panduan pendaftaran pelajar baru - gmi.edu.my a - syarat tawaran dan... · politeknik / ikbn dan...

13
German-Malaysian Institute 1REV.SEP2013 PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SYARAT-SYARAT TAWARAN & PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU 1.0 SYARAT-SYARAT TAWARAN 1. Pelajar hendaklah disahkan sihat oleh mana-mana klinik atau hospital kerajaan/swasta serta lulus Pemerikasaan Doktor dan Ujian Dadah. Tidak mempunyai sebarang ketidak-upayaan fizikal (physical disabilities) yang serius dan tidak rabun warna. Segala perbelanjaan pemeriksaan yang bersangkutan adalah di bawah tanggungan anda sendiri. 2. Segala maklumat yang dikemukakan kepada Institut mestilah benar. Pihak Institut berhak menarik balik tawaran ini atau menamatkan pengajian anda pada bila-bila masa jika didapati maklumat yang diberikan adalah palsu. 3. Pelajar adalah tertakluk kepada semua Peraturan dan Polisi Institut yang dikuat-kuasakan ke atas pelajar di sepanjang tempoh pengajian. 4. Pelajar perlu menjelaskan yuran-yuran yang terbabit bagi pendaftaran program yang ditawarkan berdasarkan Struktur Yuran dan Kaedah Pembayaran Yuran yang dilampirkan bersama. 5. Tawaran kemasukan ini adalah muktamad. Sebarang penukaran ke atas program yang ditawarkan ataupun sesi pendaftaran adalah tidak dibenarkan. 2.0 MAKLUMBALAS TAWARAN 1. Sila beri maklumbalas sama ada menerima atau menolak tawaran ini dalam tempoh seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran dengan menggunakan Slip Penerimaan Tawaran. 2. Slip Penerimaan Tawaran yang dihantar perlu disertakan dengan lampiran dokumen yang diperlukan. 3. Sekiranya pihak Institut tidak menerima sebarang jawapan selepas daripada tempoh yang ditetapkan, tawaran ini akan terbatal dengan sendirinya. 4. Semua yuran yang berkaitan perlu dijelaskan selewat-lewatnya 1 minggu sebelum tarikh pendaftaran atau lebih awal. 3.0 HARI PENDAFTARAN 1. Sila pastikan anda telah memberi maklumbalas melalui Slip Penerimaan Tawaran dan menjelaskan semua yuran berkaitan sebelum Hari Pendaftaran untuk mengelakkan sebarang kesulitan. 2. Sila lengkapkan buku Dokumen Kemasukan Pelajar untuk penyerahan semasa Hari Pendaftaran. 3. Pelajar dikehendaki berpakaian kemas dan sopan semasa mendaftar. Sila patuhi etika berpakaian seperti di bawah semasa Hari Pendaftaran: - LELAKI: Kemas berbaju kemeja, bertali leher, berambut pendek dan kemas serta berkasut. - PEREMPUAN: Baju kurung/blaus dan seluar, rambut diikat/bertudung kemas dan berkasut. 4.0 PROGRAM ORIENTASI 1. Program Orientasi adalah wajib disertai bagi semua pelajar baru. Program ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada GMI dengan lebih dekat lagi. Kegagalan mengikuti program ini boleh dikenakan tindakan disiplin.

Upload: builien

Post on 22-Feb-2018

292 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU - gmi.edu.my A - Syarat Tawaran dan... · Politeknik / IKBN dan lain-lain) ... Pelajar juga boleh merujuk kepada Seksyen Hal -Ehwal Pelajar untuk

German-Malaysian Institute

1REV.SEP2013 PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU

SYARAT-SYARAT TAWARAN & PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU

1.0 SYARAT-SYARAT TAWARAN

1. Pelajar hendaklah disahkan sihat oleh mana-mana klinik atau hospital kerajaan/swasta serta lulus

Pemerikasaan Doktor dan Ujian Dadah. Tidak mempunyai sebarang ketidak-upayaan fizikal (physical disabilities) yang serius dan tidak rabun warna. Segala perbelanjaan pemeriksaan yang bersangkutan adalah di bawah tanggungan anda sendiri.

2. Segala maklumat yang dikemukakan kepada Institut mestilah benar. Pihak Institut berhak menarik

balik tawaran ini atau menamatkan pengajian anda pada bila-bila masa jika didapati maklumat

yang diberikan adalah palsu.

3. Pelajar adalah tertakluk kepada semua Peraturan dan Polisi Institut yang dikuat-kuasakan ke atas pelajar di sepanjang tempoh pengajian.

4. Pelajar perlu menjelaskan yuran-yuran yang terbabit bagi pendaftaran program yang ditawarkan

berdasarkan Struktur Yuran dan Kaedah Pembayaran Yuran yang dilampirkan bersama.

5. Tawaran kemasukan ini adalah muktamad. Sebarang penukaran ke atas program yang ditawarkan

ataupun sesi pendaftaran adalah tidak dibenarkan.

2.0 MAKLUMBALAS TAWARAN

1. Sila beri maklumbalas sama ada menerima atau menolak tawaran ini dalam tempoh seperti yang

dinyatakan dalam Surat Tawaran dengan menggunakan Slip Penerimaan Tawaran.

2. Slip Penerimaan Tawaran yang dihantar perlu disertakan dengan lampiran dokumen yang

diperlukan.

3. Sekiranya pihak Institut tidak menerima sebarang jawapan selepas daripada tempoh yang ditetapkan,

tawaran ini akan terbatal dengan sendirinya.

4. Semua yuran yang berkaitan perlu dijelaskan selewat-lewatnya 1 minggu sebelum tarikh pendaftaran

atau lebih awal. 3.0 HARI PENDAFTARAN

1. Sila pastikan anda telah memberi maklumbalas melalui Slip Penerimaan Tawaran dan menjelaskan

semua yuran berkaitan sebelum Hari Pendaftaran untuk mengelakkan sebarang kesulitan. 2. Sila lengkapkan buku Dokumen Kemasukan Pelajar untuk penyerahan semasa Hari Pendaftaran.

3. Pelajar dikehendaki berpakaian kemas dan sopan semasa mendaftar. Sila patuhi etika berpakaian

seperti di bawah semasa Hari Pendaftaran: - LELAKI: Kemas berbaju kemeja, bertali leher, berambut pendek dan kemas serta berkasut.

- PEREMPUAN: Baju kurung/blaus dan seluar, rambut diikat/bertudung kemas dan berkasut.

4.0 PROGRAM ORIENTASI

1. Program Orientasi adalah wajib disertai bagi semua pelajar baru. Program ini bertujuan mendedahkan

pelajar kepada GMI dengan lebih dekat lagi. Kegagalan mengikuti program ini boleh dikenakan tindakan disiplin.

Page 2: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU - gmi.edu.my A - Syarat Tawaran dan... · Politeknik / IKBN dan lain-lain) ... Pelajar juga boleh merujuk kepada Seksyen Hal -Ehwal Pelajar untuk

German-Malaysian Institute

1REV.SEP2013 PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU

2. Amnya, etika berpakaian semasa menjalani program ini adalah sama seperti pakaian semasa Hari Pendaftaran (seperti di atas). Namun, pelajar juga dibenarkan untuk memakai pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan (cth. riadah, sukan, keagamaan dsb.).

3. Komitmen adalah perkara yang sangat dititik-beratkan sepanjang berlangsungnya Program Orientasi.

Ia adalah sebagai pendedahan awal pelajar ke arah kecemerlangan disiplin. 5.0 MENGHADIRI KELAS

1. Semua pelajar GMI dikehendaki memakai uniform yang disediakan oleh Institut pada setiap masa

sewaktu berada di kampus. Uniform tersebut adalah:

Disediakan oleh GMI: - Baju (2 helai) – Untuk kegunaan ke kelas. - Dust Coat (1 helai) – Untuk kegunaan di bengkel atau makmal sahaja. - Kasut keselamatan (1 pasang) – Untuk kegunaan ke kelas. - Kad ID Pelajar – Perlu dipamerkan semasa berada di kawasan kampus. - Jaket rasmi – Untuk kegunaan majlis formal sahaja.

Disediakan oleh Pelajar: - Seluar yang sesuai – Kain dari jenis Jeans atau Khaki adalah dibenarkan asalkan tidak lusuh, koyak

atau bertampal-tampal. - T-shirt putih (2 helai) – Untuk dipakai bersama jaket rasmi.

2. Kegagalan mematuhi peraturan mudah ini boleh dikenakan tindakan disiplin.

6.0 KEMUDAHAN ASRAMA

1. Kemudahan asrama adalah disediakan untuk semua pelajar dengan kadar RM 900 satu semester.

2. Antara barang-barang keperluan yang perlu disediakan oleh pelajar adalah:

- Bantal, selimut, cadar & sarung bantal (warna dan corak bebas). - Barang keperluan kebersihan diri. - Pakaian secukupnya. - Lain-lain barang keperluan atau kelengkapan peribadi.

3. Pelajar baru tidak dibenarkan membawa sebarang kenderaan ke kampus.

4. Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan penempatan asrama, sila hubungi Unit Penempatan Pelajar

GMI melalui: Telefon: 03-8921 9017 atau 03-8921 9018

7.0 LAIN-LAIN

1. GMI menyediakan perlindungan insurans berkelompok kepada setiap pelajar dan ini adalah tertakluk

kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Institut. 2. Pelajar-pelajar akan dimaklumkan mengenai sebarang perubahan berkaitan perkara-perkara di atas

dari semasa ke semasa, jika ada. 3. Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan kemasukan pelajar baru, sila hubungi Unit Kemasukan &

Rekod GMI melalui: Telefon: 03-8921 9000 atau 03-8921 9015 atau 03-8921 9011 E-mail: [email protected]

Page 3: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU - gmi.edu.my A - Syarat Tawaran dan... · Politeknik / IKBN dan lain-lain) ... Pelajar juga boleh merujuk kepada Seksyen Hal -Ehwal Pelajar untuk

2REV.SEP2013 CARTA ALIRAN KERJA UMUM

GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE Training for Advanced Technology

German-Malaysian Institute (247980-K) Jalan Ilmiah, Taman Universiti, 43000 Kajang, Selangor Tel: 03-8921 9000 | Faks: 03-8921 9001 | Email: [email protected]

CARTA ALIRAN KERJA UMUM

1. Mendapat Surat Tawaran Kemasukan ke GMI.

3. Pengesahan terima/tolak tawaran Rujukan: Slip Penerimaan Tawaran

Tempoh akhir: Sila rujuk Surat Tawaran Kemasukan

2. Baca & fahamkan segala kandungan Surat Tawaran.

4. Menjelaskan Yuran Pelbagai. Rujukan: Struktur Yuran dan Kaedah Pembayaran Yuran

5. Mendaftar di GMI pada Hari Pendaftaran.

6. Mengikuti Minggu Orientasi Pelajar Baru sehingga tamat.

7. Memulakan pengajian akademik.

8. Melengkapkan segala dokumen permohonan dan perjanjian berkaitan tajaan (pinjaman atau biasiswa) pelajaran

yang dipohon. Rujukan: Lampiran berkaitan pinjaman pelajaran

10. Menjelaskan Yuran Pengajian. Melalui tajaan yang telah diluluskan atau secara persendirian

(tiada tajaan).

9. Menghantar dokumen berkaitan tajaan kepada GMI untuk semakan dan penghantaran kepada penaja terbabit.

Page 4: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU - gmi.edu.my A - Syarat Tawaran dan... · Politeknik / IKBN dan lain-lain) ... Pelajar juga boleh merujuk kepada Seksyen Hal -Ehwal Pelajar untuk

German-Malaysian Institute

3REV.SEP2013 PINJAMAN PELAJARAN

PINJAMAN PELAJARAN Hanya pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Diploma dan berwarganegara Malaysia sahaja layak

memohon untuk pinjaman pelajaran. Ini adalah berkaitan permohonan tajaan pinjaman dan bukan biasiswa. Pelajar hanya dibenarkan untuk memilih satu pinjaman/tajaan sahaja daripada mana-mana badan/pihak yang

menyediakan pinjaman pelajaran. Pada ketika ini, Institut hanya menawarkan kemudahan pinjaman pelajaran daripada: i) Majlis Amanah Rakyat (MARA) ii) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Sebarang urusan permohonan pinjaman hendaklah dirujuk kepada pihak Institut terlebih dahulu

melainkan dimaklumkan sebaliknya. Pelajar akan bertanggungjawab sepenuhnya jika berurusan secara terus dengan penyedia pinjaman terbabit. Sebarang kelulusan permohonan pinjaman adalah tertakluk kepada penyedia pinjaman sepenuhnya dan GMI tidak terlibat dalam proses kelulusan tersebut. Jumlah dan jenis pinjaman yang diluluskan juga mungkin

berbeza-beza antara pemohon tertakluk kepada penilaian penyedia pinjaman terbabit. Pelajar adalah dialu-alukan untuk mendapatkan pembiayaan pelajaran daripada mana-mana pihak industri, institusi kewangan atau lain-lain sumber jika tidak berminat dengan pinjaman pelajaran yang disediakan namun hendaklah memaklumkannya kepada pihak Institut. Pelajar yang tidak mengemukakan sebarang permohonan untuk pinjaman pelajaran adalah dianggap tidak berminat dan bertanggungjawab untuk menjelaskan sendiri sebarang tuntutan yuran dari Institut.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan permohonan pinjaman pelajaran untuk pelajar baru, sila hubungi Unit Kemasukan & Rekod GMI melalui: Telefon: 03-8921 9000 atau 03-8921 9013 atau 03-8921 9015 atau 03-8921 9011 E-mail: [email protected]

Page 5: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU - gmi.edu.my A - Syarat Tawaran dan... · Politeknik / IKBN dan lain-lain) ... Pelajar juga boleh merujuk kepada Seksyen Hal -Ehwal Pelajar untuk

German-Malaysian Institute

4REV.OCT2014 PINJAMAN PELAJARAN MARA

PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN MARA SECARA ONLINE (e-EDULOAN MARA) LAMAN WEB: http://www.mara.gov.my/e-perkhidmatan

Semua pelajar bumiputera warganegara Malaysia adalah layak dan digalakkan untuk memohon Pinjaman Pelajaran MARA (e-Eduloan) bagi membiayai kos yuran pengajian dan sara hidup. Ini adalah permohonan tajaan pinjaman dan bukan biasiswa. Kelulusan pemohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan jenis elaun yang ditetapkan oleh pihak MARA.

Untuk makluman, sekiranya pelajar / ibu bapa / penjaga ada disenaraikan hitamkan atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA, maka permohonan pelajar akan ditolak secara automatik (tidak layak). Sebarang

urusan rayuan pemutihan daripada senarai perlu dibuat sendiri secara terus dengan pihak MARA. Urusan permohonan perlu dibuat dalam tempoh 2 minggu selepas Hari Pendaftaran (sebarang perubahan tempoh memohon akan dimaklumkan jika berkaitan). Sebarang kesulitan yang timbul akibat dari kelewatan

pelajar membuat permohonan adalah tertakluk kepada tanggungjawab pelajar sendiri. Nota lain: Wang Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA (e-Pendahuluan) hanya disediakan bagi pemohon yang layak

dan tertakluk kepada syarat-syarat dan peruntukan semasa. Sila rujuk terus kepada Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berhampiran anda untuk maklumat lanjut ataupun di URL ini: http://www.mara.gov.my/e-perkhidmatan

BIL SALINAN DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN

1 Salinan surat tawaran kemasukan ke Institut (termasuk struktur yuran pengajian).

2 Salinan kad pengenalan pelajar, ibu dan bapa / penjaga.

3 Salinan sijil kelahiran pelajar, ibu dan bapa / penjaga.

4 Salinan sijil kematian ibu / bapa (jika berkaitan).

5 Salinan penyata gaji / Borang J / penyata pencen ibu / bapa / penjaga atau

Surat pengesahan pendapatan ibu / bapa / penjaga yang berkerja sendiri dari Ketua kampung.

6 Salinan sijil SPM / STPM

7 Salinan slip / transkrip akademik lengkap (setiap semester) untuk pengajian peringkat Sijil (IKM / ILP / Politeknik / IKBN dan lain-lain) atau Pra-Diploma (jika berkaitan).

8 Surat penangguhan / pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran daripada penaja terdahulu (jika berkaitan).

9 Gambar pelajar (terkini).

10 Karangan bertajuk Perihal diri, perancangan pengajian dan kerjaya sebanyak 300 patah perkataan.

11 Salinan sijil-sijil ko-kurikulum (jika berkaitan).

12 Tandatangan dan pengesahan pihak Institut.

Sila semak lampiran carta aliran kerja di belakang muka surat ini untuk proses permohonan.

Page 6: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU - gmi.edu.my A - Syarat Tawaran dan... · Politeknik / IKBN dan lain-lain) ... Pelajar juga boleh merujuk kepada Seksyen Hal -Ehwal Pelajar untuk

German-Malaysian Institute

4REV.OCT2014 PINJAMAN PELAJARAN MARA

CARTA ALIRAN KERJA: PINJAMAN PELAJARAN MARA

LULUS

1. Mendaftar di GMI pada Hari Pendaftaran

3. Lengkapkan permohonan online (dalam tempoh 2 minggu selepas mendaftar – sebarang

perubahan akan dimaklumkan)

2. Login di internet: http://www.mara.gov.my/e-perkhidmatan

Sila gunakan Nombor Kad Pengenalan pelajar (tanpa tanda sempang) untuk daftar masuk (login name) dan kata laluan

(password) bagi memudahkan urusan.

4. Semak keputusan permohonan

Pemohon akan dimaklumkan serta-merta sekiranya permohonan yang dibuat diluluskan atau sebaliknya.

5. Cetak dokumen

i) Borang permohonan online yang telah dilengkapkan ii) Dokumen perjanjian pinjaman.

6. Lengkapkan Dokumen Perjanjian

Sila rujuk panduan pengisian Dokumen perjanjian yang dicetak bersekali dengan Dokumen perjanjian

Pelajar juga boleh merujuk kepada Seksyen Hal-Ehwal Pelajar untuk bimbingan tatacara pengisian yang betul.

7. Penyerahan dokumen

Kedua-dua Borang permohonan dan Dokumen perjanjian perlu diserahkan bersekali kepada Seksyen Hal-Ehwal Pelajar untuk

semakan sebelum dihantar (melalui GMI) kepada MARA.

8. Pembayaran

Pembayaran akan dibuat oleh pihak MARA terus kepada akaun simpanan pelajar atau melalui cek.

Page 7: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU - gmi.edu.my A - Syarat Tawaran dan... · Politeknik / IKBN dan lain-lain) ... Pelajar juga boleh merujuk kepada Seksyen Hal -Ehwal Pelajar untuk

German-Malaysian Institute

5REV.SEP2013 PINJAMAN PELAJARAN PTPTN

PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN SECARA ONLINE LAMAN WEB: http://epinjaman.ptptn.gov.my

Semua pelajar warganegara Malaysia adalah layak untuk memohon pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi membiayai kos yuran pengajian. Ini adalah permohonan tajaan pinjaman dan bukan biasiswa. Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak PTPTN.

Sila semak laman http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung untuk maklumat lanjut syarat-syarat kelayakan

pinjaman. Tarikh-tarikh rujukan penting berkaitan pinjaman PTPTN:

SEMESTER PENYERAHAN PERMOHONAN PEMULANGAN PERJANJIAN

PENGESAHAN PEMBAYARAN

Sesi Januari Pertama 28 Februari 30 April 31 Mei

Kedua 30 April 15 Jun 15 Julai

Sesi Julai Pertama 31 Ogos 30 Oktober 30 November

Kedua 15 Oktober 15 Disember 15 Januari

Sebarang kesulitan yang timbul akibat dari kelewatan pelajar membuat permohonan sebelum pada tarikh yang ditetapkan seperti di atas adalah tertakluk kepada tanggung jawab pelajar sendiri.

Sila semak lampiran carta aliran kerja di belakang muka surat ini untuk proses permohonan.

Page 8: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU - gmi.edu.my A - Syarat Tawaran dan... · Politeknik / IKBN dan lain-lain) ... Pelajar juga boleh merujuk kepada Seksyen Hal -Ehwal Pelajar untuk

German-Malaysian Institute

5REV.SEP2013 PINJAMAN PELAJARAN PTPTN

CARTA ALIRAN KERJA: PINJAMAN PELAJARAN PTPTN

1. Mendaftar di GMI pada Hari Pendaftaran

3. Lengkapkan permohonan online (sila rujuk tarikh penyerahan permohonan)

2. Login di internet: http://epinjaman.ptptn.gov.my

Sila gunakan Nombor Kad Pengenalan pelajar (tanpa tanda sempang) untuk daftar masuk (login name) dan kata laluan

(password) bagi memudahkan urusan.

4. Cetak & simpan Borang permohonan

Borang permohonan online yang telah dilengkapkan perlu dicetak dan disimpan oleh pelajar.

5. Makluman keputusan permohonan

Pelajar akan dimaklumkan melalui email yang diberikan oleh pelajar.

6. Cetak & lengkapkan Dokumen perjanjian

Login semula ke dalam sistem ePinjaman PTPTN untuk mencetak Dokumen pinjaman dan lengkapkan.

Pelajar juga boleh merujuk kepada Seksyen Hal-Ehwal Pelajar untuk bimbingan tatacara pengisian yang betul.

7. Penyerahan dokumen

Kedua-dua Borang permohonan dan Dokumen perjanjian perlu diserahkan bersekali kepada Seksyen Hal-Ehwal Pelajar untuk

semakan sebelum dihantar (melalui GMI) kepada PTPTN.

8. Pembayaran

Pembayaran akan dibuat oleh pihak PTPTN terus kepada akaun simpanan pelajar.

Page 9: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU - gmi.edu.my A - Syarat Tawaran dan... · Politeknik / IKBN dan lain-lain) ... Pelajar juga boleh merujuk kepada Seksyen Hal -Ehwal Pelajar untuk

6REV.OCT2014 STRUKTUR YURAN PENGAJIAN

GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE Training for Advanced Technology

German-Malaysian Institute (247980-K) Jalan Ilmiah, Taman Universiti, 43000 Kajang, Selangor Tel: 03-8921 9000 | Faks: 03-8921 9001 | Email: [email protected]

STRUKTUR YURAN

NO PROGRAM YURAN

PENGAJIAN (1 SEM)

JUMLAH YURAN

PENGAJIAN

INDUSTRIAL ELECTRONICS DEPT.

1 Diploma in Industrial Electronics (Electronics & Information Technology) 4,830.00 28,980.00

2 Diploma in Industrial Electronics (Mechatronics) 4,830.00 28,980.00

3 Diploma in Network Security 4,830.00 28,980.00

4 Diploma in Industrial Electronics (Process Instrumentation & Control) 4,830.00 28,980.00

5 Diploma in Engineering Technology (Sustainable Energy & Power Distribution) 4,249.00 25,494.00

6 Diploma in Engineering Technology (Industrial Plant Maintenance) 4,124.50 24,747.00

PRODUCTION TECHNOLOGY DEPT.

7 Diploma in CNC Precision Technology 4,830.00 28,980.00

8 Diploma in Production Technology (Mould Technology) 4,830.00 28,980.00

9 Diploma in Product Design & Manufacturing 4,830.00 28,980.00

10 Diploma in Production Technology (Tool & Die Technology) 4,830.00 28,980.00

11 Diploma in Engineering Technology (Manufacturing System) 4,124.50 24,747.00

12 Diploma in Engineering Technology (Sheet Metal Fabrication & Product Development)

4,124.50 24,747.00

RESOURCES & DEVELOPMENT CENTRE

13 German A-Level Preparatory Program 7,000.00 28,000.00

NO YURAN PELBAGAI PENDAFTARAN

PERTAMA BERULANG TIAP

SEMESTER ≥2

1 Deposit 500.00 -

2 Yuran Orientasi 200.00 -

3 Yuran Pendaftaran 100.00 100.00

4 Yuran Perkhidmatan 25.00 25.00

5 Yuran Aktiviti 25.00 25.00

6 Yuran Asrama untuk satu semester (jika berkaitan) 900.00 900.00

JUMLAH 1,750.00 1,050.00

Nota:

1. Kadar yuran adalah di dalam Ringgit Malaysia (RM) melainkan yang dinyatakan. 2. Tempoh pengajian:

Program Diploma - 3 tahun (6 semester) Program A-Level - 2 tahun (4 semester)

3. Bayaran minimum Yuran Asrama (sahaja) untuk Pendaftaran Pertama ialah RM150. 4. Semua yuran adalah tertakluk kepada perubahan/pindaan.

Page 10: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU - gmi.edu.my A - Syarat Tawaran dan... · Politeknik / IKBN dan lain-lain) ... Pelajar juga boleh merujuk kepada Seksyen Hal -Ehwal Pelajar untuk

German-Malaysian Institute

7REV.SEP2013 KAEDAH PEMBAYARAN YURAN

KAEDAH PEMBAYARAN YURAN

1. Pelajar adalah diwajibkan untuk membuka Akaun Simpanan CIMB Bank bagi memudahkan sebarang

urusan berkaitan pembayaran dan pinjaman pelajaran.

2. Semua pembayaran perlu dibuat di atas nama GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE melalui Nombor Akaun 800 2777 436 (CIMB Bank).

3. YURAN PELBAGAI (PENDAFTARAN PERTAMA) PERLU DIJELASKAN SELEWAT-LEWATNYA 1

MINGGU SEBELUM TARIKH PENDAFTARAN ATAU LEBIH AWAL (Sila rujuk Struktur Yuran).

4. Pilihan kaedah-kaedah pembayaran yang dibenarkan:

No. Kaedah Pembayaran Bukti Pembayaran

i CIMB Clicks (online) Laporan transaksi bayaran

ii Bank-in (melalui kaunter CIMB Bank sahaja) Salinan slip bank-in

iii Inter Bank Giro (IBG) Laporan transaksi bayaran

iv Tunai di kaunter pejabat Resit rasmi GMI

Nota Penting:

Pembayaran melalui Cash Deposit Machine (CDM) adalah TIDAK DIBENARKAN. Sebarang kesulitan

yang timbul akibat daripada pembayaran melalui kaedah yang tidak dibenarkan adalah tertakluk kepada tanggungjawab pelajar sendiri.

5. Bukti pembayaran yang telah dibuat kepada akaun bank GMI perlu dimaklum atau dihantar kepada GMI melalui pilhan kaedah-kaedah yang berikut:

No. Kaedah Makluman Bukti Pembayaran Nota

i Email (sila pastikan lampiran dokumen adalah jelas dan boleh dibaca).

Tajuk email: BUKTI PEMBAYARAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU Email: [email protected]

ii Pos / Faks / Hantar terus ke kaunter pejabat. Kepada: SEKSYEN KEWANGAN, GMI

Nota Penting untuk Bukti Pembayaran: Sila catatkan maklumat (i) Nama Pelajar (ii) No. K/P dan (iii) Nama Program pada salinan bukti

pembayaran anda sebelum dihantar kepada GMI untuk memudahkan proses pengesanan pelajar. Pelajar harus bertanggung jawab di atas sebarang kesulitan yang timbul akibat daripada bukti pembayaran yang tidak dicatat dengan maklumat seperti yang dinyatakan.

6. Sila simpan salinan asal bukti pembayaran anda sebagai rujukan & semakan pada Hari

Pendaftaran. 7. Resit rasmi pembayaran hanya akan dikeluarkan bagi pembayaran yang telah sah diterima oleh

Seksyen Kewangan, GMI sahaja.

8. Untuk maklumat lanjut berkaitan pembayaran yuran untuk pelajar baru, sila hubungi Seksyen Kewangan GMI melalui: Telefon: 03-8921 9000 atau 03-8921 9290 atau 03-8921 9260 atau 03-8921 9365 Email: [email protected] Faks: 03-8921 9001

Page 11: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU - gmi.edu.my A - Syarat Tawaran dan... · Politeknik / IKBN dan lain-lain) ... Pelajar juga boleh merujuk kepada Seksyen Hal -Ehwal Pelajar untuk

German-Malaysian Institute

8REV.MAR2014 SLIP PENERIMAAN TAWARAN

SLIP PENERIMAAN TAWARAN Arahan: 1. Sila lengkapkan tempat kosong dan tandakan di tempat yang bersesuaian.

2. Sila kembalikan slip yang telah dilengkapkan ini kepada GMI dengan kadar segera melalui:

i Email (sila pastikan lampiran dokumen adalah jelas dan boleh dibaca).

Tajuk email: SLIP PENERIMAAN TAWARAN Email: [email protected]

ii Pos / Faks / Hantar terus ke kaunter pejabat.

Kepada: UNIT KEMASUKAN & REKOD GMI

Nama

No. K/P

No. Telefon Bimbit: Rumah:

Tajaan Khas (jika ada)

□ Program Diploma Cemerlang

□ JPA

□ Skim Pelajar Cemerlang (SPC)

□ Lain-lain (nyatakan):

Saya seperti nama di atas

dengan ini

□ MENERIMA TAWARAN

Dengan penerimaan tawaran ini, maka saya akan melapor diri pada tarikh seperti yang ditetapkan dan bersetuju untuk menjelaskan segala yuran yang telah ditetapkan.

□ MENOLAK TAWARAN

□ Kerana mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi lain.

Sila nyatakan nama IPT:

□ Kerana masalah kewangan/pembiayaan.

□ Kerana sebab lain (nyatakan):

Program Pengajian

yang ditawarkan

□ EIT □ MEC □ NWS □ PIC

□ SPD □ IPM

□ CPT □ MOT □ PDM □ TDT

□ MFS □ SMT

□ GAPP

Nota: Sila rujuk halaman sebelah untuk Senarai Akronim Program bagi Program Pengajian. Bagi pelajar yang MENERIMA TAWARAN, sila lampirkan dokumen di bawah bersekali dengan Slip Penerimaan

Tawaran ini kepada GMI. Dokumen wajib:

1. Salinan Kad Pengenalan (IC) 2. Salinan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dokumen jika berkaitan:

1. Salinan transkrip keseluruhan pengajian atau slip keputusan peperiksaan setiap semester bagi pengajian peringkat sijil – Untuk pelajar lepasan Sijil.

2. Salinan keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) – Untuk pelajar lepasan STPM.

Page 12: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU - gmi.edu.my A - Syarat Tawaran dan... · Politeknik / IKBN dan lain-lain) ... Pelajar juga boleh merujuk kepada Seksyen Hal -Ehwal Pelajar untuk

German-Malaysian Institute

8REV.MAR2014 SLIP PENERIMAAN TAWARAN

Senarai Akronim Program bagi Program Pengajian:

EIT Diploma in Industrial Electronics (Electronics & Information Technology)

MEC Diploma in Industrial Electronics (Mechatronics)

NWS Diploma in Network Security

PIC Diploma in Industrial Electronics (Process Instrumentation & Control)

SPD Diploma in Engineering Technology (Sustainable Energy & Power Distribution)

IPM Diploma in Engineering Technology (Industrial Plant Maintenance)

CPT Diploma in CNC Precision Technology

MOT Diploma in Production Technology (Mould Technology)

PDM Diploma in Product Design & Manufacturing

TDT Diploma in Production Technology (Tool & Die Technology)

MFS Diploma in Engineering Technology (Manufacturing System)

SMT Diploma in Engineering Technology (Sheet Metal Fabrication & Product Development)

GAPP German A-Level Preparatory Program

Page 13: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU - gmi.edu.my A - Syarat Tawaran dan... · Politeknik / IKBN dan lain-lain) ... Pelajar juga boleh merujuk kepada Seksyen Hal -Ehwal Pelajar untuk

ROUTE MAP TO GMI CAMPUS