Peperiksaan 6 ialah helaian markah purata yang dijana secara automatik. Anda boleh ubahnama helaian purata ini tetapi ia tetap helaian purata.

    5. Taipkan No Puast peperiksaan, No Sekolah, Nama Pengetua dan jawatannya. Nama pengetua akandipaparkan pada laporan individu. Jika nama pengetua tidak mahu dipaparkan, sila kosongkan.

  • 8/2/2019 Panduan Setup Sistem Markah HC 2In1

    5/25

    Langkah 1 - Menyediakan Maklumat Setupiv Ubah julat Markah 1 dengan mengubah markah minimum setiap

    gred mengikut gred sekolah. Markah maksimum akan berubahsecara automatik.

    Anda juga boleh menggunakan julat Markah 2 jikaujian/peperiksaan yang berlainan menggunakan julat markah yangberlainan.

    v Pada tempat Proses Mengikut Julat Markah, taipkan 1 jikamengikut julat 1 dan taipkan 2 jika mengikut julat 2.

  • 8/2/2019 Panduan Setup Sistem Markah HC 2In1

    6/25

  • 8/2/2019 Panduan Setup Sistem Markah HC 2In1

    7/25

    Langkah 1 - Menyediakan Maklumat Setupx Skrol ke bawah dan pada tempat Alamat sekolah anda, taipkan alamat

    sekolah, no telefon, no fax dan alamat email jika ada. Maklumat ini akan

    muncul dalam laporan individu.xi Pada tempat Nama Kelas, taipkan semua kelas dalam Tingkatan yanganda sedang buat.Contoh: Jika anda sedang sedia sistem untuk kegunaan T3, dan jika T3mempunyai 6 kelas, taipkan nama kelas keenam-enam kelas tersebut. NoKelas akan diberi secara automatik. Jangan masukkan nama kelastingkatan yang lain.

    xii Taipkan juga nama-nama guru tingkatan pada tempat Nama Guru Kelas.

  • 8/2/2019 Panduan Setup Sistem Markah HC 2In1

    8/25

    Langkah 1 - Menyediakan Maklumat Setupxii Skrol ke bawah dan pada tempat Gred dan Pemberat, semak nilai pemberat (GP)

    untuk gred A, B, C, D, E dan T. Jika nilai pemberat berubah, sila perbetulkan.xiii Taipkan wajaran ujian/peperiksaan untuk helaian purata yang akan dijana secara

    automatik:Contoh1: Jika ujian1 menyumbangkan 10%,ujian2 menyumbangkan 30%,ujian3menyumbangkan 10%,ujian4 menyumbangkan 50% dan tiada ujian5:Taipkan 10 untuk Ujian1, 30 untuk Ujian2, 10 untuk Ujian3, 50 untuk Ujian4, 0untuk Ujian5Contoh2: Jika semua ujian/peperiksaan menyumbangkan peratus yang sama untukmarkah purata/akhir: Taipkan 1 untuk Ujian1, 1 untuk Ujian2, 1 untuk Ujian3, 1

    untuk Ujian4, 1 untuk Ujian5, sistem akan mencari markah purata untuk markah-markah yang telah ditaipkan.Anda boleh cetak helaian purata ini dengan menggunakan Menu Utama SistemMarkah. Markah purata ini juga akan dipaparkan pada laporan individu.

  • 8/2/2019 Panduan Setup Sistem Markah HC 2In1

    9/25

    Langkah 1 - Menyediakan Maklumat Setupxiv Ubah nilai minimum untuk julat markah bagi markah TOV dan ETR jika lain dari

    julat 1 seperti yang telah diset di atas tadi.xv Semak nama-nama ujian/peperiksaan, jika salah, sila perbetulkannya di

    bahagian atas.xvi Perbetulkan proses mengikut Julat Markah jika tidak betul iaitu untuk borang-

    borang Headcount(HC1-HC6) yang akan dicetak nanti.xvii Pada Pilihan OTI, taipkan 1 jika peperiksaan tersebut digunakan sebagai OTI 1

    dan taipkan 2 jika peperiksaan tersebut digunakan sebagai OTI 2. Bagi ujian/pep yang bukan merupakan OTI, taipkan x. Biasanya OTI1 ialah peperiksaanpertengahan tahun dan OTI2 ialah peperiksaan akhir tahun atau percubaan

    UPSR/PMR/SPM/STPM.xviii Ubah nilai julat GP di mana sekolah anda anggap sebagai gagal (akan digariskanpada GPI dalam marksheet yang akan dicetak nanti).

  • 8/2/2019 Panduan Setup Sistem Markah HC 2In1

    10/25

    Langkah 1 - Menyediakan Maklumat SetupKembali ke bahagian atas, setkan kriateria-kriateria mengikut sekolah masing-masing.Cara susun-pilih puratajika kedudukan mengikut markah purata, pilih Bil ABC jika susunan

    kedudukan kelas mengikut bilangan ABC, pilih GP jika mengikut gred purata.

    Kriateria PPD- Hanya sah untuk helaian PPD sekolah rendah sahaja (Sekolah menengah, silaabaikan). Kriteria Lulus-pilih "1" jika semua subjek minimum A; "2" jika semua subjekminimum B;"3" jika semua subjek minimum C; "4" jika semua subjek minimum D; "5" jikamengikut kumpulan seperti kumpulan yang anda boleh set sendiri seperti di bahagian bawahhelaian setup ini. Sila setup sendiri jika perlu. (Sekolah menengah, sila abaikan settingini).

    Garisan Laporan - semasa mencetak laporan individu, jika menggunakan printer dotmatrix yangkecil, pilih "Tiada", laporan tidak mempunyai garisan, cetakan lebih cepat. Pilih "Separuh"atau "Penuh" jika anda menggunakan printer jenis ink atau laser.

    Nama Kedua- untuk SJK(C) sahaja. Pilih "Papar" jika nama Cina hendak dipaparkan padamarksheets. Pilih "Jangan" jika anda tidak mahu nama Cina dipaparkan pada marksheets.Untuk sekolah bukan SJK(C), pilih "Jangan".

  • 8/2/2019 Panduan Setup Sistem Markah HC 2In1

    11/25

    Langkah 1 - Menyediakan Maklumat SetupKddkn. Mengikut- Semasa menyusun kedudukan dalam kelas/tingkatan, jika sekolah

    anda mengambil kira markah purata untuk semua markah dalam tiap-tiapujian/peperiksaan, pilih "Semua" dan jika hanya merujuk kepada markah satu

    ujian/peperiksaan sahaja, pilih "Satu".Warna Cetakan- jika warna cetakan anda hitam putih, pilih "H.Putih", jika anda

    menggunakan printer warna dan hendak mencetak warna pilih "Warna".Jenis Sekolah- Pilih "Kebangsaan" jika SK/SMK, "Cina" jika SJK(C) dan "Tamil" jika

    SJK(T).Warna Gagal- Untuk Cetakan warna sahaja bagi laporan individu. Jika markah gagal

    hendak dicetak merah, pilih "Merah" dan jika markah gagal hendak dicetak biru

    juga, pilih "Biru".

  • 8/2/2019 Panduan Setup Sistem Markah HC 2In1

    12/25

    Langkah 1 - Menyediakan Maklumat SetupOpsyen Susun-semasa susun kedudukan dalam kelas/tingkatan, pilih:"1" jika hanya

    mengambilkira purata markah sahaja; "2" jika semua subjek minimum A diikutimarkah purata; "3" jika semua subjek minimum B diikuti markah purata; "4" jika

    semua subjek minimum C diikuti markah purata; "5" jika semua subjek minimum Ddiikuti markah purata.Saiz Kertas- Semasa mencetak, pilih "1" jika mengguna kertas A4; pilih "2" jika mengguna

    kertas F4; pilih "3" jika mengguna borang komputer; pilih "4" jika saiz lain. (Untuksaiz lain, sila ke helaian berkenaan, klik File, page setup, pilih saiz kertas yangdikehendaki secara manual)

    Kriteria Lulus-pilih "1" jika semua subjek minimum A; "2" jika semua subjek minimum B;"3"jika semua subjek minimum C; "4" jika semua subjek minimum D; (Untuk sekolah

    rendah sahaja: "5" jika mengikut kumpulan A&B=KC, A&B&C=KL, A&B&C&D=GBL,A&B&C&D&E=KG)Jenis Markah- Sila pilih "Markah. Jangan pilih Gred.

  • 8/2/2019 Panduan Setup Sistem Markah HC 2In1

    13/25

    Langkah 1 - Menyediakan Maklumat SetupPENTING

    Setelah semua maklumat dalam setup telah dibetulkan, jika ada perubahanpada susunan mata pelajaran, sila klik butang Tukar Mata Pelajaran

    yang terletak di bahagian atas. Taipkan 1 dan klik Ok. Mata pelajaranpada helaian masuk markah akan mengikut setting mata pelajaran yanganda setkan.

    Nota:

    Mata pelajaran tidak akan ikut susunan mata pelajaran yang anda setkanjika anda tidak klik butang Tukar Mata Pelajaran.

  • 8/2/2019 Panduan Setup Sistem Markah HC 2In1

    14/25

    Menyedia Sistem untuk kegunaan tingkatan lain.

    Setelah semua maklumat dalam setup telah dikemaskinikan, silaklik save untuk menyimpan data T3 kemudian klik File, Save Asdan namakan semula fail SMSM_T3_2011 sebagaiSMSM_T2_2011 untuk Tingkatan 2 dan seterusnya.

    Setelah itu, klik ke Setup untuk mengubah tingkatan daritingkatan tiga menjadi tingkatan dua, nama-nama kelas (cth 3Amenjadi 2A dll) dan nama guru kelas. Begitu seterusnya untuk

    tingkatan yang lain.

  • 8/2/2019 Panduan Setup Sistem Markah HC 2In1

    15/25

    Langkah 2 - Membuat Senarai Nama Kelas1. Jika anda telah keluar dari Sistem Markah HC, Masuk Excel semula dan bukan

    fail tingkatan yang berkenaan. Pada Menu Utama, klik butang Masuk Markah.2. Perhatian: Sistem ini dapat membuat senarai nama untuk semua kelas yang anda

    telah taipkan.3. Pada awal tahun atau pada kali pertama anda menggunakan program ini, sila

    masukkan maklumat-maklumat Ruj Kelas (No. Bil pada senarai nama kelas), NamaMurid, Nama Cinanya jika berkenaan, Nombor daftar(no pendaftaran murid),Nama Kelas, Jantina (1=lelaki/2=perempuan), Bangsa (1=Melayu, 2=Cina, 3=India,4=Lain-lain Bangsa), Nombor Kelas Ujian 1 (mengikut nombor kelas seperti yangterpapar di baris kedua atas.

    4. Jika anda taipkan nama pelajar tetapi maklumat lain tidak diisi dengan lengkap,sel-sel yang tidak diisi akan ditanda dengan warna biru. Sila lengkapkan dan warnabiru akan hilang. Warna biru pada sel mengingatkan anda supaya mengisikanmaklumat yang diperlukan.

    5 Penting: Ruj Kelas, Nama pelajar, Nama Kelas, Jantina, Bangsa dan nombor kelasujian1 mesti diisi dengan lengkap. Jika tidak lengkap, anda tidak dibenarkanproses data dan membuat senarai nama murid.

  • 8/2/2019 Panduan Setup Sistem Markah HC 2In1

    16/25

    Langkah 2 - Membuat Senarai Nama Kelas6 Jika anda hendak membuat senarai nama, nama murid tidak perlu

    disusun, tetapi pastikan jantina ditaip dengan betul. Sistem akan

    menyusun sendiri mengikut susunan abjaid apabila anda klikbutang Susun/Jana Rujukan Kelas.7 Jika anda sudah ada senarai nama dalam bentuk Excel, anda

    boleh guna kaedah copy paste. Apabila menggunakan paste, mestiguna butang Paste yang disediakan. Sila isikan nombor rujukankelas mengikut no. bil. senarai nama kelas anda (mesti diisi).

    8 Setelah semua maklumat telah diisi, klik pada butang "SediaSenarai" di atas.9 Jika mesej data tak lengkap dipaparkan, sila lengkapkan data

    tersebut dan ulangi sekali lagi.

  • 8/2/2019 Panduan Setup Sistem Markah HC 2In1

    17/25

    Langkah 2 - Membuat Senarai Nama Kelas10 Sila semak semua maklumat bagi kelas anda, maklumat Tahun,

    Nama Kelas dan nama guru tingkatan jika tidak betul, klik butang

    Setup, dan buat pembetulan pada helaian setup.11 Sila masukkan nama ketua/pen. ketua tingkatan. Tolong janganguna kaedah Copy & Paste. Ia boleh menyebabkan formatberubah dan anda tidak dapat baca nama-nama tersebut. Baginama-nama yang terdapat di bawah senarai yang dipaparkan, andaboleh guna formula = dan klik pada nama yang dikehendaki.

    12 Jika terdapat kesilapan pada nama, jantina atau no. daftar, silabuat pembetulan pada helaian masuk markah dan ulangi prosestadi (langkah 8-11).

  • 8/2/2019 Panduan Setup Sistem Markah HC 2In1

    18/25

    Langkah 2 - Membuat Senarai Nama Kelas13 Untuk cetak, sila masukkan kertas ke dalam printer, dan klik

    butang "Cetak Senarai", ikut arahan yang dipaparkan.

    14 Nota: No Daftar tidak dapat dipaparkan dalam skrin. Ia hanyaakan dipaparkan apabila anda cetak senarai nama.

  • 8/2/2019 Panduan Setup Sistem Markah HC 2In1

    19/25

    Langkah 3 - Memasukkan nama guru subjek

    1 Pada Menu Utama, klik butang "Senarai Nama Guru Subjek".2 Taipkan nama guru subjek pada ruangan berkenaan.3 Taipkan juga nama panitia pada baris teratas.

    Nota: Pastikan nama panitia adalah betul. Nama Panitia bolehdiubah mengikut Nama Panitia sekolah masing-masing.

    4 Jika nama kelas dan nama guru kelas tidak betul, sila perbetulkandi helaian Setup.

  • 8/2/2019 Panduan Setup Sistem Markah HC 2In1

    20/25

    Langkah 4 - Memasukkan Markah PeperiksaanUntuk Kali Pertama

    1 Pada Menu Utama, klik butang Ke Masuk Markah".2 Taipkan markah-markah peperiksaan/ujian pada subjek yang diambil. Subjek yang tidakdiambil, sila kosongkan.Nota: Markah yang diterima ialah angka 0 hingga 100, TH untuk tidak hadir tanpasebab (dianggap sebagai 0 markah, markah purata akan terjejas), S untuk tidak hadirdengan sebab (dianggap tidak ambil subjek tersebut, markah purata tidak terjejas),Untuk sekolah rendah, gred A, B, C, D dan E dibenarkan. Angka lain dan hurufhuruflain tidak diterima (akan ditanda dengan warna merah).

    3. Sel yang berwarna merah (silap taip), sila klik pada sel berkenaan dan tekan kekuncidelete dan taipkan semula.4. Setelah sudah taipkan markah (sebahagian atau semua), sila simpan data dengan

    menggunakan ikon dalam Excel sebelum anda tutup Excel.

    Anda tertekan

    space bar

  • 8/2/2019 Panduan Setup Sistem Markah HC 2In1

    21/25

    Langkah 4 - Memasukkan Markah PeperiksaanUntuk Kali Pertama

    1. Bagi sekolah yang mencetak laporan individu menggantikan buku kemajuanmurid, sila taipkan kehadiran, kelakuan (satu perkataan sahaja atau gunagred spt A, B dll).

    2. Taipkan juga komen guru. Terdapat 3 cara untuk taipkan komen: Cara 1, silataipkan komen sendiri. Cara 2, sila pilih komen dari seratus komen yangdisediakan. Cara 3, jika anda kosongkan ruangan komen, komputer akan autokomen berdasarkan markah purata pelajar. Auto komen boleh diedit padahelaian setup bahagian bawah sekali.

    3. Setelah sudah taipkan data (sebahagian atau semua), sila simpan datadengan menggunakan ikon sebelum anda tutup Excel.

  • 8/2/2019 Panduan Setup Sistem Markah HC 2In1

    22/25

    Langkah 5 - Memasukkan Markah PeperiksaanUntuk Kali Kedua dan Seterusnya.

    1 Sila buka fail Sistem Markah Headcount dan pada Menu Utama, klik butang KeMasuk Markah".2 Skrol helaian markah ke belakang dan anda akan nampak sel-sel yang berwarna

    kuning. Sel yang berwarna kuning menunjukkan murid ini mengambil subjek inipada ujian/peperiksaan sebelum ini. Jika murid ini mengambil subjek ini, sel yangberwarna kuning ini hendaklah diisikan dan jika murid ini tidak mengambil subjekini pada kali ini, sila abaikan, tidak perlu isi apa-apa.

    3. Sila taipkan nombor kelas murid tersebut berada atau anda boleh copy No kelas

    ujian1 dan paste (guna butang paste yang disediakan dan bukan paste Excel) padano kelas ujian2.

  • 8/2/2019 Panduan Setup Sistem Markah HC 2In1

    23/25

    Langkah 5 - Memasukkan Markah PeperiksaanUntuk Kali Kedua dan Seterusnya.

    4. Bagi murid yang tidak ada markah, no kelas hendaklah ditaipkan dengan huruf Bdan sel markah dikosongkan. Keadaan ini boleh berlaku dalam dua kes.Kes1: Seorang murid mengambil ujian kali pertama di kelas no 2 dan telahbertukar ke sekolah lain pada ujian kali kedua, sila taipkan 2 pada sel No KelasUjian1 dan taipkan B pada sel No Kelas Ujian2 dan seterusnya, sel markah silakosongkan.Kes2: Seorang murid baru datang dari sekolah lain pada ujian kali kedua danditempatkan di kelas 3, sila taipkan B pada No Kelas Ujian1 dan sel-sel markah

    sila kosongkan. Untuk sel No Kelas Ujian2, taipkan 3 dan sel-sel markah silataipkan markah yang diperolehnya.5. Kes khas: Jika seorang murid pada ujian 1 ditempatkan di kelas 2, (taipkan 2 pada

    sel No Kelas Ujian1) tetapi telah ditukarkan ke kelas 1 pada ujian 2, taipkan 1pada sel No Kelas Ujian2.

    6. Setelah sudah taipkan markah (sebahagian atau semua), sila simpan data dengan

    menggunakan ikonsebelum anda tutup Excel.Sekarang fail ini telah sedia untuk diproses dan seterusnya membuat analisis

    peperiksaan dalaman.

  • 8/2/2019 Panduan Setup Sistem Markah HC 2In1

    24/25

    Untuk Cetak Nota Slide Show ini, sila masukpowerpoint dahulu dan kemudian bukan fail ini.Jangan buka dengan cara dwiklik pada fail ini.

    Sebelum anda keluar dari Excel, jangan lupasimpan data dengan klik pada ikon Excel .

    Selamat menjalankan tugasTerima Kasih

    Sebarang pertanyaan, sila hubungiMr Chew 013-5015862/012-4593412

  • 8/2/2019 Panduan Setup Sistem Markah HC 2In1

    25/25

    Selamat Menjalankan Tugas

    Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

    Mr Chew Tel HP:012-4593412

    Untuk Versi percubaan, sila download dari

    http://dl.dropbox.com/u/67166984/index.html

    http://dl.dropbox.com/u/67166984/index.htmlhttp://dl.dropbox.com/u/67166984/index.html