panduan permohonan lesen penggunaan sumber air · di bawah perlembagaan persekutuan 2000, perkara...

20
PANDUAN PERMOHONAN LESEN PENGGUNAAN SUMBER AIR DAN TATACARA PENGISIAN BORANG PERMOHONAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG NEGERI PAHANG ENAKMEN SUMBER AIR 2007 BADAN KAWAL SELIA AIR PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG ARAS BAWAH BLOK D WISMA SRI PAHANG 25503 KUANTAN TEL : 09-5157 452 / 5164 066, FAKS : 09-5157 552 E-MEL : [email protected] LAMAN WEB : https://spsa.pahang.gov.my

Upload: others

Post on 06-Sep-2019

155 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN PERMOHONAN LESEN PENGGUNAAN SUMBER AIR · Di bawah Perlembagaan Persekutuan 2000, Perkara 74, 77, Senarai 2 – Senarai Negeri menjelaskan air adalah hakmilik Kerajaan Negeri

PANDUAN PERMOHONAN

LESEN PENGGUNAAN SUMBER AIR DAN TATACARA PENGISIAN BORANG PERMOHONAN

DI BAWAH UNDANG-UNDANG NEGERI PAHANG

ENAKMEN SUMBER AIR 2007

BADAN KAWAL SELIA AIR

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG

ARAS BAWAH BLOK D

WISMA SRI PAHANG

25503 KUANTAN

TEL : 09-5157 452 / 5164 066, FAKS : 09-5157 552

E-MEL : [email protected]

LAMAN WEB : https://spsa.pahang.gov.my

Page 2: PANDUAN PERMOHONAN LESEN PENGGUNAAN SUMBER AIR · Di bawah Perlembagaan Persekutuan 2000, Perkara 74, 77, Senarai 2 – Senarai Negeri menjelaskan air adalah hakmilik Kerajaan Negeri

Muka 2 daripada 20

PANDUAN PERMOHONAN LESEN PENGGUNAAN SUMBER AIR DAN PANDUAN PENGISIAN BORANG PERMOHONAN

1.0 PENGENALAN

Di bawah Perlembagaan Persekutuan 2000, Perkara 74, 77, Senarai 2 – Senarai

Negeri menjelaskan air adalah hakmilik Kerajaan Negeri dan sesiapa yang

ingin mengambil air dari mana-mana sumber air mentah perlu mendapat

kebenaran Kerajaan Negeri terlebih dahulu.

Pada 31 Disember 2007, satu Enakmen berhubung dengan pengawalan sumber

air dan pengeluaran air mentah dalam Negeri Pahang telah diwartakan, yang

dinamakan Enakmen Sumber Air 2007. Kerajaan Negeri Pahang telah

memberikan kuasa kepada Badan Kawal Selia Air (BKSA) Negeri Pahang

bertanggungjawab bagi menjalankan pengawalan dan pengurusan sumber air

(air mentah) di Negeri Pahang berpandukan peruntukan-peruntukan yang

releven di dalam Enakmen tersebut.

Menurut Enakmen ini, fungsi dan bidang kuasa BKSA adalah termasuk

mengeluarkan dan meluluskan lesen pengeluaran, pembekalan dan ubah

haluan sumber air mentah di Negeri Pahang. Selain itu, Enakmen ini juga

menyatakan perihal mengenakan dan mengutip caj air mentah kepada semua

pemegang lesen penggunaan sumber air.

Premis, pengusaha industri atau mana-mana individu yang ingin dan telah

menggunakan sumber air terutamanya air sungai atau badan air bagi tujuan

komersial seperti kegunaan penjanaan kuasa elektrik, pertanian, industri atau

apa-apa kegunaan lain hendaklah memohon Lesen Penggunaan Sumber Air

(LPSA). Kegunaan bagi maksud domestik adalah dikecualikan bagi tujuan

penguatkuasaan ini.

2.0 INFO RINGKAS ENAKMEN SUMBER AIR 2007

2.1 Tafsiran

“sumber air” adalah bermaksud sungai, anak sungai dan teluk cawang,

muara, cabang sungai, tasik, air dalam tanah, empangan, reservoir,

longkang, parit dan saluran yang melaluinya air mengalir selain

daripada paip untuk pembekalan air mentah ke mana-mana premis.

Page 3: PANDUAN PERMOHONAN LESEN PENGGUNAAN SUMBER AIR · Di bawah Perlembagaan Persekutuan 2000, Perkara 74, 77, Senarai 2 – Senarai Negeri menjelaskan air adalah hakmilik Kerajaan Negeri

Muka 3 daripada 20

“sungai” adalah bererti cawang sungai, muara, anak sungai, terusan

dan mana-mana alur semula jadi.

“telaga” termasuklah mana-mana lubang, penggerekan, tiub,

penggalian, syaf atau selainnya bagi maksud mengeluarkan air dari

bawah tanah, laluan bawah tanah atau di bawah permukaan bumi dan

termasuk mata air mentah.

“maksud domestik” adalah pembekalan air mentah untuk rumah

kediaman persendirian, pancutan air persendirian atau untuk maksud

perhiasan.

“meter” ertinya apa-apa perkakas, kelengkapan atau peranti yang

digunakan bagi maksud menyukat, memastikan, mengawal selia atau

menganggar jumlah air mentah yang dipakai, dibekalkan atau

digunakan.

2.2 Peranan Badan Kawal Selia Air (BKSA)

2.2.1 Peranan BKSA adalah termasuk Seksyen 11(1)(b) iaitu

menjalankan fungsi pengawal seliaan berkenaan dengan sumber

air dan air mentah termasuklah menentukan piawaian

kemudahan-kemudahan dan piawaian perkhidmatan serta

pelaksanaan dan penguatkuasaannya.

2.2.2 Selain itu, ia juga termasuk Seksyen 11(1)(g) iaitu memastikan

bahawa pemegang lesen dapat membiayai perjalanan aktiviti-

aktiviti yang dibenarkan berdasarkan lesen kebenaran yang

diperolehi.

2.3 Lesen Diperlukan Untuk Membekal Air Mentah

Di dalam Seksyen 17 (1), Pihak Berkuasa Negeri menetapkan tiada

seorang pun boleh melakukan aktiviti-aktiviti tersebut kecuali

diluluskan suatu lesen di bawah Enakmen. Ia adalah termasuk:-

(a) menyenggara atau mengendali atau mengizinkan diguna atau

dikendalikan sesuatu sistem bagi pembekalan air mentah;

(b) mengusahakan, menyediakan atau mengadakan apa-apa

perkhidmatan pembekalan air mentah;

Page 4: PANDUAN PERMOHONAN LESEN PENGGUNAAN SUMBER AIR · Di bawah Perlembagaan Persekutuan 2000, Perkara 74, 77, Senarai 2 – Senarai Negeri menjelaskan air adalah hakmilik Kerajaan Negeri

Muka 4 daripada 20

(c) mengubah haluan sungai atau mengeluarkan air daripada mana-

mana sumber air; atau

(d) mengendali atau mengurus apa-apa kemudahan bagi

pengeluaran, pengubahan haluan atau pembekalan air mentah,

untuk kegunaan penjanaan kuasa elektrik, pertanian, industri atau

apa-apa kegunaan lain.

2.4 Caj Pengeluaran Air Mentah

2.4.1 Mengikut Kaedah-Kaedah Air (Pindaan) 2008, mana-mana

individu atau premis yang menggunakan sumber air akan

dikenakan caj sebanyak RM 0.20/1000 gelen (RM 0.044/m3).

Setiap satu permohonan lesen penggunaan sumber air yang

diluluskan boleh dikenakan yuran atau fi sebanyak RM 500.00

setahun dan perlu diperbaharui setiap tahun.

2.4.2 Setiap pemegang lesen hendaklah seperti Seksyen 50.(1) iaitu

membekalkan dan memastikan semua meter penyedutan air

mentah sentiasa berada dalam keadaan baik. Selain itu,

pemasangan meter penggunaan air hendaklah mengikut

spesifikasi minimum yang telah ditetapkan.

2.4.3 Seksyen 37(1)(f); mana-mana orang yang, kecuali dengan

kebenaran atau kelulusan bertulis, dengan menyalahi undang-

undang mengumbah, mengangkut, mengubah haluan atau

mengambil air mentah daripada mana-mana sistem pembekalan

air mentah atau mana-mana bahagian sistem itu atau daripada

mana-mana sumber air, adalah melakukan suatu kesalahan yang

boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus

lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh

tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

3.0 PERMOHONAN LESEN BARU

3.1 Borang-borang permohonan boleh diisi melaluai laman web:

i. https://spsa.pahang.gov.my

(Sistem Perlesenan Sumber Air)

Page 5: PANDUAN PERMOHONAN LESEN PENGGUNAAN SUMBER AIR · Di bawah Perlembagaan Persekutuan 2000, Perkara 74, 77, Senarai 2 – Senarai Negeri menjelaskan air adalah hakmilik Kerajaan Negeri

Muka 5 daripada 20

3.2 Berikut adalah borang dan dokumen yang mesti dilengkapkan untuk

permohonan penggunaan air permukaan atau air bumi:

Bil Borang/ Dokumen Air Permukaan Air Bumi

1 Borang Permohonan Kebenaran Penggunaan Sumber Air (Air Permukaan)

Ya TB

2 Borang Permohonan Kebenaran Menggali Telaga

TB Ya*

3 Borang Permohonan Kebenaran Penggunaan Sumber Air (Air Bumi)

TB Ya**

4 Borang Rekod Telaga TB Ya**

5 Borang Rekod Kualiti Air Bumi TB Ya**

6 Borang Paras Air Bumi TB Ya**

7 Sijil Pendaftaran Syarikat Pemohon Lampiran Lampiran

8 Sijil Pendaftaran Syarikat Menggali TB Lampiran

9 Sijil Pendaftaran Syarikat Perunding Geologist

TB Lampiran

10 Pelan Kunci Lampiran Lampiran

* Pemohon perlu memohon untuk mendapatkan kelulusan menggali telaga

terlebih dahulu sebelum memohon kebenaran bagi penggunaan sumber air

bumi.

** Semua borang ini perlu dilengkapkan dan dikemukakan bersama-sama bagi

permohonan kebenaran penggunaan sumber air bumi selepas kebenaran

menggali telaga telah diluluskan.

Page 6: PANDUAN PERMOHONAN LESEN PENGGUNAAN SUMBER AIR · Di bawah Perlembagaan Persekutuan 2000, Perkara 74, 77, Senarai 2 – Senarai Negeri menjelaskan air adalah hakmilik Kerajaan Negeri

Muka 6 daripada 20

3.3 Borang permohonan yang telah lengkap diisi didalam sistem hendaklah

dihantar ke alamat berikut:

BADAN KAWAL SELIA AIR,

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG,

ARAS BAWAH, BLOK D,

WISMA SRI PAHANG,

25503 KUANTAN.

atau email ke [email protected]

3.4 Permohonan yang telah diluluskan akan dimaklumkan, dan pemohon

perlu membuat bayaran yuran atau fi tahunan yang ditetapkan

sebelum Lesen dapat dikeluarkan. Sila dapatkan resit bayaran.

3.5 Bayaran boleh dibuat dalam bentuk tunai, kiriman wang, wang pos

atau deraf bank diatas nama YB. SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG

di:-

Kaunter Hasil Pejabat Daerah & Tanah berhampiran.

3.6 Pemegang Lesen dikehendaki menyediakan sukatan (meter air) bagi

menentukan kuantiti air yang digunakan/ dikeluarkan dalam unit

meter padu (m3).

4.0 PEMBAHARUAN LESEN

4.1 Pembaharuan lesen hendaklah dibuat seperti mana perihal 3.3 di atas

sekiranya pemohon ingin:

i. meneruskan aktiviti penggunaan/ pengeluaran/ pengambilan

sumber air tersebut, atau

ii. mengurangkan atau meningkatkan kapasiti penggunaan/

pengeluaran/ pengambilan sumber air.

4.2 Cara memperbaharui lesen:

Page 7: PANDUAN PERMOHONAN LESEN PENGGUNAAN SUMBER AIR · Di bawah Perlembagaan Persekutuan 2000, Perkara 74, 77, Senarai 2 – Senarai Negeri menjelaskan air adalah hakmilik Kerajaan Negeri

Muka 7 daripada 20

i. Permohonan pembaharuan hendaklah dikemukakan tiga (3)

bulan sebelum tamat tempoh lesen sedia ada.

ii. Borang Permohonan mestilah lengkap dan diisi di dalam laman

web https://spsa.pahang.gov.my dengan maklumat terkini (jika

berkaitan). Sijil Pendaftaran Syarikat dan Pelan Kunci tidak

perlu disertakan kecuali terdapat perubahan untuk dikemas kini

berbanding permohonan yang dibuat pertama kali atau tahun

sebelumnya yang telah diluluskan.

iii. Pemohon perlu memastikan bil caj penggunaan sumber air

terkini telah dijelaskan, atau tiada tunggakan. Sila rujuk

Perkara 3.5 di atas untuk kaedah pembayaran.

5.0 TEMPOH SAH LESEN

5.1 Tempoh sah Lesen adalah selama satu (1) tahun.

5.2 Tarikh sah Lesen telah diseragamkan kepada tempoh setahun kalendar,

iaitu mulai 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun.

5.3 Penetapan tarikh sah Lesen berbanding tarikh permohonan untuk

permohonan BARU (pertama kali) adalah seperti berikut:

Ruj Tarikh Permohonan Diterima

oleh BKSA Tarikh Sah Laku Lesen

Yang Ditetapkan

A

1 Januari hingga 30 Jun 1 Januari hingga 31 Disember (Tahun semasa)

Contoh; i) 19/02/2013

ii) 30/05/2014

Contoh; i) 01/01/2013 – 31/12/2013

ii) 01/01/2014 – 31/12/2014

B

1 Julai hingga 31 Disember 1 Januari hingga 31 Disember (Tahun berikutnya)

Contoh; i) 24/07/2013

ii) 13/11/2014

Contoh; i) 01/01/2014 – 31/12/2014

ii) 01/01/2015 – 31/12/2015

5.4 Pemohon atau Pemegang Lesen adalah dinasihatkan untuk memohon

Pembaharuan Lesen bagi tahun berikutnya seperti mana Perkara 4.0

mulai 1 Oktober hingga 31 Disember (tarikh tamat lesen tahun semasa)

setiap tahun.

Page 8: PANDUAN PERMOHONAN LESEN PENGGUNAAN SUMBER AIR · Di bawah Perlembagaan Persekutuan 2000, Perkara 74, 77, Senarai 2 – Senarai Negeri menjelaskan air adalah hakmilik Kerajaan Negeri

Muka 8 daripada 20

6.0 TANGGUNGJAWAB PEMEGANG LESEN

6.1 Pemegang Lesen perlu memastikan keadaan dan kualiti sumber air

tidak terjejas akibat daripada penggunaan atau pengambilan atau

pengeluarannya dari badan air.

6.2 Tidak mengubah haluan atau mengganggu atau menghalang sumber air

daripada keadaan aliran asalnya, kecuali dengan kebenaran daripada

Badan Kawal Selia Air.

6.3 Pemegang Lesen Penggunaan Sumber Air (Air Bumi) perlu membuat

pemantauan dan mengemukakan laporan lengkap menggunakan

borang-borang seperti berikut:

i. Borang Rekod Kualiti Air Bumi - setiap 6 bulan.

ii. Borang Paras Air Bumi - setiap 6 bulan.

6.4 Menjelaskan bil caj penggunaan sumber air dari masa ke masa.

6.5 Mengemukakan permohonan pembaharuan dalam masa tiga (3) bulan

sebelum tamat tempoh lesen semasa.

Page 9: PANDUAN PERMOHONAN LESEN PENGGUNAAN SUMBER AIR · Di bawah Perlembagaan Persekutuan 2000, Perkara 74, 77, Senarai 2 – Senarai Negeri menjelaskan air adalah hakmilik Kerajaan Negeri

Muka 9 daripada 20

CONTOH PENGISIAN BORANG

DAN LAMPIRAN

Page 10: PANDUAN PERMOHONAN LESEN PENGGUNAAN SUMBER AIR · Di bawah Perlembagaan Persekutuan 2000, Perkara 74, 77, Senarai 2 – Senarai Negeri menjelaskan air adalah hakmilik Kerajaan Negeri

Muka 10 daripada 20

PANDUAN PENGISIAN BORANG LESEN PENGGUNAAN SUMBER AIR DI DALAM

SISTEM PERLESENAN SUMBER AIR (SPSA)

Page 11: PANDUAN PERMOHONAN LESEN PENGGUNAAN SUMBER AIR · Di bawah Perlembagaan Persekutuan 2000, Perkara 74, 77, Senarai 2 – Senarai Negeri menjelaskan air adalah hakmilik Kerajaan Negeri

Muka 11 daripada 20

Page 12: PANDUAN PERMOHONAN LESEN PENGGUNAAN SUMBER AIR · Di bawah Perlembagaan Persekutuan 2000, Perkara 74, 77, Senarai 2 – Senarai Negeri menjelaskan air adalah hakmilik Kerajaan Negeri

Muka 12 daripada 20

Page 13: PANDUAN PERMOHONAN LESEN PENGGUNAAN SUMBER AIR · Di bawah Perlembagaan Persekutuan 2000, Perkara 74, 77, Senarai 2 – Senarai Negeri menjelaskan air adalah hakmilik Kerajaan Negeri

Muka 13 daripada 20

Page 14: PANDUAN PERMOHONAN LESEN PENGGUNAAN SUMBER AIR · Di bawah Perlembagaan Persekutuan 2000, Perkara 74, 77, Senarai 2 – Senarai Negeri menjelaskan air adalah hakmilik Kerajaan Negeri

Muka 14 daripada 20

Page 15: PANDUAN PERMOHONAN LESEN PENGGUNAAN SUMBER AIR · Di bawah Perlembagaan Persekutuan 2000, Perkara 74, 77, Senarai 2 – Senarai Negeri menjelaskan air adalah hakmilik Kerajaan Negeri

Muka 15 daripada 20

CONTOH PELAN KUNCI YANG BAIK (DITERIMA UNTUK DIPROSES)

Page 16: PANDUAN PERMOHONAN LESEN PENGGUNAAN SUMBER AIR · Di bawah Perlembagaan Persekutuan 2000, Perkara 74, 77, Senarai 2 – Senarai Negeri menjelaskan air adalah hakmilik Kerajaan Negeri

Muka 16 daripada 20

CONTOH PELAN KUNCI YANG BAIK (DITERIMA UNTUK DIPROSES)

Page 17: PANDUAN PERMOHONAN LESEN PENGGUNAAN SUMBER AIR · Di bawah Perlembagaan Persekutuan 2000, Perkara 74, 77, Senarai 2 – Senarai Negeri menjelaskan air adalah hakmilik Kerajaan Negeri

Muka 17 daripada 20

CONTOH PELAN KUNCI YANG BAIK (DITERIMA UNTUK DIPROSES)

Page 18: PANDUAN PERMOHONAN LESEN PENGGUNAAN SUMBER AIR · Di bawah Perlembagaan Persekutuan 2000, Perkara 74, 77, Senarai 2 – Senarai Negeri menjelaskan air adalah hakmilik Kerajaan Negeri

Muka 18 daripada 20

CONTOH PELAN KUNCI YANG TAK LENGKAP (DITOLAK)

Page 19: PANDUAN PERMOHONAN LESEN PENGGUNAAN SUMBER AIR · Di bawah Perlembagaan Persekutuan 2000, Perkara 74, 77, Senarai 2 – Senarai Negeri menjelaskan air adalah hakmilik Kerajaan Negeri

Muka 19 daripada 20

CONTOH PELAN KUNCI YANG TAK LENGKAP (DITOLAK)

Page 20: PANDUAN PERMOHONAN LESEN PENGGUNAAN SUMBER AIR · Di bawah Perlembagaan Persekutuan 2000, Perkara 74, 77, Senarai 2 – Senarai Negeri menjelaskan air adalah hakmilik Kerajaan Negeri

Muka 20 daripada 20

CONTOH PELAN KUNCI YANG TAK LENGKAP (DITOLAK)