panduan pelaksanaan rbt - versi dskp sept 2013

32
Panduan Pelaksanaan RBT Di Sekolah Rendah Harian 1

Upload: smartrac09

Post on 24-Oct-2015

169 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

file

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Pelaksanaan RBT - Versi DSKP Sept 2013

Panduan Pelaksanaan RBT Di Sekolah Rendah Harian

1

Page 2: Panduan Pelaksanaan RBT - Versi DSKP Sept 2013

Panduan Pelaksanaan RBT Di Sekolah Rendah Harian

KANDUNGAN

2

1. PENGENALAN 4

2. KURIKULUM MODULAR BERASASKAN KURIKULUM STANDARD

5

3. RBT SEBAGAI MATA MELAJARAN 6

4. MATLAMAT 7

5. OBJEKTIF 7

6. FOKUS 7

7. ORGANISASI KANDUNGAN 7

8. PENEKANAN DAN KAEDAH PdP 9

9. PENGENDALIAN AKTIVITI PdP 11

10. KESELAMATAN 13

11. PEMETAAN KURIKULUM 14

12. PENGENDALIAN PENGAJARAN RBT 14

13. PENDEKATAN MODULAR 17

14. FORMAT DSKP 18

15. PENTAKSIRAN RBT 19

16. PERSEDIAAN SEKOLAH, GURU DAN MURID 22

17. PENGURUSAN DAN BILANGAN MURID 22

18. PERANAN BAHAGIAN KPM/ JPN/ PPD/ SEKOLAH 22

19. DOKUMEN DAN BAHAN PELAKSANAAN RBT 25

Page 3: Panduan Pelaksanaan RBT - Versi DSKP Sept 2013

Panduan Pelaksanaan RBT Di Sekolah Rendah Harian

PRAKATA

Buku Panduan Pelaksanaan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) ini disediakan bagi membantu

semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pelaksanaan kurikulum

RBT di pelbagai peringkat dalam organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Tujuan buku panduan ini diterbitkan adalah sebagai panduan dan rujukan pelaksanaan

kurikulum RBT. Buku ini menjelaskan konsep, pelaksanaan dan pentaksiran RBT serta peranan

pihak agensi pusat, KPM, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD),

sekolah dan masyarakat. Buku ini juga diharap dapat membantu KPM membuat

penambahbaikan sepanjang pelaksanaan.

Maklumat di dalam dokumen ini akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa sepanjang

pelaksanaan RBT berdasarkan kepada keputusan mesyuarat peringkat KPM. Pengguna

dokumen ini adalah dinasihatkan sentiasa mengemaskini maklumat dari sumber yang tepat

bagi mengelakkan kekeliruan.

3

Page 4: Panduan Pelaksanaan RBT - Versi DSKP Sept 2013

Panduan Pelaksanaan RBT Di Sekolah Rendah Harian

1.0 PENGENALAN

Struktur Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1.1 Matlamat Pendidikan Prasekolah dan Sekolah Rendah

a. Matlamat Pendidikan Prasekolah:

Untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk ke sekolah rendah.

b. Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah:

Untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan.

1.2 Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang

Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Elemen-elemen dalam setiap tunjang dijelmakan melalui disiplin ilmu tertentu iaitu:

1. Komunikasi2. Kerohanian, Sikap dan Nilai3. Kemanusiaan4. Sains dan Teknologi5. Perkembangan Fizikal dan Estetika6. Keterampilan Diri

4

Page 5: Panduan Pelaksanaan RBT - Versi DSKP Sept 2013

Panduan Pelaksanaan RBT Di Sekolah Rendah Harian

Rajah A: Reka Bentuk Kurikulum KSPK dan KSSR

2.0 KURIKULUM MODULAR BERASASKAN KURIKULUM STANDARD

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan, standard pembelajaran dan tahap penguasaan yang perlu dicapai oleh murid.

2.1 Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

2.2 Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap standard kandungan dan standard pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. Kandungan kurikulum disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan modul. Modul terdiri daripada Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.

5

Insanseimbang

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifikPenguasaan pengetahuan dan kemahiran matematikPenguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifikPenguasaan pengetahuan dan kemahiran matematikPenguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Kerohanian, Sikap & Nilai

Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

Kerohanian, Sikap & Nilai

Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

Perkembangan Fizikal & Estetika

Perkembangan jasmani dankesihatan untuk kesejahteraan diriPemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakatdan apresiasi

Perkembangan Fizikal & Estetika

Perkembangan jasmani dankesihatan untuk kesejahteraan diriPemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakatdan apresiasi

KeterampilanDiriPemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

KeterampilanDiriPemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan globalPenghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan globalPenghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Insanseimbang

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifikPenguasaan pengetahuan dan kemahiran matematikPenguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifikPenguasaan pengetahuan dan kemahiran matematikPenguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Kerohanian, Sikap & Nilai

Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

Kerohanian, Sikap & Nilai

Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

Perkembangan Fizikal & Estetika

Perkembangan jasmani dankesihatan untuk kesejahteraan diriPemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakatdan apresiasi

Perkembangan Fizikal & Estetika

Perkembangan jasmani dankesihatan untuk kesejahteraan diriPemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakatdan apresiasi

KeterampilanDiriPemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

KeterampilanDiriPemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan globalPenghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan globalPenghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Reka Bentuk Kurikulum

Page 6: Panduan Pelaksanaan RBT - Versi DSKP Sept 2013

Panduan Pelaksanaan RBT Di Sekolah Rendah Harian

2.3 Tahap Penguasaan

Kriteria pencapaian yang berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran yang ditetapkan

3.0 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEBAGAI MATA PELAJARAN

Pada Tahap II, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) diajar sebagai satu mata pelajaran dalam KSSR. Mata pelajaran ini memberikan tumpuan untuk menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam bidang teknikal dan vokasional di peringkat menengah.

Kurikulum Standard RBT digubal dengan memberikan penekanan pada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui, difahami dan dikuasai oleh murid sekolah rendah tahun 4, 5 dan 6. Pendedahan awal tentang kemahiran asas dalam bidang Teknikal, Teknologi Pertanian, Sains Rumah Tangga dan elemen merentas seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Kreativiti dan Inovasi serta Asas Keusahawanan ditekankan dalam mata pelajaran ini.

Rajah B : Reka Bentuk Kurikulum RBT

Kurikulum Standard RBT ini masih mengekalkan elemen merentas kurikulum dalam KBSR. Selain itu, ia juga mementingkan pemupukan nilai murni, kerja-buat-sendiri (DIY), peka

6

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ASAS

KREATIF

CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN

TMK

KREATIVITI & INOVASI

KEUSAHAWANAN CELIK TEKNOLOGI

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

TEKNOLOGI PERTANIAN

SAINS RUMAH TANGGATEKNIKAL

BIDANG ILMU

Page 7: Panduan Pelaksanaan RBT - Versi DSKP Sept 2013

Panduan Pelaksanaan RBT Di Sekolah Rendah Harian

terhadap masalah sekeliling serta sikap yang positif semasa menjalankan aktiviti bagi melahirkan murid yang celik teknologi, kreatif dan mempunyai ciri-ciri keusahawanan.

4.0 MATLAMAT

Kurikulum Standard RBT adalah untuk membolehkan murid memperoleh pengetahuan, menguasai asas kemahiran praktis, berkemahiran mereka bentuk dan mengamalkan asas keusahawanan serta berkebolehan mengaplikasikan asas teknologi ke arah melahirkan murid yang kritis, kreatif dan inovatif.

5.0 OBJEKTIF

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard RBT berkebolehan:

5.1 Mengamalkan peraturan keselamatan bengkel dan amalan kerja yang selamat5.2 Menguasai proses mereka bentuk untuk menghasilkan produk5.3 Mengetahui teknologi dalam bidang teknikal, teknologi pertanian dan sains

rumahtangga5.4 Berkemahiran memilih bahan, alatan, mesin dan perisian serta menggunakannya

dengan teknik yang betul dan beretika5.5 Melakukan kerja-buat-sendiri dan penyelenggaraan mudah bagi peralatan dan

perkakasan 5.6 Menjana pemikiran kritis, kreatif, inovatif dan berdaya usaha dalam mereka bentuk

dan menghasilkan produk berkualiti5.7 Menggunakan TMK dan mengaplikasi asas keusahawanan.5.8 Berkemahiran menjana idea untuk menyelesaikan masalah.

6.0 FOKUS

Kurikulum Standard RBT berteraskan kepada kemahiran mereka bentuk menggunakan teknologi dengan menggabungjalinkan pelbagai bidang pengetahuan dan kemahiran iaitu teknikal, teknologi pertanian dan sains rumahtangga. Kurikulum ini memberi penekanan kepada aspek pengetahuan asas dan kemahiran mereka bentuk, asas pertukangan dan teknologi bagi membolehkan murid menghasilkan produk yang berkualiti.

7.0 ORGANISASI KANDUNGAN

Kurikulum Standard RBT Tahap II, diorganisasikan kepada enam tajuk iaitu Organisasi dan Keselamatan Bengkel, Asas Teknologi, Reka Bentuk, Penghasilan Projek, Teknologi Pertanian dan Sains Rumahtangga. Keenam-enam tajuk ini merangkumi 3 domain pembelajaran iaitu kognitif, psikomotor dan afektif. Tajuk tersebut disusun mengikut aras kognitif murid iaitu dari mudah ke sukar. Bagi domain psikomotor, murid melaksanakan aktiviti amali seperti kerja-buat-sendiri, penyelenggaraan, penghasilan projek dengan mengikut prosedur kerja yang betul dan beretika. Manakala bagi domain afektif, murid didedahkan kepada aspek nilai-nilai murni semasa melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

7

Page 8: Panduan Pelaksanaan RBT - Versi DSKP Sept 2013

Panduan Pelaksanaan RBT Di Sekolah Rendah Harian

Proses kerja dalam RBT adalah lebih menekankan pengetahuan, kemahiran, langkah kerja bagi penghasilan sesuatu projek. Ini bermakna murid yang mengikuti kurikulum standard RBT akan lebih terdedah kepada aspek mereka bentuk, menggunakan bahan dan teknologi semasa menghasilan projek. Proses penerangan setiap tajuk adalah seperti berikut:

Tajuk Penerangan

Organisasi dan Keselamatan Bengkel

Tajuk ini memberi pendedahan kepada murid dengan suasana bengkel RBT di sekolah rendah. Murid dapat mengenal pasti struktur organisasi bengkel, peraturan dan keselamatan bengkel semasa mereka berada di dalam bengkel.

Asas Teknologi Di dalam tajuk ini murid diberi kemahiran memasang dan membuka kit model berfungsi secara elektromekanikal serta mereka dan membina model berfungsi. Standard kandungan ini membolehkan murid membaca dan memahami manual, mengenal pasti fungsi komponen, kemahiran memasang menggunakan alatan tangan dengan cara yang betul, mereka dan membina model berfungsi. Aspek penyimpanan komponen dan keselamatan juga ditekankan dalam tajuk ini.

Reka Bentuk Reka bentuk eksperimental merangkumi aspek pengetahuan dan kemahiran yang akan menguji murid dari pelbagai aspek seperti:

a. menyatakan masalah berdasarkan situasi.b. pengumpulan maklumat.c. menjana idea kreatif.d. membuat lakaran projek.e. mengenal pasti jenis alatan.f. proses pembinaan, pengujian dan penambahbaikan.g. membuat persembahan dan pendokumentasian.

Penghasilan Projek Bagi standard kandungan ini, murid dapat menghasilkan projek menggunakan:

a. bahan bukan logam dengan litar elektrik;b. bahan logam dan bukan logam dengan litar elektronik; danc. bahan bukan logam dengan litar elektrik dan elektronik.

Murid dapat mempelajari kemahiran seperti mengukur, menanda dan memotong, menggunakan alatan dan membuat kemasan projek. Di samping itu juga, murid didedahkan membuat anggaran dan pengiraan kos bahan setiap projek.

Teknologi Pertanian Standard kandungan Teknologi Pertanian menyentuh kaedah

8

Page 9: Panduan Pelaksanaan RBT - Versi DSKP Sept 2013

Panduan Pelaksanaan RBT Di Sekolah Rendah Harian

Tajuk Penerangan

menanam biji benih halus atau kasar meliputi aktiviti penyediaan biji benih, bahan, alatan dan penjagaannya. Murid juga didedahkan dengan teknik mengubah anak benih ke dalam bekas serta penanaman dengan menggunakan kaedah Hidroponik Takung meliputi persediaan alatan, kerja mencampur nutrien, menanam dan penjagaan yang sistematik.

Sains Rumah Tangga Dua tajuk utama yang ditekankan dalam standard kandungan sains rumahtangga ialah penghasilan artikel dan penyediaan sajian. Topik penghasilan artikel merangkumi proses menentukan jenis bahan dan kuantiti, mengenal pasti alatan tangan, menyusun atur pola, mengunting, menjahit dan menghias artikel. Manakala melalui penyediaan sajian; murid didedahkan dengan pengetahuan serta kemahiran dalam mengenal pasti alatan dan bahan sajian, langkah-langkah menyedia, memasak, menghidang dan membungkus sajian.

8.0 PENEKANAN DAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pembelajaran RBT merupakan pembelajaran yang berasaskan aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang akan mewujudkan pengalaman baharu kepada murid. Berasaskan kepada kaedah pembelajaran ini, murid melakukan sendiri secara aktif pelbagai aktiviti untuk menguasai kemahiran praktis yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Penguasaan kemahiran praktis ini meliputi kemahiran:

membuat lakaran projek mereka bentuk dan menghasilkan projek membuat penyambungan litar elektrik dan elektronik mengaplikasi kaedah penanaman menghasilkan artikel menyediakan sajian menyelenggara peralatan mempraktikkan budaya keusahawanan

Untuk mencapai kemahiran praktis tersebut murid perlu didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran terkini yang hendak dikuasai. Dengan itu, guru seharusnya dapat menyampaikan pengetahuan secara bersepadu dengan aktiviti yang hendak dijalankan kepada murid. Pelbagai kaedah seperti tunjuk cara, bercerita, kajian, simulasi, sumbang saran, main peranan, permainan, temu bual, tinjuan dan lawatan boleh digunakan mengikut kesesuaian aktiviti pembelajaran. Pemilihan kaedah ini bergantung kepada beberapa faktor iaitu objektif pembelajaran, kemudahan prasarana, saiz kelas, dan taraf kebolehan murid.

9

Page 10: Panduan Pelaksanaan RBT - Versi DSKP Sept 2013

Panduan Pelaksanaan RBT Di Sekolah Rendah Harian

Guru hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang terbuka supaya kaedah ini dapat digunakan dengan berkesan untuk menggalakan pembelajaran yang lebih interaktif.

Mata pelajaran ini juga mementingkan pemupukan nilai dan sikap seperti berdikari, kreatif, inovatif, berjimat cermat dan bertanggungjawab. Semasa menjalankan aktiviti pembelajaran, guru boleh menggunakan bahan kitar semula dan bahan terbuang seperti rotan, buluh, kotak, botol plastik, cengkerang, reja kayu dan reja paip plastik. Selain itu, bahagian atau komponen mesin yang tidak diperlukan lagi seperti skru, bol dan nat, alas bebola dan roda boleh juga digunakan. Penggunaan bahan ini dapat menjimatkan kos di samping dapat menanamkan sifat berjimat cermat dan berinovasi semasa murid menghasilkan projek. Dengan ini, murid akan lebih sedar kepada sumber yang ada di sekeililing mereka dan berupaya memanfaatkan penggunaannya.

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) harus menjadi satu landasan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya daya imaginasi dan kreativiti murid dapat dijana dan diperkembangkan ke arah pembentukan jati diri yang seimbang.

Contoh kemahiran berfikir yang diberi tumpuan dalam Standard Pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi termasuk :

Membanding beza bentuk-bentuk asas dalam persekitaran Menghubungkait bentuk-bentuk asas dalam aktiviti membina bentuk produk Menjana idea kreatif dan inovatif Mentafsir lukisan kerja Menjana idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah dan menghasilkan projek Membuat keputusan, memilih projek, alatan tangan dan bahan yang diperlukan Menghubung kaitkan aplikasi teknologi dalam pertanian.

Di samping itu, Kajian Masa Depan harus diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran RBT sebagai salah satu unsur penting untuk merangsang daya intelek murid bagi menghasilkan produk yang bermanfaat terhadap perkembangan individu. Sebagai contoh, semasa proses mereka bentuk murid mengkaji keadaan sedia ada, mencari alternatif, membuat pilihan dan akhirnya dapat menghasilkan produk. Selain itu murid juga boleh menjangka dan meramalkan kesan atau impak produk baharu mereka pada masa hadapan.

Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang relevan harus merentasi aktiviti yang dikendalikan. Dengan cara ini, nilai murni dan sikap positif seperti berusaha mencapai kecemerlangan, berfikiran terbuka, bersedia menimbangkan pelbagai faktor, kesedaran tentang kos sesuatu projek dan berhati-hati menggunakan sumber dapat dipupuk supaya menjadi kebiasaan dalam pengendalian dan urusan hidup murid.

Kemahiran interpersonal seperti menghargai pendapat dan usaha orang lain, berkomunikasi dengan baik, bersedia menerima kritikan membina, memberi dorongan kepada orang lain, menjalin persahabatan, belajar secara koperatif, bekerja secara kumpulan dan memupuk semangat kerjasama dengan rakan sebaya perlu juga diterapkan semasa pengajaran dan pembelajaran.

10

Page 11: Panduan Pelaksanaan RBT - Versi DSKP Sept 2013

Panduan Pelaksanaan RBT Di Sekolah Rendah Harian

Sebagai usaha ke arah merealisasikan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), murid perlu digalakkan menggunakan kemahiran TMK dalam pembelajaran mereka seperti pengumpulan, pemilihan dan pemprosesan maklumat. Dengan ini kemahiran TMK murid boleh diperkembangkan melalui kemahiran menggunakan perisian dan CD-ROM, melayari laman web, mengakses pengkalan data dan berkomunikasi secara elektronik.

9.0 PENGENDALIAN AKTIVITI DAN PENILAIAN

Selaras dengan penekanan mata pelajaran ini kepada penguasaan kemahiran, ukuran pencapaiannya boleh dilakukan melalui pengendalian aktiviti dan penilaian secara berperingkat. Kadang kala aktiviti ini dijalankan secara tersendiri. Pada ketika yang lain gabungan beberapa aktiviti dijalankan untuk menghasilkan projek.

Pengendalian aktiviti dan penilaian dicadangkan mengikut peringkat-peringkat berikut:

a. Perancangan

merancang aktiviti atau projek merancang bahan dan alatan merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran

b. Penyampaian

memotivasi murid dalam melaksanakan aktiviti tunjuk cara kemahiran memberi arahan sebelum, semasa dan selepas aktiviti melaksana aktiviti menyelia dan membimbing

c. Penilaian menilai pengetahuan, kemahiran dan nilai menilai aktiviti menilai hasil kerja

Aktiviti yang dicadangkan dalam buku ini merupakan aktiviti contoh untuk membolehkan murid menguasai sesuatu kemahiran. Kemahiran dalam sesuatu aktiviti boleh dilakukan secara individu atau secara berkumpulan. Dalam pemilihan aktiviti, beberapa perkara harus diambil kira oleh guru seperti jumlah alatan dan bahan, peruntukan masa, bilangan dan kebolehan murid. Justeru itu, guru perlu menyedari bahawa:

kumpulan murid mempunyai pelbagai kebolehan supaya mereka saling membantu untuk menguasai pelbagai kemahiran;

aktiviti yang dipilih seboleh-bolehnya dapat diselesaikan dalam dua waktu;

11

Page 12: Panduan Pelaksanaan RBT - Versi DSKP Sept 2013

Panduan Pelaksanaan RBT Di Sekolah Rendah Harian

aktiviti murid adalah termasuk waktu mengemas alatan dan tempat kerja; dan aktiviti yang dirancangkan sebaik-baiknya terdiri daripada gabungan standard

kandungan.

Bagi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna, guru bertanggungjawab memastikan murid:

mengadakan perbincangan tentang langkah-langkah menjalankan kerja; sentiasa mengamalkan langkah-langkah keselamatan; memilih alatan dan bahan yang sesuai dan menggunakannya dengan cara yang

betul; bekerja secara koperatif semasa menjalankan aktiviti dalam kumpulan masing-

masing; sedar tentang kos alatan dan bahan dengan menggunakannya secara cermat dan

tidak membazir; menjalankan kerja mengikut turutan yang betul; mengemaskan alatan dan bahan yang telah digunakan; membersihkan alatan dan menentukan bilangannya cukup sebelum disimpan; dan membersihkan tempat kerja dan diri.

Penilaian adalah sebahagian proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya penilaian dijalankan secara berterusan. Maklumat daripada penilaian yang berterusan ini dapat membantu guru mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid. Justeru itu, guru boleh merancang dan mengambil tindakan susulan ke arah mempertingkatkan perkembangan individu dan pembentukan sahsiah murid. Penilaian bagi mata pelajaran ini boleh dijalankan melalui:

pemerhatian; amali; lisan; dan penulisan.

Keempat-empat cara penilaian ini boleh digunakan untuk menilai projek atau aktiviti yang dijalankan oleh murid sama ada melalui proses kerja atau hasil kerja murid. Penilaian yang dijalankan hendaklah mencakupi semua standard pembelajaran yang telah ditetapkan. Penilaian yang dijalankan tidak seharusnya menekankan konsep lulus atau tidak lulus. Sebaliknya penilaian itu hendaklah menekankan sama ada seseorang murid telah menguasi aspek yang dinilai atau belum. Penilaian juga seharusnya tidak menekankan perbandingan pencapaian antara seorang murid dengan seorang murid yang lain.

Guru boleh menilai tahap penguasaan dan pencapaian murid dari segi kemahiran, perlakuan, amalan, pengetahuan, serta nilai dan sikap murid melalui pemerhatian aktiviti dan projek yang dijalankan oleh mereka.

Penilaian yang dijalankan oleh guru perlu dicatatkan. Guru boleh mencatat dengan cara

12

Page 13: Panduan Pelaksanaan RBT - Versi DSKP Sept 2013

Panduan Pelaksanaan RBT Di Sekolah Rendah Harian

mencatat kenyataan, menanda pada kenyataan, dan memberi gred. Senarai semak adalah satu contoh merekod maklumat penilaian. Penilaian yang dijalankan hendaklah direkodkan di dalam buku rekod mengajar dan rekod profil.

10.0 KESELAMATAN

Faktor keselamatan merupakan perkara yang sangat perlu diberi keutamaan dalam melaksanakan aktiviti amali bagi mata pelajaran RBT. Justeru itu, peraturan dan langkah keselamatan hendaklah sentiasa diamal dan dipatuhi. Organisasi bengkel dan pengurusan kerja yang melibatkan faktor keselamatan boleh dilakukan secara bergilir-gilir di kalangan murid bagi memberi mereka pengalaman serta menanamkan semangat bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisilpin.

Semasa menjalankan aktiviti amali, guru hendaklah sepanjang masa memastikan tempat kerja bebas daripada perkara yang boleh mendatangkan bahaya dengan mengambil langkah-langkah keselamatan.

Perkara-perkara berkaitan dengan keselamatan yang perlu diberi perhatian ialah:

Tunjukkan teladan kerja yang selamat kepada murid. Pastikan peraturan keselamatan dipatuhi oleh semua pihak. Tanamkan rasa tanggungjawab terhadap keselamatan diri dan orang lain. Bimbing murid mengenal pasti perkara yang boleh mendatangkan bahaya. Pastikan keadaan tempat kerja mempunyai cahaya yang cukup dan pengudaraan

yang baik. Ruang tempat kerja yang selesa termasuk permukaan lantai yang selamat. Paparkan poster dan ilustrasi mengenai peringatan keselamatan yang mudah

difahami oleh semua murid. Pastikan alatan, bahan, perkakas dan mesin sentiasa diurus dengan baik dan selamat

digunakan. Pastikan tempat yang sesuai dan selamat untuk menyimpan alatan dan bahan yang

mudah terbakar, pecah dan merbahaya. Labelkan semua alatan dan bahan. Jangan menggunakan bekas bahan beracun, bahan kimia, dan bahan yang mudah

terbakar. Sediakan peti pertolongan cemas dan alat pemadam api yang mudah dilihat serta

mudah dicapai apabila diperlukan. Ambil tindakan keselamatan mengikut prosedur yang betul apabila berlaku

kemalangan. Sediakan buku log untuk merekod kemalangan yang berlaku.

11.0 PEMETAAN KURIKULUM

Susunan Standard Kandungan dalam Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran (DSKP)

13

Page 14: Panduan Pelaksanaan RBT - Versi DSKP Sept 2013

Panduan Pelaksanaan RBT Di Sekolah Rendah Harian

RBT Tahun Empat hingga Tahun Enam ditunjukkan dalam Pemetaan DSKP RBT. Peruntukan masa yang dinyatakan merupakan cadangan untuk membantu guru dalam penyediaan perancangan pengajaran dan pembelajaran.

Mata pelajaran ini memberi tumpuan terhadap pembelajaran secara amali. Penggabungjalinan antara teori dan amali, aktiviti dalam dan luar bilik darjah, kesepaduan pelbagai disiplin ilmu dititikberatkan. Kandungan kurikulum RBT merangkumi bidang teknikal, sains pertanian dan sains rumah tangga yang digabungjalinkan dengan Elemen Merentas Kurikulum (EMK).

12.0 PENGENDALIAN PENGAJARAN RBT

Adalah menjadi tanggungjawab pihak pentadbir sekolah untuk memastikan kurikulum RBT dapat dilaksanakan sebaik mungkin oleh guru-guru dengan menyediakan perancangan yang teliti khususnya dari segi pembahagian kelas, penyusunan jadual waktu, penyediaan peralatan, prosedur perolehan bahan dan pengendalian bengkel/bilik kerja.

Masa bagi pengajaran dan pembelajaran RBT ialah dua waktu seminggu dan dijalankan secara waktu berkembar (60 minit). Waktu RBT dikendalikan selama 6 bulan sahaja. Ia akan digantikan dengan mata pelajaran TMK untuk 6 bulan berikutnya. Waktu pengajaran RBT berselang seli dengan waktu pengajaran TMK, sama ada secara bulanan atau secara mengikut standard kandungan mata pelajaran RBT atau TMK.

Penting: Guru RBT dan Guru TMK perlu berkolobarasi dalam menentukan masa pelaksanaan kurikulum bagi kedua-dua mata pelajaran. Ini membolehkan guru dan murid melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih selesa dan efektif terutama bagi menjalankan kerja-kerja amali serta memudahkan penyusunan jadual penggunaan bengkel.

Penyusunan secara mingguan atau 6 bulan pelaksanaan sesuatu mata pelajaran itu sama ada RBT atau TMK dirasakan kurang selesa untuk dilaksanakan kerana jika selang seminggu dilaksanakan dirasakan masa terlalu pendek untuk menyiapkan sesuatu standard kandungan itu, terutamanya bila melibat sesuatu aktiviti/ projek yang khusus.

Jika sekiranya dilaksanakan secara bergilir enam bulan, implikasinya ialah bengkel RBT/makmal TMK akan ditutup selama enam bulan atau guru RBT/guru TMK akan “direhatkan” selama 6 bulan. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya terdapat HANYA 1 kelas tahun 4.

Dari segi pelaksanaan waktu RBT, terdapat beberapa alternatif penyusunan kelas untuk pelaksanaan RBT atau TMK. Ini bergantung kepada keadaan (bilangan kelas) dan kemudahan yang terdapat di sesebuah sekolah itu iaitu dari segi kemudahan peralatan, bengkel dan guru. Kemudahan dan keadaan ini berbeza antara satu sekolahg dengan sekolah yang lain.

14

Page 15: Panduan Pelaksanaan RBT - Versi DSKP Sept 2013

Panduan Pelaksanaan RBT Di Sekolah Rendah Harian

Berikut adalah beberapa alternatif yang boleh dilaksanakan bergantung kepada keadaan dan kemudahan yang terdapat di sesebuah sekolah itu:

Alternatif 1

Jika sesebuah sekolah mempunyai HANYA satu kelas bagi sesuatu aliran (Tahun 4, 5 atau 6), sesi jadual RBT boleh dilaksanakan secara bergilir bulan atau bergilir standard kandungan (s.k.) dengan mata pelajaran TMK.

Keadaan ini adalah untuk memastikan samada bengkel RBT atau makmal komputer di gunakan sepanjang tahun. Tambahan guru RBT dan guru TMK berfungsi sepanjang tahun. Jika sekiranya bilangan muridnya melebihi 30 orang, adalah lebih baik kelas itu dipecahkan kepada 2 kumpulan, sebahagian mengikuti kelas RBT dan sebahagian mengikuti kelas TMK. Ini adalah untuk menjamin agar sesebuah kelas itu tidak terlalu sesak dan padat terutama apabila berada di bengkel/makmal semasa melaksanakan amali.

Rajah C : Contoh Pengagihan Penawaran RBT (Alternatif 1)

Kumpulan 1Kelas 4 A

Kumpulan 2Kelas 4 A

S.K. / 6 Bulan Pertama RBT (Cikgu Ali) TMK (Cik Siti)

S.K./ 6 Bulan Kedua TMK (Cikgu Siti) RBT (Cikgu Ali)

S.K. – Standard Kandungan

Alternatif 2

Jika sebuah sekolah mempunyai DUA (atau angka genap) kelas bagi sesuatu aliran, satu kelas akan menawarkan RBT selama 6 bulan dan 1 kelas akan menawarkan TMK selama 6 bulan. (contohnya jika EMPAT kelas, maka DUA kelas RBT dan DUA kelas TMK, dan seterusnya).

Keadaan ini adalah amat sesuai bagi sesetengah projek yang memerlukan penjagaan yang berterusan, seperti penternakan ikan, penanaman sayuran dan sebagainya. Ini juga akan dapat membantu dari segi kekurangan guru yang mahir dalam satu bidang, contohnya seorang guru TMK akan mengajar DUA kelas TMK berbanding mengajar TMK untuk 1 kelas dan RBT untuk satu kelas (keadaan di mana terdapat DUA kelas).

Rajah D : Contoh Pengagihan Penawaran RBT (Alternatif 2)

15

Page 16: Panduan Pelaksanaan RBT - Versi DSKP Sept 2013

Panduan Pelaksanaan RBT Di Sekolah Rendah Harian

Kelas 4 A Kelas 4 B

6 Bulan Pertama RBT (Cikgu Ali) TMK (Cik Siti)

6 Bulan Kedua TMK (Cikgu Siti) RBT (Cikgu Ali)

Alternatif 3

Terdapat juga sekolah menetap saiz kelas sebanyak 40 orang (atau lebih). Bagi keadaan ini, setiap kelas tersebut boleh dibahagikan kepada DUA kumpulan, iaitu SATU kumpulan RBT dan SATU kumpulan TMK. Kumpulan ini akan mengambil samada RBT atau TMK untuk 6 bulan pertama (Penggal 1) dan menukarnya subjek RBT/TMK untuk 6 bulan kedua ( Penggal 2).

Rajah E : Contoh Pengagihan Penawaran RBT (Alternatif 3)

Kump. 1Kelas 4 A

Kump. 2Kelas 4 A

Kump. 1Kelas 4 B

Kump. 2Kelas 4 B

6 Bulan Pertama

RBT(Cikgu Ali)Murid: 20

orang

TMK(Cik Siti)Murid: 20

orang

RBT(Cikgu Ali)Murid: 20

orang

TMK(Cik Siti)Murid: 20

orang

6 Bulan Kedua

TMK(Cikgu Siti)Murid: 20

orang

RBT(Cikgu Ali)Murid: 20

orang

TMK (Cikgu Siti)Murid: 20

orang

RBT(Cikgu Ali)Murid: 20

orang

Keadaan ini dapat mengatasi masalah kepadatan murid dalam sesuatu bengkel/makmal. Kawalan guru akan menjadi lebih mudah dan proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.

Alternatif 4

16

Page 17: Panduan Pelaksanaan RBT - Versi DSKP Sept 2013

Panduan Pelaksanaan RBT Di Sekolah Rendah Harian

Alternatif ini adalah sesuai untuk sekolah-sekolah yang kurang murid (SKM). Katakan murid sekolah ini tidak sampai 15 orang untuk satu kelas dan biasanya diajar oleh seorang guru, kelas ini akan mengambil RBT atau TMK secara bergilir bulan atau standard kandungan. Secara penggal tidak sesuai kerana besar kemungkinan sesuatu bengkel itu akan terbiar selama 6 bulan tidak digunakan. Jika terdapat dua orang guru, salah seorangnya “tidak” berfungsi selama tempoh 6 bulan.

NOTA:Dalam apa jua keadaan, pentadbiran sekolah BOLEH menentukan alternatif penjadualan masing-masih bergantung kepada:

Bilangan guru RBT atau guru TMK Bilangan bengkel atau makmal Bilangan kelas Kemudahan peralatan RBT / TMK

Yang pentingnya, setiap murid MESTI mempelajari RBT selama 6 bulan dan TMK juga selama 6 bulan.

13.0 PENDEKATAN MODULAR

Standard Kurikulum RBT distrukturkan menggunakan pendekatan modular untuk memastikan penguasaan pengetahuan dan kemahiran dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Dengan menggunakan modular yang disediakan, pengajaran dan pembelajaran dapat difokuskan pada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tertentu dalam modular melalui aktiviti yang bermakna. Pendekatan modular tetap menekankan penggabungjalinan disiplin ilmu yang terdapat dalam RBT. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini adalah untuk mengukuhkan kemahiran tertentu sebagaimana yang ditetapkan dalam standard kandungan dan standard pembelajaran.

Kemahiran Kreativiti dan Inovasi menjadi satu elemen dalam pengajaran dan pembelajaran yang mana daya imaginasi dan kreativiti murid perlu dijana dan diperkembangkan.

Contoh kreativiti dan inovasi yang diberi tumpuan dalam mata pelajaran RBT termasuk:

Mereka bentuk dan membina projek menggunakan pendekatan penyelesaian masalah Menjana idea untuk mereka bentuk dan membina projek Menghasilkan lukisan projek dan lakaran Membuat keputusan memilih idea reka bentuk, kaedah pembinaan projek, peralatan,

perkakasan dan bahan yang sesuai Menilai kualiti projek yang telah siap bersesuaian dengan hasil yang dihasratkan Mempersembahkan reka bentuk atau projek bagi tujuan mendapatkan maklum balas

daripada orang lain untuk penambahbaikan.

17

Page 18: Panduan Pelaksanaan RBT - Versi DSKP Sept 2013

Panduan Pelaksanaan RBT Di Sekolah Rendah Harian

Elemen keusahawanan bertujuan untuk menerapkan ciri keusahawanan, pemikiran keusahawanan, pengurusan perniagaan, aplikasi teknologi dan vokasional, keusahawanan serta nilai moral dan etika keusahawanan sehingga menjadi budaya dalam kehidupan.

Kemahiran interpersonal seperti berkomunikasi dengan baik, menghargai pendapat dan usaha orang lain, bersedia menerima kritikan membina, memberi dorongan, menjalin persahabatan, belajar secara koperatif, bekerja secara kumpulan dan memupuk semangat kerjasama dengan rakan sebaya diterapkan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipupuk semasa murid membuat pembentangan projek masing-masing.

Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang relevan harus merentasi aktiviti yang dijalankan. Dengan cara ini, nilai murni dan sikap positif seperti berusaha mencapai kecemerlangan, berfikiran terbuka, bersedia menimbangkan pelbagai faktor dan berhati-hati menggunakan sumber dapat dipupuk supaya menjadi kebiasaan dalam pengendalian dan urusan hidup murid.

14.0 FORMAT DSKP

Kurikulum RBT menggunakan format DSKP (sebelum ini dikenali Huraian Sukatan Pelajaran – HSP) yang mengandungi Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP dan Tahap Penguasaan (TP).

Standard Kandungan (SK)

Standarad Pembelajaran(SP)

Tahap Penguasaan(TP)

2.1 Memasang dan membuka kit model berfungsi

2.1.1 Membaca dan memahami manual.

2.1.2 Menyatakan nama dan fungsi atan tangan yang .......

1. Membaca manual kit model berfungsi

2. Menerangkan nama dan fungsi dua alatan tangan yang digunakan untuk memasang dan membuka kit model

3. ........

Rajah F : Contoh Format DSKP bagi RBT

Perincian dan maklumat lanjut berkaitan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran bolehlah merujuk kepada format DSKP sebenar. Secara amnya, SP penting dilaksanakan oleh setiap murid bagi membuktikan bahawa mereka telah menguasai berdasarkan TP yang telah ditetapkan.

14.1 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)Kurikulum RBT menawarkan pendekatan pedagogi berkonsep guru sebagai fasilitator iaitu “kurang mengajar” (teach less), dan murid “belajar lebih” (learn more) melalui pembelajaran secara pengalaman dan pengalamian (hands on). Kurikulum RBT adalah menggunakan konsep Competency-Based-Training and Assessment (CBTA) yang

18

Page 19: Panduan Pelaksanaan RBT - Versi DSKP Sept 2013

Panduan Pelaksanaan RBT Di Sekolah Rendah Harian

membenarkan murid mengulang semula kompetensi yang belum dicapai sepenuhnya oleh murid.

Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut:

Pendekatan modular berasaskan kompetensi Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif) Pembelajaran kolaboratif dan koperatif Pembelajaran Masteri Integrasi TMK merentas kurikulum Integrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan Pengurusan kewangan berhemah

14.2 Penulisan Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Format penulisan rancangan pengajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian bagi guru RBT perlu disesuaikan dengan kehendak Jemaah Nazir Jaminan Kualiti (JNJK). Guru RBT boleh memperolehi formatnya semasa menghadiri kursus berkaitan kurikulum dari semasa ke semasa.

Bagi penyediaan RPH, guru boleh menulis tangan ATAU menggunakan komputer (dicetak dan difailkan).

15.0 PENTAKSIRAN RBT

15.1 Kaedah PentaksiranPelaksanaan RBT bermatlamatkan pembentukan modal insan yang berkebolehan dan berkemahiran asas dalam melaksanakan kandungan kurikulum RBT. Ia juga merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan diaplikasikan dalam pentaksiran RBT.

Pentaksiran yang dirancang, dibina, dikendalikan, direkod dan dilapor oleh guru merujuk kepada DSKP, ia itu SK, SP dan TP.

Rajah G : Pentaksiran Sekolah

PENTAKSIRAN SEKOLAH

19

Page 20: Panduan Pelaksanaan RBT - Versi DSKP Sept 2013

Panduan Pelaksanaan RBT Di Sekolah Rendah Harian

MasaSepanjang tahun semasa PdP

KonstrukPengetahuanKemahiranNilai/ Sikap

Jenis Pentaksiran

Contoh :Secara lisanKuizFolio/SkrapAmaliHasil ProjekPemerhatianUjian Bertulis

15.2 Pentaksiran Berasas Sekolah (PBS)

Pentaksiran dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menentukan objektif pembelajaran telah dicapai. Melalui pentaksiran, guru boleh:

Mendapat gambaran tentang perkembangan seseorang murid itu secara tepat Menilai keberkesan pengajarannya Membantu memperbaiki proses pengajaran, dan Membantu untuk merancang tindak susul yang perlu dilakukan seterusnya.

Bagi murid, mereka boleh: Memahami tujuan mereka belajar dan mengetahui kemajuan pembelajaran mereka Meningkatkan motivasi dan keyakinan diri Mengetahui kenapa sesuatu tindak susul itu perlu dilakukan demi memperbaiki

pemahaman dan penguasaan mereka terhadap sesuatu perkara.

Terdapat dua jenis pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh dilaksanakan iaitu:

a. Pentaksiran Formatif

Dapat memantau perkembangan murid secara berterusan. Maklumat pentaksiran yang diperoleh boleh digunakan bagi mempertingkatkan kualiti

dan keberkesanan PdP. Mengesan kelemahan murid diperingkat awal supaya dapat dipulihkan sebelum

kelemahan ini terkumpul sehingga sukar diatasi. Memberi lebih impak kepada pembelajaran dan pencapaian murid

20

Page 21: Panduan Pelaksanaan RBT - Versi DSKP Sept 2013

Panduan Pelaksanaan RBT Di Sekolah Rendah Harian

Pencapaian TIDAK digredkan dan pelaporan secara deskriptif terhadap penguasaan seseorang murid

Penekanan terhadap proses PdP yang dijalankan.

b. Pentaksiran Summatif

Dijalankan pada akhir suatu tempoh pembelajaran dan bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan murid.

Pelapran adalah dalam bentuk skor dan gred. Penekanan terhadap produk yang dihasilkan oleh murid. Dilaksanakan secara berkala ia itu, secara penggal dan tahunan.

Nota: Tiada ujian setara di peringkat daerah atau negeri. Ujian pertengahan dan akhir tahun boleh dilaksanakan untuk tujuan pelaporan

penguasaan murid kepada ibubapa/penjaga. Ujian bulanan di peringkat sekolah TIDAK perlu dilaksanakan oleh guru kerana

tahap penguasaan murid boleh diperoleh semasa proses Pdp.

15.3 Pelaporan Pentaksiran dan Eviden

Fail Pelaporan PentaksiranFail Pelaporan Pentaksiran hendaklah dikemas kini, disimpan dan disemak oleh guru yang mengajar RBT. Fail ini mengandungi nama murid dan tahap penguasaan mereka mengikut Standard Kandungan kurikulum RBT, berdasarkan tahap penguasaan sebagaimana yang telah ditetapkan. Ia hendaklah disimpan dengan selamat secara elektronik dan cetakan. Contoh pelaporan telah diedarkan semasa kursus penyebaran DSKP di peringkat kebangsaan/ negeri/ daerah/ sekolah. Pelaporan secara deskriptif bagi melaporkan penguasaan murid diakhir penggal dan dihujung tahun perlu disediakan oleh guru RBT.

EvidenEviden merupakan bukti kepada pelaksanaan pentaksiran. Eviden disediakan murid adalah dalam bentuk hasil kerja/projek, menjawab latihan lembaran kerja, persembahan projek, hasil kerja dalam buku latihan, dan sebagainya.

Guru RBT boleh menggalakkan murid untuk mengendalikan penyimpanan hasil kerja masing-masing supaya ianya dapat memberi peluang kepada mereka untuk menilai kebolehan penguasaan mereka dan mengulang/memperbaiki pencapaian mereka.

15.4 Pentaksiran Pusat

Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. (-belum ditetapkan-)

21

Page 22: Panduan Pelaksanaan RBT - Versi DSKP Sept 2013

Panduan Pelaksanaan RBT Di Sekolah Rendah Harian

16.0 PERSEDIAAN SEKOLAH, GURU DAN MURID

16.1 Persediaan Sekolah RBT Mempunyai kemudahan prasarana untuk RBT bersesuaian dengan kehendak

kurikulum. Mempunyai peralatan dan bengkel yang yang lengkap supaya PdP dan pentaksiran

dapat dilaksanakan dengan adil dan saksama. Penawaran kursus RBT adalah WAJIB bagi semua sekolah rendah.

16.2 Kriteria Guru RBT Guru RBT perlu mempunyai kelayakan ikhtisas dalam bidang yang diajar dan

memiliki opsyen yang berkaitan. Guru bukan opsyen perlu diberi latihan intensif khususnya berkaitan pengetahuan dan kemahiran dalam RBT.

Guru perlu komited dan kreatif dalam memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh menarik minat murid untuk hadir ke sekolah.

Norma guru setiap satu kelas RBT adalah seperti norma guru mata pelajaran vokasional adalah berdasarkan norma guru vokasional semasa yang sedang berkuatkuasa.

16.3 Murid RBT Murid perlu diberi peluang untuk melaksanakan aktiviti semasa PdP RBT. Penglibatan murid adalah penting bagi penetuan tahap pencapaian semasa PBS. Pencapaian murid mesti direkodkan setiap masa dalam sistem yang disediakan

oleh pihak LP.

17.0 PENGURUSAN DAN BILANGAN MURID

Pengurusan kelas murid RBT adalah seperti berikut:17.1 Pengambilan murid di dalam setiap kelas adalah 30* orang murid. (*

bergantung kepada kemudahan kelas, bengkel dan guru) 17.2 Pentadbir sekolah boleh melantik mana-mana guru sebagai guru RBT dan

memastikan mereka mempunyai kemahiran asas dalam bidang-bidang RBT. Sebaiknya adalah guru berkemahiran dan mempunyai sijil/diploma/ijazah yang berkaitan dengan RBT.

17.3 Keperluan peralatan dan bahan mentah perlu disediakan sebelu PdP dijalankan.

18.0 PERANAN BAHAGIAN KPM/JPN/PPD/SEKOLAH

Berikut adalah peranan dan tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat dalam melaksanakan program berkenaan:

18.1 Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)a. Menjadi Agensi Utama (Lead Agency) kepada bahagian lain KPM untuk

menyelaraskan hal-hal penting serta melaporkan kepada pihak atasan.b. Membangun dan menyebarluaskan dokumen standard kurikulum kepada

22

Page 23: Panduan Pelaksanaan RBT - Versi DSKP Sept 2013

Panduan Pelaksanaan RBT Di Sekolah Rendah Harian

semua pihak yang terlibat dengan pelaksanaan kurikulum RBT.c. Membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P). d. Melatih Jurulatih Utama Kurikulum(JUK) RBT bagi melaksanakan kursus

orientasi kurikulum serta modul P&P kepada pentadbir dan guru RBT.e. Memantau, menilai dan menyediakan laporan kurikulum merangkumi t

ujuan/objektif, latar belakang, dapatan, kesimpulan, cadangan dan tindakan.f. Memohonan peruntukan kewangan untuk prasarana dan peralatan

bengkel/makmal di sekolah mengikut keperluan kurikulum. g. Memurnikan dokumen standard kurikulum mengikut keputusan atau

arahan pihak pengurusan KPM.h. Mengedar DSKP RBT untuk kegunaan semua sekolah melalui JPN/PPD. i. Memohon kadar peruntukan PCG (Peruntukan Geran Perkapita) bagi kelas

RBTj. Memantau, menilai dan menyediakan laporan mengenai pelaksanaan RBT.k. Mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan kurikulum bersama

Jabatan Pelajaran Negeri sekurang-kurangnya 2 kali setahun

18.2 Lembaga Peperiksaan (LP)

a.Merancang pengendalian dan pengumpulan markah pencapaian murid RBT untuk hujung tahun. (- sedang dirancang-)

18.3 Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)

a.Mengkaji dasar pelaksanaan RBT dari semasa ke semasab.Melapor dan mencadangkan penambaikkan dasar pelakasanaan RBT kepada bahagian lain dalam KPM.

18.4 Bahagian Sumber Manusia (BSM)

a. Meluluskan norma perjawatan guru RBTb. Meluluskan norma perjawatan Pembantu Am (RBT)

18.5 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)\

a.Menempatkan guru kepada sekolah yang menawarkan RBT mengikut norma perjawatan guru vokasional.b.Menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) perjawatan guru RBT

18.6 Bahagian Pendidikan Guru (BPG)

a. Mesyuarat penyelarasan bersama Jabatan Pelajaran Negeri berkaitan perancangan, keperluan dan pengurusan latihan guru-guru RBT sekurang-kurangnya 2 kali setahun

23

Page 24: Panduan Pelaksanaan RBT - Versi DSKP Sept 2013

Panduan Pelaksanaan RBT Di Sekolah Rendah Harian

b. Membekalkan guru, melaksanakan kursus orientasi kurikulum dan latihan kepada guru yang mengajar mata pelajaran akademik dan vokasional bagi kelas RBT

c. Melatih guru RBT untuk peningkatan kemahiran yang bersesuaiand. Menyelaras latihan dalam perkhidmatan guru RBT

18.7 Bahagian Pengurusan dan Perolehan Aset

a. Menguruskan pembekalan prasarana dan pembekalan aset/ peralatan mengikut keperluan pelaksanaan kurikulum RBT.

b. Menguruskan pembinaan bengkel RBT

18.8 Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah

a. Menyediakan pegawai meja di Sektor Pengurusan Sekolah yang menguruskan enrolmen guru dan pelajar RBT

b. Menyediakan pegawai meja di Sektor Pengurusan Akademik yang merancang, menyelaras dan menyelia pelaksanaan dan pengurusan RBT.

c. Menyebarluaskan surat siaran berkaitan pelaksanaan RBT kepada sekolah dan pihak yang berkaitan

d. Menilai dan memantau pelaksanaan RBT menggunakan instrumen yang disediakan.

e. Pegawai Meja RBT di PPD melaksanakan pemantauan, menyediakan laporan dapatan penilaian serta mengambil tindakan susulan dengan kadar sesuai.

f. Memberi maklumbalas pelaksanaan RBT kepada semua bahagian KPM yang terlibat dengan RBT.

18.9 Guru Besar

a. Memastikan RBT dilaksanakan di sekolah berdasarkan pekeliling dan surat siaran yang sedang berkuatkuasa.

b. Memastikan peruntukan PCG dipohon mengikut kadar yang ditentukan.c. Mempromosikan RBT melalui taklimat kepada ibu bapa/penjaga, murid dan

masyarakat.d. Memastikan prasarana untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran berfungsie. Memantau aktiviti pengajaran guru, pembelajaran murid, pelaksanaan modul dan

pentaksiran RBT.f. Menyediakan jadual waktu persekolahan untuk pelaksanaan RBT g. Menentukan tugas Pembantu Am (RBT) membantu di bengkel/ makmal/ladang

bagi membantu guru melaksanakan tugas bukan pengajaran.h. Menyediakan laporan dapatan penilaian dan pemantauan serta mengambil

tindakan susulan dengan kadar sesuai.i. Memberi maklumbalas pelaksanaan RBT kepada PPD/JPN/KPM.

24

Page 25: Panduan Pelaksanaan RBT - Versi DSKP Sept 2013

Panduan Pelaksanaan RBT Di Sekolah Rendah Harian

18.10 Guru

a. Memastikan menerima DSKP dan modul berkaitan RBT.b. Menyampaikan pengajaran berdasarkan kandungan kurikulumc. Melaksanakan pentaksiran berdasarkan kehendak DSKP.d. Mendokumentasikan dokumen pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran

RBT.e. Menghadiri kursus/bengkel/mesyuarat yang dianjurkan oleh mana-mana

bahagian KPM/JPN/PPD dari semasa ke semasa.f. Melengkapkan dokumen dan fail-fail yang berkaitan dengan pelaksanaan RBT.g. Menyediakan dan mempamerkan jadual pelaksanaan modul RBTh. Memastikan peralatan berfungsi serta boleh digunakan untuk pengajaran dan

pembelajaran.

19.0 DOKUMEN DAN BAHAN PELAKSANAAN RBT

a. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)mengandungi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Tahap Penguasaan boleh diperolehi daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM.

b. Modul pembelajaran mengandungi aktiviti murid untuk mencapai Standard Kandungan boleh diperolehi daripada BPK, KPM.

c. Panduan Pelaksanaan RBT boleh diperolehi daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM.

d. Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Instrumen pemantauan RBT untuk mengenalpasti keperluan penambahbaikan pelaksanaan RBT boleh diperolehi daripada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK), KPM.

e. Buku Teks RBT boleh diperolehi daripada Bahagian Buku Teks.f. Alat bantuan mengajar berbentuk audio dan video boleh diperolehi daripada

Bahagian Teknologi Pendidikan.

BAHAN INI AKAN SENTIASA DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA

25

Page 26: Panduan Pelaksanaan RBT - Versi DSKP Sept 2013

Panduan Pelaksanaan RBT Di Sekolah Rendah Harian

Sebarang maklumbalas berkaitan dokumen ini, sila kemukakan terus kepada:

Unit Reka Bentuk dan TeknologiSektor Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Bahagian Pembangunan KurikulumAras 4-8, Blok E9, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tel. : +603 8884 2000 Faks: +603 8884 9917

Atau email kepada:

[email protected]@moe.gov.my

Tarikh Maklumat: 9 September 2013

© Hakcipta Terpelihara 2013

HNI/mazlan:mydocuments/RBT/Buku Penerangan RBT

26