pakej teknologi tongkat ali

32
i PAKEJ TEKNOLOGI PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

Upload: others

Post on 10-Apr-2022

16 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

i

PAKEJ TEKNOLOGIPAKEJ TEKNOLOGI

TONGKAT ALI

Page 2: PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

ii

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

BK 200/06.20/1000ISBN 978-983-047-266-9Cetakan Pertama 2020Edisi Pertama

© Hak cipta Jabatan Pertanian Malaysia,Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia.

Manuskrip terbitan ini disediakan oleh Bahagian Pembangunan Industri Tanaman

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Pakej Teknologi TONGKAT ALI. ISBN 978-983-047-266-9 1. Tongkat Ali. 2. Medicinal plants. 3. Agricultural innovations. 4. Government publications--Malaysia. I. Malaysia. Jabatan Pertanian.

615.321

Diterbitkan oleh: Jabatan Pertanian MalaysiaAras 7-17, Wisma Tani,No.30 Persiaran Perdana,Presint 4,62624 Putrajaya

Tel : 603 - 8870 3042Faks : 603 - 8888 5069 Laman Web: http://www.doa.gov.my

Page 3: PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

iii

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

PRAKATA Buku ini mengandungi maklumat mengenai Pakej Teknologi Tongkat Ali (Eurycoma longifolia Jack). Buku ini telah disediakan oleh Jabatan Pertanian bersama Pejabat Pembangunan Herba (HDO) MOA, FRIM dan MARDI sebagai bahan rujukan kepada semua Pegawai Pertanian terutamanya pegawai-pegawai yang terlibat dalam memberikan pengembangan semasa membuat seliaan ke kawasan projek pertanian. Buku ini juga sesuai digunakan oleh para pengusaha tanaman tongkat ali sebagai panduan.

Buku ini dibangunkan hasil kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik daripada FRIM dan MARDI iaitu Dr. Wan Rasidah binti Wan Abdul Kadir, Dr. Mohd Farid bin Ahmad, Dr. Mohd Zaki bin Hj. Abdullah, Dr. Nor Hasnida binti Hassan dan Encik Mohd Shahhizal bin Abdul Wahid menerusi Skim Geran Penyelidikan Herba (HRGS). Kajian yang telah dijalankan ialah, i- Multi-locational assessment and agroecological requirement of Eurycoma longifolia across the climatic boundaries in Peninsular Malaysia, ii- Assessment on the virulent strains of Metarhizium anisopliae obtained from natural forest with potential for control of the economically important insect pests of Tongkat ali, iii- Provenance trial of Eurycoma longifolia / Tongkat ali, iv- Protocol development for mass production of Tongkat ali plants using tissue culture techniques and evaluation of its growth performance in the field dan v- Utilization of sex pheromone of Tiger Moth, Atteva sciodoxa Meyrick (Lepidoptera: Yponomeutidae), for managing its population in Tongkat Ali plantation. Buku ini mengandungi segala aspek dalam teknologi penanaman tongkat ali seperti botani tumbuhan, kegunaan, keperluan asas tanaman, penyediaan bahan tanaman, amalan kultura, pengurusan penyakit dan perosak serta penuaian dan pengendalian lepas tuai.

Page 4: PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

iv

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

KANDUNGAN

Pendahuluan 1

1.0 Pengenalan 2

2.0 Botani tumbuhan

2.1 Taksonomi 2

2.2 Morfologi tanaman 3

3.0 Komposisi fitokimia dan kegunaan 6

3.1 Kegunaan tradisional3.2 Kegunaan farmaseutikal

66

4.0 Keperluan asas tanaman 7

4.1 Faktor iklim4.2 Faktor tanah

77

5.0 Amalan kultura 8

5.1 Penyediaan kawasan5.2 Penyediaan bahan tanaman5.3 Penanaman di ladang5.4 Sistem penanaman5.5 Penanaman 5.6 Penyulaman5.7 Pembajaan 5.8 Pengurusan air

88141414151515

6.0 Pengurusan perosak dan penyakit 17

6.1 Jenis-jenis perosak dan kawalan6.2 Jenis-jenis penyakit dan kawalan6.3 Kecederaan mekanikal6.4 Kawalan rumpai

17192020

7.0 Kematangan dan penuaian hasil 21

8.0 Pengendalian lepas tuai 21

9.0 Analisis Kewangan 24

Rujukan 26

Penghargaan 27

Page 5: PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

1

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

PENDAHULUAN Buku ini mengandungi maklumat teknologi tongkat ali yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian dengan merujuk kepada kajian-kajian yang telah dijalankan oleh para penyelidik dibawah Skim Geran Penyelidikan Herba (HRGS), Jabatan Pertanian, Universiti Awam dan Institusi-institusi Penyelidikan di Malaysia. Kandungan buku ini meliputi keperluan asas tanaman, amalan kultura, pengurusan perosak dan pengendalian lepas tuai. Aliran kewangan tanaman disertakan bagi membantu pengusaha untuk menilai daya maju tanaman tersebut.

Buku ini diterbitkan sebagai rujukan untuk pegawai-pegawai yang terlibat dalam perkhidmatan pengembangan dan perundingan tanaman ini. Disamping itu, ia juga boleh digunakan oleh para pengusaha sebagai panduan dalam penanaman tongkat ali.

Page 6: PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

2

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

1.0 PENGENALAN

Tongkat ali (Eurycoma longifolia Jack) dikenali sebagai Ginseng Malaysia. Ia dikenali sebagai tanaman yang mempunyai nilai perubatan tradisional dan tergolong dalam famili Simaroubaceae. Ia merupakan sejenis tumbuhan asal (indigeneous) dan tersenarai di antara lapan herba utama dunia sebagai suplemen andropaus termasuk Tribulus terrestris (Puncture Vine), Withania somnifera (Indian Ginseng), Suma (Brazilian Ginseng), Maca (Peruvian Ginseng), Avena sativa (Wild Oats), Catuaba dan Muira puama (Potency Wood).

Spesies ini didapati tumbuh secara liar di kawasan tropika Asia Tenggara termasuk Malaysia, Vietnam, Laos, Filipina, Borneo dan Sumatera. Di Malaysia, ia di dapati tumbuh di kawasan Hutan Pantai dan Hutan Hujan Tropika pada ketinggian tidak melebihi 1,000 meter daripada aras laut.

Tongkat ali semakin mendapat permintaan di dalam dan luar negara kerana mempunyai kandungan beberapa jenis komposisi kimia seperti eurycomanone, eurycomanol dan eurycomalactone yang mengandungi nilai perubatan yang tinggi dan berharga. Produk yang dihasilkan berdasarkan kepelbagaian penggunaannya seperti bahan asas untuk campuran minuman perisa, minuman tenaga dan kapsul.

Secara umum, sumber bahan mentah tongkat ali diperolehi dari hutan asli. Ekoran daripada permintaan yang tinggi, sumber semulajadi menjadi berkurangan dan semakin pupus sekiranya tidak dikawal secara berhemah. Bagi memenuhi permintaan pasaran sejajar dengan perkembangan penghasilan produk tongkat ali berkualiti, maka penanaman sistem perladangan secara komersial perlu dilaksanakan melalui agensi kerajaan dan swasta, adalah disyorkan perladangan ini mengikut garis panduan Amalan Pertanian Baik bagi meningkatkan kualiti bahan mentah. Kaedah penanaman boleh dilakukan secara tunggal atau integrasi bersama tanaman kelapa, getah atau tanaman kekal yang lain.

2.0 BOTANI TANAMAN

2.1 Taksonomi

Nama Saintifik : Eurycoma longifolia Jack

Nama Vernakular : Bedara merah, bedara pahit, bedara puteh, lempedu pahit, pasak bumi, payung ali, petala bumi, penawar pahit, tongkat ali, tongkat baginda, setunjang bumi

Famili : Simaroubaceae

Genus : EurycomaSpecies : E. longifolia Jack dan E. apiculata A.W. Bennett

Sumber: Malaysian Herbal Monograph 2015

Page 7: PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

3

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

2.2 Morfologi Tanaman

2.2.1 Pokok

Tongkat ali merupakan sejenis pokok bersaiz sederhana yang boleh mencapai ketinggian sehingga 18 meter. Kebiasaannya ia tumbuh secara menegak tanpa cabang. Walaubagaimanapun terdapat juga pokok yang tumbuh secara bercabang (Malaysian Herbal Monograph 2015).

2.2.2 Batang

Batangnya jenis berkayu, berbentuk silinder, berwarna kelabu di bahagian yang tua manakala berwarna coklat kemerahan di bahagian yang muda.

Page 8: PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

4

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

2.2.3 Daun

Daunnya jenis majmuk, mempunyai tangkai daun yang panjang dan tersusun secara berpusaran (spiral) di bahagian atas atau hujung batang. Setiap tangkai mengandungi 20 hingga 30 pasang anak daun yang tersusun berpasangan pada satu tangkai.

Anak daun berbentuk bujur 2 cm hingga 3 cm lebar dan 8 cm hingga 10 cm panjang. Daun matang berwarna hijau tua dan daun muda berwarna coklat hingga hijau kekuningan.

2.2.4 Bunga

Jambak bunganya jenis panikel yang terbit dari ketiak tangkai daun, jambaknya bercabang yang mengandungi banyak bunga bersaiz kecil, bunga berwarna merah. Petal bunga bersaiz kecil.

Musim berbunga di Malaysia adalah dua kali setahun iaitu pada bulan Mac hingga Jun dan Ogos hingga November.

Page 9: PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

5

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

2.2.5 Buah

Pokok tongkat ali menghasilkan buah berbentuk lonjong atau bujur (5 mm hingga 12 mm lebar dan 10 mm hingga 20 mm panjang), berwarna perang kekuningan (yellowish brown) ketika peringkat muda dan bertukar menjadi warna merah keperangan (brownish red) apabila matang.

2.2.6 Sistem Pengakaran

Tongkat ali mempunyai sistem akar tunjang dan serabut. Akarnya berwarna pucat kekuningan (yellowish pale). Bagi pokok yang tumbuh secara semulajadi, akar tunjang boleh mencapai panjang 0.5 m hingga 1.5 m manakala bagi pokok yang ditanam secara ladang, panjang kurang dari 1 m.

Akar Pokok tongkat ali berumur 4 tahun

Page 10: PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

6

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

3.0 KOMPOSISI FITOKIMIA DAN KEGUNAAN

Tongkat ali mempunyai banyak kegunaan terutama dari sudut kesihatan. Bahagian akar pokok mempunyai nilai perubatan yang tinggi.

3.1 Kegunaan Tradisional

Secara tradisinya, bahagian akar pokok digunakan untuk penyediaan ubat. Akar diracik menjadi serpihan yang lebih kecil dan rebus dengan air kosong. Ekstrak air biasanya diambil sebagai teh dan kadangkala dicampur dengan madu atau gula. Akar dipercayai mempunyai kompaun penting dalam merawat penyakit seperti malaria, kekurangan seksual dan suplemen kesihatan. Pada masa yang sama, daun ini dikatakan berupaya merawat penyakit gusi dan penyakit berjangkit seperti penyakit kelamin (Bhat dan Karim, 2010). Subramaniam (2013) juga melaporkan bahawa ia juga sesuai untuk rawatan cacing usus, disentri, kembung, ulser mulut, jaundis, gatal dan demam.

3.2 Kegunaan Farmaseutikal

Seiring dengan perkembangan teknologi kesihatan, pelbagai kajian telah dijalankan untuk membuktikan kegunaan akar tongkat ali daripada segi saintifik. Ia bertujuan untuk mengumpulkan maklumat komposisi kimia, aktiviti biologi dan farmakologi, data pre-klinikal (toksikologi) dan data klinikal. Antara kajian farmakologi yang telah dijalankan ke atas akar tongkat ali ialah aktiviti afrodisiak, anti-malaria, anti-kanser, anti-diabetis, anziolitik (kumpulan ubat sedatif hipnotik yang digunakan untuk merawat gangguan keresahan umum, sukar tidur dan sebagai pramedikasi anestesia agar pesakit lebih tenang dan bekerjasama) dan anti-osteoporosis.

Ia juga dilaporkan boleh menyumbang kepada peningkatan tenaga dalaman samada bagi lelaki atau wanita. Ekstrak herba ini telah dihasilkan dalam bentuk kapsul dan kebanyakan telah mematuhi Malaysia Standard (MS). Kemudahan ekstrak herba telah tersedia di peringkat industri dan teknologi pemprosesan ini telah banyak dipatenkan dan mendapat permintaan tinggi di pasaran tempatan dan luar negara.

Jadual 1: Fungsi sebatian bioaktif dalam spesies tongkat ali

Sebatian bioaktif Fungsi

Eurycomanone • Peningkatan pengeluaran testosteron

• Peningkatan spermatogenesis

• Aktiviti anti-estrogenik

Brusin, Strichnin dan Sterol

Menambah hormon testosteron yang akan meningkatkan ghairah seksual (libido), tenaga, dan sistem kekebalan tubuh

Page 11: PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

7

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

Sebatian bioaktif Fungsi

Saponin • Melancarkan peredaran darah pada sistem saraf untuk meningkatkan vital dan stamina tubuh

• Bersifat anti-bakteria dan anti-virus yang dapat membantu tubuh memperbaiki sistem kekebalan tubuh.

• Berkhasiat menurunkan kadar kolestrol dan mencegah penyempitan pembuluh darah jantung (arterosklerosis) sehingga mengurangi risiko penyakit jantung sekaligus menguatkan fungsi jantung.

Sumber: Rehman dan Shahreed, 2016

4.0 KEPERLUAN ASAS TANAMAN.

4.1 Faktor Iklim

Keperluan taburan hujan antara 2,000 mm hingga 3,000 mm setahun dengan suhu 25°C hingga 30°C. Habitat semulajadinya di bawah kanopi hutan, walaupun begitu kajian domestikasi dan konservasi ex-situ telah menunjukkan bahawa tongkat ali boleh hidup dengan baik di kawasan terbuka.

4.2 Faktor Tanah

Tongkat ali boleh ditanam di pelbagai jenis tanah. Ia didapati tumbuh dengan baik di tanah liat berpasir yang kaya dengan bahan organik (kompos) serta tidak ditakungi air. Secara semulajadi, tongkat ali didapati tumbuh dengan subur di kawasan tanah jenis lom berpasir hingga ke tanah jenis liat pada paras ketinggian sehingga 1,000 meter.

Jadual 2: Faktor kesesuaian tanah bagi penanaman tongkat ali

Sifat-sifat tanahKesesuaian untuk tanaman tongkat ali

Sesuai Sederhana sesuai

Kecerunan Rata ke berbukit 0-20° Sangat berbukit 20-25°

Saliran Sederhana salir ke salir Sangat salir

Kedalaman tanah ˃100 cm daripada permukaan tanah

50-100 cm daripada permukaan tanah

Struktur dan tekstur Lom berpasir, liat berpasir, lom lempung berpasir

Pasir pasir dan liat tidak berstruktur

Ketidakseimbangan nutrien

Elemen mikro tidak berlebihan dan keupayaan pertukaran kation (KPK) 15 cmol/kg/tanah

Keupayaan pertukaran kation (KPK) 10-15 cmol/kg tanah

Page 12: PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

8

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

5.0 AMALAN KULTURA

Amalan kultura merupakan salah satu aspek utama dalam amalan pertanian baik (APB) bagi mengawal dan mengurangkan bahaya, risiko dan impak negatif terhadap aktiviti pengeluaran pertanian. Sistem pengurusan ini melibatkan pengurusan tanah, input pertanian dan aktiviti di ladang yang menjurus kepada aktiviti APB dalam satu-satu kawasan untuk meningkatkan produktiviti yang berkualiti, selamat dimakan, melindungi pekerja dan alam sekitar ke arah pembangunan pertanian lestari.

5.1 Penyediaan Kawasan

Penyediaan kawasan merangkumi kerja-kerja pembersihan kawasan dan pembajakan bagi kawasan topografi yang rata. Pembajakan tanah dijalankan pada kedalaman 20 cm hingga 25 cm sebanyak 2 pusingan iaitu 1 kali bajak piring dan 1 kali bajak putar sela masa 10 hari. Ia bertujuan menambahbaik fizikal dan struktur tanah untuk menggalakkan tumbesaran pokok di samping mengurangkan populasi rumpai.

Pengapuran dilakukan selepas kerja bajak piring sebelum pembajakan putar bermula 14 hari sebelum menanam.

5.2 Penyediaan Bahan Tanaman

Tanaman tongkat ali boleh dibiak melalui biji benih, kaedah kultur tisu dan kaedah tampang seperti keratan dan tut. Pembiakan melalui biji benih adalah lebih praktikal kerana tumbuhan ini menghasilkan bilangan buah yang banyak dan mudah diperolehi.

Penyemaiani. Biji benih matang berwarna merah kehitaman

Page 13: PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

9

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

ii. Buah matang yang dipilih direndam ke dalam air dan buah yang terapung dibuang terlebih dahulu bagi tujuan pemilihan biji benih yang berkualiti.

iii. Kulit buah hendaklah dibuang dan dibersihkan. Biji benih hendaklah dirawat dengan racun kulat thiram 80 % (bahan aktif) mengikut syor pada label.

iv. Pasir sungai halus atau sederhana halus sesuai digunakan sebagai media semaian. Biji benih ditabur secara rawak atau disusun, kemudian disemai dengan kedalaman lebih kurang 2.5cm dari permukaan pasir. (Rumah semaian hendaklah berada di bawah teduhan 70% naungan dan disiram sekurang-kurangnya dua kali sehari).

Page 14: PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

10

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

v. Biji benih mula bercambah 7 hingga 21 hari selepas disemai.

Anak benih selepas 7 hari disemai Anak benih selepas 9 hari disemai

Anak benih selepas 14 hari disemai

Anak benih selepas 21 hari selepas disemai.

Page 15: PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

11

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

vi. Anak benih berumur 30 hari atau mencapai ketinggian 8 cm hingga 10 cm sesuai dipindahkan ke dalam polibeg.

Anak benih selepas 30 hari disemai

Anak benih selepas 90 hari didalam polibeg

Page 16: PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

12

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

Pemindahan Anak Benih Ke Dalam Polibeg

i. Polibeg bersaiz 20 cm x 30 cm sesuai digunakan dengan media campuran 3:2:1 (tanah:organik:pasir). Polibeg disusun dalam barisan di bawah teduhan 50% naungan. Penyiraman dilakukan dua kali sehari.

ii. Pada peringkat anak benih yang mempunyai sepasang daun majmuk atau mencapai ketinggian 10 cm-12 cm, baja sebatian NPK (15:15:6:4) diberi sebanyak 5-10 butir setiap anak benih.

** Anak benih yang sesuai dipindahkan ke ladang sebaiknya berumur di antara 10-12 bulan atau mencapai ketinggian 60 cm. Pastikan akar tunjang anak benih tidak dipotong semasa ditanam.

Page 17: PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

13

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN BAHAN TANAMAN TONGKAT ALI

Buat pemilihan buah dengan merendam buah ke dalam air. Buah yang terapung dibuang.

03.

Bersihkan buah daripada kulitnya.02.

Ambil buah yang matang yang bewarna merah kehitaman.

01.

Gaulkan biji benih dengan racun kulat thiram selama 5-10 minit.

04.

Anak benih bercambah pada 7-21 hari lepas disemai.

07.

Letak anak semaian di bawah naungan 70% dan siram 2 kali sehari.

06.

Semai ke dalam pasir sungai berkedalaman 2.5 cm.

05.

Anak benih boleh ditanam di ladang pada umur 10 -12 bulan atau mencapai ketinggian 60 cm.

10.

Polibeg diletakkan di bawah naungan 50%.09.

Pindahkan anak benih yang berumur 30 hari atau mempunyai 2 pasang daun majmuk ke dalam polibeg bersaiz 20 cm x 30 cm. Nisbah tanah campuran 3:2:1 (tanah:bahan organik:pasir)

08.

Page 18: PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

14

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

5.3 Penanaman di ladang

Bagi aktiviti penanaman, saiz lubang yang dicadangkan adalah berukuran 30 cm x 30 cm x 30 cm dan diletakkan baja asas sebanyak 100 g Triple Super Phosphate (TSP), 100 g kapur Ground Magnesium Limestone (GML) dan 50 g baja organik.

5.4 Sistem Penanaman

Di habitat semulajadi, tongkat ali didapati tumbuh di bawah naungan. Tanaman ini juga didapati boleh hidup walaupun ditanam secara tunggal dan terdedah terus kepada cahaya matahari. Ia boleh ditanam sebagai tanaman selingan bersama tanaman kelapa, getah dan tanaman kekal.

a) Jarak Tanaman Disyorkan Bagi Sistem Penanaman Tunggal Pada masa ini masih belum terdapat sebarang pengesyoran tentang jarak tanaman

yang optimum. Walau bagaimanapun jarak tanaman yang biasa diamalkan adalah 1 meter dalam barisan dan 2 meter di antara barisan. Jarak ini memberikan kepadatan tanaman 5,000 pokok/ha.

b) Jarak Tanaman Disyorkan Bagi Sistem Penanaman Integrasi Jarak tanaman di antara dan di dalam baris bagi tanaman tongkat ali adalah

bergantung kepada rekabentuk sistem tanaman ataupun pemilihan spesis.

5.5 Penanaman

Anak pokok tongkat ali memerlukan sedikit lindungan pada peringkat awal tumbesaran bagi mendapatkan pertumbuhan yang subur.

Page 19: PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

15

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

5.6 Penyulaman

Penyulaman pokok yang mati mestilah dibuat jika kadar kematian melebihi 10% dalam jangka masa enam bulan selepas penanaman.

5.7 Pembajaan

Sehingga kini masih belum terdapat rejim pembajaan untuk pengesyoran tanaman tongkat ali. Walau bagaimanapun sebagai pengesyoran awal, baja dan kadar yang boleh digunakan bagi pokok yang berumur 1 tahun di ladang ialah baja sebatian kimia NPK 15:15:6:4 pada kadar 400 g/pokok setahun pada tahun pertama. Kadar tersebut akan meningkat apabila pokok tongkat ali semakin membesar iaitu 800 g/pokok pada tahun kedua penanaman, 900 g/pokok pada tahun ketiga penanaman dan 1,200 g/pokok pada tahun keempat penanaman. Pembajaan diberikan dalam bentuk 4 pecahan setahun pada kadar yang sama mengikut jumlah setiap tahun yang telah disyorkan. Program pembajaan adalah seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 3.

Jadual 3: Program pembajaan tanaman tongkat ali

Bil. Umur Tongkat Ali (tahun)

Jenis Baja Kadar(g/pokok/tahun)

Pusingan

1. 1 NPK 15:15:6:4 400 4 pusingan

2. 2 NPK 15:15:6:4 800 4 pusingan

3. 3 NPK 15:15:6:4 900 3 pusingan

4. 4 NPK 15:15:6:4 1,200 3 pusingan

5.8 Pengurusan Air

Pengairan boleh dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran bagi menyalirkan air berlebihan ke parit utama khususnya pada musim hujan.

Keperluan air bagi pokok tongkat ali peringkat awal tanaman adalah 0.23 liter sepokok sehari, peringkat vegetatif adalah 0.90 liter sepokok sehari dan peringkat matang adalah 2.26 liter sepokok sehari. Pada semua peringkat tumbesaran pokok tongkat ali, sama ada sistem penanaman tunggal atau sistem penanaman integrasi, adalah digalakkan untuk mengunakan sistem pengairan renjis jenis penyebar sederhana dengan kadar alir/luahan diantara 500 hingga 1,200 liter sejam. Penyebar jenis ini dapat memberikan siraman air yang seragam dan saiz droplet sesuai tetapi penggunaan sumber air yang agak tinggi berbanding dengan sistem pengairan renjis jenis mikro. Pemilihan pelbagai jenis kepala penyebar sistem pengairan renjis sederhana adalah mudah didapati di pasaran seperti Impact Sprinkler Plastic 323, Chai Lee/Butterfly dan sebagainya. Kos pemasangan sistem pengairan jenis ini adalah dianggarkan diantara RM13,000 hingga RM16,000 sehektar. Jadual dibawah adalah beberapa jenis penyebar yang boleh digunakan.

Page 20: PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

16

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

Jadual 4: Kadar Alir/Luahan, Tekanan Operasi dan Diameter Siraman Penyebar

Jenis Penyebar Kadar Alir/Luahan

(liter/jam)

Tekanan Operasi (bar)

Diameter Siraman (Meter)

Impact Sprinkler Plastic 323 910 2.75 20

Chai Lee/Butterfly 680 1.80 17

MPR 12 Series (Rainbird) 500 1.37 6

Nelson R2000WF 820 2.75 25

Impact Sprinkler Plastic 323 Penyebar Chai Lee/Butterfly

Penyebar MPR 12 Series (Rainbird) Penyebar Nelson R2000WF

Page 21: PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

17

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

6.0 PENGURUSAN PEROSAK DAN PENYAKIT

Tanaman tongkat ali diperkenalkan kepada umum untuk mengekalkan kelestariannya sebagai satu tanaman herba yang penting di Malaysia. Melalui pemerhatian, tanaman ini kurang mengalami masalah perosak dan penyakit yang serius seiring dengan pengurusan ladang yang baik. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perosak dan penyakit dikenalpasti telah menyerang tanaman tongkat ali.

Bagi mengurangkan risiko serangan penyakit dan perosak yang serius, amalan pemantauan dan pengawalan secara berkala harus dititikberatkan.

Pendekatan yang paling praktikal dalam pengurusan perosak adalah secara Pengurusan Perosak Bersepadu (PPB) yang juga merupakan objektif utama dalam amalan pertanian baik (APB). Kawalan secara mesra alam adalah mengambil kira faktor ekologi, biologi dan amalan agronomi.

Sehingga kini, masih tiada lagi pengesyoran racun kimia bagi kawalan perosak dan penyakit tanaman tongkat ali.

6.1 Jenis-jenis perosak dan kawalan

PEROSAK (NAMA BIASA DAN SAINTIFIK)

BAHAGIAN SERANGAN DAN

TANDA/SIMPTOM

SYOR PENGURUSAN PEROSAK

Ulat harimauAtteva sciodoxa

Larva ulat harimau sering memakan pucuk dan daun muda dengan agresif. Dalam jumlah yang banyak, ia mampu merosakan pokok sehingga meninggalkan rangka sahaja. Serangan yang serius, terutamanya pada anak benih boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut dan mati. Populasi ulat perosak ini meningkat pada musim tertentu, biasanya apabila pokok mula mengeluarkan pucuk muda dan di akhir musim hujan.

Beberapa pendekatan boleh dilakukan bagi mengawal populasi larva perosak ini seperti secara biologi dan mekanikal. Agen biologi komersil seperti kulat entomopatogen Metarhizium anisopliae dan bakteria Bacillus thuringiensis (Bt) boleh digunakan mengikut cadangan pengeluar. Jika populasi ulat perosak tersebut rendah, kawalan secara mekanikal boleh dipertimbangkan. Ia dilakukan dengan mengutip secara manual menggunakan tangan.

Page 22: PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

18

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

PEROSAK (NAMA BIASA DAN SAINTIFIK)

BAHAGIAN SERANGAN DAN

TANDA/SIMPTOM

SYOR PENGURUSAN PEROSAK

TeritipCoccus viridis

Pokok yang diserang kelihatan pudar dan lama kelamaan diselaputi sepenuhnya kulapuk hitam. Serangan yang teruk akan mengakibatkan pokok lain yang diselaputi kulapuk hitam. Daun menjadi layu, kering, gugur dan akhirnya tinggal ranting yang telah mati. Perosak ini akan memusnahkan pokok muda pada usia 2 tahun pertama selepas pemindahan anak benih ke kawasan tanaman.

Kaedah kawalan secara kultura adalah dengan memastikan semua anak pokok yang bakal dipindah ke kawasan tanaman diperiksa dengan teliti dan diasingkan sekiranya diserang. Gunakan kawalan secara organik menggunakan campuran bahan air bersih, sabun, minyak neem dan diseburkan di dipermukaan bawah daun.

Ulat pengorek batangZeuzera sp.

Ulat ini dapat dikesan dengan terdapatnya lubang-lubang pernafasan di bahagian dahan pada jarak tertentu. Dari lubang ini keluar lelehan air beserta gumpalan najis (fras) yang selalunya berwarna perang kemerahan. Gumpalan najis juga dapat dilihat di atas tanah di bawah dahan yang diserang. Dahan-dahan kecil yang dikorek menjadi layu dan mati.

Bagi pokok yang rendah, pengawalan dilakukan dengan mencantas dan memusnahkan dahan atau ranting yang diserang.

Page 23: PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

19

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

PEROSAK (NAMA BIASA DAN SAINTIFIK)

BAHAGIAN SERANGAN DAN

TANDA/SIMPTOM

SYOR PENGURUSAN PEROSAK

Anai-anaiCoptotermes sp.

Anai-anai memakan bahagian akar, batang dan dahan yang akan menyebabkan bahagian ini mati. Serangan ini seterusnya akan mengakibatkan pokok mati rosot, daun layu, kuning dan gugur. Pokok yang lemah sering diserang.

Semasa melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan sebelum menanam, adalah disyorkan supaya semua bahan sisa tanaman seperti banir, dahan dan ranting dikutip dan dibakar. Amalan ini dapat mengurangkan kesan serangan serangga dan penyakit termasuk anai-anai.

6.2 Jenis-jenis penyakit dan kawalan

PENYAKIT PENYEBAB SIMPTOM SYOR KAWALANAntraknos Kulat

Collectotrichum sp.

Bintik kuning pada permukaan daun, lesion dan akhirnya menjadi nekrotik.

Buang dan bakar bahagian yang terkena serangan.

Jeragat (Sooty Mould)

Kulat Cladosporium, Aureobasidium, Limacinula, Scorias dan Capnodium

Permukaan daun hitam kelabu dan berkerak seperti dicat.

Buang dan bakar bahagian yang terkena serangan cantasan pada dahan dan kawalan secara organik

Bintik Alga Kulat Cephaleuros virescens

Bintik alga leper berwarna hijau kelabu hingga ke warna hijau perang dan kadang kala keperangan.

Buang dan bakar bahagian yang terkena serangan, cantasan pada dahan dan kawalan secara organik.

Sindrom mati mengejut

Kulat Fusarium sp. dan Lasiodiplodia theobromea

Daun menjadi pudar warna, layu dan mengarah keatas. Daun- daun kemudian menjadi kering dan gugur. Kayu pada bahagian akar dijangkiti akan mengalami perubahan warna kepada kuning keperangan.

Kemunculan gejala pada peringkat yang lewat dan agen penyebab yang belum dapat dikanlpasti menyebabkan penyakit ini sukar untuk dirawat. Walaupun begitu, kerebakan penyakit ini dapat dicegah jika keseluruhan pokok yang dijangkiti termasuk sistem akar dimusnahkan secepat mungkin.

Page 24: PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

20

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

Sindrom mati mengejut Sindrom mati mengejut

6.3 Kecederaan Mekanikal

Kesan merumput yang tidak cermat menggunakan mesin rumput sering menyebabkan kecederaan pada bahagian pangkal pokok tongkat ali. Luka akibat kecederaan tersebut boleh menjadi pintu masuk untuk agen penyakit seperti kulat untuk masuk dan memulakan jangkitan. Saiz luka yang dihasilkan adalah pelbagai bergantung kepada jenis mata mesin rumput seperti tali nylon atau besi.

Masalah ini dapat diatas dengan melakukan pemotongan rumput manggunakan mesin rumput dengan cermat dan tidak terlalu dekat dengan pangkal pokok. Merumput pada pangkal pokok boleh dilakukan secara manual dengan menggunakan cangkul, parang dan berhati-hati.

6.4 Kawalan Rumpai

Kehadiran rumpai di kawasan tanaman akan menjejaskan pertumbuhan pokok. Kehadiran rumpai ini akan menwujudkan persaingan bagi mendapatkan nutrien. Rumpai juga akan menjadi tempat pembiakan bagi sesetengah penyakit dan perosak tanaman. Kawalan rumpai boleh dilakukan secara manual dengan menggunakan cangkul atau mesin rumput.

Teknik-teknik merumpai adalah seperti berikut:

Merumpai sekeliling Melakukan pemotongan rumpai di sekeliling pokok berdasarkan saiz silara

Merumpai keseluruhan Melakukan pemotongan rumpai diseluruh kawasan tanaman/ ladang

Kawalan rumpai perlu dijalankan secara berjadual iaitu 1 pusingan setiap bulan bagi tahun pertama penanaman dan berubah kepada 1 pusingan setiap 2 bulan pada tahun kedua penanaman dan tahun penanaman yang berikutnya.

Selain merumpai, rumput juga dapat dikawal melalui penggunaan sungkupan seperti rumput kering atau lalang kering. Sungkupan digalakkan terutama pada peringkat awal penanaman. Ia boleh mengawal dan mengurangkan populasi rumpai, hakisan tanah dan larut resap nutrien serta mengawal kelembapan tanah.

Page 25: PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

21

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

7.0 KEMATANGAN DAN PENUAIAN HASIL

Bahagian utama yang dituai adalah akar. Penuaian tongkat ali biasanya dilakukan dengan mencabut keseluruhan pokok secara manual. Namun bagi pokok besar yang tidak dapat dicabut oleh tenaga manusia biasanya dilakukan dengan bantuan alat pencabut seperti ‘chain block’ atau digali menggunakan jebak dan cangkul. Pemerhatian yang dibuat sehingga kini, menunjukkan tongkat ali yang ditanam mempunyai akar tunjang lebih pendek berbanding dengan akar yang diperolehi dari pokok liar di hutan.

Sehingga kini, umur yang disarankan untuk dituai adalah bermula pada 4 tahun dengan anggaran berat akar 2 kilogram. Penyelidikan bagi menentu umur penuaian yang optima sedang dijalankan. Potensi hasil akar basah sepokok dari kawasan tanaman tanpa lindungan dianggarkan seperti di jadual 5.

Jadual 5 : Potensi Hasil Akar Basah Sepokok dari Kawasan Tanaman Tanpa Lindungan

Umur Pokok Hasil Akar Basah (g) sepokok

1 15 - 30

2 300 - 450

3 460 - 600

4 800 - 1,200

Sumber: Anggaran berdasarkan hasil kajian MARDI

8.0 PENGENDALIAN LEPAS TUAI

Akar tongkat ali yang dituai perlu dibasuh dengan bersih daripada sisa tanah. Kemudian, akar ditoskan bagi membuang lebihan air basuhan. Seterusnya akar dipotong kecil dan dijemur di bawah cahaya matahari selama beberapa hari bergantung kepada cuaca. Kaedah pengeringan ini mudah dipraktikkan dan menjimatkan kos. Kaedah lain yang boleh dipraktikkan adalah menggunakan ketuhar antara suhu 40°C hingga 50°C selama 72 jam (bergantung kepada saiz potongan). Akar yang sempurna kering apabila berat mencapai lebih kurang 60% daripada berat akar basah. Kemudian akar ini boleh diracik halus dan sedia untuk dipasarkan atau diekstrak untuk dijadikan produk.

Proses Pengendalian Lepas Tuai Tongkat ali

1. Akar tongkat ali dituai dan dikumpul di pusat pengumpulan hasil. Akar tongkat ali dibasuh sehingga bersih.

Page 26: PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

22

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

2. Selepas dibasuh, akar dibiarkan sehingga kering.

3. Proses pemotongan akar tongkat ali dilakukan melalui dua kaedah:i. Secara manual Akar tongkat ali dipotong menggunakan

kapak.

ii. Secara separa automatikMesin digunakan untuk memotong akar tongkat ali

Page 27: PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

23

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

4. 2 kaedah pengeringan iaitu :a) Pengeringan dibawah cahaya matahari Kaedah pengeringan ini bergantung pada

cuaca. Secara purata masa yang di ambil adalah 3 hari pada cuaca panas.

b) Pengeringan menggunakan ketuhar mengambil masa selama 2 hingga 3

jam. Pemantauan dilakukan setiap 1 jam bagi memastikan akar tongkat ali kering mengikut spesifikasi dikehendaki.

*** Sistem ketuhar mampu mengeringkan 200kg akar tongkat ali kering dalam satu-satu masa.

5. Keratan akar tongkat ali dimasukkan ke dalam mesin pengisar untuk mendapatkan saiz yang dikehendaki.

Page 28: PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

24

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

Carta Alir Pengendalian Lepas Tuai

Mula

Penuaian hasil seawal 4 tahun

Akar dibasuh sehingga bersih

Akar ditos

Akar dipotong secara manualatau menggunakan mesin

pemotong

Pengeringan dibawah cahayamatahari atau ketuhar

Proses pengisaran

Tamat

Page 29: PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

25

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

9.0 ANALISIS KEWANGAN

9.1 Kos Pengeluaran

Anggaran kos pengeluaran bagi sehektar tanaman tongkat ali secara tunggal selamat empat tahun seperti dalam jadual 6. Kos ini melibatkan penyediaan tanah, bahan input & benih, penanaman, penyelenggaraan, penuaian dan pengeringan hasil. Berdasarkan penanaman selama empat tahun, kos penyediaan tanah, bahan input dan pekerja adalah sebanyak RM500.00, RM19,930.00 dan RM12,400.00. Jumlah kos luar jangkaan pula ialah RM3,283.00 dan jumlah besar kos ialah RM36,113.00. Anggaran hasil akar kering sebanyak 3,000 kg/ha, kos pengeluarannya ialah RM20.00/kg.

Jadual 6: Anggaran kos pengeluaran sehektar tanaman tongkat ali secara sistem tunggal selama 4 tahun

Bil Perkara Kos (RM)Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Jumlah

A Penyediaan tanah 500 0 0 0 500

Jumlah 500 0 0 0 500

B Bahan InputAnak benih 5,000 pokok @RM 2.00/pokokBaja organikBaja tak organikBaja kapurRacun perosak

10,000

600650100120

0

1,2001,300

200120

0

1,2001,300

200120

0

1,2001,300

200120

10,000

4,2004,550

700480

Jumlah 11,470 2,820 2,820 2,820 19,930C Tenaga kerja

Menanam Membaja (semua jenis)Mengawal perosakMengawal rumpaiMenuai dan mengering

5,000500400200

0

0500400200

0

0500400200

0

0500400200

3000

5,00020001600

8003000

Jumlah 6,100 1,100 1,100 4,100 12,400Jumlah A + B + C 18,070 3,920 3,920 6,920 32,830

D Kos luar jangka ( 10%)

1,807 392 392 692 3,283

JUMLAH BESAR 19,877 4,312 4,312 7,612 36,113

1. Anggaran hasil akar kering 3,000 kg/ha2. Anggaran harga akar kering RM20.00/kg3. Pendapatan Kasar RM60,000.004. Pendapatan Bersih RM23,887.00

Page 30: PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

26

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

RUJUKAN

Bhat, R. and Karim, A.A. 2010. Tongkat ali (Eurycoma longifolia): A review on its ethnobotany and pharmacological importance. Fitoterapia 81: 669-679.

Chee B. J., Nik Musa’adah M. 2013. Men’s Health; Tongkat ali. Pp 55 - 59. In : Malaysia Herbal Heritage. FRIM, Kepong, Selangor, Malaysia.

Institute for Medical Research. 2015. In : Malaysian Herbal Monograph 2015.

Jabatan Pertanian Malaysia. 2015. Risalah Tanaman Tongkat Ali.

Jabatan Pertanian Malaysia. 2017 Edisi kedua. Panduan Penggunaan Racun Perosak Bagi Tanaman Tertentu

Mohd Noh J, Muhamad Ghawas M & Musa Y. 2005. Tongkat ali (Eurycoma longifolia Jack). Pp 95 – 101 in Musa Y et al. (eds) Penanaman Tumbuhan Ubatan dan Beraroma. MARDI, Serdang, Selangor, Malaysia Then Kek Hoe. 2006. Growth Performance of Tongkat ali (Eurycoma longifolia Jack) Intercropped with Sentang and Estimated Root Biomass Production. Pp 62 – 68. In Conference: Seminar on Medicinal & Aromatic Plants 2006 - Plant, Health and Man - Past, Present and Future. FRIM, Kepong, Selangor, Malaysia.

Rehman and Shaheed. 2016. Review on a Traditional Herbal Medicine, Eurycoma longifolia Jack (Tongkat ali): Its Traditional Uses, Chemistry, Evidence-Based Pharmacology and Toxicology. Molecules. 21(3): 331

Subramaniam, V. 2013. Malaysian Herbal Heritage. Kuala Lumpur: CL Wong Printing Sdn.Bhd.

Then Kek Hoe. 2010. The Cropping System of Tongkat ali (Eurycoma Longifolia Jack) for Commercial Planting. Pp 226 – 234. In Conference: 12th Medicinal & Aromatic Plants Seminar 2010 - Harnessing The Tropical Herbal Heritage: Recent Advances in R&D and Commercialization. FRIM, Kepong, Selangor, Malaysia.

Whitmore T.C. 1972. Tree Flora of Malaya : A Manual for Forester. Pp 349. Forest Department, Ministry of Primary Industries Malaysia. Longman, Malaysia.

Page 31: PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

27

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

PENGHARGAAN Jabatan Pertanian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Pembangunan Herba (HDO), MOA atas cadangan dan sumbangan kewangan bagi menghasilkan pakej ini. Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli pasukan teknikal Jabatan Pertanian yang telah menyumbangkan kepakaran dalam menyiapkan buku Pakej Teknologi Tongkat Ali yang diketuai oleh Cik Latifah binti Merais serta ahlinya yang terdiri daripada Puan Siow I Rene, Encik Azeri bin Azami, Encik Azman bin Ab Rahman, Puan Salwani binti Shaary, Puan Noor Hamizah binti Kamaludin, Puan Siti Hafizah binti Hamzah, Puan Rohaya binti Abd Rashid, Puan Siti Mariam binti Mohamad Bokhori, Puan Farah Nadiah binti Nor Hasan dan Encik Sariyan Hanif bin Mustapa di atas daya usaha dan inisiatif yang diambil untuk menghasilkan pakej ini.

Jabatan Pertanian juga mengucapkan ribuan terima kasih Dr Mohd Zaki bin Abdullah, Dr Rosdi bin Koter dan Dr Mohd Farid bin Ahmad daripada FRIM yang telah memberi maklumat, pandangan dan menyemak pakej ini. Penghargaan juga diberikan kepada pegawai-pegawai daripada MARDI iaitu Puan Noor Ismawaty binti Nordin dan Encik Mohd Rani bin Awang atas sumbangan maklumat dan pandangan berhubung pakej ini. Akhir kata, terima kasih juga kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan penerbitan pakej ini.

Page 32: PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

CATATAN