oleh : muhammad toriq bin yaacob abdul razak bin mohd kajian... · 1000 orang pada satu-satu masa...

Download Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd KAJIAN... · 1000 orang pada satu-satu masa dan

Post on 11-Mar-2019

218 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

1

PERKEMBANGAN TAHFIZ AL-QURAN : SUATU

KAJIAN DI DARUL QURAN

Oleh :

Muhammad Toriq bin Yaacob

Abdul Razak bin Mohd Zain

1. SEJARAH

Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia merupakan

institut pengajian Tahfiz al-Quran tertua dan pertama di Malaysia.

Darul Quran ditubuhkan pada tahun 1966 hasil cetusan idea

Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman

Putra Al-Haj. Penubuhan Darul Quran bertujuan antara lainnya

adalah untuk melahirkan huffaz, qurra dan duat yang berwibawa.

Pada peringkat permulaan, iaitu dari tahun 1966 hingga tahun

1978, pengajian ini diwujudkan dalam bentuk Kelas Pengajian

Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas

pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan Jawatankuasa Tadbir

Masjid Negara dan Urus setia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal

Ugama Islam Malaysia. Pada tahun 1972, Kelas Pengajian Tahfiz

Al-Quran ini ditukar nama kepada Maahad Tahfiz Al-Quran

Wal-Qiraat. Pada awal tahun 1979 Maahad Tahfiz Al-Quran

Wal-Qiraat diletakkan pula di bawah kelolaan Pusat Penyelidikan

Islam, Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana

Menteri sehingga tahun 1980. Selepas itu Maahad Tahfiz Al-

2

Quran Wal-Qiraat dipindahkan ke Bangunan JKR 588/33, Jalan

Cenderasari, Kuala Lumpur dan kemudiannya diletakkan di

bawah kelolaan Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH)

Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri

sehingga tahun 1980. Selepas itu Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-

Qiraat dipindahkan ke Bangunan JKR 588/33, Jalan Cenderasari,

Kuala Lumpur dan kemudiannya diletakkan di bawah kelolaan

Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH) Bahagian Hal Ehwal

Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1983.

Pada tahun 1983 nama Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah

ditukar kepada Institut Pengajian Tahfiz al-Quran (IPTQ). Pada

tahun 1984, IPTQ telah dijadikan sebagai sebuah Cawangan di

Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri

dengan mempunyai organisasinya yang tersendiri. Pada Tahun

1990, pengambilan pertama pelajar perempuan melibatkan

seramai 12 orang telah diadakan. Kemudiannya, pada Tahun

1992, IPTQ dipindahkan ke sebuah bangunan yang disewa di

Taman Tun Dr. Ismail bagi penempatan pelajar-pelajar lelaki.

Manakala pelajar-pelajar perempuan pula ditempatkan di Jalan

Ledang sehinggalah kemudiannya pada tahun 1994, pelajar-

pelajar perempuan juga turut berpindah ke Taman Tun Dr. Ismail,

manakala pelajar lelaki pula dipindahkan ke Batu 14 Sg.

Semungkis, Hulu Langat, Selangor. Pada tahun 1997, IPTQ telah

dinaikkan taraf sebagai salah satu bahagian di Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia dan diberi nama Darul Quran. Akhirnya setelah

3

beberapa kali berpindah tempat dan dengan persetujuan kerajaan

negeri Selangor pada masa tersebut, maka pada 1 November

1998, Darul Quran ditempatkan ke kampus tetap di Kompleks

Darul Quran di Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Kampus tetap ini mampu untuk menempatkan pelajar seramai

1000 orang pada satu-satu masa dan mempunyai kemudahan serta

infrastruktur yang lebih baik untuk kemudahan pelajar dan

kakitangan.1 Jadual 1 menunjukkan lokasi perpindahan Darul

Quran bermula dari tahun 1966.

Jadual 1 : Lokasi Perpindahan Darul Quran

Bil Tahun Lokasi

1 1966 Dewan Syarahan Masjid Negara

2 1980 Bangunan JKR 588/33, Jalan Chenderasari, Kuala Lumpur

3 1992 Taman Tun Dr. Ismail (Pelajar Perempuan) Sg. Semungkis

Hulu Langat Selangor (Pelajar Lelaki)

4 1998 Kompleks Darul Quran, Ampang Pecah, Kuala Kubu

Baharu,Selangor

2. PERKEMBANGAN PROGRAM PENGAJIAN

2.1 Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-UIAM

Program pensijilan ini mula diperkenalkan pada tahun 2000.

Program ini dilaksanakan secara kerjasama antara Darul Quran

JAKIM dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Program ini ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM aliran sains

agama dan dijalankan dalam tempoh selama 18 bulan.

4

2.2 Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-UNITEN

Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-UNITEN pertama

kali dijalankan pada tahun 2012 melibatkan seramai 22 orang

pelajar. Angka ini telah meningkat pada tahun-tahun berikutnya

menjadikan jumlah keseluruhan pelajar yang mendaftar seramai

184 orang. Program ini dijalankan secara kerjasama di antara

JAKIM dan UNITEN dan proses pembelajaran dan pengajaran

dijalankan sepenuhnya di kampus UNITEN.

2.3 Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-CUCMS

Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-CUCMS pertama

kali dijalankan pada tahun 2014 melibatkan seramai 14 orang

pelajar. Angka ini sedikit menurun pada tahun 2015 di mana

hanya 8 orang pelajar sahaja yang terlibat di dalam program ini

menjadikan jumlah keseluruhan pelajar bagi program ini adalah

seramai 22 orang.

2.4 Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-UTEM

Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-UTEM pertama kali

dijalankan pada tahun 2016 melibatkan seramai 19 orang pelajar.

Pada tahun 2017 pula, seramai 20 orang pelajar telah mengikuti

program ini. Program ini dijalankan secara kerjasama di antara

JAKIM dan UTEM dan proses pembelajaran dan pengajaran

dijalankan sepenuhnya di kampus UTEM.

5

2.5 Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-

POLITEKNIK

Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-POLITEKNIK

pertama kali dijalankan pada tahun 2017 melibatkan seramai 8

orang pelajar. Program ini dijalankan secara kerjasama di antara

JAKIM dan POLITEKNIK dan proses pembelajaran dan

pengajaran dijalankan sepenuhnya di kampus Politeknik Sultan

Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor .

2.6 Program Pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran

Program Diploma Tahfiz al-Quran mula diperkenalkan dan

mendapat perakuan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam pada

tahun 1983. Program ini menggunakan sistem penggal. Pada

tahun 1999 sistem pengajian program ini diubah mengikut

semester. Sebanyak 6 semester yang menyamai 3 tahun

pengajian telah diperkenalkan. Program ini menawarkan

sebanyak 6 syukbah atau pengkhususan kepada pelajar.

a) Syukbah Qiraat

Merupakan syukbah pertama yang diperkenalkan oleh Darul

Quran sebaik sahaja ia ditubuhkan pada tahun 1966. Di antara

pengkhususan kursus yang ditawarkan di dalam syukbah ini ialah

Qiraat Ilmi, Qiraat Amali, (Ilmi dan Amali), Dhobt al-Quran,

Rasm al-Quran, Tarikh al-Qurra, Tarikh al-Mushaf, Fawasil dan

Ulum al-Quran.

6

b) Syukbah Dakwah

Merupakan Syukbah kedua dijalankan di Darul Quran pada tahun

2001. Di antara pengkhususan kursus yang ditawarkan di dalam

syukbah ini ialah Pengantar Dakwah, Psikologi dakwah,

Metodologi Dakwah, Komunikasi Dakwah, Pengurusan Islam,

Pengucapan Dakwah, Bimbingan dan Kaunseling Islam,

Kepimpinan Islam.

c) Syukbah Syariah

Merupakan Syukbah ketiga dilaksanakan di Darul Quran pada

tahun 2008. Di antara pengkhususan kursus yang ditawarkan di

dalam syukbah ini ialah Pengantar Ilmu Syariah, Fiqh Ibadah,

Usul Fiqh, Qawaid Fiqhiyyah, Fiqh al-Munakahat, Fiqh al-

Muamalat dan Fiqh al-Jinayah.

d) Syukbah Hadith

Merupakan Syukbah keempat dilaksanakan di Darul Quran pada

tahun 2009. Di antara pengkhususan kursus yang ditawarkan di

dalam syukbah ini ialah Ulum al-Hadis, Tadwin al-Hadith,

Hujjiyah al-Sunnah, Jarh wa Tadil, Takhrij al-Hadith, Kajian

Teks al-Hadith, Kajian Hadis Hukum dan kajian Hadis Dhaif

dan Maudhu.

7

e) Syukbah Muamalat

Merupakan Syukbah kelima dilaksanakan di Darul Quran pada

tahun 2010. Di antara pengkhususan kursus yang ditawarkan di

dalam syukbah ini ialah Fiqh al-Muamalat, Qawaid Fiqhiyyah,

Prinsip Ekonomi Islam, Ekonomi Perbandingan, Sistem

Kewangan Islam, Institusi Ekonomi Islam dan Perbankan Islam.

f) Syukbah Pengurusan Halal

Merupakan Syukbah terbaru yang ditawarkan di Darul Quran

pada tahun 2014. Antara pengkhususan kursus yang ditawarkan

ialah Fiqh al-Atimah wa Al-Zabaih, Pengenalan Kepada Industri

Halal, Usul Al-Fiqh, Pensijilan Halal, Qawaid Fiqhiyyah,

Pengurusan Halal dalaman, Tafsir Ayat dan Hadith Ahkam,

Perundangan dan Penguatkuasaan Halal.

Pelajar lepasan Diploma Tahfiz Darul Quran Jakim berpeluang

melanjutkan pengajian mereka di Peringkat Ijazah pertama di

universiti awam di dalam mahupun luar negara. Jadual 2

menunjukkan laluan menyambung pengajian graduan Program

Diploma Tahfiz al-Quran :

8

Jadual 2 : Laluan Menyambung Pengajian Graduan Program Diploma

Tahfiz

Universiti Tempatan/Luar

Negara

Universiti Malaysia (UM) Tempatan

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Tempatan

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Tempatan

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

(UIAM)

Tempatan

Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)

Recommended

View more >