nur fadhilah binti che mood - fp.utm.my · pdf filekhuluk dalam enakmen undang-undang keluarga...

30
KHULUK DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002: KAJIAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KOTA BHARU, KELANTAN NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vomien

Post on 06-Feb-2018

307 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD - fp.utm.my · PDF filekhuluk dalam enakmen undang-undang keluarga islam 2002: kajian di mahkamah rendah syariah kota bharu, kelantan nur fadhilah binti

KHULUK DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002:

KAJIAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KOTA BHARU, KELANTAN

NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD - fp.utm.my · PDF filekhuluk dalam enakmen undang-undang keluarga islam 2002: kajian di mahkamah rendah syariah kota bharu, kelantan nur fadhilah binti

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: KHULUK DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA

ISLAM 2002: KAJIAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH

KOTA BHARU, KELANTAN

SESI PENGAJIAN : 2010/2011

Saya NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Alamat Tetap:

KAMPUNG BERIS PANCHOR, DR NASRUL HISYAM BIN NOR MUHAMAD

TAWANG, 16020 BACHOK, Nama Penyelia

KELANTAN.

TEL.: 013-7319657

Tarikh: 13 Mei 2011 Tarikh: 13 Mei 2011

CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD - fp.utm.my · PDF filekhuluk dalam enakmen undang-undang keluarga islam 2002: kajian di mahkamah rendah syariah kota bharu, kelantan nur fadhilah binti

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya penyelidikan ini.

Pada pandangan saya, penyelidikan ini adalah memadai dari sudut skop dan kualiti bagi

tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam)”.

Tandatangan

Nama Penyelia : DR. NASRUL HISYAM BIN NOR MUHAMAD

Tarikh :

Page 4: NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD - fp.utm.my · PDF filekhuluk dalam enakmen undang-undang keluarga islam 2002: kajian di mahkamah rendah syariah kota bharu, kelantan nur fadhilah binti

KHULUK DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002:

KAJIAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KOTA BHARU, KELANTAN

NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD

Laporan projek ini dikemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 5: NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD - fp.utm.my · PDF filekhuluk dalam enakmen undang-undang keluarga islam 2002: kajian di mahkamah rendah syariah kota bharu, kelantan nur fadhilah binti

ii

PENGAKUAN PENYELIDIK

“Saya akui bahawa Projek Sarjana Muda yang bertajuk “Khuluk dalam Enakmen

Undang-undang Keluarga Islam 2002: Kajian di Mahkamah Rendah Syariah Kota

Bharu, Kelantan” ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………………..

Nama Penyelidik : NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD

Tarikh :

Page 6: NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD - fp.utm.my · PDF filekhuluk dalam enakmen undang-undang keluarga islam 2002: kajian di mahkamah rendah syariah kota bharu, kelantan nur fadhilah binti

iii

بسم اهلل الرمحن الرحيم

Setitis pena kutitipkan di sini, jutaan syukran dan terima kasih yang tidak terhingga

buat Ummi dan Ayah yang tersayang, Maznah binti Nor dan Che Mood bin Seman

atas segala penat lelah mendidikku, dan sentiasa menyokongku dari belakang tanpa jemu,

Ummi dan Ayahlah sumber kekuatanku.

Salam sayang buat adik-adikku, Muhammad Sofuan, Muhammad Lutfi, Nur Hasyimah, Muhammad Amir Usamah, Nur Ayunni dan Nur Syuhada,

Kuatkan semangat kalian dan lakarkan kejayaan dalam hidup, timbalah ilmu sebanyak mungkin,

dan moga kita sentiasa dalam Rahmat dan Keredhaan Allah SWT dalam setiap langkah yang kita tempuhi.

Buat Pensyarah Pembimbing yang amat dihormati dan disanjungi, Dr. Nasrul Hisyam bin Nor Muhamad,

terima kasih atas panduan dan bimbingan yang diberikan serta tidak jemu dalam memberikan tunjuk ajar selama ini.

Terima kasih yang tidak terhingga juga diberikan khas buat para guruku di SKBP, MMP Kota Bharu, MAIP Beris Kubor Besar dan para pensyarah Fakulti Tamadun Islam mahupun Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia yang telah mendidikku selama ini dan telah banyak mencurahkan segala bentuk ilmu kepadaku. Budi, jasa dan

pengorbananmu guru-guruku, akan sentiasa kuingati.

Dan buat sahabat-sahabat seperjuangan (SPI 2007-2011), indahnya ukhuwwah semusim kita bersama,

moga-moga ianya kekal dan tidak berakhir di sini, ayuh teruskan perjuangan dan semoga wadah perjuangan kita nanti

bakal melahirkan generasi yang soleh dan solehah, Insyaallah…..Amiin.

Juga buat sahabat-sahabatku yang dikasihi, semoga kita terus istiqamah pada jalanNya,

dan tidak lupa juga buat sahabat-sahabat sepanjang di UTM, kalian akan sentiasa dalam ingatanku…..

Page 7: NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD - fp.utm.my · PDF filekhuluk dalam enakmen undang-undang keluarga islam 2002: kajian di mahkamah rendah syariah kota bharu, kelantan nur fadhilah binti

iv

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam

disampaikan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-

sahabat baginda. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, berkat pertolongan, taufiq

dan inayah dariNya telah mengizinkan saya menyiapkan dengan jayanya Projek Sarjana

Muda (PSM) ini.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan buat kedua ibu bapaku Che Mood bin

Seman dan Maznah binti Nor atas segala jasa, pengorbanan dan sokongan yang

diberikan selama ini dan tidak lupa juga kepada adik-adikku, terima kasih atas sokongan

kalian. Jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Nasrul Hisyam bin Nor

Muhamad selaku penyelia Projek Sarjana Muda (PSM) ini kerana telah banyak memberi

bimbingan dan sumbangan idea kepada penyelidik dalam menjayakan kajian ini. Ucapan

penghargaan juga diberikan khas buat para pensyarah Fakulti Tamadun Islam mahupun

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia yang telah banyak mendidik dan

mengajarku selama ini.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Ustaz Abu Bakar bin Abdullah Kutty,

Puan Fadzlina binti Mamat @ Mohd Nor dan pegawai-pegawai di Mahkamah Rendah

Page 8: NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD - fp.utm.my · PDF filekhuluk dalam enakmen undang-undang keluarga islam 2002: kajian di mahkamah rendah syariah kota bharu, kelantan nur fadhilah binti

v

Syariah Kota Bharu, Kelantan atas kerjasama dan bantuan yang diberikan dalam

menjayakan kajian Projek Sarjana Muda (PSM) ini. Jutaan terima kasih kepada semua

sahabat-sahabat seperjuangan yang turut sama membantu dan sentiasa sabar dengan

kerenahku sepanjang menyiapkan PSM ini.

Terima kasih juga kepada kakitangan Fakulti Pendidikan, Fakulti Tamadun

Islam, Perpustakaan Sultanah Zanariah Universiti Teknologi Malaysia, Perpustakaan

Utama Universiti Malaya, Perpustakaan Undang-undang Tan Sri Ahmad Ibrahim di

Fakulti Undang-undang Universiti Malaya, Perpustakaan Al-Malik Faisal Akademi

Pengajian Islam Nilam Puri Kelantan, Perpustakaan Tun Seri Lanang Universiti

Kebangsaan Malaysia dan Perpustakaan Dar Nur al-Zahra’ Kota Bharu di atas segala

maklumat dan kerjasama yang diberikan. Dan tidak lupa juga ucapan terima kasih buat

semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam usaha

menyiapkan projek ini.

Semoga segala kerjasama dan pengorbanan masa yang telah dicurahkan ini akan

mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT dan dilipat gandakan pahala

amalan kita, Insyaallah.

Page 9: NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD - fp.utm.my · PDF filekhuluk dalam enakmen undang-undang keluarga islam 2002: kajian di mahkamah rendah syariah kota bharu, kelantan nur fadhilah binti

vi

ABSTRAK

Kajian ini merupakan kajian berbentuk deskriptif yang bertujuan untuk

menganalisis prinsip khuluk dalam hukum syarak serta mengkaji bidang kuasa khuluk

dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002 dan kajian dilakukan di

Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu dari tahun 2003 hingga 2009 serta mengkaji

faktor-faktor berlakunya khuluk dalam kalangan masyarakat di daerah Kota Bharu.

Penyelidik telah menggunakan kaedah kajian berdasarkan kajian perpustakaan dan

kajian lapangan yang dijalankan di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu dengan

menemubual pegawai-pegawai di institusi berkenaan. Berdasarkan kajian yang

dijalankan, dapat menjelaskan prinsip khuluk dalam hukum syarak dan juga bidang

kuasa khuluk dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002. Statistik kes

khuluk yang berlaku di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, Kelantan sepanjang

tempoh tujuh tahun tersebut hanya lima kes sahaja dicatatkan. Kajian juga mendapati,

lafaz khuluk turut boleh dituntut sekiranya taklik khuluk yang disertakan di dalam akad

nikah dilanggar dan ketika perceraian dilakukan dalam keadaan perempuan haidh.

Melalui analisis data statistik kes-kes khuluk dari tahun 2003 hingga 2009 yang berlaku

di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, tuntutan khuluk dari pihak isteri merupakan

antara kes terpencil. Bagaimanapun kes-kes perceraian yang melibatkan tuntutan taklik

khuluk dan pasangan yang bercerai dengan tebus talak dalam keadaan haidh adalah agak

tinggi. Kajian ini juga mendapati faktor utama menyebabkan berlakunya khuluk dalam

kalangan masyarakat di daerah Kota Bharu adalah disebabkan oleh ketidaksefahaman

antara pasangan. Di akhir kajian, beberapa cadangan dan kajian lanjutan telah

dikemukakan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

Page 10: NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD - fp.utm.my · PDF filekhuluk dalam enakmen undang-undang keluarga islam 2002: kajian di mahkamah rendah syariah kota bharu, kelantan nur fadhilah binti

vii

ABSTRACT

This study is a descriptive study that is conducted to analyze the khul’ of the

legal principles of Islamic law and the jurisdiction of khul’ of Kelantan Islamic Family

Law Enactment 2002. Besides that, this study also analyzes the cases of khul’ in the

Subordinate Court Kota Bharu from 2003 to 2009 and to examine the factors of khul’

occur in the society of Kota Bharu’s district. The researcher has used methods based on

literature review and also field studies. The field study was conducted at the Syariah

Subordinate Court Kota Bharu by interview the officers at these institutions. Based on

the study, it can be explain that khul’ principles in Islamic law and also explain the khul’

in the jurisdiction of the Islamic Family Law Enactment 2002. From the statistic, only

five cases are listed during the past seven years from 2003 to 2009. The study also found

that the khul’ can be claimed if the attachment is included in ‘akad nikah’ is broken and

where the divorce is done in period time of the woman who claim to divorce. Through

analysis of the data performed on cases of statistic in khul’ from year 2003 to 2009

which occurred in Kota Bharu Syariah Subordinate Court, the claim from wife's side is a

rarely cases. However, the cases of divorce involving claims attachment khul ' and the

couple divorced in the state of period time is quite high. From the case study, it also

found that the main factor causing the khul’ in the society of Kota Bharu district is

caused of misunderstanding between the couple. At the end of this study, a few

recommendations were made and extension of the study was suggested for future

consideration.

Page 11: NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD - fp.utm.my · PDF filekhuluk dalam enakmen undang-undang keluarga islam 2002: kajian di mahkamah rendah syariah kota bharu, kelantan nur fadhilah binti

viii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

PENGAKUAN PENYELIDIK ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

ISI KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI CARTA ALIR xiv

SENARAI STATUT xv

SENARAI KES xvi

SENARAI SINGKATAN xviii

SENARAI LAMPIRAN xix

Page 12: NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD - fp.utm.my · PDF filekhuluk dalam enakmen undang-undang keluarga islam 2002: kajian di mahkamah rendah syariah kota bharu, kelantan nur fadhilah binti

ix

1 PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan dan Skop Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Khuluk 9

1.8.2 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002 10

1.8.2.1 Enakmen 10

1.8.2.2 Undang-undang 10

1.8.2.3 Keluarga 11

1.8.2.4 Islam 11

1.8.3 Mahkamah Syariah 12

1.8.3.1 Mahkamah 12

1.8.3.2 Syariah 12

1.9 Penutup 13

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 14

2.2 Undang-undang Keluarga Islam 15

2.3 Pembubaran Perkahwinan 16

2.4 Pembubaran Perkahwinan Melalui Khuluk 17

2.5 Pengertian Khuluk 20

2.5.1 Dari Segi Bahasa 20

2.5.2 Dari Segi Istilah Syarak 21

2.6 Asas dan Dalil Pensyariatan Hukum Khuluk 23

Page 13: NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD - fp.utm.my · PDF filekhuluk dalam enakmen undang-undang keluarga islam 2002: kajian di mahkamah rendah syariah kota bharu, kelantan nur fadhilah binti

x

2.6.1 Dalil Menurut al-Quran 23

2.6.2 Dalil Menurut al-Sunnah 26

2.6.3 Dalil Menurut Ijmak 27

2.7 Sebab-sebab yang Mengharuskan Khuluk 28

2.8 Rukun-rukun Khuluk 31

2.9 Kesan Hukum Khuluk 36

2.10 Kedudukan Khuluk 37

2.10.1 Khuluk adalah Talak 37

2.10.2 Khuluk adalah Fasakh 38

2.11 Tempat Berlangsungnya Khuluk 39

2.12 Waktu Berlaku Khuluk 41

2.13 ‘Iddah Bagi Wanita Khuluk 42

2.14 Bidang Kuasa Mahkamah Rendah Syariah 44

2.14.1 Bidang Kuasa Khuluk di Dalam Enakmen

Undang-undang Keluarga Islam 2002

(En. 6/2002). 45

2.15 Prosedur Khuluk di Mahkamah Rendah Syariah

Kota Bharu 51

2.16 Perceraian Khuluk bukan di bawah Permohonan

Khuluk Pada Asalnya. 54

2.17 Kajian Lepas 56

2.18 Penutup 58

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 59

3.2 Rekabentuk Kajian 60

3.2.1 Penentuan Subjek 61

3.3 Tempat Kajian 61

3.4 Pengumpulan Data 61

3.4.1 Kajian Dokumentasi 63

Page 14: NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD - fp.utm.my · PDF filekhuluk dalam enakmen undang-undang keluarga islam 2002: kajian di mahkamah rendah syariah kota bharu, kelantan nur fadhilah binti

xi

3.4.2 Kajian Perpustakaan 64

3.4.3 Kajian Lapangan 65

3.5 Analisis Data 66

3.5.1 Pendekatan Induktif 66

3.5.2 Pendekatan Deduktif 67

3.5.3 Kaedah Komparatif 67

3.6 Penutup 68

4 ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 69

4.2 Analisis Data 70

4.3 Faktor-faktor Perceraian Khuluk dalam Kalangan

Masyarakat di Daerah Kota Bharu 75

4.3.1 Tiada Persefahaman 75

4.3.2 Berlaku Poligami dan Suami Tidak

Bertanggungjawab 76

4.3.3 Menyakiti Tubuh Badan serta Tidak Tahan

Lagi Hidup Bersama 77

4.3.4 Sering Berlaku Pertelingkahan dan Sukar

untuk dibawa Berbincang 78

4.4 Penutup 79

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 81

5.2 Perbincangan 82

5.3 Rumusan 83

5.4 Cadangan 86

5.4.1 Cadangan Kepada Individu 86

Page 15: NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD - fp.utm.my · PDF filekhuluk dalam enakmen undang-undang keluarga islam 2002: kajian di mahkamah rendah syariah kota bharu, kelantan nur fadhilah binti

xii

5.4.2 Cadangan Kepada Majlis Agama Islam

Kelantan (MAIK) 87

5.4.3 Cadangan Kepada Mahkamah Rendah Syariah 88

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 89

5.6 Penutup 89

BIBLIOGRAFI 90

LAMPIRAN

Page 16: NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD - fp.utm.my · PDF filekhuluk dalam enakmen undang-undang keluarga islam 2002: kajian di mahkamah rendah syariah kota bharu, kelantan nur fadhilah binti

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

Jadual 1 Statistik Khuluk/Tebus Talak di Mahkamah

Rendah Syariah Kota Bharu dari tahun 2003-2009 70

Jadual 2 ` Statistik Khuluk/Tebus Talak di Negeri Kelantan

mengikut Jajahan/Daerah dari Tahun 2003-2009 72

.

Page 17: NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD - fp.utm.my · PDF filekhuluk dalam enakmen undang-undang keluarga islam 2002: kajian di mahkamah rendah syariah kota bharu, kelantan nur fadhilah binti

xiv

SENARAI CARTA ALIR

NO. CARTA ALIR TAJUK HALAMAN

Carta Alir 1 Prosedur Perceraian Khuluk di Mahkamah

Rendah Syariah Kota Bharu, Kelantan 53

Page 18: NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD - fp.utm.my · PDF filekhuluk dalam enakmen undang-undang keluarga islam 2002: kajian di mahkamah rendah syariah kota bharu, kelantan nur fadhilah binti

xv

SENARAI STATUT

1. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002 (En. 6/2002) (Kn. P.U. 25/2003).

2. Undang-undang Pentadbiran Hukum Syarak

Page 19: NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD - fp.utm.my · PDF filekhuluk dalam enakmen undang-undang keluarga islam 2002: kajian di mahkamah rendah syariah kota bharu, kelantan nur fadhilah binti

xvi

SENARAI KES

1. Che Salbiah bt Daud lwn. Mohd Nazri b Ismail,

(Kes Mal Bil. 03001-056-161-2009),

Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, Kelantan.

2. Fuzita bt. Ahmad lwn. Ramlie b. Latiff,

(Kes Mal Bil. 266/95), Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru,

(2000) Jurnal Syariah, 8:2 (JS 8).

3. Nurul Huda Abdullah lwn. Yusnaidi bin Yusoff,

(Kes Mal Bil. 03001-055-0406-2008),

Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, Kelantan.

4. Mariam lwn Setapa,

(1981)3 Jurnal Hukum 84 (JH 84).

5. Roslina Mohamed lwn. Wan Fadri Sham Wan Hamid

(Kes Mal Bil. 03001-055-0618-2006),

Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, Kelantan.

Page 20: NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD - fp.utm.my · PDF filekhuluk dalam enakmen undang-undang keluarga islam 2002: kajian di mahkamah rendah syariah kota bharu, kelantan nur fadhilah binti

xvii

6. Maimun bte Mohd. Hussain lwn. Mohd Affandi bin Haji Yusoff,

(Kes Mal Bil. 03001-056-1234-2008),

Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, Kelantan.

7. Balqis Fatima lwn. Najm-al-Ikram Qureshi,

(PLD 1959 Lah. 366), Mahkamah Tinggi Lahore, Pakistan.

8.Khursyid Bibi lwn. Muhammad Amin

(PLD 1967 S.C.7), Mahkamah Tinggi Lahore, Pakistan.

Page 21: NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD - fp.utm.my · PDF filekhuluk dalam enakmen undang-undang keluarga islam 2002: kajian di mahkamah rendah syariah kota bharu, kelantan nur fadhilah binti

xviii

SENARAI SINGKATAN

Bil. - Bilangan

En. - Enakmen

IKIM - Institut Kefahaman Islam Malaysia

JH - Jurnal Hukum

JS - Jurnal Syariah

Kg. - Kampung

Lwn. - Lawan

MAIK - Majlis Agama Islam Kelantan

MRS - Mahkamah Rendah Syariah

PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah

r.a. - Radiallahu ‘anhu

RM - Ringgit Malaysia

SAW - Sallallahu ‘alaihi Wasallam

Sdn. Bhd. - Sendirian Berhad

SWT - Subhanahu Wa Ta’ala

t.t. - Tiada tahun

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

UM - Universiti Malaya

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 22: NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD - fp.utm.my · PDF filekhuluk dalam enakmen undang-undang keluarga islam 2002: kajian di mahkamah rendah syariah kota bharu, kelantan nur fadhilah binti

xix

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Surat Permohonan Membuat Tugasan Projek Sarjana

Muda (PSM)

B Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan Maklumat

C Surat ke Mahkamah

D Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat di Perpustakaan

Utama, Universiti Malaya

E Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat di Perpustakaan

Undang-undang Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim, Universiti

Malaya

Page 23: NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD - fp.utm.my · PDF filekhuluk dalam enakmen undang-undang keluarga islam 2002: kajian di mahkamah rendah syariah kota bharu, kelantan nur fadhilah binti

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan

Perkahwinan disyariatkan dalam Islam untuk memenuhi tuntutan fitrah manusia

kerana naluri semulajadi manusia itu mempunyai keinginan untuk mempunyai pasangan

dan hidup berkeluarga. Ini sebagaimana firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah dia

menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu

cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di

antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian

itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

(Surah ar-Rum, 30: 21)

Page 24: NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD - fp.utm.my · PDF filekhuluk dalam enakmen undang-undang keluarga islam 2002: kajian di mahkamah rendah syariah kota bharu, kelantan nur fadhilah binti

2

Melalui institusi perkahwinan inilah manusia dapat menjana kehidupan ke arah

melahirkan zuriat. Zuriat ialah anak-anak yang diibaratkan sebagai permata yang

menyinari hidup pasangan yang berkeluarga disamping menjalani kehidupan sebagai

hamba Allah SWT.

Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan dengan wujudnya ikatan

perkahwinan, iaitu ikatan yang mengikat hubungan antara lelaki dan perempuan yang

halal dan sah dari sudut syarak, maka perkara yang kontra dengannya juga wujud.

Perkara ini ialah terputusnya ikatan tersebut melalui cara yang sah dari segi syarak sama

ada melalui perpisahan atau perceraian antara suami isteri iaitu berlakunya pembubaran

ikatan perkahwinan yang telah dibina.

Ini menunjukkan syumulnya perundangan Islam ini tidak hanya pada sudut atau

lapangan tertentu sahaja. Tetapi ianya merangkumi semua sudut dan aspek dalam

kehidupan manusia. Melalui ikatan perkahwinan, Islam juga bukan sahaja memberikan

jalan dan peraturan berkenaan dengan pernikahan sahaja, akan tetapi turut memberi garis

panduan tentang pembubaran ikatan tersebut. Ia adalah melalui perceraian seperti talak,

taklik, fasakh, khuluk dan sebagainya.

Keadaan ini pada pandangan rasionalnya bukanlah bermakna Islam

menggalakkan berlakunya perceraian antara pasangan suami isteri. Tetapi garis panduan

ini diberikan sebagai jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh pasangan

yang berkahwin dan telah berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka,

akan tetapi tidak dapat tidak, jalan penyelesaian yang terbaik adalah dengan melalui

perceraian. Ini adalah supaya masing-masing dapat hidup dalam keadaan yang aman dan

harmoni. Melalui keterangan ini, dapat disimpulkan bahawa perceraian adalah

merupakan jalan terakhir yang boleh diambil bagi pasangan suami isteri yang

bermasalah sekiranya itulah penyelesaian terbaik dalam menangani konflik yang timbul

dalam rumahtangga.

Page 25: NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD - fp.utm.my · PDF filekhuluk dalam enakmen undang-undang keluarga islam 2002: kajian di mahkamah rendah syariah kota bharu, kelantan nur fadhilah binti

3

Perceraian tidak digalakkan dalam kalangan umat Islam disebabkan implikasi

dan kesan negatif yang akan timbul melaluinya. Ini kerana ia akan memberi kesan

kepada pasangan suami isteri itu sendiri, anak-anak, keluarga dan masyarakat umumnya.

Ia juga merupakan perkara halal yang paling dibenci oleh Allah SWT. Ini sebagaimana

hadis (Abu Daud, 1994: 1863):

: قال رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم, عن إبن عمر رضى اهلل عنها قاللَّ الطَّالَأق َأ بْ غَأُض اْلَأالَأُل ِإَلَأ اهلِل عَأزَّوَأجَأ

Ertinya: “Yang paling dibenci oleh Allah dari yang halal ialah talak”.

(HR Abu Daud: 1863)

Islam menganjurkan supaya suami isteri terlebih dahulu berusaha untuk

memperbaiki hubungan suami isteri dan sekiranya telah tidak dapat lagi untuk mencipta

bahagia sebagaimana sepatutnya sebagai suami isteri dan akan semakin memburukkan

lagi keadaan yang telah kritikal sebelum ini, maka digalakkan bagi pasangan tersebut

untuk memilih penyelesaian terhadap permasalahan mereka dengan perceraian.

Menurut perundangan Islam, hak menjatuhkan talak adalah pada tangan suami.

Sulaiman Endut (1999: 126) menyatakan talak akan jatuh dengan lafaz cerai yang

dikeluarkan oleh suami terhadap isterinya walaupun di mana mereka berada sama ada

dilafazkan dengan talak satu, dua atau tiga. Walau bagaimanapun terjadi juga beberapa

perkara yang menyebabkan berlaku hal yang sebaliknya iaitu perceraian oleh pihak

isteri.

Perceraian oleh pihak isteri ini bukanlah bermakna hak talak itu telah beralih

daripada suami kepada isteri. Akan tetapi ia boleh dituntut oleh isteri daripada pihak

suami kerana dalam soal nikah dan cerai, wanita Islam berhak menentukan pilihan yang

terbaik buat mereka terutamanya jika mereka teraniaya. Mereka mempunyai tiga pilihan

Page 26: NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD - fp.utm.my · PDF filekhuluk dalam enakmen undang-undang keluarga islam 2002: kajian di mahkamah rendah syariah kota bharu, kelantan nur fadhilah binti

4

untuk membubarkan perkahwinan iaitu bercerai secara taklik, khuluk dan fasakh

(Utusan Malaysia, 2 Mac 2010). Hal ini menunjukkan wanita juga berhak ke atas

dirinya sendiri sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini di dalam perkahwinan yang

tidak dapat tidak, perpisahan adalah penyelesaian yang terbaik bagi mereka.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pada asasnya suami mempunyai kuasa mutlak untuk menceraikan isterinya

melalui cara talak. Dengan sabitan cerai daripada suami terhadap isterinya akan jatuhlah

talak tersebut. Seorang suami berkuasa menceraikan isteri sama ada dengan mempunyai

sebab atau tanpa sebarang sebab kerana ia adalah hak milik lelaki dan turut dikatakan

juga isteri itu adalah sebagai aset bagi suami. Talak ini juga boleh dilakukan tanpa

adanya campurtangan daripada pihak lain seperti Mahkamah dan juga ia tidak

memerlukan pada persetujuan daripada isterinya.

Bagaimanapun, Islam juga turut memberi hak kepada isteri dalam membubarkan

perkahwinannya. Ia boleh dilakukan melalui beberapa cara atau jalan iaitu khuluk, taklik

dan fasakh. Ini bermakna kedua-dua suami dan isteri mempunyai hak masing-masing

dalam membubarkan perkahwinan mereka dengan cara yang pelbagai dan tersendiri. Ia

juga adalah mengikut sebagaimana yang telah ditetapkan oleh hukum syarak. Akan

tetapi, hak yang diberikan kepada isteri untuk membuat tuntutan terhadap pembubaran

perkahwinan memerlukan sebab-sebab tertentu dan disertakan dengan elemen-elemen

sampingan yang lain seperti bayaran tebus atas pembubaran tersebut. Seperti yang dapat

dilihat melalui khuluk yang memerlukan persetujuan daripada pihak suami dan isteri

pula dikehendaki membayar kepada suaminya suatu bayaran bagi tuntutan tersebut

(Raihanah Abdullah, 1997: 52).

Page 27: NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD - fp.utm.my · PDF filekhuluk dalam enakmen undang-undang keluarga islam 2002: kajian di mahkamah rendah syariah kota bharu, kelantan nur fadhilah binti

5

Akan tetapi, dalam masyarakat di Malaysia ini, sebenarnya masih ramai lagi para

isteri yang tidak menyedari akan hak mereka sebagai isteri sekiranya berlaku sebarang

perkara yang boleh digunakan oleh mereka untuk menuntut cerai daripada suami. Ini

kerana sekiranya tindakan suami yang tidak mahu menceraikan mereka dengan cara

talak, mereka sebenarnya boleh menuntut cerai melalui cara khuluk atau tebus talak.

Menurut Zainal Azhar Mohamed, laporan daripada akhbar yang menyatakan

alasan Siti Nor Hanim Aziz, 25, ibu mangsa dera, Allahyarham Syafiah Humairah

Sahari, 3 yang mendakwa bahawa suami yang tidak mahu melepaskannya menyebabkan

dia bersekedudukan dengan suspek yang mendera dan membunuh anaknya. Fenomena

ini menunjukkan gambaran bahawa masih ramai lagi wanita yang tidak tahu tentang hak

mereka dalam soal nikah dan cerai (Utusan Malaysia, 2 Mac 2010). Melalui fenomena

ini menunjukkan bahawa seorang perempuan yang masih bergelar isteri telah

bersekedudukan dengan lelaki asing yang bukan suaminya sedangkan dia mempunyai

hak untuk menuntut perceraian sebagai isteri sebagaimana disebutkan seperti khuluk. Ini

kerana seseorang isteri itu boleh memohon untuk bercerai dengan sebab-sebab tertentu

yang wujud dalam perkahwinan dengan suaminya yang boleh dijadikan sebagai alasan

kukuh untuk membubarkan perkahwinan.

Perceraian khuluk sememangnya telah ditetapkan di dalam hukum syarak dan

tuntutan ia juga sebenarnya turut terkandung di dalam Enakmen Undang-undang

Keluarga Islam yang terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah dan diuruskan

sebagaimana mengikut peruntukan di dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam

mengikut negeri masing-masing.

Page 28: NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD - fp.utm.my · PDF filekhuluk dalam enakmen undang-undang keluarga islam 2002: kajian di mahkamah rendah syariah kota bharu, kelantan nur fadhilah binti

6

1.3 Pernyataan Masalah

Merujuk pada apa yang dikemukakan, penyelidik merasakan perlu suatu kajian

dijalankan berkaitan dengan khuluk atau perceraian tebus talak dengan melihatnya di

dalam hukum syarak serta bidang kuasanya di dalam Enakmen Undang-undang

Keluarga Islam 2002 (En. 6/2002). Selain itu, ia juga bagi melihat statistik kes khuluk di

Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, Kelantan dan faktor-faktor berlakunya kes

khuluk dalam kalangan masyarakat di daerah Kota Bharu, Kelantan. Walaupun ianya

hanya merupakan perceraian yang digolongkan dalam kes terpencil, akan tetapi hukum

syarak menetapkan peraturan-peraturan tertentu yang perlu dipatuhi sekiranya ingin

mengajukan perceraian khuluk.

Apa yang jelas juga, pengetahuan berkenaan dengan perceraian khuluk

sebenarnya masih asing lagi bagi kalangan kebanyakan wanita terutamanya pihak isteri.

Mereka ini tidak mengetahui secara mendalam hak mereka dan apa tindakan berpatutan

perlu mereka ambil sekiranya mereka berhadapan dengan sesuatu masalah yang

signifikan dengan tuntutan perceraian dengan cara khuluk. Jadi dengan pendedahan ini

akan memberi peluang kepada mereka bagi membela serta mempertahankan diri mereka

kerana ianya sendiri tertulis dalam peruntukan sebagaimana di dalam Enakmen Undang-

undang Keluarga Islam.

Oleh itu, kajian ini adalah untuk melihat khuluk dengan memberi tumpuan

kepada prinsip khuluk dalam hukum syarak, bidang kuasa khuluk dalam Enakmen

Undang-undang Keluarga Islam 2002 (En. 6/2002). Selain itu, tumpuan juga turut

diberikan kepada statistik kes khuluk serta fail kes-kes khuluk di Mahkamah Rendah

Syariah Kota Bharu, Kelantan dari tahun 2003 hingga 2009 dan juga faktor-faktor

menyebabkan berlakunya khuluk dalam kalangan masyarakat di daerah Kota Bharu.

Page 29: NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD - fp.utm.my · PDF filekhuluk dalam enakmen undang-undang keluarga islam 2002: kajian di mahkamah rendah syariah kota bharu, kelantan nur fadhilah binti

7

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1.4.1 Menganalisis prinsip khuluk dalam hukum syarak.

1.4.2 Mengkaji bidang kuasa khuluk yang terdapat di dalam Enakmen Undang-undang

Keluarga Islam 2002 (En. 6/2002).

1.4.3 Menganalisis statistik kes-kes khuluk di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu,

Kelantan dari tahun 2003 hingga 2009.

1.4.4 Mengkaji faktor-faktor berlakunya khuluk dalam kalangan masyarakat di daerah

Kota Bharu.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif, persoalan kajian yang akan dikaji ialah:

1.5.1 Apakah kedudukan khuluk dalam hukum syarak?

1.5.2 Apakah peruntukan bidang kuasa khuluk dalam Enakmen Undang-undang

Keluarga Islam 2002 (En. 6/2002)?

1.5.3 Apakah bentuk statistik kes-kes khuluk di Mahkamah Rendah Syariah Kota

Bharu, Kelantan dari tahun 2003 hingga 2009.

Page 30: NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD - fp.utm.my · PDF filekhuluk dalam enakmen undang-undang keluarga islam 2002: kajian di mahkamah rendah syariah kota bharu, kelantan nur fadhilah binti

8

1.5.4 Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya perceraian khuluk dalam

kalangan masyarakat di daerah Kota Bharu?