oum aminudin b mat ludin hons) 2011

Upload: aaltahani

Post on 09-Jul-2015

137 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENGAKUANSaya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tarikh:

Tandatangan: NamaCalon: AMINUDIN BIN MAT LUDIN Nombor Matrik: 690101086925002

1

PENGHARGAANAlhamdulillah bersyukur saya ke Hadrat Illahi kerana dengan Limpah dan

kurniaNya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini. Kesibukan dengan tugas seharian sebagai pendidik tidak menganggu saya bagi menyelesaikan amanah yang diberikan. Inilah satu cabaran yang amat getir

melakukan dua kerja dalam satu masa. Namun semangat dan kecekalan telah menghilangkan semuanya itu. Demi menyahut cabaran dan mengimarahkan dunia pendidikan dengan ilmu yang bakal memertabatkan anak didik ,saya menyahut cabaran ini. Sejunjung kasih dan penghormatan kepada En Abdul Aziz b Sulaiman selaku Tutor yang banyak memberi tunjuk ajar dalam menyelesaikan kajian ini. Tidak dilupakan juga semua warga Sekolah Kebangsaan Seroli dan sahabat seperjuangan Kohot Empat. Setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan , pengorbanan , galakan dan juga pengertian daripada isteriku tersayang serta anak anak Puan Halimah binti Mohd Shahidi Iman Zul Hakim Luqman Nur Hakim Nur Umaira Shamira Semoga jasa-jasa mereka ini mendapat rahmat dan kurniaan daripada Illahi. Terima kasih untuk semua.

2

ABSTRAK Membaca merupakan kegiatan yang sangat mendasar sifatnya dan merupakan fitrah manusia. Dalam terminologi Islam, membaca identik dengan kemampuan seseorang untuk memahami sesuatu yang tersurat (kauliyah) dan bersifat tersurat (kauniyah). Kemampuan membaca seperti hal tersebut diatas akan memberikan manfaat yang luar biasa pada diri seseorang, tidak hanya peningkatan ilmu pengetahuan, tetapi juga kebijaksanaan, kemampuan bersosial, pengendalian diri, kreativiti, inovasi serta memanfaatkan semua peluang dan potensi yang ada pada dirinya maupun sekelilingnya Membaca juga adalah satu budaya ilmu yang memupuk pembangunan intelektual, rohaniah dan emosi individu. Membaca membangunkan kecerdikan inte1ektual seseorang individu, justeru membentuk fikirannya menjadi lebih kritis dan kreatif dan akhirnya akan melahirkan masyarakat yang progresif dan berdaya saing. Membaca juga dapat meningkatkan kecerdikan rohani dan emosi yang menjadikan seseorang individu tersebut sedar akan kepentingannya menyumbang ke arah pembangunan masyarakat dalam pelbagai bidang kehidupan. Namun begitu minat membaca juga mengandungi kekangan dan halangan yang mematikan ataupun kurang mewujudkan minat membaca dalam kalangan murid. Kekangan dan halangan yang wujud itu kerap kali tidak mendapat perhatian guru kerana ramai yang tidak tahu yang ianya wujud. Oleh itu kajian ini dilakukan terhadap sekolah untuk memberi gambaran tentang kedudukan minat membaca dalam kalangan pelajarpelajar disamping mencari faktor-faktor tentang mengapa kebiasaan membaca dalam kalangan murid sekolah ini masih rendah. Golongan pendidik sebagai seorang individu yang amat penting dalam masyarakat seharusnya terlibat secara aktif dalam pemupukan budaya ilmu. Seorang pendidik perlu mengamalkan budaya mengumpul dan mencungkil ilmu baru untuk digunakan dalam tugas mendidik. Pendidik perlu meningkatkan kepakaran dalam sesuatu bidang yang diajarnya dari semasa ke semasa dan mesti sentiasa peka terhadap perubahan yang berlaku dalam bidang kepakaran tersebut Bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang menjadikan membaca sebagai amalan hidup bukan suatu tugas yang mudah. Tugas ini sebahagian besamya terletak di bahu para pendidik yang menjadi model dalam menanamkan minat membaca, terutamanya di kalangan generasi muda. Para pendidik sendiri perlu mempunyai minat membaca yang mendalam bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dan bagi menambah pengetahuan am tentang dunia dan kehidupan. Memandangkan betapa penting tugas pendidik menggiatkan budaya membaca, kajian ini ingin melihat sejauh manakah para murid berminat terhadap membaca. Kajian ini juga dilakukan untuk mencari satu jalan penyelesaian yang dapat menciptakan suasana yang mendorong seseorang murid untuk secara membiasakan dirinya banyak membaca. Oleh itu pihak sekolah akan dapat mempergiatkan lagi usaha untuk memupuk minat membaca dalam kalangan pelajarpelajar ke arah mewujudkan budaya membaca dengan lebih cemerlang.

3

ABSTRACT

Reading is an activity that is very fundamental nature and human nature. In Islamic terminology, reading is identical with the ability to understand something written (kauliyah) and is written (kauniyah). Ability to read like the above will provide tremendous benefits in a person, not only increase knowledge but also wisdom, social skills, self control, creativity, innovation and exploit all opportunities and potential that exists in itself and also around reading a learning culture that fosters development of intellectual, spiritual and emotional individuals. Reading inte1ektual individual ingenuity to develop, thus creating a more critical thinking and creativity, and ultimately will produce a society that is progressive and competitive. Reading can also improve the spiritual and emotional intelligence that make the individual aware of his interest to contribute towards community development in various spheres of life. However the reading contains the constraints and barriers that disable or less to create interest in reading among students. Constraints and barriers that exist are often not getting the attention of teachers because many do not know that it exists. Thus this study in the schools to provide information on the position of interest in reading among students as well as finding the factors of why the habit of reading among pupils is still low. Educators as an important individual in the community should be actively involved in nurturing a culture of science. Educators need to adopt a culture of collecting and discover new knowledge for use in the task of educating. Educators need to increase expertise in a field which is taught from time to time and must always be alert to changes that occur in these areas of expertise for creating a society that makes reading as a way of life is not an easy task. This task largely on the shoulders of educators is a model in instilling interest in reading, especially among the younger generation. The teachers themselves should have a deep love of reading to enhance their knowledge and skills and to increase general knowledge about the world and life. Given the important tasks educators encourage a reading culture, this study wanted to see to what extent the students are interested in reading. This study was also conducted to find a solution that can create an atmosphere that encourages students to familiarize themselves by reading a lot. Therefore, the school will be able to further intensify efforts to foster interest in reading among students to create a reading culture to greater heights.

4

ISIKANDUNGAN

PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ISIKANDUNGAN RUJUKAN viii SENARAI JADUAL SENARAI GRAF

ii iii iv v

xi x

BAB SATU :PENGENALAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 Pendahuluan Latar Belakang Kajian Pernyataan Masalah Perrsoalan Kajian Objektif Kajian Batasan Kajian Definisi Istilah Kepentingan Kajian Rumusan 1 3 4 10 11 12 12 13 14

5

BAB 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 BAB 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 BAB 4.1 4.2 4.3

DUA: TINJAUAN LITERATUR Pengenalan Literature Berkaitan Kajian Dalam Negara Kajian Luar Negara Rumusan TIGA METODOLOGI KAJIAN Pendahuluan Rekabentuk Kajian Populasi Dan Sampel Instrumen Kajian Rintis Prosedur Pengumpulan Data Cara Penganalisaan Data Rumusan EMPAT ANALISA DATA Pendahuluan Profil Responden Laporan Kajian Dapatan

15 16 16 19 21

23 24 30 32 33 34 34 34

35 36 40

BAB 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5

LIMA RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN Pendahuluan Rumusan Kajian Perbincangan Dapatan Kajian Implikasi Dapatan Kajian Cadangan Kajian Lanjut

54 56 57 61 66

KESIMPULAN

66

6

RUJUKAN 1. Buku 2. Jurnal 3. Tesis 4. Majalah 5. Kamus 6. Kertas Kerja SENARAI LAMPIRAN 1.1 Bahagian A 1.2 Bahagian B 1.3 Bahagian C 1.4 Lampiran D 1.5 Lampiran E SENARAI JADUAL 3.1 3. 2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 4.11 4.12 4.13 4.14 4.15 4.16 4.17 5.18 5.19 5.20 Jumlah Pinjaman Buku Pusat Sumber Sekolah Tahun 2010 Bilangan Murid Sekolah Kebangsaan Seroli Latar belakang Responden berdasarkan jantina Bilangan Pendapatan Keluarga Pekerjaan Penjaga Responden Latar Belakang Responden Berdasarkan Faktor Yang Menggalakkan Membaca Faktor Bahan Bacaan Yang mempengaruhi Minat membaca Latarbelakang Responden Berdasarkan Tujuan Membaca Latar belakang Responden Berdasarkan Jenis Bahan Bacaan Yang Paling Kerap Dibaca Kekerapan Membaca akhbar Alasan Tidak Membaca Akhbar Latar Belakang Responden Berdasarkan Bacaan Majalah Latar Belakang Responden Berdasarkan Majalah Yang Diminati Latar Belakang Responden Berdasarkan Kekerapan Membaca Buku Latar Belakang Responden Berdasarkan Jenis Buku Yang Paling Diminati Latar Belakang Responden Berdasarkan Jumlah Buku Yang Dibaca51 Latar Belakang Responden Berdasarkan Jarak di Antara Rumah Dengan Sumber Bahan Bacaan Jadual Pendapatan Penjaga Dengan BiIangan Buku Yang Dibaca Latar Belakang Responden Berdasarkan Bacaan Majalah Faktor Lokasi dengan Bilangan Buku Yang Dibaca

67 70 71 71 71 71 71

72 73 78 81 82

25 31 35 36 38 40 41 43 44 45 46 47 48 49 50

53 56 58 597

SENARAI CARTA BAR 3.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 4.11 4.12 4.13 4.14 4.15 4.16 5.17 Jumlah Pinjaman Buku Pusat Sumber Sekolah Tahun 2010 Peratusan Responden Lelaki dan perempuan Bilangan Pendapatan Keluarga Pekerjaan Penjaga Responden Latar Belakang Responden Berdasarkan Faktor Yang Menggalakkan Membaca Faktor Bahan Bacaan Yang mempengaruhi Minat membaca Latarbelakang Responden Berdasarkan Tujuan Membaca Latar belakang Responden Berdasarkan Jenis Bahan Bacaan Yang Paling Kerap Dibaca Kekerapan Membaca akhbar Alasan Tidak Membaca Akhbar Latar Belakang Responden Berdasarkan Bacaan Majalah Latar Belakang Responden Berdasarkan Majalah Yang Diminati Latar Belakang Responden Berdasarkan Kekerapan Membaca Buku Latar Belakang Responden Berdasarkan Jenis Buku Yang Paling Diminati Latar Belakang Responden Berdasarkan Jumlah Buku Yang Dibaca51 Latar Belakang Responden Berdasarkan Jarak di Antara Rumah Dengan Sumber Bahan Bacaan Faktor Lokasi dengan Bilangan Buku Yang Dibaca 25 35 36 39 40 42 43 44 45 46 47 48 49 50

53 59

8

BAB 1

PENGENALAN

1.1

PENDAHULUAN

Wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w. iaitu ayat pertama surah al-Alaq ialah Iqra yang bermaksud Bacalah. Justeru Islam sendiri mengisyaratkan budaya membaca sebagai salah satu dorongan ke arah menuntut ilmu. Ahli falsafah Barat ada menyebut knowledge is power yang bermaksud pengetahuan itu kuasa. Dengan adanya ilmu pengetahuan, manusia dapat meningkat taraf kehidupan dengan lebih sempurna. Satu cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan adalah melalui pembacaan. Membaca Jambatan Ilmumerupakan ungkapan yang amat sesuai untuk merungkaikan persoalan menanam minat membaca di kalangan pelajar kita pada hari ini. Kajian menunjukkan bahawa purata rakyat Malaysia membaca hanya sehelai muka surat setahun bagaimana pula golongan remaja. Bagi golongan pelajar pula, mereka hanya membaca sekadar untuk menghadapi peperiksaan sahaja. Kian hari kian merosotnya minat membaca dalam kalangan remaja hari ini, perkara ini perlu ditangani dengan segera dan secara bijaksana.

Kerajaan dan pelbagai pihak telah dan sedang berusaha untuk meningkatkan tabiat dan minat membaca. Perkara ini sentiasa dipandang serius oleh semua pihak,

9

kerana negara ini sedang menuju ke arah menjadi sebuah negara membangun yang rakyatnya mesti boleh dapat bertanding dalam semua aspek kehidupan dengan

negara lain. Dalam memasuki era globalisasi pada saat ini, peranan membaca sangat penting dalam kehidupan manusia. Kegiatan membaca diperlukan untuk mencapai kemajuan dan kejayaan di bidang politik, sosial, ekonomi, dan kebudayaan. Derasnya arus informasi dan komunikasi dewasa ini menyebabkan apa yang kita ketahui hari ini, tentang kelmarin, mungkin tadi pagi atau tadi malam telah berubah. Di sekolah rendah dan sekolah menengah, membaca masih lagi menjadi perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan membaca dipandang sebagai penghalang kepada usaha untuk menjadikan anak-anak kita sebagai pelajar berpengetahuan dan cemerlang dan masyarakat kita sebagai masyarakat yang berilmu dan maju. Jika dilihat pada dasar pendidikan, kurikulum, dan sukatan pengajaran membaca tidak ada cacatnya. Semua sudut

tentang membaca telah diajar di sekolah-sekolah. Malangnya isu dan masalah yang sama dibangkitkan setiap tahun seperti pelajar tidak suka membaca, pelajar tidak berminat membaca dan juga pelajar tidak mahu membaca. Minat dan kebiasaan membaca murid yang masih rendah dapat dilihat melalui beberapa indikator. Salah satu indikatornya adalah dari kegiatan yang cenderung dilakukan pada waktu lapang, seperti pada saat mereka sebelum memulakan sesi

pembelajaran dan waktu rehat. Sekali pun disediakan bahan-bahan bacaan, hanya sedikit sekali jumlah murid yang ingin untuk mengambil bahan bacaan tersedia atau yang secara khusus dipinjam untuk dibaca di rumah. yang

10

1.2

LATAR BELAKANG KAJIAN

Di Sekolah Kebangsaan Seroli, Sungai Siput (U) , sikap murid-murid Tahun Empat terhadap minat membaca amat berkurangan. Implikasi terhadap minat yang kurang ini menyebabkan keputusan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu mengalami prestasi yang rendah. Penulisan akan sukar dilakukan . Oleh itu saya mengambil tindakan dengan memilih tajuk ini bagi mencari satu penyelesaian untuk meningkatkan minat membaca. Kelemahan dalam penguasaan

bahasa dan kemahiran membaca oleh muird-murid bermula dari peringkat kanakkanak dan akan dibawa hingga ke peringkat dewasa. Kelemahan inilah yang menyebabkan ada dalam kalangan murid-murid kita hanya membaca tetapi tidak dapat memahami apa yang dibaca Oleh itu, tujuan penyelidikan ini adalah berdasarkan bahawa terdapat pelbagai pendapat dan pemikiran mengapa minat baca dalam kalangan murid-murid Tahun Empat masih rendah dan melakukan kajian mengenai faktor-faktor yang yang akan dapat menciptakan keadaan yang mendorong seseorang untuk dapat secara teratur dan membiasakan dirinya banyak membaca. Berdasarkan pinjaman buku dari Pusat Sumber sekolah yang tidak

memberangsangkan adalah indikator kepada minat membaca yang rendah dikalangan murid sekolah ini. Purata pinjaman buku dari Pusat Sumber sekolah hanyalah 10 naskhah seminggu. Berdasarkan pemerhatian juga mendapati penggunaan Pusat Sumber sebagai pusat membaca tidak begitu optimum dan kadangkala tidak

digunakan langsung.

11

1.3

PERNYATAAN MASALAH

Membaca merupakan aktiviti individu yang berinteraksi dengan teks dan bahan yang dilihat, dibaca, didengar dan ditonton. Sejak dari dalam kandungan ibu lagi

seseorang bayi itu secara tidak langsung telah dipupuk dan disemai sikap membaca melalui amalan si ibu. Ketika umur 3 atau 4 tahun peringkat awal bacaan berulang sehinggalah kanak-kanak itu melangkah kaki ke alam persekolahan, amalan membaca berterusan dan amat sinonim di dalam kehidupan. Smith (1971) menyatakan bahawa membaca adalah suatu proses kognitif yang kompleks. Pembaca bukan sahaja membaca dengan matanya sahaja tetapi juga menggunakan otaknya. Pembaca yang cekap terlibat secara aktif dalam proses

membaca kerana ia berusaha mengaitkan apa yang terkandung dalam teks dengan pengetahuan latar yang memang sedia ada dalam ingatannya. Jika pengetahuan latar tidak mencukupi atau pembaca tidak tahu menggunakan apa yang ada, akan menyebabkan kefahaman terjejas. Dallman (1982) menyatakan membaca sebagai, Reading as a process involving meaningful reaction to printed symbols Berdasarkan ingin meningkatkan minat membaca inilah kajian yang bertajuk Meningkatkan Minat Membaca Dalam kalangan Murid Tahun Empat di Sekolah Kebangsaan Seroli dipilih. Setelah dilakukan pemerhatian, perjumpaan dengan murid serta maklum balas daripada guru Pusat Sumber Sekolah, minat membaca ini berkurangan kerana beberapa faktor iaitu:

12

1.3.1

Pengaruh Keluarga

Menurut, Aprilia Purba (Kompas, 4 Januari 1997) dalam tulisannya yang berjudul Through the Eyes of A Child terdapat tiga faktor yang mempengaruhi seseorang membaca iaitu ketersediaan buku (accessibility of materials) hendaknya dimulai di lingkungan keluarga kerana keluarga merupakan lingkungan pertama dan utama seorang manusia. Kemampuan membaca hendaknya juga menjadi perhatian dalam penyediaan bahan-bahan bacaan (misalnya: tingkat kesulitan, mudah difahami, bahasa yang sederhana), dan minat baca. Masalah ini jelas daripada soal selidik yang dilakukan hampir 90 peratus keluarga tidak menyediakan bahan bacaan untuk anak-anak mereka.

1.3.2

Suasana Atau Lingkungan Membaca Yang Tidak Menarik

Faktor kemudahan infrastruktur juga menjadi penyumbang kepada kurangnya minat membaca. Kemudahan seperti tempat membaca yang terdapat di luar

kawasan kelas tidak selesa. Pemerhatian yang dibuat serta maklumbalas daripada murid mendapati 80% murid menyatakan untuk mencari tempat duduk yang selesa tidak ada. Mereka terpaksa duduk di tempat perhimpunan , di kaki lima sekolah untuk membaca. Ruang Pusat Sumber yang kecil juga menyebabkan mereka kurang selesa untuk membaca.

1.3.3 Murid

Ibu bapa Kurang Menanamkan Budaya Membaca masakini ini umumnya kurang meminati buku, minat membaca tidak

menonjol, dan mereka lebih suka menonton televisyen. Membaca dilakukan terbatas pada buku-buku pelajaran yang digunakan di sekolah.13

Itu pun bagaikan terpaksa, kerana akan diadakan ulangan, atau kerana guru memberi kerja rumah. Ketekunan membaca hanya dimiliki beberapa orang murid saja di sekolah. Akibatnya, pengetahuan murid sangat terbatas, penguasaan bahasa menjadi lambat bahkan kemampuan menangkap isi bacaan juga amat rendah. Ini harus dijadikan suatu tanda dan peringatan bagi guru dan ibu bapa, bahawa minat baca anak harus dipupuk, dikembangkan. Apabila minat membaca tinggi guru akan lebih mudah dan ringan dalam melaksanakan tugasnya. Murid - murid akan lebih aktif, mencari dan menggali pengetahuan. Mereka akan mengisi sendiri wadah rasa ingin tahunya. Suasana kelas akan lebih hidup, murid belajar aktif di kelas dan belajar akan lebih mempunyai makna.

1.3.4

Penglibatan Keluarga

Faktor yang lain adalah pengalaman stres anak-anak di sekolah. Ibu bapa jarang terlibat untuk membantu anak dalam melakukan kerja sekolah di rumah mahupun aktiviti belajar anak yang lain menyebabkan anak tidak mampu melakukan latihan yang diberikan rumah. Ketidakbiasaan membuat latihan ini menjadikan anak tidak terlatih sehingga anak sering gagal dan ditertawakan bila membuat latihan di depan kelas. Dua hal ini menjadikan anak juga mengalami stres. Ibu bapa juga akan bertambah stres ketika dipanggil oleh pihak sekolah berkaitan dengan kemajuan pendidikan anak. Stres dalam keluarga berinteraksi dengan stres dari luar lingkungan rumah menimbulkan stress tingkat tinggi dalam diri ibu bapa. Hal ini menganggu waktu ibu bapa dan perhatian mereka sehingga secara psikologi mereka tidak mampu untuk terlibat menolong anak dalam aktiviti membaca.

14

Ketidakterlibatan

ibu bapa dalam aktiviti membaca mengakibatkan minat

membaca anak tetap rendah (Grolnick , 1997). Penelitian Grolnick , ini berbeza dengan hasil penemuan Morrow dan Young (1997) yang menemukan bahwa kegiatan membaca bersama antara anak dan orang tuanya berpengaruh terhadap sikap dan minat membaca anak-anak. Melalui program membaca bersama antara ibu bapa dan anak, anak-anak menjadi suka mengisi waktu lapangnya dengan aktiviti membaca, mereka suka membaca bersama orang dewasa yang lain, suka membaca majalah dan buku-buku yang ada di rumah dan di perpustakaan sekolah. Keadaan sosial ekonomi keluarga dalam penelitian Morrow dan Young juga tergolong rendah, namun mereka merasa mendapat sokongan sosial melalui program membaca bersama keluarga. Buku-buku dan perlengkapan membaca merupakan dukungan instrumental untuk mendidik anak. Program latihan untuk ibu bapa agar terlibat secara efektif dalam program membaca keluarga merupakan dukungan informatif yang sangat berguna bagi orang tua untuk memberikan sokongan penghargaan dan emosi kepada anak saat mereka membaca bersama.

1.3.5

Motivasi Ibu bapa variable motivasi ibu bapa mempunyai hubungan

Cohen (1972) mendapati

signifikan dengan aspirasi pendidikan anak. Sikap anak boleh dikatakan menyerupai sikap ibu bapa, maka peranan ibu bapa amat penting dalam menentukan pembelajaran anak agar berjaya. Pendapat ini sejajar dengan pandangan Wilkins (1981) yang menyatakan bahawa: the attitudes of children are almost always the attitudes of their parents also, so that it could be said that the parents do much to determine the lack of success of their children in learning (m.s.53)15

1.3.6

Pengetahuan dan Pengalaman Sedia Ada

Marohaini Yusuf (1989) menyatakan bahawa pengetahuan dan pengalaman sedia ada merupakan faktor penting yang membantu pertumbuhan dan penguasaan kebolehan pelajar untuk membaca. Pengetahuan dan pengalaman yang dimaksudkan ialah kesemua pengetahuan dan pengalaman yang didapati dan dialami dalam hidup seseorang sama ada di rumah, di sekolah atau di luar alam sekolah dan. Pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada akan menjadi asas kepada kemahiran membaca .

1.3.7

Kebolehan Berbahasa

Menurut Kamarudin Husin (1993), pelajar yang kurang penguasaan perbendaharaan kata dan lemah tatabahasa, biasanya menghadapi masalah untuk membaca. Bahkan dalam pembinaan karangan, kosakata yang digunakan amat terbatas. Situasi ini berlaku kerana ianya berkaitan dengan kemahiran bertutur dan mendengar. Pelajar yang lemah dalam kemahiran mendengar dan bertutur dalam bahasa baku akan menghadapi masalah dalam pembelajaran bacaan. Kemahiran inilah yang menyediakan asas yang kukuh bagi pelajar dan membolehkan mereka berkomunikasi secara lisan atau tulisan dan seterusnya membaca.

1.3.8

Tidak Menguasai Kemahiran Membaca

Pelajar tidak akan dapat menguasai kemahiran membaca jika mereka mempunyai sikap negatif terhadap bahan yang pada dibacanya. Sikap mempunyai positif kesedaran

terhadap membaca banyak

bergantung

pelajar

metakognitif tentang konsep seperti apakah itu membaca dan penyertaan mereka dalam aktiviti membaca.16

Untuk menimbulkan semua ini teknik utama ialah mewujudkan satu suasana keliling yang literat yang membolehkan pelajar membina konsep yang tepat dan perasaan yang selesa dalam aktiviti membaca dan menulis yang bermakna. Jika menyuruh pelajar membina sikap postif secara lisan akan menghasilkan kesan yang minima, yang pentingnya ialah penyertaan dalam aktiviti membaca yang sebenar dengan panduan dan tunjuk ajar yang berkesan.

1.3.9

Minat dan Motivasi

Menurut Kamarudin Husin (1993), pada kebiasaannya, seseorang itu akan memberikan gerak balas yang lebih spontan dan bermakna jika bahan yang dibacanya itu menarik minatnya. Malahan, sering didapati bahan-bahan yang dianggap susah dapat dibaca dengan baik. Ini berdasarkan keinginan dan minat pelajar untuk membaca. Begitu juga, pelajar yang mempunyai motivasi yang tinggi untuk membaca akan dapat memberi gerak balas yang positif terhadap bahan bacaan dan kegiatan membaca. Marohaini Yusuf (1989) mengemukakan bahawa untuk memberi dorongan dan memupuk minat serta kebiasaan membaca dalam kalangan pelajar-pelajar, guru perlu menyediakan iklim pembelajaran yang baik seperti berikut: a. Menjadikan membaca sebagai kegiatan harian. b. Mengadakan buku, majalah, surat khabar dan bahan-bahan bacaan lain di dalam kelas. c. Menggalakkan pelajar bercerita dan berkongsi pengalaman yang didapati daripada membaca sebarang sumber bahan bacaan.

17

1.3.10 Struktur Cerita Marohaini Yusuf (1989) menjelaskan pembacaan ke atas teks naratif adalah lebih senang diingati dan difahami. Sebaliknya, teks yang menceritakan tajuk atau isi dalam bentuk perincian, fakta demi fakta seperti yang didapati dalam bentuk penulisan ekspositori adalah lebih sukar difahami. Kegagalan pembaca untuk

memahami struktur cerita sesuatu bahan yang dibaca akan menjejaskan kefahaman pembacaan. Ini merupakan salah satu sebab mengurangkan minat membaca muridmurid.

1.4

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian ini adalah berkaitan bagaimana mencari satu penyelesaian kearah membina minat membaca disamping menjawab beberapa persoalan seperti

kurangnya minat membaca di kalangan pelajar. Persoalan inilah yang akan dijadikan panduan bagi mencari penyelesaian dan masalah dalam penyelidikan ini. Antara persoalan-persoalan yang perlu dicarikan penyelesaian adalah seperti berikut 1. Apakah halangan yang menyebabkan minat membaca dalam kalangan murid ini rendah? 2. Apakah langkah yang sesuai dilakukan bagi meningkatkan minat membaca ini? 3. Siapakah yang perlu dilibatkan bagi mencari satu langkah penyelesaian ini? 4. Buku jenis manakah yang dapat menarik minat murid untuk membaca? 5. Faktor- faktor yang menyebabkan minat membaca kurang? 6. Adakah perbezaan yang signifikan diantara jantina dengan minat membaca?18

1.5

OBJEKTIF KAJIAN

Membaca adalah satu asas penting untuk menambahkan pengetahuan, meninggikan tahap pendidikan, mengembangkan daya cipta yang kreatif, pengasas pendengaran kritis serta memupuk pandangan dan nilai hidup yang luas. Ini bererti dengan membaca seseorang itu dapat menghargai alam sekitar, masyarakat dan tamadun dunia yang mempengaruhi hidupnya. Memandangkan pentingnya kegiatan membaca ini menjadi amalan hidup sesebuah masyarakat maka kegiatan ke arah memupuk minat membaca dan membina budaya membaca adalah sesuatu yang harus direncanakan secara positif selaras dengan perkembangan ilmu pengetahuan. Untuk mencapai tahap pembacaan yang tinggi dalam kalangan pelajar-

pelajar, kelengkapan di perpustakaan perlulah dipertingkatkan serta bahan bacaan dalam pelbagai bidang amat diperlukan. 1.5.1 Mengenal pasti bahan bacaan yang digemari dan tajuk-tajuk yang menarik perhatian pelajar. 1.5.2 Menentukan tahap minat membaca di kalangan pelajar dan peratus membaca buku, majalah dan akhbar. 1.5.3 Menentukan signifikan di antara fakor persekitaran iaitu kemudahan mendapatkan sumber bahan bacaan dan lokasi tempat tinggal pelajar dengan minat membaca buku, majalah dan akhbar. 1.5.4 Mengenalpasti halangan kepada minat membaca.

19

1.6

BATASAN KAJIAN

Kajian ini akan dijalankan kepada murid-murid Tahun 4 yang mempunyai seramai 30 orang respondan. Kajian ini hanya melibatkan murid dari Sekolah Kebangsaan Seroli, 31100 Sungai Siput (U), Perak. Sekolah ini terletak dalam daerah Kuala Kangsar . Kebanyakkan murid ini mempunyai minat yang kecil terhadap membaca sama ada bahan melibatkan buku akademik , majalah di Pusat Sumber atau bahan yang dijual di sekolah. Pengenalpastian minat membaca adalah daripada temubual, pinjaman buku Pusat Sumber Sekolah dan juga dapatan daripada Guru Kelas.

1.7

DEFINISI ISTILAH

Pengkajian ini melibatkan beberapa istilah yang perlu diperjelaskan kajian yang dilakukan lebih tepat . Istilah ini adalah merupakan tajuk bagi penyelidikan ini iaitu Meningkatkan Minat Membaca Dalam Kalangan Murid Tahun Empat di Sekolah Kebangsaan Seroli. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, meningkatkan bermaksud bertambah banyak, naik sedikit demi sedikit atau naik makin tinggi Minat pula adalah kecenderungan atau keinginan kepada sesuatu. Minat membaca merupakan kemampuan seseorang berkomunikasi dengan diri sendiri untuk menangkap makna yang terkandung dalam tulisan sehingga memberikan pengalaman emosi yang didapait. terhadap makna bacaan Membaca pula merujuk kepada memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai satu proses mendapat interpretasi yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis.20

akibat dari bentuk perhatian yang mendalam

Minat membaca adalah sumber motivasi kuat bagi seseorang untuk menganalisa dan mengingat serta mengevaluasi bacaan yang telah dibacanya, yang merupakan pengalaman belajar menggembirakan dan akan mempengaruhi bentuk serta intensiti seseorang dalam menentukan cita-citanya kelak dimasa yang akan datang, hal tersebut juga adalah sebahagian dari proses pengembangan diri yang harus sentiasa diasah sebab minat membaca tidak diperoleh dari lahir. (Petty & Jensen, 1980; Hurlock, 1993). Membaca bermaksud membunyikan huruf-huruf yangg ditulis, melihat dan memahami apa-apa yang tertulis.

1.8

KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini diharapkan akan mencetuskan satu maklumat yang penting bagi a) Meningkatkan tahap minat membaca di kalangan murid b) Memberi satu input bagi melaksanakan program membaca dikalangan murid c) Mempelbagaikan kaedah atau strategi meningkatkan kalangan murid minat membaca di

d) Kajian ini juga diharap dapat memberikan makluat minat jenis buku apakah yang murid minati . 1.7.1 Kaedah Kajian

Kajian ini dilakukan dalam kalangan murid tahun Empat Sekolah Kebangsaan Seroli Sungai Siput (U) yang diambil seramai 30 orang responden . Kajian dilakukan secara pemerhatian , instrument kajian dan juga temubual.

21

1.9

RUMUSAN

Kajian ini merupakan suatu tinjauan melalaui pengamatan, pemerhatian dan beberapa instrument bagi mengkaji masalah kurangnya minat membaca dalam kalangan murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Seroli. Kajian ini diharapkan agar dapat mencari penyelesaian untuk meningkatkan minat membaca disekolah ini.

22

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1

PENGENALAN

Membaca merupakan kegiatan yang sangat mendasar sifatnya dan merupakan fitrah manusia. Dalam terminologi Islam, membaca identiti dengan kemampuan seseorang untuk memahami sesuatu yang tersurat (kauliyah) dan bersifat tersirat (kauniyah). Minat membaca murid sekolah masih rendah dan belum ada cara yang efektif untuk meningkatkannya. Kajian ini bagi mencari satu kaedah untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid sekolah ini.

23

2 .2

LITERATURE BERKAITAN

Minat membaca ini berkait rapat dengan beberapa masalah ataupun halangan yang dihadapi oleh murid. Oleh itu beberapa aspek penting yang akan dikaji dalam kajian ini. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji dalam ataupun luar negara menampakkkan faktor kurangnya minat membaca dalam kalangan masyarakat.

2.3

KAJIAN DALAM NEGARA

Banyak kajian yang telah menunjukkan wujudnya pengaruh taraf status sosioekonomi keluarga terhadap pencapaian dan kebolehan kanak-kanak dalam bacaan ( Juriah Long,1975; Asiah Abu Samah, 1977). Pelajar daripada keluarga status ekonomi lebih tinggi didapati memperolehi pencapaian yang lebih baik berbanding dengan pelajar daripada status sosioekonomi yang lebih rendah. Pada umumnya murid-murid di bandar menunjukkan kadar pembacaan yang lebih tinggi daripada murid-murid luar bandar. Di Malaysia satu kajian telah

dijalankan oleh Kibat (1978), ke atas penduduk-penduduk Melayu di luar bandar di Negeri Selangor. Kajian yang dilakukan secara temuramah di dua puluh lima kawasan pendalaman itu menunjukkan bahawa 75.1% daripada penduduk luar bandar di Selangor membaca akhbar, 14.4% membaca majalah dan 7.1% membaca buku. Beliau juga merumuskan bahawa terdapat perhubungan yang signifikan di antara pendapatan dan pekerjaan dengan minat membaca buku tetapi tidak dengan majalah atau akhbar. Walau bagaimanapun umur mempunyai hubungan yang

signifikan dengan minat membaca buku, majalah dan akhbar. Beliau juga mendapati sumber bahan bacaan yang ada menentukan jenis bahan bacaan yang dipilih.

24

Dalam satu kajian lain Mohd. Hamdan (1994) dengan bantuan pelajar-pelajar Sebaran Am, ITM, telah membuat kajian minat membaca ke atas 200 responden di Lembah Kelang. Kaedah yang digunakan ialah persampelan secara rawak dengan borang soal selidik. Sebanyak 60 peratus responden adalah Melayu, 15 peratus Cina, 14 peratus India dan 11 peratus adalah lain-lain bangsa. Keputusan menunjukkan bahawa 100% responden membaca akhbar, 94% responden menunjukkan minat membaca majalah dan 93% responden menyatakan bahawa mereka membaca buku. Satu kajian telah dijalankan ke atas dua buah kampung di Ulu Trengganu untuk menilai taraf kenal huruf dan perkaitannya dengan taraf sosioekonomi. Wan Abdul Manan Muda (1985), mengkaji ke atas 107 orang responden Melayu yang sumber ekonominya ialah pertanian. Beliau mendapati 50% responden mengalami buta huruf dan wanita lebih tinggi peratusnya daripada lelaki. Keputusan juga memaparkan bahawa umur boleh menentukan taraf kenal huruf tanpa mengira bahawa

jantina iaitu umur muda taraf kenal hurufhya tinggi. Juga didapati pendapatan dan kenal huruf adalah berkait rapat.

Sementara itu dalam satu kajian yang lain ke atas penduduk Malaysia yang berumur 16 hingga 60 tahun Professor Dr. Atan Long (1984), mendapati bahawa 97% daripada penduduk Malaysia pernah membaca akhbar dalam tempuh enam bulan, 67% pemah membaca buku dan 42% pemah membaca majalah. Di antara mereka yang tidak membaca akhbar, 41% memberi alasan tiada masa, 12% tidak berminat dan 10% menyatakan kerja lain lebih penting serta sukar mendapatkan akhbar. Mereka yang tidak membaca majalah pula, 49% memberi alasan tiada masa, 23% tidak berminat dan 8% menyatakan kerja lain lebih penting dan sukar mendapatkan majalah.25

Mereka yang tidak membaca buku pula, 59% memberi alasan tiada masa, 11% tidak berminat dan 7% menyatakan kerja lain lebih penting serta sukar untuk mendapatkan buku. Sapiah Hamid (1987) menjalankan kajian terhadap minat membaca dalam kalangan murid tahun IV berdasarkan pemilihan bahan bacaan. Sampel kajian adalah terdiri daripada 166 orang murid Tahun Empat di Subang Jaya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa: 1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam bilangan buku cerita yang dibaca sebulan mengikut jantina, penguasaan bahasa, tahap pendidikan bapa, jenis pekerjaan bapa dan tingkat pendapatan bapa. 2. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam sumber mendapatkan buku-buku cerita yang dibaca mengikut penguasaan bahasa, tahap pendidikan bapa, jenis pekerjaan bapa dan tingkat pendapatan bapa. 3. Terdapat perbezaan yang signifikan di antara minat dengan pemilihan isi kandungan buku sebelum membaca buku-buku, kajian berdasarkan jantina, penguasaan bahasa dan tingkat pendapatan bapa. Ab. Latif dan Noran Fauziah (1992), menjalankan kajian ke atas 177 orang pelajar Melayu Tahun Tiga daripada SRK di Melaka mendapati minat membaca mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian bacaan mekanis. Murid yang memiliki skor minat membaca tinggi memperolehi skor yang tinggi dalam bahagian penyebutan dan pemahaman. Berdasarkan pengelompokan murid kepada peringkat minat membaca, kebanyakan murid (67%) berada dalam kumpulan minat membaca sederhana.

26

Bilangan murid yang tergolong dalam kumpulan peringkat minat membaca tinggi seramai 27% manakala mereka yang berada dalam kumpulan peringkat minat membaca rendah kecil bilangannya (6%). Data ini menggambarkan kebanyakan murid sudah mempunyai minat yang positif terhadap membaca. Perkara yang

kurang ialah kebanyakkan murid belum sampai ke tahap minat membaca yang membolehkan mereka menjadikannya sebagai satu tabiat atau kebiasaan. Minat membaca mereka belum kukuh dan memerlukan bantuan ibu bapa serta guru untuk membimbing, merangsang dan menggalakkan mereka membaca dengan lebih giat lagi.

2.4

KAJIAN LUAR NEGARA

Banyak kajian mengenai minat membaca yang telah dijalankan sebelum ini kerana masalah minat membaca bukanlah satu masalah yang baru. Jones (1986) membuat kajian di New York ke atas murid-murid Tahun Tiga, Empat dan Lima untuk mengetahui jenis pembacaan sebagai hiburan. Seramai 901 orang murid telah dipilih yang terdiri daripada 343 orang murid darjah tiga, 309 orang murid darjah empat dan 249 orang murid darjah lima yang dikehendaki memilih pelbagai jenis buku iaitu fiksyen, sains dan teknologi, misteri, sukan, cerita fantasi, jenaka, puisi, riwayat hidup seseorang, sejarah dan maklumat. Beliau

mendapati kebanyakan buku yang dipilih ialah jenis misteri dan sains serta teknologi. Bolt (1992) yang menjalankan kajian di Canada ke atas 530 orang murid darjah empat, enam dan lapan untuk menunjukkan hubungan pencapaian membaca dengan persekitaran. Beliau mendapati kualiti persekitaran pembacaan dan cara interaksi di rumah memberi kesan yang positif ke atas pembacaan kanak-kanak.27

Tahap pendidikan ibu bapa juga menunjukkan hubungan yang signifikan tetapi minat membaca di kalangan ibu bapa menunjukkan korelasi yang rendah ke atas pembacaan kanak-kanak. Kajian Fitzgerald (1992) yang ditaja oleh kerajaan Peranchis, ke atas anakanak remaja di Perancis mendapati bahawa kadar pembacaan akhbar adalah lebih tinggi daripadaibu bapa mereka. Golongan remaja itu juga mempunyai minat yang tinggi dalam peristiwa semasa dan selalu membincangkannya di dalam bilik darjah. Mereka juga lebih mempercayai berita daripada televisyan berbanding dengan

akhbar. Namun begitu satu daripada empat pelajar-pelajar sekolah tinggi didapati membaca akhbar setiaphari. Topik-topik berita yang paling diminati ialah kesihatan 49%, pendidikan danperkembangan 36% dan persekitaran 27 %. Schorrp (1986) yang menjalankan kajian di Pennsylvania, ke atas 361 orang murid darjah empat mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara murid lelaki dan perempuan dalam kecenderungan membaca. Kecenderungan membaca juga bergantung kepada kemudahan mendapatkan buku, taraf pendidikan bapa, pekerjaan bapa dan persekitaran di rumah. Baker (1989), menjalankan kajian ke atas 96 orang kanak-kanak tadika berumur 4 hingga 5 tahun di San Diego mendapati tiga faktor yang mempengaruhi bacaan kanak-kanak tadika iaitu bahan bacaan yang bersesuaian dengan umur, kekerapan menggunakan perpustakaan dan taraf pendidikan ibu bapa. Moore (1992) menjalankan kajian ke atas kanak-kanak tadika di Amerika, mendapati bahawa cara kanak-kanak berinteraksi sesama teman sekelas dan guru mempunyai hubungan yang signifikan dengan perkembangan bacaan kanak-kanak tersebut.

28

Manakala Bonacci (1993), telah membuat kajian ke atas kanak-kanak darjah enam yang berkemahiran membaca dan tidak berkemahiran membaca. Seramai enam puluh lima kanak-kanak telah disuruh membaca lapan petikan sains yang pendek dan kemudian diuji perbendaharaan kata serta daya mengingat. Beliau mendapati bahawa kanak-kanak yang berkemahiran membaca menunjukkan pencapaian yang lebih baik berbanding dengan kanak-kanak yang tidak berkemahiran membaca dari segi perbendaharaan kata dan daya mengingat.

2.5 RUMUSAN Kajian Literature membincangkan kajian lepas yang dijalankan oleh pengkajipengkaji. Kajian-kajian yang dilakukan oleh mereka dapat mengenalpasti kelemahan-kelemahan ataupun penyebab kurangnya minat membaca. Ini secara tidak langsung dapat dijadikan panduan untuk menanam minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah bahkan dalam kalangan masyarakat. Faktor-faktor yang dinyatakan oleh pengkaji-pengkaji melalui kajian mereka dapat dijadikan panduan untuk memahami aliran minat membaca murid seterusnya dapat membimbing murid untuk meneruskan minat membaca Secara umumnya banyak faktor yang mempengaruhi minat membaca

dikalangan murid sekoah ini. Adalah diharapkan dengan kajian ini dapatlah memberi satu input untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid . Peranan pelbagai pihak juga amat penting dalam usaha memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat.

29

Pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebaikan dan faedah membaca. Pelbagai kempen, pameran, dan pesta buku diadakan sama ada diperingkat kebangsaan ataupun antarabangsa. Di samping itu, cukai import bahan bacaan dari luar negara turut dikurangkan agar bahan itu dapat dijual dengan harga yang lebih mampu dibeli.

Selain bahan dari luar negara, kerajaan juga memberikan insentif khas kepada penerbit tempatan untuk menggalakkan mereka lebih banyak menerbitkan buku. Kemudahan untuk aktiviti membaca seperti perpustakaan perlu disediakan bukan sahaja di kawasan bandar malah juga di luar bandar dan ini termasuklah perkhidmatan perpustakaan bergerak.

Di peringkat sekolah,

guru berperanan besar menarik minat pelajar dilengkapkan dengan kemudahan yang

membaca. Pusat Sumber Sekolah harus

selesa untuk aktiviti membaca di samping mempunyai bahan bacaan yang mencukupi dan sesuai untuk peringkat remaja. Sudut bacaan harus diwujudkan di sekitar sekolah, malah di dalam setiap bilik darjah juga perlu diadakan satu sudut untuk aktiviti membaca. Program yang berkaitan dengan membaca harus diperbanyak seperti kempen membaca dan pertandingan membaca.

Dalam hal ini, ibu bapa haruslah memberikan galakan dan contoh yang baik untuk diikuti oleh anak-anak. Mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai untuk aktiviti membaca seperti sudut bacaan, bahan bacaan yang sesuai, dan kemudahan yang selesa merupakan satu langkah bijak untuk menghasilkan generasi yang mengamalkan budaya membaca..

30

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

PENDAHULUAN

Bab ini adalah merupakan bahagian metodologi kajian yang menerangkan cara bagaimana kajian dilaksanakan, kawasan kajian, responden kajian, instrumen yang digunakan dan cara bagaimana data yang diperolehi dianalisis. Bahagian ini juga membincangkan mengenai kaedah penyelidikan yang meliputi rangka kerja teori dan reka bentuk kajian. Konsep rangka kerja teori menerangkan angkubah yang terlibat manakala reka bentuk kajian meliputi kaedah kajian, latar belakang kajian dan kaedah menganalisis data. Berikutnya bab ini menerangkan tatacara populasi dan persampelan, serta pengubahsuaian instrumen yang digunakan.

31

3.2

REKABENTUK KAJIAN

Mengikut Kerlinger (1973), menyatakan reka bentuk kajian sebagai garis panduan kepada penyelidik di dalam proses pengumpulan dan penganalisaan data. Ia juga membolehkan pengkaji membuat soalan soal-selidik yang mempunyai kesahihan, menepati objektif dan sesuai untuk sesuatu kajian. Kajian ini juga djalankan secara kualitatif yang bertujuan untuk meninjau minat membaca dalam kalangan murid-murid dan kaitannya dengan pendapatan ibu bapa, jantina, umur, pengaruh rakan sebaya, lokasi dan kemudahan sumber bahan bacaan yang didapati. Dalam usaha untuk mendapatkan data serta maklumat yang diperlukan bagi menjayakan kajian ini, kaedah soal selidik digunakan. Soalan-soalan telah dibentuk dengan khusus berdasarkan pengalaman dan pembacaan yang telah dilakukan oleh responden untuk memperolehi data yang diperlukan bagi maksud kajian. Pada asasnya data diperolehi melalui soal selidik ke atas pelajar-pelajar Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Seroli. Dalam soal selidik ini, soalan struktur, pemerhatian dan data pinjaman buku dari Pusat Sumber Sekolah digunakan. Soalan struktur memerlukan responden memberi keterangan mengenai cadangan soalan yang dikemukakan. Berdasarkan temubual dan juga analisa pinjaman buku dari Pusat Sumber sekolah didapati minat membaca bagi murid Tahun Empat ini amat kurang. Pelajar cenderung untuk masuk ke Pusat Sumber hanya sekadar menonton televisyen dan juga berbual-bual sahaja. Jadual 3.1 dan graf 3.1 di bawah menunjukkan jumlah pinjaman buku daripada Pusat Sumber Sekolah dari bulan Januari hingga September 2010.

32

Jadual 3.1: Bilangan Pinjaman Buku Pusat Sumber Sekolah

Carta 3.1:Bilangan Pinjaman Buku Pusat Sumber Sekolah

Graf 1 : Graf Penurunan Pinjaman Buku Pusat Sumber Sekolah

33

Berdasarkan dapatan tersebut , beberapa langkah atau perancangan perlu dibuat bagi meningkatkan minat membaca bagi murid Tahun Empat. Teori Behaviurisme amat sesuai digunapakai. Behavioris berpendapat pembelajaran

adalah perilaku yang diperhatikan secara luaran. Pembelajaran dikatakan berlaku apabila terdapat pertalian antara R-G iaitu rangsangan (R) dan gerakbalas (G). Menurut Skinner (1965) apabila terdapat rangsangan dan gerakbalas secara berulang maka akan berlakulah pembelajaran. Beliau mengemukakan teori

pelaziman operan iaitu tingkahlaku yang diikuti dengan pengukuhan akan menjadi pelaziman. Sekiranya pengukuhan positif diberikan, maka tingkah laku itu akan dilakukan berulang-ulang dan akan menjadi pembiasaan. Menurut Teori

Behaviurisme ini beberapa pendekatan boleh dilakukan oleh guru agar murid Tahun Empat ini dididik untuk menimbulkan minat membaca di sekolah .

a) Penggunaan Pusat Sumber Sekolah Murid diajak bersama-sama ke Pusat Sumber untuk membaca buku dan membuat ringkasannya. Hasil daripada ringakasan bacaan, guru disarankan kepada murid untuk bercerita di depan kelas isi buku yang telah dibaca. Selain itu, guru dapat juga memberikan tugas kepada murid untuk membuat karangan tentang topik tertentu yang secara tidak langsung akan menyebabkan murid banyak membaca buku-buku rujukan dan berbagai sumber lainnya yang relevan. Galakan berupa hadiah bagi murid yang melakukan tugasan dengan baik diberikan.

34

b) Projek NILAM Menjelang 1998, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan satu program bacaan yang dikenali sebagai Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca). Menurut buku Program NILAM : konsep dan pelaksanaan di sekolah (1998), program ini merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah-sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Ia adalah suatu pendekatan penggalakan penyuburan tabiat membaca yang berterusan memandangkan generasi pada masa kini lebih tertarik pada upah dan ganjaran sekiranya melakukan sesuatu. Sebagai dorongan untuk memupuk minat membaca, pihak perpustakaan boleh mengadakan hadiah yang istimewa kepada pelajar-pelajar yang mempunyai rekod pembacaan yang terbanyak. Pelajar-pelajar juga boleh diuji melalui pertandingan membaca.

c) Ceramah Kesedaran Membaca Selain itu, pihak sekolah juga harus mengadakan ceramah kesedaran membaca di sekolah untuk memupuk minat membaca di kalangan pelajar. Minggu yang tertentu juga patut ditetapkan sebagai Minggu Membaca oleh pihak sekolah. Sepanjang Minggu Membaca ini. Pelbagai aktiviti perlu diadakan seperti pertandingan membaca yang bertujuan untuk menyuburkan minat membaca di kalangan pelajar harus diadakan, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya

35

d) Peranan Ibu bapa Peranan ibu bapa dalam memupuk minat membaca di kalangan anak-anak amatlah penting. Ibu bapa seharusnya mengamalkan tabiat membaca untuk menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka, ini secara tidak langsung menimbulkan minat kepada anak-anak ini untuk membaca. Selain itu, ibu bapa perlu menimbulkan suasana yang akan membiasakan diri kanak-kanak dengan bahan bercetak atau buku dengan menyediakan perpustakaan mini di rumah supaya anak-anak terdedah kepada bahan-bahan bacaan pada usia yang muda lagi. Pemilihan memilih hadiah yang sesuai untuk anak-anak mereka yang masih kecil seperti buku cerita yang mempunyai ilustrasi gambar. Lama-kelamaan, minat membaca akan tertanam dalam sanubari anak-anak mereka secara automatik.

e) Pemilihan Jenis Buku Pemupukan minat membaca dalam kalangan murid-murid oleh ibu bapa ini juga dengan cara menentukan buku sebagai keperluan keluarga dan mewujudkan suasana keseronokan membaca dengan: i. Membeli bahan bacaan seperti buku, majalah dan surat khabar untuk bacaan bersama-sama anak-anak di rumah. ii. iii. Membaca bersama-sama anak-anak mereka. Memberikan buku sebagai hadiah kepada anak-anak pada hari-hari istimewa seperti hari lahir. iv. Membawa anak-anak ke perpustakaan dan membawa anak-anak ke pesta-pesta buku.36

f) Penggunaan Komik Salah satu kaedah yang mungkin dianggap remeh atau melucukan oleh ibu bapa dalam memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak mereka ialah penggunaan komik sebagai medium pengetahuan. Komik merupakan satu cabang seni yang sepatutnya dilihat sebagai satu genre sastera. Melalui media ini, pelukis dapat mengungkapkan idea, kritikan, perasaan, pentafsiran, penganalisaan, penghayatan, wawasan dan sebagainya secara

perlambangan. Malahan pandangan positif terhadap komik boleh mendorong pembacaan terbukti di Amerika Syarikat dan Jepun. Di kedua-dua negara tersebut, buku komik yang bermutu telah digunakan secara meluas sebagai bahan bacaan tambahan di sekolah rendah disebabkan tarikan lukisan dan lakaran komik ke atas kanak-kanak. Dalam meletakkan asas pembudayaan membaca dalam kalangan kanak-kanak dan berterusan ke peringkat remaja, peranan ini harus dimainkan oleh para ibu bapa dan guru. Ibu bapa bukan sahaja mesti membaca bersama-sama anak, tetapi juga membimbing mereka membuat analisis, klasifikasi dan lain-lain dan proses ini dapat dilakukan amat berkesan dengan komik. Oleh sebab itulah komik digunakan sebagai bahan bacaan tambahan sekolah di Amerika Syarikat dan Jepun.

g) Pertandingan Mengarang Pertandingan mengarang juga boleh menarik minat pelajar-pelajar membaca.

Tajuk-tajuk pertandingan mengarang mestilah mencabar supaya pelajar-pelajar akan merujuk kepada buku-buku dan seterusnya akan berjinak dengan perpustakaan.

37

h) Peranan Masyarakat Selain itu, peranan masyarakat setempat juga adalah perlu dalam memupuk budaya membaca dalam kalangan murid-murid ini. Masyarakat tanpa mengira tempat boleh menubuhkan perpustakaan bagi memudahkan penduduk yang berhampiran datang untuk membaca atau meminjam buku. Usaha ini boleh dilakukan dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK). Masyarakat kini mungkin boleh mengambil contoh masyarakat di sebuah bandar di Amerika Syarikat iaitu bandar Michigan apabila masyarakat di tempat tersebut telah mengadakan satu program yang diberi nama Born to Read. Dalam program tersebut setiap bayi yang dilahirkan di hospital akan dihadiahkan sebuah buku dan sudah tentu buku tersebut merupakan buku pertama dalam kehidupan bayi tersebut. Malahan ibu bapa tersebut akan menerima satu senarai cadangan cara menyemai minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.

3.2

POPULASI DAN SAMPEL

Kajian tentang minat membaca di kalangan pelajar-pelajar di Kebangsaan Seroli, Sungai Siput (U) iaitu meliputi Kelas tahun Empat. Bagi melaksanakan kajan ini persampelan secara rawak dgunakan.. Bagi mengkaji sampel kajian beberapa langkah perlu dilakukan 1 2 3 Mengenalpasti terlebih dahulu populasi ( murid ) Bilangan populasi ditentukan dahulu Menentukan saiz sampel agar tidak terlalu ramai

38

Menurut Gay dan Airasian (2003), populasi adalah kumpulan sasaran pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan. Sampel kajian pula merujuk kepada responden-responden kajian yang dipilih utntuk mewakili sesuatu populasi Populasi responden yang diambil adalah dalam kalangan murid Tahun Empat. Murid-murid ini terdiri daripada pelbagai kecerdasan . Ini adalah bagi melihat pada aliran minat membaca dikalangan mereka dan jenis bahan bacaan yang digunakan. Murid Tahun Empat seramai 30 orang. Jumlah yang terlalu ramai bagi persampelan akan melibat data yang dipilih terlalu banyak. Oleh itu hanya seramai 30 orang sahaja dipilih. Pemilihan respondan juga melibatkan pelbagai latar belakang Populasi yang dipilih daripada murid Sekolah Kebangsaan Seroli Sungai Siput (U) yang mempunyai bilangan seramai 70 orang. Bilangan yang terlalu ramai untuk persampelan ini dikecilkan lagi mengikut kaedah Persampelan Rawak Mudah. Kaedah ini memerlukan proses pemilihan sampel di mana setiap individu berpeluang untuk dipilih sebagai sampel. Jumlah sampel dihadkan kepada seramai 30 orang sahaja. Kaedah ini merupakan terbaik bagi melihat aliran minat murid terhadap minat membaca.Tahun Lelaki 1 2 3 4 5 6 10 12 15 12 12 10 Jantina Perempuan 3 10 10 15 11 11 13 22 25 27 23 21 Jumlah

Jadual 3. 2 Bilangan Murid Sekolah Kebangsaan Seroli

39

3.4

INSTRUMEN

Dalam penyelidikan satu soal selidik telah dibentuk untuk mengumpulkan data yang diperlukan. Item-item yang dibina dalam soal selidik adalah terdiri daripada tiga bahagian. Bahagian A dan B. Bahagaian C adalah kaji selidik bagi mengenal butir-butir pengenalan responden atau latar belakang demografi murid yang

mempunyai sebelas item. Bahagian B bemula daripada item 12 hingga ke item 50 adalah butir-butir pembacaan akhbar, majalah dan buku termasuk faktor yang menggalakkan pembacaan. Di antara yang disentuh ialah jenis bahan bacaan yang dibaca, alasan tidak membaca, aktiviti selepas membaca, kegiatan masa lapang, kemudahan bahan bacaan dan topik kegemaran. Semua maklumat yang diperolehi disemak untuk diberi kod-kod tertentu. Manakala bahagian C bermula daripada item 5 1 hingga 71 adalah mengenai tahap minat pembacaan akhbar, majalah dan buku. Terdapat 21 kenyataan mengenai minat membaca yang dinyatakan secara positif dan negatif berdasarkan Skala Likert seperti berikut: 1 = Saya sangat tidak setuju dengan kenyataan ini. 2 = Saya tidak setuju dengan kenyataan ini. 3 = Saya tidak pasti dengan kenyataan ini. 4 = Saya setuju dengan kenyataan ini. 5 = Saya sangat setuju dengan kenyataan ini.. Instrumen yang digunakan adalah berpandukan temubual, sola selidk, pemerhatian dan juga data daripada pinjaman buku Pusat Sumber Sekolah. Pemerhatian dijalankan semasa kelas Pusat Sumber dan instrument untuk sampel responden (Rujuk Lampiran ).40

Soal Selidik instrumen ini digunakan bagi mendapatkan data yang tepat. Kaedah kualitatif digunakan. Bagi soal selidik beberapa soalan telah disediakan bagi memudahkan responden menjawab.Soalan jenis tertutup digunakan dimana hanya ada dua jawapan sahaja sama ada Ya ataupun Tdak. Ini memudahkan pengumpulan data . Skala angka digunakan. Instrumen kedua yang digunakan adaah temuduga. Ianya melibatkan komunikasi dua hala antara responden dengan penyelidik. Setiap jawapan dicatatkan bagi melihat aliran minat membaca murid. Temuduga yang dilakukan adalah dalam bentuk kumpulan.. Instrumen ketiga adalah Instrumen Pemerhatian . Ianya bagi melihat

bilangan buku yang pinjam daripada Pusat Sumber Sekolah. Jumlah buku yang dipinjam, jenis buku yang dipinjam juga akan melihat aliran minat membaca dalam kalangan murid Tahun 4. Instrumen ini menggunakan kaedah kualitatif. Borang data disediakan.

3.5

KAJIAN RINTIS

Bagi mendapatkan keesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian ini kajian rintis digunakan. Kajian ini mirip kepada kajian sebenar tetapi jumlah responden tidaklah mengikut jumlah responden sebenar. Menurut Cohen,Maniondan

Morrison(2000), fungsi kajian rintis in ke atas soal selidiki adalah bagi menyemak kejelasan dari segi spek-aspek, arahan dan susunatur soal selidik tersebut. Ia juga bagi mendapat maklumbalas tentang keesahan dan kebolehpercayaan terhadap aspek-aspek soal selidik. Bagi menjalankan kajian rintis ini saya telah memilih seramai 20 orang responden dari kelas Tahun 3 dan instrumen kajian yang sama digunakan.41

3.6

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Soal selidik pungutan data temubual dan pemerhatian digunakan bagi kajian ini, Borang dibentuk ini secara tidak langsung dapat membantu mengumpulkan data serta maklumat yang diperlukan. Secara tidak langsung guru tersebut dalam Pemerhatian atas responden

mengumpul maklumat dan masalah kajian dibuat.

dibuat melalui pinjaman buku Pusat Sumber Sekolah. Data yang dikumpul dianalisa secara kualitatif. Semua borang soal selidik yang telah dikembalikan oleh responden perlu disemak terlebih dahulu bagi memastikan supaya responden mengikut arahan yang dikeluarkan.

3.7

CARA PENGANALISAAN DATA dan peratusan

Data yang dikumpul dan dianalisa secara kualitatif . Kekerapan digunakan bagi melihat aliran responden.

Kaedah kualitatif memerlukan

penghuraian data yang berbeza dengan tidak menggunakan nombor untuk mewakilkan idea-idea tetapi menggunakan huraian yang panjang. Ia menggunakan penganalisaan secara deskriptif.

3.8

RUMUSAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau minat membaca dalam kalangan muridmurid Sekolah Kebangsaan Seroli dan kaitannya dengan umur, jantina, pendapatan penjaga, lokasi dan kemudahan sumber bahan bacaan. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 12 orang pelajar bagi memperbaiki sebarang kelemahan yang terdapat pada borang soal selidik. Setelah dibaiki, ianya dicetak dan digunakan dalam kajian sebenar .

42

BAB 4

ANALISIS DATA

PENDAHULUAN

Dalam bab ini akan membincangkan hasil dapatan secara teperinci terhadap keputusan keputusan yang didapati hasil daripada maklumbalas responden. Hasil dapatan ini akan digunakan untuk perbincangan. Lima pembolehubah bebas iaitu pendapatan ibu bapa, jantina, lokasi dan kemudahan bahan bacaan. Semua

pembolehubah ini akan dibincangkan berdasarkan dapatan dalam bentuk jadual dan peratusan. Penerangan dibuat dalam bentuk data dan secara deskriptif. Berdasarkan analisis data inilah akan didapati apakah pengaruh jantina, pendapatan ibu bapa atau penjaga, lokasi ataupun kemudahan bahan bacaan memainkan peranan yang besar dalam mempegaruhi minat membaca dalam kalangan murid Tahun Empat ini. Selain itu untuk mengenali latar belakang murid profil responden digunakan. Profil inilah yang secara sedikit akan dapat mengesan peranan diri pelajar terhadap minat membaca.

43

4.1

Profile Responden

Bahagian ini akan membincangkan demografi berdasarkan jantina, pendapatan ibu bapa dan lokasi tempat tinggal. 4.1.1 Analisis Latarbelakang Responden

Jantina Lelaki Perempuan

Bilangan (N=30 ) 13 17

Peratusan 43 57

Jadula 4.3 :Latar belakang Responden berdasarkan jantina

Carta 4.2 : Peratusan Responden Lelaki dan perempuan

Jadual 4.3 dan carta peratusan 4.2 di atas menunjukkan seramai 13 orang adalah murid lelaki yang mewakili 43 peratus dan 17 orang murid perempuan yang mewakili 57 peratus. Responden perempuan lebih ramai daripada responden lelaki. Hampir keseluruhan responden merupakan murid yang tinggal di kawasan luarbandar atau kawasan kampung. Lokasi beginilah yang banyak mempengaruhi minat membaca dalam kalangan murid Tahun Empat yang dikaji.44

4.1.2 Latarbelakang Responden berdasarkan Pendapatan Penjaga

Jadual 4.4 :Jadual Berdasarkan Bilangan Pendapatan Keluarga

Carta 4.3 : Bilangan Pendapatan Keluarga dan Peratusan

Berpandukan jadual 4.4 dan carta 4.3 dalam bentuk peratusan dan bilangan di atas, pendapatan penjaga responden telah dikategorikan kepada 5 kategori Ini bagi memudahkan penganalisaan data. Seramai 10 orang responden yang mewakili 33.3 peratus adalah daripada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM300. Pekerjaan bagi keluarga ini adalah nelayan kerana penempatan responden adalah hampir dengan Sungai Perak.

45

Lapan orang pula adalah dari golongan keluarga yang berpendapatan antara RM300 hingga RM499 yang mewakili 26.7 peratus daripada keseluruhan bilangan responden. 5 orang pula mewakili keluarga yang berpendapatan antara RM500 hingga RM699 dan peratusannya adalah 16.7 peratus. Sementara itu, seramai 3 orang yang mewakili 10 peratus adalah dari kalangan keluarga yang berpendapatan RM700 hingga RM899. RM900 hingga RM1000 seramai 4 0rang yang mewakili 13.3 peratus daripada kesseluruhan responden.

4.1.3

Latarbelakang Responden bardasarkan Pekerjaan Penjaga adalah analisis untuk

Latarbelakang Responden berdasaran pekerjaan penjaga

melihat bilangan dan peratusan pekerjaan penjaga respondan. Perkaitan antara pekerjaan penjaga banyak memberi impak terhadap minat membaca murid-murid ini.

Pekerjaan Penjaga Nelayan Penoreh Getah Pekerja Industri Kakitangan Kerajaan Lain-lain

Bilangan (N=30) 3 15 5 2 5

Peratusan 10.0 50.0 16.7 6.7 16.7

Jadual 4.5 : Pekerjaan Penjaga Responden

46

Membaca akhbar

Carta 4.4 : Pekerjaan Penjaga Responden

Berpandukan Jadual 4.5 dan juga carta 4.4 pekerjaan penjaga responden , penyelidik akan dapat membuat kesimpulan kenapakah minat membaca dalam kalangan murid Tahun Empat kurang. Nelayan menyumbangkan seramai 10 peratus atau tiga orang dari segi pekerjaan penjaga. Pendapatan penjaga daripada pekerjaan penoreh getah adalah seramai 15 orang ataupun 50 peratus . Ini kerana persekitaran responden adalah kawasan kampung yang mempunyai kawasan atau ladang getah sendiri. Pekerja Industri bagi penjaga respoden adalah 2 orang atau 16.7 peratus sementara kerja-kerja lain adalah 5 orang ataupun 16.7 peratus.

47

4.2

Laporan Kajian Dapatan latarbelakang responden berdasarkan butir-butir

Bahagian ini membincangkan

pembacaan. Ianya melibatkan minat untuk membaca kepada murid-murid. Ianya secara tidak langsung juga mempengaruhi faktor untuk membaca, tujuan membaca dan bahan yang paling kerap dibaca oleh seseorang pelajar. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi minat membaca terhadap responden ini. Jadual di bawah menunjukkan faktor-faktor yang menggalakkan membaca dalam kalangan murid Tahun Empat.

4.2.1

Faktor Penggalak MembacaBilangan (N=30) 5 10 3 5 5 2 Peratusan 16.7 33.3 10.0 16.7 16.7 6.7

Faktor Penggalak Ibubapa Guru Kawan Diri Sendiri Abang atau kakak Datuk

4.6 : Jadual Latar Belakang Responden Berdasarkan Faktor Yang Menggalakkan Membaca

Carta 4.5 : Latar Belakang Responden Berdasarkan Faktor Yang Menggalakkan Membaca

48

Berdasarkan jadual 4.6 serta carta peratusan 4.5 di atas terdapat enam faktor utama yang mempengaruhi minat membaca responden iaitu ibubapa, guru, kawan-kawan, diri sendiri, abang atau kakak dan bilangan sedikit adalah daripada datuk. 16.7 peratus atau 5 orang mewakili keseluruhan bilangan responden

mendapat galakkan daripada ibubapa responden. Guru pula mewakili 10 orang atau 33.3 peratus yang dijadikan faktor pendorong membaca. 10.0 peratus atau 3 orang adalah mendapat galakkan daripada kawan-kawan sementara faktor penggerak diri sendiri adalah seramai 5 orang atau 16.7 peratus. Angka yang sama juga mewakili abang dan kakak. Datuk adalah bilangan yang paling sedikit mendorong responden untuk membaca iaitu 2 orang sahaja ataupun 6.7 peratus.

4.2.1

Faktor Bahan Bacaan Yang Mempengaruhi Minat membaca

Faktor Penggalak Pusat Sumber Bahan bacaan Jenis bahan bacaan Kedai buku Ingin tahu Peperiksaan Pertandingan Tempat bacaan

Bilangan (N=30) 8 1 4 1 2 7 4 3

Peratusan 26.7 3.3 13.3 3.3 6.7 23.3 13.3 10.0

Jadual 4.7 : Faktor Bahan Bacaan Yang mempengaruhi Minat Membaca

49

Carta 4.6 :Faktor Bahan Bacaan Yang mempengaruhi Minat Membaca

Jika melihat jadual 4.7 dan carta 4.6 di atas di dapati 26.7 peratus atau 8 orang menyatakan Pusat Sumber mempengaruhi mereka untuk membaca. Bahan bacaan pula hanya 1 orang sahaja atau 3.3 peratus sementara jenis bahan bacaan adalah seramai 4 orang atau 13.3 peratus. Kedai buku hanya 1 orang atau 3.3 peratus sahaja kerana jarak antara tempat tinggal responden yang jauh dari punca atau sumber mendapatkan bahan bacaan banyak mempengaruhi minat membaca. Rasa ingin tahu hanyalah 2 orang atau 6.7 peratus tetapi peperiksaan mewakili 7 orang atau 23.3 peratus. Penekanan oleh guru terhadap kepentingan kemajuan akademik mempengaruhi minat membaca terhadap responden yang bertujuan untuk lulus dalam peperiksaan. Pertandingan yang berkala oleh panatia juga menarik minat responden untuk membaca namun hanya 4 orang atau 13.3 peratus daripada keseluruhan responden. Tempat bacaan yang tidak selesa sama ada di rumah atau sekolah menyebabkan responden hanya memberi maklumbalas seramai 3 orang sahaja ataupun 10.0 peratus.50

4.2.2

Analisis Latarbelakang Responden Berdasarkan Tujuan Membaca

Jadual 4.8 : Latarbelakang Responden Berdasarkan Tujuan Membaca

Carta 4.7 : Latarbelakang Responden Berdasarkan Tujuan Membaca

Jadual 4.8 yang dipaparkan menunjukkan seramai 15 orang responden berminat untuk membaca kerana untuk menambahkan ilmu pengetahuan yang mewakili 50 peratus daripada semua responden. 16.7 peratus ataupun seramai 5 orang berminat untuk membaca kerana menentukan masa depan . Responden menyatakan membaca adalah untuk memenuhi masa lapang hanyalah 16.7 peratus atau 5 orang. Peratusan dan bilangan responden yang sama juga bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.51

4.2.3

Analisis Latar belakang Responden Berdasarkan Jenis Bahan Bacaan Yang Paling Kerap Dibaca

Jadual 4.9 : Jenis Bahan Bacaan Yang Paling Kerap Dibaca

Carta 4.8 : Jenis Bacaan Yang Paling Kerap Dibaca

Seramai 4 orang atau 13.3 peratus memilih akhbar sebagai bahan bacaan yang paling kerap dibaca. 23.3 peratus atau 7 responden mmemilih untuk membaca majalah sementara komik seramai 12 orang atau 40.0 peratus yang memberi minat responden untuk membaca . Komik juga sama dengan majalah dari segi bilangan dan peratusan iaitu 7 orang ataupun 23.3 peratus.

52

4.2.4

Analisis Latarbelakang Responden Berdasarkan Bacaan Akhbar

Analisis latarbelakang responden berdasarkan bacaan akhbar berdasarkan bacaan akhbar seperti kekerapan membaca akhbar, jenis akhbar yang paling kerap dibaca, alasan tidak membaca akhbar, topik yang paling digemari, waktu dan masa yang diambil untuk membaca akhbar dan sumber akhbar diperolehi. Aliran ini akan menunjukkan minat membaca dalam kalangan responden.

a) Analisis Latar Belakang Responden Berdasarkan Kekerapan Membaca akhbar

Membaca akhbar Ya Tidak

Bilangan (N=30) 10 20

Peratusan 33.3 66.7

Jadual 4.10 : Kekerapan Membaca akhbar

Carta 4.9 : Kekerapan Membaca akhbar

Jadual 4.10 di atas menunjukkan minat membaca terhadap akhbar. Seramai 10 orang responden atau 33.3 peratus berminat untuk membaca akhbar. 66.7 peratus atau 20 orang memilih tidak berminat untuk membaca akhbar. Keadaan ini berlaku kerana faktor jarak penempatan dan juga dorongan keluarga untuk membeli akhbar tersebut.53

b) Analisis Latar Belakang Responden Berdasarkan Alasan Tidak Membaca AkhbarAlasan tidak berminat membaca Tiada masa sukar mendapatkannya Tidak berminat Bilangan (N=30) 7 15 8 Peratusan 23.3 50.0 26.7

Jadual 4.11 : Alasan Tidak Membaca Akhbar

Carta 4.10 :Berdasarkan Alasan Tidak Membaca Akhbar

Berdasarkan jadual 4.11 dan carta 4.10 di atas menunjukkan

mengapakah

kurangnya minat membaca dikalangan responden ini. Seramai 7 orang atau 23.3 peratus menyatakan tiada masa untuk membaca. Responden yang menyatakan sukar mendapatkan sukar mendapatkan bahan akhbar pula banyak mencatatkan peratusan aitu 50.0 peratus ataupun 15 orang dan responden yang tidak berminat membaca adalah 26.7 peratus ataupun 8 orang.

54

4.2.4 Analisis Latar Belakang Responden Berdasarkan Bacaan Majalah Bahagian ini akan membincangkan analisis latar belakang responden berdasarkan bacaan majalah seperti kekerapan membaca majalah, alasan tidak membaca majalah, majalah yang diminati, masa dan waktu membaca majalah dan sumber dari mana majalah didapati. a) Analisis Latar Belakang Responden Berdasarkan Kekerapan Membaca Majalah

Membaca majalah Ya Tidak

Lelaki 6 7

Perempuan Bilangan (N=30) 7 10 13 17

Peratusan 43.3 56.7

Jadual 4.12 : Latar Belakang Responden Berdasarkan Bacaan Majalah

Carta 4.11 : Latar Belakang Responden Berdasarkan Bacaan Majalah Minat membaca dikalangan responden lelaki menunjukkan perbezaan antara lelaki dan perempuan. Minat membaca responden lelaki adalah 6 orang dan perempuan 7 orang ataupun jumlah 13 orang peratusannya 43.3. Bagi yang tidak membaca

majalah adalah 7 orang bagi lelaki dan perempuan 10 orang yang berjumlah 17 orang dan peratusannya adalah 56.7 peratus.55

a) Analisis Latar Belakang Responden Berdasarkan Majalah Yang DiminatiJenis majalah Dewan Pelajar Asuh Gila-gila Mangga Komik Dunia Islam Dewan Kosmik Bilangan (N=30) 2 53 2 15 1 2

Peratusan 6.7 16.7 10.0 6.7 50.0 3.37

Jadual 4.13 : Latar Belakang Responden Berdasarkan Majalah Yang Diminati

Carta 4.12 : Latar Belakang Responden Berdasarkan Majalah Yang Diminati

Jadual 4.13 di atas menunjukkan 2 orang atau 6.7 peratus memilih Dewan Pelajar, sementara 5 orang ataupun 16.7 memiih majalah Asuh. Gila-gila mewakili 3 orang ataupun10 peratus, responden yang memilih majalah Mangga adalah seramai 2 orang ataupun 6.7 peratus. Dunia Islam paling sedikit dipilih oleh responden iaitu seorang ataupun 3.3 peratus. Bagi Dewan Kosmik pula adalah 7 peratus ataupun 2 orang sahaja.

56

4.2.5

Analisis Latar Belakang Responden Berdasarkan Bacaan Buku

Bahagian ini akan membincangkan analisis latar belakang responden berdasarkan bacaan buku. Ini termasuklah kekerapan membaca buku, jenis buku yang diminati, bilangan buku yang dibaca sejak tiga bulan yang lalu, sumber buku didapati, perkara yang perlu diambil perhatian sebelum membeli buku dan waktu serta masa membaca buku. a) Analisis Latar Belakang Responden Berdasarkan Kekerapan Membaca Buku

Jadual 4.14 :Latar Belakang Responden Berdasarkan Kekerapan Membaca Buku

Carta 4.13 : Latar Belakang Responden Berdasarkan Kekerapan Membaca Buku

Jadual 4.14 menunjukkan bahawa seramai 14 orang responden (46.7%) membaca buku dalam masa tiga bulan yang lalu manakala 16 orang responden (53.3%) tidak membaca buku dalam tempoh tersebut.

57

b) Analisis Latar Belakang Responden Berdasarkan Jenis Buku Yang Paling Diminati

Jenis buku Buku cerita Pengetahuan Agama Pelajaran Sekolah Sains dan Teknologi Cerita fiksyen Penyiasatan

Bilangan (N=30) 12 36 3 3 3

Peratusan 40.0 10.0 20.0 10.0 10.0 10.0

Jadual 4.15 Jenis Buku Yang Paling Diminati

Carta 4.14 : Jenis Buku Yang Paling Diminati Jadual 4.15 di atas menunjukkan bahawa seramai 12 orang responden (40.0%) minat membaca buku-buku cerita, 3 orang responden (l0.0%) meminati buku-buku pengetahuan agama, 6 orang responden (20.0%) meminati buku-buku pelajaran sekolah . Seramai 3 orang responden (10 .0%) meminati buku-buku sains dan teknologi. Seramai 3 orang responden (10.0%) meminati buku-buku cerita fiksyen dan seramai 3 orang responden (10.0%) meminati buku-buku cerita penyiasatan.

58

c) Analisis Latar Belakang Responden Berdasarkan Jumlah Buku Yang Dibaca

Bil Buku 0 1 2 3 4 5 6 7

Bilangan (N=30)3 2 10 15 12 30 10 4

Peratusan 10.0 6.7 33.3 50.0 40.0 100.0 33.3 13.3

Jadual 4.16 : Latar Belakang Responden Berdasarkan Jumlah Buku Yang Dibaca

Carta 4.15 : Latar Belakang Responden Berdasarkan Jumlah Buku Yang Dibaca

59

Jadual 4.16 menunjukkan bahawa seramai 3 orang responden (1.0%) tidak membaca sebarang buku sejak tiga bulan yang lalu, 2 orang responden (6.7.0%) membaca sebuah buku, 10 orang responden (33.3%) membaca dua buah buku, 15 orang responden (50.0%) membaca tiga buah buku dan 12 orang responden (40.0%) membaca empat buah buku. Seramai 30 orang responden (100.0%) membaca lima buah buku, 10 orang responden (33.3%) membaca enam buah buku dan 4 orang responden (13.3%) membaca tujuh buah buku sejak tiga bulan yang lalu. Min bagi bilangan buku yang dibaca ialah 3 , mediannya 10 dan modnya juga 4 buah buku.

4.3 Analisis Latar Belakang Responden Berdasarkan Faktor Persekitaran

Bahagian ini akan membincangkan analisis faktor persekitaran seperti jarak di antara rumah dengan sumber bahan bacaan dan kemudahan bahan bacaan sama ada

mencukupi ataupun tidak. Ini penting bagi melihat aliran yang menyebabkan minat membaca itu kurang atau tidak. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan

terbantutnya ataupun terkurangnya murid-murid ini untuk menambahkan minat ataupun meneruskan minat untuk membaca. Keadaan ini jika tidak diambil perhatian akan menjejaskan usaha untuk menimbulkan minat murid ini terhadap buku.

60

4.3.1

Analisis Latar Belakang Responden Berdasarkan Jarak di Antara Rumah

Dengan Sumber Bahan Bacaan

Jarak Kurang 1 km Kurang 2 km 3 hingga 5 km

Bilangan (N=30) 8 16 6

Peratusan 26.7 53.3 20.0

Jadual 4.17 : Latar Belakang Responden Berdasarkan Jarak di Antara Rumah Dengan Sumber Bahan Bacaan

Carta 4.16 : : Latar Belakang Responden Berdasarkan Jarak di Antara Rumah Dengan Sumber Bahan Bacaan

Jadua1 4.17 menunjukkan bahawa seramai 8 orang responden (26 .7%) tinggal kurang daripada 1 km jauhnya dari sumber bahan bacaan. Seramai 16 orang responden (53.3%) tinggal di antara 2 km dari sumber bahan bacaan, 6 orang responden (20.0%) tinggal di antara 6 km dari sumber bahan bacaan dan 117 orang responden (43.3%) tinggal lebih daripada 5 km jauhnya dari sumber bahan bacaan.61

BAB 5

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1

PENDAHULUAN

Globalisasi yang berlaku mutakhir ini mempunyai potensi besar sebagai cabaran utama masyarakat dunia. Maka warga pendidikan termasuk pelajar dan pendidik harus mempersiapkan diri mereka dengan kepelbagaian ilmu pengetahuan supaya mereka tidak tersisih dari perkembangan mutakhir. Jika tidak ianya memberi kesan signifikan dari segi spirituil, sosial, ekonomi dan politik. Sebagai langkah utama, pemupukan budaya membaca perlu diteruskan kerana ilmu yang diperolehi melalui amalan membaca amat berharga. Ilmu pengetahuan merupakan satu keperluan hidup. Ia mampu membuatkan seseorang itu memperoleh ilmu, imaginasi, maklumat dan kematangan minda. Oleh yang demikian, kesedaran tentang pentingnya budaya membaca adalah titik tolak utama ke arah menjayakan pemupukan budaya membaca di kalangan.

62

Maka, strategi-strategi tertentu perlu dilakukan dari sekarang supaya pelajarpelajar tidak lagi menjadikan amalan membaca sebagai suatu yang membosankan dan ianya sebagai langkah mengatasi masalah keintelektualan pelajar yang bakal bergelar mahasiswa supaya kegersangan buah pemikiran tidak berlaku dikalangan bakal-bakal mahasiswa kelak. Walaupun jika diteliti dan disoroti, isu malas membaca merupakan isu yang sudah lama diperkatakan, namun setidak-tidaknya kita perlu menganjakkan permasalahan ini dan bukan

pemikiran kita untuk terus mengatasi belenggu

semata-mata berdiam diri kerana budaya membaca adalah budaya turun temurun yang sukar dilenyapkan. Sesungguhnya generasi masa depan adalah bergantung kepada corak perlaksanaan kita pada hari ini. Sebagai generasi pelapis kepada pemimpin membaca. Berdasarkan

masyarakat, pelajar-pelajar harus menghayati budaya

dapatan kajian, didapati, majoriti daripada responden minat untuk membaca adalah pada tahap sederhana. Namun, malangnya sebahagian besar daripada responden iaitu majoriti

daripada pelajar membudayakan pembacaan bercorak bacaan ringan seperti komik, majalah hiburan, novel dan sebagainya. Ini menyebabkan kegagalan dalam

melahirkan insan yang bersifat functional literacy iaitu tidak dapat dicabar dari sudut kebenaran, kesahihan dan nilai intelektual kerana bahan yang paling diminati adalah berbentuk bahan ringan, picisan dan hiburan. Kelangsungan daripada itu, adalah perlu diwujudkan usaha-usaha bagi semua pihak untuk sama-sama menyuburkan lagi proses peningkatan budaya membaca agar dapat melahirkan kalangan pelajar yang ketagih buku serta penerapan sikap minat membaca dikalangan pelajar.63

Pelajar harus menjadikan budaya membaca sebagai satu keperluan kerana negara berkehendakkan tenaga kerja yang berilmu dan bukan sekadar pekerja yang bermaklumat. Sesungguhnya, bangsa yang menguasai ilmu dan menggunakan ilmu dengan baik, akan memerintah dunia. Kajian ini telah membuat tinjauan mengenai minat membaca buku, majalah dan akhbar dalam kalangan pelajar-pelajar dan kaitannya dengan pendapatan penjaga, umur, jantina,lokasi dan kemudahan sumber bahan bacaan. Dalam bab ini akan dibincangkan objektif kajian iaitu untuk mengetahui sejauh manakah minat membaca dalam kalangan murid-murid Tahun Empat dan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhinya seperti pendapatan penjaga, jantina, lokasi dan kemudahan sumber bahan bacaan. Bab ini juga akan membincangkan mengenai dapatan kajian yang telah dijalankan dan juga rumusan mengenai kajian tersebut. Beberapa cadangan untuk menggalakkan minat membaca di kalangan pelajar-pelajar dan saranan bagi kajian lanjutan juga akan dibincangkan dalam bab ini.

5.2

RUMUSAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan untuk menentukan faktor yang mempengaruhi minat membaca dalam kalangan murid Tahun Empat. Kaedah yang digunakan adalah temubual , soal selidik dan juga data pinjaman buku pusat Sumber Sekolah. Sampel kajian atau responden adalah seramai 30 orang murid Tahun Empat. Kajian ini terbahagi kepada dua pendekatan utama iaitu pertama soalan-soalan soal selidik yang berbentuk struktur dan bukan struktur

64

Bahagian keduanya soalan-soalan dengan menggunakan skala Likert dengan lima pilihan. Kedua-dua bahagian ini dianalisis dengan menggunakan kaedah kualitatif. Bahagian pertama dianalisis secara diskriptif .

5.3

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

5.3.1 Faktor Pendapatan PenjagaBilangan Buku Yang Dibaca Jumlah Pendapatan 0 Kurang dari RM300 RM300 hingga 499 RM500 hingga 699 RM700 hingga RM899 RM900 hingga RM1000 21 2 3 4 5 6 7

1 11

1 13 1 1 1 2 3 3 3 6

5.18 :Jadual Pendapatan Penjaga Dengan BiIangan Buku Yang Dibaca

Hasilnya didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pendapatan penjaga dengan minat membaca majalah dan minat membaca akhbar. Namun begitu terdapat perbezaan yang signifikin di antara pendapatan penjaga dengan minat membaca buku. Ini jelas ditunjukkan dalam jadual 5.18

65

Lebih tinggi pendapatan penjaga akan mempengaruhi lebih banyak buku dibaca. Ini menunjukkan wujud hubungan yang teguh di antara pendapatan penjaga dengan jumlah buku yang dibaca. Dapatan ini juga selaras dengan Katni (1978) yang merumuskan bahawa terdapat perhubungan yang signifikan di antara pendapatan dengan minat membaca buku. Begitu juga kajian yang dijalankan oleh Schorrp (1986) di Perancis kecenderungan atau minat membaca bergantung kepada taraf pendidikan , pekerjaan dan juga pendapatan penjaga.

Kajian di kampung Ulu Trengganu oleh Wan Abdul Manan Muda (1985) , mendapati kadar buta huruf adalah 50% , dimana punca pendapatan adalah pertanian. Ini menunjukkan perkaitan antara pendapatan dengan minat membaca ,pendidikan , pekerjaan dan juga pendapatan penjaga. Ia juga bersangkutan dengan membaca.

5.3.2

Faktor Jantina

Perbezaan diantara jantina memainkan peranan penting dalam mendorong minat untuk membaca buku, majalah dan akhbar. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina dengan minat membaca akhbar dan buku. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan diantara jantina dengan minat membaca majalah.

Membaca majalah Ya Tidak

Lelaki 6 7

Perempuan Bilangan (N=30) 7 10 13 17

Peratusan 43.3 56.7

Jadual 5.18 : Latar Belakang Responden Berdasarkan Bacaan Majalah66

Jadua1 5.18 menunjukkan bahawa terdapat perhubungan di antara jantina dengan minat membaca majalah. Peratus membaca majalah di kalangan pelajar perempuan (23.30%) lebih tinggi berbanding dengan pelajar lelaki (20%). Ini jelas menunjukkan perbezaan di antara jantina dengan minat membaca majalah. Dapatan ini menyokong Atan Long (1974) yang mendapati kanak-kanak perempuan Melayu mempunyai perbendaharaan kata asas yang lebih banyak daripada kanak-kanak lelaki Melayu.

5.3.3

Faktor Lokasi

Dalam kajian ini penyelidik ingin menentukan sama ada terdapat perbezaan di antara lokasi dengan minat membaca buku, majalah dan akhbar. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara lokasi dengan minat membaca buku, majalah dan akhbar. Ini menunjukkan bahawa faktor lokasi juga mempengaruhi minat membaca buku, majalah dan akhbar.

Jarak Kurang 1 km Kurang 2 km 3 hingga 5 km

Bilangan (N=30) 8 16 6

Bilangan Buku Dibaca 12 10 5

Jadual

5.20 : Faktor Lokasi dengan Bilangan Buku Yang Dibaca

67

Jadual 5.17 : Faktor Lokasi dengan Bilangan Buku Yang Dibaca

Faktor lokasi juga memainkan peranan penting dalam memupuk minat membaca alam kalangan murid ini. Jika dilihat pada jadual 5.20 dan carta 5.17 didapati apabila jarak lokasi dari sumber mendapatkan bahan bacaan jauh bilangan buku yang dibaca berkurangan . Ini jelas jaraknya kurang dari 1 km bilangan buku yang dibaca sebanyak 12 naskah tetapi semakin jauh dari lokasi bilangan buku yang dibaca semakin merosot. Jarak kurang dari 2 km bilangan buku yang dibaca oleh seramai 16 orang responden adalah 10 buah. Jarak lebih daripada 3 hingga 5 km bilangan pembaca dan bilangan buku yang dibaca pun semakin berkurangan.

5.3.4

Faktor Kemudahan Sumber Bahan Bacaan Dalam kajian ini penyelidik ingin melihat perbezaan di antara kemudahan

sumber bahan bacaan dengan minat membaca buku, majalah dan akhbar. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kemudahan sumber buku dengan minat membaca buku dan kemudahan sumber majalah dengan minat membaca majalah.

68

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara kemudahan sumber akhbar dengan minat membaca akhbar. Ini menunjukkan kemudahan mendapatkan akhbar mempengaruhi minat membaca akhbar.

5.4

Implikasi Dapatan KajianDapatan kajian ini dijadikan sebagai bahan rujukan kepada pihak pentadbir

sekolah, guru kelas dan juga Penyelaras Pusat Sumber. Dapatan kajian ini menunjukkan guru perlu didedahkan pengetahuan tentang minta dan masalah murid dalam

meningkatkan minat membaca. Guru-guru seharusnya sedar akan kehendak dan keperluan terhadap buku dan sumber bahan bacaan. Pihak pentadbir sekolah boleh mengambil tindakan untuk mempertingkatkan minat membaca dalam kalangan murid. Dari aspek pedagogi, guru-guru dapat membantu murid menanam minat dan mengekalkan perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran melalui kepelbagaian kaedah, teknik, strategi dan Bahan Bantuan Mengajar. Murid dapat memanfaatkan buku kepada murid pada masa depan kelak. Ini merupakan petanda yang positif dalam pembentukan personaliti murid. Sifat mencintai ilmu akan dapat membentuk personaliti, mengasuh kefahaman pemikiran, menghalusi nilai keindahan dan juga merupakan pengantara yang penting dalam proses bagi kanak-kanak menguasai dan memperoleh nilai-nilai hidup bagi menyesuaikan diri dalam kehidupan bertamadun.

Hasil kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada murid-murid Tahun Empat masih belum mencapai tahap pembacaan yang tinggi. Oleh yang demikian galakan membaca perlu dijalankan untuk meningkatkan tahap pembacaan mereka. Di antara langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menggalakkan membaca ialah:

69

5.4.1 Menanam Kesedaran Kepentingan membaca Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Dengan membaca kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang ilmu-ilmu di sekeliling kita. Tapi ianya juga bergantung kepada bahan bacaan yang dibaca juga. Kalau bahan bacaan itu berbentuk ilmiah pasti ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Ilmu pengetahuan itu pasti berguna untuk masa sekarang ataupun masa hadapan. Kesedaran ini dapat dipupuk agar setiap responden dapat menambahkan minat membaca.

5.4.2 Membaca adalah senaman Minda Membaca adalah satu senaman minda. Inilah satu cara yang perlu dipupuk kepad murid-murid ini. Jika senaman tubuh badan itu sangat penting untuk mendapat kesihatan yang sihat maka begitu la juga senaman minda ini untuk kesihatan minda. Dengan membaca akan melakukan satu proses aktif minda . Ini kerana murid-murid menggunakan sel-sel dalam otak untuk berfikir dan mengaktifkan sel-sel tersebut seterusnya membuatkan minda menjadi lebih sihat. Penerapan membaca adalah senaman perlu dilakukan agar murid dapat menghayati budaya ilmu juga disamping mendapat kesihatan yang baik.

5.4.3

Kempen Galakan Membaca

Galakan membaca ke atas murid-murid boleh bermula dengan kempen membaca buku. Di samping kempen ini pihak pengurusan sekolah juga boleh mengadakan minggu membaca. Sebagai contoh minggu membaca boleh diadakan sebulan sekali iaitu pada minggu pertama setiap bulan.

70

5.4.4

Hari Perpustakaan

Pihak pengurusan sekolah boleh juga mengadakan hari perpustakaan sekolah. Sebelum itu perpustakaan sekolah perlulah mengambil langkah berikut: 1. Menyediakan bahan-bahan bacaan yang sesuai dengan keperluan pelajar. 2. Menyusun koleksi perpustakaan. 3. Menggalakkan penggunaan bahan-bahan perpustakaan melalui perkhidmatan pinjaman dan perkhidmatan rujukan serta sumber maklumat. 4. Menyebarkan maklumat terkini yang terdapat di perpustakaan kepada pelajar. 5. Khidmat bantuan kepada pelajar yang menghadapi masalah mendapatkan buku. 5.4.5 Program Orientasi

Setiap tahun sekolah akan menerima pelajar-pelajar baru dan biasanya akan diadakan minggu orientsi untuk menyesuaikan diri pelajar-pelajar dengan alam persekolahan yang baru. Program orientasi ini membolehkan pelajar-pelajar diperkenalkan kepada bahan-bahan perpustakaan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan. Program ini akan menambahkan minat terhadap buku dan mencintai buku.

5.4.6

Buku

Salah satu acara yang menarik ialah kuiz buku. Pelajar-pelajar disenaraikan buku-buku yang perlu dibaca sebelum diadakan kuiz tersebut. Dengan ini secara tidak langsung akan memupuk minat membaca dalam kalangan murid.

71

5.4.7

Papan Tanda

Pihak sekolah boleh memainkan peranan penting dalam usaha untuk meningkatkan minat membaca. Salah satu caranya ialah melalui kesedaran betapa pentingnya membaca. Ini boleh dilakukan dengan menempatkan papan-papan tanda yang mengandungi cogan kata yang boleh merangsang minat membaca. Papan-papan tanda tersebut perlulah diletakkan di tempat-tempat yang strategik untuk menarik perhatian pelajar.

5.4.8

Jadikan Aktiviti Membaca Bersama Seronok Dan Tidak Dapat Dilupakan

Ibubapa perlu memberikan tanggapan yang positif terhadap membaca dengan menjadikannya aktiviti yang seronok untuk sekeluarga. Ketika membaca bersama anak anda, berceritalah secara aktif untuk membuatkannya lebih mengujakan. Gunakan kesan bunyi dan gerakan isyarat supaya anak dapat mengaitkan membaca dengan keseronokan. Sebaik sahaja anda habis membaca, biarkan anak bercerita tentang watak kegemaran atau bahagian cerita yang paling menarik.

5.4.9

Biarkan Anak Memilih Buku Sendiri

Bagi menggalakkan anak banyak membaca, berikan peluang kepada anak untuk memilih buku dari perpustakaan ataupun kedai buku. Pada masa yang sama, perkenalkan kamus dan ensiklopedia yang penuh dengan maklumat kepada anak anda. Sekiranya anak bertanyakan soalan, galakkan anak menimba pengetahuan baru dengan menggunakan kedua-dua bahan bacaan tersebut. Ini bukan sahaja dapat mengajar mereka cara menggunakan kamus dan ensiklopedia secara efektif, malah juga dapat menggalakkan pencarian pengetahuan.

72

5.4.10 Menjadi Kreatif Membaca bukan setakat daripada buku; anda boleh menggalakkan anak anda membaca pada bila-bila masa dengan memperkenalkan kepelbagaian bahan bacaan. Sebagai contoh, anak anda boleh membaca daripada kotak bijirin dan risalah pasaraya kerana kebanyakannya kerap memaparkan perkataan dan frasa yang menarik. Semasa berada di restoran, biarkan anak membaca menu. Bahan bacaan lain yang menyeronokkan termasuklah keratan komik pada surat khabar dan buku program televisyen yang berwarna-warni. Kerajaan hendaklah memperbanyak perpustakaan di desa, supaya remaja di desa dapat meminjam buku secara berkala dan dengan memperbanyak perpustakaan dapat membantu remaja yang tidak bermampu untuk membeli buku. Di samping itu, pihak kerajaan dan swasta hendaklah berganding bahu menjalankan kempen mengenai kesedaran akan membaca dalam kalangan remaja , dan menghebahkan kepentingan serta manfaat amalan membaca kepada seluruh negara.

5.5

Cadangan Kajian Lanjutan

Berdasarkan kajian ini, berikut adalah saranan-saranan bagi kajian selanjutnya: 1. Kajian ini hanya tertumpu dalam kalanagn murid Tahun Empat sahaja. Kajian yang sama patut diperluaskan bagi kelas yang lain bagi menguatkan dan

menambahkan beberapa dapatan yang baru. 2. Kajian mengenai minat membaca ini juga boleh dijalankan ke atas seluruh muridmurid bukan sahaja di SK Seroli malah di seluruh sistem persekolahan di Daerah kecil Sungai Siput (U).

73

3. Kajian ini mendapati bahawa pelajar-pelajar dari golongan yang berpendapatan rendah kurang bertninat untuk membaca. Satu kajian patut dijalankan untuk melihat mengapa fenomena ini terjadi. 4. Kajian mengenai minat membaca ini juga adalah sesuai juga dijalankan ke atas guru-guru untuk melihat tahap pembacaan di kalangan mereka. Di antara faktorfaktor yang boleh dikaji termasuklah perbezaan di antara jantina,pendapatan, kategori dan lokasi sekolah dengan minat membaca.

KESIMPULAN Kajian ini telah memenuhi objektif kajian dan menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara pendapatan penjaga dengan minat membaca buku, umur dengan minat membaca majalah dan akhbar, jantina dengan minat membaca majalah serta kemudahan mendapatkan akhbar dengan minat membaca akhbar. Keputusan kajian mungkin dapat memb