panduan menyedia dan menjilid laporan_pismp2

13

Click here to load reader

Upload: aishah4840

Post on 13-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Menyedia Dan Menjilid Laporan_pismp2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN

PENYELIDIKAN TINDAKANPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Page 2: Panduan Menyedia Dan Menjilid Laporan_pismp2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

25 Mei 2010PANDUAN UMUM PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

1.0 PENDAHULUAN

Garis panduan ini adalah untuk kegunaan pelajar Institut Pendidikan Guru,

Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG-KPM) yang perlu menyediakan laporan

penyelidikan tindakan sebagai memenuhi keperluan kurikulum Ijazah Sarjana

Muda Perguruan.

2.0 KERTAS

2.1 Saiz : A4 (berkualiti tinggi; 210 mm x 297 mm, 80gsm)

2.2 Warna: Putih

3.0 PENAIPAN

3.1 Jenis Huruf: ‘Times New Roman’ bersaiz 12 yang ditaip ‘justify’3.2 Selang Baris:DUA (2) langkau ‘double spacing’ bagi teks am.

Manakala SATU (1) langkau digunakan untuk Abstrak dan

Terjemahan Abstrak dan Rujukan

3.3 Ukuran: Ukuran Muka Surat seperti berikut:

Atas : 2.5cm (1”) daripada jidai atas

Bawa : 2.5cm daripada jidai bawah

Kanan: 2.5 cm daripada jidai kanan

Kiri : 4.0 cm (1.5”) daripada jidai kiri

Peringatan:

i. Setiap permulaan tajuk hendaklah ditaip 5.0 cm(2’) daripada birai atas kecuali tajuk laporan penyelidikan, rujukan dan lampiran.

ii. Pada setiap perenggan terakhir dalam sesuatu halaman mengandungi sekurang-sekurangnya DUA baris teks bertaip. Sekiranya tidak, pindahkan teks tersebut ke halaman berikutnya sebagai perenggan baru.

Page 3: Panduan Menyedia Dan Menjilid Laporan_pismp2

iii. Perkataan terakhir sesuatu halaman tidak boleh menggunakan tanda sempang.

iv. Sesuatu halaman yang baru hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya DUA baris teks.

3.4 Format Am :Semua tajuk ditaip dengan huruf besar kecuali subtajuk.

3.5 Nombor Halaman :

i. Kedudukan nombor halaman bagi teks am adalah 1.5 cm daripada birai bawah dan 2.5 cm daripada birai kanan (right). Gunakan huruf yang sama dengan huruf teks, tanpa hiasan.

ii. Pada halaman permulaan (bermula daripada halaman judul) hendaklah dinomborkan dengan angka kecil roman secara berturut-turut sepertimana berikut: i, ii, iii, iv …….

Peringatan:halaman permulaan dianggap sebagai halaman (i), tetapi tidak ditaip pada halaman pertama.

iii. Manakala pada halaman teks am hendaklah menggunakan angka numerik iaitu: 1, 2, 3, 4 …….

Peringatan: halaman pertama teks dianggap sebagai halaman (1), tetapi tidak ditaip sebagai (1). Begitu juga bagi halaman permulaan setiap bab yang tidak perlu ditulis nombor halamannya, tetapi diambil kira ketika menomborkan halaman berikutnya.

4.0 CETAKAN

Cetakan pada sebelah halaman sahaja iaitu semasa menjilidhendaklah pada sebelah kanan.

5.0 PENJILIDAN

5.1 Serahan : Menyediakan LIMA (5) naskhah tesis. Naskah untuk pemeriksaan (penyelia/penilai kedua) hendaklah dijilid menggunakan kulit ‘keras’ jenis biasa SAHAJA.

Page 4: Panduan Menyedia Dan Menjilid Laporan_pismp2

Nota: Sebelum dijilid, calon hendaklah terlebih dahulu memastikan setiap pembetulan telah diuruskan selepas melaksanakan pembentangan dalam seminar penyelidikan.

5.2 Penduaan : Bagi salinan berikutnya, calon hendaklah menggunakan kertas mempunyai mutu yang baik sekurang-kurangnya 80 g dan ke atas sahaja.

5.3 Warna : Tesis hendaklah dijilid kekal berkulit keras dengan kulit jenis “buckram” dan bertulisan emas. Warna kulit adalah Merah Tua (maroon).

6.0 KETERANGAN PADA KULIT LAPORAN KAJIAN

6.1 Halaman judul mestilah mempunyai maklumat yang disusun

mengikut urutan berikut:

Judul lengkap penyelidikan

Nama penuh penulis seperti dalam kad pengenalan

Penyataan tujuan penyelidikan

Nama Institut Pendidikan Guru (IPG) tempat penulis berdaftar

Bulan dan Tahun diserahkan

Maklumat yang tersebut di atas hendaklah ditaip bermula dengan ‘Tajuk Penyelidikan’ (dalam bentuk piramid terbalik)dengan ukuran 5.0 cm daripada birai atas dan berakhir dengan ‘Tahun’ 5.0 cm daripada birai bawah.

Sila lihat contoh di Lampiran A.

6.2 Tulang Kulit

Maklumat pada ruang ‘tulang laporan penyelidikan’ hendaklah dicetak dengan jenis dan saiz huruf yang sama sepertimana pada muka hadapan laporan dan hendaklah mengikut susunan yang berikut:

Nama IPG (singkatan)Nama CalonIjazahTahun

Contoh:

Page 5: Panduan Menyedia Dan Menjilid Laporan_pismp2

5.0 cm IPG-KBA MOHD. KAHIRUL BIN IDZHARPISMP 2010

5.0 cm

7.0 FORMAT LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Laporan penyelidikan ini mengandungi beberapa bahagian yang disusun

mengikut format Penyelidikan Tindakan.

8.0 SUSUNAN DAN URUTAN KANDUNGAN LAPORAN

Laporan penyelidikanhendaklah disusun mengikut urutan seperti yang berikut:

8.1 Kertas Kosong

8.2 Pengesahan Penyelia

Laporan penyelidikan yang hendak diserahkan untuk tujuan

penilaian hendaklah mendapat pengesahan penyelia terlebih

dahulu. Sila lihat contoh padaLampiran B.

8.3 Halaman Pengakuan Penulis

Halaman ini mengandungi pengakuan penulis tentang keaslian

penyelidikan. Ia hendaklah ditandatangani oleh penulis.Sila lihat

contoh padaLampiran C.

8.4 Halaman Dedikasi (Pilihan)

Penyataan dedikasi hendaklah ringkas, iaitu tidak lebih daripada

satu perenggan dan tidak mengandungi sebarang nombor, carta

atau gambar. Sila lihat contoh padaLampiran D.

8.5 Halaman Penghargaan (Pilihan)

Halaman ini hendaklah ditulis tidak melebihi dua muka surat.

Penghargaan dirakamkan kepada orang perseorangan atau

organisasi yang telah memberikan sebarang bantuan dalam

penyediaan kajian. Sila lihat contoh padaLampiran E.

8.6 Abstrak

Abstrak hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu

dan diikuti terjemahannya dalam bahasa Inggeris atau bahasa yang

digunakan dalam kursus major di muka surat yang berikutnya.

Abstrak mestilah ringkas, ditulis dalam satu perenggan serta tidak

melebihi 250 patah perkataan dalam satu muka surat sahaja. Ia

Page 6: Panduan Menyedia Dan Menjilid Laporan_pismp2

hendaklah menyatakan dengan ringkas tujuan penyelidikan,

kumpulan sasaran (sampel), instrumen penyelidikan, tindakan yang

dijalankan, keputusan yang diperoleh dan tindakan susulan. Sila

lihat contoh padaLampiran Fdan G.

8.7 Halaman Kandungan

Halaman kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru dan

mengandungi senarai tajuk dan pecahan-pecahan utama daripada

tajuk yang terdapat dalam penyelidikan. Sila lihat contoh

padaLampiran H.

8.8 Halaman Senarai Jadual

Senarai ini mengandungi semua tajuk jadual yang dimuatkan dalam

penyelidikan ini. Sila lihat contoh padaLampiran I.

8.9 Halaman Senarai Rajah

Rajah merangkumi gambarajah, fotograf, lukisan, graf, carta dan

peta. Senarai rajah mengandungi tajuk rajah dan muka surat yang

memuatkan rajah tersebut.Sila lihat contoh padaLampiran J.

8.10 Halaman Senarai Lampiran

Senaraikan semua lampiran yang dimuatkan dalam penulisan

penyelidikan dengan memberi perhatian kepada perkara berikut:

a. Laporan penyelidikan tidak semestinya mengandungi

lampiran. Sekiranya diperlukan seperti data penyelidikan,

jadual, soal-selidik, peta, gambar dan sebagainya yang

terlalu panjang untuk dimasukkan ke dalam teks atau yang

tidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan perkara

yang dibincangkan dalam teks bolehlah dimasukkan ke

dalam lampiran.

b. Lampiran boleh diberi nama seperti Lampiran A, Lampiran B

dan seterusnya bergantung kepada jenis dan banyaknya

bahan yang disertakan sebagai lampiran. Lampiran juga

boleh diberi tajuk-tajuk tertentu. Sila lihat contoh

padaLampiran K.

Page 7: Panduan Menyedia Dan Menjilid Laporan_pismp2

8.11 Teks

a. Teks dalam penulisan laporan penyelidikan hendaklah

mengandungi tajuk/judul yang membayangkan

kandungannya berdasarkan format penulisan Penyelidikan

Tindakan. Setiap tajuk/judul boleh dipecahkan kepada sub

tajuk/judul dan dinomborkan, jika perlu.

b. Teks ditulis dalam perenggan demi perenggan. Elakkan

menulis perenggan yang panjang. Setiap perenggan

sebaiknya dapat menerangkan satu isu atau perkara yang

ada kesinambungan dengan perenggan berikutnya.

c. Berikut adalah contoh tajuk/judul teks dalam laporan

Penyelidikan Tindakan.

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Kajian 2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian

3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN

4.0 KUMPULAN SASARAN

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

6.0 CARA PENGUMPULAN DATA

7.0 KEPUTUSAN/ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI

8.0 RUMUSAN/REFLEKSI SELEPAS DAPATAN

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

10.0 SENARAI RUJUKAN

Page 8: Panduan Menyedia Dan Menjilid Laporan_pismp2

TajukAlternatif

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Saya Yang Lalu1.3 Refleksi Nilai Pendidikan Saya

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Apakah Isu KajianSaya?2.2 Apakah Yang Telah Saya Pelajari Tentang Isu Kajian

Saya?

3.0 APAKAH SOALAN KAJIAN SAYA?

4.0 SIAPAKAH MURID SAYA DALAM KAJIAN INI?

5.0 APAKAH TINDAKAN SAYA?

6.0 BAGAIMANAKAH TELAH SAYA MENGUMPUL DATA?

7.0 APAKAH KEPUTUSAN KAJIAN SAYA?

8.0 APAKAH YANG TELAH SAYA PELAJARI?

9.0 APAKAH AKAN SAYA BUAT SETERUSNYA?

10.0 SENARAI RUJUKAN

[Perhatian: Tajuk-tajuk di atas hanya merupakan contoh sahaja; Pelajar boleh menulis laporan mengikut peringkat dalam Model Penyelidikan Tindakan Lewin (1946) & Laidlaw (1992)]

8.12 Sistem Rujukan

8.12.1 Menulis Rujukan Dalam Teks

Bagi maklumat atau idea yang diambil daripada sesuatu sumber,

penulis hendaklah menyatakan sumber tersebut dalam teks.

Rujukan dalam teks dan dalam Senarai Rujukan hendaklah ditulis

mengikut sistem American Psychological Association (APA) yang

terkini.Contoh rujukan dalam teks adalah seperti yang berikut:

Page 9: Panduan Menyedia Dan Menjilid Laporan_pismp2

(a) Menyatakan hasil karya seorang pengarang:

Sepanjang kajiannya, Wong (2000) telah menunjukkan…

Sistem pendidikan di Malaysia menggalakkan perkembangan individu yang menyeluruh (Choy, 2006).

(b) Menyatakan hasil karya dua orang pengarang:

Laporan Harton dan Smith (1995) menyatakan…

Pelajar IPG didapati mempunyai bakat yang pelbagai (Lee &Boon, 2005).

(c) Menyatakan hasil karya beberapa orang pengarang:

Goromon (2003), Hector (2001) dan Victor dan Michael (2006) menyatakan …

Banyak kajian yang lepas (contoh, Francis, 1995; Garmon, 1998; Goon & Koh, 2003) telah menunjukkan…

(d) Menyatakan hasil karya sumber sekunder:

Sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan peperiksaan (Man, 1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990).

Mengikut Man (1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990), sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan peperiksaan.

8.12.2 Menulis Rujukan dalam Senarai Rujukan

Contoh rujukan dalam Senarai Rujukan adalah seperti yang berikut:

(a) Buku

Kleeman, G. (1995). Kemahiran pemetaan topografi. Sydney: Hodder Headline.

(b) Jurnal

Lindsay, A. W. (1982). Institutional performance in higher education: The efficiency dimension [Prestasi institusi

Page 10: Panduan Menyedia Dan Menjilid Laporan_pismp2

dalam pendidikan tinggi: Dimensi kecekapan.]Review of Educational Research, 2, 175-199.

(c) Surat khabar

Ball, S. (1986, February 27). Tiada hadiah bagi HSC. Utusan Malaysia, hlm. 15.

(d) Tesis tidak diterbitkan

Aeria, L. A. (1980). Burnout dalam kalangan guru-guru WilayahPersekutuan.Tesis tidak diterbitkan, UniversitiMalaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

(e) Media elektronik

Fatimah Buang. (2006). Komputer dan saya. Diperoleh Jan 15, 2007 dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/survey-1997-10/

(f) Media elektronik (tiada tarikh, tiada pengarang)

GVU's 8th WWW user survey. (n.d.). Diperoleh Mac 30, 2004 dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/survey-1997-10/

8.12.3 Menulis Rujukan untuk Nama Pengarang Asia

Dalam Teks

Pengarang Melayu

Pengarang Cina

Pengarang India

Dalam Senarai Rujukan

Dalam senarai rujukan, tulis nama penuh pengarang yang tidak mempunyai nama keluarga.

Mohd. Ali (2005) menyatakan …

Lim (2006) menyokong …

Krishnan (2003) menerangkan…

Mohd. Ali b. Mohd. Bakar. (2005).Merdeka. Kuala Lumpur: Penerbit Taufik Intelek Sdn. Bhd.

Lim, C. B. (2006). Politik dan saya. Kuala Lumpur: Azrizad Sdn. Bhd.

Krishnan a/l Thambipillay. (2003). Dunia politik. Kuala Lumpur: Tasha Publications.

Page 11: Panduan Menyedia Dan Menjilid Laporan_pismp2

9.0 Had Maksimum

Had panjang laporan Projek Ijazah Sarjana Muda Perguruan tidak

melebihi 10 000 patah perkataan.