pak din usahawan bimbingan ppk baling - portal rasmi...

4
13 http://www.lpp.gov.my Lahir Peladang Progresif 13 http://www.lpp.gov.my Lahir Peladang Progresif Oleh: Azizan Othman [email protected] S hahabudin bin Othman atau lebih mesra dengan panggilan Pak Din berusia 59 tahun merupakan ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Baling, Kedah. Pak Din bernaung di bawah Unit Peladang Kampung Landak di mana unit ini adalah antara unit aktif bagi PPK Baling. Beliau merupakan salah seorang usahawan PPK yang aktif dan mula menjadi ahli sejak 5 tahun yang lalu setelah bersara sebagai penjawat awam di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Setelah bersara, beliau melibatkan diri dalam bidang pertanian bagi meneruskan kesinambungan pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya sepanjang 30 tahun bertugas dengan LPP. Salah satu bidang usaha yang diceburinya adalah ternakan ikan keli dalam kolam tanah. Beliau mula mengusahakan ternakan ikan keli dalam kolam tanah secara komersil pada tahun 2009. Bagi Pak Din, bidang akuakultur bukan asing baginya. Tempat terakhir beliau bertugas sebelum bersara adalah di PPK Sungai Petani, Kedah mengendalikan ternakan ikan dalam sangkar dan ternakan udang harimau di muara Sungai Merbuk. Pengalaman dan pengetahuan dalam bidang akuakultur selama 14 tahun dimanfaat sepenuhnya. Beliau tidak menoleh ke belakang kerana setelah bersara Pak Din terus mengatur langkah sebagai penternak ikan keli di Kampung Lela, Baling, Kedah. Namun setelah menceburi dalam projek ternakan ikan keli dalam kolam tanah, beliau mula sedar rupa-rupanya sifat ikan dalam kolam tanah dengan ikan dalam sangkar adalah jauh berbeza. Banyak lagi perkara yang perlu diambilkira dalam projek yang baru diceburinya. Perjalanan dari Bandar Baling ke tapak projek ikan keli Pak Din di Kampung Lela hanya mengambil masa 20 minit. Persekitaran kolam ternakan ditanam anak pokok getah dan pemandangan hutan berbukit yang menghijau menimbulkan sebuah pandangan indah dan menyegarkan. Disebelah kolam ternakan, Pak Din membina sebuah pondok kecil sebagai stor bagi menyimpan peralatan ternakan dan juga sebagai tempat beliau beristirehat setelah penat bekerja. Beliau turut membina sebuah rumah sebagai tempat beliau bermalam di tapak projek berkenaan. Pak Din Usahawan Bimbingan PPK Baling Pak Din Usahawan Bimbingan PPK Baling

Upload: vophuc

Post on 17-Apr-2018

250 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pak Din Usahawan Bimbingan PPK Baling - Portal Rasmi ...103.8.163.254/document/upload/xdi5Gui86wjkoW57fr9FMem6...berkonsepkan homestay di kawasan kolamnya. Dengan adanya rumah tersebut,

13

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif 13

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

Oleh: Azizan [email protected]

Shahabudin bin Othman atau lebih mesra dengan panggilan Pak Din berusia 59 tahun merupakan ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Baling, Kedah.

Pak Din bernaung di bawah Unit Peladang Kampung Landak di mana unit ini adalah antara unit aktif bagi PPK Baling. Beliau merupakan salah seorang usahawan PPK yang aktif dan mula menjadi ahli sejak 5 tahun yang lalu setelah bersara sebagai penjawat awam di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Setelah bersara, beliau melibatkan diri dalam bidang pertanian bagi meneruskan kesinambungan pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya sepanjang 30 tahun bertugas dengan LPP. Salah satu bidang usaha yang diceburinya adalah ternakan ikan keli dalam kolam tanah.

Beliau mula mengusahakan ternakan ikan keli dalam kolam tanah secara komersil pada tahun 2009. Bagi Pak Din, bidang akuakultur bukan asing baginya. Tempat terakhir beliau bertugas sebelum bersara adalah di PPK Sungai Petani, Kedah mengendalikan ternakan ikan dalam sangkar dan ternakan udang harimau di muara Sungai Merbuk. Pengalaman dan pengetahuan dalam bidang

akuakultur selama 14 tahun dimanfaat sepenuhnya. Beliau tidak menoleh ke belakang kerana setelah bersara Pak Din terus mengatur langkah sebagai penternak ikan keli di Kampung Lela, Baling, Kedah. Namun setelah menceburi dalam projek ternakan ikan keli dalam kolam tanah, beliau mula sedar rupa-rupanya sifat ikan dalam kolam tanah dengan ikan dalam sangkar adalah jauh berbeza. Banyak lagi perkara yang perlu diambilkira dalam projek yang baru diceburinya.

Perjalanan dari Bandar Baling ke tapak projek ikan keli Pak Din di Kampung Lela hanya mengambil masa 20 minit. Persekitaran kolam ternakan ditanam anak pokok getah dan pemandangan hutan berbukit yang menghijau menimbulkan sebuah pandangan indah dan menyegarkan. Disebelah kolam ternakan, Pak Din membina sebuah pondok kecil sebagai stor bagi menyimpan peralatan ternakan dan juga sebagai tempat beliau beristirehat setelah penat bekerja. Beliau turut membina sebuah rumah sebagai tempat beliau bermalam di tapak projek berkenaan.

Pak Din Usahawan Bimbingan PPK BalingPak Din Usahawan Bimbingan PPK Baling

Page 2: Pak Din Usahawan Bimbingan PPK Baling - Portal Rasmi ...103.8.163.254/document/upload/xdi5Gui86wjkoW57fr9FMem6...berkonsepkan homestay di kawasan kolamnya. Dengan adanya rumah tersebut,

14

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif14

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif

Walaupun mempunyai pengalaman luas dalam bidang akuakultur, Pak Din tidak jemu belajar bagi menambah pengetahuan dan mempelajari teknik-teknik baru dalam bidang tersebut. Pada tahun 2009, beliau menyertai “Program Inkubator” Pemprosesan Makanan Ikan di bawah Jabatan Perikanan Kedah. Beliau turut mengikuti Kursus Pembenihan Ikan Keli di Pusat Perikanan Perluk, Pahang dan di Pusat Latihan KEDA, Kedah Darulaman. Pak Din sentiasa berhubung dengan pihak pengurusan PPK Baling bagi mendapatkan khidmat nasihat atau bagi memperolehi maklumat terkini berkaitan ternakan ikan keli.

Berbekalkan modal sendiri sebanyak RM15,000 dan pinjaman daripada peruntukan LPP sebanyak RM46,000, Pak Din membina 5 buah kolam yang berukuran 20’ x 50’ setiap satu. Benih ikan diperolehi daripada Pusat Pembenihan Ikan, Jabatan Perikanan Jitra, Kedah. Pada awal projek ini dilaksanakan, Pak Din menggunakan benih berukuran 3 inci tetapi bagi projek seterusnya beliau memutuskan menggunakan anak ikan keli 1 inci. Selain harganya yang murah cuma RM0.03 seekor, beliau yakin mampu membela benih ikan keli yang kecil ini dan sentiasa membuat pemantauan dan pengredan dari semasa ke semasa. Ketika ini ternakan ikan keli beliau memasuki pusingan ketiga dengan jumlah ternakan sebanyak 20,000 ekor. Pak Din menjangka sekiranya kadar hidup ikan boleh mencapai 70 peratus, dianggarkan sehingga 1.7 metrik tan ikan akan dapat dihasilkan bagi setiap kolam.

Pak Din tidak mempunyai masalah memasarkan hasil keluaran ikan keli miliknya. Menurut Pak Din permintaan terhadap ikan keli begitu tinggi oleh penduduk tempatan dan hanya tertumpu di Daerah Baling sahaja. Ketika ini terdapat 3 orang peraih menjadi pelanggan tetap yang datang mengambil ikan keli di kolamnya. Ikan-ikan ini akan diagihkan oleh peraih untuk pasaran di pasar malam sekitar Baling. Terdapat juga jualan runcit dilakukan kepada mereka yang datang membeli di kolam. Harga ikan keli dikolam ternakannya dijual sekitar RM3.20 sekilogram.

Kos pengurusan projek ternakan ikan sama ada dalam sangkar atau kolam tanah banyak bergantung kepada peningkatan kos makanan. Sama seperti yang dihadapi oleh penternak ikan yang lain, penternak perlu mencari alternatif lain bagi membendung isu ini. Memandangkan masalah kekurangan pelet dan harga pasaran makanan ikan semakin meningkat, Pak Din mengambil keputusan membeli mesin pengisar pelet bagi memproses sendiri makanan ikan. Beliau memproses campuran dedak

Page 3: Pak Din Usahawan Bimbingan PPK Baling - Portal Rasmi ...103.8.163.254/document/upload/xdi5Gui86wjkoW57fr9FMem6...berkonsepkan homestay di kawasan kolamnya. Dengan adanya rumah tersebut,

15

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

15Lahir Peladang Progresif

halus, jagung serbuk dan perut ayam atau serbuk ikan bagi dijadikan pelet. Ikan keli diberi makan pelet yang diprosesnya 2 kali sehari supaya pembesarannya mengikut masa yang ditetapkan.

Selain menternak ikan keli, Pak Din juga menternak ikan tilapia merah. Beliau menternak di dalam salah satu kolam miliknya dan dimuatkan dengan 10 ribu ikan tilapia. Pak Din merancang supaya ikan tilapia yang diternak ini dapat dijual bagi menampung permintaan pengguna pada bulan puasa yang akan datang. Ini kerana permintaan ikan bakar semasa bulan tersebut amat tinggi dan kadang-kala tidak dapat ditampung oleh pengeluaran tempatan.

Pak Din tidak keseorangan dalam menjalankan rutin harian. Isteri beliau Puan Saadiah binti Zainal tidak jemu memberi galakan dan sokongan kepada kerjaya sebagai usahawan tani. Keriangan tergambar di wajah mereka apatah lagi bila terpandang ribuan ikan keli berebut menyambar makanan yang ditaburkan. Menurut Pak Din lagi, beliau mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Walaupun kedua-duanya telah bekerja di sektor swsta, mereka sering mengunjungi Pak Din terutamanya pada hujung minggu.

Usaha Pak Din tidak terhenti kepada menternak ikan keli atau tilapia sahaja. Beliau memotivasikan diri bagi meneruskan hasrat untuk terus berbakti kepada tanah. Selain terlibat dalam projek akuakultur, beliau memberanikan diri melibatkan diri dalam komoditi lain seperti getah, padi dan ternakan. Di atas tanah miliknya sendiri, Pak Din menanam semula pokok getah seluas 7 ekar di kawasan sama dengan kolam ternakan ikan. Di samping itu Pak Din juga merupakan seorang pesawah. Beliau mengusahakan tanaman padi di Kampung Landak, Kupang seluas 2 ekar dan turut menternak 5 ekor lembu dari baka Kedah-Kelantan (KK) di sekitar kawasan kolam ikan kelinya.

Disebalik kegigihan dan minat yang mendalam di bidang pertanian, Pak Din juga meminati dan menghargai alam semulajadi. Dengan keramahan dan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya, tidak siapa pun akan menyangka insan yang bergelumang dengan ikan, lembu dan sawah adalah seorang pemandu pelancung. Beliau memperolehi lesen Pemandu Pelancung daripada Perbadanan Pelancungan Malaysia di bidang Alam Semulajadi.

Berasaskan pengalaman dan pengetahuan yang ada beliau menanam cita-cita untuk membina rumah berkonsepkan homestay di kawasan kolamnya. Dengan adanya rumah tersebut, beliau akan memperkenalkan pakej penginapan dan makanan sebagaimana pernah beliau lakukan semasa beliau bertugas di chalet PPK Sungai Petani di Sungai Merbuk sebelum ini. Suatu hari nanti apabila telah bersedia, Pak Din akan mempelawa penternak baru atau mereka yang ingin menceburi bidang ini menjalani latihan di kolamnya sebagai salah satu khidmat sosial kepada masyarakat.

Page 4: Pak Din Usahawan Bimbingan PPK Baling - Portal Rasmi ...103.8.163.254/document/upload/xdi5Gui86wjkoW57fr9FMem6...berkonsepkan homestay di kawasan kolamnya. Dengan adanya rumah tersebut,

16

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif

“Saya Sentiasa Mahukan Pentadbiran Kerajaan Ini Prihatin Terhadap Keluh Kesah Dan Rintihan Golongan Seperti Petani Dan Nelayan. Kita Faham Akan Jerih Payah Mereka Menongkah Arus Kehidupan, Memugar Tanah Dan Bergelut Dengan Badai Demi Mencari Rezeki...”YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abd RazakPerdana Menteri Malaysia

Bil 04/2010 Edisi APRIL

Edisi InternetHaninah bte Abd. Rahman

Grafik / IllustratorKamaruzzan bin Hanif

Diterbitkan Oleh:Lembaga Pertubuhan Peladang,

Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara,50990 Kuala Lumpur

PenaungDato’ Hajah Mariam Mas binti Yaacob

PenasihatHaji Arpan Shah bin Haji Satu

Haji Ramli bin Salikan

Ketua PengarangRosly bin Abdul Rahman

PenyuntingAzizan bin Hj. Othman

Shahzunizam bin Zulkafli

Edaran Majalah TransformasiNik Mazri bin Mat Yusof

Mohd Haniff bin Asim @ HashimNaharuddin bin Abd RahmanShafrin Azhar bin Abd Ghani

Adnan bin Ismail

Berita Transformasi Elektronikboleh dilayari

http://www.lpp.gov.my

Dicetak Oleh:OMR Press Sdn. Bhd.Tel: 03-8024 6396

Lahir Peladang Progresif

Transformasi Industri Padi PPK Tanjong Karang Perkukuh Rantaian NilaiTransformasi Industri Padi PPK Tanjong Karang Perkukuh Rantaian Nilai

Pak Din Usahawan Bimbingan PPK BalingPak Din Usahawan Bimbingan PPK Baling

Transformasi Perkhidmatan KejenteraanTransformasi Perkhidmatan Kejenteraan

Potensi Tanaman VitAto SemerakPotensi Tanaman VitAto Semerak