panduan pengendalian fail rasmi rekod...dan amalan pengendalian fail di pejabat awam . penyediaan...

32
1 Siri Pengurusan Rekod Kerajaan PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Arkib Negara Malaysia Jalan Duta, 50568, Kuala Lumpur (www.arkib.gov.my)

Upload: others

Post on 09-Oct-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Rekod...dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003

1

Siri Pengurusan Rekod Kerajaan

PANDUAN

PENGENDALIAN FAIL RASMI

Arkib Negara Malaysia Jalan Duta, 50568, Kuala Lumpur

(www.arkib.gov.my)

Page 2: PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Rekod...dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003

2

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Prakata

BAHAGIAN I

1. Pengenalan :

1.1 Latarbelakang

1.2 Tujuan

1.3 Skop

1.4 Definisi

BAHAGIAN II

2. Kaedah Pembukaan Fail:

2.1 Pembukaan Fail

2.1.1 Jenis Kulit Fail

2.1.2 Pembukaan Kulit Fail Baru

2.2 Mencatat Butiran pada Kulit Fail

2.2.1 Tajuk Fail & No. Rujukan Fail

2.2.2 Kertas-kertas Yang Berhubung

2.2.3 Didaftarkan di bawah perkara

2.2.4 Tarikh Kandungan Pertama

2.2.5 Tarikh Kandungan Akhir

2.2.6 Dihantar Kepada & Tarikh Dihantar

2.3 Memfail atau mendaftarkan dokumen ke dalam fail

2.4 Penyediaan Kertas Minit:

2.4.1 Merekodkan Surat Masuk & Surat Keluar

2.4.2 Penulisan Minit Tindakan

2.4.3 Minit Bebas

Page 3: PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Rekod...dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003

3

2.5 Kad Pergerakan Fail

2.6 Kulit Fail Rosak

3. Kaedah Penutupan Fail

4. Kegunaan Sampul Kecil:

4.1 Fail Tak Dapat Dikesan

4.2 Dua Orang Pegawai Menggunakan Fail Pada Masa

Yang Sama

5. Khidmat Nasihat

6. Lampiran:

6.1 Carta Aliran Pembukaan Fail

6.2 Carta Aliran Penutupan Fail

Page 4: PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Rekod...dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003

4

PRAKATA Pengendalian fail adalah suatu kaedah pengurusan yang perlu dilakukan dengan betul oleh

setiap pegawai dan kakitangan di jabatan dan agensi kerajaan. Untuk menyumbang ke arah

mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran jabatan dan agensi kerajaan tumpuan yang

lebih padu terhadap seluruh proses pendokumentasian, pengurusan maklumat, dokumen, rekod

dan pengendalian fail rasmi kerajaan hendaklah ditangani dengan lebih profesional.

Pada masa kini, terdapat pelbagai kaedah diamalkan secara berlainan antara satu agensi

dengan satu agensi yang lain dan sering dianggap sebagai tugas mudah, remeh, serta jarang

mendapat bimbingan yang sewajarnya dari pegawai yang bertanggungjawab. Keadaan ini

menyebabkan kehilangan kawalan ke atas dokumen penting untuk membuat sesuatu keputusan

dan dirasakan semakin ketara kerana kerencaman setiap jabatan dan agensi kerajaan yang

sering menimbulkan tanggapan dan amalan yang berlainan seperti; pembukaan fail,

penggunaan kulit fail, mengandungkan surat ke dalam fail, meminitkan surat ke dalam kertas

minit, menulis minit tindakan, mencatatkan butiran pada kulit fail, penggunaan kulit fail sampul

kecil, penutupan fail dan pembukaan kulit fail baru (jilid sambungan), dan berbagai lagi urusan

sudah tidak lagi diamalkan secara standard. Justeru, bagi mengelak berlakunya amalan sebegini

berterusan, panduan ini disediakan untuk menerangkan mengenai kaedah atau tatacara dan

amalan pengendalian fail rasmi di jabatan dan agensi kerajaan.

Panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629]

dan MS 2223-1:2009 dan MS 2223-2-:2009. Panduan bagi pegawai dan kakitangan yang

bertanggungjawab dalam mengendalikan fail rasmi jabatan dan agensi kerajaan serta Pegawai

Rekod Jabatan (PRJ) selaku pegawai penyelia bagi Program dan Aktiviti Pengurusan Rekod

Kerajaan. Adalah diharapkan Panduan ini, akan dapat membantu pejabat awam dan syarikat

perusahaan kerajaan (GLC) dalam mengendali fail rasmi dengan lebih berkesan dari peringkat

pewujudan sehingga ke peringkat pelupusan.

Panduan ini perlu dibaca bersama dengan Panduan Pengurusan Pejabat, (Bahagian VII dan VIII)

Pekeliling Perkhidmatan Bil.5/2007, dan panduan-panduan lain yang dikeluarkan dari masa ke

semasa oleh Arkib Negara Malaysia.

Ketua Pengarah

Arkib Negara Malaysia

Januari 2012

Page 5: PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Rekod...dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003

5

BAHAGIAN I

1. PENGENALAN

1.1 Latarbelakang

Fail kerajaan mengandungi dokumen rasmi yang telah didaftar dan

disusun dengan teratur. Setiap fail diberi tajuk yang spesifik

berasaskan klasifikasi fail yang telah dibangunkan. MS2223-1:2009

menyarankan agar klasifikasi fail dibangunkan berdasarkan fungsi

sesebuah agensi.

Penggunaan fail telah bermula sejak era pentadbiran British di

Tanah Melayu sebagai satu kaedah kawalan yang teratur dan

sistematik pada peringkat dokumen dan juga fail. Kaedah

pengendalian fail ini diwarisi oleh Pentadbiran Kerajaan Malaysia

sehingga dewasa ini. Kesinambungan ini menjadi asas kepada

pengurusan rekod kerajaan yang cekap serta menjadi teras kepada

akauntabiliti dan integriti Perkhidmatan Awam. Namun demikian,

kebelakangan ini pejabat awam didapati kurang memberikan

perhatian yang sewajarnya kepada pengurusan fail terutamanya

kepada Kaedah Pengendalian Fail Rasmi.

1.2 Tujuan

Panduan ini disediakan untuk menerangkan mengenai tatacara

dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan

panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta

Arkib Negara 2003 [Akta 629] dan Pekeliling Perkhidmatan

Bilangan 5 Tahun 2007 - Panduan Pengurusan Pejabat, (Bahagian

VII dan VIII).

1.3 Skop

Panduan ini hendaklah diguna pakai oleh semua penjawat awam

dalam pengendalian fail kerajaan. Panduan ini merangkumi kaedah

pembukaan fail, penggunaan kulit fail, memfailkan surat, meminitkan

surat ke dalam kertas minit, menulis minit tindakan, mencatatkan

butiran pada kulit fail, penggunaan kulit fail sampul kecil, penutupan

fail dan pembukaan kulit fail baru (Jilid sambungan).

Page 6: PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Rekod...dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003

6

1.4 Definisi

1.4.1 Fail Rasmi - Dokumen rasmi kerajaan yang dikandung,

disusun dengan teratur dan didaftarkan. Fail ini diberi tajuk

spesifik sepertimana yang telah ditetapkan dalam Klasifikasi

Fail.

1.4.2 Kertas Minit – Kertas atau format yang dilampirkan di

sebelah kiri fail yang mencatatkan butiran dan maklumat

lampiran. Ia boleh digunakan sebagai indeks kepada

lampiran yang terkandung di dalam fail. Kertas minit juga

digunakan untuk memberi arahan atau maklumbalas ringkas

ke atas lampiran yang berkenaan.

1.4.3 Sampul Kecil - Kulit fail yang menepati format Am 435A –

Pin. 1/82. Kulit fail yang digunakan sebagai fail sementara

apabila fail asal tidak dapat dikesan atau apabila lebih

daripada seorang pegawai perlu mengambil tindakan segera

ke atas fail yang sama.

1.4.4 Klasifikasi Fail - Proses mengenalpasti dan mengumpulkan

maklumat secara logikal ke dalam kategori/kumpulan yang

sama atau seakan-akan sama, di mana setiap satu

kategori/kumpulan rekod itu dikenali dengan identitinya

sendiri.

1.4.5 Daftar Fail – Format yang disediakan bagi mendaftar Fail

Rasmi.

1.4.6 Kad Keluar Fail / Kad Pergerakan Fail - Kad kawalan yang

merekodkan pergerakan fail di registri.

1.4.7 Indeks – Alat atau kaedah silang rujuk bagi membolehkan

sesuatu dokumen dikenalpasti atau dicapai dengan pantas.

1.4.8 SDP/BF - Simpan Dalam Perhatian/“keep in view” (KIV) – Arahan yang dikeluarkan oleh mana - mana pegawai kepada kakitangan registri untuk menyimpan sementara sesebuah fail dan memajukan kembali fail tersebut kepadanya pada tarikh yang ditetapkan, disebut juga sebagai “bring forward” (BF)

1.4.9 Registri - Unit atau bahagian khusus di sesebuah pejabat yang bertanggungjawab terhadap urusan surat-menyurat, dokumen dan fail-fail.

Page 7: PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Rekod...dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003

7

1.4.10 Bilik Fail – Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

pengawalan fail-fail (rekod) aktif sahaja.

1.4.11 Bilik Rekod – Bilik atau ruang khusus sebagai tempat simpanan bagi menempatkan rekod-rekod separa aktif dan tidak aktif sementara menunggu rekod-rekod tersebut dikaji dan ditentukan tindakan pelupusan yang perlu diambil ke atasnya.

1.4.12 Bilik Fail Keselamatan - Sebuah bilik yang diperkuatkan untuk menempatkan fail-fail dan dokumen terperingkat jabatan dan agensi kerajaan.

1.4.13 Bilik Kebal - Bilik khas yang kukuh binaannya di mana ia tidak mudah untuk dipecahkan atau dirobohkan. Sesebuah Bilik Kebal dibina bertujuan untuk melindungi aset-aset penting, aset-aset berharga, dokumen-dokumen keselamatan, wang atau barang berharga kerajaan.

1.4.14 Pejabat Awam – Sesuatu pejabat Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Negeri atau sesuatu pejabat mana-mana kerajaan tempatan, pihak berkuasa berkanun atau perusahaan Kerajaan.

1.4.15 Penjawat Awam – Seseorang yang memegang jawatan atau pekerjaan dalam mana-mana perkhidmatan awam.

1.4.16 Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) – Seseorang pegawai yang dilantik di kalangan gred 27 atau setaraf dengannya dan pelantikan ini hendaklah disahkan oleh Arkib Negara Malaysia. Pegawai Rekod Jabatan bertanggungjawab dalam merancang, memantau dan melaksanakan program dan aktiviti berkaitan pengurusan rekod di jabatan masing- masing.

1.4.17 Pegawai Pengelas – Seseorang pegawai yang dilantik oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu negeri melalui suatu perakuan di bawah suratan rasmi, maklumat atau bahan sebagai ‘Rahsia’, ‘Sulit’, atau ‘Terhad’ mengikut mana yang berkenaan selaras dengan Seksyen 2B, Akta Rahsia Rasmi 1972.

Page 8: PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Rekod...dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003

8

BAHAGIAN II

2. PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN FAIL

Pembukaan fail meliputi aktiviti pembukaan fail baru, fail sementara,

memasukkan kandungan, mencatatkan butiran di kertas minit, dan

mengawal pergerakan fail.

Manakala penutupan fail pula meliputi aktiviti mengenalpasti fail-fail yang

boleh ditutup, penutupan dan pengasingan fail bagi tujuan pelupusan.

2.1 PEMBUKAAN FAIL

2.1.1 Fail dibuka apabila:

i. Fail yang diperlukan belum ada;

ii. Fail asal ditutup dan bersambung pada kulit fail jilid baharu;

iii. Fail asal tidak dapat dikesan;

iv. Fail asal didapati rosak dan perlu digantikan dengan kulit

baharu;

v. Perubahan pentadbiran sesuatu pejabat awam; dan

vi. Skima klasifikasi fail dirombak atau bertukar kepada sistem

klasifikasi yang baharu.

Surat dan dokumen yang diwujudkan atau diterima

hendaklah dikandungkan dengan segera ke dalam fail yang

betul supaya ianya mudah dikawal, dikesan dan diambil

tindakan.

Sebelum fail baharu dibuka, semak rujukan tuan atau baca

isi kandungan surat atau semak klasifikasi fail. Sekiranya fail

berkenaan telah ada, kandungkan surat atau dokumen

tersebut ke dalamnya (sila lihat 2.3.1 Memfail atau

mendaftarkan dokumen ke dalam fail); Sekiranya fail

berkenaan belum ada, fail baharu hendaklah dibuka.

Page 9: PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Rekod...dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003

9

2.1.2 Jenis Kulit Fail

Terdapat lima (5) jenis kulit fail yang digunakan oleh pejabat

awam. Jenis kulit fail tersebut adalah seperti berikut:

(i) a. TERBUKA : Kulit fail berwarna putih (Am 435 - Pin. 1/80) gambar 1; b. SAMPUL KECIL : Kulit fail berwarna kuning (Am 435A – Pin. 1/82) gambar 2;

(ii) TERHAD :

Kulit fail berwarna putih (Am 435 – Pin. 1/80) dengan cop TERHAD gambar 3;

(iii) SULIT: Kulit fail berwarna hijau (Am 436) gambar 4;

(iv) RAHSIA :

Kulit fail berwarna merah jambu berpalang merah (Am 437) gambar 5, dan

(v) RAHSIA BESAR :

Kulit fail berwarna kuning muda, berpalang merah (Am 438) gambar 6.

Page 10: PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Rekod...dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003

10

LAMPIRAN GAMBAR

GAMBAR 1 : KULIT FAIL TERBUKA GAMBAR 2 : SAMPUL KECIL (AM 435 - Pin. 1/80) (AM 435A – Pin. 1/82)

Page 11: PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Rekod...dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003

11

GAMBAR 3 : KULIT FAIL TERHAD GAMBAR 4 : KULIT FAIL SULIT

(AM 435 - Pin. 1/80) (AM 436)

Page 12: PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Rekod...dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003

12

GAMBAR 5 : KULIT FAIL RAHSIA GAMBAR 6 : KULIT FAIL RAHSIA BESAR

(AM 437) (AM 438)

Page 13: PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Rekod...dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003

13

2.1.3 Pembukaan Fail Baharu

2.1.3.1 Semakan teliti perlu dibuat sebelum sesebuah fail

baharu dibuka bagi mengelakkan berlakunya

perkara-perkara berikut;

(i) Pewujudan dua fail dengan tajuk dan nombor rujukan fail yang sama;

(ii) Pewujudan dua fail dengan tajuk yang sama tetapi nombor rujukan fail yang berlainan; dan

(iii) Pewujudan dua fail dengan tajuk berlainan tetapi nombor rujukan fail yang sama.

2.1.3.2 Bagi mengelakkan perkara i, ii dan iii di atas berlaku,

langkah-langkah berikut hendaklah diambil:

(i) Baca isi kandungan surat dengan cermat dan

semak perkara utama dalam surat;

(ii) Semak Klasifikasi Fail bagi menentukan tajuk

fail dan nombor rujukan fail; dan

(iii) Buka kulit fail baharu menggunakan jenis kulit

fail yang sesuai, catatkan tajuk fail dan

nombor rujukan fail selaras dengan (ii) di

atas;

2.1.3.3 Tebuk lubang di sudut atas sebelah kiri kulit fail 2.5 sm dari penjuru kiri dan atas. 2.1.3.4 Masukkan tali hijau dan kertas minit. 2.1.3.5 Daftarkan fail baharu dibuka ke dalam Daftar Fail.

2.2 MENCATATKAN BUTIRAN PADA KULIT FAIL

2.2.1 Tajuk Fail Dan Nombor Rujukan Fail Tajuk fail dan Nombor Rujukan Fail hendaklah dicatatkan

pada kulit fail dengan jelas menggunakan dakwat kekal warna

hitam atau biru seperti gambarajah di bawah.

Page 14: PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Rekod...dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003

14

Rajah 2.2.1: Contoh Kulit Fail

(Am 435-Pin. 1/80)

ANM.600-23/2/1

ANM.600-23/2/1

Kertas-kertas Yang Berhubung …………………………………….……………………………… …………………………………….………………………………. …………………………………….………………………………. …………………………………….………………………………. …………………………………….……………………………….

Didaftarkan di bawah perkara ………………………………………….. ………………………………………….. ………………………………………….. ………………………………………….. …………………………………………..

PNB.,K.L.

KURSUS PENGURUSAN REKOD

Tarikh Kandungan pertama………………..

Tarikh Kandungan Akhir……………………

Dihantar kepada

Tarikh dihantar

Dihantar kepada

Tarikh dihantar

Dihantar kepada

Tarikh dihantar

APABILA FAIL INI TELAH DITUTUP MAKA TINDAKAN SETERUSNYA HENDAKLAH DILAKUKAN DALAM KULIT FAIL BAHARU

PERKARA

Page 15: PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Rekod...dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003

15

2.2.2 Kertas-Kertas yang Berhubung:

Catatkan nombor rujukan fail lain yang ada hubungkait

dengan fail ini umpamanya fail dasar, mesyuarat,

jawatankuasa, undang-undang, peraturan dan

sebagainya bagi tujuan rujuk silang. Di samping itu sekiranya

ada rombakan kepada skima klasifikasi fail catatkan

nombor rujukan fail lama di kulit fail baharu dan nombor

rujukan fail baharu di kulit fail lama.

2.2.3 Didaftarkan di bawah perkara :

Catatkan indeks perkara utama bagi sesuatu fail yang

baharu dibuka di ruang ini selaras dengan sistem klasifikasi

fail

2.2.4 Tarikh Kandungan Pertama :

Catatkan tarikh dokumen kandungan pertama di ruang ini.

Tarikh kandungan adalah tarikh surat atau dokumen dan

bukan tarikh penerimaan atau pun tarikh kandungan

didaftarkan ke dalam fail ini.

2.2.5 Tarikh Kandungan Akhir:

Tarikh dokumen kandungan terakhir dicatat di ruang ini

apabila fail ditutup. Tarikh kandungan terakhir adalah tarikh

dokumen atau surat dan bukan tarikh penerimaan atau pun

tarikh kandungan didaftarkan ke dalam fail ini.

2.2.6 Dihantar kepada dan Tarikh Dihantar:

Butiran ini adalah perihal pergerakan fail. Catatkan dengan

jelas singkatan nama jawatan pegawai yang menggunakan

fail ini untuk mengambil tindakan dan tarikh fail itu dihantar

kepada beliau. Butiran yang sama perlu juga dicatatkan pada

Kad Pergerakan Fail (Registri 1) seperti di rajah 2.5.

Page 16: PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Rekod...dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003

16

Rajah 2.2.6: Contoh Butiran Pergerakan Fail Pada Kulit Fail

Dihantar kepada

Tarikh dihantar

Dihantar kepada

Tarikh dihantar

Dihantar kepada

Tarikh dihantar

KPSUK 3/5/11

PSU1 4/5/11

R 9/5/11

PSU1 17/5/11

R - SDP 30/5/11

PSU1 30/5/11

Singkatan nama

jawatan Pegawai

KPSUK = Ketua

Pegawai

Setiausaha

Kanan,

PSU = Penolong

Setiausaha

R= Registri

R – SDP =

Registri – Simpan

Dalam Perhatian

Page 17: PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Rekod...dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003

17

2.3 MEMFAIL ATAU MENDAFTARKAN DOKUMEN KE DALAM

FAIL:

2.3.1 Dokumen yang hendak difailkan perlu :

i. Cap tarikh terima surat/dokumen di ruang yang kosong;

ii. Daftar surat dalam buku daftar penerimaan surat;

iii. Ditebuk di penjuru atas sebelah kiri (sila rujuk contoh di

bawah);

iv. Kandungkan dokumen di sebelah kanan fail menggunakan

tali Hijau (green tag); dan

v. Catatkan nombor kandungan di penjuru atas sebelah kanan

sebagai nombor kandungan fail. Dokumen terawal diberi

nombor kandungan. Dokumen-dokumen berikutnya akan

diberi nombor kandungan seturut dan dibulatkan.

• Nombor lampiran bagi surat masuk hendaklah ditulis

dengan pen berdakwat merah, manakala

• Nombor lampiran bagi surat keluar ditulis dengan pen

berdakwat biru atau hitam.

vi. Surat/dokumen diminit atau direkodkan ke dalam kertas minit

(Rujuk perkara 2.4.1 dan 2.4.2)

Page 18: PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Rekod...dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003

18

Rajah 2.3.1: Contoh Memfailkan Surat/Dokumen ke dalam Fail

.

O Ruj. Kami:ANM600-23/2/1

Tarikh: 30 May 2011

Ketua Pengarah

Jabatan Inovatif Malaysia

50568 KUALA LUMPUR

Tuan,

KURSUS PENGURUSAN REKOD

ANJURAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

Saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan sukacita

memajukan bersama-sama ini risalah Kursus Pengurusan Rekod

untuk makluman dan tindakan tuan. Juga turut dilampirkan ialah

borang pencalonan bagi mengikuti kursus tersebut.

2. Semua borang-borang pencalonan untuk mengikuti

kursus tersebut hendaklah sampai ke Jabatan ini sebelum “tarikh

akhir pencalonan” yang dinyatakan dalam program tersebut. Salinan borang permohonan juga boleh digunakan sekiranya

tidak mencukupi.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Kertas Minit No. Helaian No. O 1

Kulit Fail

Surat/Dokumen

contoh sahaja

Kertas Minit

Lubang yang

ditebuk di

penjuru atas

sebelah kiri

kulit fail

Nombor

Kandungan

Surat/Dokumen

dibulatkan

Page 19: PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Rekod...dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003

19

2.4 PENYEDIAAN KERTAS MINIT: 2.4.1 Merekodkan surat masuk dan surat keluar:

Kandungan di dalam fail hendaklah didaftarkan ke dalam

kertas minit bagi tujuan kawalan pada peringkat dokumen

seperti berikut:

(i) Kandungan (surat masuk) hendaklah dicatatkan

• Surat daripada (Surat drp....)

• bertarikh (bth.....)

• difailkan pada (d/f pd.....)

• Ditulis menggunakan pen dakwat merah

sebagaimana berikut:

Surat drp. ________bth._______d/f pd._______

(ii) Kandungan (surat keluar) hendaklah dicatatkan

• Surat kepada (Surat kpd....)

• bertarikh (bth.......)

• difailkan pada (d/f pd.....)

• Ditulis menggunakan pen dakwat biru/hitam

sebagaimana berikut:

Surat kpd. _______bth._______d/f pd.________

Format di atas boleh ditulis tangan atau menggunakan

cap getah.

Page 20: PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Rekod...dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003

20

Rajah 2.4.1: Contoh Kertas Minit

(Am. 6)

Kertas Minit No. ANM.600-23/2/1 Helaian No.

Surat kpd. Jab. Inovasi bth. 30/5/2011 d/f pd. 31/5/2011

Surat drp. Jab. Alam Sekitar bth. 13/6/2011 d/f pd.14/6/2011

Minit bebas drp. Sek. Kew. bth. 17/6/2010 d/f pd.20/6/2011

PNMB., K.L (Kertas Minit ini dalam ukuran Metrik ISO A4 = 210mm x 297 mm)

1

2

1

3

Page 21: PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Rekod...dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003

21

2.4.2 Penulisan Minit Tindakan: Kebiasaan menulis minit tindakan di atas dokumen masuk/keluar yang diamalkan sekarang perlu diubah. Kertas Minit hendaklah digunakan oleh pegawai untuk mencatat arahan, keputusan atau maklumbalas ringkas yang berkaitan dengan sebarang kandungan yang terdapat di dalam sesebuah fail untuk tindakan pegawai yang lain.

Penulis minit perlu:

i. Nyatakan nombor lampiran yang dirujuk;

ii. Catatkan singkatan nama jawatan pegawai yang

diminitkan;

iii. Minit tindakan ditulis dengan ringkas dan jelas. Minit

tindakan ini boleh ditulis dengan tangan atau ditaip.

iv. Penulis minit perlu menandatangan ringkas serta

mencatat singkatan nama jawatan pegawai dan tarikh;

dan

v. Minit tindakan tidak boleh ditulis di atas surat

/dokumen masuk atau keluar.

2.4.3 Minit Bebas:

Sekiranya arahan, keputusan atau maklumbalas ini perlu

diperincikan dan melebihi separuh kertas minit ianya

hendaklah ditaip di kertas lain sebagai Minit Bebas. Minit

Bebas ini hendaklah didaftarkan dan difailkan sebagai

kandungan berikutnya di dalam fail tersebut.

2.5 KAD PERGERAKAN FAIL:

2.5.1 Kad pergerakan fail yang digunakan untuk mengawal

pergerakan fail hendaklah dimasukkan ke dalam fail di

antara kertas minit dengan lampiran menggunakan tali hijau

semasa fail tersebut disimpan di registri.

2.5.2 Apabila fail tersebut diminta oleh pegawai untuk tindakannya

kad ini hendaklah dikeluarkan dan dicatatkan butiran

pergerakan fail.

2.5.3 Apabila fail dikembalikan ke registri kad ini hendaklah

dimasukkan semula ke dalam fail.

Page 22: PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Rekod...dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003

22

Rajah 2.5 : Contoh catatan butiran di Kad Pergerakan Fail

Registri 1

KAD PERGERAKAN FAIL

No. Fail : ANM.600-23/2/1

Indeks perkara : LATIHAN

Tajuk Fail : KURSUS PENGURUSAN REKOD

Dihantar Dihantar

Kepada Tarikh Oleh Kepada Tarikh Oleh

KPSUK 3/5/11

PSU1 4/5/11

R 9/5/11

PSU1 17/5/11

R-SDP 30/5/2011

PSU1 30/5/11

Hendaklah dikandungkan ke dalam fail sebelum fail disimpan

2.5 KULIT FAIL ROSAK

Kulit fail rosak perlu diperbaiki atau diganti dengan kulit fail

baharu. Sekiranya terdapat catatan penting di atas kulit fail yang

rosak, kulit hadapan fail berkenaan hendaklah dipotong dan

dimasukkan ke dalam kulit fail yang baharu dibuka. Sekiranya

tidak ada apa-apa catatan penting kulit fail yang rosak itu boleh

dimusnahkan.

Page 23: PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Rekod...dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003

23

3. KAEDAH PENUTUPAN FAIL:

Fail ditutup apabila :

3.1 Mencapai ketebalan 4sm ; atau

3.2 Kandungannya sudah mencapai 100 lampiran;

3.3 Fail yang tidak dirujuk dalam masa 5 tahun dan tidak lagi

dikehendaki untuk pentadbiran harian;

3.4 Fail telah tamat tindakan dan tiada tindakan lanjut yang perlu diambil

ke atas fail tersebut;

3.5 Perubahan pentadbiran sesuatu pejabat awam;

3.6 Skima klasifikasi fail dirombak semula dan bertukar kepada sistem

baharu; dan

3.7 Sesuatu pejabat awam ditamatkan fungsi dan tidak lagi beroperasi;

Penutupan fail perlu dibuat berasaskan kriteria penutupan fail seperti

berikut:

Page 24: PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Rekod...dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003

24

Rajah contoh penutupan fail bagi 3.1 & 3.2

(Am 435-Pin. 1/80)

ANM.600-23/2/1

Kertas-kertas Yang Berhubung ANM.600-23/2/1

…………………………………….……………………………… …………………………………….………………………………. …………………………………….………………………………. …………………………………….………………………………. …………………………………….……………………………….

Didaftarkan di bawah perkara ………………………………………….. ………………………………………….. ………………………………………….. ………………………………………….. …………………………………………..

PERKARA PNB.,K.L.

KURSUS PENGURUSAN REKOD

Tarikh Kandungan pertama………………..

Tarikh Kandungan Akhir……………………

Page 25: PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Rekod...dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003

25

Rajah contoh penutupan fail bagi 3.3 - 3.5

(Am 435-Pin. 1/80)

ANM.600-23/2/1

Kertas-kertas Yang Berhubung ANM.600-23/2/1

…………………………………….……………………………… …………………………………….………………………………. …………………………………….………………………………. …………………………………….………………………………. …………………………………….……………………………….

Didaftarkan di bawah perkara ………………………………………….. ………………………………………….. ………………………………………….. ………………………………………….. …………………………………………..

PERKARA PNB.,K.L.

KURSUS PENGURUSAN REKOD Tarikh Kandungan pertama………………..

Tarikh Kandungan Akhir……………………

Page 26: PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Rekod...dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003

26

Rajah contoh penutupan fail bagi 3.6

(Am 435-Pin. 1/80)

ANM.600-23/2/1

Kertas-kertas Yang Berhubung ANM.600-23/2/1

…………………………………….……………………………… …………………………………….………………………………. …………………………………….………………………………. …………………………………….………………………………. …………………………………….……………………………….

Didaftarkan di bawah perkara ………………………………………….. ………………………………………….. ………………………………………….. ………………………………………….. …………………………………………..

PERKARA PNB.,K.L.

KURSUS PENGURUSAN REKOD Tarikh Kandungan pertama………………..

Tarikh Kandungan Akhir……………………

Page 27: PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Rekod...dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003

27

4. SAMPUL KECIL Sampul kecil dibuka apabila :

4.1 Fail Tidak Dapat Dikesan.

4.1.1 Apabila surat yang diterima memerlukan tindakan segera

tetapi fail tidak dapat dikesan, sampul kecil hendaklah dibuka

sebagai fail sementara menggantikan fail asal;

4.1.2 Sampul kecil yang dibuka perlu menggunakan nombor dan

tajuk yang sama dengan fail asal;

4.1.3 Sekiranya fail asal telah dijumpai, sampul kecil hendaklah

dimasukkan ke dalam fail tersebut sebagai satu

kandungan;

4.1.4 Sekiranya fail asal masih lagi tidak dapat dikesan dalam

tempoh 3 bulan, satu kulit fail baharu hendaklah dibuka dan

diberi nombor Jilid berikutnya. Sampul kecil dimasukkan

ke dalam fail baharu ini sebagai kandungan berikutnya; dan

4.1.5 Sekiranya fail asal dijumpai selepas fail baharu sudah

dibuka, fail asal tersebut hendaklah ditutup dan diikat

bersama untuk satu jangka waktu yang bersesuaian sebelum

diasingkan untuk tindakan pelupusan.

4.2 Dua atau lebih pegawai menggunakan fail pada masa yang

sama.

4.2.1 Apabila sesuatu surat perlu diambil tindakan segera oleh

lebih daripada seorang pegawai pada masa yang sama,

sampul kecil boleh dibuka untuk kegunaan pegawai.

4.2.2. Lampiran yang diperlukan oleh pegawai sahaja yang dibuat

salinan dan dimasukkan ke dalam sampul kecil untuk

tindakan pegawai berkenaan.

4.2.3. Selepas tindakan selesai, sampul kecil dimasukkan ke dalam

fail sebagai satu kandungan.

Page 28: PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Rekod...dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003

28

5. KHIDMAT NASIHAT

Keterangan lanjut mengenai sebarang kemusykilan berkaitan dengan

panduan ini boleh dikemukakan kepada:

Ketua Pengarah

Arkib Negara Malaysia

Jalan Duta

50568 KUALA LUMPUR

Email : [email protected]

Page 29: PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Rekod...dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003

29

6. LAMPIRAN:

6.1 LAMPIRAN 1: CARTA ALIRAN PEMBUKAAN FAIL

6.2 LAMPIRAN 2: CARTA ALIRAN KAEDAH PENUTUPAN FAIL

Page 30: PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Rekod...dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003

30

LAMPIRAN 1

CARTA ALIRAN PEMBUKAAN FAIL

Semak klasifikasi fail dan kod klasifikasi

Rujuk dengan pegawai pengelas jika fail terperingkat

Buka kulit fail baharu: 1. Tebuk Lubang pada kulit fail dan kertas

minit 2. Tulis tajuk fail dan nombor rujukan fail 3. Masukkan tali hijau dan kertas minit

Masukkan kandungan, catat nombor kandungan dan minitkan lampiran pada kertas minit Daftarkan fail baharu dalam Buku Daftar Fail dan sediakan Indeks

Mula

Tamat

Page 31: PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Rekod...dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003

31

LAMPIRAN 2

CARTA ALIRAN KAEDAH PENUTUPAN FAIL

Pastikan fail memenuhi kriteria penutupan fail

Cap atau tuliskan DITUTUP PADA.........(sila lihat contoh di perenggan 3, kaedah penutupan fail)

Fail yang ditutup diikat bersama fail baharu selama 3 bulan atau untuk tempoh tertentu

Fail yang ditutup dan tidak digunakan lagi diasingkan daripada fail Jilid baharu

Mula

Tamat

Page 32: PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Rekod...dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam . Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003

1