panduan penulisan proposal tesis

Upload: maya-irna

Post on 19-Oct-2015

314 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

j

TRANSCRIPT

31

Panduan Penulisan Proposal TesisSesiapa yang ingin melanjutkan pelajar dalam Ijazah Tinggi atau postgraduate pasti buntu untuk menulis proposal tesis. Di sini, saya ingin kongsikan bersama panduan penulisan proposal tesis..ia hampir sama bagi universiti-universiti di Malaysia.

Panduan Penulisan Proposal Tesis (Kajian Kuantitatif)Penulisan Proposal Tesis atau dikenali sebagai Cadangan penyelidikan yang dimaksudkan di sini adalah bertujuan untuk dijadikan asas pertimbangan bagi pemilihan calon ijazah tinggi di univerisiti-universiti dan juga dalam proses pengesahan bidang atau skop penyelidikan dalam pengajian ijazah tinggi. Kita hendaklah mengemukakan cadangan penyelidikan / proposal penyelidikan ini dalam bentuk yang berjilid dan kemas. Cadangan penyelidikan ini hendaklah menjelaskan elemen-elemen berikut:

1. Bidang kajian: Menjelaskan bidang khusus bagi kajian yang akan dilaksanakan seperti bidang teknologi pendidikan, bahasa arab, syariah, pendidikan Islam dan sebagainya. 2. Tajuk: Pernyataan tajuk ini hendaklah mampu menjelaskan persoalan pokok dan fokus kajian. Hakikatnya, dalam proses kita menulis tesis, tajuk yang kita tulis akan sering berubah. Tetapi, skop dan fokus kajian kita perlu jelas.3. Penulisan Bab-Bab dalam Proposal TesisDalam penulisan proposal tesis, ia melibatkan tiga bab iaitu Bab 1: Pendahuluan, Bab 2 : Sorotan Kajian dan Bab 3 : Metodologi Kajian

Saya ingin kongsikan dahulu Bab 1 yang melibatkan tajuk-tajuk yang perlu dimasukkan dalam Bab 1.

Dalam Bab 1 PENDAHULUAN

Kemudian dimulakan dengan,

1.1 Pengenalan1.2 Latar Belakang Kajian1.3 Pernyataan Masalah1.4 Objektif Kajian1.5 Persoalan Kajian1.6 Kepentingan Kajian1.7 Skop Kajian/ Limitasi kajian1.8 Kerangka Konseptual Kajian1.9 Definisi Operasional1.10 Kesimpulan

BAB 1 (Elemen-elemen dalam bab 1 yang perlu difahami dengan jelas) :

a. Latarbelakang masalah : Membincangkan situasi timbulnya masalah yang akan dikaji. Keberkesanan perbincangan ini boleh dilihat pada kemampuannya untuk menampakkan masalah berkenaan dan pentingnya untuk diteliti dan didalami.

b. Pernyataan masalah/Permasalahan Kajian: Pada bahagian ini calon hendaklah menyenaraikan masalah-masalah sebenar yang akan dikaji atau juga dikenali sebagai isu-isu mendorong kita memilih tajuk kajian. la dinyatakan dalam bentuk penjelasan tentang masalah atau isu-isu yang menjadi tumpuan kajian.

c. Objektif Kajian: Di sini calon hendaklah menjelaskan halatuju kajian dan perkara-perkara yang diharap akan dapat dicapai di akhir kajian nanti. Pernyataan ini hendaklah jelas, rasional, serta relevan dengan masalah yang dikaji. Objektif hendaklah mampu dicapai dan pencapaiannya itu sewajarnya boleh diukur.

d. Persoalan KajianDaripada objektif kajian, kita bina soalan-soalan yang menjawap objektif kajian. Soalan kajian perlu jelas, berfokus dan selari dengan objektif kajian.

e. Hipotesis kajian (Jika Perlu): Hipotesis ialah pernyataan sementara tentang hubungan antara unsur-unsur yang dikaji atau tentang cara penyelesaian bagi sesuatu masalah.

f. Kepentingan kajian: Kita hendaklah menjelaskan kepentingan dan sumbangan kajian yang akan dilaksanakan terhadap bidang yang dikaji seperti dapat memantapkan penjelasan tentang sesuatu hukum, memperkemaskan sesuatu kaedah, membetulkan sesuatu fahaman atau seumpamanya. Juga kepentingan dan sumbangannya dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan negara.

g. Skop kajian / Batasan Kajian: Skop dimaksudkan batasan kajian yang akan dijalankan. Penjelasan ini penting bagi mempastikan penilai dapat memahami sempadan kajian berkenaan. Kita sebagai penyelidik perlu menjelaskan batasan atau limitasi dalam kajian kita seperti sampel kajian, tempoh kajian, limitasi tempat, skop metodologi kajian dan sebagainya.

h. Kerangka Konseptual KajianKerangka Konseptual ini bermaksud satu bentuk kerangka konsep yang menerangkan secara ringkas bentuk kajian, hala tuju kajian, format kajian dan peringkat-peringkat atau fasa-fasa dalam kajian. Ia juga boleh diasaskan di atas mana-mana teori yang ada atau dibentuk sendiri berasaskan kajian-kajian terdahulu. Kerangka Konseptual ini akan menjadi panduan kepada kajian akan dilaksanakan. i. Definisi Istilah / Definisi Operasional: Defini Istilah ini melibatkan istilah-istilah penting dalam kajian. Ia perlu dijelaskan definisinya agar pembaca dapat memahami dengan lebih jelas kajian yang dijalankan. Dalam bahagian ini, definisi-definisi umum diberikan, seterusnya pengkaji perlu menetapkan definisi khusus dalam kajian tersebut.Semoga selepas membaca post ini...pemahaman anda makin jelas.Post yang seterusnya, saya akan kongsi cara menulis proposal tesis bagi Bab 2 dan Bab 3.

CONTOH PROPOSAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN, PhD

KEPERLUAN PENDEKATAN KAUNSELING ISLAM DALAM MENANGANI MASALAH KEMURUNGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH,SHAH ALAM,SELANGOR DARUL EHSAN,MALAYSIA.

1.1 Pernyataan MasalahBertolak daripada masalah kemurungan yang melanda para pelajar dewasa ini, maka penyelidik merasakan wujudkan keperluan kaunseling Islam menangani masalah pelajar yang mengalami kemurungan. Dengan ini kajian yang akan dilakukan penyelidik akan dapat menjawab pelbagai persoalan berkaitan kaunseling Islam dan masalah kemurungan pelajar. Penyelidik juga berusaha meninjau sejauh mana kaunseling Islam dapat dilaksanakan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan,Malaysia (PSA) bagi membantu pelajar menangani masalah kemurungan yang dihadapi.1.2 Persoalan Kajiani. Bagaimanakah konsep kaunseling yang digunakan bagi menangani masalah kemurungan pelajar?ii. Bagaimanakah latarbelakang pelajar yang mengalami kemurunagan?iii. Apakah faktor-faktor penyebab kemurungan pelajar?iv. Apakah salah laku yang dilakukan pelajar kemurungan?v. Apakah keperluan pendekatan kaunseling Islam dalam menangani masalah kemurungan pelajar?

1.3 Objektif KajianBerdasarkan temu bual penyelidik bersama kaunselor/Pegawai Psikologi PSA mendapati mereka lebih selesa menggunakan pendekatan Roger dan Rational, Emotional, Behavior Therapy (REBT). Namun demikian, menurutnya lagi, pendekatan ini disesuaikan dengan latar belakang klien dan masalah yang dihadapi. Adalah didapati bahawa sekitar 40% kes yang dikendalikan berkaitan masalah ponteng kelas, masalah pembelajaran, pergaulan rakan sebaya, dan masalah keluarga yang mengakibatkan pelajar tidak ada motivasi untuk meneruskan pembelajaran atau pengajian dan sebagainya. Bilangan gender pelajar lelaki dan perempuan tidak menunjukkan perbezaan yang nyata. Hanya 30% pelajar dirujuk atas kesalahan ponteng kuliah, merokok, tidak membuat tugasan dan sebagainya. Walau bagaimanapun bagi menghadapi pelajar yang sukar untuk berkomunikasi, kaunselor akan menggunakan terapi seni dan mengisi borang soal selidik agar klien lebih bersedia untukberkongsi permasalahan yang sedang dihadapinya. Penyelidik mendapati sepanjang temu bual tersebut, kaunselotr atau pegawai psikologi tidak menggunakan pendekatan kaunseling Islam semasa sesi kaunseling dijalankan. Oleh itu penyelidik bertanggungjawab untuk membantu pelajar menangani masalah dengan menggunakan pendekatan kaunseling Islam agar masalah yang dihadapi sebenarnya yang berpunca dari kosongan jiwa, atau dalam erti kata penyakit kejiwaan hanya boleh dirawat dengan pengisin rohani. Objektif kajian ini ialah:i. Menjelaskan konsep pendekatan kaunseling yang digunakan di PSA.ii. Mengenal pasti latar belakang pelajar yang mengalami masalah kemurungan.iii. Menghuraikan faktor-faktor penyebab kemurungan.iv. Menganalisis tingkah laku yang dilakukan pelajar kemurungan.v. Menganalisis keperluan pendekatan kaunseling Islam.

1.4 Metodologi Kajian1.4.1 Reka Bentuk KajianPenyelidikan ini akan dijalankan dengan menggunakan pendekatan kajian tinjauan.

1.4.2 Lokasi KajianLokasi penyelidikan ialah di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan,Malaysia.

1.4.3 Sampel KajianSampel dipilih berdasarkan persampelan bertujuan. Ini berdasarkan kepada pendapat Chua Yan Piaw bahawa persampelan bertujuan (Purposive sampling) merujuk kepada prosedur persampelan di mana sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai responden kajian. Oleh yang demikin, penyelidikan ini menggunakan persampelan bertujuan yang mana hanya pelajar kemurungan yang dikenal pasti melalui soal selidik inventori Beck akan dipilih sebagai sampel kajian.

1.4.4 Pengumpulan DataPatton (1980) menyatakan terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual formal, temu bual tidak formal dan temu bual terbuka. Merriem (1998) menyatakan pula terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu bual separa berstruktur dan temu bual tidak berstruktur. Dalam penyelidikan ini, penyelidik akan menggunakan kaedah kulitatif iaitu temu bual dengan kaunselor dan sampel untuk mendapatkan data serta maklumat. Temu bual secara separa berstruktur dengan menggunakan protokol temu bual. Soalan temu bual dibina oleh penyelidik berdasarkan persoalan kajian seperti profil pelajar kemurungan, faktor-faktor penyebab kemurungan dan salah laku yang dilakukan pelajar yang mengalami kemurungan.Kajian kepustakaan juga digunakan bagi memperoleh kajian lepas berkaitan pendekatan kaunseling, pendekatan kaunseling Islam dan masalah kemurungan meliputi faktor penyebab kemurungan, salah laku yang dilakukan pelajar mengalami kemungan. Manakala kaedah kauntitaitf juga berbentuk soal selidik akan digunakan bagi mengenal pasti latar belakang pelajar yang mengalami kemurungan, menganalisis faktor-faktor penyebab berlakunya kemurungan, salah laku yang dilakukan pelajar yang mengalami kemurungan. Soal selidik Inventori Beck yang diubahsuai .

1.3.5 Penganalisisan Data Data yang diperolehi akan diproses dengan menggunakan program Statistic Package for Sosial Science (SPSS).1.5 Limitasi KajianKajian ini hanya akan melibatkan pelajar Islam Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang mengalami masalah kemurungan.

1.6 Tinjauan Literatur1.6.1 Pendekatan KaunselingKaunseling merupakan satu bentuk perkhidmatan perhubungan di antara seorang klien yang mempunyai masalah psikologi dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapinya. Justeru antara masalah yang dihadapi ialah penerokaan diri dan emosi, menilai persepsi, interaksi orang lain, penentuan masa hadapan sebagainya.

Menurut Suradi Salim (1996) kaunseling ialah satu perhubungan yang dicirikan oleh keyakinan, saling mempercayai dan kemesraan yang membolehkan pelajar memperolehi kestailan intelek dan emosi yang dengannya dia boleh menyelesaikan masalah atau kemusykilan, membuat rancangan dan memperoleh kepuasan kendiri yang lebih tinggi .

Kaunselor yang dianggap sebagai profesional ialah individu yang mendapat latihan dari segi teori dan praktik dalam bidang kaunseling. Sifat-sifat atau ciri-ciri kaunselor Islam dirujuk kepada sifat-sifat kenabian. Dengan sifat-sifat kenabian sahajalah seseorang kaunselor itu boleh memainkan peranannya dengan sempurna.

Kecekapan seorang kaunselor harus merujuk kepada Association For Spititual , Ethical and Relidions Value in Counseling (1995). Antara lain menjelaskan kaunselor yang menggunakan dimensi agama dan sipiritual perlu mempunyai beberapa kebolehan seperti:i. Dapat memahami perbezaan dan persamaan di antara agama dan spiritual.ii. Berupaya untuk menghuraikan kepercayaan agama, spiritual dan amalan dalam konteks budaya.iii. Mengambil bahagian dan mempraktikkan sesuatu kepercayaan agama dan spiritual yang dapat menpertingkatkan sensitiviti, kefahaman dan penerimaan dalam sistem kepercayaan tertentu.iv. Memperlihatkan penerimaan dan sensitif kepada kepelbagaian agama dan ekspresi spiritual dalam komunikasi klien.v. Menentukan had-had tertentu atau limitasi pemahaman pegangan agama dan ekspresi spiritual klien.vi. Menilai kesesuaian agama dan tema spiritual dalam proses kaunseling yang memberikan kebaikan kepada klien dan pilihan yang dibuat oleh klien.

1.6.2 Pendekatan Kaunseling Islam Kaunseling dalam Islam mempunyai pengertian dan kedudukan tersendiri. Ini bersesuaian dengan syariat Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Pelaksanaan kaunseling menurut Islam mestilah berdasarkan syariat dan bukannya sekadar proses menolong dan membantu individu tersebut menyesuaikan diri dengan pelbagai masalah yang dihadapinya mengikut pendekatan Barat semata-mata (Salasiah, Zainab , Adawiyah , Nadhirah, 2011) .Bagi Dr. Hasan Langgulung(1997), kaunseling Islam ialah, satu proses pengajaran dan pembelajaran psiko-sosial yang berlaku dalam bentuk bersemuka (face to face) anatara kaunselor dan klien. Dalam proses ini diaplikasikan pelbagai teknik dan kaedah yang profesional yang bertujuan menolong klien menyelesaikan masalah, mengenali diri, memahami kebolehan-kebolehan kendiri, menggalakkan klien untuk menerima qada dan qadar Allah S.W.T serta membuat keputusan berpandukan syariah Allah sehingga ia (klien) sendiri menghendaki yang halal dan meninggalkan yang haram bersama keredaan Allah S.W.TKaunseling Islam bukan sahaja merupakan satu perkhidmatan perhubungan diantara seorang klien yang mempunyai masalah psikologi dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapi tetapi mencakupi hal-hal berkaitan dengan keimanan seseorang seperti ketuhana, alam akhirat, dosa, pahala , syurga, neraka, hari kiamat, untung baik, untung jahat dan sebagainya (Kamal,1995) Kaunseling Islam boleh ditarifkan sebagai usaha membantu klien menangani permasalahan kehidupan termasuk kejiwaan dengan menghubungkaitkan hubungan dengan Allah S.W.T . Terapi solat, wirid , doa dapat membantu memberikan ketenangan kepada klien untuk menghadapai masalah semasa dan menyelesaikan sendiri masalah di masa hadapan.Menurut Imam a-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin dalam Mardzelah (2003), proses kaunseling disebut sebagai Hisbat iaitu arahan mengerjakan kebaikan dan menegah kemungkaran bagi mencapai keredaan Allah S.W.T . Ini menjelaskan bahawa pendekatan Hisbat dalam Kaunseling Islam sebenarnya merangkumi matlamat kaunseling yang berteraskan kepada konsep tolong menolong ke arah kebaikan dan menjauhi kemngkaran atau dikenali sebagai al-amr bi al-maruf wa al-nahy an al-munkar. Definisi- definisi yang diutarakan di atas merangkumi aspek perhubungan, pendekatan psikologi, perubahan tingkah laku, serta dimensi-dimensi lain yang menjadi pengenalan asas kepada prinsip kaunseling. Sifat-sifat yang wajib ada pada seseorang kaunselor Islam ialah sidiq, amanah, tabligh dan fatanah . Rasulullah S.A.W merupakan seorang kaunselor contoh yang harus diteladani oleh semua kaunselor (Mohamed Sharif, 1998). Berikut dibincangkan sifat-sifat dan konsep utama yang harus menjadi landasan kepada tugas-tugas seorang kaunselor Islam :i. Beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.Tii. Jujur dan Ikhlasiii. Benar (Sidiq)iv. Beraniv. Adilvi. Pemurah dan ramah-tamahvii. Sabar dan tenangviii. Adab dan akhlakix. Percakapan yang baikx. Tidak munafikxi. Menepati janji

Bagi Asmah Bee (2004) berpendapat, seorang kaunselor Islam perlu melengkapkan dirinya dengan pengetahuan asas berhubung dengan pengetahuan Islam. Yang jelas ialah apa yang paling asas adalah menyedari kekuatan manusia tidak boleh menandingi kekuatan Allah S.W.T. Proses kaunseling perlulah melalui beberapa prinsip yang telah ditetapkan oleh Islam iaitu sorang kaunselor harus sentiasa peka dengan Firman Allah S.W.T yang bermaksud:Dan janganlah kamu mengikuti apa yang tidak kamu ketahui , keranasesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semuanya itu akan dipertanggungjawabkan. Al-Isra: 36.Antara matlamat kaunseling Islam , Imam al-Ghazali (Kamal Abdul Manaf, 2000) :i. Mengembangkan personaliti individu ke arah yang positif untk menyelesaikan segala kerumitan dengan berkesan dalam kehidupannya.ii. Membantu individu menyesuaikan dirinya dengan masyarakat dan menuruti masyarakat melalui perkembangan konsep kendiri.iii. Membekalkan pengalaman-pengamalan baru yang dapat mewujudkan peluang-peluang kepada klien supaya mereka memahami perbezaan diri mereka dengan kehidupan.iv. Membantu klien memahami diri sendiri dan menyesuaikan dirinya dengan persekitaran serta orang lain.v. Dalam Islam, matlamat akhir seseorang insan adalah untuk berjaya menjadi khalifah Allah S.W.T di bumi ini dan beribadat kepada-Nya. Seseorang kaunselor mesti memahami matlamat khususnya yang terakhir ini.Manakala Imam al-Ghazali berpandangan bahawa proses kaunseling tidak memerlukan seseorang kaunselor menyediakan sesuatu jawapan yang khusus untuk sesuatu permasalahan, atau untuk mengubah sesuatu tingkah laku yang tertentu. Sebaliknya kaunselor membantu klien berasa lebih terbuka terhadap pelbagai pengalaman mereka dan dapat menerima orang lain. Perubahan klien ini boleh dilihat sebagai seorang yang lebih sosial dan matang. Justeru Imam al-Ghazali menganjurkan supaya kaunselor membantu klien melalui beberapa kaedah:i. Menjadikannya normal supaya mereka mengenali diri dan persekitaran mereka.ii. Membantu klien menemui cara-cara atau pendekatan yang lebih baik untuk mereka menyelesaikan kerumitan yang dihadapi.Berdasarkan anjuran ini , maka kaunselor tidak perlu menyediakan jawapan yang khusus untuk sesuatu tingkah laku tertentu yang perlu dilakukan klien sebagai matlamat kaunseling.

Menurut Yatimah dan Mohd. Tajudin (2008), proses kaunseling model al-Ghazali merangkumi aspek-aspek musyararah ( menetapkan syarat), muraqabah (audit atau semakan), muaqabah ( dendaan), mujahadah (bersungguh-sungguh) dan muatabah (celaan) .Langkah-langkah kaunselign model al-Ghazali bagi proses membantu klien atau orang bermasalah menurut al-Ghazali adalah seperti berikut:i. Langkah 1: Pengenalan dan bina hubunganii. Langkah 2: Meneroka diri dan masalahiii. Langkah 3: Mengenal pasti punca dan jenis masalah.iv. Langkah 4: Memberi ubat yang sesuai dengan penyakitv. Langkah 5: Penilaian

Manakala menurut Salaiah et.al (2011) kemahiran kaunseling yang bolehdigunakan ialah :i. Kemahiran menyoalii. Kemahiran membuat dorongan minimumiii. Kemahiran membuat konfrantasiiv. Kemahiran refleksi emosiv. Kemahiran refleksi pengalamanvi. kemahiran membuat prafrasavi. Kemahiran membuat rumusan besar

Berdasarkan kepada kedua-dua model di atas menunjukkan adanya sedikit perbezaan.Bagi al-Ghazali, ia lebih menumpukan kepada proses membantu klien menggunakan pendekatan Islam dan menumpukan kepada klien beragama Islam. Ini kerana menurut al-Ghazali, masalah yang dihadapi oleh manusia berpunca daripada tidak memahami tujuan sebenar kehidupan iaitu mengabdikan diri kepada Allah.

Surah al-Anbiya ayat 7Bermaksud: maka bertanyalah kamu kepada ahl al-Dhikr, jika kamu tidak mengetahui.Menurut al-imam NawawiMaksudnya: Digalakkan kepada sesiapa yang menghadapi masalah berbincang mengenainya dengan sesiapa yang ia percaya sama ada dari aspek agamnaya, pengalamannya, kecerdikannya, kebijaksanaannya, kewarakannya serta ketelusannya (empati).Berdasarkan penelitian terhadap hadis-hadis kaunseling dapat disimpulkan di sini bahawa kaunseling Islam mengemukakan satu pendekatan yang berorientasikan pembersihan rohani sebagai suatu kaedah bagi menyelesaikan masalah kecelaruan jiwa . Pendedahan terhadap amalan-amalan tertentu sebagaimana dikemukakan oleh Rasulllah S.A.W untuk para sahabat yang menghadapi tekanan perasaan, menjelaskan bahawa dalam konteks kaunseling Islam penyelesaian masalah bukan sahaja bergantung kepada tindakan klien semata-mata tetapi juga berhubung rapat dengan dimensi ketuhanan dan kerohanian. Pendekatan kaunseling Islam dan juga amalan-amalan seperti solat, doa, zikir tersebut amat sesuai disarankan kepada klien dalam usaha mengatasi setiap masalah atau menangani masalah kemurungan dan menghindari klien daripada terus mengalami kesedihan. Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada Aku, nescaya akan Kuperkenanakan bagimu.sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Aku (berdoa) alan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dan dina.Hadis yang menganjurkan setiap individu berdoa apabila menghadapi masalah atau apa jua konflik yang menimpa:Maksudnya: tidak ditimpakan kebimbangan dan kesedihan seseorang kamu, lalu ia berkataWahai Tuhanku, aku hamba-Mu, anak- anak dari hamba-Mu, anak daripada hamba perempuan-Mu, ubun-ubunya dalam gengaman-Mu berlaku padaku hukum-Mu, adil segala ketentuan-Mu, aku bermohon pada-Mu dengan segala nama yang engkau namakan dari diriMu, yang engkau turunkan dalam kitab-Mu, yang telah engkau ajarkannya kepada seseorang dari makhluk-Mu, Engkau sendiri yang mengetahuinya dalam ilmu ghaib-Mu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai cahaya penerang dan penyejuk hatiku, penghilang dukalara, resah gelisah dan pengikis kebimbanganku.. (H.R. Bukhari)

Menurut Mohamed Sharif (1998) doa adalah jalan yang disediakan oleh Allah S.W.T bagi umahnya meminta sesuatu daripada-Nya, tidak kira sama ada yang berkaitan dengan fizikal ataupun spiritual. Dengan menyebut nama Allah melalui zikir dan meminta limpah kurnia-Nya melalui doa adalah cara yang sebaik-baiknya bagi seseorang individu mencari ketenangan hidup.

DoaDalam surah Ghafir ayat 60 : Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku (berdoa) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina. Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran (Al-Baqarah:186)Menurut Zakiah Drajat (dalam M. Darojat , 2006) doa dapat memberikan rasa optimis, semangat hidup dan menghilangkan perasaan putusasa ketika seseorang menghadapi masalah. Doa mempunyai makna penyembuhan bagi stres dan gangguan kejiwaan. Doa juga mengundang manfaat untuk pencegahan terhadap terjadinya kegoncangan jiwa dan gangguan kejiwaan. ZikirZikir (a-dhikr) mengingati Allah juga merupakan suatu bentuk rawatan ronahi yang amat berguna untun mengembalikan ketenagan dan ketenteraman jiwa. Apabila dilaksanakan secara berterusan (iltizam) dan dengan hati yang ikhlas, ia mendatangkan kesan yang tidak terhingga kepada peribadi dan tingkah laku manusia. Ia juga sebagai perisai yang dapat menghalang manusia daripada gangguan iblis dan syaitan .(al-Quran :Ar- Rad: 28)

Istigafar:Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan ke atas pelajar yang menjalani proses rawatan pendekatan kaunseling Islam iaitu wirid, doa dan muhasabah diri mendapati rawatan ini dapat mengembalikan keyakinan sampel penyelidikan yang akhirnya dapat mengurangkan masalah kemuruangan yang mana setanding dengan terapi Barat (Iran Herman, Asmah Bee: 2003)Penyelidik berkeyakinan bahawa rawatan melalui pendekatan Islam seperti doa, wirid dan solat dapat memberikan semangat baru yang lebih positif dalam menghadapi kehidupan dan cabaran masa hadapan.

1.6.3 KemurunganOlthman dan Emely (1998) mendefinisikan kemurungan sebagai :Depression can refer to either to a mood or clinical syndrome a combination of emotional, cognitive and behavioral syamptoms. Kemurungan bukan sahaja berlaku dalam kalangan kanak-kanak, malah ia boleh dialami dalam pelbagai peringkat usia dan gender. Menurut Kauffman (2001) kemurungan di kalangan kanak-kanak merupakan satu isu yang kontroversial sejak beberapa dekad yang lalu.Kemurungan juga dianggap sebagai penyakit zaman ini. Ianya tidak hanya berbahaya secara kejiwaan tetapi boleh juga merosakkan aspek fizikal. Gangguan kemurungan adalah berberapa bentuk penyakit kejiwaan,kecanduan dadah, gangguan tidur, gangguan pada kulit , perut dan tekanan darah dan akhirnya boleh bertindak agresif seperti membunuh orang atau membunuh diri. Menurut Mohd. Sufian (2004), kemurungan adalah suatu masalah yang tidak seimbang emosi yang mana biasanya dialami manusia yang berdepan dengan kekecewaan atau tekanan dalam kehidupan harian mereka. Menurut kajian yang dijalankan oleh Turkington dan Kaplan (1997) dalam See Ching Mey, (2005) mendapati bahawa apabila seseoang yang mencapai umur 15 tahun satu daripada lima remaja akan mengalami kemurungan. Menurut Bachanas dan Kaslow (2001) kemurungan dalam kalangan remaja memerlukan perhatian dan intervensi yang baik.Kemurungan merupakan satu sindrom klinikal yang menggabungkan kombinasi emosi, kognitif dan juga simptom-simptom tingkah laku ( Oltmanns&Emery, 1995) . Ia juga merupakan gangguan dan kecelaruan perasaan dan termasuk penyakit minda yang memberi kesan psikologi yang mana penghidapnya akan bertingkah laku suka menyalahkan diri sendiri , keliru dan merasakan tiada peluang hidup.Menurut Bachanas dan Kaslow (2001), kemurungan dalam kalangan remaja memerlukan perhatian dan intervensi yang baik. Menurut kajian yang dijalankan oleh Turkington & Kaplan (dalam See Ching Mey, 2005) mendapati bahawa apabila seseorang yang mencapai umur 15 tahun satu daripada lima orang remaja akan mengalami kemurungan. Menurut Iran Heman (2003) kajian-kajian yang dilakukan terhadap fenomena kemurungan ini meliputi pelbagai tahap umur dari peringkat kanak-kanak hinggalah ke peringkat dewasa. Pada peringkat kanak-kanak kemurungan sebagai suatu masalah klinik kurang diberi perhatian. Manakala Iran Herman (2005) kajian-kajian lepas yang dilakukan terhadapfenomena-fenomena kemurungan ini meliputi tahap umur dari peringkat kanak-kanak sehinggalah ke peringkat dewasa. Pada peringkat kanak-kanak kemurungan sebagai suatu masalah klinikal kurang diberikan perhatian. Mengikut kajian Lee (1987) dalam Mohammad Alfian ( 2006 ) mendapati 140 pelajar tahun empat universiti menunjukkan pelajar ini mengalami kemurungan yang disebabkan kesunyian emosi dan kesunyian sosial.

Dalam bidang psikiatri pula masalah ini tidak mendapat perhatian yang serius dari mana-mana pihak sehingga lewat tahun 1970-an (Iran Herman, 2003). Kesukaran mendefinisikan secara operasional simptom kemurungan juga dan dalam menentukan kemurungan pada kanak-kanak dikatakan halangan yang besar kepada penyelidikan dalam bidang ini. Walau bagaimanapun, situasi ini telah berubah dengan cepat dan ia telah menjadi satu usaha dan bidang kajian yang besar apabila masalah kanak-kanak mula diberikan perhatian khusunya di Amerika Syarikat (Schulterbandt dan Raskin, 1977) .Menurut Jamaludin et al. (2010 ) terdapat beberapa simptom kemurungan bagi mengenal pasti sama ada seseorang itu mengalami sindrom kemurungan atau tidak. Simptom-simptom ini terbahagi kepada empat aspek utama iaitu afektif, kognitif, tingkah laku dan fisiologi. Setiap aspek ini berkait antara satu sama lain. Menurut Mohd. Farhan dan Uzair (2008) faktor utama yang menyebabkan kemurungan pelajar adalah faktor kepenatan diikuti oleh faktor motivasi akademik, kognitif dan emosi. Menurut Al-Kindi ( dalam Rizal:2009) kemurungan berpunca daripada kegagalan seseorang untuk mencapai sesuatu yang sangat dihajati dalam hidupnya. Oleh yang demikian boleh menyebabkan seseorang itu menghadapi kesediahan dan kemurungan kerana kehendak manusia itu tiada batasannya sedangkan ia tidak mampu untuk mencapai atau memenuhi semua kehendak tersebut.Menurut Al-Kindi lagi, kemurungan juga boleh berlaku disebabkan faktor kerosakan, kebinasaan , kematian atau kehilangan sesuatu yang sangat disayangi oleh seseorang. Sementelahan pula semua faktor ini tidak boleh dipertahankan buat selamanya seperti harta, orang yang disayangi dan dikasihi, wang ringgit dan sebagainya. Kejadian masa lalu seperti kecewa akibat kematian insan yang akrab dalam kehidupan klien telah menyebabkannya menghadapi masalah pembelajaran.Di samping itu faktor persekitaran kejadian masa lalu seperti jenayah rogol membawa kepada penyumbang kemurungan. Kajian oleh Briere (dalam Shazli Ezzat :2006) membuktikan kaitan rapat yang wujud antara mangsa dengan kemurungan. Simptom kemurungan yang dihadapi seperti berasa sedih, berasa letih sepanjang masa, gagal untuk memberi tumpuan dan lantaran tidur yang berlebihan.

Beck (1976) telah menyenaraikan tiga faktor yang menyebabkan individu mengalami kemurungan. Faktor-faktornya ialah:i. Penyalahan diriii. Kasihan diriiii. Rasa kasihan kepada pihak lain.

Menurut Beck (1976) lagi penyalahan diri bermaksud mempercepatkan seseorang bersalah kerana kelakuan yang salah. Apabila perasaan menyalahkan diri ini wujud dalam diri sendiri, maka ia cenderung untuk terus menkritik diri dan membenci diri sendiri.Sikap seperti ini menyakinkan mereka bahawa diri mereka yang jahat dan tidak berguna lagi. Sikap menyalahkan diri sekiranya berterusan akan menyebabkan individu akan berasa terganggu dan mungkin berasa ingin menangis, berdiam diri atau bersedih secara tidak langsung yang mana akan membawa kepada kemurungan. Faktor-faktor kemurungan dalam kalangan pelajar akan dibahagikan kepada tiga faktor utama seperti:i. Kepenatan disebabkan keletihan, kurang tumpuan terhadap pembelajaran dan kesukaran menyiapkan tugasan. ii. Kognitif dan emosi relajar yang tidak terlepas daripada dibelenggu dengan kekusutan pemikiran dan emosi dalam kehidupan mereka.iii. Masalah berkaitan dengan motivasi akademik seperti faktor berkaitan akademik, masalah kelas dan masalah motivasi.

Kendatipun Ibu Sina berpendapat penyakit kemurungan yang tidak ditangani dengan baik akan meninggalkan kesan ke atas tuntutan biologi seseorang dan mendorong kepada perlakuan membunuh diri (Rizal, 2009)

1.6.4 Pandangan Barat tentang Kemurungan Dan Menangani Menurut Keagamaan Menurut E. Gilman Stephen , Kawachi Ichiro, M Fitzmaurice Garrett, dan L Buka Stephen (2002) sosioekonomi yang rendah semasa zaman kanak-kanak mempunyai kaitan berlakunya kemurungan semasa remaja kelak Hasil kajian yang dijalankan oleh Mohamed Alfian Haris (2006) mendapati masalah kebimbangan dan punca utama ketidakstabilan emosi pelajar disebabkan oleh pendapatan keluarga . Manakala menurut Paragament dan Park (1995) telah membuktikan bahawa amalan agama dapat mengawal tekanan yang dirasai. Agama dapat digunakan dengan pelbagai cara sama ada untuk individu menjadi asertif atau defensif, aktif atau pasif. Agama berkait rapat dengan matlamat dan kaedah pelaksanaan. Menurutnya lagi , agama memberikan panduan amalan kehidupan dan tindakan individu pada setiap ketika sama ada secara perseorangan atau kolektif.Menurut Dr. Randy Byrd (dalam Stephen:2009) melaporkan mengenai eksperimen yang menarik dalam The Medical Tribune berhubung dengan pesakit hospital yang sama usia dan keadaan dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama dibacakan doa oleh beberapa anggota kumpulan yang berdoa, sementara golongan kedua tidak. Hasil kajian menunjukkan kumpulan pertama kurang menderita sakit; hanya 3 daripada 16 orang memerlukan antibiotik; 6 orang menderita pulmonari edema, berbanding orang dengan 18 orang; dan tidak ada yang perlukan rawatan perubatan;berbanding 12 orang dalam kumpulan kedua.Seandainya lebih bersungguh-sungguh dan kerap berdoa dengan penuh keyakinan dapat dapat merubah manusia dan manusia boleh membuat perubahan dalam dirinya. Herbert Hoover, bekas Presiden Amerika Syarikat yang ke-31 berkata: Kuasa doa lebih kuat daripada kombinasi yang dikawal oleh manusia; kerana doa ialah terbaik manusia dapat mengumpulkan sumber-sumber ketuhanan. (Septhen, 2009)

1.7 Kerangka Kerja TeoritikalKeperluan Pendekatan Kaunseling Islam1.8 Signifikan KajianKajian ini penting untuk mendedahkan keperluan pendekatan kaunseling Islam dalam menangani masalah kemurungan pelajar. Pelaksanaan kaunseling Islam diharapkan dapat membantu pelajar mengatasi kemurungan tersebut.Kajian ini juga penting untuk pelajar mengenal pasti emosi yang boleh membawa kepada kemurungan dan bertindak untuk mengatasinya agar mereka meneruskan kehidupan yang lebih selesa. Sebagai contoh apabila seorang pelajar mengenal pasti kemurungan yang sedang dihadapinya khsusnya

1.9 Definisi Operasional kaunseling IslamIshammuddin Ismail (1996) mentakrifkan kaunseling Islam sebagai suatu proses menolong dan membantu dengan cara membentuk perhubungan secara bersemuka antara kaunselor dengan klien . Dengan kata lain, hubungan tersebut akan melibatkan penerokaan potensi jati diri klien bagi mengembangkan semula segala sumber dalaman klien untuk menerima kebenaran (al-Haq) serta bertanggungjawab pada diri sendiri untuk mencari keredaan Allah S.W.TMuhd. Mansur Abdullah (1996) pula menyebut kaunseling Islam ialah suatu proses aktif yang terjadi antara kedua-dua belah pihak yang dicorakkan melalui perhubungan yang intim antara kaunselor dengan klien.Yang nyata ianya bertujuan menolong menyelesaikan masalah serta mengubah tingkah laku klien ke arah yang lebih baik untuk mendapatkankeredaan Allah S.W.T.Kaunseling Islam ialah suatu proses pengajaran dan pembelajaran untuk menolong individu atau kumpulan individu yang menghadapi masalah psikologi bagi membuat keputusan dan membimbing kehidupannya bagi menghadapi kebahagiaan dunia dan akhirat berpandukan syariat Islam (Mohd. Sharief:1998)).Dalam kajian ini penyelidik akan menggunakan pendekatan kaunseling Islam berdasarkan Teori Kaunseling Islam Al-Ghazali. KemurunganKemurungan yang boleh dianggap sebagai suatu perasaan, suatu sindrom atau suatu penyakit klinikal (Dacey & Kenny, 1997) . Mana kala menurut Beck (1976) dalam Iran Herman (2003) telah menyenaraikan faktor penyalahan diri, kasihan diri dan rasa kasihan kepada pihak lain adalah faktor yang menyebabkan kemurungan. Oleh yang demikian kemurungan dapat dilihat sebagai suatu sindrom penyakit emosi yang akhirnya menzahirkan tingkah laku atau perlakuan seperti ponteng kelas, menyendiri, tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran dan sebagainya.

Dalam kajian ini kemurungan dilihatKesan KemurunganKesan kemurungan yang kerap berlaku dalam kalangan pelajar seperti ponteng kuliah, tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran, suka berkhayal, sering datang lewat ke kuliah, kerap bersendirian dan lain-lain.Kemurungan seumapama ini boleh mengakibatkan pencapian akademik terjejas dan ada juga pelajar mengambil keputusan berhenti daripada meneruskan pelajaran atau pengajiannya.Faktor Penyebab KemurunganAntara penyebab kemurungan ialah dikeranakan masalah emosi, masalah pembelajaran,faktor persekiaran, latar belakang pelajar , masalah keluarga, , masalah malu, kebimbangan , tidak berminat dengan kursus yang diikuti ,percintaan dan sebagainya.

1.8 Rujukan

BIBLIOGRAFIAsmah Bee, Mohd. Noor. 1979. Tingkah laku dan masalah seks di kalangan kaum remaja. Widya, 23 Julai.

Asmah Bee, Mohd. Noor, 1979. Kemurungan : Satu pendekatan teori, Majalah Psikologi, Bil. 10 hal. 87-103

Azalan Afandi. 1998. Peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling terhadappelajar yang berprestasi rendah ke arah peningkatan pencapaian akademik. LatihanIlmiah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azizah Lebai Nordin. 2002. Masalah Disiplin di Kalangan Remaja. Tesis PhD. FakultiPendidikan, Universiti Malaya.

Beck , 1996. Depression Inventor II . Available at: http://Marketplace psychorp.com/Psycopsychorp.com/PsychoCprp.com/Cultures/en-US/dotcom

Beck, A.T, 1976. Depression :Cause and treatment. Philadelphia: University of Pennsylevinia Press

Corey, G & Corey M.S. 2002. Groups: Process and pratice. Sixth Ed. Brooks Cole Thomson Leraning. USA.

Corey, G. 2001. Theory and practice of counseling and psychostherapy (6th ed.) andmanual. Pascific Grove, C.A: Brooke / Cole.

Davis , S.F and Palladino, J.J ,1997. Pschology 2. Upper Saddle River Ner Jersy:Prentice HallDrojat Ariyanto, 2006, Psikoterpi dan doa, SUHUF,Vol.XVIII,No 01 Mei 2006

Erickson, M. T. (1992). Behavior Disorders of Children And Adolescents: Assesement, Etiology and Intervention. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall Inc.

Gorenstein, C.G., Andrade, L., Zanoli, E. Dan Artes, R. 2005 . Expressive Syamptoms In A Nonclinical Brazilian Adolescent Sample. The Canadian Journal On Adolescent I. 63-91Hassan, Langgulung, 1995. Prof. Dr, Pendidikan Islam dan Peralihan Paradigmam Selangor, HIZBI.Hassan, Langgulung.1997.Asas-Asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur. D.B.P cet. Ke-2 Hassan, Langgulung ,1983. Teori-teori Kesihatan Mental:Perbandingan Psikologi Moden dan Pendekatan-pendekatan Pakar-Pakar Pendidikan Islam . Selangor, Pustaka Huda, Ishammudin Ismail 1996. Persepsi Kaunseling Kontemporari. KL , Pusat Ilmu Jelatek, 1996.Muhd. Mansor, Abdullah,1996. Kaunseling: Teori, Proses dan Kaedah . Selangor, Fajar Bakti , cet-2.

Jamaluddin Ramli, Azizi Yahya, Nordin Yahaya, Siti Zainab Md Lazim, 2010 Kemurungan Dalam Kalangan Penghuni Rumah Anak Yatim DI Daerah Kota Baharu, Kelantan. Jurnal

Kamal Abdul Manad (Al_Hakam), Kaunseling isla Perbandaingan Antara Amalan dan Teori Kaunseling Barat. Utusan Publication dan Distributor Sdn. Bhd.

M. Darojat Ariyanti , Psikoterapi dengan doa, Jurnal Fakultas Agama Islam,Surakarta.

Mizan Adiliah. 1998. Kaunseling sekolah dan gejala sosial. Jurnal PERKAMA 7.

Muhamed Sharif , 1998 Kaunseling Islam, Jurnal Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Jilid 4. Bil. 1 April 1998 hal 19-30

Muhamed Alfian Harris b. Omar, Muhamed Sharif Mustffa, 2006, Tahap Kestabilan Emosi Pelajar di Sebuah Kolej Kediaman Institusi Pengajian Tinggi Awam : Satu Tinjaua, Jurnal Fakulti Pendidikan UTM , Skudai.

Mohd. Farhan Uzair bin Paisan, 2008 . Tinjauan Terhadap Kemurungan Dalam Kalangan Pelajar Di Universiti Tun Hussein Onn, Tesis Sarjana Universiti Tun Hussein Onn.

Muhammad Alfian Hariss , Muhamed sharif Mustaffa ,2006. Tahap kestabilan emosi pelajar di sebuah kolej kediaman institusi pengajian tinggi awam: satu tinjauan. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia.Oltmans , T.F., and Emery, R.E (1998), Abnormal Psychology upper Saddle River,NJ,:Prentic Hall. Cet. 2.Rizal, Abu Bakar, Kaunseling Daripada Perspektif Islam Apa, Mengapa dan Bagaimana. 2009. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.Schulterbandt.J.G & Raskin A. (1977) Depression In Childhood:Diagnosis. Treatmen And Conceptual Models. New York: Revan PressShazli Ezzat Ghazali, Pommusamy S, Normah Che Din dan Nik Faridah Yousef Mohd Khan,2006. Kesejahteraan Psikologi, kemurungan dan Sokongan Sosial di Kalangan Mangsa Rogol , Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 4 (1.) 2006:99-106, Uuniversiti Kebangsaan Malaysia.

Salasiah Hanim Hamjah, Zainab Ismail, Asawiyah Ismail, Nadhirah Muhammag Arib, 2011. Kaedah Penerapan Ibadah dalam Kaunseling: Satu Tinjauan Awal. Jurnal, Perkama International Convention.

Syed Hasan Ahmad, Asmah Bee,2003. Menangani Kemurungan Melalui Kaunseling Berperspektif Islam , Prosiding Seminar Kaunseling Berperspektif Islam.

Wan Abd. Kader& Ismail Abdul Ghani, Dakwah dan Kaunseling Islam, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006

Yatimah Sarmani & Mohd. Tajudin Haji Ninggal, 2003, Kaunseling Islam Dalam Membina Masyarakt Madani. Kertas Kerja dibentangkan di Konvensyen PERKAMA kali ke XI, Hotel Eden Garden , Johor Bahru (25-27 Jun 2003).

Yatimah Sarmani , 2005. Pendekatan Kaunseling Islam: Satu Analisis Kualitatif Model Kaunseling Berasaskan Sifat-Sifat Manusia Oleh Imam Ghazali. Tesis Doktor Falsafah tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai , Johor.

Zainab Ismail , 2001, Tesis PhD USM

Zuria Mahmud, Noriah Mohd. Ishak & Noriah Bachok. 2003. Strategi kaunseling untukmenangani tingkah laku bsermasalah di kalangan pelajar sekolah menengah: Satu tinjaun literatur. Konvensyen PERKAMA Kali Ke XI. Hotel Eden Garden, Johor Bharu. 25-27Jun

1.1 Organisasi Bab Tesis

PENGAKUANPENGHARGAANABSTRAKABSTRACTKANDUNGANJADUAL TRANSLITERASISENARAI JUDULSENARAI ILUSTRASISENARAI SINGKATAN

BAB 1 PENDAHULUAN1.1 Pengenalan1.2 Latar Belakang Kajian1.3 Pernyataan Masalah1.4 Persoalan Kajian1.5 Objektif Kajian1.6 Limitasi Kajian1.7 Kerangaka Konseptual1.8 Definisi Operasi Kajian

BAB II ASAS AMALAN DAN KAUNSELING ISALM DALAM MENANGANI MASALAH KEMURUNGAN2.1 Pengenalan2.2 Faktor yang Mempengaruhi Kemurungan 2.2.1 Keluarga 2.2.2 Masalah pembelajaran 2.2.3 Masalah sosial 2.2.4 Masalah kewangan 2.3 Asas Amalan Kaunseling Islam2.4 Proses Kaunseling Islam dalam Menangani Kemurungan 2.4.1 Definisi Kaunseling Islam 2.4.2 Proses kaunseling Islam Menagani Kemurunga2.5 Nilai Dakwah/Rawatan Rohani dalam Proses Kaunseling Islam 2.5.1 Definisi Dakwah 2.5.2 Nilai Dakwah dalam Proses Kaunseling Islam2.6 Etika Kaunselor Muslim 2.7 Rumusan

BAB 3: ORGANISASI POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH DAN JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK3.1 Pengenalan3.2 Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)3.3 Jabatan Kejuruteraan Elektrik3.4 Unit Bimbingan dan Kaunseling3.5 Latar Belakang Kaunselor3.6 Rumusan

BAB 4: LATAR BELAKANG SOSIO DEMOGRAFI DAN MASALAH KEMURUNGAN PELAJAR4.1 Pengenalan4.2 Jumlah dan taburan responden4.3 Latar belakang Responden 4.3.1 Umur dan Jantina4.3.2 Latar belakang Pendidikan Keluarga4.3.3 Pekerjaan Ibu Bapa4.3.4 Pendapatan keluarga4.4 Rumusan

BAB 5: PROSES KAUNSELING DALAM KALANGAN PELAJAR YANG MENGALAMI KEMURUNGAN 5.1 Pengenalan5.2 Persediaan Untuk Sesi Kaunseling5.3 Langkah Dalam Proses Kaunseling5.3.1 Mengenal Pasti Identiti dan Menerima Responden5.3.2 Mewujudkan Suasana Mesra5.3.3 Mendengar dan Menentukan Masalah5.3.4 Merumuskan Kesimpulan Sementera5.3.5 Membantu Responden Memecahkan Masalah dan Membuat Keputusan5.3.6 Memberi penerangan Kepada Responden5.4 Kekerapan Responden menyertai Sesi Kaunseling5.5 Keputusan Responden Selepas Menyertai Sesi Kaunseling5.5.1 Meneruskan pengajian5.5.2 Berjanji Akan Berubah5.5.3 Boleh Menerima Permasalah Keluarga5.54 Lebih Termotivasi5.6 Aplikasi Dakwah Islamiah/ Rawatan Rohani Dalam Proses Kaunseling5.6.1 Hak dan Tanggungjawab Pelajar5.6.2 Hukum Hakam Bertingkah Laku negetif5.6.3 Kelebihan Berzikir5.6.4 kelebihan Doa5.6.5 Kelebihan Berwirid5.7 RumusanBAB 6: PENUTUP 6.1 Pengenalan 6.2 Ringkasan Hasil Kajian 6.2.1 Proses Kaunseling dan Perlaksanaannya 6.2.2 Aplikasi Dakwah Islamiah/ Rawatan Islam dalam Kaunseling 6.2.3 Latar belakang Pegawai Psikologi 6.2.4 Latar Belakang Pelajar Yang Mengalami Kemurungan 6.2.5 Kemurungan 6.2.6 Faktor Kejayaan / Kegagalan Kaunseling 6.3 Implikasi Hasil Kajian 6.4 Cadangan 6.5 Cadangan Kajian Akan DatangRUJUKANLAMPIRAN

1.9 Milestone

NOPERANCANGAN1Semester 1: September- November Kertas Cadangan Proposal

Disember : Pembentangan Kertas Cadangan Proposal Semester 2: Januari : Mengumpulkan dan mengolah bahan penyelidikan Februari: Temu bual dengan kaunselor untuk mendapatkan maklumat pelajar yang mengalami kemurungan. Mac: Membuat soal selidik April: Mengedarkan borang soal selidik April Ogos : Mengadakan sesi kaunseling pendekatan Islam menurut teori al-Ghazali Semester 3: September : Mendapatkan hasil dapatan kaunseling Islam yang dijalankan ke atas responden. Oktober- Disember : Menganalisis dapatan kajian.Semester 4: Pembentangan Hasil Kajian dan memperbaiki kajian jika perluSemester 5: Penyerahan tesis untuk kegunaan VIVASemester 6: VIVA

1.2 Jangkaan PenerbitanPenerbitan dijangkakan pada akhir semester setelah menyelesaikan penambahbaikan jika berkaitan.(sumber:Mahnessa A. Kadir: Contoh Sebuah Proposal)

MAKLUMAT HARTANAH Kembali AKAN DATANG Bandar Layangkasa, Johor Bahru

Cadangan kawasan tapak projek31.89 EkarCadangan saiz unit: Teres Dua Tingkat Jenis 1 (3 + 1 Bilik Tidur): 1,468 kps Teres Dua Tingkat Jenis 2 (3 + 1 Bilik Tidur): 1,754 kps Lokasi & Akses Mudah Bandar Layangkasa, Johor Bahru Akses terus melalui Jalan Negeri 10 dan Lebuhraya Senai Pasir GudangCadangan kemudahan Surau Dewan komuniti Taman permainan Taska TadikaIlustrasi reka bentuk konsep bergantung kepada kebenaran daripada Pihak Berkuasa tempatan.KUALA LUMPUR 12 Nov. - Satu skim pembiayaan baharu dengan kadar bayaran bulanan jauh lebih rendah akan diperkenalkan kerajaan bagi membantu individu yang gagal memperoleh pinjaman bagi memiliki rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).Melalui skim baharu itu, pembeli PR1MA mungkin hanya akan membayar antara RM400 dan RM500 sebulan untuk sebuah rumah berharga RM200,000.Kadar tersebut jauh lebih rendah berbanding pinjaman bank komersial yang biasanya sekitar RM1,800 sebulan bagi membiayai pinjaman sebanyak itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kemudahan mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan untuk individu terbabit turut disediakan di bawah skim tersebut.Walau bagaimanapun, beliau berkata, pengumuman rasmi mengenai pelaksanaan skim itu nanti akan diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat, selepas perincian pelaksanaannya dibawa ke pengetahuan Kabinet minggu ini."Saya akan bentangkan skim ini di mesyuarat Kabinet minggu ini sebelum Perdana Menteri mengumumkannya secara rasmi."Skim ini bakal menawarkan bayaran pinjaman bulanan yang cukup rendah berbanding ditetapkan institusi kewangan tempatan," katanya ketika pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini. Beliau berkata, skim berkenaan akan membabitkan tiga peringkat pembiayaan bermula RM200,000, RM300,000 dan RM400,000.Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 44,223 unit rumah PR1MA akan mula dibina tahun ini di seluruh negara.Katanya, projek berkenaan akan dibina di 10 buah negeri bermula di Negeri Sembilan dengan 6,174 unit rumah."Walaupun kita menyasarkan membina 80,000 unit rumah setiap tahun, namun tahun ini mengalami sedikit kekangan disebabkan PR1MA ini hanya mula dilaksana bermula Jun lalu iaitu selepas Akta PR1MA diluluskan Parlimen Januari lepas."Memang sukar menyiapkan semua unit PR1MA (80,000 unit) seperti disasarkan dengan baki hanya dua bulan lagi, tapi yang penting, pembinaannya akan kita mulakan tahun ini juga," katanya.Mengulas lanjut beliau berkata kerajaan juga sedang berusaha untuk mendapatkan lebih banyak kawasan atau tapak bagi projek PR1MA termasuk kerjasama dengan swasta dan pemilik tanah persendirian.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20131113/pa_01/Skim-baharu-PR1MA#ixzz2vSQC5eCA Utusan Melayu (M) Bhd

IBU PEJABAT DAERAH MANJUNG, POLIS DIRAJA MALAYSIA, JALAN DATO' SERI KAMARUDDIN, 32040 SERI MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN.