oleh: pn. siti moliza binti muhammed

48
MASALAH PELAJAR PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

Upload: helga

Post on 24-Feb-2016

120 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

MASALAH PELAJAR PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT. OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED. Pelajar berkeperluan khas yang kurang diberi perhatian . Pintar Cerdas , skor IQ yang tinggi ( lebih 130), kreatif , berfikiran divergen . - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

MASALAH PELAJAR PINTAR CERDAS DAN

BERBAKATOLEH:PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

Page 2: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

APAKAH PELAJAR PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT?

Pelajar berkeperluan khas yang kurang diberi perhatian. Pintar Cerdas, skor IQ yang tinggi (lebih 130), kreatif, berfikiran

divergen.

Individu yang dapat menunjukkan potensinya pada tahap tinggi dibandingkan dengan rakan sebaya yang mempunyai pengalaman serta persekitaran yang sama. ( Woolfolk, 2004).

Sentiasa menunjukkan keupayaan intelek, kreativiti, daya kepemimpinan dan serta prestasi akademik yang baik.

Page 3: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

CIRI-CIRI PELAJAR PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT?

Gemar bekerja bersendirian. Tekun dalam menghadapi tugas yang mencabar . Bosan dengan kerja-kerja rutin. Menggunakan perbendaharaan kata yang mantap. Suka bertanya. Sentiasa memberikan idea/ buah fikiran yang asli. Sentiasa berimaginasi dan kreatif. Sentiasa memikirkan pelabagai penyelesaian

bagi sesuatu masalah.(Davis & Rimm -1998)

Page 4: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

CIRI SOSIAL DAN EMOSI PELAJAR PINTAR CERDAS

DAN BERBAKAT? Selesa bersosial dengan orang yang lebih dewasa @ lebih tua. Aktif ; kurang tidur. Menyedari akan ketidakadilan dan kesalahan moral. Emosi yang mudah tersentuh.

Page 5: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

ADAKAH PELAJAR PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT SEORANG YANG PINTAR

AKADEMIK DAN BERPENCAPAIAN TINGGI?

Page 6: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

PERBEZAAN PELAJAR PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT DENGAN

PELAJAR PINTAR AKADEMIK DAN BERPENCAPAIAN

TINGGI?

Page 7: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

MASALAH PELAJAR PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT

Masalah penyesuaian – perkembangan bahasa dan keupayaan intelek yang tinggi; menimbulkan persepsi bahawa kanak-kanak ini menunjuk-nunjuk, mungkin diejek atau disisih rakan sebaya..

Berasa kurang sabar dan sukar bekerjasama.

Page 8: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

PENGUBAHSUAIAN PEMBELAJARAN UNTUK

PELAJAR PINTAR CERDAS BERBAKAT

Dua aliran pemikiran - program pengayaan dan program ekspres. Program pengayaan - melibatkan aktiviti yang dapat memberi

kefahaman lebih mendalam tentang sesuatu topik. Program ekspres – melibatkan pembelajaran aras-aras topik lebih

tinggi.

Page 9: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

PROGRAM PENGAYAAN

Pembelajaran arahan kendiri. Contoh: aktiviti berbentuk penyiasatan. ( projek, permainan berbentuk simulasi, permainan meningkatkan

kreativiti atau kebolehan menyelesaikan masalah)

Page 10: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

PROGRAM EKSPRES

Melibatkan topik-topik dan aras lebih tinggi. Memberi peluang untuk bekerjasama dengan murid-murid yang

lebih tua. Asingkan murid dari rakan sebaya, beri peluang untuk belajar

mengikut kadarnya sendiri.

Page 11: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

CONTOH PROGRAM EKSPRES

Masuk awal ke sekolah Lompat kelas ‘Curiculum

Compacting’

Mentor Program ekstrakurikular

Penempatan‘Advanced’

Kursus Gaya Pos ‘Correspondence’

‘Telescoping Curriculum’

Mempercepatkan Pembelajaran

Page 12: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

MASALAH TINGKAH LAKU PELAJAR OLEH:

PN. MASLINDALIZA BINTI MAHADZIR

Page 13: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

APAKAH MASALAH DISIPLINTINGKAH LAKU?

Masalah displin di sekolah boleh dikategorikan kepada salah laku :

Galloway, Ball, Blomfield dan Syed (1982), menjelaskan tingkah laku disruptif sebagai sebarang tingkah laku yang dapat dilihat bermasalah, tidak sesuai serta mengganggu guru yang sedang mengajar.

DISRUPTIF

DISTRUKTIF

KEBERGANTUNGAN

Page 14: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

PELAJAR BERMASALAH TINGKAH LAKU DISTRUKTIF

Tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku yang merosakkan, mencederakan, membahayakan, keganasan, mengakibatkan kerugian serta memusnahkan sama ada ke atas diri sendiri, orang lain atau harta benda sekolah.

Tingkah laku distruktif tidak hanya meninggalkan kesan ke atas pelaku tetapi juga kepada murid lain, ahli keluarga murid berkenaan serta mereka yang berkaitan.

Page 15: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

TINGKAH LAKU DISRUPTIF Tingkah laku disruptif ditunjukkan melalui perlakuan yang disengajakan

oleh murid seperti pertengkaran, kecerewetan dan menyibuk dengan hal yang remeh temeh sehingga menghalang proses pembelajaran dan kerjasama dalam bilik darjah. Murid yang disruptif juga mampu menarik perhatian guru dan menghalang guru daripada memberikan perhatian kepada murid-murid yang lain.

Individu yang mempunyai tingkah laku disruptif pula sentiasa mengganggu dan menjejaskan kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tingkah laku mengganggu ini juga berlaku di luar bilik darjah sama ada sesama adik beradik mahupun rakan sebaya.

Page 16: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

PELAJAR BERMASALAH TINGKAH LAKU DISRUPTIF

Salah laku disruptif boleh dilihat dalam enam (6)

bidang:

Kemahiran melaksanakan

tugas pembelajaran

Tingkah laku lisan

Tingkah laku bukan

lisan

Profil emosional

Pengaturan diri

Kekemasan diri

Page 17: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

JENIS-JENIS MASALAH TINGKAH LAKU DISRUPTIF

hiperaktif, terlalu membuat bising, pergerakan melampau, mengganggu rakan sebaya, gelak terbahak-bahak menunjukkan keagresifan fizikal seperti tolak-menolak atau tumbuk-

menumbuk di dalam kelas. emosi tidak terkawal dan melibatkan aspek balas dendam, tidakpuas hati

dan sebagainya.

Page 18: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

PUNCA-PUNCA MASALAH TINGKAH LAKU

Mendapatkan Perhatian

Inginkan Kuasa

Membalas Dendam

Kurang Keyakinan Diri

Keperluan Asasi

Cuaca Persekitaran

Page 19: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

FAKTOR MASALAH TINGKAH LAKU DISRUPTIF

Rakan Sebaya

Kesan Media

Strategi, Kaedah

dan Teknik Pengajaran

Guru

Keluarga

Aspirasi Guru yang

Terlalu Tinggi

Page 20: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

CARA MENGATASI MASALAH TINGKAH LAKU

Ketika memberi tugasan, pastikan arahan yang diberi itu adalah jelas. Keadaan ini memudahkan pelajar-pelajar menjalankan tugasan yang diberi.

Terangkan objektif setiap tugasan. Fahaman tentang objektif-objektif akan memotivasikan pelajar-pelajar kea rah pencapaiannya.

Pastikan tugas yang diberi adalah mencukupi. Kekurangan bahan atau bahan yang kurang mencabar akan menimbulkan kegelisahan di kalangan pelajar-pelajar.

Panggil nama pelajar ketika meminta dia menjawab atau melakukan sesuatu.

Page 21: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

CARA MENGATASI MASALAH TINGKAH LAKU

Pastikan peraturan-peraturan bilik darjah adalah teratur serta mudah difahami.

Jika boleh, elakkan daripada mengutuk seseorang pelajar di hadapan pelajar-pelajar yang lain. Setiap individu memerlukan penghormatan diri.

Jangan menyindir. Perasaan ingin membalas dendam pasti akan terdapat pada pelajar yang disindir.

Elakkan daripada menghukum seluruh kelas kerana salah laku beberapa pelajar.

Page 22: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

CARA MENGATASI MASALAH TINGKAH LAKU

Jangan tengking atau berleter. Suasana yang tegang adalah tidak menggalakkan bagi pengajaran dan pembelajaran.

Berikan pujian jika pelajar menonjolkan sesuatu yang baik seperti hasil kerja tangan atau tingkah lakunya.

Dengar cadangan-cadangan pelajar. Jika sesuai, terimalah cadangan-cadangan itu.

Bersifat tegas tetapi adil ketika menguatkuasakan peraturan-peraturan. Beri layanan sama kepada setiap pelajar.

Page 23: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

CARA MENGATASI MASALAH TINGKAH LAKU

Kenal pasti pelajar yang malu dan yang menarik diri. Cuba kesan keperluan mereka dan berusaha ke arah memenuhinya. Sekiranya tidak, dia mungkin akan bertindak untuk menarik perhatian guru.

Berikan peluang kepada pelajar-pelajar meluahkan kehendak atau masalah mereka. Pelajar bahagia adalah pelajar yang sihat serta produktif.

Page 24: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

MODEL DISIPLIN POSITIF

OLEH:CIK. SATHIA BAMA A/P RAJOO

Page 25: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

MODEL DISIPLIN POSITIFStruktur

bilik darjah

Bahasa Badan

Sistem Insentif

Bantuan yang

cekap

Page 26: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER

OLEH:CIK. SUHANA YUSOFF

Page 27: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

DISIPLIN ASERTIF CANTER

Diperkenalkan oleh Lee dan Marlene Canter Pendekatan sistematik dan berstruktur untuk

membantu pendidik mengelola bilik darjah Pendekatan disiplin autoratif beransur-ansur

digantikan dengan pendekatan disiplin asertif yang lebih demokratik dan koperatif. Berlandaskan kepentingan pematuhan murid untuk membentuk alam belajar yang kondusif.

Page 28: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

CIRI-CIRI DISIPLIN ASERTIF

Mempunyai peraturan bilik darjah di mana guru boleh memberi

arahan yang tegas, jelas dan ringkas Pandangan guru asertif terhadap murid adala

bukan musuh dan menggunakan stail kasar, menyindir ataupun bermusuhan Guru tidak bertindak secara pasiffff, bukan

konsisten dan bukan diretif Guru asertif percaya bilik darjah di bawah

kawalan guru yang tegas adalah yang terbaik.

Page 29: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

Membina hubungan positif dan boleh dipercayai dengan

murid-muridnya. Memupuk tingkah laku yang sesuai

dalam bilik darjah Interaksi di antara guru dengan murid

adalah positif dan secara terhormat Mendengar secara teliti dan hormat

penjelasan murid Tindakan diambil secara secara

terhormat terhadap tingkah laku yang tidak diingini berlaku. Melayani setiap individu secara adil dan

saksama

Page 30: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

CARA APLIKASI DISIPLIN ASERTIF

Jangan layan sebab yang diterima untuk tingkah laku yang tidak

diingini. Tentukan peraturan yang guru hendak

melaksanakannya dalam bilik darjah Tentukan akibat negatif kerana tidak mematuhi

peraturan bilik darjah Jangan teruskan menghukum jika teknik

perbincangan boleh mengurangkan situasi ketegangan.

Page 31: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

Tentukan akibat positif untuk tingkah laku yang sesuai, misalnya

peneguhan positif atau ganjaran kumpulan pun boleh dipertimbangkan. Mengorganisasi suatu perjumpaan dengan murid-

murid dan menjelaskan keperluannya peraturan bilik darjah dipatuhi. Boleh menyuruh murid menyalin peraturan bilik

darjah dan kemudian menyuruh mereka membawa balik rumah untuk ditandatangani oleh ibu bapa mereka Merancang program latihan asertif dan

melaksanakannya dengan secepat yang mungkin

Page 32: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

Memahirkan diri dengan teknik asertif apabila tingkah laku yang tidak

diingini berlaku, ambil tindakan mengikut peraturan bilik darjah yang telah

ditetapkan dengan serta merta mengenal pasti sebab atau punca

berlakunya dan memberi respons dengan tingkah laku yang sesuai.

belajar menggunakan teknik memecah rekod dengan

mengulang arahan dua atau tiga kali sehingga murid-murid mematuhi arahan guru

Page 33: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

belajar mengaplikasi teknik ulangan positif yang merupakan

cara mengulangi peraturan supaya semua murid mengetahui apa yang patut dilakukan

Menggunakan pujian kedekatan dengan memuji murid yang

terdekat dengan rakan sedarjah yang bertingkah laku buruk

Sekiranya murid baru tidak mengetahui tingkah laku bilik

darjah yang diingini, mengajar mereka dengan peraturan bilik darjah atau melalui main peranan untuk menggalakkan tingkah laku yang bertanggungjawab.

Page 34: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

MODEL DISIPLIN MODIFIKASI TINGKAH LAKU

OLEH:PN. MASSHITAH MOHD YUSOF

Page 35: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKUModifikasi Tingkah Laku Melalui Pengurusan DiriMenurut Rogers:

penilaian pelajar sendiri lebih berkesan daripada penilaian orang lain.

keberkesanan pembelajaran bergantung kepada pembelajaran diri sendiri

Pelajar harus menguasai kemahiran belajar ( learn to learn )

Tanggungjawab dan pengurusan diri untuk kemajuan diri sendiri

bergantung kepada usaha diri sendiri. Mengubah tingkah laku negatif kepada positif

bergantung kepada usaha sendiri dan bukan sebaliknya.

Page 36: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

Langkah-langkah Modifikasi Tingkah Laku Pengurusan DiriLangkah-langkah yang perlu diikuti adalah seperti berikut :-

• Menetapkan matlamat yang hendak dicapai oleh pelajar sendiri

• Pelajar berusaha mengubah tingkah laku sendiri• Pelajar sendiri menilai kemajuan kendiri atau

pencapaiannya dengan menggunakan senarai semak dan carta• Berdasarkan maklum balas daripada hasil

penilaian, mengambil tindakan susulan untuk memperrbaiki tingkah laku yang telah diubah suai.

Page 37: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

Modifikasi Tingkah Laku Kognitif (Arahan Kendiri)

Menurut Meichenbaum :- Modifikasi tingkah laku melalui pengubahsuaian kognitif, merujuk kepada sesuatu kaedah yang yang menggunakan konsep arahan kendiri untuk mengubah tingkah laku melalui pemikiran dan percakapan kendiri.

Page 38: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

Modifikasi Tingkah Laku Melalui Ubahsuaian Luaran (Modelling)

Tingkah laku bermasalah juga boleh dilaksanakan melalui ubahsuaian

luaran, iaitu melalui proses permodelan (modelling) . Ia merujuk kepada peniruan melaui pemerhatian tingkah laku seorang model yang disanjungi dan secara tidak langsung mengubah tingkah lakunya. Teori Permodelan Bandura (1963) berkaitan rapat

dengan modifikasi tingkah laku melalui ubahsuaian luaran. Bandura mengemukakan teori pemerhatian untuk

menjelaskan pelbagai tingkah laku sosial yang dipelajari oleh kanak-kanak. Teori ini juga dikenali sebagai teori peniruan atau

teori permodelan

Page 39: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

CIRI-CIRI TEORI PERMODELAN BANDURA

Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan

Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan

teladan Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada

kecekapan demonstrasi guru sebagai modelnya dan dapat menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan Proses pembelajaran meliputi pemerhatian,

pemikiran, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai.

Page 40: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

Implikasi Teori Permodelan Bandura

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai melalui beberapa cara seperti berikut:

Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar menjadi

role model yang gemardicontohi oleh pelajar. Demonstrasi guru hendaklah jelas serta

menarik agar membolehkan pelajar menirunya dengan mudah dan cepat. Hasilan guru atau contoh-contoh seperti kraf

tangan, senilukis, karangan dan sebagainya yang ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang tinggi.

Page 41: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

Guru juga boleh gunakan pelajar cemerlang menjadi role

model untuk membuat demonstrasi dalam kelas atau di luar bilik darjah Guru boleh mengajar nilai murni daripada

watak-watak bersejarah dengan menggunakan teknik main peranan dan simulasi. Meminta kerjasama ibu bapa supaya anak

mereka dilarang menonton tayangan gambar berunsur keganasan

Page 42: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

Modifikasi Tingkah Laku Melalui Proses Pembiasan (Fizikal, Mental, Emosi dan

Sosial) Berdasarkan teori Perlaziman Operan Skinner

(1953) Mengemukakan beberapa rumusan tentang

pembelajaran manusia seperti berikut:

Pembelajaran berlaku melalui pelaziman Peneguhan positif ialah rangsangan

penting untuk menambahkan kebarangkalian gerak balas pelajar

Peneguhan negatif diberi untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan akan mengulangi tingkah laku operan yang diingini

Page 43: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

Konsep diskriminasi dalam proses pembelajaran adalah penting untuk mencapai kejayaan

Untuk menjayakan proses pembiasaan ini, iaitu mengubah tingkah laku pelajar yang tidak diingini, peneguhan positif hendaklah diberi dari semasa ke semasa.

Page 44: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

Langkah-langkah Perlaksanaan Modifikasi Tingkah Laku Melalui Proses Pembiasaan Mengenal pasti tingkah laku bermasalah yang ditonjolkan oleh

pelajar dalam bilik darjah Menetapkan matlamat tahap pencapaian

tingkah laku yang dikehendaki Memilih dan melaksanakan strategi dan

teknik yang sesuai untuk memodifikasikan tingkah laku yang dikenal pasti.

Page 45: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

Peneguhan positif hanya diberi selepas perubahan tingkah laku

negatif kepada positif.

Guru hendaklah memastikan tidak memberi sebarang peneguhan

langsung sekiranya pelajar masih menonjolkan tingkah laku yang tidak diingini dan melalui proses penghapusan ini, lama kelamaan, tingkah laku negatif akan lenyap sama sekali.

Page 46: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

IMPLIKASI MODIFIKASI TINGKAH LAKU TERHADAP PROSES (P&P)

Membantu pelajar mengubah tingkah laku negatif dan seterusnya

melicinkan proses P & P. Meningkatkan prestasi dan pencapaian serta

keberkesanan aktiviti pembelajaran pelajar. Membentuk tingkah laku yang positif dari aspek

fizikal, mental, emosi dan sosial. Melalui ubahsuaian kendiri, ia dapat

meningkatkan motivasi kendiri serta disiplin arahan diri. Melalui proses permodelan, dalaman atau

pembiasaan , ia akan dapat membentuk pelajar yang berilmu pengetahuan, cinta membaca serta berakhlak mulia.

Page 47: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai model yang boleh diaplikasikan dalam menghadapi pelajar-pelajar istimewa (gifted dan disruptif ) secara efektif mengikut model-model yang telah dibincangkan

Page 48: OLEH: PN. SITI MOLIZA BINTI MUHAMMED

TAMAT