novel limpahan darah di sungai semur

Upload: amanda-soo

Post on 07-Jul-2015

453 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

PUSAT BIMBINGAN KARYA

ANALISIS NOVEL : LIMPAHAN DARAH DI SUNGAI SEMUR Karya: ZAKARIA SALLEH TINGKATAN 1 TAHUN 2007

ANALISIS BAB DEMI BAB BAB 1 : SEJAK KECIL BERSEMANGAT WAJA SINOPSIS Di sebuah perkampungan Melayu yang terpencil, iaitu Kampung Kuantan seorang ibu bernama Jamaayah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada tahun 1916. Bayi tersebut diberi nama Jamaluddin bin Mohamad. Tidak lama kemudian mereka berpindah ke Kampung Teluk Panglima Garang, di daerah yang sama. Jamaayah dan Mohamad berasal dari Bugis, Indonesia. Mereka melakukan kerja-kerja kampung. Jamaluddin dibesarkan dan dihantar ke sekolah Melayu. Dia seorang budak yang cergas dan sederhana dalam pelajarannya. Dia juga suka bertanya dan gemar mendengar cerita terutamanya daripada ayahnya. Sebelum tidur ayahnya menceritakan kisah pahlawan Bugis seperti kisah Daeng Perani, Daeng Marewah dan Daeng Celak. Begitu juga cerita Hang Tuah dan kisah Raja Lumu yang garang yang telah datang ke Tanah Melayu dan membuka sebuah kampung yang diberi nama Kampung Panglima Garang. Cerita-cerita ini menyebabkan Jamaluddin menyimpan hasrat untuk menjadi pahlawan pada suatu hari kelak. LATAR 1. LATAR TEMPAT Peristiwa bermula di sebuah perkampungan orang Melayu yang terpencil iaitu Kampung Kuantan di daerah Kuala Selangor. Terdapat latar rumah yang sederhana besar iaitu tempat ayah dan ibu Jamaluddin tinggal. Seterusnya terdapat latar Kampung Panglima Garang iaitu tempat Jamaluddin dibesarkan dan dihantar bersekolah di sekolah Melayu yang tidak jauh dari rumahnya. 2. LATAR MASA Peristiwa kelahiran Jamaluddin berlaku pada tahun 1916 sebelum zaman kemerdekaan lagi. Terdapat juga latar masa iaitu peristiwa yang berlaku pada waktu malam ketika ayah Jamaluddin menceritakan kisah kepahlawanan Hang Tuah dan pahlawan Bugis, sehinggalah Jamaluddin terlelap. 3. LATAR MASYARAKAT 1. Masyarakat kampung yang tinggal di desa yang terpencil tetapi penuh kedamaian. Masyarakat kampung seperti ayah dan ibu Jamaluddin mengusahakan kerja-kerja kampung seperti menjadi nelayan dan membuat atap. 2. Terdapat juga masyarakat yang menyayangi anak-anak mereka dan masyarakat yang memberi perhatian terhadap anak-anak seperti ayah Jamaluddin yang suka bercerita kerana memenuhi kehendak anaknya. 3. Selain itu, terdapat juga masyarakat yang menghargai jasa pahlawan serta menyanjung perwira negara, misalnya Jamaluddin dan ayahnya yang menyanjung pahlawan zaman lalu. WATAK DAN PERWATAKAN JAMALUDDIN Seorang budak sekolah yang bersemangat wira. Dia ingin menjadi perwira negara seperti Hang Tuah dan Daeng Perani atau Hang Jebat. Jamaluddin juga merupakan budak yang sering bertanya tentang cerita kepahlawanan. Dia sentiasa ingin tahu akan kisah pahlawan zaman lampau yang memberikan semangat kepada dirinya untuk menjadi seorang pahlawan. MOHAMAD Merupakan ayah kepada Jamaluddin. Dia seorang ayah yang tahu akan cerita kepahlawanan Melayu dan suka menceritakan kisah tersebut kepada anaknya. Dia berasal dari Bugis, Indonesia dan berhijrah ke negara ini. Dia bertanggungjawab terhadap anaknya. Dia juga mengambil berat kehendak anaknya. JAMAAYAH Ibu Jamaluddin. Dia rajin membantu suaminya membuat kerja-kerja kampung bagi menyara keluarga. Dia juga berasal dari Bugis, Indonesia.

BAB 2 : BERCITA-CITA JADI TENTERA SINOPSIS Sejak di bangku sekolah Jamaluddin bercita-cita menjadi tentera. Dia pernah meluahkan hasratnya untuk menjadi perwira negara seperti Hang Tuah kepada kawan-kawannya tetapi dia sering diejek oleh rakan sekolahnya. Kawan-kawannya terus mengejek hasrat Jamaluddin untuk menjadi tentera kerana saiz tubuhnya yang kecil dan kurus. Walaupun terus diejek, Jamaludddin terus menyimpan hasrat mahu menjadi tentera dan berjanji akan membuktikan cita-citanya itu kepada ayahnya. Ayahnya tidak membantah tetapi ibunya tidak setuju jika Jamaluddin menjadi tentera kerana dia mahu Jamaluddin menjadi guru. Ibunya menangis kerana sayang akan Jamaluddin. Dia juga bimbang Jamaluddin akan terkorban. Ayah Jamaluddin menenangkan ibunya dan menyatakan yang Jamaluddin tidak dapat menjadi askar kerana saiz badannya yang kecil. LATAR 1. LATAR TEMPAT Peristiwa dalam bab ini berlaku di sekolah iaitu apabila Jamaluddin menyatakan hasratnya kepada rakan-rakan. Begitu juga peristiwa Jamaluddin diejek oleh rakan-rakan. Terdapat juga peristiwa yang berlaku di rumah iaitu ketika Jamaluddin menyatakan cita-citanya untuk menjadi tentera kepada ibu dan bapanya. Seterusnya berlaku peristiwa ibunya menangis dan dia kemudiannya masuk ke dalam bilik. 2. LATAR MASA Siang ketika Jamaluddin di sekolah ketika dia diperli oleh rakan-rakannya. 3. LATAR MASYARAKAT 1. Masyarakat yang bersemangat waja dan sanggup mempertahankan tanah air seperti Jamaluddin. 2. Masyarakat yang bercita-cita tinggi dan penuh keazaman iaitu Jamaluddin yang ingin membuktikan cita-citanya. 3. Masyarakat yang penyayang iaitu ibu Jamaluddin yang sayang akan anaknya sehingga tidak mahu anaknya menjadi tentera kerana pekerjaan itu berisiko tinggi. 4. Masyarakat yang suka mengejek dan merendah-rendahkan cita-cita orang lain iaitu, rakanrakan Jamaluddin. 5. Masyarakat yang pandai mengambil hati dan menenangkan keadaan serta menyelesaikan masalah keluarga seperti ayah Jamaluddin yang memujuk isterinya yang kesedihan. WATAK DAN PERWATAKAN JAMALUDDIN Budak sekolah yang bercita-cita menjadi tentera. Walaupun badanya kurus, tubuhnya kecil, pendek namun cita-citanya tetap membara hendak menjadi tentera pada suatu hari kelak. Jamaluddin bersemangat waja, tabah serta penyabar apabila diejek oleh rakan-rakannya. Jamaluddin juga pandai menjaga hati emaknya. JAMAAYAH Ibu Jamaluddin, seorang yang penyayang dan cepat terasa misalnya dia terus menangis apabila Jamaluddin menyatakan hasratnya untuk menjadi tentera. Dalam pada itu dia ialah ibu yang penyayang dan mengharapkan anaknya berjaya dalam pelajaran. AYAH JAMALUDDIN Seorang yang tenang menghadapi kerenah anaknya. Dia memahami jiwa anaknya yang ingin menjadi tentera. Dia juga pandai memujuk isterinya yang bersedih.

BAB 3: GAGAL MEMOHON JADI TENTERA SINOPSIS Selepas tamat persekolahan, Jamaluddin merantau ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur dia tinggal bersama-sama kawan-kawannya di Kampung Baru. Dia bekerja dengan satu kumpulan bangsawan di Bukit Bintang Park sebagai salah seorang penarik tirai. Pada tahun 1938, dia memohon untuk menjadi askar di pusat pemilihan askar Melayu, Kuala Lumpur. Kawan karib yang tinggal sebilik dengannya iaitu Hashim turut sama memohon untuk menjadi askar. Dalam permohonan itu dia telah gagal kerana ketinggian dan ukuran badannya tidak menepati syarat walaupun umurnya telah memenuhi syarat. Kawan karibnya juga tidak berjaya. Setelah gagal dalam temuduga untuk menjadi askar, Jamaluddin berhenti kerja sebagai penarik tirai kumpulan bangsawan. Dia telah pergi ke rumah abang saudaranya di Sepang. Dia mendapat pekerjaan di Pejabat Daerah Sepang sebagai buruh pam ubat nyamuk dengan pertolongan abang saudaranya, namun Jamaluddin masih berazam untuk menjadi askar. LATAR TEMPAT - Kampung Baru, Kuala Lumpur, Majlis Daerah Sepang, Bintang Park dan laut. WATAK DAN PERWATAKAN JAMALUDDIN - Kuat berazam dan bercita-cita tinggi untuk menjadi tentera - Bekerja sebagai penarik tirai - Kurang berat badan - Pernah bekerja sebagai nelayan dan pacak kelong - Bekerja sebagai buruh pam ubat nyamuk di Majlis Daerah Sepang - Pemain bola sepak dan seorang yang rajin ABANG SAUDARA JAMALUDDIN - Ikhlas dalam memberi nasihat dan pandangan - Suka menolong - Suka berleter panjang NILAI 1. Rajin. 2. Mendengar nasihat. 3. Patuh atau setia. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah bersemangat kental mengejar cita-cita. 2. Kita haruslah menerima pandangan orang lain yang lebih dewasa.

BAB 4 : BUDAK MERAH DI PORT DICKSON SINOPSIS Jamaluddin menjaga kesihatan tubuh badannya dan sentiasa memastikan dirinya kuat dengan sering membuat latihan untuk menambahkan ketinggian tubuh badannya. Hasrat Jamaluddin ingin menjadi anggota tentera diketahui oleh majikannya iaitu En. Jamal yang merupakan seorang pegawai Daerah Sepang. Jamaluddin juga mendapat sokongan daripada kawan-kawannya. Dia merupakan seorang pekerja yang rajin, peramah dan mudah mesra menyebabkan semua orang menyukainya. Jamaluddin berjaya dalam temuduganya dan meminta restu daripada ibunya. Walaupun terpaksa Jamaayah ibu Jamaluddin terpaksa akur dengan kehendak anaknya untuk menjadi seorang askar. Dalam latihan di Port Dickson Jamaluddin seorang rekrut memakai nombor tentera 1319, walaupun dia seorang rekrut yang kecil badannya namun dia seorang yang rajin dan tekun menyebabkan apa-apa saja latihan ketenteraan yang dipelajari mudah diikuti. Oleh itu, Jamaluddin disukai oleh pelatihnya dan rakan-rakannya. Semasa latihan tentera di Port Dickson, Jamaluddin dikenali sebagai Budak Merah kerana kegigihan dan kecekapannya namun dia tidak pernah sakit hati dengan gelaran itu. Rakan-rakan Jamaluddin ialah Hashim, Mohd. Noor, Daud dan Baharom. WATAK DAN PERWATAKAN JAMALUDDIN - Seorang pekerja yang rajin, peramah dan mudah mesra. - Digelar Budak Merah ketika menjalani latihan di Port Dickson. - Seorang yang tabah dan tekun menjalani latihan. JAMAAYAH - Ibu kepada Jamaluddin. - Seorang yang penyayang dan bertanggungjawab - Isteri Mohamad - Cepat terasa / sensitif. ENCIK JAMAL - Pegawai Daerah Sepang, seorang yang tidak sombong, seorang ketua yang prihatin dan berhati mulia. LATAR 1. LATAR TEMPAT - Daerah Sepang, Pusat Latihan Tentera Port Dickson dan rumah Jamaluddin. 2. LATAR MASA - Zaman pemerintahan British. 3. LATAR MASYARAKAT - Tolong menolong - Bertimbang rasa - Anggota tentera PLOT Cerita dalam bab ini bermula dengan mengisahkan Jamaluddin menjaga kesihatannya untuk layak dalam temuduga kali kedua. Atas daya usahanya yang gigih akhirnya Jamaluddin diterima menjalani latihan ketenteraan di Port Dickson. Ibunya Jamaayah bersedih tetapi terpaksa akur dan merestui pilihan anaknya. Semasa mengikuti latihan ketenteraan Jamaluddin gigih dan cekal dan digelar Budak Merah. Jamaluddin juga seorang yang disukai oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang peramah dan mudah mesra. NILAI DAN PENGAJARAN

1. Menjaga kesihatan - Kita mesti menjaga kesihatan diri supaya kuat bekerja. 2. Tekun - Kita hendaklah tekun dan tabah menghadapi apa-apa jua keadaan kerana adahikmah di sebaliknya. 3. Kerajinan - Untuk mencapai cita-cita kita hendaklah tekun berusaha. 4. Peramah - Kita hendaklah peramah supaya anggota masyarakat menyukai kita. 5. Berbudi bahasa Kita hendaklah berbudi bahasa terutama kepada orang yang lebih tua daripada kita. BAB 5 : BERTUGAS DALAM KOMPENI C SINOPSIS Jamaluddin menjalani latihan rekrut di Port Dickson selama enam bulan dan selepas itu dia ditempatkan dalam Kor Askar Melayu, Batalion Pertama Askar Melayu. Dia bertugas dalam Kompeni C di bawah pimpinan Leftenan Adnan bin Saidi iaitu seorang perwira negara. Perajurit Jamaluddin belajar taktik-taktik di hutan dan latihan perang dalam batalion tersebut dan akhirnya batalion tersebut menjalani latihan di Mawai, Johor. Selesai latihan Jamaluddin bersama-sama rakannya dihantar bertugas di Singapura dan tugas-tugasnya ditetapkan oleh Pegawai Memerintah. Kompeni C ditugaskan mengawasi pantai Singapura dan menghalang kemaraan musuh utama Tanah Melayu dan Singapura ketika itu iaitu tentera Jepun. Serangan Jepun kali pertama adalah pada Disember 1941 dan serangan tersebut dilakukan dari utara. Kompeni C ketika itu ditempatkan di Jurong, Singapura. Pada Februari 1942, Kompeni C mendapat tahu bahawa tentera Jepun mula mendarat di pantai Singapura dan Askar Melayu bersama tentera British bertahan di Kampung Pasir Panjang. Leftenan Adnan menasihatkan orang-orangnya supaya bersiap sedia menghadapi musuh. Dalam serangan pertama itu, pasukan Askar Melayu tidak menghadapi sebarang kesulitan walaupun ada antara mereka terkorban dan cedera. Kompeni C ketika itu diketuai oleh Kapten H.R. Rix dan platun Jamaluddin diketuai oleh Leftenan Muda Abbas Abdul Manan dan ketua seksyennya pula ialah Koperal Mohd. Nor. Rakan karib Jamaluddin dalam kumpulannya ialah Perajurit Mohd. Zain dan Perajurit Ismail. Pada hari seterusnya pihak Jepun terus menyerang dengan menggunakan meriam dan kapal terbang. Tanggal 14 Februari 1942, serangan Jepun kian memuncak kerana Divisyen ke-18 Mutuguachi telah menyerang tetapi serangan tersebut dapat dipatahkan. Bagaimanapun, dua jam kemudian tentera Jepun mengulangi serangan dan Kompeni C mula tergugat. Leftenan Adenan sendiri mengalami kecederaan dan beliau terus memberi semangat kepada anggota-anggotanya supaya terus berjuang. Setiap kali serangan Jepun dilancarkan dan dipatahkan, tentera Jepun menambahkan jumlah tentera mereka untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Mereka terus menyerang dengan menggunakan meriam dan mortar dan risalah-risalah digugurkan supaya Askar Melayu menyerah kalah. Bagaimanapun, Askar Melayu tidak berbuat demikian sebaliknya terus berjuang. Kumpulan Jamaluddin berundur ke Bukit Chandu dan akhirnya kawasan itu ditawan oleh Jepun. Ramai anggota Askar Melayu terkorban di situ tetapi pasukan Askar Melayu yang lain berazam untuk membalas pengorbanan mereka dengan berjuang berhabis-habisan. Sembilan puluh empat tentera Jepun terkorban dalam serangan oleh Kompeni D di Bukit Chandu tidak lama selepas itu. Tentera-tentera Inggeris terpaksa menyerah kalah dan turut dijadikan tawanan perang. Askar-askar Melayu yang ditawan telah dihantar ke Ferrer Park dan dijadikan buruh paksa. Tiga bulan selepas itu, Batalion Askar Melayu dibubarkan. WATAK DAN PERWATAKAN JAMALUDDIN 1. Berani dan tekun. Jamaluddin tekun menjalani latihan semasa di Mawai, Johor. 2. Patuh dan bertanggungjawab. Walaupun hanya perajurit biasa, dia mematuhi segala arahan daripada ketua seksyennya. 3. Tidak mudah menyerah kalah. Sewaktu terlibat dalam pertempuran menentang pihak musuh, Jamaluddin dan rakan-rakannya bertempur dengan penuh semangat keperwiraan walaupun menghadapi tentangan yang hebat daripada pihak musuh.

4. Semangat setia kawan. Jamaluddin sentiasa bersama-sama dengan dua orang rakan karibnya iaitu Mohd. Zain dan Ismail. LEFTENAN ADNAN 1. Seorang yang berani dan tegas. Ketika menghadapi serangan daripada tentera musuh. 2. Tidak mudah menyerah kalah. Walaupun mengalami kecederaan, Leftenan Adnan tetap meneruskan perjuangan dan memberi semangat kepada anggota platunnya untuk terus berjuang. 3. Mempunyai semangat patriotik. Leftenan Adnan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. LEFTENAN MUDA ABBAS 1. Seorang yang berani. Berani menempuhi apa-apa jua cabaran ketika menentang pihak musuh. 2. Seorang ketua yang prihatin/bertanggungjawab. Membantu anggota platunnya yang cedera dan yang hampir jatuh ke dalam parit. LATAR 1. LATAR TEMPAT - Port Dickson - Jamaluddin menjalani latihan asas ketenteraan. - Mawai, Johor - Belajar taktik-taktik di hutan dan latihan perang. - Jurong, Singapura - Kompeni C ditugaskan untuk mengawal kawasan pantai. - Kampung Pasir Panjang - Pertempuran dengan askar Jepun bermula. - Bukit Chandu - Platun Kompeni C bertempur dengan tentera Jepun dan akhirnya mereka tewas. - Alexandra Brickworks - Pihak Jepun mengalami kekalahan setelah Kompeni D menyerang balas mereka. - Ferrer Park - Pusat tawanan perang. 2. LATAR MASA - enam bulan selepas tamat latihan di Port Dickson. - Disember 1941 tentera Jepun mula menyerang Tanah Melayu. - Februari 1942 tentera Jepun mula mendarat di pantai Singapura. - 14 Februari 1942, pukul 2 petang Divisyen ke-18 Mutuguachi telah memulakan serangan. - 15 Februari 1942 detik kekalahan tentera British dan tentera Berikat. 3. LATAR MASYARAKAT - Masyarakat yang cinta akan tanah air. Askar-askar Melayu sanggup berjuang berhabishabisan untuk mempertahankan tanah air. - Masyarakat yang setia kawan. Jamaluddin dan dua rakannya sentiasa bersama walau dalam apa-apa jua keadaan. - Masyarakat yang berani. Pasukan Askar Melayu sanggup menentang pihak musuh yang mempunyai kelengkapan yang lebih canggih. - Masyarakat yang mementingkan maruah/harga diri. Pasukan askar Melayu tidak sanggup menanggalkan pakaian seragam mereka. - Masyarakat yang tidak mudah berputus asa. Pasukan askar Melayu tetap meneruskan perjuangan walaupun mereka hampir tewas. NILAI 1. Patuh kepada arahan. Contohnya, Jamaluddin mematuhi segala arahan dan tugasan yang diserahkan kepadanya. 2. Kejujuran. Jamaluddin menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh kejujuran dan bersemangat waja. 3. Keberanian. Walaupun kebanyakan daripada mereka terdiri daripada perajurit baru, namun mereka sedikit pun tidak gentar berhadapan dengan musuh. 4. Kesyukuran. Pasukan askar Melayu berasa bersyukur kerana terselamat dalam serangan.

5. Tidak mudah menyerah kalah. Walaupun telah diberi amaran, namun pasukan askar Melayu tidak mengendahkan amaran tersebut untuk menyerah kalah. 6. Tidak mudah berputus asa. Kompeni D telah berjaya menawan semula Bukit Chandu. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah sentiasa bersedia menghadapi serangan musuh. Kompeni C bersedia menentang tentera Jepun apabila diperintahkan oleh Leftenan Adnan. 2. Kita hendaklah rela berkorban untuk mempertahankan kedaulatan negara. Askar Melayu sanggup melawan serangan tentera Jepun walaupun banyak tentera mereka terkorban. 3. Kita janganlah mudah menyerah kalah. Askar Melayu tidak mudah menyerah kalah walaupun tentera Jepun memberi amaran supaya mereka menyerah diri. 4. Kita hendaklah patuh/amanah. Jamaluddin mematuhi segala arahan daripada ketuanya. LATIHAN SUSULAN 1. Berapa lamakah Jamaluddin menjalani latihan rekrut di Port Dickson? 2. Tugas platun Askar Melayu di Singapura adalah untuk 3. Ketua Kompeni C Batalion Pertama Askar Melayu ialah

BAB 6 : DITANGKAP TENTERA JEPUN SINOPSIS Apabila British menyerah kalah, anggota Askar Melayu membawa diri masing-masing. Jamaluddin dan dua orang rakannya, Mohd. Zain dan Ismail membawa diri ke sebuah perkampungan Melayu di Bukit Timah, Singapura. Di kawasan tersebut, Jamaluddin dan rakan-rakannya berlindung di sebuah rumah yang telah ditinggalkan. Mereka mempercayai rumah itu kepunyaan orang Cina. Segala peralatan masih terdapat di dalam rumah itu termasuk pakaian. Mereka dapat makan kerana membawa sedikit bekalan beras dan untuk menampung hidup seterusnya mereka terpaksa keluar rumah untuk mencari makanan. Semasa Jamaluddin dan Ismail keluar mencari makanan mereka telah ditahan oleh tentera Jepun yang mengesyaki mereka adalah tentera tetapi mereka menafikan dan akhirnya dibebaskan. Jamaluddin dan Ismail ditangkap kali kedua ketika keluar mencari makanan kerana disangka orang Gurkha tetapi telah dibebaskan kemudiannya. Dalam perjalanan pulang ke rumah, Jamaluddin dan Ismail bertembung dengan beberapa orang askar Melayu, mereka mengajak askar berkenaan ke rumah mereka. Jamaluddin telah menyatakan hasrat untuk pulang ke kampung, rakan-rakannya telah memberikan Jamaluddin lima ringgit sebagai bekalan. WATAK DAN PERWATAKAN JAMALUDDIN 1. Bijak menangani situasi. 2. Berani. Jamaluddin keluar untuk mencari makanan walaupun menyedari risiko yang bakal ditempuhi. 3. Masih mengamalkan petua orang tua-tua. Ismail dan Mohd. Zain meminta Jamaluddin memberi petua untuk menghilangkan diri. 4. Prihatin. Mengajak askar Melayu yang ditemui ketika dalam perjalanan balik ke rumah mereka. MOHD. ZAIN 1. Rajin. Memasak nasi ketika Jamaluddin dan Ismail keluar mencari makanan. 2. Sabar. Sabar menunggu kepulangan kedua-dua rakannya. 3. Semangat setia kawan. Cemas menanti kepulangan Jamaluddin dan Ismail. ISMAIL 1. Berani. Keluar bersama Jamaluddin untuk mencari makanan. 2. Prihatin. Kasihan kepada Mohd. Zain yang belum makan kerana menunggu mereka pulang. LATAR 1. LATAR MASA DAN LATAR TEMPAT 1. Waktu petang Jamaluddin dan rakannya sampai di perkampungan Melayu Bukit Timah. 2. Malam, di rumah kosong mereka berbincang tentang cara untuk mencari makanan. 3. Pagi, di Pasir Panjang Jamaluddin dan Ismail ditangkap tentera Jepun ketika mencari makanan. 4. Petang Jamaluddin dan Ismail pulang ke rumah kosong dan makan bersama-sama. 5. Pagi, di Bukit Timah keluar mencari beras tetapi ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap oleh tentera Jepun. 2. LATAR MASYARAKAT 1. Masyarakat yang mengamalkan nilai setia kawan. Mohd. Zain sanggup menahan lapar untuk menunggu Jamaluddin dan Ismail pulang dan makan bersama. 2. Masyarakat yang bekerjasama. Jamaluddin dan rakan-rakannya bekerjasama mengharungi bahaya demi mendapatkan bekalan makanan. 3. Masyarakat yang tolong-menolong. Jamaluddin dan Ismail membantu tentera Melayu yang mereka temui ketika dalam perjalanan balik ke rumah kosong. 4. Masyarakat yang mempercayai amalan karut. Jamaluddin mengajar Ismail dan Mohd. Zain cara-cara untuk menyelamatkan diri ketika dalam kesulitan.

NILAI 1. Bekerjasama. Jamaluddin dan Ismail bersama-sama keluar rumah untuk mendapatkan bekalan makanan. 2. Semangat setia kawan. Mohd. Zain sanggup menahan lapar menunggu kepulangan Jamaluddin dan Ismail. 3. Tolong-menolong. Jamaluddin dan Ismail mengajak beberapa orang askar Melayu yang mereka temui balik bersama mereka. 4. Pemurah. Rakan-rakan Jamaluddin berkongsi mengeluarkan wang untuk membiayai kepulangan Jamaluddin. PENGAJARAN 1. Kita mestilah bijak menyesuaikan diri dalam apa-apa jua keadaan. 2. Kita hendaklah mengamalkan sikap bekerjasama dalam menangani setiap kesulitan. 3. Kita mestilah mengingati tempat kelahiran kita. 4. Kita hendaklah prihatin terhadap rakan-rakan yang ditimpa kesulitan. 5. Kita hendaklah sabar dalam menempuhi apa-apa keadaan.

BAB 7 : BALIK KAMPUNG SINOPSIS Jamaluddin selamat sampai ke kampungnya. Dia mempelajari bahasa Jepun untuk membolehkannya mendapat pekerjaan. Akhirnya, dia mendapat pekerjaan di sekolah Jepun. Kemudian dia bekerja di bahagian pertanian. Selama enam bulan Jamaluddin telah dihantar ke Sungai Labu, Negeri Sembilan setelah dia mempelajari cara-cara menanam padi dan mengerjakan sawah. Kemudian. dia ditugaskan menjaga beras dan padi di Sekinchan, Selangor. Pengawasan padi dan beras di kawasan Sekinchan sehingga ke Sungai Leman adalah sangat penting untuk kegunaan pihak kerajaan, iaitu pihak Jepun. Semasa bertugas di Sekinchan, Jamaluddin telah ditahan oleh pengganas komunis kerana mereka tersalah orang. Ketua pengganas menyangka bahawa dia ialah Daud dari Sabak Bernam, iaitu orang yang dikehendaki oleh pihak pengganas. Akhirnya, Jamaluddin dibebaskan. Sekali lagi Jamaluddin telah ditangkap oleh pengganas dan dibawa ke Sungai Manik kerana dia mengetahui bahawa pengganas komunis telah membunuh tali barut Jepun dan membuangnya ke dalam sungai. Di Sungai Manik, dia telah dibawa kepada ketua pengganas Melayu yang bernama Haji Amran dan Raja Mahmud yang memang dikenalinya. Sekali lagi dia dibebaskan dan dia kembali semula bertugas di Sekinchan menjaga kawasan padi dan gudang beras. WATAK DAN PERWATAKAN JAMALUDDIN 1. Seorang yang mempunyai inisiatif untuk memajukan diri sendiri. Dia belajar bahasa Jepun. 2. Seorang yang tidak mudah berputus asa. Dia mencari helah untuk melepaskan diri daripada tahanan pihak Jepun. 3. Seorang yang berani. Dia tidak takut berhadapan dengan ketua pengganas. 4. Seorang yang tegas. Dia menyoal siasat seorang lelaki Cina yang disyaki mencuri beras. 5. Seorang yang simpati. Dia berasa kasihan dengan lelaki Cina yang ditahannya. HAJI AMRAN DAN RAJA MAHMUD 1. Ketua pengganas berbangsa Melayu. LATAR 1. LATAR MASA 1. Waktu malam Jamaluddin membuat helah untuk melepaskan diri daripada tahanan Jepun. 2. Tempoh enam bulan Jamaluddin menjalani kursus menanam padi di Sungai Labu, Negeri Sembilan. 3. Pukul 7 malam sekumpulan pengganas komunis yang bersenjata datang ke rumah Jamaluddin. 2. LATAR TEMPAT 1. Stesen Kereta Api Tanjung Pagar Jamaluddin meminta kebenaran balik ke Kuala Lumpur. 2. Gudang kereta api tempat tahanan tentera Jepun dikurung. 3. Pejabat Persatuan Orang Melayu Jamaluddin mendapatkan pas dan cop Jepun untuk balik ke Tanah Melayu. 4. Kuala Lumpur Jamaluddin balik semula ke Kuala Lumpur. 5. Sungai Labu tempat Jamaluddin menjalani kursus selama enam bulan. 6. Sekinchan gudang beras tempat Jamaluddin bekerja. 7. Sungai Manik Jamaluddin dibawa berjumpa ketua pengganas komunis berbangsa Melayu. 3. LATAR MASYARAKAT 1. Masyarakat yang sentiasa mengingati Tuhan. Jamaluddin berdoa ketika ditimpa musibah.

2. Masyarakat yang zalim. Tentera Jepun telah membunuh kesemua tahanan yang ditempatkan di gudang. 3. Masyarakat yang bijak. Jamaluddin bijak mencari helah untuk melepaskan diri. 4. Masyarakat yang bersimpati. Jamaluddin bersedih mendengar berita pembunuhan tahanan secara beramai-ramai. NILAI 1. Bijak. Jamaluddin bijak mencari helah untuk melepaskan diri. 2. Berani. Jamaluddin sanggup menanggung risiko untuk melepaskan diri daripada tahanan Jepun. 3. Bersyukur. Jamaluddin bersyukur kepada Tuhan kerana selamat sampai ke Tanah Melayu. 4. Tabah. Jamaluddin tabah menghadapi pelbagai rintangan untuk pulang ke kampung halaman. 5. Amanah / bertanggungjawab. Jamaluddin menjaga kawasan padi dan gudang beras untuk mengelakkan sebarang kecurian. 6. Simpati / belas kasihan. Jamaluddin melepaskan lelaki Cina yang membawa beras terlalu banyak dengan alasan memberi makan isteri dan anaknya yang ramai. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah bijak mencari helah untuk menyelamatkan diri semasa dalam bahaya. 2. Kita hendaklah tidak mudah berputus asa dalam mencapai apa-apa yang kita ingini. 3. Kita hendaklah gigih berusaha untuk memperoleh pekerjaan. 4. Kita hendaklah bertolak ansur dalam menyelesaikan sesuatu masalah. 5. Kita hendaklah bercakap benar dan jujur dalam pergaulan seharian. 6. Kita hendaklah bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. 7. Kita hendaklah berani menanggung risiko. 8. Kita hendaklah bersyukur kepada Tuhan atas segala nikmat-Nya. LATIHAN SUSULAN 1.Jamaluddin ditahan oleh tentera Jepun semasa dalam perjalanan ke stesen kereta api. manakah Jamaluddin ditempatkan? A. Di stesen kereta api C. Di sebuah rumah kosong B. Di dalam kereta api kosong D Di gudang kereta api

Di

2.

Bagaimana caranya Jamaluddin dapat melepaskan diri daripada C. Menipu atau membuat helah D. Membuat rayuan

tahanan? A. Membunuh seorang tentera B. Mengamuk di tempat awam

3. Selepas pulang dari Singapura , di manakah Jamaluddin bercadang untuk tinggal? A. Di rumah abang saudaranya C. Di Kampung Baru B. Di Sekinchan D. Di kampung asalnya 4. Di manakah Jamaluddin berkursus mengenai pertanian? A. Di Labu, Negeri Sembilan C. Di Sekinchan B. Di Port Dickson D. Di Sepang 5. Di dalam bab ini, Jamaluddin dikatakan mempunyai perasaan belas kasihan. Siapakah yang dibebaskan oleh Jamaluddin walaupun orang itu membuat kesalahan? A. Seorang askar Jepun B. Seorang tentera British C. Seorang lelaki Cina D. Seorang pengganas komunis

BAB 8 : BERKHIDMAT SEMULA DALAM TENTERA SINOPSIS Peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki pada 6 dan 9 Ogos 1945, menyebabkan Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945. Tanah Melayu dan Singapura diperintah semula oleh British. Bekas anggota pasukan Askar Melayu mula melaporkan diri di tempat masing-masing untuk berkhidmat semula. Jamaluddin melaporkan diri di kem tentera di Kuala Lumpur, kemudian dihantar ke Seremban seterusnya ke Port Dickson menjalani latihan selama enam bulan. Rejimen Askar Melayu dihidupkan semula dengan perasmian dilakukan pada 1 Mac 1946 di padang kawat Pusat Latihan Rekrut Port Dickson. Jamaluddin ditukarkan ke Kompeni Markas dan bertugas sebagai penjaga stor catuan. Selepas itu, Perajurit Jamaluddin telah dilantik sebagai Lans Koperal. Jamaluddin pernah ditugaskan bersama-sama dengan Pasukan Rejimen Gurkha selama tiga bulan semasa operasi membanteras pengganas di Sungai Petani. Selepas itu, Jamaluddin dinaikkan ke pangkat Koperal dan diberi tanggungjawab sebagai Ketua Seksyen dalam Batalion Ketiga Askar Melayu. Dia menjadi tenaga pengajar kepada rekrut-rekrut baru tentang latihan kawat, latihan asas senjata dan latihan hutan di Port Dickson. Pada tahun 1949, Batalion Ketiga Askar Melayu berpindah ke Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan dan Koperal Jamaluddin telah ditugaskan sebagai Ketua Seksyen dalam Kompeni D. Antara tempat yang menjadi sasaran ialah Ladang Jago, kemudian membuat gerakan di Jeli dalam Platun 12 Kompeni. Operasi yang disertai Koperal Jamaluddin seterusnya di Kuala Bertam. Semasa perjalanan ke Kuala Bertam dan menuju Gua Musang, mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sehingga ke Kuala Betis dan berpatah balik ke Gua Musang dan bergerak ke Pulai. Dalam rondaan keselamatan di Pulai mereka menjumpai sebuah gua dan tujuh buah tempayan yang berisi tengkorak manusia. Mereka juga menjumpai kesan depoh yang telah ditinggalkan serta beberapa peralatan pengganas. PERSOALAN 1. Semangat patriotik - Bekas anggota Askar Melayu sanggup kembali menyertai pasukan Askar Melayu untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Mereka ditempatkan di barisan hadapan untuk menjejak musuh, melakukan rondaan dan berdepan dengan pelbagai ancaman. 2. Kegigihan - Kompeni D, Batalion Ketiga Askar Melayu gigih menjalani latihan berbulanbulan bagi mempertingkatkan kecekapan diri serta membuat operasi dalam usaha mempertahankan negara. 3. Ketabahan - Ketabahan ini dapat dibuktikan semasa Kompeni D berjalan berbatu-batu dari satu kawasan ke satu kawasan di hulu Kelantan semata-mata membuat rondaan demi tugas yang telah diamanahkan. WATAK DAN PERWATAKAN JAMALUDDIN 1. Seorang perajurit yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. 2. Jamaluddin telah dinaikkan pangkat sebagai lans koperal dan seterusnya dinaikkan pangkat sekali lagi sebagai koperal. LATAR 1. LATAR MASA 6 dan 9 Ogos 1945 bom digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki. 15 Ogos 1945 Jepun telah meletak senjata dan menyerah diri beramai-ramai kepada British. 1 Mac 1946 satu perbarisan ketenteraan diadakan di padang kawat pusat latihan rekrut di Port Dickson. 1 Julai 1948 Batalion Ketiga Askar Melayu yang berpangkalan di Pengkalan Chepa pula ditubuhkan. Jun 1948 pengisytiharan darurat telah dilakukan. 1949 Batalion Ketiga Askar Melayu dipindahkan ke Kota Bharu, Kelantan. 2. LATAR TEMPAT

Di Kuala Lumpur Jamaluddin melaporkan diri di kem tentera. Seremban Jamaluddin dihantar ke salah sebuah pasukan simpanan di Seremban. Port Dickson Jamaluddin dihantar untuk menjalani latihan semula. Sungai Petani Jamaluddin membuat gerakan bersama pasukan rejimen Gurkha. Kota Bharu, Kelantan Jamaluddin bertugas sebagai ketua seksyen Kompeni D. Gua Musang markas Kompeni B Batalion Ketiga Askar Melayu. Jeli Jamaluddin menjalani tugasnya sebagai koperal.

3. LATAR MASYARAKAT Masyarakat yang sentiasa bersemangat / bertanggungjawab. Jamaluddin sentiasa bertanggungjawab / menerima arahan ketika menjalani latihan semula di Port Dickson. Masyarakat yang mematuhi perintah / arahan ketua. Jamaluddin sanggup dihantar ke mana-mana pun untuk menjalani operasi. Masyarakat yang tidak mengenal erti penat lelah. Jamaluddin sentiasa berpindah dari satu tempat ke satu tempat sepanjang menjalani operasi ketenteraan. Masyarakat yang bersemangat patriotik. Jamaluddin dan rakan-rakannya sedia menabur bakti untuk mempertahankan negara. Masyarakat yang mementingkan kerja daripada urusan peribadi. Jamaluddin dan rakan-rakannya bekerja sehingga tidak ada masa terluang untuk bersama keluarga. NILAI 1. Kesetiaan - Sedia berkhidmat demi memajukan negara selepas Jepun menyerah kalah. 2. Bekerjasama - Batalion Askar Melayu bekerjasama dengan Pasukan Rejimen Gurkha membanteras musuh negara di Sungai Patani. 3. Bermusyawarah - Bermesyuarat sebelum melaksanakan sesuatu tindakan mahupun operasi yang hendak dijalankan. 4. Sanggup berkorban - Anggota Kompeni D, Batalion Askar Melayu sanggup mengorbankan nyawa, masa dan keluarga demi negara. 5. Ketabahan - Tabah menjalankan tugas di dalam hutan semasa membuat gerakan. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah taat setia kepada negara. 2. Kita hendaklah berhati-hati semasa menjalankan tugas. 3. Kita hendaklah mempertahankan negara daripada ancaman musuh / penjajah. 4. Kita hendaklah bekerjasama dalam menjalankan tugas untuk memastikan keamanan negara. 5. Kita hendaklah sepakat dalam melaksanakan tugas.

BAB 9: PONDOK BULUH SINOPSIS Ketika bertugas dalam Kompeni D yang diketuai oleh Kapten Raja Lope Nor Rashid Raja Abdul Rahman, anggota-anggota tentera terus menjalankan gerakan di Kelantan. Semasa gerakan dijalankan di Kuala Betis dan Ladang Jago, mereka menemui tempat perkhemahan pengganas yang baru ditinggalkan. Mereka memusnahkan tempat tersebut. Apabila mereka meneruskan perjalanan, salah seorang anggota Askar Melayu telah ditembak dan cedera. Setelah disiasat, mereka menemui sebuah pondok yang diperbuat daripada buluh. Mereka menembak pondok tersebut tetapi pelurunya tidak dapat menembusi pondok itu. Koperal Jamaluddin bertindak berani dengan naik ke pondok itu dan menembak enam orang pengganas yang berlindung di situ. Dua orang daripadanya terbunuh manakala empat orang lagi berjaya melepaskan diri. Selepas membuat gerakan di kawasan itu, mereka diarahkan pula ke Cameron Highland. Mereka menumpangkan Koperal Darus yang cedera di Kompeni A Batalion Pertama Askar Melayu di kawasan itu. Selepas Koperal Darus sembuh, mereka pulang semula ke Ladang Jago. Di situ mereka menemui kesan perkhemahan pengganas yang dikatakan ingin membuat serang hendap ke atas mereka. Bilangan pengganas agak ramai dan mereka bernasib baik kerana tidak ada apa-apa yang berlaku di situ. WATAK DAN PERWATAKAN KOPERAL JAMALUDDIN 1. Seorang yang berani. Jamaluddin sanggup memanjat pondok buluh walaupun tahu risiko yang bakal dihadapinya. 2. Seorang yang garang. Jamaluddin marah apabila mengetahui Koperal Darus terkena tembakan musuh. 3. Bijak bertindak. Jamaluddin mengambil keputusan untuk melihat lebih dekat pondok buluh setelah mendapati tembakan yang dibuat hanya sia-sia sahaja. KAPTEN RAJA LOPE NOR RASHID RAJA ABDUL RAHMAN 1. Seorang ketua yang bertanggungjawab dan mengetuai Kompeni D. SARJAN ABDUL HAMID 1. Seorang yang tidak suka bertindak terburu-buru. Beliau tidak mahu Jamaluddin mengambil keputusan terburu-buru untuk memanjat pondok buluh. 2. Seorang yang mengambil berat. Beliau berasa cemas sewaktu Jamaluddin ingin memanjat pondok buluh. LANS KOPERAL MAT RASUL 1. Seorang yang sedia menghulurkan pertolongan. Beliau membantu Jamaluddin yang tersangkut kakinya ketika memanjat pondok buluh. KOPERAL DARUS 1. Seorang yang berjiwa patriotik. Beliau tetap meneruskan perjuangan walaupun dia mengalami kecederaan. LATAR 1. LATAR MASA Siang pertempuran antara pasukan Askar Melayu dan pengganas komunis. 2. LATAR TEMPAT Kelantan Koperal Jamaluddin dihantar untuk menjalani tugasan. Kuala Betis dan Ladang Jago pasukan askar Melayu menjalani gerakan menghapuskan pengganas komunis. Pondok buluh tempat persembunyian beberapa orang pengganas komunis. Cameron Highland antara tempat persinggahan sewaktu menjalani operasi.

3.

LATAR MASYARAKAT Masyarakat yang sentiasa berwaspada / berjaga-jaga. Setelah mendapat maklumat, platun Koperal Jamaluddin bersama pasukannya menjalankan gerakan untuk menjejaki pengganas. Masyarakat petani. Semasa membuat gerakan Koperal Jamaluddin dan pasukannya menemui kawasan yang dipenuhi dengan pelbagai tanaman. Masyarakat yang berani / berpendirian tegas. Koperal Jamaluddin berani dan tetap bertegas memanjat pondok buluh. Masyarakat yang suka tolong-menolong / prihatin. Koperal Darus yang cedera mendapat bantuan daripada Kompeni A. NILAI

1. Berhati-hati - Sarjan Hamid mengarahkan Koperal Jamaluddin supaya berhati-hatiterhadap setiap tindakan yang dilakukan. 2. Keberanian - Tindakan Koperal Jamaluddin menaiki pondok buluh untuk menyerang pos pengganas. 3. Bekerjasama - Bantuan Lans Koperal Mat Rasul kepada Koperal Jamaluddin apabila kakinya tersangkut / Sikap bekerjasama anggota pasukan Askar Melayu dalam menentang pihak komunis. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah berhati-hati semasa menjalankan tugas. 2. Kita hendaklah berani menentang pengganas / musuh negara. 3. Kita hendaklah bekerjasama dalam melaksanakan tugas. 4. Kita hendaklah bijak mencari inisiatif untuk mematahkan serangan musuh. 5. Kita hendaklah gigih berusaha dalam mencapai matlamat. 6. Kita hendaklah sabar dalam mengharungi apa-apa jua rintangan. 7. Kita hendaklah berani mengambil risiko. 8. Kita hendaklah sentiasa bertanggungjawab ketika menjalankan tugas. LATIHAN SUSULAN 1. Siapakah seorang sarjan yang menonjol perwatakannya dalam bab ini? 2. Di manakah latar tempat peristiwa pondok buluh?

BAB 10 : MENGATUR GERAKAN SINOPSIS Satu taklimat diberikan oleh Pegawai Memerintah Batalion ketiga Askar Melayu kepada ketua-ketua kompeni untuk gerakan selanjutnya. Leftenan Hassan ditugaskan mengetuai Platun 12 untuk menghapuskan kumpulan pengganas di kawasan Sungai Semur, Hulu Kelantan. Leftenan Hassan menyambut cabaran itu dengan berani dan bersemangat. Selepas mendengar taklimat, Kompeni D merancang untuk bergerak bagi meninjau kedudukan musuh dan untuk melakukan satu tindakan yang berkesan. Koperal Jamaluddin turut serta dalam gerakan itu. Pada ketika itu, Kompeni D ditempatkan di Pulai iaitu sebuah lembah yang luas di Hulu Kelantan. Di sekeliling kawasan itu terdapat sawah padi yang diusahakan oleh kaum Cina. Ada juga penoreh getah dan pekebun sayur di kawasan itu. Pihak pasukan keselamatan mendirikan bangunan sementara di situ bersama-sama Kompeni D dan juga platun Polis Khas. Bangunan-bangunan yang dibina menggunakan daun nipah sebagai dinding dan daun payung sebagai atap. Penduduk di kawasan ini juga menjadikan daun payung sebagai sumber pendapatan. Kegiatan mencari daun payung giat dijalankan di kawasan hutan Sungai Semur. Pasukan keselamatan menemani pencari daun payung ke hutan demi keselamatan mereka. Pasukan keselamatan juga mengawasi gerak-geri pencari daun payung ini kalau-kalau ada antara mereka yang membocorkan rahsia mengenai pasukan keselamatan di kawasan itu. WATAK DAN PERWATAKAN LEFTENAN HASSAN - Seorang yang patuh kepada arahan ketua. Setelah mendapat arahan daripada Pegawai Memerintah, beliau terus mempersiapkan pasukannya. - Seorang yang bersemangat kental. Walaupun beliau tahu bahawa lokasi mereka ditugaskan mempunyai ramai pengganas namun beliau tidak berasa gentar. - Seorang yang teliti dalam tindakan. Selepas mendapat arahan daripada Pegawai Memerintah, beliau mengumpulkan pasukannya dan membuat taklimat sebelum mengatur strategi seterusnya. KOPERAL JAMALUDDIN - Patuh pada arahan. 26 ASKAR MELAYU DAN SEORANG POLIS KHAS - Baru tamat menjalani latihan dan tiada pengalaman bertempur dengan musuh. PEGAWAI MEMERINTAH - Seorang yang tegas dan teliti dalam tugas. - Seorang yang menepati masa. LATAR

1. Latar tempat - Hulu Kelantan, kawasan Sungai Semur, Pulai. 2. Latar masa - Zaman pemerintahan British. 3. Latar masyarakat - Masyarakat komunis.NILAI Masyarakat yang bekerjasama dalam menjalankan tugas. Masyarakat yang patuh / taat akan perintah ketua. Masyarakat yang berani. Masyarakat yang teliti dan tegas dalam menjalankan tugas. Masyarakat petani yang menjalankan kegiatan menoreh getah dan berkebun sayur.

1. Patuh kepada arahan - Leftenan Hassan mematuhi segala perintah dan menjalankan tugas dengan penuh ikhlas. 2. Bekerjasama Sikap bekerjasama dalam memberi pendapat bagi beberapa aspek logistik, bantuan dan menyediakan catuan, alat kelengkapan, peluru, keperluan logistik dan sebagainya untuk operasi. 3. Berani Leftenan Hassan berani menerima tugasan menjejaki pengganas komunis. 4. Berhati-hati sebagai langkah berhati-hati, beberapa orang pegawai keselamatan ditugaskan mengawasi pencari daun payung. 5. Bijak Leftenan Hassan merupakan seorang ketua yang bijak mengatur strategi peperangan. PENGAJARAN 1. Kita perlu cinta kepada negara supaya negara tidak mudah dijajah oleh musuh. 2. Kita perlu bekerjasama supaya sesuatu kerja mudah dilakukan atau diselesaikan. 3. Kita perlu taat kepada pemimpin kerana pemimpin menerajui negara. 4. Kita hendaklah berani menghadapi apa-apa juga halangan dan rintangan untuk mencapai segala kejayaan dan impian. 5. Kita hendaklah menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya / penuh dedikasi. 6. Kita hendaklah sentiasa menyediakan kelengkapan yang diperlukan sebelum menjalankan tugas. 7. Kita hendaklah patuh kepada arahan ketua. 8. Kita hendaklah prihatin kepada keselamatan orang lain. Latihan susulan 1. Siapakah ketua platun 12 yang ditugaskan membuat gerakan di Sungai Semur? 2. Berapakah jumlah anggota pasukan keselamatan yang terlibat dalam gerakan di Sungai Semur?

BAB 11: MENYIASAT KHEMAH KOMUNIS SINOPSIS BULAN APRIL semasa berada di kawasan Sungai Semur, Leftenan Hassan bersama-sama dengan anggota pasukannya keluar meronda seperti biasa. Dalam rondaan ini, satu kumpulan seramai lapan orang askar yang diketuai oleh Koperal Jamaluddin telah membuat siasatan di seberang sungai. Mereka berjaya menyeberangi Sungai Semur yang ketika itu airnya dalam serta alirannya deras dengan menggunakan tali. Mereka berjaya menyeberangi sungai tersebut. Di seberang sungai tersebut, mereka telah menemui khemah komunis yang terletak berhampiran dengan lereng bukit. Koperal Jamaluddin telah mengarahkan khemah itu diserbu. Mereka mendapati khemah itu baru sahaja ditinggalkan oleh pengganas kerana nasi yang ditinggalkan masih panas, kawah masih berasap dan ikan-ikan yang sudah siap digoreng telah ditemui. Koperal Jamaluddin telah membuat laporan kepada Leftenan Hassan sebaik sahaja sampai di tempat Leftenan Hassan. Platun pimpinan Leftenan Hassan kemudian bergerak di Kuala Betis dan ke Gunung Ayam. Mereka telah bermalam di sana. Semasa berada di sana, tidak ada perkara buruk yang berlaku. WATAK DAN PERWATAKAN LEFTENAN HASSAN - Seorang ketua yang bertanggungjawab ke atas keselamatan anggotanya - Tegas dan cekap dalam menjalankan penyiasatan KOPERAL JAMALUDDIN - Sentiasa berwaspada dengan tipu muslihat musuh - Mempraktikkan segala ilmu dan pengalamannya dalam menjalankan tugas PERAJURIT SALLEH - Sanggup menjalankan sebarang tugas walaupun mengancam nyawanya LATAR 1. Latar Tempat - Ladang Jago, Hutan Lembah Sungai Semur, Kuala Betis, Gunung Ayam (Kelantan). 2. Latar Masa - Zaman semasa Tanah Melayu menerima ancaman komunis. 3. Latar Masyarakat - pasukan keselamatan, askar-askar Melayu, orang-orang Cina. NILAI Semangat Patriotisme. Sikap ini ditunjukkan di dalam bab ini ketika Askar Melayu yang diketuai Leftenan Hassan serta dibantu oleh Koperal Jamaluddin memburu musuh negara di segenap penjuru belantara. 2. Ketabahan. Tabah menempuh segala cabaran serta mempertaruhkan nyawa dalam menjalankan tugas untuk keamanan negara. 3. Waspada / Berhati-hati. Koperal Jamaluddin menolak cadangan anggotanya memakan makanan yang ditinggalkan oleh pihak musuh. 4. Bekerjasama. Koperal Jamaluddin serta rakan-rakannya bekerjasama untuk menyeberangi Sungai Semur. 5. Berani. Perajurit Salleh menawarkan dirinya untuk menyeberangi sungai terlebih dahulu. 6. Gigih. Platun yang diketuai oleh Leftenan Hassan meneruskan gerakan menjejaki pengganas walaupun mereka baru sahaja selesai melaksanakan operasi. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah bekerjasama melaksanakan tugas. 2. Kita hendaklah berhati-hati semasa menjalankan tugas. 3. Kita haruslah bijak mengatur strategi dalam menangani setiap kesulitan. 4. Kita hendaklah patuh kepada arahan ketua.

1.

5. Kita hendaklah sentiasa bersedia menghadapi ancaman musuh. 6. Kita hendaklah mempunyai sikap patriotisme yang tinggi. 7. Kita hendaklah berani menanggung risiko ketika menjalankan tugas.

BAB 12 : PENCARI DAUN PAYUNG SINOPSIS LEFTENAN HASSAN dan kumpulannya mengambil keputusan pergi ke tempat pekerja yang mencari daun payung. Pekerja yang kesemuanya kaum Cina tidak suka dikawal oleh Pasukan Keselamatan. Mereka sengaja berpura-pura tidak pandai bercakap bahasa Melayu. Oleh itu, sukar bagi pihak Pasukan Keselamatan mendapatkan maklumat mengenai kegiatan komunis. Leftenan Hassan mengambil keputusan melalui denai di tepi Sungai Semur untuk balik ke Pulai biarpun beberapa orang anggota yang lain termasuk Koperal Jamaluddin lebih suka melalui Kuala Betis. WATAK DAN PERWATAKAN LEFTENAN HASSAN - Seorang ketua yang bertanggungjawab. - Seorang yang teliti dan berwaspada dalam membuat sebarang keputusan. - Seorang yang mementingkan masa mengarahkan pencari daun payung mempercepat pekerjaan mereka. - Seorang yang cepat marah marah apabila pencari daun payung memberikan alasan bahawa kerja mereka tidak dapat disiapkan dengan segera. KOPERAL JAMALUDDIN - Seorang yang patuh kepada arahan beliau tidak membantah keputusan Leftenan Hassan. - Seorang yang teliti inginkan kepastian dalam setiap tindakan yang diambil. - Seorang yang berwaspada beliau menyarankan agar platun tidak melalui jalan yang sama untuk kembali ke Pulai. SARJAN WAN YAAKOB - Seorang yang patuh kepada arahan ketua patuh kepada arahan untuk mengawasi pencari daun payung. PERAJURIT LEBAI YASSIN - Seorang yang tidak banyak bercakap. - Seorang yang masih mengamalkan kepercayaan / petua-petua sebelum memulakan perjalanan. ANGGOTA POLIS KESELAMATAN DAN ASKAR MELAYU - Patuh dan sanggup menjalankan tugas yang telah diarahkan. PENCARI DAUN PAYUNG / ORANG CINA - Angkuh tidak menghargai bantuan daripada pegawai keselamatan. - Berdolak-dalik mereka sentiasa mengemukakan alasan dalam menjalankan tugas mereka. LATAR 1. Latar Tempat - Kuala Betis di tepi Sungai Semur dan Pulai 2. Latar Masa - Zaman pemerintahan British, zaman darurat 3. Latar Masyarakat

- Masyarakat Cina, komunis, anggota keselamatan dan anggota Askar Melayu NILAI

1. Patuh kepada ketua. Pasukan Askar Melayu patuh kepada arahan Leftenan Hassan. 2. Tolong-menolong. Pasukan Askar Melayu dan Polis Khas bekerjasama mengawasi pencaridaun payung. 3. Tegas. Leftenan Hassan tetap dengan keputusannya untuk menggunakan jalan yang pernah mereka lalui. 4. Mengambil berat. Leftenan Hassan memastikan keselamatan pencari daun payung. 5. Bermusyawarah. Leftenan Hassan dan anggota pasukannya berbincang untuk memutuskan jalan yang akan mereka lalui. PENGAJARAN 1. Kita perlu patuh akan arahan ketua atau pemimpin kerana mereka lebih berpengalaman. 2. Kita perlu tolong-menolong dan bekerjasama dalam apa-apa jua keadaan supaya sesuatu kerja dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan. 3. Kita hendaklah bijak membuat keputusan supaya tidak melakukan perbuatan yang sia-sia. 4. Kita hendaklah mengikis diri daripada sikap angkuh dan sombong. 5. Kita hendaklah sentiasa bercakap benar supaya tidak menimbulkan syak wasangka.

6.

Kita hendaklah mengamalkan sikap berdikari supaya tidak terlalu bergantung kepada orang lain.

LATIHAN SUSULAN Pada pendapat anda, mengapakah pencari daun payung tidak memberi kerjasama kepada Pasukan Keselamatan dan anggota Askar Melayu?

1. Jalan manakah yang dicadangkan oleh Koperal Jamaluddin untuk balik ke Pulai?

2. Kenapakah Jamaluddin dan anggota yang lain kurang bersetuju dengan jalan yang dicadangkan oleh Leftenan Hassan?

BAB 13 : SATU KEGANJILAN SINOPSIS BAB ini menceritakan operasi platun Askar Melayu yang diketuai oleh Leftenan Hassan menuju ke Pulai untuk menentang komunis. Leftenan Hassan dikatakan berkelakuan ganjil apabila mereka berehat di sebatang sungai. Beliau mengarahkan platunnya memasak sementara beliau sendiri pergi mandi. Hal ini menjadi keganjilan kerana pada kebiasaannya Leftenan Hassan akan mengarahkan platunnya mandi dan memasak sekiranya mereka berehat agak lama. Satu lagi keganjilan yang ditunjukkan oleh Leftenan Hassan apabila beliau meminta Jamaluddin mengetuai platunnya sementara dia mengambil alih tempatnya. Dalam perjalanan, mereka menjumpai sebatang sungai iaitu Sungai Nenggiri yang pernah dijadikan tempat tentera komunis membuat serang hendap terhadap tentera Jepun. Setelah sampai di Sungai Semur, mereka terpaksa berhati-hati kerana di sepanjang sungai dilaporkan terdapat tempat melatih kader-kader baru pengganas komunis. WATAK DAN PERWATAKAN LEFTENAN HASSAN - Mengetuai platun Askar Melayu. - Berkelakuan ganjil. - Prihatin terhadap anak-anak buahnya. - Berfikiran terbuka menerima cadangan daripada orang bawahan. KOPERAL JAMALUDDIN - Mengetuai seksyen Askar Melayu. - Mematuhi arahan ketua. - Berhati-hati dalam menjalankan tugas. - Peka / sensitif dengan perubahan sekeliling. ANGGOTA-ANGGOTA TENTERA ASKAR MELAYU - Patuh akan arahan ketua. - Sentiasa berhati-hati. - Tabah / cekal / gigih dalam menjalankan operasi. LATAR 1. Latar Tempat - Sungai Semur, Sungai Nenggiri 2. Latar Masa - zaman pemerintahan British 3. Latar Masyarakat - anggota-anggota Askar Melayu NILAI 1. Kesabaran. Contohnya, anggota Askar Melayu sabar ketika mengharungi denai dan lembah. 2. Patuh. Contohnya, Jamaluddin dan anggota Askar Melayu patuh akan arahan ketua. 3. Bertolak ansur. Contohnya, Koperal Jamaluddin bersedia mengawasi kawasan persekitaran ketika Leftenan Hassan mandi. 4. Keberanian. Contohnya, Leftenan Hassan dan anggotanya begitu berani semasa menjalankan tugas yang bahaya. PENGAJARAN

1. Kita mesti sabar ketika menghadapi sebarang kemungkinan.2. 3. 4. 5. 6. Kita mesti patuh akan arahan ketua dan pemimpin. Kita mesti bersiap sedia pada setiap masa. Kita hendaklah bersikap bertolak ansur semasa menjalankan tugas. Kita hendaklah sentiasa peka dengan perubahan sikap rakan setugas. Kita hendaklah sentiasa berwaspada ketika membuat rondaan di dalam hutan.

BAB 14 : KAWASAN SERANG HENDAP MUSUH SINOPSIS Semasa meninggalkan tempat pekerja-pekerja mencari daun payung, Leftenan Hassan berpesan kepada Sarjan Wan Yaakob supaya mendapatkan maklumat untuk membantu gerakan mereka. Leftenan Hassan dan orang-orangnya meneruskan perjalanan ke Pulai untuk mengambil catuan, maklumat tambahan serta arahan seterusnya daripada ketua kompeni mereka. Tiba-tiba, kedengaran seperti bunyi orang tidak jauh dari mereka. Lans Koperal Mahmud pergi menyiasat. Leftenan Hassan meminta agar mereka berhati-hati dan bersedia kerana mereka berada dalam kawasan musuh. Sebenarnya pada masa itu, pihak musuh sedang memerhati gerak-geri mereka. Kira-kira 100 orang daripada pihak musuh telah berkawal rapi, lengkap dengan senjata masing-masing iaitu di sebelah kanan gaung dan di sebelah kiri empat pucuk machine-gun serta senjata automatik telah ditempatkan. Kira-kira 500 biji mata komunis sedang memerhati anggota platun yang diketuai oleh Leftenan Hassan yang hanya seramai 26 orang itu. WATAK DAN PERWATAKAN KOPERAL JAMALUDDIN 1. Seorang yang berhati-hati berpesan kepada Lans Koperal Mohamad supaya tidak mengikut lorong yang dikhuatiri terdapat jerangkap samar. 2. Seorang yang mengambil berat menasihati supaya Lans Koperal Mohamad dan Perajurit Abd. Wahab supaya berhati-hati. LEFTENAN HASSAN 1. Seorang ketua yang degil tetap teguh dengan pendiriannya. 2. Seorang ketua yang bertanggungjawab mengingatkan anggota platunnya agar sentiasa bersiap sedia. LANS KOPERAL MOHAMAD 1. Seorang yang berani terdengar bunyi gerakan dan ingin menyiasat punca bunyi tersebut. Seorang yang patuh kepada arahan ketua. PERAJURIT ABDUL WAHAB 1. Peka dengan keadaan sekitar dia berasakan bahawa bunyi yang didengarnya datang daripada pihak musuh. 2. Semangat setia kawan dia mengikut Lans Koperal Mohamad untuk membuat tinjauan. LATAR 1. Latar masa - waktu siang pasukan Askar Melayu memasuki kawasan serang hendap musuh. 2. Latar tempat - Sungai Semur kawasan yang disyaki menjadi tempat persembunyian pengganas komunis. 3. Latar masyarakat - Masyarakat yang berani Lans Koperal Mohamad dan Perajurit Abd. Wahab dengan rela hati menyiasat bunyi yang mereka dengar. - Masyarakat yang berhati-hati dan berwaspada Koperal Jamaluddin mengingatkan Lans Koperal Mohamad dan Perajurit Abd. Wahab agar berhati-hati dengan jerangkap samar yang mungkin terdapat di situ. - Masyarakat yang berpengetahuan Koperal Jamaluddin tahu akan selok-belok kawasan dalam hutan. - Masyarakat yang berkeyakinan Leftenan Hassan yakin bahawa kedudukan mereka masih selamat daripada ancaman musuh.

NILAI

1. Berhati-hati. Leftenan Hassan mengarahkan orang-orangnya agar berhati-hati kerana merekaberada di dalam kawasan musuh. 2. Bekerjasama. Sikap anggota keselamatan itu bekerjasama untuk menentang pihak komunis. 3. Keberanian. Leftenan Hassan dan orang-orangnya begitu berani menjalankan tugas yang bahaya itu. 4. Semangat patriotik. Leftenan Hassan dan orang-orangnya mempunyai semangat juang yang tinggi. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah berhati-hati dalam perjalanan untuk mengelak daripada serangan musuh. 2. Kita hendaklah peka terhadap kehadiran atau serangan musuh. 3. Kita hendaklah mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman musuh. 4. Kita hendaklah bersiap sedia pada setiap masa.

BAB 15 : LEFTENAN HASSAN TERKORBAN SINOPSIS Pasukan komunis mendapat maklumat bahawa pasukan keselamatan akan melalui kawasan itu. Mereka menanti kedatangan pasukan keselamatan, lalu menyerang hendap dan berlakulah kejadian berbalas-balas tembakan. Kumpulan pengganas telah dilatih dengan pelbagai taktik peperangan walaupun kelihatan tidak teratur. Mereka bersorak dari atas bukit kerana menyangka akan mencapai kemenangan seratus peratus. Dalam pada itu, Leftenan Hassan telah meminta anggotanya bertenang dan berhati-hati dengan tidak menembak membabi buta kerana bimbang kehabisan peluru. Dalam kejadian berbalas tembakan itu, sebutir peluru sesat mengenai kepala Leftenan Hassan. Biarpun tubuhnya lemah, tetapi dia berjaya menembak seorang pengganas komunis. Sebelum meninggal dunia, Leftenan Hassan berpesan kepada Koperal Jamaluddin supaya mengambil alih peranannya memimpin platun. Dia terus memberi kata-kata semangat. Walaupun Leftenan Hassan gugur, tetapi anggota pasukan keselamatan tidak patah semangat untuk terus berjuang. WATAK DAN PERWATAKAN KOPERAL JAMALUDDIN 1. Seorang yang patuh kepada arahan apabila Leftenan Hassan terkorban, beliau telah mengambil alih tugas mengetuai kompeni D. 2. Seorang yang prihatin beliau berada di samping Leftenan Hassan yang tercedera. 3. Seorang yang sentiasa bersedia memikul tanggungjawab setelah kematian Leftenan Hassan beliau mengambil tugas sebagai ketua. 4. Seorang yang bersikap penyayang beliau menangis setelah Leftenan Hassan menghembuskan nafas yang terakhir. LEFTENAN HASSAN 1. Seorang ketua yang berani dan bersemangat waja walaupun cedera, Leftenan Hassan tetap bersemangat meneruskan perjuangan. 2. Seorang yang bersemangat patriotik Leftenan Hassan yang telah cedera masih mampu untuk menewaskan seorang musuh. 3. Seorang yang berwaspada dan bijak beliau mengingatkan anggota pasukannya agar menjimatkan peluru yang mereka ada. ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN 1. Patuh kepada arahan ketua apabila Koperal Jamaluddin mengambil alih tugas Leftenan Hassan, anggota pasukannya tetap patuh pada arahan. 2. Berani dan bersemangat waja walaupun berada pada kedudukan yang bahaya namun anggota Kompeni D tetap mampu untuk membalas serangan musuh. ANGGOTA KOMUNIS 1. Bijak mengatur strategi peperangan mereka menunggu pasukan keselamatan memasuki kawasan yang strategik sebelum melancarkan serangan hendap. LATAR 1. Latar masa - serangan berlaku pada waktu siang - berlaku pada zaman pemerintahan British. 2. Latar tempat - Sungai Semur 3. Latar masyarakat

-

Masyarakat yang terdiri daripada anggota tentera dan pengganas. Masyarakat yang bersemangat patriotik. Masyarakat yang berani dan bersemangat waja. Masyarakat yang tidak mudah berputus asa. Masyarakat yang prihatin / sedia menghulurkan pertolongan. Masyarakat yang mempunyai semangat setia kawan yang tinggi.

NILAI

1. 2.3. 4. 5. 6. 7.

Berhati-hati pasukan Askar Melayu mencari tempat perlindungan untuk mengelak serangan musuh. Semangat patriotik pasukan Askar Melayu sanggup meneruskan perjuangan walaupun mereka mendapat tentangan yang cukup hebat daripada pihak musuh. Semangat setia kawan walaupun Leftenan Hassan mengalami kecederaan, beliau tetap dapat menembak seorang musuh yang cuba menembak Koperal Jamaluddin. Semangat waja Leftenan Hassan tetap berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun mengalami kecederaan parah. Berjimat cermat Leftenan Hassan menasihati anggota pasukannya supaya tidak menembak membabi buta agar tidak kehabisan peluru. Berani pasukan Askar Melayu berani menentang pengganas komunis walaupun jumlah mereka lebih kecil. Penyayang Koperal Jamaluddin menangis setelah Leftenan Hassan meninggal dunia.

PENGAJARAN 1. Kita hendaklah berhati-hati semasa berhadapan dengan pihak musuh. 2. Kita hendaklah tabah / gigih / tidak mudah berputus asa meneruskan perjuangan untuk mempertahankan kedaulatan negara. 3. Kita haruslah patuh / taat akan perintah / arahan ketua. 4. Kita haruslah memupuk semangat setia kawan / tidak mementingkan diri sendiri dalam diri setiap individu. 5. Kita hendaklah bijak merancang strategi ketika berhadapan dengan musuh.

BAB 16 : PERTEMPURAN SINOPSIS Pertempuran berterusan antara kedua-dua belah pihak. Ketika itu, Koperal Jamaluddin dihujani peluru daripada senjata automatik. Namun, dia bernasib baik kerana segera merebahkan dirinya di sebalik rumpun buluh. Koperal Jamaluddin tetap mengarahkan anggotanya supaya meneruskan perjuangan dan menembak pada sasaran yang betul supaya tidak kehabisan peluru. Pada ketika yang lain pula, musuh mencampakkan sebutir bom tangan ke arah mereka. Namun, Allah masih melindungi mereka. Di pihak musuh ramai juga yang terkorban. WATAK DAN PERWATAKAN KOPERAL JAMALUDDIN - Seorang yang tidak mudah berputus asa tetap meneruskan perjuangan walaupun ramai rakannya telah terkorban. - Seorang yang amanah Koperal Jamaluddin memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh Leftenan Hassan untuk menggantikannya sebagai ketua. PERAJURIT WAHAB - Seorang yang setia kepada ketua tetap meneruskan perjuangan walaupun Leftenan Hassan telah terkorban. - Seorang yang bersemangat waja tidak gentar walaupun ramai rakan-rakannya telah terkorban. LANS KOPERAL MOHAMAD - Seorang yang patuh pada arahan ketua membawa seksyennya ke selatan setelah diarahkan oleh Koperal Jamaluddin. ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN - Berani walaupun jumlah mereka sedikit dan ramai yang telah terkorban tetapi mereka tetap berani meneruskan perjuangan. - Patuh anggota seksyen Lans Koperal Mohamad akur apabila diperintahkan untuk ke selatan. LATAR 1. Latar masa - Siang anggota pengganas. 2. 3. Latar tempat - Sungai Semur Latar masyarakat - Masyarakat yang bersemangat waja Perajurit Abd. Wahab berjanji akan menuntut bela atas kematian Leftenan Hassan. - Masyarakat yang mempunyai sifat tolong-menolong / setia kawan Koperal Jamaluddin dan orang bawahannya sentiasa tolong-menolong / bantu-membantu dalam menghadapi serangan musuh. - Masyarakat yang bijak mengatur strategi Koperal Jamaluddin memerhati kawasan sekeliling untuk merancang strategi bagi melemahkan / mematahkan serangan musuh. - Masyarakat yang gigih / tabah dalam menghadapi serangan musuh semangat Koperal Jamaluddin terus berkobar-kobar / membara apabila melihat tembakannya mengenai sasaran. - Masyarakat yang prihatin Perajurit Abd. Wahab berasa simpati atas kematian Leftenan Hassan. - Masyarakat yang berani walaupun diserang bertubi-tubi Koperal Jamaluddin dan anggotanya tetap bertahan dan tidak menyerah kalah / berundur.

pasukan

keselamatan

meneruskan

pertempuran

dengan

NILAI

1. Tabah / gigih Pasukan Askar Melayu tetap tabah meneruskan perjuangan walaupunketua mereka telah terkorban.

2. Setia Perajurit Abd. Wahab setia untuk bersama-sama Koperal Jamaluddin menyerangpengganas komunis. 3. Semangat patriotik semangat anggota pasukan keselamatan semakin membara untuk menewaskan musuh apabila melihat beberapa orang rakan mereka terkorban. 4. Kerjasama kesemua anggota pasukan keselamatan bekerjasama dalam menentang musuh. 5. Semangat setia kawan Koperal Jamaluddin meneruskan perjuangan untuk menuntut bela kematian Leftenan Hassan. PENGAJARAN 1. Kita mestilah sentiasa bersiap sedia / bersatu padu dalam apa-apa jua keadaan / situasi. 2. Kita hendaklah sentiasa berusaha menangani masalah. 3. Kita mestilah mengamalkan sikap berjimat cermat walaupun dalam apa-apa jua keadaan. 4. Kita mestilah mengambil berat / prihatin terhadap orang bawahan kita.

BAB 17 : HUJAN PELURU SINOPSIS Selepas beberapa lama berlaku pertempuran, tiba-tiba suasana menjadi senyap seketika. Tiada kedengaran kedua-dua pihak melepaskan tembakan. Pada masa inilah, salah seorang pengganas menjerit kepada anggota-anggota platun supaya menyerah kalah. Mendengar arahan itu, Koperal Jamaluddin berasa marah dan membalas dengan memberitahu bahawa anggota keselamatan tidak akan menyerah diri. Selepas itu, berlakulah tembakan bertubi-tubi daripada kedua-dua pihak dan selepas itu berhenti. Apabila pengganas tidak lagi mendengar tembakan daripada pihak Askar Melayu, mereka menyangkakan semua anggota platun telah terbunuh. Dua belas orang pengganas turun dari tempat pertahanan mereka untuk mengambil senjata dan peluru serta uniform anggota platun yang disangkakan telah mati. Apabila melihat keadaan itu, anggota platun telah melepaskan tembakan. Pengganas-pengganas tergamam dengan tindakan pantas tersebut dan ramai yang terbunuh. Pihak musuh yang meradang telah melepaskan tembakan ke arah rumpun buluh dan tembakan bertubi-tubi itu menyebabkan Perajurit Rashid dan Koperal Yaakob tercedera. Pengganas sekali lagi menyeru agar Askar Melayu menyerah diri. Namun, askar Melayu tetap bertahan. Koperal Jamaluddin berasa geram dengan sikap pengganas komunis itu dan dia berjaya menembak mati tiga orang pengganas yang cuba datang ke arahnya. Pada suatu ketika, senjata Koperal Jamaluddin kehabisan peluru tetapi dia bertindak pantas dengan mendapatkan senjata daripada rakan-rakannya yang terkorban dan cedera. Dia menasihatkan anggota platunnya agar menjimatkan peluru. Sekali lagi Koperal Jamaluddin mengarahkan anggota platun menghentikan tembakan. Pengganas komunis menyangka mereka telah dapat menewaskan pasukan keselamatan. Mereka bersorak gembira kerana menyangka mereka sudah menang. Ada yang turun dari atas bukit dan menuju ke arah anggota tentera yang rebah bergelimpangan. Pada masa inilah Koperal Jamaluddin mengarahkan anggotanya menembak ke arah musuh. Mereka berlari tidak tentu hala dan ada antara rakan mereka yang terkorban. Koperal Jamaluddin sendiri tercedera di tangan kirinya. Serpihan peluru hampir mengenai dadanya tetapi tidak mencederakan tubuhnya. Dia melontarkan sebutir bom tangan ke arah musuh. Tiga orang musuh terkorban terkena bom tersebut. Pertempuran telah berlaku selama tiga jam sehinggakan pihak musuh kagum dengan kebolehan anggota-anggota keselamatan berkenaan. Dalam suasana yang semakin tegang, sebutir bom tangan tersangkut di atas beg yang dipikul oleh Koperal Jamaluddin. Bom itu jatuh di depannya dan tangannya tercedera terkena serpihan bom berkenaan. WATAK DAN PERWATAKAN KOPERAL JAMALUDDIN - Seorang ketua yang berkaliber. - Bijak mengatur strategi. - Berani cuba menyelamatkan diri daripada ancaman bom pihak musuh. - Prihatin ingin membalut luka Perajurit Rashid semasa dia terkena tembakan. - Gigih - mencari inisiatif lain semasa kehabisan peluru. PERAJURIT RASHID - Seorang yang berdikari tidak mahu Koperal Jamaluddin membalut lukanya dengan alasan dia boleh membalutnya sendiri. - Tidak mementingkan diri sendiri menyuruh Koperal Jamaluddin memberi perhatian terhadap serangan pihak musuh daripada membalut lukanya. ANGGOTA ASKAR MELAYU - Bersemangat waja / patriotik membalas tembakan pihak komunis / tidak mudah mengaku kalah. - Patuh pada arahan ketua mengikut arahan Koperal Jamaluddin untuk menghentikan tembakan sementara waktu. - Berani tidak gentar dengan ancaman pihak musuh. - Bekerjasama dalam menghadapi pihak musuh.

PENGGANAS KOMUNIS - Berani mencabar Askar Melayu supaya menyerah diri. - Mudah tertipu terpedaya dengan tipu helah pasukan Askar Melayu. - Angkuh / sombong / memandang rendah terhadap keupayaan Askar Melayu. - Tidak pandai mengatur strategi. LATAR 1. Latar masa - Waktu siang - Zaman pemerintahan British / zaman darurat 2. Latar tempat - Tebing Sungai Semur 3. Latar masyarakat - Masyarakat yang berani dan bersemangat kental. - Masyarakat yang mengamalkan semangat setia kawan. - Masyarakat yang berjimat cermat. - Masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri. - Masyarakat yang bijak mengatur strategi / berdepan dengan musuh. - Masyarakat yang berdikari / tidak mudah berputus asa. - Masyarakat yang sentiasa mematuhi arahan. NILAI MURNI 1. Keberanian - Koperal Jamaluddin dan anggota platunnya bertempur dengan komunis walaupun menyedari bilangan anggota pengganas yang ramai. 2. Semangat cinta akan negara - Askar-askar Melayu meneruskan perjuangan kerana semangat cinta akan tanah air yang begitu mendalam di jiwa mereka. 3. Bijak - Koperal Jamaluddin telah mengarahkan pasukannya berhenti menembak seketika supaya komunis menyangka mereka telah terkorban. 4. Kesyukuran Koperal Jamaluddin bersyukur kerana dia masih lagi selamat. 5. Tidak mudah berputus asa walaupun pasukan Askar Melayu menerima tekanan dan arahan agar menyerah kalah namun mereka tetap meneruskan perjuangan. 6. Semangat setia kawan Koperal Jamaluddin menawarkan diri untuk membalut luka Perajurit Rashid. PENGAJARAN 1. Kita mesti mempertahankan hak dan kedaulatan negara - Askar-askar Melayu berjuang bermati-matian untuk mempertahankan tanah air mereka daripada dicerobohi pengganas. 2. Kita perlu mempunyai semangat juang yang tinggi - Koperal Jamaluddin dan rakan-rakannya tetap berjuang walaupun menyedari bilangan pengganas komunis ramai dan mereka enggan menyerah kalah walaupun dalam keadaan terdesak. 3. Kita hendaklah bijak mengatur strategi untuk menewaskan pihak musuh. 4. Kita mestilah berhati-hati dan berwaspada dalam apa-apa jua keadaan. 5. Kita janganlah mudah terpengaruh / terpedaya dengan tipu helah musuh. 6. Kita mestilah bersabar dalam menghadapi situasi yang merumitkan. AKTIVITI SUSULAN 1. Nyatakan kebijaksanaan Koperal Jamaluddin dalam pertempuran tersebut. 2. Apa reaksi Koperal Jamaluddin ketika pengganas komunis menyuruh mereka menyerah diri? 3. Penggunaan istilah mati katak dalam bab ini adalah penggunaan unsur bahasa

BAB 18 : DITAWAN MUSUH SINOPSIS Perajurit Nordin Mat Isa yang melihat beberapa orang rakan-rakannya terkorban terkena tembakan berasa panik. Dia segera mencari perlindungan dengan terjun ke dalam sungai. Apabila dia timbul di permukaan sungai, tiba-tiba pihak musuh telah menghalakan muncung senapang ke arahnya. Perajurit Nordin telah ditawan oleh musuh. Dia dibawa ke perkhemahan pengganas. Sementara itu, tembak-menembak antara kedua-dua pihak terus berlaku. Perajurit Nordin telah dibawa berjumpa dengan ketua pengganas. Ketua pengganas itu melayannya dengan baik. Dia diberi makan nasi berlaukkan santan kelapa. Kemudian seorang lagi anggota pasukan keselamatan ditawan sewaktu hendak minum air di tebing sungai. Dia luka di bahagian perut. Pengganas cuba merawatnya tetapi tidak dapat diselamatkan. Sewaktu ditawan, Koperal Jamaluddin disuruh mengorek lubang dengan sebatang cangkul. Koperal Jamaluddin membayangkan bahawa dia akan ditanam hidup-hidup di dalam lubang itu dan dia berdoa kepada Tuhan agar dia dan rakan-rakannya selamat. Pasukan Polis Khas yang diketuai oleh Sarjan Wan Yaakob ingin menyiasat apabila menyedari berlaku pertempuran antara pasukan keselamatan negara dengan komunis. Mereka juga ingin memberi bantuan kepada Askar Melayu. Bagaimanapun, dalam perjalanan berlaku pertempuran antara mereka dengan pengganas komunis. Akhirnya Pasukan Khas ditawan hiduphidup oleh komunis yang ramai itu. Pasukan pengganas menganggap tempat itu sebagai sejarah bagi mereka kerana menjadi kubu dan kubur bagi rakan-rakan mereka yang terkorban. WATAK DAN PERWATAKAN KOPERAL JAMALUDDIN - Seorang yang tabah tetap bertahan dan meneruskan perjuangan. - Menjadi tawanan pihak komunis. - Bijak beliau tidak mengaku bahawa dirinya ketua. PERAJURIT NORDIN - Cepat panik dia panik apabila melihat Leftenan Hassan dan beberapa orang rakannya terkorban. - Bertindak terburu-buru terjun ke dalam parit hingga menyebabkan dirinya tertangkap oleh pengganas. - Bijak berbohong / tidak menceritakan perkara sebenar yang ditanya oleh pengganas. SARJAN WAN YAAKOB - Sedia menghulurkan bantuan mengarahkan pasukan kecil seramai tujuh orang untuk menyiasat. PENGGANAS KOMUNIS - Menghasut cuba mempengaruhi fikiran Askar Melayu supaya membenci kerajaan dan berjuang bersama mereka. LATAR 1. Latar masa - Zaman pemerintahan British / zaman darurat - Pukul 2:30 petang pertempuran telah berlaku selama empat jam - Pukul 3 pasukan polis khas bercadang memberi bantuan kepada Platun 12 Kompeni D. 2. Latar tempat - Pinggir Sungai Semur - Perkhemahan pengganas 3. Latar masyarakat - Masyarakat yang kuat menyimpan rahsia. - Masyarakat yang tidak mudah berputus asa / cekal / tabah. - Masyarakat yang bekerjasama / tolong-menolong. - Masyarakat yang cinta akan tanah air.

- Masyarakat yang mengingati kebesaran Tuhan. NILAI MURNI 1. Bijak menyimpan rahsia. Contoh : Perajurit Nordin berbohong apabila ketua pengganas cuba untuk mendapatkan maklumat daripadanya. 2. Mengingati Tuhan. Contoh : Koperal Jamaluddin berdoa kepada Tuhan supaya dia dan rakanrakannya selamat. 3. Tidak mudah menyerah kalah. Contoh : Koperal Jamaluddin dan rakan-rakannya enggan menyerah walaupun mengetahui mereka terdesak sehingga dia dikepung dan ditawan oleh komunis. 4. Prihatin. Contoh : Pihak pengganas membantu / memberi makanan kepada anggota keselamatan yang ditawan. 5. Semangat cinta akan tanah air. Contoh : Koperal Jamaluddin dan anggotanya bertempur berhabis-habisan menentang pihak pengganas sehingga tertawan. PENGAJARAN 1. Kita harus sentiasa mengingati Tuhan sama ada dalam keadaan susah atau senang. Koperal Jamaluddin sentiasa berdoa kepada Allah semoga dia dan rakan-rakannya yang ditawan komunis dilindungi Allah. 2. Kita hendaklah mengamalkan sikap amanah. 3. Kita hendaklah sabar / tabah / tidak terburu-buru apabila menghadapi masalah. 4. Kita hendaklah bijak mengatur strategi. 5. Kita hendaklah mempunyai semangat setia kawan. 6. Kita hendaklah bekerjasama menentang musuh / berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. 7. Kita hendaklah sentiasa berwaspada / berhati-hati semasa menjalankan tugas.

BAB 19 : TAWANAN DIBEBASKAN SINOPSIS Semua tawanan dikumpulkan oleh pengganas komunis termasuk anggota Polis Khas. Koperal Jamaluddin tidak dibunuh. Mereka hanya mampu berdoa supaya selamat. Akhirnya kesemua tawanan disuruh membuka pakaian. Koperal Jamaluddin ingin tahu tujuan pengganas berbuat demikian. Mereka menjelaskan bahawa pakaian itu adalah untuk kegunaan mereka dan kesemua tawanan akan dibebaskan. Pasukan keselamatan pun bersetuju membuka pakaian dan menyerahkan kepada pengganas. Kemudian anggota keselamatan dibebaskan tanpa dicederakan. Peristiwa yang terjadi di Sungai Semur itu menjadi sejarah bagi kedua-dua belah pihak. Pasukan keselamatan berjaya ditawan oleh pihak musuh dan 17 orang daripada mereka terkorban. Sementara itu, seramai 32 pengganas komunis terkorban dan mereka juga mengalami kerugian yang besar. Anggota pasukan keselamatan yang dibebaskan, meneruskan perjalanan untuk pulang ke Pulai. Perajurit Wahab dan Perajurit Rashid ditinggalkan di hutan kerana anggota keselamatan tidak berdaya membawa mereka yang cedera itu. Sementara itu, Koperal Jamaluddin dan anggota pasukan keselamatan yang lain sangat dahaga tetapi mereka tidak berani minum air sungai memandangkan air itu mungkin beracun. Dalam perjalanan ke Pulai, mereka melalui sebatang sungai. Tiga orang anggota keselamatan mati kerana minum air di sungai itu. Setelah sampai di Kem Pulai, Koperal Jamaluddin membuat laporan kepada Ketua Kompeni D tentang peristiwa yang berlaku. WATAK DAN PERWATAKAN KOPERAL JAMALUDDIN - Seorang yang penyabar menurut sahaja perintah pengganas semasa dalam tawanan. - Menerima pandangan orang lain semasa disuruh menanggalkan pakaian, beliau meminta pendapat orang bawahannya dahulu. - Bekerjasama membina rakit untuk pulang ke Pulai. - Seorang yang bertanggungjawab melaporkan setiap peristiwa yang telah berlaku sepanjang peperangan sehingga mereka dibebaskan. ANGGOTA POLIS KHAS - Bekerjasama dengan askar Melayu semasa dalam tahanan pengganas. - Tidak mementingkan diri sendiri turut bertempur dengan pengganas. PENGGANAS KOMUNIS - Tegas tetapi masih bertolak ansur walaupun menahan Askar Melayu dan Polis Khas tetapi mereka tetap diberi makanan dan rawatan. ASKAR MELAYU - Patuh kepada arahan ketua. PERAJURIT ABD. WAHAB DAN PERAJURIT RASHID - Bertimbang rasa rela ditinggalkan di dalam hutan kerana tidak mahu menyusahkan rakan-rakannya. LATAR 1. Latar masa - Pukul 5:30 petang semua tawanan dikumpulkan dan tidak jadi dibunuh - Malam hari diganggu oleh biawak sewaktu bermalam di tepi Sungai Semur 2. Latar tempat - Perkhemahan pengganas - Tepi Sungai Semur tempat mereka bermalam dan berehat - Kem Pulai Koperal Jamaluddin melaporkan kepada ketua Kompeni D tentang kejadian pertempuran di Sungai Semur.

3. Latar masyarakat - Masyarakat yang berani anggota pasukan keselamatan tidak takut sewaktu menjadi tawanan pengganas komunis. - Masyarakat yang bengis anggota pengganas digambarkan berwajah garang. - Masyarakat yang bersyukur anggota pasukan keselamatan bersyukur kerana mereka terselamat dan dibebaskan. - Masyarakat yang bersemangat kental walaupun anggota pasukan keselamatan keletihan, mereka tetap meneruskan perjalanan balik ke Pulai. NILAI MURNI 1. Keberanian. Koperal Jamaluddin berani bertanya kepada pengganas sebab mereka diarah menanggalkan uniform. 2. Kesyukuran. Anggota pasukan keselamatan bersyukur kerana mereka terselamat dan dibebaskan. 3. Kerjasama. Koperal Jamaluddin dan rakan-rakannya bekerjasama membina rakit untuk balik ke Pulai. 4. Sabar. Pasukan Askar Melayu bersabar sewaktu mereka ditengking dan diherdik oleh pengganas. 5. Berperikemanusiaan. Pengganas komunis telah memberi rawatan dan makanan kepada tawanan. PENGAJARAN 1. Kita mestilah bijak memanfaatkan peluang yang ada. 2. Kita mestilah patuh kepada arahan ketua. 3. Kita mestilah bermuafakat sebelum membuat sebarang keputusan. 4. Kita mestilah mengamalkan sikap perikemanusiaan / prihatin. 5. Kita mestilah bersedia menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan. SOALAN SUSULAN 1. Apakah bukti ketua pengganas mempunyai sikap belas kasihan? 2. Apakah yang terjadi kepada Pasukan Polis Khas? 3. Siapakah anggota keselamatan yang ditinggalkan di hutan dan mengapa?

BAB 20 : MELIHAT TEMPAT PERTEMPURAN SINOPSIS Setelah Koperal Jamaluddin membuat laporan kepada Ketua Kompeni D, Mejar Garnet, ketua kompeni itu berasa kagum dengan kebolehan pasukan keselamatan. Dia ingin melihat sendiri kawasan pertempuran itu di samping mengambil anggota-anggota pasukan keselamatan yang cedera dan masih berada di hutan. Selain platun Askar Melayu, Skuad Hutan dan pasukan polis turut serta ke tempat pertempuran itu. Apabila sampai di kawasan pertempuran, Mejar Garnet begitu terkejut dan tidak menyangka platunnya dapat bertahan di kawasan yang begitu terdedah. Dia tidak menyalahkan anggota platunnya kerana kedudukan pertahanan pasukan pengganas amat strategik dan dia berbangga dengan kegigihan yang ditunjukkan oleh pasukan keselamatan. Kemampuan pasukannya membunuh 32 orang pengganas turut membanggakan Mejar Garnet. Perajurit Rashid dan Perajurit Wahab yang ditinggalkan di hutan itu dibawa balik ke pangkalan dan diberi rawatan sehingga pulih. Esoknya, satu pasukan lain daripada Batalion Ketiga Askar Melayu pergi menyiasat kawasan pertempuran. Gerakan mengesan pihak musuh dilakukan di kawasan tersebut tetapi pasukan pengganas telah berpindah ke kawasan Iain. Bagaimanapun, seorang pengganas yang cedera dapat ditawan. Pengganas itu menceritakan dengan panjang lebar mengenai gerakan mereka termasuklah dari segi latihan, tujuan mereka membuat serangan dan pendapat ketua mereka mengenai pasukan keselamatan. Tujuan serangan tersebut adalah untuk menguji kemampuan anggota-anggota pasukan terutamanya bagi kader-kader baru. Ketua mereka juga berpendapat bahawa pasukan keselamatan mempunyai semangat juang yang tinggi terutamanya perjuangan yang ditunjukkan oleh Koperal Jamaluddin walaupun Leftenan Hassan sudah terkorban. WATAK DAN PERWATAKAN KOPERAL JAMALUDDIN - Seorang yang sanggup menerima arahan daripada ketua. - Seorang yang bertanggungjawab menunjukkan tempat pertempuran kepada ketua Kompeni D. - Komited terhadap tugas beliau dan rakan-rakannya yang baru berehat beberapa jam terpaksa berangkat ke tempat pertempuran berlaku. - Memiliki semangat kepahlawanan semangat kepahlawanan yang dimiliki oleh Koperal Jamaluddin dan anggota platunnya menjadi pengajaran kepada pengganas komunis. MEJAR GARNET - Seorang pegawai British yang mengetuai Batalion Askar Melayu. - Beliau berasa kagum dengan semangat juang anggota pasukannya apabila sampai ke tempat pertempuran. - Prihatin terhadap orang bawahan tidak menyalahkan anggota platunnya yang tewas dan ditawan oleh musuh. ANGGOTA KOMUNIS YANG DITAWAN - Menceritakan pergerakan kumpulan mereka yang diketuai oleh seorang ketua tertinggi komunis di utara Tanah Melayu. LATAR 1. Latar masa - Zaman pemerintahan British. - Waktu siang menjalankan siasatan di kawasan pertempuran. 2. Latar tempat - Kem Pulai tempat Perajurit Rashid dan Abd. Wahab diberi rawatan. - Di Sungai Semur tempat berlakunya pertempuran. 3. Latar masyarakat

-

Masyarakat yang patriotik Koperal Jamaluddin berjuang walaupun nyawanya diancam bahaya. Masyarakat yang berani Koperal Jamaluddin tidak gentar bertempur di samping memberi perangsang kepada rakan-rakannya. Masyarakat yang gigih ketua pengganas komunis kagum dengan kegigihan anggota Askar Melayu. Masyarakat yang tabah walaupun bilangan anggota Askar Melayu semakin berkurangan namun semangat dan ketabahan mereka tetap membanggakan.

NILAI 1. Bertanggungjawab. Mejar Garnet sanggup turun padang untuk melihat sendiri tempat berlakunya peristiwa serang hendap dan pertempuran itu. 2. Bertimbang rasa. Mejar Garnet tidak menyalahkan platun 12 kerana ditawan musuh setelah dia sendiri meninjau tempat pertempuran itu. 3. Prihatin. Perajurit Rashid dan perajurit Abd. Wahab dibawa balik ke pangkalan untuk mendapatkan rawatan. 4. Gigih / tidak mudah berputus asa. Gerakan mengesan pihak musuh diteruskan dan akhirnya mereka berjaya menawan salah seorang daripada anggota pengganas. 5. Bekerjasama. Platun-platun yang lain turut membantu menjejaki pengganas. 6. Patriotik. Semua pasukan mempunyai semangat patriotik yang tinggi untuk menjaga kedaulatan tanah air. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku. 2. Kita hendaklah gigih mempertahankan kedaulatan tanah air kita. 3. Kita hendaklah bekerjasama dalam menjalankan tugas. 4. Kita janganlah mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara. 5. Kita hendaklah sentiasa berfikiran positif. Mejar Garnet tidak menyalahkan anggotanya yang tewas kepada komunis. AKTIVITI SUSULAN 1. Nyatakan reaksi Ketua Kompeni D apabila melawat tempat pertempuran. 2. Nyatakan kesan perang seperti yang dinyatakan dalam bab ini. 3. Di manakah letaknya kubur pengganas-pengganas komunis yang telah terkorban?

BAB 21 : PERJUANGAN MASIH DITERUSKAN SINOPSIS Koperal Jamaluddin telah dinaikkan pangkat Sarjan beberapa bulan selepas peristiwa berdarah di Sungai Semur. Operasi yang mereka jalankan kali ini ialah di negeri Pahang, iaitu di Benta Daerah Kuala Lipis. Setelah tiga hari membuat gerakan di situ, mereka sampai di suatu tempat. Sarjan Jamaluddin telah mengarahkan Lans Koperal Jaafar mengetuai kumpulan kecil untuk membuat tinjauan dan mereka telah menemui sebuah perkhemahan musuh. Setelah mendapatkan maklumat tersebut, Mejar Seemin dan anggotanya telah memasuki kawasan musuh tanpa mereka sedari. Mereka tidak panik tetapi terpaksa bergerak secara senyap. Sarjan Jamaluddin ternampak seorang perempuan Melayu di dalam kawasan perkhemahan dan dua orang lelaki Melayu sedang membelah kayu api di luar kawasan perkhemahan pengganas komunis. Mereka dapati kira-kira 15 anggota komunis di khemah tersebut dan kebanyakannya berbangsa Melayu dan diketuai oleh Harun. Kemudian mereka ternampak beberapa orang pengganas lengkap dengan pakaian seragam pengganas dan bersenjata. Ketua Kompeni iaitu Mejar Seemin telah mengarahkan anggota pasukannya agar menembak musuh di hadapan mereka. Tembak-menembak antara mereka bermula. Ketua pengganas yang bernama Harun telah menghalakan muncung senjatanya ke arah Mejar Seemin, namun telah disedari oleh Sarjan Jamaluddin dan dengan ketangkasan beliau, Harun ditembak mati. Melihat ketua mereka terbunuh, anggota-anggota pengganas yang lain terus melarikan diri. Sarjan Jamaluddin dan anggotanya pernah diserang hendap oleh musuh ketika menjalankan operasi di sempadan Kelantan-Pahang. Ketika itu, mereka sedang dalam perjalanan menuju ke Gua Chadok. Ketika sedang berehat, Mejar Seemin telah mendapat arahan untuk balik semula ke Pulai. Dalam perjalanan, mereka telah diserang hendap oleh pengganas komunis dan mujurlah tiada berlaku sebarang kecederaan dan kematian dalam kalangan anggota mereka. WATAK DAN PERWATAKAN KOPERAL JAMALUDDIN - telah dinaikkan pangkat menjadi Sarjan. MEJAR SEEMIN - Ketua Kompeni. HARUN - Ketua anggota pengganas komunis yang berbangsa Melayu di daerah Kuala Lipis, Pahang. LATAR 1. Latar masa - Waktu siang pertempuran antara Askar Melayu dan komunis berlaku di sempadan Kelantan-Pahang. 2. Latar tempat - Benta, Kuala Lipis pasukan Askar platun Kompeni D membuat rondaan selama tiga hari. - Perkhemahan musuh peristiwa tembak-menembak antara Kompeni D dan pengganas yang diketuai oleh Harun. - Sempadan Kelantan-Pahang anggota platun Kompeni D menjalankan operasi mereka. 3. Latar masyarakat - Masyarakat yang patuh kepada ketua askar Melayu patuh kepada arahan Sarjan Jamaluddin. - Masyarakat yang sentiasa berwaspada / berhati-hati Sarjan Jamaluddin dan anggota bawahannya sentiasa berhati-hati semasa menjalankan tugas. - Masyarakat yang bekerjasama sentiasa bekerjasama dengan anggota bawahannya semasa menghadapi musuh. - Masyarakat yang bertanggungjawab / mengambil berat Mejar Seemin bertanggungjawab memastikan keselamatan anggota bawahannya sambil memerhati peta gerakannya. - Masyarakat yang bijak bijak mengatur strategi peperangan untuk menentang musuh.

-

Masyarakat yang masih percaya kepada amalan karut ketua pengganas khabarnya memiliki banyak ilmu pukau dan ghaib.

NILAI MURNI 1. Berani tidak takut dan panik semasa menjalankan tugas. 2. Taat - sentiasa mematuhi arahan pegawai atasan mereka. 3. Bekerjasama - sepakat dalam melakukan semua pekerjaan. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah sentiasa berhati-hati / teliti ketika menjalankan tugas. 2. Kita mestilah bertindak mengikut arahan. 3. Kita mestilah prihatin terhadap orang bawahan. 4. Kita mestilah sentiasa cepat bertindak dalam apa-apa jua keadaan. LATIHAN SUSULAN 1. Bilakah Koperal Jamaluddin dinaikkan pangkat? 2. Siapakah nama Ketua Kompeni Sarjan Jamaluddin? 3. Siapakah yang mengetuai pasukan pengganas komunis di kawasan Benta? 4. Di manakah Sarjan Jamaluddin dan anggotanya pernah diserang hendap? 5. Apakah yang berlaku semasa Mejar Seemin dan pasukannya dalam perjalanan pulang ke Pulai?

BAB 22 : PENGORBANAN DIHARGAI SINOPSIS Peristiwa Sungai Semur telah mengorbankan 32 orang pengganas komunis dan kira-kira 17 orang anggota Askar Melayu. Peristiwa ini tidak dapat dilupakan oleh Sarjan Jamaluddin dan pasukan Askar Melayu serta angkatan tentera. Kekejaman pengganas komunis menimbulkan perasaan benci rakyat dan mereka tidak bekerjasama lagi dengan pengganas. Hal ini menyebabkan kegiatan pengganas komunis semakin lemah dan lumpuh dari semasa ke semasa. Sarjan Jamaluddin telah mendapat pujian daripada pihak tertinggi anggota tentera British dan Kerajaan British telah menganugerahkan pingat keberanian tertinggi iaitu Distinguished Conduct Medal kepadanya. Beberapa orang anggota lain turut diberi penghormatan dan dianugerahkan pingat. Detik peristiwa yang menunjukkan keberanian dan kepahlawanan Sarjan Jamaluddin pernah dipamerkan di Muzium Negara dan Muzium Angkatan Tentera. Setelah bersara daripada perkhidmatan angkatan tentera, Sarjan Jamaluddin pernah dipilih sebagai seorang tokoh dalam pameran dan pengisahan sejarah Kepimpinan Melalui Teladan di Arkib Negara. Peristiwa Sungai Semur merupakan kemuncak perjuangan dan peristiwa yang paling bermakna dalam sejarah kehidupan dan perjuangan Sarjan Jamaluddin sepanjang berkhidmat dalam angkatan tentera. PERSOALAN 1. Kepimpinan. - Kecekapan Sarjan Jamaluddin memimpin pasukan dan semangat juang yang tinggi dalam mempertahankan negara menjadi perangsang kepada anggota-anggota platunnya. Beliau juga terpilih sebagai tokoh Kepimpinan Melalui Teladan. 2. Mengenang jasa. - Pengorbanan, kegigihan dan kepahlawanan Sarjan Jamaluddin dan anggota platunnya dalam peristiwa di Sungai Semur telah mendapat pujian daripada pihak tertinggi tentera British. Kerajaan British telah menganugerahkan pingat tertinggi iaitu Distinguished Conduct Medal kepada Sarjan Jamaluddin. WATAK DAN PERWATAKAN SARJAN JAMALUDDIN - dianugerahkan pingat keberanian tertinggi Distinguished Conduct Medal daripada kerajaan British. LANS KOPERAL MOHD. OSMAN DAN LAN KOPERAL ABD. WAHAB ABD. HAMID - kedua-duanya menerima Military Medal. NILAI MURNI 1. Dedikasi - sentiasa dedikasi dalam menjalankan tugas. 2. Menghargai jasa - menghargai jasa semua anggota yang terlibat dalam peperangan. 3. Kesetiaan - setia dan sedia berjuang demi mempertahankan tanah air. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah menghargai jasa orang yang telah banyak berkorban mempertahankan tanah air. 2. Kita hendaklah sentiasa berdedikasi semasa menjalankan tugas. 3. Kita hendaklah setia berkorban untuk negara.

NOVEL LIMPAHAN DARAH DI SUNGAI SEMUR SINOPSIS KESELURUHAN Limpahan Darah Di Sungai Semur memaparkan biografi Jamaluddin bin Mohamad. Jamaluddin bin Mohamad lahir di sebuah perkampungan orang Melayu di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Seterusnya, keluarga Jamaluddin berpindah ke Kampung Teluk Panglima Garang, Selangor. Ayah dan ibunya berasal dari Bugis, Indonesia. Mereka membuat kerja-kerja kampung seperti menjadi nelayan, mencari atap dan sebagainya. Jamaluddin telah memperlihatkan hasrat untuk menjadi tentera sejak di bangku sekolah lagi. Permohonan pertamanya untuk menjadi tentera gagal kerana tidak mempunyai ketinggian yang mencukupi dan tubuhnya kurus. Walaupun begitu, kegagalan kali pertama tidak mematahkan semangatnya untuk mencuba pada kali kedua. Jamaluddin akhirnya mengikuti latihan rekrut di Port Dickson selama enam bulan. Selesai mengikuti latihan, Jamaluddin ditempatkan dalam Kor. Askar Melayu dan dihantar bertugas dalam Kompeni C, Batalion Pertama Askar Melayu. Sewaktu Jepun mula menyerang Tanah Melayu pada bulan Disember 1941, Kompeni D dan Perajurit Jamaluddin ditempatkan di Jurong. Jamaluddin sempat melalui beberapa siri pertempuran dengan tentera Jepun. Antaranya, pertempuran yang melibatkan Leftenan Adnan Saidi. Askar Melayu telah berjuang bermati-matian dalam siri pertempuran dengan tentera Jepun. Mereka rela mati daripada menyerah kalah. Askar-askar Melayu yang ditangkap sewaktu British menyerah kalah telah dihantar ke Ferrer Park dan ramai antara mereka dijadikan buruh paksa. Tiga bulan selepas itu Askar Melayu telah dibubarkan. Jamaluddin dan dua rakannya, Mohd. Zain dan Ismail telah menyelamatkan diri. Sewaktu Jamaluddin dan Ismail mencari makanan, mereka telah ditahan oleh tentera Jepun tetapi kemudiannya dilepaskan kerana mereka menyamar sebagai orang kampung. Beberapa hari kemudian, Jamaluddin ditahan semula oleh tentera Jepun kerana mereka menyangkakan Jamaluddin daripada kaum Gurkha. Sekali lagi, Jamaluddin bernasib baik dan dibebaskan. Namun demikian, nasib yang baik tidak selalu menyebelahi Jamaluddin. Dalam usahanya kembali ke Semenanjung, Jamaluddin ditangkap sekali lagi oleh tentera Jepun. Jamaluddin dapat melarikan diri daripada tahanan tersebut. Esoknya dia mendapat tahu kesemua tahanan telah ditembak mati. Jamaluddin yang berjaya balik ke Semenanjung, bertugas menjaga kawasan padi dan gudang beras di Sekinchan, Selangor. Pada masa itu, komunis mulai berleluasa. Jamaluddin telah ditangkap pengganas dan dituduh membantu Jepun. Tetapi Jamaluddin kemudiannya dibebaskan kerana dia mengenali ketua pengganas di Sungai Manik, iaitu Haji Amran dan Raja Mahmud. Selepas Jepun menyerah kalah, Jamaluddin telah melaporkan diri di kem tentera Kuala Lumpur. Dia dihantar ke Seremban menganggotai Pasukan Simpanan. Setelah menjalani latihan semula selama enam bulan di Port Dickson, Jamaluddin dihantar menjalani tugas operasi membanteras pengganas komunis di Sungai Petani, Kedah. Tidak lama kemudian, dia dinaikkan pangkat koperal dan ditugaskan sebagai ketua seksyen dalam Batalion Ketiga Askar Melayu. Koperal Jamaluddin seterusnya bertugas di kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Beberapa kawasan di Kelantan seperti Gua Musang menjadi markas komunis. Koperal Jamaluddin menyertai beberapa tugas operasi seperti di Jeli. Dalam operasi itu, mereka menemui tapak perkhemahan komunis. Koperal Jamaluddin seterusnya telah bertugas menyiasat pergerakan komunis diketuai oleh Leftenan Hassan. Dalam operasi ini mereka menemui tapak perkhemahan komunis yang baru ditinggalkan. Pasukan Askar Melayu dan Polis Khas telah ditugaskan menjaga sekumpulan pencari daun payung. Walau bagaimanapun, kehadiran pasukan keselamatan tersebut tidak disenangi oleh mereka. Anggota Askar Melayu yang diketuai oleh Leftenan Hassan telah salah masuk ke kawasan serang hendap musuh. Sebelum itu, Koperal Jamaluddin telah melihat beberapa keganjilan sikap Leftenan Hassan. Tidak berapa lama, anggota Askar Melayu telah diserang oleh anggota pengganas komunis seramai 250 orang. Seramai 26 orang anggota Askar Melayu telah berjuang bermati-matian membalas serangan komunis.

Leftenan Hassan telah mati tertembak. Beberapa orang anggota Askar Melayu pula telah