panduan penerbitan buku teks pusat pengajianuumpress.uum.edu.my/images/borang/panduan_membina... ·...

12
PANDUAN PENERBITAN BUKU TEKS PUSAT PENGAJIAN 4

Upload: others

Post on 25-Jan-2021

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 1

    PANDUAN PENERBITAN

    BUKU TEKS PUSAT PENGAJIAN

    4

  • 2

  • 1

    BUKU TEKS PUSAT PENGAJIAN a. Buku Teks ialah buku ilmiah (penilaian pakar

    bidang dalaman) yang memenuhi keperluan silibus kursus tertentu di UUM.

    b. Nota Kuliah/Modul Kursus perlu diolah dan

    ditulis semula dalam bentuk buku teks. c. Pengarang bertanggungjawab untuk

    memohon kelulusan menggunakan bahan yang dilindungi hak cipta termasuk gambar, jadual, ilustrasi, dan sebagainya.

    d. Buku teks akan dicetak mengikut permintaan

    dan akan digunakan untuk pengajian sekurang-kurangnya dua tahun.

    e. Pengarang akan menerima royalti sebanyak

    15% manakala Pusat Pengajian akan menerima royalti sebanyak 10% berdasarkan jumlah jualan.

    f. Manuskrip hendaklah dikemukakan bersama Borang Cadangan Penerbitan Buku Ilmiah yang boleh dimuat turun daripada laman sesawang UUM Press - http://uumpress.uum.edu.my

    http://uumpress.uum.edu.my/

  • 2

  • 3

    PANDUAN MEMBINA MANUSKRIP

    Bagi memastikan proses pracetak berjalan dengan lancar, pengarang (atau penyunting) dipohon membina manuskrip masing-masing mengikut panduan ini. Pengarang dinasihatkan supaya menggunakan perisian Word. Manuskrip hendaklah ditaip dengan kemas, bersih dan selaras dengan menggunakan kertas yang bersaiz A4, langkau dua baris (double spaced) dengan sebelah halaman bercetak sahaja, dengan fon Times New Roman, 12 poin. Jumlah halaman hendaklah tidak kurang 100 muka surat. Pengarang hendaklah memastikan supaya setiap halaman teks mempunyai jidar/ birai yang piawai iaitu berukuran dari kiri 32 mm (1.25"), kanan 32 mm (1.0") dan bawah 32 mm (1.25"). Pengarang hendaklah memastikan manuskrip yang disediakan mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian Awalan, bahagian Teks, dan bahagian Akhiran. Tanpa ketiga-tiga bahagian ini, manuskrip dianggap tidak lengkap. Pengarang yang kurang faham dengan komponen berkenaan disaran merujuk kepada buku Gaya Dewan (Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999) dan Publication Manual of the American Psychological Association (APA) (Sixth Edition, 2010).

    BAHAGIAN MANUSKRIP

    Manuskrip terbahagi kepada tiga bahagian:

    Bahagian Awalan (Prelim) termasuk judul buku, halaman kandungan, senarai ilustrasi, senarai jadual, halaman prakata, halaman pendahuluan/

  • 4

    pengenalan, halaman penghargaan, halaman singkatan simbol. Setiap halaman di bahagian ini hendaklah dinomborkan dengan menggunakan angka Roman kecil iaitu i, ii, iii, iv, v dan seterusnya.

    Bahagian Teks terdiri daripada bahagian/bab dan subtajuk. Halaman di bahagian teks menggunakan angka Arab iaitu 1, 2, 3 dan seterusnya. UUM Press tidak mengamalkan sistem nota kaki (footnotes).

    Bahagian Akhiran ialah bahan yang menjadi maklumat tambahan atau rujukan. Susunannya adalah seperti berikut:

    (a) Jawapan kepada latihan dalam teks (jika ada). (b) Biodata pengarang (jika ada untuk cetakan

    awal sahaja). (c) Lampiran (jika ada). (d) Senarai istilah (jika ada). (e) Glosari (jika ada). (f) Senarai rujukan (jika ada). (g) Indeks jika ada (disediakan oleh pengarang

    sendiri).

    Dalam penyediaan manuskrip, UUM Press menerima pakai Gaya Dewan dan Gaya APA Edisi Keenam dalam penggunaan huruf besar, huruf condong, tanda bacaan, sistem penomboran, ejaan dan tatabahasa. Dokumentasi: Sistem pengarang — tarikh diamalkan, berpandukan Gaya Dewan dan Gaya APA Edisi Keenam.

  • 5

    REKA LETAK TEKS

    Reka letak teks hendaklah diberikan perhatian dan peringkat awal penyediaan manuskrip berpandukan sistem berikut:

    Halaman bab — Saiz taip nombor (dengan angka Arab) dan tajuk hendaklah lebih besar daripada saiz teks. Tajuk bab boleh dibuat dalam huruf besar, atau huruf besar dan huruf kecil, dan boleh diletak sama ada di tengah, santak ke kiri atau ke kanan menggunakan saiz taip yang sesuai supaya lebih menarik.

    Pecahan tajuk bab kepada subtajuk boleh dibuat tetapi pecahan lebih daripada LIMA (5) lapis subtajuk tidak digalakkan. Pecahan subtajuk boleh dibuat dengan menggunakan huruf tertentu tanpa menggunakan sistem nombor.

    Saiz taip dan fon membezakan pecahan status tertinggi hingga terendah dalam sesuatu bab.

    SUBTAJUK PERTAMA — 12 poin, huruf besar, tebal Subtajuk Kedua — 12 poin, huruf besar & kecil, tebal Subtajuk ketiga — 12 poin, huruf besar & kecil, tebal, condong SUBTAJUK KEEMPAT — 11 poin, huruf besar, normal Subtajuk kelima — 11 poin, huruf besar & kecil, condong

    Semua subtajuk disantak ke kiri tanpa indentation.

  • 6

    SEMAKAN TEKS

    Sebelum menyerahkan manuskrip, pengarang hendaklah menyemak perkara-perkara berikut:

    1. Semak ejaan (Dewan)/spell-check UK English. 2. Pengiraan/input data jadual/rajah/simbol

    matematik dan formula. 3. Ketekalan (consistency) butiran dalam senarai

    kandungan, ilustrasi dan teks. Perkataan sama. Penggunaan huruf besar dan kecil, huruf

    condong tekal. Semua label tepat, urutan jadual dan rajah

    tepat. 4. Tiada unsur plagiat dan pelanggaran hak cipta. 5. Bibliografi/Rujukan.

    Ditulis mengikut Gaya Dewan atau Gaya APA Edisi Keenam.

    Nombor halaman dan tanda petikan (quotation marks) dimasukkan bagi petikan.

    Tarikh dan ejaan nama dalam teks serta bibliografi tekal.

    6. Semua bahan lampiran disertakan.

  • 7

    PENYERAHAN MANUSKRIP

    Pengarang dikehendaki menyerahkan SATU (1) salinan manuskrip lengkap yang bercetak dan SATU (1) salinan elektronik manuskrip berkenaan. Pengarang diingatkan supaya menyimpan satu salinan manuskrip dan salinan elektronik.

    Manuskrip yang diserahkan kepada UUM Press hendaklah merupakan draf akhir (final draft) yang lengkap dan BUKANNYA suatu draf yang akan dipinda kemudiannya. Manuskrip hendaklah diserahkan dalam bentuk rata, iaitu tidak berlipat, bergulung atau berjilid.

    Jadual, graf, gambar rajah atau lukisan hendaklah diberi tajuk yang sesuai dan diletak terus dalam teks (jika menggunakan perisian MS Word), atau dalam bahagian Lampiran. Jika bahan tersebut tidak disediakan dalam perisian MS Word, bahan tersebut hendaklah disimpan dalam format JPEG 300 dpi (berwarna) atau bmp (hitam putih).

    Manuskrip yang diserahkan/dipinda dengan tulisan tangan TIDAK akan diterima.

    Sila hubungi Ketua Seksyen Buku atau Editor Buku UUM Press jika anda memerlukan nasihat atau panduan dalam proses membina karya. Manuskrip yang dibina dengan baik akan memudahkan proses penerbitan.

  • 8

    PEGAWAI SEKSYEN BUKU UUM PRESS Kashfi Bin Wahab Ketua Pegawai Penerbitan / Ketua Seksyen Buku 4828 / 0122240341 [email protected] Asrol Anuar Ramli Pegawai Penerbitan Kanan 4819 / 0134543203 [email protected]

    Farah Mat Din Pegawai Penerbitan Kanan 4817 / 0195738840 [email protected]

    Azizan Ismail@Ariffin Pegawai Penerbitan Kanan 4813 / 0142428910 [email protected]

    Siti Nur Dina Johary Penolong Pegawai Penerbitan 4838 / 0164262559 [email protected]

    Mohd. Shamaizar Maudin Penolong Pegawai Penerbitan 4836 / 0194094366 [email protected]

    Siti Noor Aishah Zanudin Penolong Pegawai Penerbitan 4811 / 01110657741 [email protected]

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]

  • 9

    PANDUAN PENYEDIAAN INDEKS Bahan yang Perlu Diindeks 1. Bab pengenalan / pendahuluan / kata

    pengantar yang mempunyai isi kerana lazimnya pengarang memberikan takrifan awal tentang kata kunci atau perkara utama yang dibincangkan pada bahagian ini.

    2. Judul/subjudul dalam teks merangkumi

    bahagian ilustrasi.

    3. Isi teks: Semua penjelasan, penghuraian yang melibatkan takrifan, proses, langkah-langkah dan pembutiran perlu diindeks.

    4. Nama khas: Nama individu yang

    dibincangkan (bukan bermaksud nama individu yang dirujuk atau dalam rujukan pengarang tarikh).

    5. Nama orang, nama tempat termasuk nama

    negara, negeri dan daerah serta nama jalan dan nama kampung yang dibincangkan dan dihuraikan.

    6. Bahan ilustrasi: Teks, jadual, carta, graf,

    peta, lakaran dan gambar yang mempunyai kapsyen dan keterangan.

  • 10

    7. Semua bahan akhiran (rujukan, glosari, lampiran).

    8. Catatan hujung yang mengandungi isi iaitu

    maklumat atau penjelasan tentang sesuatu perkara, tokoh atau peristiwa.

    Bahan yang Tidak Perlu Diindeks

    1. Semua bahan awalan, halaman judul,

    halaman hak cipta, kandungan, senarai jadual, rajah dan kependekan.

    2. Nama orang, nama tempat termasuk nama

    negara, negeri dan daerah serta nama jalan dan nama kampung yang hanya disebut sepintas lalu.

    3. Catatan/Nota hujung yang tidak mempunyai

    keterangan.