p kuliah 5

11
Kuliah 5 Pertumbuhan Penduduk 1. Jika kita mengandaikan bahawa bilangan individu yang memasuki populasi (imigran) sama dengan bilangan individu yang keluar (emigran). Petumbuhan penduduk adalah merupakan pengkalan dihasilkan oleh kelahiran melebihi kematian. 2. Jika diringkaskan, ia boleh ditunjukkan melalui formula berikut: (balancing equation) P2 = P1 + (B-D) + (I + E) di mana:- P2 = saiz populasi tahun yang dikira P1 = saiz populasi pada pertengahan tahun B = bilangan kelahiran antara dua tarikh D = bilangan kematian antara dua tarikh I = bilangan imigran pada masa hitungan E = emigran pada masa hitungan

Upload: peningla

Post on 23-Jun-2015

78 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: P kuliah 5

Kuliah 5 Pertumbuhan Penduduk

1. Jika kita mengandaikan bahawa

bilangan individu yang memasuki

populasi (imigran) sama dengan

bilangan individu yang keluar

(emigran). Petumbuhan penduduk

adalah merupakan pengkalan dihasilkan

oleh kelahiran melebihi kematian.

2. Jika diringkaskan, ia boleh ditunjukkan

melalui formula berikut: (balancing

equation)

P2 = P1 + (B-D) + (I + E)

di mana:-

P2 = saiz populasi tahun yang dikira

P1 = saiz populasi pada pertengahan

tahun

B = bilangan kelahiran antara dua

tarikh

D = bilangan kematian antara dua

tarikh

I = bilangan imigran pada masa

hitungan

E = emigran pada masa hitungan

Page 2: P kuliah 5

Perbezaan di antara kelahiran dan kematian

dalam sesebuah populasi menghasilkan

pertumbuhan semula jadi.

Kadar pertumbuhan semula jadi meningkat

menunjukkan terdapat kelahiran melebihi

kematian. Begitu juga sekiranya kematian

melebihi kelahiran menunjukkan terdapat

penurunan semula jadi.

Formula kadar pertumbuhan semula

jadi adalah seperti berikut:-

RNI = kelahiran – kematian / jumlah

penduduk x 100

atau

kadar kelahiran – kadar kematian / 10

Migrasi bersih ialah perbezaan di antara

bilangan manusia yang memasuki sebuah

kawasan geografi (imigran) dan mereka

yang meninggalkan kawasan tersebut

(emigran).

Page 3: P kuliah 5

Jumlah Kadar Pertumbuhan Penduduk

TPGR ialah kadar yang menunjukkan kadar

sesebuah populasi meningkat atau

mengurang dalam tahun yang dikira

disebabkan oleh pertumbuhan semula jadi

dan migrasi bersih yang ditunjukkan dalam

bentuk peratusan daripada keseluruhan

populasi.

Jumlah pertumbuhan penduduk =

pertumbuhan semula jadi + migrasi

bersih / jumlah penduduk x 100

Faktor-Faktor Yang Menyebabkan

Pertumbuhan Penduduk Berlaku

Thomas Malthus (1766 – 1834) seorang ahli

ekonomi Inggeris dalam tulisan yang

bertajuk “The Principles of Population”

menyatakan bahawa terdapat pertalian di

antara pembangunan ekonomi dengan

pertumbuhan penduduk.

Beliau mendakwa bahawa pertumbuhan

penduduk adalah lebih pantas daripada

pengeluaran makanan dan beliau bimbang

Page 4: P kuliah 5

akan berlaku masalah kebuluran secara

besar-besaran.

Teori Malthus dikritik ramai pengkaji lain

kerana beliau tidak dapat menjangka

bagaimana teknologi moden boleh

meningkatkan pengeluaran makanan.

Beliau juga menganggap manusia hanya

berfungsi sebagai pengguna dan

mengabaikan peranan manusia sebagai

pengeluar.

Walau bagaimanapun pemerhatian beliau

bagaimana populasi penduduk meningkat

dan kenyataan yang dikemukakan oleh

beliau adalah penting kerana manusia

berhadapan dengan masalah kekurangan

sumber seperti tanah, tenaga dan

sebagainya.

Beliau menyatakan bahawa populasi tumbuh

secara geometrik (eksponen) yang berganda

saiznya bagi setiap n tahun bergantung

kepada kadar pertumbuhan penduduk.

Manakala makanan pula tumbuh secara

aritmetic.

Page 5: P kuliah 5

Pertumbuhan Geometrik

Satu siri susunan nombor dikatakan sebagai

pertumbuhan geometrik jika pecahan dua

nombor berurutan adalah sama.

Contoh: 3, 9, 27, 81…. atau 1, 2, 4, 8….

Saiz populasi dalam tempoh setahun

dianggap mengikut corak pertumbuhan

geometrik jika perubahan dalam tahun

tertentu seimbang dengan saiz populasi

pada awal tahun.

Pertumbuhan Aritmetic

Satu siri nombor dikatakan sebagai

aritmetic apabila perbezaan di antara dua

nombor berurutan adalah sama.

Contoh: 3, 5, 7, 9, 11…. atau 1, 2, 3, 4….

Saiz populasi pada tahun tersebut dikatakan

sebagai pertumbuhan aritmetic jika

perubahan saiz adalah sekata.

Page 6: P kuliah 5

Masa Berganda

Masa berganda bagi populasi ialah bilangan

tahun yang diambil oleh saiz populasi

tersebut berganda jika kadar pertumbuhan

pada masa sekarang tidak berubah.

Tujuan pengiraan masa berganda ialah

untuk mengetahui berapa cepat sesebuah

populasi boleh tumbuh yang menggandakan

bilangannya secara geometrik.

Masa berganda tidak boleh digunakan

untuk membuat ramalan saiz populasi masa

hadapan kerana ia mengandaikan

pertumbuhan yang sekata tetapi sebenarnya

kadar pertumbuhan penduduk berubah

mengikut masa.

Untuk mengira masa berganda bahagikan

nombor 70 (sebenarnya 69.3) dengan kadar

pertambahan penduduk yang ditunjukkan

dalam bentuk peratusan.

Sebagai contoh negara dengan kadar

pertumbuhan penduduk 1% akan berganda

dalam tempoh 70 tahun, 2% dalam tempoh

35 tahun dan 3% dalam tempoh 23 tahun.

user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
Page 7: P kuliah 5

Formula masa berganda adalah = 70 /

kadar pertumbuhan penduduk.

Bentuk Pertumbuhan Penduduk

Populasi mempunyai corak peningkatan

yang dipanggil sebagai bentuk

pertumbuhan penduduk. Terdapat dua

corak pertumbuhan penduduk iaitu

1. Pertumbuhan penduduk berbentuk

eksponen (keluk pertumbuhan

berbentuk J)

Dalam bentuk pertumbuhan ini

kepadatan meningkat secara cepat

dalam bentuk eksponen apabila tidak

ada halangan persekitaran dan berhenti

secara mendadak apabila terdapat

rintangan atau kekurangan sumber

yang lain berlaku secara tiba-tiba.

Rintangan ini dipanggil kapasiti

membawa (carrying capacity)

merupakan sempada paling atas dimana

tiada pertumbuhan yang besar boleh

berlaku.

user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
Page 8: P kuliah 5

……………………………….. K

2. Pertumbuhan Berbentuk Sigmoid

(Bentuk S)

Dalam pertumbuhan bentuk ini

populasi meningkat secara perlahan

pada peringkat awal dan kemudian

meningkat dengan pantas pada

peringkat pertengahan dan akhirnya

kembali perlahan apabila halangan

persekitaran semakin meningkat

sehingga mencapai tahap halangan

kapasiti membawa.

Carrying capacity

Population

Growth

Time

Time

user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
Page 9: P kuliah 5

…………………………………. K

Dinamik Penduduk

Definisi dinamik penduduk ialah kajian

perubahan saiz dan struktur populasi

melalui masa.

Terdapat tiga faktor atau variabel utama

yang menentukan populasi di sesebuah

kawasan dan pertumbuhannya melalui masa

iaitu:

a) Kelahiran

b) Kematian

c) Migrasi

Imigran

Emigran

Carrying capacity

Population

Growth

Time

user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
Page 10: P kuliah 5

Pengiraan ketiga-tiga faktor ini boleh

menentukan sama ada populasi meningkat,

kekal tidak berubah atau mengurang

bilangannya. Pengiraan hanya

menggunakan kelahiran dan kematian

dirujuk sebagai pertumbuhan semula jadi.

Apabila jumlah migrasi bersih dimasukkan

kepada pertumbuhan semula jadi ia dirujuk

sebagai jumlah pertumbuhan (total growth).

Struktur Populasi (Komposisi)

Selain daripada jumlah keseluruhan atau

saiz penduduk ciri lain yang penting ialah

struktur populasi. Struktur populasi

merujuk kepada komposisi populasi dalam

aspek umur, jantina, pekerjaan, kepercayaan,

status pendidikan, taburan geografi, status

sosio ekonomi dan lain-lain.

Struktur populasi dipengaruhi oleh

kelahiran, kematian, migrasi dan faktor-

faktor lain yang berkaitan.

Struktur umur dan jantina mmenentukan

potensi pertumbahan pada masa hadapan

bagi kumpulan umur tertentu termasuklah

user
Highlight
user
Highlight
Page 11: P kuliah 5

juga jumlah keseluruhan populasi. Oleh

sebab itu, struktur umur mempunyai kesan

yang sangat penting terhadap polisi

kerajaan.

Populasi yang berumur muda memerlukan

jumlah sekolah yang mencukupi dan

akhirnya peluang pekerjaan bagi memenuhi

keperluan mereka. Negara yang mempunyai

jumlah penduduk menua mesti

membangunkan sistem persaraan yang baik

dan kemudahan perubatan untuk rawatan.

Sebagai kesimpulan, perubahan umur

penduduk memerlukan perubahan daripada

sekolah kanak-kanak, peluang pekerjaan,

perumahan dan perubatan.

Piramid Penduduk

Sambung minggu depan…..