panduan pengajaran pend kesihatan thn 2

Upload: xiao-ling-lo

Post on 10-Oct-2015

100 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kesihatan

TRANSCRIPT

  • KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah

    PANDUAN PENGAJARAN

    PENDIDIKAN KESIHATAN

    TAHUN 2

    Terbitan

    Bahagian Pembangunan Kurikulum

    2011

  • Cetakan Pertama 2011

    Kementerian Pelajaran Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian

    artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara

    apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain

    sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan

    Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks

    Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

  • KANDUNGAN Muka Surat

    Rukun Negara v

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan vi

    Pendahuluan vii

    Modul 1: Kesihatan Fizikal

    Kesihatan Diri dan Reproduktif 1

    Pemakanan 26

    Penyalahgunaan Bahan 40

    Modul 2: Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial

    Pengurusan Mental dan Emosi 47

    Kekeluargaan 55

    Perhubungan 70

    Modul 3: Kesihatan Persekitaran

    Penyakit 75

    Keselamatan 94

    Pertolongan cemas 110

  • RUKUN NEGARA

    BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

    MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

    v

  • vi

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih

    memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

    melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan

    dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan

    warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak

    mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan

    diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

    keluarga, masyarakat dan negara.

    vi

  • vii

    PENDAHULUAN

    Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat pengalaman

    pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi

    kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik supaya sentiasa bersedia

    menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran dan

    pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat meningkatkan potensi individu ke

    tahap kesihatan optimum.

    Justeru, Panduan Pengajaran Pendidikan Kesihatan Tahun Satu ini dibina untuk membantu

    guru menterjemah kandungan dokumen standard Pendidikan Kesihatan Tahun Dua serta

    melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam Kurikulum Standard Sekolah

    Rendah (KSSR). Panduan ini adalah usaha Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK),

    Kementerian Pelajaran Malaysia dengan pelbagai pihak. Panduan ini mengandungi 35

    contoh pengajaran yang diharap dapat dimanfaatkan bersama oleh guru dan murid. Guru

    digalakkan menggunakan kreativiti dan inovatif dalam mengubah suai serta menambah baik

    aktiviti yang disediakan.

    Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan

    setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah

    memberi sumbangan idea, kepakaran, masa serta tenaga dalam penghasilan panduan ini.

  • 1

    MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

    Tajuk

    Kesihatan Diri dan Reproduktif

    Standard

    Kandungan

    1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan dan

    perkembangan fizikal yang sihat.

    Standard

    Pembelajaran

    1.1.1 Menyenaraikan aktiviti fizikal yang menyumbangkan

    kepada pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.

    1.1.2 Mengamalkan aktiviti fizikal untuk mencapai

    pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat.

    Bahan Bantuan

    Pengajaran

    video (You tube) / gambar berkaitan permainan

    i- Galah Panjang

    ii- Ketingting

    (Permainan lain yang difikirkan sesuai)

    Langkah

    Pengajaran

    1. 1. Tayangkan video / gambar berkaitan permainan Galah

    2. Panjang dan Ketingting.

    2. Bersoal jawab dan membincangkan aktiviti fizikal yang

    dapat menyumbang dan mencapai perkembangan

    fizikal yang sihat.

    3. Menjalankan aktiviti fizikal di tempat yang sesuai.

  • 2

  • 3

  • 4

    Tajuk

    Kesihatan Diri dan Reproduktif

    Standard

    Kandungan

    1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan dan

    perkembangan fizikal yang sihat.

    Standard

    Pembelajaran

    1.1.3 Mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk

    pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat.

    Bahan Bantuan

    Pengajaran

    Gambar pelbagai jenis makanan dan lembaran kerja

    Langkah

    Pengajaran

    1. Mempamerkan pelbagai gambar makanan yang seimbang.

    2. Memilih dan menampal gambar makanan secara

    berkumpulan mengikut amalan pemakanan seimbang.

    (Lampiran 1).

    3. Perbincangan tentang pemakanan yang seimbang untuk

    pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat.

    MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

    FIZIKAL

  • 5

  • 6

  • 7

    Tajuk

    Kesihatan Diri dan Reproduktif

    Standard

    Kandungan

    1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan dan

    Perkembangan fizikal yang sihat.

    Standard

    Pembelajaran

    1.1.4 Mengamalkan postur yang betul untuk pertumbuhan

    dan perkembangan fizikal.

    Bahan Bantuan

    Pengajaran

    Gambar postur yang betul dan salah, lembaran kerja.

    Kerusi dan radio.

    Langkah

    Pengajaran

    1. Pamerkan Lampiran 1

    2. Bersoal jawab berkaitan postur yang betul.

    3. Menerangkan maksud postur yang betul dengan murid

    dijadikan role model Gambar dipamerkan sebagai rujukan murid.

    (Lampiran 1)

    - Bersoaljawab tentang pertumbuhan fizikal yang betul dan faktor yang mempengaruhi postur yang baik.

    4. Penilaian

    - Penilaian dijalankan dengan permainan musical chairs.

    - Murid dinasihatkan untuk duduk , berdiri dan berjalan dengan postur yang betul.

    - Murid yang tidak duduk dengan postur yang betul akan dikeluarkan daripada permainan sehingga

    murid yang terakhir dikira sebagai pemenang

    5. Edarkan lembaran kerja. (Lembaran Kerja 1)

    MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

  • 8

  • 9

  • 10

    MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

    FIZIKAL

    Tajuk

    Kesihatan Diri dan Reproduktif

    Standard

    Kandungan

    1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan dan

    perkembangan

    fizikal yang sihat.

    Standard

    Pembelajaran

    1.1.5 Menyatakan kepentingan rehat dan tidur yang

    mencukupi

    Untuk pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang

    sihat.

    Bahan Bantuan

    Pengajaran

    Gambar

    Lembaran kerja.

    Langkah

    Pengajaran

    1. Bincangkan kepentingan rehat dan tidur yang

    mencukupi untuk pertumbuhan serta perkembangan

    fizikal yang sihat.(Lampiran 1)

    2. Menunjukkan gambar pertumbuhan dan

    perkembangan fizikal yang sihat berkaitan dengan

    tidur dan rehat yang cukup. (Lampiran 2)

    3. Murid memadankan penyataan yang sesuai dengan

    gambar yang menunjukkan murid yang ceria dan

    murid letih.

    4. Edarkan Lembaran Kerja 1 dan 2.

    MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

  • 11

  • 12

  • 13

  • 14

  • 15

  • 16

  • 17

  • 18

    Tajuk

    Kesihatan Diri dan Reproduktif

    Standard

    Kandungan

    1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk

    menangani pengaruh dalaman dan luaran yang

    mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif.

    Standard

    Pembelajaran

    1.2.1 Menyatakan maksud dan situasi sentuhan tidak selamat.

    1.2.2 Berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat.

    Bahan Bantuan

    Pengajaran

    Slaid / gambar

    iklan\YouTube - iklan animasi ajar jerit lescopaque.avi

    Langkah

    Pengajaran

    1. Tayangkan video Sentuhan OK atau Tak OK (WCC) / gambar pelbagai situasi sentuhan yang selamat dan

    tidak selamat dengan iringan lagu Kalau Berpacaran dari Anna Raffali dan Suhaimi Meor Hassan.

    Contoh :

    - Ibu memeluk anak. - Dua kanak-kanak bermain di padang. - Jurulatih lelaki menyentuh atlet perempuan. - Kanak-kanak lelaki menyentuh badan murid

    perempuan.

    - Guru lelaki menyentuh murid perempuan.

    2. Bersoal jawab berdasarkan slaid / gambar pelbagai

    situasi sentuhan yang selamat dan tidak selamat .

    Contoh soalan:

    - Apakah tanggapan anda setiap perlakuan yang dilihat itu selamat atau tidak selamat?

    - Bagaimanakah cara sentuhan yang anda rasa selamat dalam keluarga ?

    - Bahagian anggota badan manakah yang anda rasa tidak selamat apabila disentuh oleh orang

    lain?

    MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

  • 19

    3. Bincangkan situasi sentuhan Tidak selamat dan cara

    menyatakan TIDAK . Lampiran guru

    Contoh :

    - Seorang murid menepuk punggung / bahagian belakang

    - Seorang murid menerpa dan cuba memeluk dari belakang seorang murid lain.

    - Seorang murid lelaki menerpa dan mengacah untuk menyentuh bahagian dada murid

    perempuan

    4. Menyatakan maksud sentuhan tidak selamat.

    5. Edarkan lembaran kerja 1 dan 2.

  • 20

    Lembaran Kerja 1

  • 21

  • 22

    MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

    Tajuk

    Kesihatan Diri dan Reproduktif

    Standard

    Kandungan

    1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk

    Menangani pengaruh dalaman dan luaran yang

    mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif.

    Standard

    Pembelajaran

    1.2.3 Mengenal pasti individu yang mungkin melakukan

    sentuhan tidak selamat.

    1.2.4 Menyatakan tindakan yang perlu diambil jika berlaku

    Sentuhan tidak selamat.

    Bahan

    Bantuan

    Pengajaran

    Gambar, lembaran kerja

    Langkah

    Pengajaran

    1. Mempamerkan beberapa gambar individu (Lampiran 1)

    2. Murid menyenaraikan individu yang berada di sekeliling mereka

    ( di sekolah, di rumah, di taman permainan dan sebagainya ).

    3. Menjalankan aktiviti main peranan antara murid dengan orang

    yang tidak dikenali.

    4. Murid menyatakan tindakan yang perlu diambil jika berlaku

    sentuhan yang tidak selamat. ( menjerit, melarikan diri dan

    sebagainya )

    5. Tayangkan video Mengajar anak anda menjerit

  • 23

  • 24

  • 25

  • 26

    Tajuk

    Pemakanan

    Standard

    Kandungan

    1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat

    dan selamat

    Standard

    Pembelajaran

    1.3.1 Memilih makanan dan minuman yang berkhasiat pada

    setiap kali waktu makan.

    1.3.2 Menyatakan kepentingan pengambilan makanan dan

    minuman yang berkhasiat.

    Bahan

    Bantuan

    Pengajaran

    Lampiran 1

    Langkah

    Pengajaran

    3. 1. Aktiviti berkumpulan- Main Peranan (rujuk lampiran 1)

    4. 2. Kumpulan pemerhati memilih makanan seimbang dalam aktiviti

    main peranan dan catat di papan tulis.

    3. Perbincangan mengenai makanan yang dipilih.

    4. Edarkan lembaran kerja

    5.

    NOTA TAMBAHAN GURU:

    Murid diagihkan kepada 6 kumpulan(satu kumpulan akan

    menjadi kumpulan pemerhati), 5 kumpulan yang lain akan

    melakukan aktiviti main peranan dengan menggunakan kad

    perkataan (Lampiran 1)

    MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

  • 27

  • 28

  • 29

    Tajuk

    Pemakanan

    Standard

    Kandungan

    1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat

    dan Selamat

    Standard

    Pembelajaran

    1.3.3 Mengenal pasti jenis makanan dan minuman yang boleh

    menyebabkan berat badan yang berlebihan dan obesiti.

    1.3.4 Mengamalkan pengambilan makanan dan minuman

    Mengikut keperluan.

    Bahan

    Bantuan

    Pengajaran

    Slaid, lembaran kerja

    Langkah

    Pengajaran

    1. Menayangkan slaid. ( Lampiran 1 )

    2. Bersoal jawab berkaitan slaid.

    3. Menerangkan punca obesiti .

    4. Mempamerkan gambar jenis-jenis makanan dan minuman

    yang

    ( Lampiran 2 )

    5. Mengasingkan makanan dan minuman yang menyebabkan

    berat badan yang berlebihan dan obesiti.

    - Menerangkan tentang amalan pengambilan makanan dan minuman mengikut keperluan.

    - Murid menyiapkan lembaran kerja 1.

    MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

  • 30

  • 31

  • 32

  • 33

    Tajuk

    Pemakanan

    Standard

    Kandungan

    1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat

    dan selamat.

    Standard

    Pembeajaran

    1.3.5 Mengamalkan tabiat makan dan minum yang sihat.

    Bahan

    Bantuan

    Pengajaran

    Gambar pelbagai jenis makanan dan lembaran kerja.

    Lembaran tugasan

    Langkah

    Pengajaran

    1. Lakonkan edaran yang diberikan.

    2. Bersoal jawab tentang makanan dan minuman yang

    berkhasiat.

    3. Mengedarkan lembaran kerja lanjutan (Lampiran 2

    akan digunakan pada P&P 1.3.6)

    MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

  • 34

  • 35

    Tajuk

    Pemakanan

    Standard

    Kandungan

    1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat

    dan selamat.

    Standard

    Pembelajaran

    1.3.6 Menceritakan tabiat pengambilan makanan dan

    minuman

    dalam kalangan ahli keluarga.

    Bahan

    Bantuan

    Pengajaran

    Lembaran kerja.

    Langkah

    Pengajaran

    1. Membincangkan hasil tugasan (rekod amalan

    permakanan harian)

    2. Bersoal jawab tentang pengambilan makanan dan

    minuman murid pada hari semalam.

    3. Edarkan Lembaran Kerja 1

    MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

  • 36

  • 37

  • 38

    Tajuk

    Pemakanan

    Standard

    Kandungan

    1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat

    dan selamat.

    Standard

    Pembelajaran

    1.3.7 Menyatakan pengaruh rakan dalam pengambilan

    makanan dan minuman.

    1.3.8 Menyatakan pengaruh media dalam pengambilan

    makanan dan minuman.

    Bahan

    Bantuan

    Pengajaran

    Klip video , lembaran kerja

    Langkah

    Pengajaran

    1. Tayangan klip video / keratan akhbar / risalah

    Contoh : (youtube-Iklan KFC-1985)

    2. Bersoal jawab tentang klip video yang ditonton.

    - situasi apa yang dilihat - pengaruh rakan dalam membuat suatu keputusan - menyatakan pengaruh media masa dalam

    pengambilan makanan dan minuman

    3. Murid menyatakan kesan daripada pengaruh rakan dan

    media dalam pengambilan makanan dan minuman.

    4. Murid menyiapkan lembaran kerja 1.

    MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

  • 39

  • 40

    Tajuk

    Penyalahgunaan Bahan

    Standard

    Kandungan

    1.4 Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan

    bahan serta berkemahiran menangani situasi

    berisiko terhadap diri, keluarga, dan masyarakat.

    Standard

    Pembelajaran

    1.4.1 Mengenali jenis bahan ketagihan iaitu rokok,

    dadah dan alkohol.

    1.4.2 Menceritakan kesan negatif merokok, mengambil dadah

    dan alkohol terhadap kesihatan diri serta orang lain.

    Bahan Bantuan

    Pengajaran

    Lembaran kerja 1.

    Langkah

    Pengajaran

    1. Bermain permainan musical chair. Murid yang terkeluar dikehendaki mengambil kertas yang

    mengandungi perkataan berkaitan penyalahgunaan

    bahan.

    2. Murid menyebut dan menampal perkataan yang diambil.

    Setelah selesai permainan, murid mengenal pasti bahan-

    bahan yang boleh menyebabkan ketagihan. Contohnya,

    dadah, rokok dan alkohol.

    3. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan dan

    membincangkan kesan rokok, dadah dan alkohol serta

    melengkapkan lembaran kerja.

    4. Membentangkan hasil perbincangan.

    MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

  • 41

  • 42

  • 43

    Tajuk

    Penyalahgunaan Bahan

    Standard

    Kandungan

    1.4 Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta

    berkemahiran menangani situasi berisiko terhadap diri,

    keluarga dan masyarakat

    Standard

    Pembejaran

    1.4.3 Melaporkan kepada orang dewasa berkaitan

    penyalahgunaan

    bahan dalam kalangan rakan.

    Bahan

    Bantuan

    Pengajaran

    Langkah

    Pengajaran

    1. Bincang dan kenalpasti orang dewasa yang boleh menerima

    laporan

    2. Mengenalpasti cara melapor kepada orang dewasa

    berkenaan rakan yang terlibat dalam penyalahgunaan bahan

    seperti rokok, dadah dan alkohol.

    (Lampiran guru)

    Contoh laporan;

    - Membuat laporan lisan kepada guru atau ibu bapa - Membuat laporan secara bertulis kepada guru.

    MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

  • 44

    Tajuk

    Penyalahgunaan Bahan

    Standard

    Kandungan

    1.4 Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta

    berkemahiran menangani situasi berisiko terhadap diri,

    keluarga dan masyarakat.

    Standard

    Pembejaran

    1.4.4 Berkata TIDAK kepada pelawaan penyalahgunaan bahan.

    1.4.5 Mengamalkan gaya hidup sihat dengan tidak

    menyalahguna bahan.

    Bahan

    Bantuan

    Pengajaran

    Lampiran 1

    Langkah

    Pengajaran

    1. Nyanyikan lagu dalam lampiran 1

    2. Membuat simulasi mengenai penyalahgunaan bahan.Lampiran

    guru

    Contoh;

    - Aksi pemabuk - Aksi penagih dadah - Aksi perokok

    2. Apakah yang dilihat daripada simulasi di atas ?

    Contoh;

    - Apakah yang murid akan lakukan untuk mengelakkan penyalahgunaan bahan ?

    MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

  • 45

  • 46

  • 47

    Tajuk

    Pengurusan Mental dan Emosi

    Standard

    Kandungan

    2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara

    mengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan mental

    dalam kehidupan seharian.

    Standard

    Pembelajaran

    2.1.1 Mempamerkan perasaan seperti bimbang, cemas dan tidak

    selamat.

    Bahan

    Bantuan

    Pengajaran

    CD video Tsunami, kad gambar .

    Langkah

    Pengajaran

    1. Tayangan klip video Tsunami. (YouTube -

    Raw_Tsunami_Video_Patong_Beach_2004_[www.keepvid.com]

    2. Bersoal jawab mengenai tayangan.

    3. Guru mempamerkan kad gambar . (Lampiran 1)

    4. Melengkapkan lembaran kerja memadan gambar dengan

    situasi. (Lembaran kerja 1)

    5. Membincangkan jawapan.

    MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL

  • 48

  • 49

  • 50

    Tajuk

    Pengurusan Mental dan Emosi

    Standard

    Kandungan

    2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan

    dan cara mengurus emosi untuk meningkatkan

    kesihatan mental dalam kehidupan seharian.

    Standard

    Pembelajaran

    2.1.2 Menunjuk cara yang sihat ketika meluahkan

    Perasaan kepada orang yang boleh dipercayai.

    2.1.3 Mengamalkan sikap positif untuk mengurus

    perasaan diri seperti rasa bersalah, bimbang,

    takut, marah, cemburu dan tidak selamat.

    Bahan

    Bantuan

    Pengajaran

    kad situasi

    Langkah

    Pengajaran

    1. Melakonkan situasi bimbang, cemas dan tidak

    selamat berdasarkan kad situasi satu persatu.

    2. Guru bersoal jawab tentang orang yang boleh

    dipercayai.

    3. Guru menerangkan cara yang sihat untuk

    meluahkan perasaan diri seperti rasa bersalah,

    bimbang, takut, marah, cemburu dan tidak

    selamat.

    MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL

  • 51

  • 52

    Tajuk

    Pengurusan Mental dan Emosi

    Standard

    Kandungan

    2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara

    mengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan mental

    dalam kehidupan seharian.

    Standard

    Pembejaran

    2.1.4 Mengenal pasti perasaan yang wujud akibat perubahan

    yang berlaku dalam keluarga dan persekitaran seperti

    pertambahan dan kehilangan ahli dalam keluarga.

    Bahan

    Bantuan

    Pengajaran

    Gambar keluarga, lembaran kerja.

    Langkah

    Pengajaran

    1. Memaparkan gambar keluarga yang mendapat ahli baru

    dan kematian ahli keluarga.

    2. Bersoal jawab berdasarkan kedua-dua gambar tersebut.

    3. Murid menyenaraikan perasaan yang wujud daripada

    perubahan yang berlaku dalam keluarga tersebut.

    (Lembaran Kerja 1).

    4. Berbincang jawapan lembaran kerja 1.

    MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL

  • 53

  • 54

  • 55

    Tajuk

    Kekeluargaan

    Standard

    Kandungan

    2.2 Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta

    kepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek

    kesihatan keluarga.

    Standard

    Pembelajaran

    2.2.1 Menyatakan perbezaan fizikal perempuan dan lelaki

    Bahan

    Bantuan

    Pengajaran

    Carta gambar murid lelaki dan perempuan.

    Langkah

    Pengajaran

    1. Memaparkan gambar budak lelaki dan budak perempuan.

    2. Bersoal jawab tentang gambar yang dipaparkan.

    3. Menerangkan dengan lebih terperinci tentang perbezaan

    antara lelaki dan perempuan.

    4. Murid menyenaraikan perbezaan fizikal antara lelaki dan

    perempuan di dalam lembaran kerja 1.

    MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL

  • 56

    Gambar 1:(Budak Lelaki)

  • 57

    Gambar 2: (Budak Perempuan)

  • 58

  • 59

    Tajuk

    Kekeluargaan

    Standard

    Kandungan

    2.2 Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta

    kepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek kesihatan

    keluarga.

    Standard

    Pembelajaran

    2.2.2 Menceritakan perbezaan antara perawakan perempuan

    dan lelaki.

    Bahan

    Bantuan

    Pengajaran

    Kad cantuman gambar, lembaran kerja.

    Langkah

    Pengajaran

    1. Aktiviti berkumpulan Permainan Cantum Gambar.

    2. Bersoal jawab tentang perbezaan antara perawakan murid

    lelaki dan perempuan.

    3. Melengkapkan lembaran kerja.

    MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL

  • 60

    Kad aktiviti: Mencantumkan gambar (perempuan)

  • 61

    Guru perlu memotong gambar mengikut kesesuaian.

    Kad aktiviti : Mencantumkan gambar (lelaki)

  • 62

    Guru perlu memotong gambar mengikut kesesuaian.

    LEMBARAN KERJA

    Nama : _______________________ Hari : _______________

    Tahun : _______________________ Tarikh : _______________

    Padankan gambar dengan perawakan yang sesuai.

    sopan

    ak

    ak lemah-lembut

    kacak

    cantik

    lasak

    aktif

    berani

    kuat

  • 63

    Tajuk

    Kekeluargaan

    Standard

    Kandungan

    2.2 Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta

    kepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek kesihatan

    keluarga.

    Standard

    Pembelajaran

    2.2.3 Menghargai diri dan gembira dilahirkan sebagai lelaki atau

    perempuan.

    2.2.4 Mengamalkan sikap menghormati antara satu sama lain

    tanpa mengira jantina

    Bahan

    Bantuan

    Pengajaran

    Lembaran Kerja

    Langkah

    Pengajaran

    1. Membahagikan murid-murid kepada dua kumpulan jantina.

    2. Murid perempuan melakonkan aksi ibu di rumah seperti

    memasak dan menyidai baju.

    3. Murid lelaki melakonkan aksi bapa di rumah seperti memotong

    rumput.

    4. Aktiviti berkumpulan - menyenaraikan kelebihan sebagai lelaki

    atau perempuan.

    5. Setiap kumpulan mempamerkan hasil dapatan.

    6. Penerangan mengenai sikap menghormati antara satu sama

    lain tanpa mengira jantina.

    7. Murid melengkapkan Lembaran Kerja 1.

    MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL

  • 64

  • 65

  • 66

    Tajuk

    Kekeluargaan

    Standard

    Kandungan

    2.3 Mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonal

    dan komunikasi berkesan dalam kehidupan seharian.

    Standard

    Pembelajaran

    2.3.1 Mematuhi ajaran agama.

    2.3.2 Menzahirkan kasih sayang yang berbeza kepada Tuhan,

    diri, ibu bapa/penjaga, ahli keluarga, guru dan rakan.

    Bahan

    Bantuan

    Pengajaran

    Kad imbasan.

    Langkah

    Pengajaran

    1. Bersoal jawab tentang tempat-tempat ibadat berdasarkan

    gambar yang diberi. (Lampiran 1)

    2. Penerangan mengenai kepentingan beragama dan kasih

    sayang (Tuhan,ibu bapa, diri sendiri, ahli keluarga, guru dan

    rakan).

    3. Murid menyenaraikan keutamaan kasih sayang (ibu bapa,

    diri sendiri, ahli keluarga, guru dan rakan) - lembaran

    kerja 1.

    MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL

  • 67

  • 68

  • 69

  • 70

    Tajuk

    Perhubungan

    Standard

    Kandungan

    2.3 Mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonal

    dan komunikasi berkesan dalam kehidupan seharian.

    Standard

    Pembelajaran

    2.3.3 Menunjukkan rasa kasih sayang tanpa membezakan

    individu atau kumpulan seperti tidak membuli dan

    menyakiti orang lain.

    Bahan Bantuan

    Pengajaran

    Video 1Malaysia (Upin Ipin), lembaran kerja.

    Langkah

    Pengajaran

    1. Tayangan video 1 Malaysia.

    (uPIN___Ipin_3_-

    _Kami_1_Malaysia_(Bahagian_2)_(Episode_19)_[www.keepvid.com])

    2. Bersoal jawab berdasarkan video.

    3. Murid mendengar penerangan tentang cara-cara

    menunjukkan kasih sayang tanpa perbezaan individu atau

    kumpulan .

    4. Murid melengkapkan Lembaran Kerja 1

    MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL

  • 71

  • 72

    Tajuk

    Perhubungan

    Standard

    Kandungan

    2.3 Mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonal

    dan komunikasi berkesan dalam kehidupan seharian.

    Standard

    Pembelajaran

    2.3.4 Mengamalkan rasa syukur kepada Tuhan dan terima

    kasih sesama manusia.

    Bahan

    Bantuan

    Pengajaran

    Lembaran kerja.

    Langkah

    Pengajaran

    1. Tayangan video.

    2. Bersoal jawab berdasarkan video.

    3. Murid menyatakan cara mengamalkan rasa syukur kepada

    Tuhan dan berterima kasih sesama manusia.

    4. Murid melengkapkan lembaran kerja.

    MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL

  • 73

  • 74

  • 75

    Tajuk

    Penyakit

    Standard

    Kandungan

    3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta

    mengelak risiko penyakit dalam kehidupan seharian

    Standard

    Pembelajaran

    3.1.1 Mengenal pasti tanda-tanda konjunktivitis

    Bahan Bantuan

    Pengajaran

    Kad gambar dan lembaran kerja

    Langkah

    Pengajaran

    1. Mempamerkan kad gambar tanda-tanda konjuntivitis

    (Lampiran 1)

    2. Bersoal jawab berkaitan konjuntivitis

    3. Memberi penerangan dengan mempamerkan kad

    maklumat

    (Lampiran 2)

    4. Edarkan lembaran kerja (Lembaran Kerja 1)

    MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN

  • 76

  • 77

  • 78

  • 79

    Tajuk

    Penyakit

    Standard

    Kandungan

    3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta

    mengelak risiko penyakit dalam kehidupan seharian

    Standard

    Pembelajaran

    3.1.2 Menyatakan cara mengelak daripada jangkitan

    konjunktivitis

    3.1.3 Menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil atau

    diawasi jika mengalami konjunktivitis

    Bahan Bantuan

    Pengajaran

    Kad gambar dan lembaran kerja

    Langkah

    Pengajaran

    1. Perbincangan berdasarkan kad gambar yang menunjukkan

    jangkitan konjuntivitis (Lampiran 1)

    2. Berbincang dalam kumpulan tentang cara mengelak dan

    langkah-langkah mengatasi jangkitan konjunktivitis

    3. Edarkan lembaran kerja (Lembaran kerja 1)

    MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN

  • 80

  • 81

  • 82

    Tajuk

    Penyakit

    Standard

    Kandungan

    3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta

    mengelak risiko penyakit dalam kehidupan seharian

    Standard

    Pembelajaran

    3.1.4 Mengenali penyakit tidak berjangkit seperti ketumbit mata,

    sakit telinga, hidung berdarah, ekzema dan alahan

    Bahan Bantuan

    Pengajaran

    Kad gambar dan lembaran kerja

    Langkah

    Pengajaran

    1. Pamerkan gambar penyakit tidak berjangkit (Lampiran 1)

    2. Bersoal jawab tentang penyakit tidak berjangkit

    3. Murid melabelkan nama penyakit menggunakan kad

    perkataan di papar di papan tulis.

    4. Edarkan lembaran kerja (Lembaran Kerja 1)

    MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN

  • 83

  • 84

  • 85

    Tajuk

    Penyakit

    Standard

    Kandungan

    3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta

    mengelak risiko penyakit dalam kehidupan seharian

    Standard

    Pembelajaran

    3.1.5 Mengenal pasti tanda-tanda penyakit tidak berjangkit

    Bahan Bantuan

    Pengajaran

    Kad gambar dan lembaran kerja

    Langkah

    Pengajaran

    1. Murid memilih sampul surat yang berisi kad gambar

    penyakit tidak berjangkit dan berbincang tentang kad

    gambar tersebut.

    (Lampiran 1)

    2. Murid menyiapkan tugasan menggunakan MS Office Word.

    3. Murid membentangkan hasil tugasan.

    4. Bersoal jawab berkaitan tanda-tanda penyakit tidak

    berjangkit.

    5. Edarkan kad maklumat bergambar dan bincang dalam

    Kumpulan tentang tanda-tanda penyakit tidak berjangkit

    (Lampiran 2)

    6. Edarkan lembaran kerja (Lembaran Kerja 1)

    MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN

  • 86

    Lampiran 1

    Contoh-contoh penyakit tidak berjangkit

    Ketumbit mata

    Sakit telinga

    Hidung berdarah

    Ekzema

    Alahan

  • 87

  • 88

  • 89

  • 90

  • 91

    Tajuk

    Penyakit

    Standard

    Kandungan

    3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta

    mengelak risiko penyakit dalam kehidupan seharian

    Standard

    Pembelajaran

    3.1.6 Menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil atau

    diawasi jika mengalami penyakit tidak berjangkit

    Bahan Bantuan

    Pengajaran

    Kad gambar dan lembaran kerja

    Langkah

    Pengajaran

    1. Mempamerkan kad gambar penyakit tidak berjangkit

    (Lampiran 1)

    2. Bersoal jawab berkaitan langkah-langkah yang perlu

    diambil jika mengalami penyakit tidak berjangkit

    3. Edarkan kad maklumat bergambar (Lampiran 2)

    4. Berbincang di dalam kumpulan tentang langkah-

    langkah yang perlu diambil jika mengalami penyakit

    tidak berjangkit (Lembaran kerja)

    5. Edarkan lembaran kerja (Lembaran 1)

    MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN

  • 92

  • 93

  • 94

    Tajuk

    Keselamatan

    Standard

    Kandungan

    3.2 Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan

    mendemonstrasi kemahiran kecekapan psikososial dalam

    kehidupan seharian.

    Standard

    Pembelajaran

    3.2.1 Mengenal pasti peralatan dan bahan yang berbahaya di

    rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam

    Bahan Bantuan

    Pengajaran

    Kad gambar dan lembaran kerja

    Langkah

    Pengajaran

    1.Permainan Kotak Beracun.( Apabila muzik diberhentikan,

    murid dikehendaki mengambil kad gambar dalam kotak

    dan menjelaskan apa yang terdapat dalam kad gambar

    (Lampiran 1)

    2. Bersoal jawab berkaitan kad gambar yang dipamerkan

    3. Mempamerkan gambar situasi di dapur (Lampiran 2)

    4. Edarkan lembaran kerja (Lembaran kerja 1)

    MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN

  • 95

    Lampiran 1

    Kad gambar.

    1. Rumah

    2. Taman Permainan

    3. Sekolah

    4. Jalanraya

  • 96

  • 97

  • 98

    Tajuk

    Keselamatan

    Standard

    Kandungan

    3.2 Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri

    dan mendemonstrasi kemahiran kecekapan psikososial

    dalam kehidupan seharian.

    Standard

    Pembelajaran

    3.2.2 Menyenaraikan cara penyimpanan peralatan dan

    bahan seperti racun dengan selamat

    Bahan Bantuan

    Pengajaran

    Kad gambar dan lembaran kerja

    Langkah

    Pengajaran

    1. Edarkan lembaran kerja (Lembaran Kerja 1)

    2. Murid mencari jawapan berdasarkan maze 3. Berbincang cara penyimpanan peralatan dengan

    selamat.

    4. Murid menyenaraikan cara penyimpanan peralatan

    dengan

    selamat (Lembaran Kerja 2).

    MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN

  • 99

    Lembaran Kerja 1

    Nama : _______________________ Hari : _______________

    Tahun : _______________________ Tarikh : _______________

    Cari jalan pulang bagi setiap peralatan di bawah.

  • 100

    Lembaran Kerja 2

    Nama : _______________________ Hari : _______________

    Tahun : _______________________ Tarikh : _______________

    Nyatakan cara penyimpanan peralatan dengan selamat.

    Pisau

    Bahan kimia dan racun

    Jarum jahitan

    Ubat-ubatan

  • 101

    Tajuk

    Keselamatan

    Standard

    Kandungan

    4.2 Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri

    dan mendemonstrasi kemahiran kecekapan psikososial

    dalam kehidupan seharian.

    Standard

    Pembelajaran

    3.2.3 Mengenal pasti situasi tidak selamat di rumah, sekolah,

    taman permainan dan tempat awam.

    Bahan Bantuan

    Pengajaran

    Kad gambar dan lembaran kerja

    Langkah

    Pengajaran

    1. Paparkan beberapa situasi bergambar (Lampiran 1).

    2. Berpandukan gambar, murid mengenal pasti situasi

    tidak selamat.

    3. Bersoal jawab tentang situasi tidak selamat.

    4. Edarkan lembaran kerja (Lembaran 1).

    MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN

  • 102

  • 103

  • 104

    Tajuk

    Keselamatan

    Standard

    Kandungan

    3.2 Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan

    mendemonstrasi kemahiran kecekapan psikososial dalam

    kehidupan seharian.

    Standard

    Pembelajaran

    3.2.4 Menyatakan kesan kemalangan dan kecederaan seperti

    kecacatan kekal tubuh badan

    Bahan Bantuan

    Pengajaran

    Klip video kemalangan dan lembaran kerja

    Langkah

    Pengajaran

    1. Tayangan klip video kemalangan sumber Youtube http://www.youtube.com/watch?v=e4ReOiIjbeM&NR=1

    2. Bersoal jawab berkaitan kesan kemalangan

    3. Murid membincangkan kesan kemalangan dan

    kecederaan (Lampiran 1)

    4. Edarkan lembaran kerja (Lembaran 1)

    MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN

  • 105

  • 106

  • 107

    Tajuk

    Keselamatan

    Standard

    Kandungan

    3.2 Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan

    mendemonstrasi kemahiran kecekapan psikososial dalam

    kehidupan seharian.

    Standard

    Pembelajaran

    3.2.5 Mengamalkan langkah-langkah keselamatan untuk

    mengelak kemalangan, kecederaan dan situasi tidak

    selamat di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat

    awam pada setiap masa

    Bahan Bantuan

    Pengajaran

    Klip video, lembaran kerja dan kertas mahjong

    Langkah

    Pengajaran

    1. Tayangan klip video amalan keselamatan sumber Youtube

    http://www.youtube.com/watch?v=B6VCnNgInkw&featu

    re=related

    2. Bersoal jawab tentang langkah-langkah untuk mengelak

    kemalangan dan kecederaan (Lampiran 1)

    3. Murid menyatakan langkah-langkah keselamatan

    berpandukan gambar situasi dalam kumpulan kecil

    (Lampiran 2)

    4. Murid menulis langkah-langkah keselamatan untuk

    mengelak daripada berlaku kemalangan berpandukan

    gambar situasi di atas kertas mahjong

    5. Murid bentang hasil kerja mereka.

    MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN

  • 108

    Lampiran 2

  • 109

  • 110

    Tajuk Pertolongan cemas

    Standard

    Kandungan

    3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan

    bertindak dengan bijak mengikut situasi

    Standard

    Pembelajaran

    3.3.1 Mengetahui situasi kecemasan

    Bahan Bantuan

    Pengajaran

    Klip video dan lembaran kerja

    Langkah

    Pengajaran

    1. Tayangan klip video kecemasan yang mengandungi

    situasi kecemasan (kebakaran),sumber Youtube

    http://www.youtube.com/watch?v=tXiEO5ZyPqc

    2. Bersoal jawab tentang klip video tersebut

    3. Murid menyatakan situasi kecemasan yang pernah dilihat,

    dibaca atau dialami

    4. Edarkan lembaran kerja (Lembaran kerja 1)

    MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN

  • 111

  • 112

    Tajuk Pertolongan cemas

    Standard

    Kandungan

    3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan

    bertindak dengan bijak mengikut situasi

    Standard

    Pembelajaran

    3.3.2 Meminta bantuan apabila berlaku kecemasan

    Bahan Bantuan

    Pengajaran

    Kad gambar, lembaran kerja dan keratan akhbar

    Langkah

    Pengajaran

    1. Murid menerangkan situasi kecemasan berdasarkan

    keratan akhbar

    2. Murid menyatakan orang yang perlu diberitahu sekiranya

    mengalami situasi kecemasan (Lampiran 2)

    3. Murid melakonkan cara meminta bantuan semasa

    kecemasan

    4. Edarkan lembaran kerja sebagai kerja rumah (Lembaran

    kerja 1)

    Catatan: Guru menggunakan Lampiran 1 sekiranya murid

    tidak membawa keratan akhbar

    MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN

  • 113

  • 114

  • 115