olahraga lompat tinggi

45
1.0 PENGENALAN Acara Lompat Tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati dan sentiasa mendapat perhatian ramai. Lompat Tinggi mula diperkenalkan dalam tahun 1887 dan dalam tahun 1896 acara Lompat Tinggi telah diperkenalkan dalam sukan Olimpik. Acara ini menjadi perhatian ramai kerana pelbagai gaya lompatan digunakan oleh para atlet. Dalam acara Lompat Tinggi, seseorang atlet memerlukan kebolehan semula jadi, bagi melaksanakan satu lompatan yang baik hendaklah bergantung kepada diri atlit itu sendiri iaitu dari persediaan fizikal dan mental. Terdapat beberapa gaya dalam acara Lompat Tinggi seperti berikut :- i. Gaya Gunting (Scissors) ii. Gaya Eastern Cut-off iii. Gaya Guling Barat (Western Roll) iv. Gaya Guling Pelana (Straddle) v. Gaya Fosbury Flop Dalam gaya-gaya di atas, gaya guling (straddle) dan gaya fosbury flop telah diperkenalkan bagi mendapatkan lompatan yang tinggi.

Upload: farhanis-omran

Post on 26-Oct-2015

167 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

1.0 PENGENALAN

Acara Lompat Tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang

diminati dan sentiasa mendapat perhatian ramai.  Lompat Tinggi mula

diperkenalkan dalam tahun 1887 dan dalam tahun 1896 acara Lompat Tinggi

telah diperkenalkan dalam sukan Olimpik.  Acara ini menjadi perhatian ramai

kerana pelbagai gaya lompatan digunakan oleh para atlet.

Dalam acara Lompat Tinggi, seseorang atlet memerlukan kebolehan

semula jadi,  bagi melaksanakan satu lompatan yang baik hendaklah bergantung

kepada diri atlit itu sendiri iaitu  dari persediaan fizikal dan mental.

Terdapat beberapa gaya dalam acara Lompat Tinggi seperti berikut :-

i. Gaya Gunting (Scissors)

ii. Gaya Eastern Cut-off

iii. Gaya Guling Barat (Western Roll)

iv. Gaya Guling Pelana (Straddle)

v. Gaya Fosbury Flop

Dalam gaya-gaya di atas, gaya guling (straddle) dan gaya fosbury flop

telah diperkenalkan bagi mendapatkan lompatan yang tinggi.

Page 2: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

2.0 SEJARAH

Tidak dapat dipastikan apakah lompat tinggi pernah disenaraikan dalam

Sukan Olimpik Kuno seperti lompat jauh.  Ada setengah pendapat mengatakan

acara lompat tinggi ini pernah dijadikan acara dalam sukan tersebut, tetapi tidak

kurang pula pihak yang menafikannya.  Catatan terawal tentang lompat tinggi

ialah pada abad ke-19 apabila satu pertandingan diadakan bagi menentukan

siapa antara segolongan profesional di England yang mampu melompat paling

tinggi.  Dalam pertandingan yang diadakan pada tahun 1861, seorang berbangsa

Scotland, William Tivendale berjaya melompat setinggi 1.83 meter.

Lompatan yang dibuat oleh peserta itu merupakan yang paling tinggi

bukan sahaja dibandingkan di kalangan peserta yang mengambil bahagian

dalam pertandingan itu malah ketika itu belum pernah ada orang lain yang

melompat setinggi itu.  Bagaimanapun cara lompatan yang dilakukan pada masa

itu jauh berbeza dengan lompatan yang dilakukan oleh atlit pada masa

sekarang.  Palang yang digunakan hanyalah seutas tali yang diikat pada dua

batang kayu yang dipacak pada tanah.  Cara membuat lompatan ialah dengan

merapatkan kedua-dua kaki sambil badan melompat pada kedudukan statik atau

menegak, menjadikan peserta seakan-akan melompat pada kedudukan berdiri

dan menegak.

Kemudiannya beberapa cara dan kaedah lompatan dicipta dan diperbaiki

dari semasa ke semasa, yang berdasarkan kepada peraturan dan undang-

undang yang turut berubah serta keadaan-keadaan tertentu.  Contohnya pada

suatu ketika pelompat tidak dibenarkan menyentuh tanah dengan tangan

sebelum kaki mendarat dan begitu juga kepala pelompat tidak boleh melepasi

palang sebelum kaki melepasi palang.  Peningkatan lompatan yang mampu

ditunjukkan oleh para peserta menyebabkan tempat mendarat terpaksa

diletakkan dengan tilam atau alas tebal yang lembut.  Sebelumnya hanya pasir

digunakan. 

Page 3: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

Kini lompat tinggi merupakan salah satu acara bahagian padang dalam

sukan olahraga yang terus dijadikan acara dalam setiap perjumpaan olahraga di

pelbagai peringkat. 

Pada peringkat awal Sukan Olimpik gaya yang digunakan ialah gayastatik

dengan lompatan menegak.  Gaya pelana mula digunakan oleh peserta-peserta

Eropah, manakala gaya lentang diperkenalkan oleh peserta Amerika Syarikat

dan menjadi teknik lompatan paling diminati khususnya di kalangan pelompat

tinggi Amerika ketika itu.  Gaya gunting yang kebanyakan digunakan oleh

peserta lompat tinggi Asia mula diperkenalkan pada tahun-tahun suku pertama

abad ke-20.

Dalam membincangkan acara lompat tinggi ini, satu nama yang tidak

harus dilupakan ialah Dick Fosbury iaitu seorang pelompat tinggi dari Amerika

Syarikat yang bertanggungjawab bukan sahaja memperkenalkan teknik

lompatan terbarunya malah telah bertanggungjawab mempopularkan acara ini

dalam Sukan Olimpik tahun 1968 di Mexico.  Peristiwa ini begitu penting

sehinggakan IAAF terus bersetuju menamakan teknik lompatan yang

diperkenalkan oleh beliau sebagai lompatan Fosbury atau Fosbury Flop.

Sebelum gaya flop diperkenalkan terdapat satu gaya yang dikenali

sebagai gaya guling pelana (Stradle) telah diperkenalkan oleh Jim Stewart dari

Universiti of Southern California dalam Kejohanan National College dalam tahun

1930.  Tetapi yang mempopularkan gaya ini ialah Les Steers dariOregon. 

Dengan ketinggiannya 6 kaki 1.5 inci beliau telah berjaya melepasi dan

melompat setinggi 6 kaki 11 inci.  Namun begitu orang yang pertama berjaya

melepasi 7 kaki dalam dunia ialah  Charles Dumas dari Amerika dalam

Kejohanan Olimpik 1956 dengan lompatan setinggi 7 kaki 0.3 inci.

Page 4: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

3.0 PERALATAN

Dalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus

untuk membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. 

Penganjur sesuatu kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini

disediakan sebelum pertandingan dimulakan.  Antara peralatan-peralatan yang

diperlukan adalah seperti berikut :-

      i)        Tiang lompat tinggi

Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh

diubah-ubah semasa pertandingan sedang dijalankan.  Jika perlu

diubah umpamanya kedudukan, hendaklah dilakukan selepas

tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta.  Kedua-dua

tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi

membolehkan tiang ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan.

Page 5: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

     ii)        Palang lompat tinggi

Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada

daripada kayu, logam ataupun bahan yang sesuai dengan

berbentuk bulat atau segitiga.  Panjang palang hendaklah sesuai

dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan.  Palang ini akan

diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas.  Sokongan ini

hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan pada tiang. 

    iii)        Kawasan mendarat

Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak

penganjur kurang memberi perhatian kepada kawasan mendarat. 

Lama kelamaan dengan adanya beberapa teknik lompatan dan

pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan tempat pendaratan

yang sewajarnya.  Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan

diperkenalkan, kawasan pendaratan hanya terdiri daripada suatu

kawasan khas yang diisikan dengan pasir lembut yang lembap. 

Kini, kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan

tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk

segiempat.  Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan

betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi.  Tilam berspring

Page 6: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan

peserta.

   iv)        Pita pengukur

Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan

yang berjaya dilakukan oleh setiap peserta.  Ukurang hanya dibuat

sekali sebelum lompatan dimulakan selepas palang dinaikkan. 

Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik digunakan

bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat

dan tepat.

Page 7: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

4.0 UKURAN

      i)        Tiang lompat tinggi

Tiang lompat tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4

meter atau maksimum 4.04 meter dari bahagian dalam.

     ii)        Palang lompat tinggi

Panjang palang lompat tinggi ini hendaklah sesuai dengan jarak

kedua-dua tiang yang dipasangkan.  Berat maksimum palang ini ialah dua

kilogram.  Palang ini diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. 

Alat sokongan ini hendaklah berbentuk segiempat rata dan berukuran 4

cm lebar dan 6 cm panjang.

    iii)        Kawasan mendarat

Kawasan mendarat dalam acara lompat tinggi ini adalah tilam atau

pengalas lembut bergetah dan berbentuk segiempat dengan bersaiz 5

meter panjang, 4 meter lebar dan 1 meter tebal.

   iv)        Pita pengukur

Pita pengukur digunakan untuk mengukur ketinggian lompatan

yang dilakukan oleh peserta.  Pengukuran ketinggian hendaklah dibuat

sebelum acara lompatan.  Pegawai pertandingan terlebih dahulu akan

memulakan acara ini pada suatu ketinggian tertentu mengikut keupayaan

para peserta dan ketinggian lompatan akan diukur daripada bahagian

tengah palang ke aras tanah.

Page 8: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

5.0 PRINSIP-PRINSIP BIOMEKANIK DALAM ACARA LOMPAT TINGGI

Secara amnya terdapat beberapa aspek prinsip mekanik dalam acara-

acara sukan termasuk olahraga.  Prinsip-prinsip mekanik yang terlibat dalam

acara lompat tinggi ini dibincangkan dengan ringkas :-

a)    Pergerakan

Terdapat dua jenis pergerakan iaitu :-

                      i)        Pergerakan Mendatar (Linear Motion)

                     ii)        Pergerakan Menegak (Vertical Motion)

Dengan ringkas, seseorang atlit perlu meminda pergerakan

mendatar kepada pergerakan menegak.

A – Pergerakan Mendatar

B – Pergerakan Menegak

C – Vektor Resultant

1. Lari landas menghasilkan pergerakan mendatar A.

2. Lonjakan dari lari landas di point X menghasilkan pergerakan

menegak B.

3. Hasil gabungan pergerakan mendatar dan pergerakan menegak

mengakibatkan layangan dalam bentuk parabola C.

b)   Momentum

Halaju dan momentum adalah konsep-konsep penting dalam

kemahiran sukan.  Momentum adalah hasil darab jisim dan halaju

iaitu kuantiti pergerakan yang dikandungi oleh sesuatu jasad. 

Lebih meningkat halaju atau lebih berat jisim, maka momentum

jasad itu akan bertambah.

Page 9: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

Ia juga boleh dipindahkan dari sebahagian badan ke seluruh badan

misalnya hayunan atau kilasan kaki bebas dengan kuat pada fasa

lonjakan dalam lompat tinggi supaya dapat menghasilkan momentun yang

lebih untuk membawa badan pada takat yang lebih tinggi.  Pergerakan

lengan dan bahu juga menolong melonjakkan badan ke atas.

c)    Daya Sentrifugal

Daya Sentrifugal

Daya Sentripetal

Daya Ikut Tangan

Selain daripada pergerakan mendatar dan menegak terdapat juga

daya sentrifugal.  Apabila sesuatu jasad melakukan pergerakan dalam

bentuk suatu bulatan, pada hakikatnya terdapat satu jenis daya yang

bertindak ke arah pusat bulatan itu dan satu lagi daya yang sama wujud

dalam arah yang bertentangan.  Daya yang bertindak ke luar dikenali

sebagai Daya Sentripetal.  Kedua-dua daya ini dilaksanakan hanya

apabila ada geseran pada bumi di pusat bulatan.

Sekiranya terdapat suatu daya sentrifugal sedang bertindak kepada

pusat bulatan dan tidak terdapat geseran pada pusat itu, maka daya ini

akan dilepaskan pada titik bulatan yang tertentu dan memecut dalam

bentuk tangen pada pusat bulatan itu.

Untuk mencapai lonjakan yang tinggi, seseorang atlit itu haruslah

menggabungkan konsep-konsep pergerakan dengan daya sentrifugal .

Page 10: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

d)   Putaran

Pergerakan-pergerakan putaran bertujuan mendapat

layangan merentasi palang adalah dua jenis iaitu ‘direct’ dan

‘inderect’.  Putaran ‘direct’ dicapai semasa atlit ada kontrak dengan

bumi manakala putaran ‘indirect’ semasa atlit tidak mempunyai

kontrak dengan bumi.

Putaran ‘indirect’ dicapai dengan membawa masuk dengan

kuat kaki bebas setelah lonjakan untuk menambah lagi daya

sentrifugal.

e)    Graviti dan Pusat Graviti

Satu daripada prinsip yang sangat penting adalah daya

graviti bumi yang berkesan pada atlet dan bagaimana atlet itu

boleh memindahkan pusat graviti pada badannya supaya

memperoleh lompatan yang paling berjaya.

Ketinggian yang boleh dicapai dengan jumlah daya yang

sama sekiranya pusat graviti ditempatkan rapat kepada bahagian

atas palang.  Walau bagaimanapun gaya-gaya yang membolehkan

penempatan pusat graviti seperti ini juga melibatkan atlet-atlet

mendarat dalam posisi yang mencemaskan.

Jasad-jasad A dan B yang kedudukannya menegak didapati

pusat graviti masing-masing agak jauh di atas palang.  Manakala

dalam jasad C, terdapat kedudukannya yang leper membolehkan

pusat graviti adalah sangat hampir pada palang.

Page 11: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

6.0 PRINSIP AKSI – REAKSI

Konsep : Walaupun arus jalan pusat graviti tidak boleh diubah setelah kaki

meninggalkan bumi dengan mengubahsuaikan segmen-segmen tertentu dalam

badan secara mengaplikasikan hukum reaksi membolehkan segmen-segmen

badan mengikut itu di angkat.

Konsep menerangkan bahawa apabila sesuatu bahagian badan

dikenakan sesuatu gerakan tertentu, maka kita akan mendapat satu pergerakan

di bahagian badan yang lain.

Apabila kedua belah tangan atlet di hayun dengan kuat semasa lonjakan

seluruh badan akan turut terangkat.  Setelah lonjakan seluruh kaki bebas ditarik

masuk dengan kuat untuk menghasilkan putaran badan.  Dengan ini kedua belah

kaki akan dapat melepasi palang.  Ketika bahagian pinggang melepasi palang,

pinggang dilenturkan.  Pergerakan inilah mengangkat kedua tangan dan kedua

kaki melepasi palang dengan mudah.

Semasa lari landas dilakukan, tumit kaki hadapan di tanam dengan kuat,

reaksi dari tindakan ini akan memindahkan pergerakan mendatar kepada

pergerakan menegak.  Prinsip-prinsip tersebut penting untuk acara lompat tinggi.

Page 12: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

7.0 HUKUM-HUKUM NEWTON

Prinsip-prinsip biomekanik juga melibatkan hukum-hukum seperti di

bawah :-

1)    Hukum Inertia (Hukum Pertama)

Setiap jasad akan terus berada dalam keadaan rehat atau terus

bergerak dengan halaju yang sekata pada satu arah lurus sehingga

terdapat satu daya yang mengubah keadaannya.

2)    Hukum Pecutan (Hukum Kedua)

Kadar penurunan momentum adalah secara terus dengan daya

yang digunakan dan pertukaran ini berlaku pada arah yang sama

dengan arah tindakan daya.

3)    Hukum Tindak balas (Hukum Ketiga)

Untuk sebarang tindakan selalu terdapat suatu tindakbalas yang

sama magnitudnya tetapi pada arah yang bertentangan.

Page 13: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

8.0 TEKNIK-TEKNIK LOMPATAN

8.1 Teknik Gaya Gunting

Menjelang abad ke-19, seorang berbangsa Amerika bernama Mike

Sweeney telah mencadangkan lompat tinggi jni gunting ini sebagai pilihan dari

hadapan sebelum ini.     Lompatan gunting bermaksud peserta akan melepasi

palang pada sebelah kaki dan dengan segera diikuti dengan kaki yang sebelah

lagi hampir pada ketika yang sama, sambil melepaskan keseluruhan tubuh

melepasi palang.

Teknik ini telah ditiru oleh seorang Jerman bernama Pierre Lewden yang

kemudiannya terus mempopularkan gaya ini. Teknik lompatan ini menjadi ikutan

para peserta lompat tinggi ketika itu. Pergerakan dalam lompatan cara gunting

itu adalah seperti berikut :

i. Peserta membuat larian dari sudut kiri atau kanan lorong larian

mengikut keselesaan sendiri.

ii. Peserta membuat lompatan dengan mengangkat dan melepasi kaki

hadapan diikuti dengan kaki sebelah lagi.

iii. Ketika kaki hadapan berada di atas palang, kaki yang sebelah lagi

menendang ke atas, menyebabkan dada berputar ke arah lompatan.

iv. Peserta mendarat dengan menggunakan sebelah kaki atau kedua-dua

belah kaki tanpa menjatuhkan badan.

Gaya gunting ini bertahan selama tempoh antara Perang Dunia Pertama (

1914 – 1945 ), malah menjadi satu – satunya cara yang digunakan oleh hampir

semua peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan sukan terbesar

seperti Sukan Olimpik.

Page 14: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

Teknik Gaya Gunting

Page 15: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

8.2 Teknik Western Roll

Teknik lompat gaya gunting telah diperbaharui untuk memberi

keselesaan kepada peserta dan yang lebih penting lagi untuk mendapatkan

ketinggian maksimum dari lompatan tersebut. Seorang rakyat Amerika, George

Horrine telah mencipta gaya baru dalam gaya lompatan lompat tinggi. Dalam

teknik ini, peserta akan membuat lompatan dengan keseluruhan badannya

hampir rata dengan palang, iaitu pada bahagian sisi badannya sama ada sisi kiri

atau kanan. Pergerakan peserta sepanjang lompatan melalui teknik ini

dinamakan putaran ( roll ) dan dikenali sebagai Western Roll, sebutan daripada

tempat asal Horrine, iaitu dari pantai Barat Amerika Syarikat. Daripada lompatan

menggunakan ini, Horrine menjadi orang pertama yang melepasi 2 meter iaitu

pada 18 Mei 1912, di Palo Alto, California. Selepas itu gaya lompatan Western

Roll terus menjadi ikutan para peserta lompat tinggi ketika itu.

Penggunaan gaya lompatan yang baru ini menyebabkan rekod baru

dicipta dari semasa ke semasa. Hal ini menjadi lebih mudah dengan setiap

peserta berusaha pula memperbaiki teknik ini supaya lebih mudah dan dapat

meningkatkan ketinggian lompatan.

Page 16: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

8.3 Teknik Gaya Plana

Terdapat empat fasa utama dalam teknik melompat gaya plana yang

berturutan di antara satu sama lain, iaitu pendekatan larian landas, lonjakan,

kedudukan badan atas palang ( penerbangan ) dan pendaratan.

Gaya Pelana

Page 17: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

8.3.1 Pendekatan larian landas

Pendekatan larian landas untuk melompat mempunyai beberapa tujuan

seperti berikut :

i. untuk  membentuk penukaran optimum pergerakan mendatar serta

mendapatkan sokongan kepada sudut untuk melonjak dengan 

kekuatan yang maksimum.

ii. Mendapat rentak dan corak larian yang lancar.

iii. Membolehkan peserta memperoleh sudut yang sesuai untuk

membuat lonjakan.

Pendekatan larian dalam gaya plana adalah mengikut garis lurus hingga

ke tempat membuat lonjakan. Larian dibuat dengan langkah yang panjang, iaitu

biasanya antara lima hingga tujuh langkah. Peserta akan berlari dengan

bahagian tumit kaki terlebih dahulu mencecah lantai gelanggang sebelum

dipindahkan ke hujung kaki.

Dalam gaya plana, bahagian – bahagian badan peserta akan melepasi

palang lompatan, lorong terbang ( flight path ) mestilah dijauhkan sedikit dari

palang. Tujuannya supaya bahagian terakhir badan peserta dapat dikawal

daripada terkena palang. Oleh itu  sudut yang sesuai selalu digunakan ialah di

antara 52 – 45 darjah.

Sebelum mendapatkan  larian landas, kaki yang selesa dan kuat untuk

melonjak atau tumpuan hendaklah dipastikan. Ini boleh ditetapkan dengan

menyuruh atlet membuat lompatan gunting melintasi palang. Atlet mula berlari

dari sebelah kiri  tiang tegak ( iaitu pelompat yang akan melompat dengan kaki

kiri ). Setiap langkah ke arah palang semakin panjang dan juga pusat graviti juga

semakin rendah. Pendaratan kaki juga semakin jauh ke hadapan badan semakin

hampir dengan palang. Gerakan peha adalah agak tinggi ke depan. Semasa

melangkah tumit kaki menyentuh bumi terlebih dahulu diikuti oleh tapak kaki lain.

Langkah kedua sebelum melonjak adalah langkah yang panjang sekali dan

Page 18: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

seketika itu bahu dibawa ke depan. Semasa langkah ini di ambil, kaki bebas 9

hanyun ) dibawa ke depan dalam keadaan agak bengkok.

Jarak larian boleh ditentukan dengan menandakan satu bulatan berjejari

50 cm berhampiran dengan tiang tegak, iaitu tiang kiri bagi pelompat yang

melonjak dengan kaki kiri atau sebaliknya. Letakkan kaki lonjakan di tengah

bulatan ini dan lari ke hadapan pada sudut 30 darjah. Lima atau tujuh langkah

dari tengah bulatan sudah memadai. Tandakan langkah terakhir iaitu langkah

lima atau tujuh. Seterusnya lari kembali ke arah palang dan pastikan langkah

terakhir memijak tempat yang sama. Jika langkah itu tidak konsisten,

penyesuaian dibuat. Akhirnya ukur jarak antara 5 atau 7 langkah. Ukuran ini

boleh digunakan pada masa latihan yang akan datang.

Page 19: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

8.3.2 Lonjakan

Sebelum melonjak, peserta perlu merendahkan pusat graviti badannya.

Teknik melakukannya perlu betul kerana ia boleh menjejaskan kelajuan larian.

Lutut kiri  dibengkokkan pada langkah terakhir larian, dan tangan dihayunkan ke

belakang serta tumit kaki pasak badan dalam keadaan condong ke belakang.

Pada langkah terakhir ini peserta mesti bersedia untuk mula melonjak ke atas

palang. Apabila kaki kanan ( depan ) mula dihayun ke atas, tangan yang di

belakang tadi turut ikut serta.

Ketika inilah kaki kiri ( belakang ) akan membuat lonjakan sekuat yang

mampu. Tindak balas kepada penekanan dan daya gerak ke atas, pertukaran

gaya lonjakan kaki dan penyerapan hentakan mestilah berlaku dengan pantas.

Kedudukan badan atas palang.

Dalam kebanyakan kes, tangan adalah bahagian yang pertama sekali

melintasi palang, diikuti oleh kaki depan. Kaki depan yang mendatar di atas

palang hendaklah mengawal pergerakan bahagian badan yang lain untuk dibawa

melepasi palang.

Ketika badan mula melepasi palang, kaki kiri iaitu kaki belakang

dibengkokkan serapat yang boleh untuk mengelakkan dari terkena palang.

Tangan kiri dirapatkan ke dada.  Sebaik sahaja separuh badan melepasi palang,

peserta akan menjunamkan kepala dan bahunya ke arah tilam mendarat. Ini

akan membantu pergerakan pinggang berada dalam posisi yang betul untuk

meseluruhan badan melepasi palang. Kaki belakang tidak perlu menendang ke

atas tetapi cukup sekadar mengekalkan posisi bengkoknya .

Page 20: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

Pendaratan

Selepas berjaya melompat melepasi palang, peserta terus menuju ke

kawasan pendaratan. Peserta akan memusingkan badan dari posisi mengiring

kepada posisi melentang dengan jatuhan badan ke atas tilam mendarat.

Page 21: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

8.4 Teknik Gaya Lentang ( Fosbury Flop )

Gaya lentang ( flop ) merupakan teknik lompatan yang paling akhir

diperkenalkan oleh seorang ahli lompat tinggi yang berasal dari Amerika

Syarikat iaitu Dick Fosbury pada tahun 1968. Lompatan ini sangat sesui

untuk atlit lompat tinggi yang mempunyai larian  yang pantas tetapi kurang

daya lonjakan kaki. Dari kajian yang dibuat oleh pakar-pakar menunjukkan

bahawa penggunaan daya untuk melonjak adalah selama 0.14 saat

untuk gayalentang  berbanding 0.22 saat untuk gaya plana.

Gaya  ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab

mengapa murid-murid tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. Untuk

tujuan  keselamatan, guru mestilah memastikan bahawa tilam pendaratan

yang mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan.

Dalam gaya lentang atau  Fosbury Flop ini, terdapat empat fasa

yang perlu oleh seseorang pelompat iaitu :

1.    Fasa penujuan.

2.    Fasa lonjakan.

3.    Fasa layangan.

4.    Fasa pendaratan.

Page 22: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

8.4.1 Fasa penujuan ( larian landas )

Fasa penujuan adalah sangat penting untuk mendapatkan

lompatan yang sempurna. Terdapat dua faktor yang mempengaruhi lari

landas yang akan membawa seseorang atlit lompat tinggi pada satu tahap

yang paling sesuai untuk melakukan fasa lonjakan seterusnya.  Faktor-

faktor itu adalah :-

i. Kelajuan :-   Atlet dikehendaki berlari secepat mungkin tetapi

dengan halaju yang terkawal.  Ia akan mengambil masa yang lebih

lama untuk melintasi palang kerana tinggi palang.

ii. Arah  :-  Atlet hendaklah menuju ke arah palang pada sudut 20

darjah hingga 30 darjah dari satah tegak palang.  Dalam gaya flop

ini di bahagian akhir lari landas atlit perlu mengubah arahnya pada

satu lengkongan.  Ini dilakukan untuk mendapat daya sentrifugal

yang sangat penting bagi gaya flop.

iii. Terdapat tiga gaya lari landas yang sering digunakan

dalam gaya flop seperti berikut;

i) Lari lengkung dari mula, lari landas untuk mendapat

kepantasan yang optima seperti Dick Fosbury.

ii) Bermula lari secara lurus kemudian melencong pada

empat langkah terakhir.

iii) Secara lari atas garisan lurus menuju ke palang.

Dalam fasa ini juga peserta membuat larian untuk memperoleh

daya yang tinggi untuk membuat lonjakan, Jarak larian untuk membuat

lompatan bergantung kepada ketinggian peserta dan keberkesanannya 

membuat lonjakan. Disebabkan dalam gaya ini peserta akan melompat

secara membelakangi palang lompatan, maka teknik larian juga berbeza

dari gayaplana. Corak larian pada kebiasaannya adalah berbentuk

garisan lengkung.

Page 23: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

Larian yang mengikut lengkungan akan menghasilkan daya

centrifugal iaitu daya cenderung untuk keluar dari pusat putaran. Daya ini

akan membantu melempar badan peserta ke atas palang apabila

membuat lonjakan.

Jejari lengkungan ( jika menjadi bulatan ) ketika mengambil larian

biasanya lebih kurang 6 meter. Saiz jejari lengkungan ini adalah

bergantung kepada ketinggian peserta dan kebiasaannya berlari pada

jarak tersebut.

Biasanya pelompat mengukur tujuh hingga sembilan langkah

larian. Peserta biasanya mengukur jumlah langkah dengan mengira

langkahnya sambil berlari bermula dari tempat permulaan lonjakan di

hadapan palang. Kaki yang digunakan untuk melonjak hendaklah

diletakkan pada tanda permulaan lengkungan. Setelah hampir kepada

lengkungan kedua, hendaklah menambahkan kelajuan untuk melompat.

Larian melengkung inilah yang menyediakan pelompat melepasi

palang bahagian dahulu.

Page 24: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

8.4.2 Fasa lonjakan

Apabila pelompat berada tiga atau empat langkah sebelum mula

melonjak serta sudah ada tendersi untuk melayangkan badan ke atas

palang maka  pengukuhan posisi badan dan gaya belari digabungkan

bersama. Apabila hampir dengan tempat untuk melonjak, kaki yang akan

melonjak seharusnya berada di posisi selari dengan palang lompatan.

Keadaan ini akan menempatkan badan peserta di posisi yang baik untuk

mengelakkan badan daripada terkena palang apabila sudah melompat.

Gaya tangan sangat penting untuk membantu mengangkat badan

peserta ketika melompat. Gaya  ini hampir serupa seperti

dalam gaya plana. Ketika pelompat bergerak di langkah terakhir larian,

kedua belah tangan dihayunkan ke belakang. Peserta akan memulakan

pergerakan melompat dengan membawa kaki belakang ke hadapan serta

mengangkat kaki dengan peha selari denagn permukaan gelanggang.

Kaki hadapan ( kaki yang kuat atau yang digunakan untuk melonjak )

mula menujah badan ke atas. Tangan dihulurkan ke atas untuk memandu

atau mengawal pergerakan badan ke atas palang.

Page 25: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

8.4.3 Fasa layangan.

Selepas keseluruhan badan telah dilonjakkan ke atas, maka

pelompat akan cuba melentikkan badannya untuk melepasi palang.

Kedua-dua belah tangan diluruskan selari dengan  rusuk badan. Kaki

dibiarkan bebas untuk memudahkan pelompat melenturkan badan iaitu

bahagian pinggang. Lenturan atau lentikkan badan ini akan membantu

bahagian punggung pelompat melepasi palang. Ketika ini badan pelompat

berbentuk huruf ‘ J ‘.

Apabila badan mula mendarat, pelompat akan menarik lutut ke

hadapan di mana kedua belah kaki diluruskan ke atas. Pergerakan ini

perlu pantas dan berterusan dengan pendaratan ke tilam mendarat. Ini

adalah penting mengelakkan bahagian betis dan tumit daripada terkena

palang dan ia juga sebagai persediaan untuk pendaratan.

Sebaik sahaja peserta melayang di udara, pusat graviti badan turut

berubah. Tubuh akan berpusing di keliling pusat graviti dalam satu laluan

parabola. Peserta cuma bolah menambah kelajuan rotasi ini dengan

menggerakkan pinggulnya. Penjimatan momentum ini akan membolehkan

pelompat menambahkan kelajuan rotasi dengan memendekkan tuas

melalui pergerakan lengan dan kaki yang merapati pusat graviti.

Kepala dan belakang perlu melepasi bar terlebih dahulu.  Kepala

haruslah didongakkan ke atas. Sebaik sahaja bahu melepasi palang,

gerakkan kepala ke belakang. Ini menyebabkan pinggul dan terangkat lalu

membentuk arch.  Apabila pinggul telah melepasi bar, angkat hamstring

ke atas. Ini dilakukan melalui merendahkan pinggul ke bawah. Pergerakan

ini menyebabkan lutut terangkat dan membolehkannya berada dalam

posisi yang lebih baik untuk melepasi bar. Setelah itu, luruskan kaki.

Dalam pergerakan ke bawah selepas itu, perlahankan rotasi melalui

Page 26: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

tangan yang terbuka ke luar. Ini bagi membantu proses mendarat.

Mendaratlah dengan belakang bukannya tengkuk.

8.4.4 Fasa pendaratan

Serentak dengan mengangkat kaki ke atas, pelompat menarik

kepala dan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke

atas dan pelompat mendarat di atas bahagian belakangnya ( tulang

belikat ).

Dalam fasa ini badan atlet setelah melepasi palang sedang jatuh

dari tinggi ke bumi.  Jenis daya yang dihasilkan adalah daya kinetik yang

makin jatuh makin bertambah.  Seseorang atlet ketika ini mesti

menyediakan dirinya dengan mengadakan kedua lutut jauh dan dagunya

rapat pada dada.  Mulutnya mesti ditutup supaya tidak tergigit lidah. 

Untuk mengurangkan hentakan maka atlet mesti cuba mendarat pada

bahunya.

Sekiranya tenaga kinetik terlampau, ia dikehendaki melakukan

gulingan ke belakang untuk menyerap hentakan impact. 

 

Page 27: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

9.0 LATIHAN ANSUR MAJU

Gaya Straddle

Langkah 1 :

Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah menentukan kaki lonjakan. 

Kaki yang menjadi pilihan adalah kaki yang dirasakan terkuat, selesa dan mudah

melakukan lonjakan apabila melakukan lompatan.

Langkah 2 :

Adakan beberapa barisan menghadap sesuatu tanda yang telah disediakan

di atas tanah.  Larian dilakukan dan terus loncat ataupun melompat di atas kaki

yang telah dipilih untuk membuat lonjakan.

Langkah 3 : 

Pengasingan dilakukan bagi pelompat yang menggunakan kaki kiri dan

kaki kanan.  Kedudukan pelatih pula ialah, pelompat yang menggunakan

lonjakan kaki kanan berada di sebelah kanan mengadap palang manakala

pelompat yang menggunakan lonjakan kaki kiri berada di sebelah kiri mengadap

palang.

Langkah 4 :

 Pada permulaannya tali getah hendaklah digunakan sebagai

menggantikan palang agar memberi keyakinan kepada pelatih.  Ikatan sesuatu

tanda seperti kain putih di tengah-tengah tali getah itu tadi.  Ianya bertindak

sebagai penanda bagi pengamatan tahap lompatan.

Langkah 5 : 

Arahan diberikan agar pelatih bergerak ke arah hadapan.  Ini diikuti

dengan arahan agar kaki dihayun bebas setinggi yang boleh supaya dapat

Page 28: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

menyentuh penanda yang telah diikat pada tali getah tadi.  Ketinggian ukuran tali

getah dimulakan daripada paras pinggang sehinggalah paras bahu.

Langkah 6 : 

Apabila sampai pada tahap ini, penerangan teknik yang paling sesuai untuk

melakukan aktiviti bagi gaya ini adalah seperti berikut ;-

a) Kedudukan badan hendaklah disandarkan ke belakang.

b) Kaki yang digunakan untuk lonjakan dihulurkan sejauh yang boleh ke

hadapan.

c) Kedua-dua belah tangan digerakkan ke belakang badan.

d) Pada masa yang sama kaki ditendang sebebasnya ke atas dengan

kencang dan dipandu dengan kedua-dua tangan yang dihayunkan ke

atas.

Penerangan tentang aksi lonjakan menegak ke atas dapat dicapai dan

penekanan perlu ditegaskan kepada lonjakan ke atas.  Ini belum lagi aksi bagi

memutar melintasi palang.  Bagi aksi layangan tidak perlu dipedulikan lagi,

hanya loncatan tegak dahulu perlu ditegaskan.

Langkah 7 :

Kesemua langkah di atas dilakukan dipraktikkan ditali getah yang

menggantikan palang.  Maklumkan bahawa gaya yang dipraktikkan adalah gaya

straddle.

Langkah 8 : 

Langkah seterusnya ialah memperkenalkan aksi peringkat putaran. 

Kedudukan sekarang adalah berpasangan.  Satu demonstrasi cara membuat

putaran diperkenalkan dan dilakukan.  Dalam setiap pasangan, pelompat akan

menendang sebelah kaki ke atas.  Penyokong atau pembantu kepada pelaku

akan memegang pergelangan kaki sebelah lagi.  Kaki tersebut diputarkan ke

Page 29: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

arah kaki sebelah lagi sebagai imbangan.  Oleh itu, secara otomatik badan akan

terputar ke arah sisi.  Perkara yang harus ditegaskan dan ditekankan ialah badan

haruslah diangkut ke bawah.  Kepala perlu direndahkan, manakala tangan

diturunkan.

Langkah 9 :

Bangku panjang disediakan dan diletakkan di sisi tilam.  Satu langkah diambil

di atas bangku.  Kaki dihayunkan bebas ke atas dan jatuhan ialah di atas tulang

belikat di atas tilam.  Bangku dikeluarkan.  Seterusnya gaya ini dilatih untuk

beberapa langkah.

Langkah 10 :

             Bila teknik ini telah dikuasai, barulah diperkenalkan langkah atau teknik l

arian landas.  Ianya menggunakan 5 hingga 7 langkah mengikut keselesaan.

Page 30: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

10.0 LATIHAN-LATIHAN PERSEDIAAN

1.  Latihan Garisan

Palang lompatan diletakkan di atas lantai gelanggang.  Pendekatan

melompat pada sudut 45 darjah digunakan.  Kaki dihayunkan ke hadapan dan

lompatan dibuat melintasi palang dengan pendaratan kaki yang sama. 

Kesesuaian latihan ini adalah untuk peserta yang baru mempelajari gaya ini.

2.  Latihan Pergerakan Kaki

Palang lompatan diletakkan kira-kira satu meter tinggi dari lantai.  Sudut

45 darjah digunakan untuk melompat dengan tiga langkah larian.  Latihan

melompat melepasi palang dilakukan dan pendaratan masih dilakukan dengan

menggunakan kaki hadapan.  (Latihan pendaratan juga boleh dilakukan serentak

dengan latihan menaikkan palang dan tilam digunakan untuk mendarat).

3.  Latihan Kepantasan Dan Kekuatan Kaki

Larian boleh dibuat beberapa langkah dan melompat serta menendang

sesuatu objek yang digantungkan.  Perlakuan dalam latihan ini hendaklah

dilakukan dengan berhati-hati kerana ia agak merbahaya.

4.  Latihan Melonjak

Palang diletakkan lebih tinggi di bahagian kaki dan direndahkan di

bahagian kepala pelompat.  Dengan cara ini, pelompat dapat menguji keupayaan

kakinya untuk membuat lonjakan yang lebih bertenaga.

5.  Latihan Gulingan Badan

Kedudukan palang adalah lebih tinggi di bahagian kepala dan

direndahkan di bahagian kaki pelompat.  Keadaan ini akan membolehkan

pelompat membuat gulingan badan pada aras yang lebih tinggi.  Pergerakan

badan akan mendahului pergerakan kaki yang berpusing di atas palang.  Cara

mendarat yang betul boleh dicapai melalui latihan ini.

Page 31: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

11.0 LATIHAN ANSUR MAJU LOMPAT TINGGI GAYA FOSBURY FLOP

Langkah 1 :

Langkah ini bertujuan memberi peluang kepada atlet untuk menghayati

rasa semasa mendarat.  Ia bertujuan untuk memberi keyakinan kepada mereka

untuk melakukan aktiviti-aktiviti seterusnya.

Pelajar ditunjukkan dengan demonstrasi cara menjatuhkan badan di atas

belakang.  Perlu disediakan sebuah kotak yang lebih tinggi daripada kawasan

mendarat.  Ianya diletakkan di sisi kawasan tilam atau tempat pendaratan. 

Pelajar atau atlet diarahkan untuk berdiri di atas kotak itu dengan keadaan badan

yang lurus dan tegak.  Kemudian badan dijatuhkan ke belakang.  Aktiviti ini

diulang beberapa kali untuk keyakinan seterusnya. 

Untuk meneguhkan ansur maju langkah ini, pelajar diberitahu untuk

menjatuhkan badan di bahagian belakang bahu.  Dagu hendaklah dirapatkan

pada dada.  Perlu ditegaskan bahawa tangan hendaklah dihayunkan ke

belakang.  Untuk peneguhan, semasa aktiviti ini, ianya dapat dijayakan dengan

menggunakan sebiji bola (saiz bola sepak).  Perlakuannya ialah dengan

memegang bola tersebut dan semasa jatuhan, bola itu dibaling ke belakang

serentak dengan tangan dihayun.  Ini bertujuan untuk hayunan tangan yang lebih

mantap.  Semasa aktiviti ini, kaki hendaklah dalam keadaan kangkang sedikit.

Langkah 2 :

Kotak yang lebih rendah sedikit daripada aktiviti langkah 1 digunakan. 

Segala perlakuan dan aktiviti adalah seperti dalam langkah 1.  Pelajar

dikehendaki dan diarahkan untuk membuat lonjakan sedikit.  Ia bertujuan untuk

mengangkat badan.  Gunakan tali getah dan ini akan memberi keyakinan

semasa membuat lonjakan dengan kedua belah kaki.  Langkah ini perlu diulang

beberapa kali untuk peneguhan dan keyakinan.

Page 32: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

Langkah 3 :

Kotak dalam langkah 2 digantikan dengan bangku yang lebih rendah

lagi.  Pelajar dikehendaki membuat lonjakan dengan sebelah kaki iaitu kaki

lonjakan.  Pengasingan pelajar yang menggunakan kaki lonjakan yang berlainan

perlu diasingkan di kiri dan kanan tempat melompat.

Dalam keadaan berjalan, mereka dikehendaki memijak bangku tersebut

dengan kaki lonjakan sambil melonjak dan menghayun kaki sebebas-bebasnya

ke atas dan melompat. Perlu ditekankan bahaya tangan perlulah dihayun seperti

dalam langkah 2.  Setelah beberapa kali dicuba, barulah tali getah tadi

digantikan dengan palang yang sebenar.

Langkah 4 :

Penumpuan dalam aktiviti ini ialah menitikberatkan perkara yang

bersabit dengan layangan.

i. Kaki yang paling dekat dengan palang hendaklah di kilas bebas untuk

mendapatkan daya putaran pada badan.

ii. Badan hendaklah dilengkungkan ketika berada di atas tali getah supaya

mendapat gaya dan ketinggian yang baik dan sempurna.

iii. Selepas didapati aktiviti ini dapat dicapai, barulah palang digunakan untuk

merasai suasana sebenar acara lompat tinggi gaya ini.

Langkah 5 :

Dalam langkah ini, pelajar diarahkan untuk membuat lompatan yang

sebenar.  Sebagai bantuan untuk aktiviti dalam langkah ini, satu garisan untuk

lari landas dengan lengkungan disediakan.  Palang hendaklah berada di paras

yang rendah.  Pada mulanya pelajar akan mencuba dengan menggunakan

empat atau lima langkah larian landas.  Ini cuba beberapa kali.  Kemudian

palang akan ditinggikan sedikit demi sedikit sekiranya lompatan berjaya

dilakukan. 

Page 33: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

            Selepas itu, lakuan untuk aktiviti yang sama tetapi dengan menggunakan lari

landas 9 hingga 11 langkah.  Pada aktiviti ini, larian hendaklah dilakukan dengan agak

laju.

Latihan Ansur Maju Gaya Fosbury Flop

Page 34: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

12.0 PENEGASAN DAN PEMERHATIAN

1. Disiplin peraturan dan giliran, serta disiplin melakukan gerakan wajib diberi

perhatian dan penegasan.

2. Semasa sesuatu aktiviti sedang dijalankan, guru atau jurulatih perlu memerhati

dan membuat penerangan kepada atlet jika ada sesuatu perkara yang boleh

memperbaiki lagi lakuan dalam lompatan.

3. Pelajar-pelajar yang lain adalah digalakkan untuk memerhati lakuan rakannya

untuk mendapat teknik yang betul dan dapat memberi perhatian sekiranya ada

perlakuan yang memerlukan teguran untuk memperbaiki kesalahan.

Page 35: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

13.0 PRINSIP-PRINSIP BIOMEKANIK DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI

UNTUK GAYA FOSBURY FLOP 

BIL PERKARA FORMULA PENERANGAN

1. Hukum

Newton

ketiga

F1 = F 2 1. Semasa lonjakan, tolakkan sebelah

kaki ke bumi

2. Hayunkan tangan dan kaki hendaklah

berhampiran dengan badan supaya

mencapai lonjakan yang maksimum

2. Pusat Graviti 1. Semasa pusingan badan, pelompat

mengekalkan pusat graviti untuk

mencapai stabiliti.

2. Pelompat menahan pergerakan ke

bawah sebelum melonjak ke atas

supaya pusat graviti beralih ke

bahagian hadapan melibatkan

komponen menegak.

3. Stabiliti 1. Badan dilentikkan ke belakang semasa

lonjakan untuk offset pusat gravity

supaya pelompat sentiasa cuba

mencari stabiliti.

2. Larian dilakukan secara perlahan ke

pantas, langkah pendek ke langkah

panjang sebelum membuat lonjakan.

4. Geseran 1. Kasut hendaklah jenis spike supaya

menghasilkan daya yang lebih besar

dengan permukaan trek semasa larian.

5. Momentum MV 1. Pelompat hendaklah mempunyai

jarak larian yang cukup supaya

pelompat dapat halaju yang

maksimum bagi jarak itu untuk

Page 36: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

menghasilkan momentum yang

maksimum juga kerana momentum

= masa X halaju.

6. Daya

centrifugal

dan

centripetal

1. Badan hendaklah melentik ke belakang

semasa melepasi palang.

2. Semasa melepasi palang, kaki

diluruskan manakala kepala

mendongak ke atas bagi menghasilkan

lompatan yang sempurna.

14.0 BUTIR-BUTIR MENGAJAR

Page 37: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

Lompat tinggi terbahagi kepada 4 fasa yang utama iaitu:

1.    Fasa penujuan ( Approach )

2.    Fasa lonjakan ( Take-off)

3.    Fasa layangan ( Bar Clearance )

4.    Fasa Pendaratan ( Landing )

1.         Fasa penujuan

1. Penujuan atau larian landas merangkumi larian lurus dan larian

lengkung (Curved)

2. Dalam larian lurus lebih kurang 3 hingga 6 langkah diambil.

3. Semasa larian lurus, belakang badan di tinggikan ( upright runk )

4. Tambahkan kelajuan larian dengan langkah yang lebih besar dan

kuasa.

5. Condongkan ke dalama semasa larian lengkung, Bahu yang di dalam

lengkung lebih rendah daripada bahu yang di dalam lengkung.

6. Teruskan penambahan kelajuan larian.

2.         Fasa Lonjakan

1. langkah yang terakhir lebih pendek. Kaki lonjak mesti , mesti mendarat

cepat aksi ‘ acceleration ‘

2. Tumit arah ke kawasan mendarat. Kaki tidak sepatutnya selari dengan

hadapan kawasan mendarat.

3. Kaki yang bukan kaki lonjak dinaikkan cepat ke kedudukan horizontal

dan mengekalkan kedudukan begitu.

4. Tangan dihayun ke atas ketinggian kepala dan kekalkan kedudukan.

3.         Fasa Layangan

Page 38: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

1. Selepas melonjak, teruskan degan kaki yang bukan kaki lonjak dalam

kedudukan horizontal.

2. Gerakkan tangan kiri sebagai pendahulu melepasi palang.

3. Angkat pinggul semasa melepasi palang.

4. Apabila pinggul sudah melepasi palang, dengan cepat kepala

mendekati dada.

4.         Fasa Pendaratan

1. Mendarat dengan keseluruhan belakang dan disokong dengan tangan.

2. Jarakkan lutut semasa mendarat.

15.0 PROSEDUR LOMPATAN

Page 39: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

Jarak untuk mengambil larian sebelum melompat tidak dihadkan. Peserta

juga boleh memilih sudut atau penjuru yang dia suka untuk lompatan. Bahan-

bahan yang sesuai seperti sapu tangan boleh juga digunakan untuk menanda

tempat bagi membuat lompatan.

Ketinggian paras lompatan untuk permulaan setiap pusingan akan

ditentukan oleh pengadil sebelum acara dimulakan. Setiap peserta akan diberi

tiga peluang untuk membuat lompatan bagi setiap paras ketinggian. Peserta

yang gagal melepasi palang selepas tiga peluang melompat akan terkeluar

daripada pertandingan. Pemenang akan ditentukan oleh peserta yang membuat

lompatan yang tinggi. Sekiranya terdapat keputusan seri maka, disemak pula

rekod lompatan sebelum ini.

            Contah rekod lompatan adalah seperti di bawah:

Nama                                     1          2          3

Ali                                           X         X         /

Abu                                         X         /           /

Ali berjaya melompat melepasi palang pada percubaan yang ketiga

manakala Abu pula berjaya pada percubaan kedua. Oleh itu Ali akan diumumkan

sebagai pemenang walaupun paras ketinggian adalah sama, dan kedua-duanya

gagal melepasi ketinggian berikutnya setelah tiga percubaan diberikan.

Ketinggian palang diukur secara menegak, iaitu bersudut 90 darjah dengan

permukaan gelanggang. Ukuran diambil dari  bahagian atas palang. Setelah

tamat sesuatu paras ketinggian, pengadil akan mengukur ketinggian baru

sebelum peserta dibenarkan melompat.

16.0 PERATURAN-PERATURAN DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI

Page 40: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

16.1 Pertandingan

1. Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan

undian.

2. Sebelum pertandingan bermula, hakim-hakim akan mengumumkan

kepada peserta-peserta ketinggian lompatan permulaan dan juga

ketinggian yang akan dinaikkan setiap kali berakhirnya satu-satu

pusingan sehingga hanya seorang pemenang sahaja yang tinggal,

atau terdapat keadaan seri bagi tempat pertama.

3. Melainkan seorang peserta sahaja yang tinggal.

a) Palang tidak boleh dinaikan kurang daripada 2 CM, bagi setiap

pusingan.

b) Penambahan bagi kenaikkan palang tidak boleh dibenarkan.

4. Di dalam pertandingan bercampur yang dikelolakan dibawah peraturan

12.1 (a), (b) dan (c). Setiap ketinggian yang ditambah adalah 3 CM,

sehingga tamat pertandingan.

5. Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki.

6. Sebaik sahaja pertandingan dimulakan, para peserta tidak dibenarkan

menggunakan landas lari ataupun kawasan melonjak untuk latihan.

7. Seorang peserta gagal jika:

a) Setelah melompat, palang tidak berada di atas cagak-cagak

pengalasnya kerana aski peserta tersebut ketika melompat

b) Menyentuh bumi terrmasuk kawasan mendarat di belakang

kedua-dua tiang tersebut dengan sebrang bahagian badannya

tanpa melompat melepasi palang tersebut. Walau

bagaimanapun jika ketika melompat peserta itu menyentuh

kawasan mendarat dengan kakinya dan pada hemat hakim,

tidaklah menjadi satu sebab untuk dianggap sebagai gagal.

8. Seorang peserta boleh mula melompat setinggi mana yang disukainya

keatas ketinggian permulaan dan boleh  melompat sesuka hatinya di

paras-paras tinggi yang berikutnya. Tiga kali kegagalan berturut-turut

Page 41: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

tidak kira dimana sahaja kegaglan itu berlaku, akan menyingkirkan

peserta tersebut dari membuat lompatan lagi, melainkan dalam

keadaan seri di tempat pertama. Tujuan peraturan ini adalah untuk

membolehkan seseorang peserta bertindak menolak giliran melompat

kedua dan ketiga pada ketinggian tertentu ( setelah gagal lompatan

pertama atau kedua ) masih boleh melompat pada ketinggian berikut.

Jika seseorang  peserta tidak melompat di sesuatu ketinggian, ianya

tidak lagi boleh melompat pada ketinggian itu, melainkan jika terdapat

seri.

9. Sebatang penguku ketinggian yang baru hendaklah dibuat sebelum

para peerta melompat pada ketinggian tersebut. Di dalam hal

pemecahan rekod-rekod, hakim-hakim mestilah memeriksa ukuran

ketinggian palang yang diletakkan pada ketinggian rekod mestilah

mengukur sekali sebelum percubaan pemecahan rekod seterusnya

sekiranya palang itu disentuhi.

NOTA: 

i. Hakim-hakim hendaklah memastikan sebelum memulakan

pertandingan bahawa muka depan dan bawah kayu palang dapat

dikenali dan kayu palang itu hendaklah sentiasa diletakkan dengan

muka yang sama ke atas dan ke hadapan.

ii. Walaupun sesudah semua peserta gagal, kecuali seorang masih

melompat, maka ia tidak layak lagi meneruskan pertandingan.

Ketinggian seterusnya adalah ditetapkan oleh peserta-peserta

tersebut setelah berbincang dengan hakim atau referi berkenaan.

NOTA.      Ini tidak termasuk acara-acara bercampuran.

i. Lompatan yang terbaik dari semua lompatan diambil dalam

keadaan seri untuk tempat pertama.

Page 42: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

ii. Lompatan yang terbaik dari semua lompatan bagi tiap-tiap peserta

akan dikira termasuk lompatan yang diambil dalam keadaan seri

untuk tempat pertama.

16.2 Landas Lari Dan Kawasan Melompat

1. Jarak minimum bagi landas lari ialah 15 cm, kecuali di dalam

pertandingan. Pertandingan di bawah peraturan 12.1 (a), (b) dan (c) di

mana jarak minimumnya ialah 20 m. Di mana keadaan mengizinkan

jarak minimum landas hendaklah berukuran25 m.

2. Curam keseluruhan maksimum landasan dan kawasan melompat tidak

boleh melebihi 1 250 ke arah bahagian tengah palang.

3. Landasan di tapak tempat melonjak hendaklah rata. Jika tikar

digunakan semua. Rujukan dalam peraturan mengenai rata balapan

atau kawasan melompat hendaklah rata dengan permukaan tikar

4. Penanda. – seseorang peserta boleh menggunakan  satu atau dua

penanda ( yang disahkan atau disediakan oleh Pihak Jawatankuasa

Pengelola ) bagi membantu di dalam larian dan lompatannya.

Sekiranya penanda seperti itu tidak disahkan, peserta itu boleh

menggunakan pita pelekat tetapi bukan kapur atau sebarang bahan

seperti itu, ataupun sebarang benda yang boleh meninggalkan kesan

yang kekal.

Page 43: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

16.3 Alat-alat.

1. Tiang-tiang.   Sebarang jenis tiang boleh digunakan kejor/tegar. Cagak-

cagk hendaklah dipasng dengan kemas kepada tiang-tiang, Tingginya

tiang-tiang ini mestilah melebihi maksimum ketinggian ke mana kayu

palang boleh dinaikkan dengan sekurang-kurangnya 10 mm. Jarak

diantara tiang-tiang tidak boleh kurang daripada 4.00 meter dan tidak lebih

daripada 4.04 meter.

2.  Tiang-tiang tidak boleh dianjakkan sewaktu pertandingan dijalankan,

melainkan padaa pendapat referi bhawa tempat melonjak atau kawasan

mendarat tidak lagi sesuai digunakan. Dalam keadaan seperti ini,

perubahan hanya dilakukan setelah sesuatu pusingan diselesaikan.

3. Palang.      Kayu palang hendaklah diperbuat daripada bahan seperti “

fiber glass”, logam atau lain-lain bahan yang sesuai, berbentuk bulat pada

keratan rentasnya kecuali di kedua-dua hujungnya. Panjang keseluruhan

palang tersebut ialah 4.00 m  ( lebih kurang 2 cm ). Berat maksimumnya

ialah 2 kg. Garis bahagian bulatnya ialah 30 mm. Palang tersebut

hendaklah mengandungi tiga bahagian-bahagian berbentuk bulat panjang

dan dua bahagian hujung, setiap satu berukuran lebar 30 – 35 mm dan

panjang 15 – 20 cm bagi tujuan diletakkan di atas cagak tiang. Hujung

palang hendaklah licin dan kukuh. Hujung palang tidak boleh disalut

dengan getah atau dengan apa juga bahan lain yang akan mengakibatkan

lebih pergeseran di antara hujung palang dan cagak. Palang ini tidak

boleh menyentuh apabila diletakkan di atas tempatnya. Lenteruan yang

dibolehkan ialah paling maksimum 2 cm. Pengawasan, gantungkan

timbangan seberat 3 kg di tengah-tengah palang ketika berada di

tempatnya. Kemungkinan ianya akan menyentuh 7 cm maksimum.

Page 44: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

17.0 KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU SEMASA LOMPATAN

a. Permulaan larian yang terlalu laju dan mengurangkan kelajuan pada 3

langkah terakhir.

b. Langkah lari landas terlalu pendek hingga menyebabkan atlit terpaksa

membuka langkah semasa melencong.

c. Jarak tempat melonjak terlalu dekat dengan palang.  Ini menjadikan jarak

penujuan terlalu pendek dan terlalu kecil sudutnya.

d. Peserta menggunakan kedua belah kaki untuk melonjak ketika mula

melompat.

e. Tidak mengekalkan posisi menegak menyebabkan kepala dan bahu terlalu

dekat dengan palang semasa melonjak.

f. Terlalu cepat membengkokkan badan ke palang.

g. Menjunam ke arah palang atau melonjak terlalu dekat.

h. Kaki belakang terkena palang kerana hayunan lutut tidak diselesaikan

dengan cara melipat tumit.

i. Lengkungan badan tidak sempurna semasa layangan.

j. Mendongak ke belakang yang keterlaluan atau tidak membengkokkan kaki

dan mendongak semula di fasa pemulihan.

k. Sebelum badan melepasi palang, bahagian-bahagian badan menyentuh atau

termasuk ke sebelah kawasan mendarat.

Page 45: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

18.0 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

a. Pelajar perlu memanaskan badan terlebih dahulu untuk mengelak

kecederaan.

b. Pastikan tempat daratan atau tilam yang digunakan untuk mendarat selamat.

c. Tiang hendaklah diletakkan di tempat yang rata agar tidak bergoyang atau

mudah jatuh.

d. Palang mestilah diletakkan di belakang tiang menghadap tempat daratan

supaya ia jatuh ke bawah bila disentuh dan tidak menyekat peserta lompatan.

Page 46: OLAHRAGA LOMPAT TINGGI

19.0 KESIMPULAN

Lompat tinggi mempunyai urutan sejarah dan perkembangan yang

menarik.  Setelah melalui pelbagai zaman dan kejohanan, banyak perubahan

berlaku dari segi undang-undang, teknik, gaya dan tercipta pula pelbagai kaedah

untuk memajukan lagi acara lompat tinggi.

Secara keseluruhannya, setiap atlet perlu melihat dan memahami acara

lompat tinggi yang kompleks ini.  Segala teknik yang dipelbagaikan dan ansur

maju yang dipecahkan untuk lebih mudah memahaminya.

Apa yang lebih mustahak ialah perlu diadaptasikan ilmu dan pemahaman

sains sukan dalam acara lompat tinggi.  Pemahaman dan amalan tentang

pemakanan atlet juga banyak membantu kejayaan dalam lompat tinggi.  Apatah

lagi dengan perancangan sistem latihan yang teratur dan juga diadakan pelbagai

sesi untuk memantapkan atlet.

Segala bentuk latih tubi yang diadakan adalah untuk mengukuhkan

kekuatan teknikal acara ini dan peluang untuk membuat kesilapan dapat

diminimumkan.