ogos 2010 amanat ketua pengarah ... file... jabatan perikanan malaysia yang diadakan di kuala...

6
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam 1 Malaysia. Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita melaksanakan kerja-kerja yang telah dirancang dalam keadaan aman dan sejahtera. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Pada 24 – 27 Julai 2010 berlangsungnya Persidangan Tahunan Pegawai-Pegawai Kanan, Jabatan Perikanan Malaysia yang diadakan di Kuala Terengganu, Terengganu. Tema yang dipilih pada kali ini ialah “Transformasi Ke Arah Berpendapatan Tinggi”. Sebanyak 12 kertas kerja telah dibentangkan oleh pegawai- pegawai yang merangkumi semua subsektor utama industri perikanan seperti pembangunan akuakultur, kawalan kualiti dan keselamatan ikan, pengembangan perikanan, penyelidikan dan inovasi perikanan, pengurusan sumber serta perancangan program-program dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh. Persidangan kali ini telah dapat menetapkan satu resolusi yang mantap sesuai dengan tema untuk mentransformasikan industri perikanan ke arah meningkatkan pendapatan pengusahanya. Saya berharap supaya resolusi ini dapat diaplikasi dan dijadikan garis panduan dalam pelaksanaan program-program Jabatan Perikanan yang akan datang. Sempena persidangan ini, Program Kecemerlangan dan Kecerdasan Jabatan Perikanan Malaysia turut diadakan yang melibatkan pertandingan acara-acara sukan mengikut zon. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Zon Timur yang telah menjuarai acara secara keseluruhan. Semoga program kecergasan yang dilangsungkan dalam suasana semangat kesukanan ini dapat meningkatkan tahap kesihatan dan keceriaan warga perikanan di samping mengukuhkan ukhwah dan kerjasama antara mereka. Sempena persidangan ini juga, Galeri Biodiversiti Akuatik di Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang turut dirasmikan. Sesuai dengan fungsi institut ini yang memberi fokus kepada penyelidikan penyu dan haiwan-haiwan akuatik marin yang mengalami kepupusan, galeri ini turut mempamerkan artifak haiwan-haiwan berkenaan. Saya amat berharap supaya galeri ini menjadi pusat tumpuan orang ramai dan pelancong dalam usaha memberi kesedaran untuk melindungi dan memulihara haiwan- haiwan yang hampir pupus. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kakitangan Pejabat Perikanan Negeri (PPN), Negeri Sembilan kerana telah dikategorikan sebagai jabatan dan agensi yang cemerlang bagi tahun 2009. Perkara ini telah diumumkan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan pada 1 Jun lalu dalam Majlis Perhimpunan Bulanan di Wisma Negeri, Seremban. Selain Jabatan Perikanan, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar turut menunjukkan prestasi cemerlang yang dinilai berdasarkan maklum balas yang diterima melalui Sistem Pengaduan Awam Negeri (SPAN) yang menunjukkan orang ramai berpuas hati dengan prestasi perkhidmatan awam negeri berkenaan. Saya berharap supaya PPN Negeri Sembilan dapat mengekal dan meningkatkan kecemerlangan ini dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam. Kejayaan ini diharapkan dapat dicontohi oleh warga-warga Jabatan Perikanan lain dalam menangani permasalahan kumpulan sasaran, dan jika boleh sehingga ke tahap aduan sifar. Sekian. Wassalam. (DATO’ JUNAIDI BIN CHE AYUB) Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia Putrajaya Ogos 2010 http://www.dof.gov.my Amanat Ketua Pengarah Perikanan Amanat Ketua Pengarah Perikanan 1

Upload: vokiet

Post on 02-Apr-2019

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ogos 2010 Amanat Ketua Pengarah ... file... Jabatan Perikanan Malaysia yang diadakan di Kuala Terengganu, ... haiwan-haiwan berkenaan. ... haiwan yang hampir pupus. Tuan-tuan dan puan-puan

Assalamualaikum

warahmatullahi

wabarakatuh,

dan salam 1 Malaysia.

Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita

melaksanakan kerja-kerja yang telah dirancang dalam keadaan

aman dan sejahtera.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Pada 24 – 27 Julai 2010 berlangsungnya Persidangan Tahunan

Pegawai-Pegawai Kanan, Jabatan Perikanan Malaysia yang

diadakan di Kuala Terengganu, Terengganu. Tema yang dipilih

pada kali ini ialah “Transformasi Ke Arah Berpendapatan Tinggi”.

Sebanyak 12 kertas kerja telah dibentangkan oleh pegawai-

pegawai yang merangkumi semua subsektor utama industri

perikanan seperti pembangunan akuakultur, kawalan kualiti dan

keselamatan ikan, pengembangan perikanan, penyelidikan dan

inovasi perikanan, pengurusan sumber serta perancangan

program-program dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh.

Persidangan kali ini telah dapat menetapkan satu resolusi yang

mantap sesuai dengan tema untuk mentransformasikan industri

perikanan ke arah meningkatkan pendapatan pengusahanya.

Saya berharap supaya resolusi ini dapat diaplikasi dan dijadikan

garis panduan dalam pelaksanaan program-program Jabatan

Perikanan yang akan datang.

Sempena persidangan ini, Program Kecemerlangan dan

Kecerdasan Jabatan Perikanan Malaysia turut diadakan yang

melibatkan pertandingan acara-acara sukan mengikut zon. Saya

ingin mengucapkan tahniah kepada Zon Timur yang telah

menjuarai acara secara keseluruhan. Semoga program

kecergasan yang dilangsungkan dalam suasana semangat

kesukanan ini dapat meningkatkan tahap kesihatan dan keceriaan

warga perikanan di samping mengukuhkan ukhwah dan

kerjasama antara mereka.

Sempena persidangan ini juga, Galeri Biodiversiti Akuatik di Institut

Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang turut dirasmikan.

Sesuai dengan fungsi institut ini yang memberi fokus kepada

penyelidikan penyu dan haiwan-haiwan akuatik marin yang

mengalami kepupusan, galeri ini turut mempamerkan artifak

haiwan-haiwan berkenaan. Saya amat berharap supaya galeri ini

menjadi pusat tumpuan orang ramai dan pelancong dalam usaha

memberi kesedaran untuk melindungi dan memulihara haiwan-

haiwan yang hampir pupus.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kakitangan

Pejabat Perikanan Negeri (PPN), Negeri Sembilan kerana telah

dikategorikan sebagai jabatan dan agensi yang cemerlang bagi

tahun 2009. Perkara ini telah diumumkan oleh Y.A.B. Dato’ Seri

Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri

Sembilan pada 1 Jun lalu dalam Majlis Perhimpunan Bulanan di

Wisma Negeri, Seremban. Selain Jabatan Perikanan, Jabatan

Pertanian dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar turut menunjukkan

prestasi cemerlang yang dinilai berdasarkan maklum balas yang

diterima melalui Sistem Pengaduan Awam Negeri (SPAN) yang

menunjukkan orang ramai berpuas hati dengan prestasi

perkhidmatan awam negeri berkenaan.

Saya berharap supaya PPN Negeri Sembilan dapat mengekal dan

meningkatkan kecemerlangan ini dalam memberi perkhidmatan

kepada orang ramai selaras dengan usaha kerajaan untuk

meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Kejayaan ini diharapkan dapat dicontohi oleh warga-warga

Jabatan Perikanan lain dalam menangani permasalahan

kumpulan sasaran, dan jika boleh sehingga ke tahap aduan sifar.

Sekian. Wassalam.

(DATO’ JUNAIDI BIN CHE AYUB)

Ketua Pengarah

Jabatan Perikanan Malaysia

Putrajaya

Ogos 2010http://www.dof.gov.my

Amanat Ketua Pengarah PerikananAmanat Ketua Pengarah Perikanan

1

Page 2: Ogos 2010 Amanat Ketua Pengarah ... file... Jabatan Perikanan Malaysia yang diadakan di Kuala Terengganu, ... haiwan-haiwan berkenaan. ... haiwan yang hampir pupus. Tuan-tuan dan puan-puan

3 Jun 2010Y.Bhg. Dato’ Junaidi Bin Che Ayub, Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysia

menandatangani plak sempena Majlis Perasmian Bangunan Institut Penyelidikan

Perikanan (FRI), Kg. Acheh, Sitiawan, Perak.

2

11 Jun 2010Y.B. Encik Chua Tee Yong, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas

Tani mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Perikanan di Putrajaya.

14 Jun 2010Taklimat mengenai Urus Tadbir Perikanan Laut Lepas Di Bawah Undang-

undang 1982 Konvensyen Kelautan dan Implikasinya Kepada Malaysia

disampaikan oleh Puan Mary George dari Fakulti Undang-undang, Institut

Kelautan dan Sains Alam, Universiti Malaya telah berlangsung di Ibu pejabat

Perikanan, Putrajaya.

16 Jun 2010Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Kerajaan

Malaysia yang diwakili Jabatan Perikanan Malaysia dengan Syarikat Re

Millenium Bhd. mengenai pinjaman kemudahan akuakultur bagi program

inkubator yang diadakan di Putrajaya.

5 Jun 2010Y.Brs. Tn. Hj. Ahmad

Saktian Bin Langgang,

Ketua Cawangan

Pengurusan Sumber

Marin, Jabatan

Perikanan Malaysia

menyampaikan hadiah

kepada pemenang

Pertandingan Mewarna

Spesies Haiwan Marin

Terancam sempena

Program Aktiviti Hujung

Minggu di Laman

Perikanan, Taman Ekspo

Pertanian Malaysia

Serdang (MAEPS),

Serdang, Selangor.

20 Jun 2010Y.B. Dato’ Wira Mohd. Johari Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan

Industri Asas Tani menuai udang sempena Majlis Penuaian dan Memperkasa

Industri Udang Galah di Baling, Kedah.

Page 3: Ogos 2010 Amanat Ketua Pengarah ... file... Jabatan Perikanan Malaysia yang diadakan di Kuala Terengganu, ... haiwan-haiwan berkenaan. ... haiwan yang hampir pupus. Tuan-tuan dan puan-puan

3 Julai 2010Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada orang awam mengikuti kursus

pendek mengenai penjagaan ikan kelisa yang diadakan sempena Program

Aktiviti Hujung Minggu di Laman Perikanan, Taman Ekspo Pertanian Malaysia

Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor.

4 Julai 2010Y.Bhg. Dato’ Junaidi Bin Che Ayub, Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan

Malaysia melawat Bangunan Kemudahan Pembenihan dan Penternakan

Moluska, Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Pulau Sayak, Kedah sempena

Hari Inovasi Bahagian Akuakultur Marin di institut berkenaan.

3

26 Jun 2010Kursus pendek mengenai pemilihan ikan kelisa yang berkualiti dan

pemeliharaan kelisa dalam akuarium sebagai hobi diadakan sempena

Program Aktiviti Hujung Minggu di Laman Perikanan, Taman Ekspo

Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor.

3 Julai 2010Senamrobik diadakan sempena Program Aktiviti Hujung Minggu di Laman

Perikanan, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang,

Selangor.

21 Jun 2010Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Kenyir Aquaculture Sdn.

Bhd. dan International Traders Inc. / Seafood Solutions Inc. mengenai pemasaran

produk daripada Projek Berimpak Tinggi – Zon Industri Akuakultur (HIP-AIZ) di Ibu

Pejabat Perikanan, Putrajaya.

4 Julai 2010Y.B. Dato’ Wira Mohd. Johari Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri

Asas Tani (bertopi merah) mengadakan lawatan kerja ke Projek

HIP-AIZ Tasik Temengor, Grik, Perak.

Page 4: Ogos 2010 Amanat Ketua Pengarah ... file... Jabatan Perikanan Malaysia yang diadakan di Kuala Terengganu, ... haiwan-haiwan berkenaan. ... haiwan yang hampir pupus. Tuan-tuan dan puan-puan

4

17 Julai 2010Y.Bhg. Dato’ Junaidi Bin Che Ayub, Ketua Pengarah, Jabatan

Perikanan Malaysia menyampaikan hadiah kepada Tn. Hj. Abdullah

Bin Hj. Mat Akhir yang memenangi Pertandingan Memasak Filet

Tilapia Anjuran PUSPANITA yang diadakan sempena Program

Aktiviti Hujung Minggu di Laman Perikanan, Taman Ekspo Pertanian

Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor.

21 Julai 2010Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Kerjasama Teknikal dan

Pelaburan antara Kenyir Aquaculture Sdn. Bhd. (Malaysia) dengan Guangdong

Freshwater Renowned Species Seeds Breeding Centre (China) di Ibu Pejabat

Perikanan, Putrajaya.

24 Julai 2010Y.Bhg. Dato’ Junaidi

Bin Che Ayub, Ketua

Pengarah, Jabatan

Perikanan Malaysia

menyampaikan

ucaptama

Persidangan

Tahunan Pegawai-

Pegawai Kanan,

Jabatan Perikanan

Malaysia di Kuala

Terengganu,

Terengganu.

26 Julai 2010Y.Bhg. Dato’ Junaidi Bin Che

Ayub, Ketua Pengarah, Jabatan

Perikanan Malaysia

melancarkan buku “Spesies-

Spesies Marin Terancam Di

Malaysia” sempena Perasmian

Galeri Biodiversiti Akuatik di

Institut Peyelidikan Perikanan

(FRI) Rantau Abang, Dungun,

Terengganu.

24 Julai 2010Y.Bhg. Dato’ Junaidi Bin Che Ayub, Ketua Pengarah, Jabatan

Perikanan Malaysia (kanan) menyampaikan trofi kepada Tn. Hj.

Zakaria Ismail, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu (tengah)

dan Tn. Hj. Zawawi Ali, Pengarah Perikanan Negeri Kelantan

(mewakili zon timur) yang memenangi secara keseluruhan Program

Kecemerlangan dan Kecergasan yang berlangsung di Institut

Perikanan Malaysia, Chendering, Terengganu.

9 Julai 2010Y.A.B. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri

Sembilan menyampaikan Sijil Pentauliahan kepada penerima sempena Mini

MAHA Peringkat Negeri Sembilan di Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.

8 Julai 2010Y.Bhg. Datin Maimon Bt. Ma’arof, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani merasmikan Kempen Menderma

Darah Anjuran Puspanita di Dewan Serbaguna, Kementerian Pertanian dan

Industri Asas Tani, Putrajaya.

Page 5: Ogos 2010 Amanat Ketua Pengarah ... file... Jabatan Perikanan Malaysia yang diadakan di Kuala Terengganu, ... haiwan-haiwan berkenaan. ... haiwan yang hampir pupus. Tuan-tuan dan puan-puan

i) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 1 Tahun 2010

Tajuk : Anggaran Perbelanjaan 2010

Tujuan : Pekeliling Perbendaharaan ini bertujuan untuk memaklumkan

bahawa sejumlah RM191,498,805,000 telah diluluskan bagi

Anggaran Perbelanjaan 2010.

Anggaran Perbelanjaan Mengurus

Kebenaran telah diberi melalui Waran Am Bil. 1 Tahun 2010

bertarikh 4 Januari 2010 mengikut Seksyen 13(2) dan 13(3), Akta

Tatacara Kewangan 1957, bagi pengeluaran wang sebanyak

RM138,279,148,000 daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk

membiayai perbelanjaan berikut:

• jumlah sebanyak RM29,590,535,000 sebagai wang yang

dikehendaki untuk perbelanjaan yang dipertanggungkan ke

atas Kumpulan Wang Disatukan; dan

• jumlah sebanyak RM108,688,613,000 sebagai wang yang

dikehendaki untuk perbelanjaan yang diluluskan di bawah Akta

Perbekalan 2010.

Anggaran Perbelanjaan Pembangunan

Kebenaran telah diberi melalui Waran Am Bil. 1 Tahun2010

bertarikh 23 Disember 2009 mengikut Seksyen 8, Akta Kumpulan

Wang Pembangunan 1966, bagi pengeluaran wang berjumlah

RM53,219,657,000 daripada Kumpulan Wang Pembangunan yang

dikehendaki untuk membiayai perbelanjaan bagi Butiran-butiran di

bawah Maksud-maksud yang dinyatakan dalam Anggaran

Perbelanjaan Pembangunan 2010.

Tarikh : 6 Januari 2010

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my

ii) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2008

(Tambahan Kedua)

Tajuk : Perolehan Perisian Microsoft Oleh Agensi Kerajaan Kecuali

Institusi Pendidikan

Tujuan : Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini bertujuan

memaklumkan mengenai pertambahan Large Account Reseller(LAR) dan Distributor serta perolehan secara Open Value kepada

semua Kementerian dan Agensi Kerajaan mengenai perolehan

yang melibatkan perisian Microsoft. Dengan ini Kementerian

Kewangan telah bersetuju perolehan perisian Microsoft secara

Open Value adalah dibenarkan di bawah PKP ini.

Tarikh : 23 Januari 2010

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my

iii) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2010

Tajuk : Tindakan Tatatertib Ke Atas Syarikat dan Firma Perunding Yang

Berdaftar Dengan Kementerian Kewangan.

Tujuan : Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini bertujuan untuk

memaklumkan kepada Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun

(Agensi) mengenai tindakan tatatertib yang akan dikenakan ke atas

individu, firma perunding, syarikat dan pertubuhan (syarikat dan

firma perunding) yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan

bagi kesalahan yang dilakukan oleh syarikat dan firma perunding.

Tarikh : 23 Julai 2010

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my

iv) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2010

Tajuk : Penjelasan Mengenai Pekeliling Perbendaharaan Bil.4 Tahun 2009 -

Peraturan Perbendaharaan Mengenai Kemudahan Alat Komunikasi

Mudah Alih.

Tujuan : Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini bertujuan untuk

memperjelaskan mengenai peraturan dan syarat di dalam Pekeliling

Perbendaharaan Bil.4 Tahun 2009 (PP4/09) iaitu Peraturan

Perbendaharaan Mengenai Kemudahan Alat Komunikasi Mudah

Alih.

Tarikh : 23 Julai 2010

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my

DARIPERBENDAHARAAN

DARIPERBENDAHARAAN

i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2010

Tajuk : Penetapan Ketua Perkhidmatan Bagi Skim Perkhidmatan

Yang Sedang Berkuat Kuasa Dalam Perkhidmatan Awam

Persekutuan

Tujuan : Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan

keputusan kerajaan mengenai penetapan Ketua

Perkhidmatan bagi 243 skim perkhidmatan yang sedang

berkuat kuasa dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Tarikh : 29 Jun 2010

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

ii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010

Tajuk : Pindaan Kepada Lampiran A – Senarai Skim – Skim

Perkhidmatan Yang Memperuntukkan Syarat Lantikan Di

Peringkat Ijazah Sarjana dan/atau Ijazah Doktor Falsafah

(Ph.D).

Tujuan : Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk meminda

LAMPIRAN A kepada surat Pekeliling Perkhidmatan

Bilangan 13 Tahun 2009.

Tarikh : 11 Jun 2010

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

iii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2010

Tajuk : Panduan Pelaksanaan Pementoran Dalam Pengurusan

Sumber Manusia Sektor Awam.

Tujuan : Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk

menjelaskan prosedur pelaksanaan pementoran dalam

pengurusan sumber manusia sektor awam mengikut

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005: Aplikasi

Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor

Awam.

Tarikh : 11 Jun 2010

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

iv) Surat Edaran JPA (31 Mei 2010)

Tajuk : Sukatan Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Setiausaha

Pejabat Gred N17 dan Setiausaha Pejabat Gred N27.

Tujuan : Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk

memaklumkan bahawa Sukatan Peperiksaan Perkhidmatan

Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17 dan Setiausaha

Pejabat Gred N27 telah diluluskan.

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

v) Surat Edaran JPA (29 Jun 2010)

Tajuk : Pemusatan Kursus Generik Perundangan Ke Institut Latihan

Kehakiman dan Perundangan serta Kursus Generik

Kewangan Ke Institut Perakaunan Negara.

Tujuan : Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk

memaklumkan bahawa Kerajaan bersetuju supaya kursus

generik dalam bidang perundangan dipusatkan ke Institut

Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) dan kursus

generik kewangan dipusatkan ke Institut Perakaunan

Negara (IPN).

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

Dari JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)

Dari JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)

5

Page 6: Ogos 2010 Amanat Ketua Pengarah ... file... Jabatan Perikanan Malaysia yang diadakan di Kuala Terengganu, ... haiwan-haiwan berkenaan. ... haiwan yang hampir pupus. Tuan-tuan dan puan-puan

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, rumpai laut

adalah tumbuhan yang banyak mendiami dasar laut. Sumbangan

besar dihasilkan oleh tumbuhan tidak varkular ini ialah untuk

kesejahteraan alam. Istilah yang lebih tepat bagi rumpai laut ini ialah

sayuran laut. Ianya berpotensi kepada manusia sebagai makanan.

Sebanyak 500 spesies yang dikenal pasti digunakan di seluruh

dunia. Namun 20 spesies daripada 11 genus telah berjaya ditanam.

Rumpai laut boleh dimakan secara mentah, dimasak atau

dikeringkan. Tumbuhan ini merupakan sumber yang baik bagi

beberapa vitamin dan mineral selain mempunyai kandungan protein

yang tinggi. Rumpai laut mempunyai karbohidrat yang tinggi dan

sukar dihadamkan.

Menurut sejarah, rumpai laut merupakan salah satu herba Cina yang

digunakan oleh Raja Shen Nung pada tahun 2700 Sebelum Masihi.

Ia telah menjadi komoditi eksport apabila China dan Jepun

memulakan pasaran perdagangan pada 1670. Masyarakat Timur

menggunakannya sebagai makanan dan amalan perubatan

tradisional. Sebaliknya masyarakat barat menggunakannya sebagai

makanan haiwan, baja dan memprosesnya menjadi bahan kimia

dalam soda, iodin dan bahan lain dalam industri kimia.

Kini ia dijadikan minuman dan sumber bagi menyedapkan sajian

makanan. Masyarakat Jepun dan Hong Kong menjadikan rumpai

laut sebagai sup sayur. Rumpai laut mempunyai potensi yang luas

dalam industri pemprosesan bahan makanan. Di negara ini informasi

mengenai perusahaan rumpai laut ini masih kurang. Beberapa usaha

telah dilakukan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia untuk

mengkultur rumpai laut ini. Langkah yang diambil ialah memajukan

produk rumpai laut dari spesies Carrageenan.

Rumpai laut dari spesies Carrageenan mempunyai potensi yang baik

dalam pelbagai industri. Ini termasuk industri roti, snek, makanan

kering serta perusahaan bukan makanan seperti kegunaan dalam

perubatan. Dalam industri makanan, Carrageena yang diproses

banyak kegunaannya. Ia sangat reatif dengan protein susu yang

digunakan untuk menstabilkan kuantiti makanan. Industri mi kuning

menggunakan Carageena yang diproses bagi menjamin ketahanan

makanan daripada terurai apabila dimasak. Ia diproses menjadi gel

yang dapat digunakan untuk membuat agar-agar, jem, snek, bahan

minuman susu bercoklat dan bahan makanan yang perlu disejukkan.

Dalam industri makanan seperti burger, nuget dan sosej ia sangat

penting untuk melekitkan daging-daging yang terurai menjadi bentuk

makanan berkenaan.

Rumpai laut juga penting dalam bidang perubatan. Rumpai laut

seperti Macrocystis, Laminaria, Fucus, Sargassum dan Turbinariatelah digunakan sejak berkurun-kurun untuk mengubati penyakit

seperti goiter, disenteri, diarrea dan masalah usus kecil. Sesetengah

spesies dikatakan boleh merendahkan tekanan darah dan aras

kolesterol plasma. Ia juga dilaporkan mempunyai nilai antibiotik,

antibakteria dan antikulat.

Perusahaan rumpai laut mempunyai prospek yang baik. Laut di

sekeliling kita merupakan anugerah alam yang paling bernilai untuk

dieksploitasi dengan sebaiknya. Cara menggunakan rumpai laut

berbeza-beza bergantung pada kebudayaan masing-masing.

Apabila industri ini berkembang ia boleh menjadi menu makanan

yang lazat dan istimewa.

Maklumat ini telah disebarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan

menyarankan supaya perusahaan daripada tumbuhan dan tanaman

ini mestilah diutamakan bagi memenuhi keperluan negara. Produk

yang dihasilkan dari sumber tumbuhan mempunyai nilai dan khasiat

yang semulajadi. Produk tumbuhan ini mempunyai nilai untuk

diperluaskan dan dikembangkan penggunaannya pada masa

hadapan di seluruh negara.

Dari meja berita Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Sejarah Rumpai Laut dan Khasiatnya Kepada Pemakanan Manusia

Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?

PERATURAN SAPAAN

Panggilan hormat dalam majlis rasmi atau upacara rasmi yang dihadiri

bersama oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja atau Sultan,

seseorang pengucap mesti menyapa Kebawah Duli Tuanku terlebih

dahulu. Selepas itu barulah orang lain mengikut urutan protokol dan

Susunan Keutamaan Persekutuan.

Pada awal ucapan atau semasa bertukar dari satu tajuk ke satu tajuk

ucapan, sapaan yang lengkap terhadap Kebawah Duli Sultan perlulah

dilafazkan, iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Walau

bagaimanapun, pada bahagian yang lain, cukup dengan ucapan Tuanku

atau Ampun Tuanku atau Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun sahaja.

Jika seseorang itu berucap dalam satu majlis yang dihadiri oleh orang

ramai dan Kebawah Duli Tuanku turut berangkat hadir menyaksikan

majlis tersebut, maka hendaklah disapa Kebawah Duli Tuanku terlebih

dahulu dengan menyebut perkara-perkara penting dan bersesuaian

kepada baginda. Kemudian, hendaklah memohon sembah izin daripada

baginda untuk berucap kepada hadirin yang lain. Ini bermakna Tuanku

seolah-olah menjadi pemerhati sahaja. Apabila pengucap mahu

menamatkan ucapannya, beliau mesti memohon sembah sekali lagi

kepada Kebawah Duli Tuanku dengan menyapa baginda untuk

memohon ampun dan izin untuk menamatkan ucapannya.

Dalam majlis yang tidak dihadiri oleh raja atau wakil raja, pada

permulaan setiap ucapan, pengucap mesti menyapa terlebih dahulu

kepada orang yang paling kanan dalam majlis tersebut, iaitu pengerusi

majlis dan tetamu khas yang diundang ke majlis itu. Selepas itu baru

disapa orang lain mengikut urutan protokol.

Betulkan Ejaan AndaBetulkan Ejaan AndaBetulkan Ejaan AndaBetulkan Ejaan Anda

6