panduan qiamullail

Upload: iskandarx

Post on 02-Apr-2018

261 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    1/42

    Panduan

    Qiamullail

    JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    2/42

    Cetakan Kesebelas 2009

    Cetakan Keduabelas 2010

    Rekabentuk dan Dicetak oleh:OMR Press Sdn Bhd

    No. 18, Jalan Industri USJ 1/12,Taman Perindustrian USJ 1,

    47600 Subang Jaya,

    Selangor Darul Ehsan

    Cetakan Ketigabelas........2013 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

    Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulangmana-mana bahagian artikal, illustrasi dan isi kandunganbuku ini dalam apa jua bentuk dengan cara apa jua samaada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau caralain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua PengarahJabatan Kemajuan Islam Malaysia, Pusat PentadbiranKerajaan Persekutuan, 62579 Putrajaya.

    Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

    Panduan QiamullailISBN 978-983-042-187-2

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    3/42

    KANDUNGAN

    1

    2

    6

    6

    30

    34

    35

    Pendahuluan

    Kelebihan Qiamullail

    Amalan-Amalan Sunat Semasa Qiamullail

    Beberapa Sembahyang SunatSemasa Qiamullail

    Cara Mengerjakan Qiamullail

    Penutup

    Amalan Lain Yang DisunatkanSemasa Qiamullail

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    4/42

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    5/42

    PANDUAN

    QIAMULLAIL

    Pendahuluan

    Qiamullail ialah satu amalan sunat yangbererti bangun malam iaitu bangundengan tujuan untuk beribadat kepada AllahSWT amalan qiamullail bukanlah satu perkarabaru, bahkan ianya merupakan ibadat yangsudah menjadi darah daging atau amalan pararasul, nabi-nabi, orang soleh dan alim ulamasejak dahulu lagi.

    Hasil dari gerakan dakwah yang berjalan

    lancar sejak akhir-akhir ini, telah menarik minatramai orang bukan sahaja golongan tua, bahkangolongan muda termasuk penuntut-penuntut dipusat-pusat pengajian tinggi untuk menghayatiamalan qiamullail.

    Justeru itu buku kecil ini diharap dapat menjadi

    panduan untuk mengerjakan ibadat qiamullail.

    1

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    6/42

    Kelebihan Qiamullail

    Banyak ayat al-Quran dan hadith nabi yang

    menerangkan tentang kelebihan bagi merekayang mengerjakan ibadat qiamullail.

    Diantaranya ialah firman Allah SWT:

    Maksudnya: Dan bangunlah padasebahagian dari waktu malam sertakerjalah sembahyang tahajjud padanya

    sebagai sembahyang tambahan bagimu,

    semoga Tuhanmu membangkitkan danmenempatkanmu pada hari akhirat ditempat yang terpuji.

    (Surah al-Isra: 79)

    Dalam firman-Nya yang lain berbunyi:

    Maksudnya: Dan (dengan apa keadaanpun) maka pada sebahagian waktumalam sujudlah kepada Tuhanmu (denganmengerjakan sembahyang) dan (seboleh-

    2

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    7/42

    bolehnya) bertasbihlah memuji-Nya (denganmengerjakan sembahyang Tahajjud), pada

    sebahagian yang panjang dari waktu

    malam.(Surah al-Insan: 26)

    Rasulullah SAW menyuruh umatnya bangunberibadat di tengah malam (qiamullail) sebagaisatu ibadat tambahan. Baginda sentiasa

    melakukan qiamullail dengan bersungguh-sungguh sebagaimana yang digambarkan dalamsebuah hadith dari Aisyah RA yang berbunyi:

    Maksudnya: Bahawa Rasulullah SAWbangun sebahagian daripada malambersembahyang hingga bengkak keduakakinya, maka aku (Aisyah) berkata kepadabaginda, mengapa Rasulullah SAW lakukanini semua, bukankah dosa tuan telahdiampunkan oleh Allah sama ada yang

    3

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    8/42

    terdahulu ataupun yang terkemudian?Baginda menjawab: Salahkah aku menjadihamba yang bersyukur?

    (Muttafaq Alaih)

    Bangun bersembahyang, bertasbih danmembaca al-Quran pada sebahagian daripadamalam boleh memberi kesan yang mendalamkepada jiwa orang yang melakukannya. Firman

    Allah SWT yang berbunyi:

    Maksudnya: Sesungguhnya bangunberibadat pada waktu malam itu adalah

    sangat berkesan (dalam hati) dan lebih betulbacaannya.(Surah al-Muzammil: 6)

    Jabir RA pula mengatakan bahawa akumendengar Rasullulah SAW bersabda yang

    berbunyi:

    4

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    9/42

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    10/42

    Amalan-Amalan Sunat Semasa(Qiamullail)

    Berdasarkan kepada ayat-ayat al-Quran danhadith-hadith yang disebut di atas menunjukkanbahawa di antara amalan-amalan yangdisunatkan semasa qiamullail ialah mengerjakansembahyang-sembahyang sunat, membacaal-Quran, berzikir dan beristighfar memohon

    ampun ke hadrat Allah SWT. Tentang sedikit ataubanyaknya mengerjakan amalan-amalan sunatbergantung kepada kemampuan seseorang.Jika seseorang itu hanya mampu mengerjakanhanya dua rakaat sembahyang Tahajjud sahajaumpamanya, maka ini juga dikira melakukan

    ibadat qiamullail. Walau bagaimanapun sedikitatau banyak bukanlah menjadi ukuran, yangpenting ialah keikhlasan seseorang dalammengerjakan ibadah dan sentiasa melakukannyakerana keikhlasan dan selalu melakukannya ituakan lebih menghampirkan seseorang kepada

    Allah SWT.

    Beberapa Sembahyang SunatSemasa Qiamullail

    Di antara sembahyang-sembahyang sunat yang

    biasa dikerjakan semasa qiamullail ialah:

    6

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    11/42

    1. Sembahyang Sunat Awwabin

    Awwabin bererti kembali iaitu kembalimengingati Allah SWT ketika berada dalamkelalaian. Sembahyang sunat ini biasa dilakukandi antara waktu Maghrib dengan Isyak.Sembahyang ini boleh dikerjakan 20 rakaat, 4rakaat dan 2 rakaat.

    Fadilat Sembahyang Sunat Awwabin

    Rasulullah SAW pernah bersabda yang berbunyi:

    Maksudnya: Sesiapa yang bersembahyangdi antara Maghrib dan Isyak 20 rakaat, Allah

    SWT membina untuknya sebuah mahligai

    dalam syurga. (Riwayat Ibn Majah)Cara-cara Sembahyang Sunat Awwabin

    Sebelum seseorang itu mendirikan sembahyangsunat tersebut dia hendaklah membaca doa ini:

    7

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    12/42

    Maksudnya: Selamat datang wahaimalaikat yang bertugas malam, selamatdatang wahai dua malaikat pencatat

    yang mulia, tuliskan dalam rekodkusesungguhnya aku naik saksi bahawasanya

    8

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    13/42

    Tiada yang lain melainkan Allah dan akunaik saksi bahawasanya Nabi Muhammad

    SAW itu hamba-Nya dan perutusan-Nya,

    aku naik saksi bahawasanya syurga itubenar, neraka itu benar, kalam itu benar.

    Aku naik saksi bahawa kiamat itu benardan pasti akan datang tidak ragu lagi, Allahakan bangkitkan mayat daripada kubur.Hai! Tuhanku simpankanlah penyaksianku

    ini di sisi-Mu untuk hari yang aku perlukankepadanya. Hai! Tuhanku simpankanlahamalanku, ampunkanlah dosaku,beratkanlah timbanganku yang baik dan

    pastikan dengannya pencapaian cita-citakudan perkenankanlah untukku hai tuhan

    yang sangat Pemurah.

    Kemudian sembahyang dua rakaat denganlafaz niat seperti berikut:

    Maksudnya: Sahaja aku sembahyangsunat memelihara iman serta Awwabin duarakaat kerana Allah SWT.

    9

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    14/42

    Bacaan tiap-tiap rakaat selepas al-Fatihah:

    6 kali surah al-Ikhlas

    1 kali surah al-Falaq

    1 kali surah al-Nas

    Dalam rakaat kedua juga dibaca seperti

    dalam rakaat pertama, kemudian selepas salam,bacalah doa ini:

    Maksudnya: Ya Allah, penuhkanlahaku dengan iman dan peliharakanlah iasepanjang hidupku, waktu matiku danselepas matiku.

    Sesudah itu bangun sembahyang dua rakaat

    lagi dengan lafaz:

    Maksudnya: Sahaja aku sembahyangsunat Awwabin dua rakaat kerana AllahSWT.

    10

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    15/42

    Selepas membaca surah al-Fatihah bacalahmana-mana surah yang telah ditetapkan dalamdua rakaat itu.

    2. Sembahyang Sunat Tahajjud

    Pengertian Tahajjud ialah sembahyang sunatapabila terjaga daripada tidur malam walaupuntidur hanya sebentar. Sembahyang ini dilakukan

    selepas daripada waktu Isyak sehingga terbitfajar. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satupertiga malam (kira-kira jam 3.00 pagi) hinggake fajar. Sembahyang ini dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat secara bersendirian.Lakukanlah seberapa banyak yang termampu.

    Fadilat Sembahyang Tahajjud

    i. Mendapatkan pengawasan Allah SWT danmenampakkan kesan-kesan ketaatan di

    wajahnya.

    ii. Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orang-orang mukmin.

    iii. Percakapannya mempunyai hikmah, benardan bijaksana.

    iv. Wajahnya bersih bersinar dan bercahayasemasa dibangkitkan di padang mahsyar.

    v. Dimudahkan hisab ke atasnya.

    11

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    16/42

    vi. Senang melalui Titian Siratul Mustaqimumpama kilat yang menyambar.

    vii. Menerima anugerah catatan amalan dengantangan kanan.

    viii. Jauh daripada kebinasaan.

    Cara Mengerjakannya

    lafaz niat:

    Maksudnya: Sahaja aku sembahyangsunat Tahajjud dua rakaat kerana Allahtaala.

    Bacaan

    Pada rakaat pertama hendaklah baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun

    Pada rakaat kedua hendaklah baca surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas

    Selepas daripada salam hendaklah membaca

    doa ini:

    12

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    17/42

    13

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    18/42

    Maksudnya: Ya Allah bagi-Mu segalapujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan

    bumi serta segala yang terdapat di dalamnya.Bagi Engkau segala pujian,Engkaulah yangmenerangi semua langit dan bumi danorang-orang yang berada di dalamnya.bagi Engkau segala pujian, Engkaulah

    yang benar dan janji Engkau adalah benar,

    syurga dan neraka adalah benar, semuanabi Engkau adalah benar, Muhammad

    SAW adalah benar, dan hari kiamat adalahbenar. Ya Allah kepada-Mulah aku serahkandiriku, aku percaya kepada Engkau, tempataku berserah diri dan kepada Engkau aku

    kembali, dengan pertolongan Engkau akumenghadapi musuhku, kepada Engkau akuberhukum. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku

    yang terdahulu dan terkemudian,dosa yangtersembunyi dan yang nyata dan dosa yanghanya Engkau sahaja yang mengetahui.

    Engkaulah yang dahulu dan yang akhir,tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada dayaupaya kecuali dengan pertolongan Engkau.

    3. Sembahyang Sunat Hajat

    Sembahyang Hajat bererti sembahyang untukmeminta sesuatu hajat yang tertentu. Ia boleh

    14

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    19/42

    dilakukan secara bersendirian mengikut hajatmasing-masing dan boleh juga dilakukan secaraberjemaah jika untuk niat yang sama.

    Cara Mengerjakannya

    Sembahyang ini tidak ditentukan jumlah rakaatsebenar tapi biasanya dilakukan antara duahingga dua belas rakaat.

    lafaz niat:

    Maksudnya: Sahaja aku sembahyangsunat Hajat rakaat kerana Allah Taala.

    Bacaan

    Pada rakaat pertama hendaklah baca surah al-Fatihah satu kali dan surah al-Kafirun satu kaliatau sepuluh kali.

    Pada rakaat kedua hendaklah baca surah al-Fatihah satu kali dan surah al-Ikhlas satu kaliatau sepuluh kali.

    15

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    20/42

    Selepas memberi salam hendaklah membacadoa ini:

    Kemudian pohonlah apa yang dihajati.Apabila selesai berdoa hendaklah diakhiri

    dengan selawat iaitu:

    Insya Allah segala apa yang dihajati akandimakbulkan oleh Allah SWT.

    16

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    21/42

    4. Sembahyang Sunat Taubat

    Sembahyang sunat Taubat bererti sembahyang

    memohon keampunan dan taubat Nasuhadaripada Allah SWT Sembahyang ini dilakukansebanyak dua rakaat. Asas sembahyang ini ialah:

    i. Menyesal di atas segala perbuatan dosa yangdilakukan.

    ii. Menyucikan diri daripada perbuatan dosadan berhenti daripada melakukan maksiatserta meminta ampun di atas apa yang telahdilakukan daripada Allah SWT, memohonmaaf kepada manusia terhadap dosa yangberkaitan dengan harta benda, maruah danjiwa. Mengqadhakan segala apa yang telah

    terluput seperti amalan-amalan sembahyang,puasa dan lain-lain sekadar yang termampu.

    iii. Berazam tidak akan melakukan lagi segalaperbuatan tersebut serta menjauhkannya.

    Cara Mengerjakannya

    Lafaz Niat:

    Maksudnya: Sahaja aku sembahyangsunat Taubat dua rakaat kerana Allah Taala.

    17

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    22/42

    Bacaan

    Pada rakaat pertama hendaklah baca surah al-

    Fatihah dan surah al-Kafirun.

    Pada rakaat yang kedua pula hendaklah bacasurah al-Fatihah dan al-Ikhlas.

    Kemudian selepas salam bacalah wirid danistighfar ini:

    dan akhirnya bacalah doa yang biasa dibacauntuk memohon keampunan dan taubat daripada

    Allah SWT.

    Doa taubat juga boleh dibaca secara beramai-ramai seperti berikut:

    18

    (70X)

    (100X)

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    23/42

    Maksudnya: Aku minta ampun dari Allah.

    Maksudnya: Kami bertaubat kepada Allahdan kami kembali kepada-Nya.

    Maksudnya: Kami menyesal atas apayang telah kami lakukan.

    Maksudnya: Dan kami berazam tidakakan mengulangi lagi dosa-dosa tersebutbuat selama-lamanya.

    Maksudnya: Dan kami berlepas diri darisegala agama yang bertentangan denganagama Islam.

    19

    (3X)

    (3X)

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    24/42

    Maksudnya: Dan kami naik saksi bahawatiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esadan tiada sekutu bagi-Nya.

    Maksudnya: Dan kami naik saksi bahawaNabi Muhammad pesuruh Allah, selawatdan salam ke atasnya.

    Maksudnya: Kami redha Allah sebagaituhan kami.

    Maksudnya: Dan agama Allah sebagaiagama kami.

    Maksudnya: Selawat dan sejahtera keatas Nabi Muhammad SAW sebagai nabidan rasul.

    20

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    25/42

    Maksudnya: Ya Allah peliharalah keatas nabi Muhammad SAW, keluarganyadan para sahabatnya, semoga selamat

    sejahtera.

    Maksudnya: Berlakulah lembut dan belaskasihan ke atas kami serta orang-orang

    yang beriman.

    5. Sembahyang Sunat Tasbih

    Mengenai sembahyang ini Imam Nawawipernah berkata bahawa telah menjadi peganganjumhur ulama syafiiyah bahawa sembahyang

    Tasbih ini adalah hukumnya sunat. Terdapat hadith-hadith yang menggesa supaya beramal padasetiap hari, jika tidak melakukannya hendaklahdilakukan seminggu sekali, jika tidak dapatdilakukan seminggu sekali hendaklah dilakukansebulan sekali, jika tidak dapat dilakukan sebulansekali, hendaklah dilakukan setahun sekali, jikatidak dapat melakukan setahun sekali hendaklah

    21

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    26/42

    dilakukan sekali seumur hidup.Walaupun hadith-hadith tersebut tidak

    kuat untuk dijadikan hujah, tapi ulama

    membolehkan beramal dengan fadhail amal.Waktu mengerjakannya ialah pada waktu siangdilakukan empat rakaat dengan satu malam.

    Bacaan Tasbih dan bilangannya

    Jumlah bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah75 kali.

    Jumlah dalam empat rakaat ialah 300 kali.

    Cara Mengerjakannya

    i. Lafaz niatnya:

    a. Waktu siang

    Maksudnya: Sahaja aku sembahyang

    22

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    27/42

    sunat Tasbih empat rakaat kerana AllahTaala.

    b. Waktu malam

    Maksudnya: Sahaja aku sembahyangsunat Tasbih dua rakaat kerana Allah

    Taala.

    ii. Setelah membaca doa Iftitah maka bacalahal-Fatihah kemudian bacalah surah-surahyang difikirkan sesuai.

    iii. Sebelum rukuk bacalah tasbih sebanyak 15

    kali.iv. Rukuk, selepas bacaan rukuk bacalah tasbih

    sebanyak 10 kali.

    v. Itidal, selepas bacaan itidal bacalahsebanyak 10 kali.

    vi. Sujud, selepas bacaan sujud bacalah tasbihsebanyak 10 kali.

    vii. Duduk di antara dua sujud, selepasmembaca doanya bacalah tasbih sebanyak10 kali.

    viii. Sujud kedua, selepas bacaannya bacalahtasbih sebanyak 10 kali.

    23

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    28/42

    ix. Sebelum berdiri hendaklah duduk istirehatdan bacalah tasbih sebanyak 10 kali, begitujuga selepas tahiyyat akhir sebelum salam.

    (Tasbih sebanyak 10 kali selepas tahiyyatawal sekiranya sembahyang itu dilakukanpada waktu siang hari.)

    Peringatan

    1. Jika terlupa membaca tasbih pada salah satutempatnya, bolehlah digantikan pada tempatberikutnya supaya tetap mencukupi bilangantasbihnya sebanyak 300 kali.

    2. Ketika duduk tahiyyat bacalah bacaan

    tahiyyat terlebih dahulu kemudian barulahbaca tasbih.

    3. Surah yang elok dibaca selepas bacaan al-Fatihah ialah:

    i. Rakaat pertama

    ii. Rakaat kedua

    iii. Rakaat ketiga

    iv. Rakaat keempat

    Selepas memberi salam hendaklah baca doa

    berikut:

    24

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    29/42

    Maksudnya: Ya Allah, Ya Tuhan kami, kamimemohon taufik daripada-Mu seperti manamereka yang telah Engkau berikan petunjukdan jadikan amalan kami sepertimanaamalan ahli-ahli yakin, dan jadikanlah

    25

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    30/42

    kami daripada golongan orang-orang yangmenerima nasihat, golongan orang-orang

    yang bertaubat dan mempunyai keamanan

    sepertimana orang-orang sabar, gementarkami sepertimana orang takut. Kami jugamemohon sepertimana permohonanorang-orang yang suka kepada kebaikandan beribadat sepertimana beribadatorang-orang yang warak. Dan jadikanlah

    pengetahuan kami ini sepertimana orang-orang berilmu, dan masukkanlah kami kedalam golongan orang-orang yang takutkepada Engkau. Ya! Allah, kami memohonkepada-Mu jadikanlah kami terdiri daripadaorang-orang yang takut kepada perbuatan

    maksiat sehingga kami sentiasa mentaati danberamal dengan perintah-Mu sebagaimanaamalan orang-orang yang mendapatkeredaan-Mu dalam setiap perkara, dankami memohon supaya menjadi orang yangbaik sangka kepada Engkau, maha Suci

    Engkau sebagai Pencipta.

    6. Sembahyang Sunat Witir

    Witir ertinya ganjil, yakni tidak genaprakaatnya. Sembahyang ini boleh dilakukansecara perseorangan atau berjemaah.

    26

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    31/42

    Hukumnya sunat muakkad, dikerjakansekurang-kurangnya satu rakaat dua salam dansebanyak-banyaknya sebelas rakaat dengan tujuh

    salam. Waktunya selepas sembahyang Isyak.

    Fadilatnya

    i. Para malaikat turut menyaksi ataskesungguhan amalannya.

    ii. Lebih afdal daripada sunat-sunat rawatibyang lain. Waktunya selepas sembahyangIsyak. Sabda Rasulullah SAW:

    Maksudnya: Wahai ahli al-Quran,kerjakanlah sembahyang Witir, sebab

    Allah itu witir (Maha Esa) dan suka sekalikepada witir.

    (Riwayat Ahmad)

    Cara Mengerjakannya

    i. Lafaz Niat:

    27

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    32/42

    Maksudnya: Sahaja aku sembahyangsunat Witir dua rakaat kerana Allah

    Taala.

    Maksudnya: Sahaja aku sembahyangsunat Witir satu rakaat kerana Allah

    taala.

    ii. Rakaat pertama selepas al-Fatihah, bacasurah al- Ala:

    iii. Rakaat kedua selepas al-Fatihah, baca surahal-Kafirun:

    iv. Rakaat ketiga selepas al-Fatihah, baca surah:

    28

    Surah al-Ikhlas

    Surah al-Falaq

    Surah al-Nas

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    33/42

    v. Selepas tahiyyat dan salam baca:

    vi. Selepas itu baca doa ini:

    Peringatan

    Barang siapa yang telah mengerjakan witirpenamat, kemudian mahu bersembahyang lagi

    selepas itu, maka ia boleh sembahyang tetapitidak mengulangi witir kerana Rasulullah SAWtelah bersabda:

    Maksudnya: Tidak ada dua witir pada satumalam.

    (Riwayat Ahmad)

    29

    (2X)

    (1X)

    (10X)

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    34/42

    Walau bagaimanapun mengikut pendapatulama dalam Kitab Bahrul Mazi mengatakan,sesiapa yang telah menjayakan witir pada awal

    malam, kemudian apabila ia bangun di tengahmalam dan mahu mengerjakan witir sekali lagi,maka ia hendaklah bersembahyang Witir saturakaat dengan niat untuk menggenapkan witir diawal malam tadi.

    Setelah selesai ia mengerjakan sembahyang

    satu rakaat barulah boleh ia mengerjakansembahyang Tahajjud dan sembahyang sunat-sunat yang lain dan di akhir sekali barulah iasembahyang sunat Witir. Keadaan ini dikira satu

    witir sahaja dalam satu malam.

    Amalan Lain Yang DisunatkanSemasa Qiamullail

    Antara amalan-amalan lain yang disunatkansemasa qiamullail ialah:

    1. Membaca al-Quran

    Membaca al-Quran adalah satu ibadat yangmempunyai pahala yang besar kerana setiaphuruf yang dibaca itu akan digandakan sepuluhkebajikan. Dalam perkara tersebut Rasulullah

    SAW mengingatkan dalam sabda yang berbunyi:

    30

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    35/42

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    36/42

    vii. Surah al-Sajadah, ia sangat digemari olehbaginda Rasulullah SAW (Hadith riwayat al-Tarmizi)

    viii. Surah al-Mulk, ia adalah surah yangmemberi syafaat pada hari akhirat nanti(Hadith riwayat Ibn Majah)

    ix. Surah al-Nas dan al-Falaq, ia adalah surahyang memberi perlindungan pada hariakhirat nanti (Hadith Abu Daud)

    2. Zikir

    Berzikir ialah sama ada menyebut kalimah

    ( )atau ( ) atau ( ) atau

    ( ) atau ( )

    Allah berfirman dalam al-Quran yangberbunyi:

    Maksudnya: Wahai orang-orang yang berimaningatlah kepada Allah melalui zikir yang banyak.

    (Surah al-Ahzab: 41)

    32

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    37/42

    Fadilat Zikir

    1. Mengubati hati yang lalai dan leka.

    2. Untuk mendapatkan darjat dan kurniaanyang melimpah pada hari akhirat nanti.

    3. Bagi sesiapa yang bertasbih seratus kalidan tahlil seratus kali selepas sembahyangSubuh maka Allah akan mengampunkan

    dosanya walaupun sebanyak buih di lautansekalipun.

    4. Barang sesiapa berzikir ( ) tiga puluhtiga kali ( ) tiga puluh tiga kali

    tiga puluh tiga kali dan di akhiri dengan:

    maka Allah akan mengampunkan dosanyawalaupun sebanyak buih di lautan.

    33

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    38/42

    Cara mengerjakan Qiamullail

    Sepertimana yang dijelaskan sebelum ini bahawa

    qiamullail merupakan amalan sunat yang sangattinggi ganjarannya dari Allah SWT Amalanini boleh dikerjakan secara persendirian ataubersama anak isteri di rumah ataupun secaraberjemaah sama ada di masjid atau di surau. Jikadikerjakan secara persendirian atau bersama

    keluarga bolehlah dikerjakan di rumah sahaja.Waktu yang sebaik-baik bangun ialah sepertigaakhir malam (kira-kira jam 3-00 pagi). Setelahkita bangun dan mengambil wuduk lalu terusmengerjakan sembahyang sunat Tahajjud duarakaat atau lebih dan mengerjakan sunat lain

    seperti sunat Tasbih, sunat Taubat, sunat Hajatdan sunat Witir.

    34

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    39/42

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    40/42

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    41/42

  • 7/27/2019 Panduan Qiamullail

    42/42