nth

2
Latar belakang Kajian Usaha untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti di peringkat awal persekolahan iaitu sekolah rendah telah menyebabkan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) diperkenalkan. Sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan. Peningkatan tahap kelayakan dari aspek akademik dan ikhtisas ini juga diharapkan dapat mempertingkatkan martabat profesion perguruan. Terdapat limabelas pengkhususan matapelajaran yang ditawarkan termasuklah Pengajian Matematik. KDPM pengkhususan Pengajian Matematik diadakan bagi tujuan melahirkan guru Matematik sekolah rendah berkualiti dan berketrampilan. Dalam sukatan pelajaran Pengajian Matematik, isi kandungan kursus digubal untuk membolehkan guru pelatih melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik khususnya Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Matlamat KDPM pengkhususan Pengajian Matematik juga ialah untuk melahirkan guru yang berpengetahuan, berpengalaman, dan berkemahiran untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran matematik kepada murid secara lebih berkesan dan menyeronokkan Dalam perlaksanaan kursus ini, pensyarah disaran mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah atau aktiviti seperti kuliah, seminar, perbincangan, sumbangsaran, bengkel, kerja praktik, projek, pembelajaran koperatif dan kolaboratif, pembelajaran reflektif, pengajaran mikro dan makro, pembelajaran berasaskan tugasan dan sebagainya. Bagi menyelaraskan pemarkahan kerja kursus di seluruh maktab perguruan di Malaysia, pihak Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah memberi kriteria penilaian serta aktiviti

Upload: wan2share

Post on 01-Oct-2015

233 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

nth

TRANSCRIPT

Latar belakang KajianUsaha untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti di peringkat awal persekolahan iaitu sekolah rendah telah menyebabkan Kursus Diploma Perguruan Malaysia(KDPM) diperkenalkan. Sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan.Peningkatan tahap kelayakan dari aspek akademik dan ikhtisas ini juga diharapkan dapat mempertingkatkan martabat profesion perguruan. Terdapat limabelas pengkhususan matapelajaran yang ditawarkan termasuklah Pengajian Matematik.KDPMpengkhususan Pengajian Matematik diadakan bagi tujuanmelahirkan guru Matematik sekolah rendah berkualiti dan berketrampilan.Dalam sukatan pelajaran Pengajian Matematik, isi kandungan kursus digubal untuk membolehkan guru pelatih melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik khususnya Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.Matlamat KDPM pengkhususan Pengajian Matematik juga ialah untuk melahirkan guru yang berpengetahuan, berpengalaman, dan berkemahiran untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran matematik kepada murid secara lebih berkesan dan menyeronokkanDalam perlaksanaan kursus ini, pensyarah disaran mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah atau aktiviti seperti kuliah, seminar, perbincangan, sumbangsaran, bengkel, kerja praktik, projek, pembelajaran koperatif dan kolaboratif, pembelajaran reflektif, pengajaran mikro dan makro, pembelajaran berasaskan tugasan dan sebagainya.Bagi menyelaraskan pemarkahan kerja kursus di seluruh maktab perguruan di Malaysia, pihak Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah memberi kriteria penilaian serta aktiviti yang perlu dijalankan.Kerja kursus ini dinamakan Kerja Kursus Berportfolio(KKB).KKB merupakan suatu set kerja kursus yang dirancang sedemikian rupa supaya ianya dapat memberikan pengetahuan dan pengalaman kepada guru pelatih berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran.KKB dirancang berdasarkan sukatan matapelajaran berkenaan.Tajuk Pemulihan dan Pengayaan merupakan salah satu tajuk yang terkandung dalam sukatan pelajaran Pengajian Matematik Semester Tiga KDPM. Aktiviti pemulihan dan pengayaanmerupakan suatu program yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Maka berdasarkan kepentingan aktiviti pengayaan dan pemulihan, seseorang guru pelatih sewajarnya mempunyai kemahiran dan pengalaman yang mencukupi untuk menghasilkan sesuatu lembaran kerja atau aktiviti supaya mereka dapat melaksanakan aktiviti pemulihan atau pengayaan apabila diperlukan kelak.