nuru l azurin

17
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS BAGI PERKATAAN BERIMBUHAN AKHIRAN –AN JAWI DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK “KESERAKING” Nurul Azurin Binti Mohamad Taupik [email protected] Md. Zubir Bin Zakaria [email protected] Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah kelemahan penguasaan kemahiran menulis Jawi bagi perkataan berimbuhan akhiran –an. Aktiviti yang digunakan dalam kajian ini adalah teknik “KESERAKING”. Teknik “KESERAKING” merupakan singkatan daripada kemahiran ‘kenal’, ‘sebut’, ‘rakam’ dan ‘ingat’. Aktiviti ini melibatkan pembelajaran koperatif. Kumpulan sasaran terdiri daripada 8 orang murid tahun 3 Elit, Sekolah Kebangsaan Kepala Batas iaitu 4 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan. Proses pelaksanaan aktiviti ini melibatkan pemerhatian daripada guru dan juga ujian yang dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu : Ujian Pra dan Ujian Pasca. Pemerhatian pula dilakukan sebanyak 2 kali iaitu sebelum dan selepas pelaksanaan aktiviti menggunakan teknik “KESERAKING”. Bagi pemerhatian, satu senarai semak disediakan. Dalam senarai semak ini, ia telah dibahagikan kepada dua aspek iaitu tingkah laku murid dan penguasaan kemahiran menulis. Berdasarkan ujian pos, sebanyak 4 orang murid berjaya berada pada tahap cemerlang. 3 orang murid berada pada tahap baik. Manakala seorang murid sahaja yang berada pada tahap sederhana. Bilangan murid yang memperoleh markah pada tahap lemah dalam ujian pra iaitu sebanyak telah pun tiada selepas saya menjalankan aktiviti teknik “KESERAKING”. Hal ini membuktikan bahawa teknik “KESERAKING” yang diperkenalkan ini berjaya meningkatkan tahap penguasaan kemahiran menulis Jawi bagi perkataan berimbuhan akhiran –an. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Kemahiran menulis perkataan berimbuhan akhiran merupakan salah satu kemahiran asas Jawi yang perlu diketahui serta dikuasai oleh murid tahun tiga. Penemuan kepada masalah ini bermula apabila saya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran Jawi bagi tajuk perkataan berimbuhan akhiran – an. Pada awal sesi pengajaran dan pembelajaran Jawi saya bagi tajuk imbuhan akhiran –an, saya memberi penerangan kepada murid mengenai cara penulisan imbuhan akhiran –an Jawi dahulu iaitu ((... ... ، ، ... ان ن ء ن. Kemudian, saya menerangkan kepada murid konsep imbuhan akhiran –an Jawi serta menjelaskan kepada mereka bahawa perkataan yang menerima penambahan imbuhan akhiran –an ini mempunyai ciri unik iaitu diakhiri huruf (ا) (و) dan selainا، و) ). Setelah selesai memberikan penerangan, saya mengadakan soal jawab secara lisan dengan murid mengenai imbuhan akhiran –an yang dipelajari. Jawapan yang diberikan oleh murid amat mengecewakan saya kerana sebilangan besar ,

Upload: ummu-aiman

Post on 15-Apr-2016

261 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ar

TRANSCRIPT

Page 1: Nuru l Azurin

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS BAGI PERKATAAN BERIMBUHAN AKHIRAN –AN JAWI DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK “KESERAKING”

Nurul Azurin Binti Mohamad [email protected]

Md. Zubir Bin [email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah kelemahan penguasaan kemahiran menulis Jawi bagi perkataan berimbuhan akhiran –an. Aktiviti yang digunakan dalam kajian ini adalah teknik “KESERAKING”. Teknik “KESERAKING” merupakan singkatan daripada kemahiran ‘kenal’, ‘sebut’, ‘rakam’ dan ‘ingat’. Aktiviti ini melibatkan pembelajaran koperatif. Kumpulan sasaran terdiri daripada 8 orang murid tahun 3 Elit, Sekolah Kebangsaan Kepala Batas iaitu 4 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan. Proses pelaksanaan aktiviti ini melibatkan pemerhatian daripada guru dan juga ujian yang dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu : Ujian Pra dan Ujian Pasca. Pemerhatian pula dilakukan sebanyak 2 kali iaitu sebelum dan selepas pelaksanaan aktiviti menggunakan teknik “KESERAKING”. Bagi pemerhatian, satu senarai semak disediakan. Dalam senarai semak ini, ia telah dibahagikan kepada dua aspek iaitu tingkah laku murid dan penguasaan kemahiran menulis. Berdasarkan ujian pos, sebanyak 4 orang murid berjaya berada pada tahap cemerlang. 3 orang murid berada pada tahap baik. Manakala seorang murid sahaja yang berada pada tahap sederhana. Bilangan murid yang memperoleh markah pada tahap lemah dalam ujian pra iaitu sebanyak telah pun tiada selepas saya menjalankan aktiviti teknik “KESERAKING”. Hal ini membuktikan bahawa teknik “KESERAKING” yang diperkenalkan ini berjaya meningkatkan tahap penguasaan kemahiran menulis Jawi bagi perkataan berimbuhan akhiran –an.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kemahiran menulis perkataan berimbuhan akhiran merupakan salah satu kemahiran asas Jawi yang perlu diketahui serta dikuasai oleh murid tahun tiga. Penemuan kepada masalah ini bermula apabila saya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran Jawi bagi tajuk perkataan berimbuhan akhiran –an. Pada awal sesi pengajaran dan pembelajaran Jawi saya bagi tajuk imbuhan akhiran –an, saya memberi penerangan kepada murid mengenai cara penulisan imbuhan akhiran –an Jawi dahulu iaitu ((... ... ... ، ان ، نءن . Kemudian, saya menerangkan kepada murid konsep imbuhan akhiran –an Jawi serta menjelaskan kepada mereka bahawa perkataan yang menerima penambahan imbuhan akhiran –an ini mempunyai ciri unik iaitu diakhiri huruf (و) (ا) dan selain و (ا، ). Setelah selesai memberikan penerangan, saya mengadakan soal jawab secara lisan dengan murid mengenai imbuhan akhiran –an yang dipelajari. Jawapan yang diberikan oleh murid amat mengecewakan saya kerana sebilangan besar murid tidak dapat menyatakan ketiga-tiga cara penulisan imbuhan akhiran –an Jawi serta konsep imbuhan akhiran –an Jawi dengan betul.

Situasi ini membuatkan saya sedar bahawa ada dalam kalangan murid-murid saya yang masih belum memahami dan menguasai peraturan asas imbuhan akhiran –an Jawi. Saya memikirkan bahawa kemungkinan teknik penerangan menggunakan kad imbasan yang saya gunakan sebelum ini adalah tidak sesuai dengan tahap dan kehendak murid saya. Akibat daripada masalah di atas, terdapat murid yang kurang memahami konsep imbuhan akhiran –an yang diajarkan kepada mereka dengan baik. Rentetan itu, mereka tidak dapat menulis perkataan berimbuhan akhiran –an Jawi dengan betul. Masalah ini membuatkan saya memikirkan teknik yang lebih sesuai untuk dilaksanakan ke atas murid—murid ini supaya mereka dapat memahami dan menguasai cara penulisan imbuhan akhiran –an Jawi dan konsep imbuhan akhiran –an Jawi. Pemahaman cara penulisan imbuhan dan

,

Page 2: Nuru l Azurin

penguasaan konsep imbuhan akhiran –an Jawi ini berupaya membolehkan murid menulis perkataan berimbuhan akhiran –an Jawi dengan betul.

2.0 FOKUS KAJIAN

Menurut kajian oleh Prof Madya Dr Hj. Wan Mat bin Hj. Sulaiman (2013), kemasukan imbuhan ke dalam perkataan asal mengelirukan. Hakikatnya apabila pelajar sudah memahami dan mampu menulis perkataan asal dengan baik, maka penulisan imbuhan-imbuhan yang dimasukkan kepada perkataan asal itu sepatutnya tidak banyak masalah, kerana semua imbuhan telah diselaraskan tulisannya dalam Jawi. Cuma apabila ada perubahan kepada perkataan asalnya barulah kadang-kadang ia menimbulkan kekeliruan. Data awal yang diperoleh daripada semakan dokumen Instrumen Standard Prestasi yang telah diberikan kepada murid-murid menunjukkan terdapat murid yang tidak dapat menjawab soalan yang melibatkan konsep imbuhan akhiran –an Jawi dan kemahiran menulis perkataan berimbuhan akhiran –an Jawi. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan semasa P&P bagi melihat tahap kebolehan murid menulis perkataan imbuhan akhiran –an iaitu dengan dengan menggunakan mini papan putih individu murid. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, hanya sebilangan kecil murid yang berjaya menulis kesemua perkataan dengan betul dan terdapat murid yang tidak dapat menulis kesemua perkataan berimbuhan akhiran –an dengan betul. Di samping itu, terdapat juga murid yang tidak menulis perkataan mengikut imbuhan yang difokuskan tetapi menulis perkataan berimbuhan yang lain.

Oleh itu, saya membuat keputusan untuk menggunakan teknik yang menggabungkan pendekatan deduktif dengan pembelajaran koperatif .Teknik tersebut saya namakan teknik “KESERAKING”. KESERAKING adalah merupakan gabungan empat perkataan iaitu kenal, sebut, rakam dan ingat. Gabungan empat perkataan ini akan membentuk perkataan baru yang dikenali sebagai “KESERAKING”. Perkataan ‘KE’ adalah ringkasan daripada perkataan kenal, perkataan ‘SE’ adalah ringkasan daripada perkataan sebut, perkataan ‘RAK’ pula adalah ringkasan daripada perkataan rakam iaitu tulis manakala perkataan ‘ING’ merupakan ringkasan daripada perkataan ingat. Teknik “KESERAKING” mengandungi empat peringkat aktiviti , di mana murid-murid akan menurut urutan aktiviti-aktiviti ini lalu membina kemahiran iaitu kemahiran menulis perkataan berimbuhan akhiran –an Jawi. Rajah 1 menunjukkan lembaran teknik “KESERAKING” yang telah saya bina.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah:

3.1 Membantu murid menyatakan kembali cara penulisan imbuhan akhiran –an Jawi-an konsep imbuhan akhiran –an Jawi dengan menggunakan teknik “KESERAKING”.

3.2 Membantu meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menulis perkataan berimbuhan akhiran –an Jawi murid dengan menggunakan teknik “KESERAKING”.

4.0 PERSOALAN KAJIAN

Dapatan kajian ini akan menjawab persoalan berikut:

4.1 Adakah teknik “KESERAKING” dapat membantu murid menulis cara penulisan imbuhan akhiran –an Jawi dan konsep imbuhan akhiran –an Jawi?

4.2 Adakah dengan menggunakan teknik “KESERAKING” dapat membantu meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menulis perkataan berimbuhan akhiran –an Jawi?

Page 3: Nuru l Azurin

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan lapan orang murid tahun, empat lelaki dan empat perempuan, dalam kalangan murid-murid tahun tiga di salah sebuah sekolah dalam daerah Kubang Pasu, Kedah. Murid-murid ini terdiri daripada murid yang mempunyai pelbagai pencapaian akademik dalam mata pelajaran Jawi iaitu cemerlang dan rendah berdasarkan peperiksaan pertengahan tahun 2014. Pencapaian cemerlang adalah antara markah 80% hingga 100%, manakala pencapaian rendah adalah antara markah 20% hingga 39% dan markah 0% hingga 19%. Pemilihan murid ini dilakukan adalah berdasarkan analisis terhadap pengumpulan data awal.

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Dalam kajian ini,saya telah menjalankan satu kaedah intervensi yang melibatkan aktiviti pembelajaran koperatif ‘yang menggunakan kaedah Think-Pair-Share’ Teknik yang saya namakan teknik “KESERAING” ini mengandungi empat peringkat aktiviti Setiap aktiviti merupakan peningkatan daripada aktiviti yang telah dijalankan sebelumya. Pada permulaan setiap aktiviti, saya memberikan penerangan yang disertakan dengan contoh supaya murid lebih jelas dengan apa yang ingin saya sampaikan. Berikut merupakan penerangan bagi setiap aktiviti yang dijalankan:

6.1 Aktiviti 1: Jom Kenal

Aktiviti pertama ini dinamakan ‘Jom Kenal’. Bagi aktiviti pertama, murid secara berkumpulan dibekalkan lembaran teknik “KESERAKING”. Murid mendengar penerangan guru mengenai penggunaan lembaran teknik “KESERAKING”. Kemudian murid diminta membaca nota konsep imbuhan akhiran –an. Setelah selesai membaca, guru mengadakan soal jawab mengenai konsep imbuhan akhiran –an secara amnya. Aktiviti ini dijalankan untuk menyediakan murid dengan konsep yang berkaitan dengan imbuhan akhiran –an. Penyediaan halaman nota dan penerangan guru adalah bertujuan untuk membantu murid memahami konsep imbuhan akhiran –an dengan lebih baik.

Rajah 1 : Aktiviti 1: Jom Kenal

6.2 Aktiviti 2: Mari Sebut Bersama

Dalam aktiviti ini, murid dibekalkan lembaran aneka perkataan. Murid berbincang secara berkumpulan untuk memilih dan menyebut perkataan yang mengandungi imbuhan akhiran –an. Aktiviti ini bertujuan untuk memastikan murid dapat mengingat kembali konsep imbuhan akhiran –an yang telah dipelajari. Di samping itu, murid diminta mengadakan perbincangan dengan pasangan rakan untuk menyelesaikan tugasan yang ditetapkan iaitu mengeluarkan kata dasar

Page 4: Nuru l Azurin

bagi contoh perkataan yang diberi dan membuat hubungkait antara ciri kata dasar dengan cara penulisan imbuhan akhiran –an yang betul.

Rajah 2 : Aktiviti 2: Mari Sebut Bersama

6.3 Aktiviti 3: Pena Perakam

Dalam aktiviti ini, murid diminta bekerjasama dengan ahli kumpulan untuk menyelesaikan aktiviti menulis perkataan berimbuhan akhiran –an Jawi yang betul berdasarkan kata dasar yang diberi. Murid juga perlu menggariskan kata dasar dan mengenalpasti ciri kata dasar tersebut agar mudah untuk mengenalpasti cara penulisan imbuhan akhiran –an Jawi yang betul.

Rajah 3 : Aktiviti 3: Pena Perakam

6.4 Aktiviti 4: Jejak Ingatan

Terdapat tiga aktiviti pengukuhan yang dijalankan. Dalam aktiviti pengukuhan ini, murid perlu menyelesaikan aktiviti mengikut turutan peringkat secara berpasangan. Selepas selesai melakukan aktiviti, murid diminta untuk mengadakan perbincangan dalam kumpulan mengenai jawapan aktiviti pengukuhan yang dilakukan. Kumpulan yang berjaya melengkapkan aktiviti pengukuhan serta mengumpul markah tertinggi dikira sebagai pemenang.

Page 5: Nuru l Azurin

Rajah 4 : Aktiviti 4 Jejak Ingatan

Page 6: Nuru l Azurin

7.0 Dapatan Kajian

7.1 Data Ujian Pra dan Ujian Pasca

Ujian pra dan ujian pos terdiri daripada lima soalan objektif. Kelima-lima item soalan objektif yang disediakan menguji dua kemahiran iaitu kemahiran mengenalpasti konsep imbuhan akhiran –an Jawi dan kemahiran menulis perkataan berimbuhan akhiran –an dengan betul. Kedua-dua ujian pra dan ujian pasca menggunakan soalan yang hampir sama secara keseluruhannya. Keputusan ujian-ujian tersebut adalah seperti Jadual 1 di bawah:

Jadual 1: Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca serta Peratus Peningkatan

Kumpulan Murid Ujian Pra Ujian Pasca Peratus Peningkatan

(%)Peratus

(%)

Gred Peratus

(%)

Gred

A 1 69.2 B 92.3 A +23.1

2 38.5 D 69.2 B +30.7

B 3 84.6 A 92.3 A + 7.7

4 53.8 C 61.5 B + 7.7

C 5 92.3 A 100 A + 7.7

6 38.5 D 69.2 B +30.7

D 7 76.9 B 100 A +23.1

8 30.7 D 53.8 C +23.1

Daripada Jadual 1, murid 1, 3, 5 dan 7 merupakan murid yang mempunyai pencapaian akademik yang baik dalam pelajaran Jawi. Manakala murid 2, 4, 6 dan 8 merupakan murid yang mempunyai prestasi yang lemah dalam pelajaran Jawi. Berdasarkan dapatan ujian pra, murid 1, 3, 5 dan 7 menunjukkan prestasi yang baik dan cemerlang dalam ujian. Manakala 2, 4, 6 dan 8 menunjukkan prestasi yang lemah dalam ujian tersebut. Walau bagaimanapun, keputusan ujian pasca yang diberikan selepas kaedah rawatan menunjukkan peningkatan prestasi bagi kelapan-lapan orang murid terutamanya bagi murid 2, 4, 6 dan 8. Peningkatan ini menunjukkan kaedah rawatan yang digunakan dapat membantu murid untuk meningkatkan penguasaan dalam kemahiran menulis perkataan berimbuhan akhiran –an Jawi.

7.1 Data Pemerhatian

Instrumen kedua yang saya gunakan adalah pemerhatian. Terdapat 10 kriteria yang telah diambil kira bagi mengukur tumpuan, penglibatan dan kemajuan murid dalam kemahiran menulis perkataan berimbuhan akhiran –an Jawi. Hasil pemerhatian yang telah dilakukan ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2: Data Pemerhatian(sebelum)

Page 7: Nuru l Azurin

BIL KRITERIA BILANGAN MURIDBAIK LEMAH

TINGKAH LAKU

1. Menunjukkan kesediaan mengikuti pengajaran dan pembelajaran.

5 3

2. Aktif dan bekerjasama dengan rakan kumpulan/rakan sebaya

4 5

3. Sering bergantung terhadap guru semasa melakukan tugasan pembelajaran.

3 5

PENGUASAAN KEMAHIRAN

Konsep Imbuhan Akhiran –An Jawi

4. Menulis cara penulisan imbuhan akhiran –an Jawi. 3 5

5. Menulis huruf akhir kata dasar bagi perkataan yang menerima imbuhan akhiran –an ( ن).

2 7

6. Menulis huruf akhir kata dasar bagi perkataan yang menerima imbuhan akhiran –an ( ان).

3 5

7. Menulis huruf akhir kata dasar bagi perkataanyang menerima imbuhan akhiran –an ( نء ).

3 5

Menulis Perkataan Berimbuhan Akhiran –An Jawi

8. Menulis perkataan berimbuhan akhiran –an berdasarkan kata dasar yang diakhiri huruf ( ا )

2 7

9. Menulis perkataan berimbuhan akhiran –an berdasarkan kata dasar yang diakhiri huruf ( و )

3 5

10. Menulis perkataan berimbuhan akhiran –an berdasarkan kata dasar yang diakhiri selai huruf ( و ( ا،

2 7

BIL KRITERIA BILANGAN MURIDBAIK LEMAH

TINGKAH LAKU

1. Menunjukkan kesediaan mengikuti pengajaran dan pembelajaran.

8 0

Page 8: Nuru l Azurin

2. Aktif dan bekerjasama dengan rakan kumpulan/rakan sebaya

8 0

3. Sering bergantung terhadap guru semasa melakukan tugasan pembelajaran.

6 2

PENGUASAAN KEMAHIRAN

Konsep Imbuhan Akhiran –An Jawi

4. Menulis cara penulisan imbuhan akhiran –an Jawi. 7 1

5. Menulis huruf akhir kata dasar bagi perkataan yang menerima imbuhan akhiran –an ( ن).

8 0

6. Menulis huruf akhir kata dasar bagi perkataan yang menerima imbuhan akhiran –an ( ان).

8 0

7. Menulis huruf akhir kata dasar bagi perkataanyang menerima imbuhan akhiran –an ( نء ).

8 0

Menulis Perkataan Berimbuhan Akhiran –An Jawi

8. Menulis perkataan berimbuhan akhiran –an berdasarkan kata dasar yang diakhiri huruf ( ا )

6 2

9. Menulis perkataan berimbuhan akhiran –an berdasarkan kata dasar yang diakhiri huruf ( و )

7 1

10. Menulis perkataan berimbuhan akhiran –an berdasarkan kata dasar yang diakhiri selain huruf ( و ( ا،

8 0

Jadual 3: Data Pemerhatian(selepas)

Pemerhatian pertama dibuat bagi melihat tahap kesediaan murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran Jawi khususnya bagi pembelajaran kemahiran menulis. Pemerhatian menunjukkan peningkatan tahap kesediaan dalam kalangan murid mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini tidak berlaku sebelum teknik rawatan dijalankan, di mana murid mula menunjukkan riak muka tidak berminat pada awal sesi pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian kedua adalah untuk melihat penglibatan dan kerjasama murid dalam kumpulan semasa melaksanakan aktiviti pembelajaran. Setelah diperkenalkan dengan teknik rawatan baru, kesemua murid melibatkan diri dengan aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dan murid juga memberikan kerjasama yang baik dalam aktiviti berkumpulan kerana aktiviti-aktiviti yang dijalankan menarik minat mereka.

Pemerhatian ketiga mendapati bilangan murid yang tahap kebergantungan tinggi terhadap guru berkurangan.selepas teknik baru diperkenalkan Dapatan ini menunjukkan murid sudah dapat berdikari dan saling berinteraksi bersama rakan sekumpulan untuk saling membantu dalam melaksanakan tugasan pembelajaran. Manakala pemerhatian keempat dibuat untuk melihat kebolehan murid menulis cara penulisan imbuhan akhiran –an Jawi dengan betul. Kriteria keempat dibina untuk melihat penguasaan murid dalam mengenalpasti cara penulisan ketiga-tiga imbuhan

Page 9: Nuru l Azurin

akhiran –an. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang jelas pada keputusan pemerhatian sebelum dan selepas penggunaan teknik baru.

Seterusnya, pemerhatian kelima dibuat bagi melihat tahap penguasaan murid dalam mengenalpasti konsep imbuhan akhiran –an (ن). Didapati kesemua murid dapat mengenalpasti konsep imbuhan akhiran –an (ن ) dengan betul apabila kesemuanya berjaya menulis huruf akhir kata dasar bagi perkataan yang menerima imbuhan akhiran –an (ن ) dengan tepat selepas teknik baru diperkenalkan. Pemerhatian keenam pula dibuat bagi melihat penguasaan murid dalam mengenalpasti konsep imbuhan akhiran –an (ان). Kesemua murid didapati menulis huruf akhir kata dasar bagi perkataan yang menerima imbuhan akhiran –an (ن ) dengan tepat setelah teknik rawatan diperkenalkan kepada mereka. Hal ini menunjukkan murid dapat menguasai konsep imbuhan akhiran –an (ان) dengan baik.

Pemerhatian ketujuh dibuat bagi melihat tahap penguasaan murid dalam mengenalpasti konsep imbuhan akhiran –an .(ءن) Penguasaan murid dalam mengenalpasti konsep imbuhan akhiran –an (ءن) dibuktikan melalui penulisan huruf akhir kata dasar bagi perkataan yang menerima imbuhan akhiran ––an (ءن). Dapatan menunjukkan kesemua murid berjaya menulis huruf akhir kata dasar bagi perkataan yang menerima imbuhan akhiran ––an (ءن) dengan tepat selepas menggunakan teknik rawatan. Berdasarkan dapatan ini, jelas didapati berlaku peningkatan tahap penguasaan murid dalam mengenalpasti konsep imbuhan akhiran –an (ءن) selepas penggunaan teknik rawatan. Manakala pemerhatian kelapan dibuat untuk melihat penguasaan murid dalam menulis perkataan berimbuhan akhiran –an Jawi berdasarkan kata dasar yang diakhiri huruf ( ا ). Didapati dua orang murid masih memerlukan bimbingan guru agar tidak terkeliru lagi dengan konsep imbuhan imbuhan akhiran –an Jawi yang cirinya adalah mempunyai kata dasar yang diakhiri huruf ( ا ) agar dapat menulis perkataan berimbuhan akhiran –an ini dengan betul. Enam orang murid lagi didapati sudah dapat menulis perkataan berimbuhan akhiran –an berdasarkan kata dasar yang diakhiri huruf dengan betul ( ا )

Seterusnya pemerhatian kesembilan dibuat bagi melihat penguasaan murid dalam kemahiran menulis perkataan berimbuhan akhiran –an berdasarkan kata dasar yang diakhiri huruf Hanya seorang murid sahaja yang masih memerlukan bimbingan guru agar tidak terkeliru lagi .( و)dalam mengenalpasti konsep imbuhan akhiran –an Jawi yang mempunyai ciri kata dasar yang diakhiri huruf (و ). Ketujuh lagi murid berupaya menulis perkataan perkataan berimbuhan akhiran –an berdasarkan kata dasar yang diakhiri huruf ( و) dengan betul rentetan daripada dapat memahami konsep imbuhan akhiran –an Jawi yang berkaitan dengan baik. Manakala pemerhatian kesepuluh dibuat bagi melihat tahap penguasaan murid dalam kemahiran menulis perkataan berimbuhan akhiran –an berdasarkan kata dasar yang diakhiri selain huruf ( و ا، ). Selepas teknik rawatan diperkenalkan, didapati seorang sahaja murid yang masih memerlukan bimbingan agar dapat menulis perkataan berimbuhan akhiran –an berdasarkan kata dasar yang diakhiri selain huruf ( و ا، ) dengan betul tanpa kekeliruan dalam mengenalpasti konsep imbuhan akhiran –an Jawi yang berkaitan. Ketujuh orang murid sudahpun berkebolehan menulis perkataan berimbuhan akhiran –an berdasarkan kata dasar yang diakhiri selain huruf ( و ا، ) dengan betul lantaran kesan daripada berjaya mengenalpasti konsep imbuhan akhiran –an Jawi yang berkaitan dengan betul.

8.0 PERBINCANGAN DAN REFLEKSI

Penggunaan pembelajaran koperatif ini adalah inspirasi daripada kajian Intan Sapinas (2008) dan ditambahbaik pada kajian pengkaji iaitu dengan menggunakan teknik “KESERAKING”. Pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penggunaan teknik yang sesuai dapat menentukan keberkesanan arah dan hala tuju pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan (Ahmad Mohd Salleh, 2011). Justeru, aktiviti pembelajaran yang terkandung yang dirangka dalam teknik ‘KESERAKING” mengutamakan penguasaan peraturan atau rumus bahasa. Pengutamaan ini membolehkan murid-murid dapat mempelajari dan menguasai peraturan penulisan perkataan berimbuhan akhiran –an Jawi.

Page 10: Nuru l Azurin

Kajian Ohta dan Nakaone (2004) menunjukkan bahawa pelajar lebih banyak bertanya dalam kumpulan bersama-sama rakan berbanding bertanya kepada guru di dalam kelas. Malah, kajian mereka juga menunjukkan bahawa belajar bersama-sama rakan dapat menyelesaikan lebih kurang 80% daripada masalah pelajar bergantung kepada tahap pembelajaran mereka.

Menurut Rogers dan Freiberg (1994), para pelajar lebih suka pengajaran yang tidak terlalu formal dan pembelajaran koperatif memenuhi syarat ini. Kaedah koperatif menggalakkan para pelajar mengajar sesama sendiri dan pelajar juga sebenarnya ingin berkongsi pendapat dengan guru dan rakan-rakan. Pelajar juga membina persahabatan apabila bekerja secara kumpulan. Mereka belajar berkongsi, memberi dan mendapat bantuan dan mendengar pendapat rakan mereka. Oleh itu, apabila pembelajaran kemahiran menulis perkataan berimbuhn akhiran –an Jawi membabitkan pembelajaran koperatif, maka suasana yang lebih santai akan dapat diwujudkan, seterusnya dapat menggalakkan perbincangan dan penglibatan yang lebih aktif dalam kalangan murid.

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan sepanjang menjalankan penyelidikan tindakan ini. Antaranya adalah kaedah penulisan kedudukan hamzah murid kebanyakannya tidak tepat. Tambahan pula, murid-murid masih belum mempelajari tajuk kaedah penulisan hamzah bagi pelajaran Jawi. Oleh sebab itu, pengkaji menghadapi sedikit masalah untuk menerangkan dengan lebih jelas mengenai kaedah penulisan hamzah yang betul kepada murid. Antara strategi penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk memastikan intervensi yang digunakan ini berjaya adalah murid perlu diberikan latihan yang kerap untuk membina dan menulis perkataan berimbuhan akhiran –an Jawi dengan betul tanpa sebarang kekeliruan lagi.

Secara keseluruhannya, kelapan-lapan orang murid telah menunjukkan peningkatan penguasaan dalam kemahiran menulis perkataan berimbuhan akhiran –an Jawi dengan menggunakan Teknik “KESERAKING”. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan Teknik “KESERAKING” meningkatkan kemahiran menulis Jawi bagi perkataan berimbuhan akhiran –an. Kesimpulannya, berdasarkan dapatan kajian ini, maka soalan kajian iaitu “Adakah teknik “KESERAKING” dapat membantu murid menulis cara penulisan imbuhan akhiran –an Jawi dan konsep imbuhan akhiran –an Jawi dan adakah dengan menggunakan teknik “KESERAKING” dapat membantu meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menulis perkataan berimbuhan akhiran –an Jawi?” telah dapat dijawab dan mencapai objektif di mana murid dapat menyatakan kembali cara penulisan imbuhan akhiran –an Jawi dan konsep imbuhan akhiran –an Jawi serta meningkatkan penguasaan mereka dalam kemahiran menulis perkataan berimbuhan akhiran –an Jawi.

Sebelum intervensi diketengahkan, murid mengalami masalah untuk mengenalpasti konsep imbuhan akhiran –an Jawi dan lantaran itu mengakibatkan mereka tidak dapat menulis perkataan berimbuhan akhiran –an Jawi dengan baik. Intervensi menggunakan Teknik “KESERAKING” menjadikan murid dapat mengenalpasti konsep imbuhan akhiran –an Jawi dengan baik serta meningkatkan keupayaan mereka untuk menulis perkataan berimbuhan akhiran –an Jawi dengan betul.

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Dalam menjalankan kajian lanjutan, dicadangkan agar kajian ini diteruskan sama ada bagi kemahiran yang sama atau kemahiran yang berbeza mengikut keperluan murid kerana pencapaian murid banyak bergantung kepada amalan pengajaran dan pembelajaran guru. Pada fasa yang seterusnya, pengkaji mencadangkan dilaksanakan kajian ini untuk melihat perkembangan murid dalam mengaplikasikan konsep imbuhan akhiran –an bagi perkataan imbuhan apitan yang mempunyai akhiran –an seperti ke…-an dan di…-an Jawi.

Selain itu, kumpulan sasaran kajian boleh diperkembangkan dengan melibatkan murid-murid lain yang penguasaannya pada tahap sederhana. Rasionalnya adalah untuk menghasilkan

Page 11: Nuru l Azurin

lebih ramai murid yang menguasai kemahiran ini dengan baik sekaligus dapat dijadikan pembantu kepada rakan-rakan yang lain.

Kesimpulannya, sekiranya guru atau guru lain menemui murid mempunyai isu yang sama seperti murid yang dikaji, pengkaji mencadangkan dijalankan intervensi ini kerana pengkaji mendapati pendekatan yang pengkaji gunakan dalam intervensi ini telah menampakkan perubahan positif pada kemahiran menulis bagi perkataan berimbuhan akhiran Jawi pada murid yang dikaji.

RUJUKAN

Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah Dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors.

Abrak Othman. (1989). Imbuhan Dalam Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ahmad Mohd Salleh. (2011). Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pengajian Islam KPLI Pendidikan Islam & j-QAF. (Edisi 2). Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon & Abdul Rahim Hamdan. (2007). Menguasai Pengkajian Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Proffessional Sdn. Bhd.

Che Siah Che Man. (2006). Pendekatan Pengajaran Jawi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fraenkel, J.R. & Wallen, N.E. (1990). How to design and evaluate research in education. USA: McGraw-Hill.

Ghazali Yusri1, Nik Mohd Rahimi, Parilah M. Shah, Wan Haslina Wah & Ahmed Thalal Hassan. (2012). Penggunaan Strategi Belajar Bersama Rakan Dalam Kalangan Pelajar Kursus Bahasa Arab Di Universiti Teknologi Mara (UITM). Retrieved Julai 30, 2014 from http://apjee.usm.my/APJEE_27_2012/apjee27_2012_ART%203%20(37-50).pdf.

Haji Md. Said Haji Suleiman. (1992). Penokok Dan Penambah Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hamdan Abdul Rahman. (1999). Panduan Menulis Dan Mengeja Jawi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Intan Sapinas. (2008). Tinjauan Amalan Pembelajaran Koperatif Di Kalangan Pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Retrieved September 7, 2014, from http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2008_8466_fa980fdc3ec54276af01d135d00d4278.pdf.

Johnson D.W & Johnson R.T. (1994). Learning Together and Alone: Cooperative, Competitive and Invidualistic Learning. Massachusets: Allan and Bacon.

Johnson D.W, Johnson R.T, Johnson J. & Anderson D. (1987). Effects of cooperative versus individualised instruction on student prosocial behaviour attitude toward learning and achievement. Journal of Educational Physocology, 68(4), 446-453.

Juriah Long. (2010). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Bangi: Penerbit UKM.

Page 12: Nuru l Azurin

Kamaruddin Hj. Husin. (2010). Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kang Kyoung Seouk. (1990). Perkembangan tulisan Jawi dalam masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Modul Teras Asas Pendidikan Islam Tahun 3. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Mel Siberman. (2010). Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Mohd Yusuf Mahmud. (1986). Negara Islam, Pendidikan, Cabaran dan Pembentukan. Shah Alam: NASA.

Mohamad Najib Ghafar.(2011). Pembinaan & Analisis Ujian Bilik Darjah. (Edisi 2). Johor Bahru: Penerbit UTM Press.

Noraini Idris dan Shuki Osman. (2009). Pengajaran dan Pembelajaran : Teori dan Praktis. Malaysia: McGraw-Hill Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. Murid dan Alam Belajar. (2009). Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ohta, A. S., & Nakaone, T. (2004). When students ask questions: Teacher and peer answers in the foreign language classroom. International Review of Applied Linguistics in Language Teaching, 42(3), 217-237.

Othman Lebar. (2011). Kajian Tindakan dalam Pendidikan. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rahil Mahyuddin, Habibah Elias & Kamariah Abu Bakar. (2000). Amalan Pengajaran Berkesan. Shah Alam: Karisma Publications.

Rogers,C & Freiberg,J. (1994). Freedom to Learn. (Edisi 3). New York : Macmillan.

Roselan Baki. (2003). Kaedah Pengajaran dan Pebelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan. (Edisi 2). Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Shenghua Zha, Paul Kelly, MeeAeng Ko Park & Gail Fitzgerald. (2006). An investigation of communicative competence of ESL students using electronic discussion boards. Journal of Research on Technology in Education, 38(3), 349-367. Retrieved September 5, 2014, from ERIC.

Sulaiman Ngah Razali. (1996). Analisis Data Dalam Pengkajian Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Susan Hill & Tim Hill. (1997). Bilik Darjah Semuafakat. Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Syed Muhammad Naquib al-Attas (1990). Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu. Petaling Jaya: Angkatan Belia Islam Malaysia.

Page 13: Nuru l Azurin

Zawawi. Haji Ahmad. (1994). Pendidikan Islam Kaedah dan Teknik Pengajaran. Petaling Jaya: International Book Service.

Zha, S., Kelly, P., Park, M. A. K., & Fitzgerald, G. (2006). An investigation of communicative competence of ESL students using electronic discussion boards. Journal of Research on Technology in Education, 38(3), 349–367.