panduan pengguna garis panduan bagi penggunaan...

32
Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari Kementerian Kesihatan Malaysia GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN PERKHIDMATAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI YANG BETUL DI MALAYSIA PANDUAN PENGGUNA

Upload: others

Post on 03-Oct-2019

55 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN PENGGUNA GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN ...tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/consumer/BukuPanduan_BM.pdf · memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia

Bahagian Perubatan Tradisionaldan Komplementari

Kementerian Kesihatan Malaysia

GARIS PANDUANBAGI PENGGUNAAN

PERKHIDMATAN PERUBATANTRADISIONAL DAN

KOMPLEMENTARI YANGBETUL DI MALAYSIA

PANDUAN PENGGUNA

Page 2: PANDUAN PENGGUNA GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN ...tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/consumer/BukuPanduan_BM.pdf · memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia
Page 3: PANDUAN PENGGUNA GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN ...tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/consumer/BukuPanduan_BM.pdf · memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia

1

PANDUANPENGGUNA BAGI

PENGGUNAANPERKHIDMATAN PERUBATAN

TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI YANG

BETUL DI MALAYSIA

Bahagian Perubatan Tradisionaldan Komplementari

Kementerian Kesihatan Malaysia

Page 4: PANDUAN PENGGUNA GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN ...tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/consumer/BukuPanduan_BM.pdf · memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia

2

Edisi pertama 2019

Hak cipta 2019, Kementerian Kesihatan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau pun dipindahkan dalam sebarang bentuk cara, sama ada dengan cara elektronik, gambar rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit terlebih dahulu.

Diterbitkan oleh:Bahagian Perubatan Tradisional dan KomplementariKementerian Kesihatan Malaysia

No. ISBN: 978-967-16380-4-0

Percetakan ini dibiayai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization)

Penafian: Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak menjamin bahawa maklumat yang terkandung di dalam percetakan ini adalah lengkap and betul dan tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian yang ditanggung akibat penggunaan percetakan ini.

Page 5: PANDUAN PENGGUNA GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN ...tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/consumer/BukuPanduan_BM.pdf · memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia

3

Sekiranya tedapat sebarang ketidakselarasan atau percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu,

versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai

Page 6: PANDUAN PENGGUNA GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN ...tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/consumer/BukuPanduan_BM.pdf · memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia

4

Kata pengantar oleh Menteri Kesihatan MalaysiaKata pengantar oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia1.0 Pengenalan2.0 Hak dan Tanggungjawab Pengguna3.0 Maklumat Penting kepada Pengguna

3.1 Bidang Amalan yang Diiktiraf3.2 Mengenalpasti Pengamal yang Diiktiraf3.3 Perkhidmatan PT&K di Fasiliti Kesihatan Kerajaan3.4 Perkhidmatan PT&K di Fasiliti Swasta

4.0 Peraturan Produk PT&K5.0 Menilai Maklumat Berkaitan Produk dan Perkhidmatan PT&K

5.1 Menilai Testimoni, Iklan dan Laman Sesawang5.2 Maklumat dari Sumber Rasmi

6.0 Produk atau Perkhidmatan PT&K6.1 Pengambilan Produk PT&K tanpa Konsultasi6.2 Interaksi Herba-Ubat6.3 Melaporkan Kesan Sampingan

7.0 Harga dan Perlindungan Insuran bagi Perkhidmatan PT&K7.1 Harga7.2 Perlindungan Insuran

8.0 Maklumbalas dan Saluran Aduan9.0 KesimpulanLampiran 1Lampiran 2Lampiran 3PenghargaanRujukan

ISI KANDUNGAN

5689

11

1415

16

17

1819

Page 7: PANDUAN PENGGUNA GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN ...tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/consumer/BukuPanduan_BM.pdf · memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia

5

KATA PENGANTAR OLEH MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K), yang pada suatu masa diperturunkan secara turun temurun kini semakin diterima ramai sebagai satu bentuk penjagaan kesihatan seiring dengan perkhidmatan kesihatan moden. PT&K boleh didapati di hampir setiap negara dan permintaan terhadap perkhidmatannya juga semakin meningkat. Sistem kesihatan integratif yang selamat dan kos efektif bagi mendapatkan perkhidmatan PT&K adalah penting terutamanya kepada pengguna.

World Health Organization (WHO) memainkan peranan penting dalam menerajui PT&K di rantau ini menerusi pelbagai penerbitan seperti The Traditional Medicine Strategy 2014-2023 dan Guidelines For The Appropriate Use of Herbal Medicines. Penerbitan-penerbitan ini adalah bertujuan untuk memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia dalam menggariskan dasar berkaitan PT&K, perlaksanaan program dan peraturan-peraturan di peringkat kerajaan. Pada masa yang sama, promosi berkenaan penggunaan PT&K yang selamat dan berkesan perlu diadakan.

Selaras dengan strategi WHO, Kementerian Kesihatan Malaysia telah membangunkan Panduan Pengguna Bagi Penggunaan Perkhidmatan Perubatan Tradisional Dan Komplementari Yang Betul di Malaysia sebagai salah satu aktiviti di bawah The Traditional & Complementary Medicine Blueprint 2018-2027 (Healthcare). Garis panduan ini adalah satu usaha Kementerian Kesihatan dalam memastikan keperluan orang ramai sebagai pengguna diutamakan. Garis panduan ini dibangunkan supaya pengguna boleh merujuk dengan mudah dan tepat. Diharapkan dengan garis panduan ini, pengguna dapat menjadi lebih bijak dan lebih selesa semasa memilih perkhidmatan PT&K dan menggunakannya.

Dengan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pembangunan garis panduan ini. Terima kasih juga kepada pihak WHO di atas sokongan dalam memastikan matlamat dan objektif Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia tercapai.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly AhmadMenteri Kesihatan Malaysia

Page 8: PANDUAN PENGGUNA GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN ...tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/consumer/BukuPanduan_BM.pdf · memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia

6

KATA PENGANTAR OLEHKETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

Pembangunan Traditional & Complementary Medicine Blueprint 2018-2027 (Healthcare) merupakan satu langkah penting dalam sejarah pembangunan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) di Malaysia. Rangka induk kebangsaan ini telah dihasilkan setelah beberapa siri perbincangan antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan pihak berkepentingan dari kementerian lain serta agensi bukan kerajaan yang diadakan. Melalui perbincangan ini, 17 cabaran dalam industri PT&K telah dikenal pasti.

Salah satu daripada 17 cabaran ini adalah tahap pengetahuan dan kesedaran berkenaan PT&K yang rendah dikalangan orang awam. Strategi yang telah digariskan bagi cabaran ini bertujuan untuk meningkatkan dan memperkasakan pengetahuan dan kesedaran orang awam berkenaan PT&K. Dalam era internet dan media sosial ini terdapat begitu banyak maklumat. Maklumat yang didapati berkemungkinan palsu, mengelirukan dan tidak boleh dipercayai. Orang awam perlu mendapat maklumat yang tepat dan cukup berkenaan perkhidmatan dan produk PT&K dari sumber yang boleh dipercayai untuk membuat keputusan yang betul.

Selaras dengan pelan National Traditional & Compementary Medicine Blueprint 2018-2027 (Healthcare), satu Panduan Pengguna Bagi Penggunaan Perkhidmatan Perubatan Tradisional Dan Komplementari Yang Betul di Malaysia telah dibangunkan oleh KKM. Objektif pertama garis panduan ini adalah untuk memperkasa individu dalam membuat pilihan yang tepat dengan menyediakan maklumat yang diperlukan. Keduanya, garis panduan ini adalah untuk mengurangkan risiko dari penggunaan perkhidmatan PT&K melalui perkongsian maklumat. Akhir sekali, tujuan garis panduan ini adalah untuk mempromosikan kesedaran tentang hak pengguna supaya menggunakan perkhidmatan PT&K secara betul dan selamat. Saya percaya bahawa pengguna yang mempunyai maklumat yang betul akan mengutamakan keselamatan dan kualiti semasa membuat pilihan untuk menggunakan perkhidmatan PT&K.

Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan dalam penyediaan garis panduan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada World Health

Page 9: PANDUAN PENGGUNA GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN ...tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/consumer/BukuPanduan_BM.pdf · memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia

7

Organization dan Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia atas usaha gigih mereka dalam menghasilkan garis panduan ini.

Datuk Dr. Noor Hisham AbdullahKetua Pengarah Kesihatan Malaysia

Page 10: PANDUAN PENGGUNA GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN ...tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/consumer/BukuPanduan_BM.pdf · memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia

8

PANDUAN PENGGUNA BAGI PENGGUNAAN PERKHIDMATAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI YANG

BETUL DI MALAYSIA

Memperkasa individu dengan maklumat yang tepat supaya dapat membuat keputusan yang betulMengurangkan risiko daripada kesan pengambilan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) melalui perkongsian maklumatUntuk meningkatkan kesedaran mengenai hak pengguna dalam penggunaan Perubatan Tradisional dan Komplementari yang betul dan selamat.

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang menghasilkan identiti yang unik untuk negara ini. Hal ini menjadikan penggunaan PT&K memainkan peranan yang penting dalam masyarakat Malaysia yang kaya dengan adat dan budaya. Hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2015 menganggarkan sejumlah 29.25% penduduk pernah menggunakan perkhidmatan PT&K dengan konsultasi. Penggunaan PT&K di kalangan masyarakat Malaysia dipengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya latar belakang budaya, pemilihan terapi semulajadi serta persepsi masyarakat berkenaan rawatan tradisional dan komplementari yang memberikan kesan sampingan yang kurang berbahaya berbanding perubatan moden.

Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Akta 775) mendefinisikan amalan perubatan tradisional dan komplementari sebagai suatu bentuk amalan yang berkaitan dengan kesihatan bertujuan untuk mencegah, merawat atau mengurus penyakit atau sakit atau memelihara kesejahteraan fizikal dan mental individu. Akta ini diwujudkan untuk memberi peruntukan bagi penubuhan Majlis PT&K dalam pengawalseliaan perkhidmatan PT&K di Malaysia dan bagi mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Ia juga adalah satu usaha untuk mengawal salah guna oleh pengamal yang tidak bertanggungjawab seterusnya memastikan perkhidmatan yang disediakan adalah berkualiti dan selamat. Walaupun perkhidmatan PT&K telah diterapkan ke dalam sistem

Objektif

1.0 Pengenalan

1.

2.

3.

Page 11: PANDUAN PENGGUNA GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN ...tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/consumer/BukuPanduan_BM.pdf · memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia

9

penjagaan kesihatan di Malaysia, kebanyakan perkhidmatan PT&K yang ditawarkan adalah dari sektor swasta.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan pengguna sebagai orang yang menggunakan sesuatu. Dalam konteks ini, sesiapa yang membeli, makan, minum atau menggunakan produk atau perkhidmatan PT&K boleh dianggap sebagai pengguna PT&K.

Garis panduan ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang awam untuk memastikan perkhidmatan PT&K yang diterima adalah selamat dan berkualiti. Selain itu, garis panduan ini diharap dapat membantu pengguna dalam memberikan maklumat yang relevan dalam membuat keputusan yang tepat serta mengetahui hak dan tanggungjawab pengguna berkaitan perkhidmatan PT&K.

Jadual dibawah mengandungi senarai semak yang meliputi isu-isu utama yang perlu diambil tahu dan dipertimbangkan oleh pengguna sebelum membuat pilihan berkenaan perkhidmatan PT&K. Ini dapat membantu dari segi hak pengguna dan keselamatan.

2.0 Hak dan Tanggungjawab Pengguna

Adakah anda mendapatkan maklumat berkenaan PT&K dari sumber yang boleh dipercayai untuk keadaan kesihatan anda?Adakah anda mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan perkhidmatan PT&K?Adakah pengamal tersebut berdaftar dengan Majlis PT&K?Adakah sijil amalan, sijil kelayakan dan latihan pengamal dipamerkan?Bagaimanakah perkhidmatan rawatan dijalankan?Adakah perkhidmatan yang ditawarkan selamat untuk keadaan kesihatan semasa anda? Sekiranya anda sedang mengandung, menyusu atau seorang kanak-kanak, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.Bolehkah anda menggunakan perkhidmatan ini jika anda mengambil ubat atau herba lain?Adakah perkhidmatan tersebut mempunyai apa-apa kesan sampingan?Adakah perkhidmatan ini akan memberi kesan terhadap pengambilan ubat-ubatan dan herba anda?

Jadual 1. Senarai semak

SEBELUM MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PT&K

Page 12: PANDUAN PENGGUNA GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN ...tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/consumer/BukuPanduan_BM.pdf · memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia

10

Apakah risiko yang diketahui terhadap perkhidmatan PT&K yang telah dipilih?Siapakah yang akan memberi perkhidmatan pada hari temujanji?Apakah yang perlu dilakukan sebagai persediaan?Berapakah tempoh masa rawatan?Berapa sesi rawatan yang diperlukan?Berapakah harga kos untuk perkhidmatan ini?Adakah terdapat kos tambahan yang lain?Adakah kos ini hanya dikenakan untuk kali pertama sahaja?Berapakah harga kos rawatan lanjut?Adakah premis bersih dan selesa?Adakah lokasi persekitaran premis juga bersih?Adakah fasiliti yang diperlukan tersedia di premis?Adakah perkhidmatan ini termasuk didalam polisi insuran anda?

Adakah anda telah memberi keizinan untuk perkhidmatan ini?Adakah penerangan telah diberikan berkenaan perkhidmatan ini?Adakah pengamal bersikap professional dan sopan? Adakah produk yang digunakan selamat untuk anda? Sebagai contoh herba atau minyak yang digunakan.Apakah kandungan ubat atau herba yang diberikan?Jika terdapat sebarang masalah, atau perkhidmatan yang diberikan adalah tidak seperti yang dijanjikan, berhenti menerima perkhidmatan tersebut dan mungkin boleh untuk mendapat bayaran semula.

SEMASA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PT&K

Apakah perkara yang perlu dilakukan dan pantang larang selepas menerima rawatan/perkhidmatan?Adakah temujanji susulan diperlukan?Maklumkan kepada pengamal jika terdapat sebarang masalah, ketidakselesaan, kesan sampingan atau tiada kesan terhadap keadaan kesihatan anda.Jika mengalami kesan sampingan yang teruk atau kritikal, segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.Jika anda mengalami sebarang kesan yang dirasai berbahaya, segera berjumpa doktor di hospital berdekatan.

SELEPAS MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PT&K

Sila baca bahagian berikut untuk maklumat lanjut mengenai PT&K.

Page 13: PANDUAN PENGGUNA GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN ...tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/consumer/BukuPanduan_BM.pdf · memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia

11

Sebarang maklumat yang diberikan oleh pengguna kepada pengamal PT&K akan dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak tanpa kebenaran pengguna tersebut terlebih dahulu. Jika masalah ini timbul, pengguna boleh mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pengamal PT&K tersebut.

Seorang pengamal yang mengamalkan PT&K di Malaysia perlu memastikan bahawa bidang amalan yang diamalkan adalah diiktiraf mengikut Perintah Perubatan Tradisional dan Komplementari (Bidang Amalan Diiktiraf) 2017. Pada masa ini, terdapat 7 bidang amalan yang diiktiraf di bawah perintah tersebut seperti Jadual 2 dibawah:-

Penafian: Maklumat ini telah dikemaskini sehingga Jun 2019. Senarai bidang amalan yang diiktiraf akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sila dapatkan senarai terkini di laman sesawang Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (tcm.moh.gov.my).

3.0 Maklumat Penting Kepada Pengguna

3.1 Bidang Amalan Yang Diiktiraf

Pengguna seharusnya mengetahui bagaimana untuk mengenalpasti pengamal yang diiktiraf sebelum menerima sebarang rawatan PT&K. Ini adalah untuk mengelakkan daripada mendapat rawatan dari pengamal yang tidak berkelayakan serta isu-isu salah laku. Pengamal yang tidak berkelayakan berkemungkinan memberikan perkhidmatan yang tidak mencapai standard serta tidak mengikuti kod etika profesional.

3.2 Mengenalpasti Pengamal yang Diiktiraf

1. Perubatan Tradisional Melayu2. Perubatan Tradisional Cina3. Perubatan Tradisional India4. Homeopati5. Kiropraktik6. Osteopati7. Amalan Pengubatan Islam

Jadual 2: Senarai Bidang Amalan yang Diiktiraf

Page 14: PANDUAN PENGGUNA GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN ...tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/consumer/BukuPanduan_BM.pdf · memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia

12

Menurut Akta PT&K 2016, mana-mana pengamal yang ingin mengamalkan atau memberikan perkhidmatan PT&K perlu berdaftar dengan Majlis PT&K. Pengamal perlu memenuhi kriteria serta mempunyai kelayakan yang telah ditetapkan oleh Majlis PT&K untuk berdaftar. Pengamal yang memenuhi kriteria yang ditetapkan akan diberikan sijil pendaftaran. Maklumat ini boleh didapati daripada Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK) setelah proses pendaftaran bermula kelak. Pengguna adalah dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat berkenaan sijil amalan pengamal sebelum memulakan rawatan.

Di Malaysia, perkhidmatan PT&K yang ditawarkan oleh pihak kerajaan adalah terhad untuk masalah kesihatan tertentu dan hanya disediakan di hospital dan klinik kesihatan terpilih. Pesakit yang ingin mendapatkan rawatan dari fasiliti kerajaan perlu dirujuk oleh pengamal perubatan berdaftar sama ada dari pihak kerajaan atau swasta.

Sehingga Jun 2019, perkhidmatan PT&K ditawarkan di 15 hospital dan klinik kesihatan kerajaan yang terpilih: (rujuk Lampiran 1 untuk senarai hospital kerajaan yang menawarkan perkhidmatan PT&K). Perkhidmatan PT&K yang ditawarkan adalah seperti Jadual 3 dibawah:

3.3 Perkhidmatan PT&K di Fasiliti Kesihatan Kerajaan

Jadual 3: Perkhidmatan PT&K yang Ditawarkan

Perkhidmatan PT&K Keadaan Kesihatan

Urut Tradisional Melayu Kesakitan kronikPasca strok (angin ahmar)

Akupunktur Kesakitan kronikPasca strok (Angin Ahmar)Loya dan muntah akibat rawatan kemoterapi

Terapi Herba Rawatan tambahan bagi pesakit kanser

Shirodhara Masalah sukar tidur (insomnia)TekananKeresahanKemurungan yang ringanPening kepala

Page 15: PANDUAN PENGGUNA GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN ...tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/consumer/BukuPanduan_BM.pdf · memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia

13

Jadual 3: Perkhidmatan PT&K yang Ditawarkan

Perkhidmatan PT&K Keadaan Kesihatan

Terapi Basti Luaran Kati Basti (bahagian tulang belakang Lumbar)Lumbago Spondilosis LumbarInter-vertebral disc prolapsedSciatica

Greeva Basti (bahagian tulang belakang Serviks)Sakit leherSpondilosis Servikal

Janu Basti (Sendi lutut)Ketegangan dan sakit lututOsteoarthritis sendi lutut

Terapi Varmam Spondilosis ServikalSpondilosis LumbarOsteoarthritis sendi lututFrozen shoulder

Kebanyakan perkhidmatan PT&K yang ditawarkan di Malaysia adalah dari sektor swasta seperti hospital swasta, premis PT&K atau pengamal yang memberi rawatan dari rumah. Pengamal yang berdaftar perlu mempamerkan sijil amalan di premis masing-masing. Selain itu, premis PT&K seharusnya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan masing-masing seperti mempamerkan lesen pendaftaran syarikat.

Terdapat juga perkhidmatan PT&K yang ditawarkan di rumah pelanggan seperti urut tradisional Melayu dan penjagaan ibu selepas bersalin. Pengguna dinasihatkan untuk berwaspada apabila mendapatkan perkhidmatan PT&K di rumah.

3.4 Perkhidmatan PT&K di Fasiliti Swasta

Page 16: PANDUAN PENGGUNA GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN ...tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/consumer/BukuPanduan_BM.pdf · memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia

14

Semua produk farmaseutikal dan PT&K yang dijual di Malaysia termasuk ubat tradisional dan makanan tambahan kesihatan dikawalselia oleh KKM di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Ini adalah untuk memastikan produk yang dihasilkan adalah berkualiti dan selamat untuk kegunaan orang ramai. Walau bagaimanapun, herba mentah adalah dikecualikan daripada peraturan ini.

Terdapat dua ciri utama produk yang berdaftar dengan KKM iaitu nombor pendaftaran dan pelekat hologram yang tulen. Nombor pendaftaran bermula dengan ‘MAL’ diikuti lapan angka, dan diakhiri dengan abjad yang menunjukkan kategori pendaftaran produk tersebut. Sebagai contoh, MAL20125467T. Kategori produk berdaftar adalah seperti berikut:

4.0 Peraturan Produk PT&K

A – Ubat terkawalX – Ubat-ubatan atas kaunterT – Ubat tradisionalN – Makanan tambahan kesihatan

Senarai produk yang berdaftar boleh didapati di laman sesawang rasmi Bahagian Regulatori Farmasi Negara, http://www.npra.gov.my/.

Ketulenan pelekat hologram dapat dikenalpasti dengan menggunakan dekoder hologram Meditag yang boleh didapati dari mana-mana kedai farmasi yang berdaftar. Produk tradisional yang perlu didaftarkan adalah seperti berikut:

Pengguna boleh melaporkan aduan jika terdapat produk tidak berdaftar (rujuk Jadual 5 untuk saluran aduan). Produk yang tidak berdaftar perlu dielakkan kerana tidak dijamin selamat.

Ubat homeopatiUbat ayurvedikTampalan berubatTeh herbaMakanan tambahan seperti Spirulina, Chorella, Jeli Raja, debunga lebah, jus lidah buaya, jus Noni, dan ekstrak ayam dengan herba.

Page 17: PANDUAN PENGGUNA GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN ...tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/consumer/BukuPanduan_BM.pdf · memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia

15

5.0 Menilai Maklumat Berkaitan Produk dan Perkhidmatan PT&K

Pengguna perlu berwaspada dengan maklumat-maklumat berkenaan perkhidmatan PT&K yang diperolehi seperti testimoni dan iklan. Terdapat iklan yang memberikan kenyataan palsu serta menjanjikan sesuatu keputusan diluar kemampuan bagi sesuatu perkhidmatan yang ditawarkan. Pengguna perlu mengesahkan maklumat iklan dan testimoni yang diperolehi berkenaan sesuatu perkhidmatan untuk memastikan maklumat tersebut boleh dipercayai.

Pelbagai laman sesawang dan laman sosial yang memberi maklumat berkenaan perkhidmatan PT&K kepada pengguna. Maklumat yang diberikan perlu dinilai kesahihannya. Pengguna boleh menilai sama ada sesuatu laman sesawang boleh dipercayai atau tidak melalui kriteria berikut;

Sila rujuk kepada Lampiran 2 untuk contoh iklan dengan tuntutan palsu.

5.1 Menilai Testimoni, Iklan dan Laman Sesawang

Sumber rasmi untuk maklumat berkaitan PT&K boleh didapati dari laman sesawang yang disenaraikan dalam Jadual 4 di bawah. Pengguna dinasihatkan untuk merujuk laman sesawang tersebut dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat yang terkini.

5.2 Maklumat dari Sumber Rasmi

Agensi atau orang yang bertanggungjawab ke atas laman sesawang tersebut dinyatakan dengan jelasLaman sesawang tersebut sentiasa dikemaskiniSumber maklumat yang diberikan dinyatakan dengan jelasPengiklan dapat dihubungi jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan

Page 18: PANDUAN PENGGUNA GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN ...tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/consumer/BukuPanduan_BM.pdf · memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia

16

Jadual 4: Laman Sesawang untuk Rujukan

Maklumat berkenaan Agensi Alamat laman sesawang

PT&KDoktor PerubatanDoktor PergigianProduk Kesihatan

Peranti Perubatan

Hak Pengguna

http//tcm.moh.gov.mywww.mmc.gov.mywww.mdc.moh.gov.mywww.npra.gov.my

www.mdb.gov.my

www.kpdnhep.gov.my

Majlis PT&KMajlis Perubatan MalaysiaMajlis Pergigian MalaysiaBahagian Regulatori Farmasi NegaraPihak Berkuasa Peranti PerubatanKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

6.0 Produk atau Perkhidmatan PT&K

Terdapat pengguna yang cenderung untuk menggunakan produk PT&K tanpa konsultasi. Pengguna perlu mendapatkan maklumat yang betul dan secukupnya sebelum mengambil sebarang produk PT&K tanpa konsultasi. Pengguna perlu mengetahui tentang tahap kesihatan mereka serta risiko yang ada apabila mengambil sebarang produk PT&K.

Konsultasi dengan pengamal PT&K berdaftar adalah digalakkan untuk mengetahui kesesuaian produk PT&K dan kesan sampingannya. Semasa pengambilan produk tersebut, sekiranya tiada perubahan pada keadaan kesihatan atau keadaan bertambah teruk, pengguna dinasihatkan untuk berhenti daripada mengambil produk tersebut dan berjumpa dengan pengamal PT&K berdaftar atau doktor perubatan jika perlu.

6.1 Pengambilan Produk PT&K tanpa Konsultasi

Interaksi antara herba dan ubat boleh berlaku apabila diambil bersama-sama. Sebagai contoh, pengambilan ubat penurunan kolesterol (statin) bersama-sama dengan beras yis merah boleh meningkatkan risiko kesan sampingan. Pengambilan produk herba untuk jangka masa yang panjang dapat meningkatkan risiko interaksi herba-ubat. Apabila dua atau lebih ubat atau herba diambil bersama-sama, kesan ubat tersebut mungkin akan meningkat, berkurang atau kesan baru yang lain dihasilkan.

6.2 Interaksi Herba-Ubat

Page 19: PANDUAN PENGGUNA GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN ...tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/consumer/BukuPanduan_BM.pdf · memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia

17

Pengguna boleh mengambil langkah-langkah keselamatan berikut untuk mengurangkan interaksi herba-ubat jika ingin mengambil ubat-ubatan dan herba dalam jangka masa yang lama:

Baca label atau risalah pada bekas produk Sentiasa mematuhi arahan mengenai cara pengambilan ubat atau produk yang selamat seperti yang disarankan.Periksa sama ada ubat dan herba tersebut boleh diambil bersama-sama.Maklumkan kepada doktor anda jika sedang mengambil sebarang produk herba atau homeopati untuk mengelakkan kesan sampingan akibat interaksi herba-ubat.Segera berjumpa doktor jika terdapat sebarang kesan sampingan akibat interaksi herba-ubat.

Pengguna seharusnya berhenti mengambil sebarang produk PT&K apabila terdapat sebarang kesan sampingan dan melaporkan kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM melalui laman sesawang (http://www.npra.gov.my). Maklumat seperti nama atau jenama produk, isi kandungan dan sumber (jika diketahui) perlu diberikan semasa membuat laporan.

Pengguna boleh juga menyertakan label atau bekas produk tersebut. Jika disyaki produk tersebut mengandungi atau dicemari dengan sebarang ubat seperti steroid, ubat tahan sakit dan lain-lain, sampel produk perlu diberikan kepada pihak NPRA untuk dianalisa.

Jika pengguna mengalami sebarang kesan sampingan yang kritikal selepas rawatan atau pengambilan produk PT&K, pengguna seharusnya segera ke bahagian kecemasan di hospital terdekat.

6.3 Melaporkan Kesan Sampingan

7.0 Harga dan Perlindungan Insuran bagi Perkhidmatan PT&K

Perkhidmatan PT&K yang ditawarkan di fasiliti kerajaan diberikan subsidi oleh pihak Kerajaan Malaysia dengan caj yang minimum. Walau bagaimanapun, tiada subsidi diberikan oleh kerajaan untuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak swasta. Harga yang

7.1 Harga

Page 20: PANDUAN PENGGUNA GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN ...tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/consumer/BukuPanduan_BM.pdf · memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia

18

Kebanyakan perkhidmatan PT&K tidak dilindungi oleh skim insuran di Malaysia. Oleh itu, pengguna yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan PT&K perlu menanggung sendiri kos rawatan. Walau bagaimanapun, terdapat skim polisi insuran yang mungkin menawarkan perlindungan untuk rawatan PT&K. Pengguna seharusnya mendapatkan khidmat nasihat agen insuran berkenaan pilihan yang ada. Soalan-soalan penting yang perlu ditanya adalah seperti berikut:

dikenakan bagi perkhidmatan PT&K oleh pihak swasta juga tidak dikawal oleh pihak kerajaan. Pengguna dinasihatkan untuk memilih dengan bijak dengan membuat perbandingan harga bagi produk dan perkhidmatan yang disediakan.

7.2 Perlindungan Insuran

Adakah rawatan ini termasuk dalam skim perlindungan insuran ini?Adakah perlindungan yang ditawarkan untuk pesakit luar atau pesakit dalam?Perlukah saya mendapatkan rujukan dari doktor?Adakah terdapat had perlindungan dan berapa kali lawatan serta apakah rawatan yang termasuk dalam perlindungan ini?Adakah terdapat senarai agen perkhidmatan untuk perlindungan ini?

8.0 Maklumbalas dan Saluran Aduan

Pengguna boleh melaporkan maklumbalas dan aduan berkaitan produk dan perkhidmatan PT&K kepada agensi-agensi berkenaan seperti Jadual 5 dibawah:

Jadual 5: Agensi-agensi serta Isu berkaitan Dengannya

Isu berkenaan Agensi Cara menghubungi

PT&K http//[email protected]

BPTK, KKM*Rujuk Lampiran 3 untuk Pejabat Cawangan BPTK

Produk www.pharmacy.gov.my03-7841320003-78835549

Program Perkhidmatan Farmasi, KKM

Page 21: PANDUAN PENGGUNA GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN ...tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/consumer/BukuPanduan_BM.pdf · memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia

19

Jadual 5: Agensi-agensi serta Isu berkaitan Dengannya

Isu berkenaan Agensi Cara menghubungi

Pertanyaan berkenaan pendaftaran produk

www.pharmacy.gov.my/www.npra.gov.my1-800-88-6722

Bahagian Regulatori Farmasi Negara, KKM

Hak Pengguna www.kpdnhep.gov.mye-aduan.kpdnhep.gov.my1-800-88-6800

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Peranti Perubatan [email protected]

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan, KKM

Perlindungan Data Peribadi

[email protected]

Jabatan Perlindungan Data Peribadi, Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Jika pengguna tidak pasti berkenaan kategori aduan, sila salurkan aduan ke http://moh.spab.gov.my dan aduan tersebut akan dipanjangkan kepada agensi kerajaan yang berkaitan.

9.0 Kesimpulan

Pembangunan garis panduan ini diharap dapat menjadi panduan serta sumber maklumat yang penting kepada pengguna apabila memilih dan menggunakan perkhidmatan PT&K agar selamat dan berkualiti.

Page 22: PANDUAN PENGGUNA GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN ...tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/consumer/BukuPanduan_BM.pdf · memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia

20

Senarai Hospital Kerajaan yang Menawarkan Perkhidmatan PT&K

Lampiran 1

No. Negeri Fasiliti KerajaanPerkhidmatan PT&K

yang Ditawarkan

1. Urut Tradisional Akupunktur

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

Hospital Putrajaya

2. Urut TradisionalAkupunkturBasti, Shirodhara

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

Hospital Rehabilitasi Cheras

3. AkupunkturTerapi Herba

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

Institut Kanser Negara

4. Urut TradisionalAkupunktur Terapi Herba

Pulau Pinang Hospital Kepala Batas

5. Urut TradisionalAkupunkturTerapi Herba

Johor Hospital Sultan Ismail

6. Penjagaan Tradisional selepas bersalin

Johor Klinik Kesihatan Masai

Page 23: PANDUAN PENGGUNA GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN ...tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/consumer/BukuPanduan_BM.pdf · memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia

21

No. Negeri Fasiliti KerajaanPerkhidmatan PT&K

yang Ditawarkan

7. Urut TradisionalAkupunktur

Terengganu Hospital Sultanah Nur Zahirah

8. Urut TradisionalAkupunktur

Pahang Hospital Sultanah Hajjah Kalsom

9. Urut TradisionalAkupunktur

Kedah Hospital Sultanah Bahiyah

10. Urut TradisionalAkupunktur

Kelantan

Kelantan

Hospital Raja Perempuan Zainab II

11. Penjagaan Tradisional selepas bersalin

Klinik Kesihatan di Kelantan

12. Urut TradisionalAkupunktur

Negeri Sembilan Hospital Port Dickson

13. Urut TradisionalAkupunktur

Sabah Hospital Duchess of Kent

Urut TradisionalAkupunkturTerapi Herba

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah

14. Urut TradisionalAkupunktur

Sarawak Hospital Umum Sarawak

15. Urut TradisionalAkupunktur

Melaka Hospital Jasin

16. Terapi VarmamSelangor Hospital Sungai Buloh

Page 24: PANDUAN PENGGUNA GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN ...tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/consumer/BukuPanduan_BM.pdf · memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia

22

CONTOH IKLAN DENGAN TUNTUTAN PALSU

Lampiran 2

Contoh 1: Premis yang menggunakan istilah ‘Klinik’ dan mengiklankan rawatan penyakit termasuk kencing manis, darah tinggi, strok dan asma yang

menjadi kesalahan dibawah Seksyen 4A Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956

Klinik Akupunktur XYZ

Kami menawarkan rawatan akupunktur untuk masalah berikut:

Kencing Manis Darah Tinggi Strok Asma Penyakit lain

Sila hubungi nombor berikut untuk membuat temujanji:

101-0123456789Mr. M

Page 25: PANDUAN PENGGUNA GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN ...tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/consumer/BukuPanduan_BM.pdf · memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia

23

Contoh 2: Iklan yang mendakwa bahawa kursus yang ditawarkan adalah diiktiraf oleh

Kementerian Kesihatan Malaysia. Jata negara dan logo Kementerian Kesihatan juga digunakan tanpa kelulusan

Page 26: PANDUAN PENGGUNA GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN ...tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/consumer/BukuPanduan_BM.pdf · memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia

24

Lampiran 3

PEJABAT CAWANGAN PERUBATAN TRADISIONALDAN KOMPLEMENTARI DI MALAYSIA

Cawangan Alamat Hubungi

Zon Utara (Pulau Pinang, Kedah, Perlis)

Cawangan Perubatan Tradisional Dan Komplementari (CPTK)Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Tingkat 3, Bangunan Mara No.33, Jalan Pengkalan Weld 10300 Pulau Pinang.

04-255533404-2555300 (Faks)[email protected]

Zon Selatan (Johor, Melaka)

CPTK JohorJabatan Kesihatan Negeri Johor Tingkat 4, Blok B, Wisma Persekutuan, Jalan Ayer Molek, 80590 Johor Bahru Johor.

07-238178707-236166907-2384787(Faks)[email protected]

Zon Timur (Terengganu, Kelantan, Pahang)

CPTK Terengganu Jabatan Kesihatan Negeri TerengganuTingkat 5, Wisma Persekutuan,Jalan Sultan Ismail,20920 Kuala Terengganu, Terengganu.

09-620579309-6205794 (Faks)

Perak CPTK PerakJabatan Kesihatan Negeri PerakBangunan No. JKR 3639 Hospital Bahagia Ulu Kinta 31250 Tanjung Rambutan Perak.

05-533146005-2542916 (Faks)

Page 27: PANDUAN PENGGUNA GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN ...tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/consumer/BukuPanduan_BM.pdf · memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia

25

PEJABAT CAWANGAN PERUBATAN TRADISIONALDAN KOMPLEMENTARI DI MALAYSIA

Cawangan Alamat Hubungi

Sarawak CPTK Sarawak Jabatan Kesihatan Negeri SarawakJalan Tun Abang Haji Openg 93590 Kuching Sarawak.

082-233349 082-233341 (Faks)

Sabah CPTK SabahJabatan Kesihatan Negeri SabahTingkat 4 Wisma Dang Bandang, Jalan Tunku Abdul Rahman 88612 Kota Kinabalu Sabah.

088-237603088-237602088-237609 (Faks)

Page 28: PANDUAN PENGGUNA GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN ...tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/consumer/BukuPanduan_BM.pdf · memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia

26

PENGHARGAAN

Ucapan penghargaan kami kepada semua yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek ini.

Dr. Lo Ying-Ru Jacqueline, Ketua Misi dan Wakil WHO Ke Malaysia, Brunei Darussalam dan SingapuraDr. Anita Chakrabarty, Perunding WHOWHO Malaysia Country Office Team

World Health Organization (WHO)

Ketua Pengarah KesihatanInstitut Kanser NegaraBahagian Regulatori Farmasi NegaraBahagian Penguatkuasaan FarmasiBahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Bahagian Standard KepenggunaanBahagian Penyelidikan dan Dasar Kepenggunaan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Association of Chiropractic Malaysia (ACM)

Eu Yan Sang (1959) Sdn. Bhd.

International Medical University (IMU)

Majlis Perubatan Homeopati Malaysia (MPHM)

Hospital Tung Shin

En. Ahmad Maher bin Abdul Manaf

Pn. Faridah binti Abrahim

Pn. Kamala Devi A/P Kaliappan

En. Kong Chee Pooi

En. Mohamad Afzainizam bin Zainudin

Pn. Radziyah binti Khalid

En. Theva Ananthan A/L Ramachandran

En. Thamilvanan A/L Dharmalingam

Pn. Kumudhini Sivanathan

Page 29: PANDUAN PENGGUNA GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN ...tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/consumer/BukuPanduan_BM.pdf · memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia

27

PENGARANG

Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia

Dr. Goh Cheng SoonEn. Mohd Ridzuan bin AliDr. Sharifah Firyelhana binti Syed Abdul RahmanPn. Catherine BenedictCik Lim Wai YeeDr. Tajul Iqmal bin Tajul ArusEn. Dinish A/L PerumalEn. Kamarul Azhar bin KAmaruddinPn. Lin Hui SzuDr. Tharumaningam A/L M.Muthiah

RUJUKAN

Abudul M. et. al. (2016). A Qualitative Study about View of Traditional and Complementary Medicine among Health Professionals in Malaysia. SM Journal of Community Medicine 2(2);1020.

Dzulkarnain, M. Ahmad, M.R., Darussalam, A.B. (2014). Consumer Education in Creating a Consumer Conscious Nation. The International Conference on Communication and Media 2014 (i-COME’14), 18-20 October 2014, Langkawi, Malaysia Procedia- Social and Behavioral Sciences 155 (2014) 448-453.

Institute of Public Health, Ministry of Health Malaysia (2015). National Health and Morbidity Survey (NHMS): Traditional and Complementary Medicine, Volume IV

National Pharmaceutical Regulatory Agency (2015) Product registration. Retrieved from https://www.npra.gov.my/index.php/en/component/content/article/37-english/faq/623-product-registration.html?Itemid=437

Page 30: PANDUAN PENGGUNA GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN ...tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/consumer/BukuPanduan_BM.pdf · memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia

28

Pharmaceutical Services Programme. (2018) How To Identify registered drugs or pharmaceutical products? Retrieved from https://www.pharmacy.gov.my/v2/en/faq-categories/produk

Siti Z.M. et. al. (2009). Use of Traditional and Complementary Medicine in Malaysia: A Baseline Study. Complementary Therapies In Medicine 17, 292-299.

Traditional and Complementary Medicine Division, Ministry of Health Malaysia (2017). Traditional and Complementary Medicine Blueprint: 2018-2027 (Health Care).

World Health Organization (1998) Guidelines For The Appropriate Use of Herbal Medicines.

World Health Organization (2001). Legal Status of Traditional Medicine and Complementary/ Alternative Medicine: A Worldwide Review.

World Health Organization (2012) The Regional Strategy For Traditional Medicine In The Western Pacific 2011-2020.

World Health Organization (2004). Guidelines on Developing Consumer Information on Proper Use of Traditional, Complementary and Alternative Medicine.

World Health Organization (2013). WHO Traditional Medicine Strategy: 2014-2023.

Page 31: PANDUAN PENGGUNA GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN ...tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/consumer/BukuPanduan_BM.pdf · memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia
Page 32: PANDUAN PENGGUNA GARIS PANDUAN BAGI PENGGUNAAN ...tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/consumer/BukuPanduan_BM.pdf · memberi panduan dan membantu negara anggota termasuk Malaysia

Bahagian Perubatan Tradisional dan KomplementariKementerian Kesihatan Malaysia

Blok E, Jalan Cenderasari,50590 Kuala Lumpur, Malaysia

Laman web: http://tcm.moh.gov.myEmel: [email protected]

Tel: +603-22798100Faks: +603-26911259