optometri

5
Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH optometri OPTOMETRI Salah satu bidang profesional di sektor kesihatan yang masih kurang dan segi jumlah sumber manusia ialah optometri. Ketika ini terdapat 280 optometris di negara ini. Jumlah ini amat kecil jika dibandingkan dengan jumlah penduduk negara yang kini berjumlah 20 juta orang. Nisbah pengamal (optometris) kepada penduduk yang ideal, berdasarkan angka dari negara maju ialah 1:5000. Maka untuk menjangkau nisbah ini negara memerlukan kurangnya 3520 optometris. Ketika ini pengamal di bidang ini tidak mencukupi meningkatkan keperluan pasaran. Taraf kesihatan yang semakin baik menyebabkan ramai mempunyai jangka hayat lebih panjang. Ini bermakna lebih ramai yang memerlukan pemeriksaan mata dan seterusnya bantuan seperti cermin mata atau kanta sentuhan. Optomeris adalah mereka yang terlatih dan mempunyai kelayakan akademik di bidang optometri yang memberi perkhidmatan dalam pemeriksaan mata dan penguijian penglihatan, memberi khidmat nasihat tentang masalah penglihatan, penyakit mata dan merawat gangguan-gangguan fungsi sistem mata. Dengan kata lain, mereka yang bergelar optometris adalah mereka yang pernah mendapat latihan formal, diajar secara teori dan praktikal oleh tenaga pengajar yang terlatih lagi profesional. Optometri ialah satu profesion kesihatan yang autonomos, berpelajaran di peringkat ijazah dan berdaftar. Manakala optometris adalah pengamal kesihatan primer ke atas mata dan sistem visual, yang memberikan khidmat jagaan mata merangkumi refraksi, pendispensan, diagnosis/pengurusan penyakit mata dan rehabilitasi keadaan-keadaan sistem visual. Optometnis berbeza dengan oftalmologis. Oftalmologis adalah seorang pengamal perubatan yang mempunyai kepakaran di bidang pembedahan mata. Ia juga berbeza dengan juruoptik Manmohan Singh /03/08/2010 muka surat 1/5

Upload: sar

Post on 11-Jan-2016

20 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ddd

TRANSCRIPT

Page 1: OPTOMETRI

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH optometri

OPTOMETRI

Salah satu bidang profesional di sektor kesihatan yang masih kurang dan segi jumlah sumber manusia ialah optometri. Ketika ini terdapat 280 optometris di negara ini. Jumlah ini amat kecil jika dibandingkan dengan jumlah penduduk negara yang kini berjumlah 20 juta orang. Nisbah pengamal (optometris) kepada penduduk yang ideal, berdasarkan angka dari negara maju ialah 1:5000. Maka untuk menjangkau nisbah ini negara memerlukan kurangnya 3520 optometris. Ketika ini pengamal di bidang ini tidak mencukupi meningkatkan keperluan pasaran. Taraf kesihatan yang semakin baik menyebabkan ramai mempunyai jangka hayat lebih panjang. Ini bermakna lebih ramai yang memerlukan pemeriksaan mata dan seterusnya bantuan seperti cermin mata atau kanta sentuhan. Optomeris adalah mereka yang terlatih dan mempunyai kelayakan akademik di bidang optometri yang memberi perkhidmatan dalam pemeriksaan mata dan penguijian penglihatan, memberi khidmat nasihat tentang masalah penglihatan, penyakit mata dan merawat gangguan-gangguan fungsi sistem mata. Dengan kata lain, mereka yang bergelar optometris adalah mereka yang pernah mendapat latihan formal, diajar secara teori dan praktikal oleh tenaga pengajar yang terlatih lagi profesional. Optometri ialah satu profesion kesihatan yang autonomos, berpelajaran di peringkat ijazah dan berdaftar. Manakala optometris adalah pengamal kesihatan primer ke atas mata dan sistem visual, yang memberikan khidmat jagaan mata merangkumi refraksi, pendispensan, diagnosis/pengurusan penyakit mata dan rehabilitasi keadaan-keadaan sistem visual. Optometnis berbeza dengan oftalmologis. Oftalmologis adalah seorang pengamal perubatan yang mempunyai kepakaran di bidang pembedahan mata. Ia juga berbeza dengan juruoptik yang banyak membuka premis kacamata. Tugas juruoptik sepatutnya hanya berkaitan dengan kerja-kerja racikan kanta cermin mata mengikut preskripsi. Bidang optometri mempunyai prospek kerjaya yang meluas pada masa kini dan masa hadapan. Ini berasaskan kepada permintaan yang tinggi memandangkan ramai penduduk yang mencapai usia 40 tahun.memerlukan kanta pembetulan untuk membaca dan melakukan tugasan harian perubahan fisiologi yang dijangkakan. Ketika ini, hanya UKM menawarkan program optometri di peringkat sarjana muda untuk tempoh tiga tahun. Semasa pengajian di tahun pertama, pelajar didedahkan dengan mata pelajaran sains asas seperti optik fizikal dan geometrikal, anatomi okular, optik visual dan psikologi okular. Pelajar juga perlu mengikuti kursus-kursus sains kesihatan umum seperti anatomi umum, fisiologi manusia, mikrobiologi dan biokimia. Pada tahun kedua, pelajar akan memulakan pengajian klinik asas untuk belajar cara-cara memeniksa bahagian luar dan dalam mata. Pelajar juga dikehendaki mengikuti kursus-kursus sains visual dan kursus teori optometrik yang lain di samping beberapa kursus kesihatan umum seperti patologi dan farmakologi. Sementara di tahun akhir, pelajar dibenarkan memeriksa dan merawat pesakit di bawah penyeliaan pengamal optometri yang layak. Mereka juga akan diletakkan di bawah seliaan pakar oftalmologi bagi mendapatkan pemahaman secara praktikal pelbagai

Manmohan Singh /03/08/2010 muka surat 1/3

Page 2: OPTOMETRI

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH optometri

jenis penyakit mata dan cara menguruskannya.

Di samping kursus-kursus yang berteraskan klinik, pelajar juga didedahkan kepada kursus-kursus optometrik lanjutan seperti kesihatan masyarakat, optometni persekitaran, penglihatan terhad dan penggunaan kanta sentuh dan kaedah ortoptiks.Lulusan bidang ini tidak menghadapi masalah dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Yang pasti, bidang ini menawarkan pekerjaan yang cukup memuaskan dengan pendapatan yang lumayan. Ramai danipada lulusan optometri yang berpengalaman telah membuka praktis pensendinian di seluruh negara.Siswazah optometri tanpa pengalaman ditawarkan gaji oleh sektor swasta di antara RM2,000 hingga RM2,500 Sebulan. Manakala sektor awam khususnya di hospital-hospital kerajaan, menawarkan gaji permulaan melebihi RM1,600.

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN

(i) Meminati profesion ini(ii) Berkemahiran matematik dan saintifik(iii) Berkebolehan melayani pesakit pelbagai peringkat umur dan latar belakang(iv) Sensitif dengan perasaan pesakit

SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INIUntuk menjadi seorang optometnis, individu itu harus memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Optometni daripada UKM atau dan universiti/institusi pengajian tinggi luar negara.

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Pada masa mi UKM, satu-satunya univensiti tempatan dan mungkin di Asia Tenggara yang menawarkan program optometri di peringkat sarjana muda di bawah Fakulti SainsKesihatan Bersekutu. Program ini mengambil masa selama tiga tahun. Selain itu, program ini juga ditawarkan di United Kingdom, Australia, New Zealand, Kanada dan Amerika Syanikat. Di Britain program ini mengambil masa 3 tahun dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains diikuti dengan latihan ‘housemanship’ selama setahun di praktis swasta atau hospital kerajaan sebelum graduan didaftarkan sebagai optometris bertauliah. Di Australia dan New Zealand, kursus optometri memakan selama 4 tahun dengan Ijazah Bacelor Optometni.Graduan adalah layak berdaftar terus tanpa memerlukan sebarang latihan ‘housemanship’. Di Amenika Syarikat dan Kanada, kemasukan untuk kursus ini memerlukan seseorang itu sekurang-kurangnya mempunyai 2 tahun pengajian di peringkat universiti di bidang sains. Tempoh pengajian profesional untuk Ijazah Doctor of Optometry memakan masa 4 tahun. Kalau dicampurkan dengan tempoh untuk mendapatkan Samjana Muda Sains,jumlah tahun kursus ialah 7 hingga 8 tahun.

Manmohan Singh /03/08/2010 muka surat 2/3

Page 3: OPTOMETRI

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH optometri

SYARAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN

Terdapat bebenapa cara untuk melanjutkan pengajian ke program ini:

Cara pertama: Pelajar perlu mendapat kelulusan yang baik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) aliran sains dengan mendapat kepujian bahasa Melayu, matematik serta dua kepujian daripada mata pelajaran sains. Pe1ajar ditawarkan program matrikulasi di UKM selama setahun sebelum ditawarkan program Sarjana Muda Optometri.

Cara kedua: Calon perlu lulus SPM dan kelulusan yang baik peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta mendapat sekurang-kurangny prinsipal D mata pelajaran kimia dan fizik. Calon yang mempunyai kelayakan ini akan ditawarkan terus ke sarjana muda di UKM.

Cara ketiga: Pelajar-pelajar yang memiliki Diploma dan universiti tempatan atau Universiti Teknologi (UiTM) juga boleh memohon program sarjana muda optometri yang di tawarkan oleh UKM.

Cara keempat: UKM juga membuka peluang kepada mereka yang berpengalaman seperti juruoptik, ortoptis pembantu oftalmik untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda dengan syarat mempunyai tahun pengalaman bekerja. Mereka juga harus lulus dengan kepujian mata pelajaran bahasa Melayu, matematik, fizik dan kimia.

Cara kelima: Untuk universiti-universiti di United Kingdom; Australia dan New Zealand, calon perlu mempunyai kelulusan yang setaraf dengan A-levels dan perlu lulus pelajaran fizik, kimia/biologi dan matematik. Universiti di Amerika Syanikat dan Kanada, calon perlu memiliki Ijazah Samjana Muda Sains di bidang biologi, kimia, biokimia atau psikologi.

Manmohan Singh /03/08/2010 muka surat 3/3