nota pjm 3110

27
PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012 EN. JAIS SAIRUS NOTA PJM 3110 Tajuk 1 : Sejarah Dan Perkembangan Pj Pj zaman purba - Zaman manusia purba dan kecergasan manusia hidup dalam keadaan nomad (pindah randah). Melakukan aktiviti memburu dan mengumpul makanan untuk terus hidup. Apabila berjaya mendapat tangkapan mereka akan berkumpul dan meraikan kejayaan tersebut dengan berpesta(menari, permainan kebudayaan dan berkumpul). Aktiviti sebegini memerlukan tahap kecergasan yang tinggi dan konsisten. - Zaman neolitik (revolusi pertanian) gaya hidup primitif (menetap disuatu kawasan dan menjalankan aktiviti pertanian akibat pengenalan teknologi yang memudahkan mereka). Zaman pembangunan dalam bidang pertanian.Aktiviti kecergasan mula berkurang. - Tamdun kuno(China dan india) masyarakat di china ketika itu tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti kecergasan sehingga masalah sistem kardiak wujud.Falsafah confucious menggalakan penglibatan dalam aktiviti kecergasan fizikal. Kemudian, kungfu telah diperkenalkan sebagai aktiviti yang membantu tubuh manusia menjadi sihat dan berfungsi. Seterusnya aktiviti kecergasan lain seperti menari,memanah,lawan pedang dan gusti diwujudkan. di india, masyarakat dihalang penglibatn mereka akibat kepercayaan agama. Fokus mereka lebih kepada spiritual daripada mengamalkan pergerakan. Namun satu kaedah senaman yang masih terikat dengan kepercayaan agama telah diperkenalkan oleh golongan mubaligh hindu yang hidup secara sederhana dan berteraskan disiplin diri dan meditasi, iaitu yoga. Yoga ialah penyatuan antara tubuh,akal dan roh. Yoga kini dijadikan teknik dalam beberapa program kecergasan bagi membantu organ berfungsi dengan baik dan meningkatkan tahap kesihatan badan. IPG KAMPUS KENINGAU | CHieL.eRDa

Upload: chiel-erda

Post on 03-Aug-2015

627 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota PJM 3110

PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012

EN. JAIS SAIRUS

NOTA PJM 3110

Tajuk 1 : Sejarah Dan Perkembangan Pj

Pj zaman purba

- Zaman manusia purba dan kecergasan

manusia hidup dalam keadaan nomad (pindah randah). Melakukan aktiviti memburu

dan mengumpul makanan untuk terus hidup. Apabila berjaya mendapat tangkapan

mereka akan berkumpul dan meraikan kejayaan tersebut dengan berpesta(menari,

permainan kebudayaan dan berkumpul). Aktiviti sebegini memerlukan tahap

kecergasan yang tinggi dan konsisten.

- Zaman neolitik (revolusi pertanian)

gaya hidup primitif (menetap disuatu kawasan dan menjalankan aktiviti pertanian

akibat pengenalan teknologi yang memudahkan mereka). Zaman pembangunan

dalam bidang pertanian.Aktiviti kecergasan mula berkurang.

- Tamdun kuno(China dan india)

masyarakat di china ketika itu tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti

kecergasan sehingga masalah sistem kardiak wujud.Falsafah confucious

menggalakan penglibatan dalam aktiviti kecergasan fizikal. Kemudian, kungfu telah

diperkenalkan sebagai aktiviti yang membantu tubuh manusia menjadi sihat dan

berfungsi. Seterusnya aktiviti kecergasan lain seperti menari,memanah,lawan

pedang dan gusti diwujudkan.

di india, masyarakat dihalang penglibatn mereka akibat kepercayaan agama. Fokus

mereka lebih kepada spiritual daripada mengamalkan pergerakan. Namun satu

kaedah senaman yang masih terikat dengan kepercayaan agama telah

diperkenalkan oleh golongan mubaligh hindu yang hidup secara sederhana dan

berteraskan disiplin diri dan meditasi, iaitu yoga. Yoga ialah penyatuan antara

tubuh,akal dan roh. Yoga kini dijadikan teknik dalam beberapa program kecergasan

|

Page 2: Nota PJM 3110

PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012

EN. JAIS SAIRUS

bagi membantu organ berfungsi dengan baik dan meningkatkan tahap kesihatan

badan.

- Timur tengah

mementingkan tahap kecergasan yang tinggi dalam pasukan tentera dan masyarakat

bagi kepentingan politik dan ketenteraan. Contohnya, seperti tamadun parsi yang

menuntut semua rakyat mempunyai tahap kecergasan yang tinggi. Tahap

kecergasan diperolehi daripada pelbagai latihan keras seperti berkawad, memburu,

berkuda, memanah dan melontar lembing yang perlu dilalui oleh mereka ketika

berusia enam tahun lagi. Latihan ini bertujuan bagi meningkatkan kekuatan dan

stamina dan bukannya untuk kebaikan kesihatan. Kaedah ini untuk melahirkan ramai

tentera untuk meluaskan empayar.

- Zaman greek (Athens)

masyarakat yunani mengutamakan kesempurnaan fizikal. Sparta dan Athens

terkenal dengan bidang pj yang mempunyai objektif yang berbeza ketika itu. Pj bagi

Sparta lebih kepada pembentukan tentera yang kuat, manakala Athens tertumpu

pada prinsip demokrasi. Aktiviti fizikal masyarakat Athens bertujuan untuk membina

tubuh badan yang sihat agar hidup lebih aktif dan pentingkan nilai estetik.

masyarakat percaya keseimbangan antara kecergasan badan dan otak berkait rapat.

Dimana kecergasan fizikal dan minda mempunyai kepentingan yang sama dengan

kekuatan dan badan dalam menjana kesihatan mental. Aktiviti gimnastik dengan

berbantu muzik merupakan pelajaran yang penting ketika itu.

 

Pj zaman renaissance

- lebih kurang sama dengan pj masa kini.

- dilakukan untuk kebaikan sendiri.

- menjurus lebih kepada aktiviti keagamaan dan seni.

- merupakan salah satu saluran untuk memberikan ketenangan jiwa dan melahirkan

tubuh badan yang sihat.

- 3 kumpulan utama zaman renaissance.

|

Page 3: Nota PJM 3110

PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012

EN. JAIS SAIRUS

Humanis-  menghargai pendidikn dalam sukan seperti memanah, renang dan

lari berpagar.

Moralis – aktiviti fizikal sebagai cara melaksanakan pekerjaan.

Realism – pendidikan fizikal sebagai sebahagian drpd akal yang sihat dalam

tubuh yang sihat (utamakan penjagaan tubuh).

Pj moden

- Wujud sukatan pelajaran pj untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.

- Pj di sekolah mengutamakan aktiviti sukan dan permainan.

- Memberi fokus kepada kesan pergerakan dan kemahiran (tarian dan gimnastik).

- Sesetengah aktiviti sukan dimajukan dengan organisasi/tahap yang tinggi dan

terdapat undang2/peraturan yang ditetapkan. Contoh, bola sepak, golf dan

sebagainya.

- Pj menjurus kepada membentuk insan yang menyeluruh, seimbang dan harmonis

dari segi JERIS.

Pj di Malaysia

- Era prakolonial (sebelum penjajahan inggeris)

pj melalui aktiviti kebudayaan dan kesenian, permainan masa lapang (tradisional),

pertukangan dan kebun, serta seni mempertahankan diri. Terdapat perbezaan

permainan antara golongan istana dan golongan biasa.

- Era penjajahan inggeris

pj formal belum diwujudkan dalam jadual persekolahan. pj diperkenalkan

untuk mengekalkan status quo penjajah iaitu latihan jasmani dicampur

dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi pesawah.

permainan2 baharu seperti badminton, bola sepak dan ragbi diperkenalkan

oleh penjajah dan pedagang.

1890an murid perempuan mula diajar olahraga, manakala murid lelaki diberi

latih tubi.

|

Page 4: Nota PJM 3110

PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012

EN. JAIS SAIRUS

1913 maktab perguruan di matang perak ditubuhkan untuk memberikan

latihan kawad kepada bakal guru dan galakkan mereka memasuki pasukan

sukarelawan.

1920an keutamaan diberikan kepada aktiviti senaman, latihan kawad dan

permainan. Penguhasa pj di negeri2 selat telah dilantik.

1930an rancangan pj untuk sekolah telah dimulakan. Sukatan berasaskan

latihan fizikal. Melalui kursus perkhidmatan, rancangan latihan guru pj

dilancarkan ke seluruh negara. Masyarakat sedar akan kepentingan pj.

1940an sukatan pelajaran pj telah dikaji semula untuk dikemas kini supaya

selari dengan perkembangan pendidikan.

- Era penjajahan jepun

rancangan yang telah diusahakan dalam pendidikan tergendala. Latihan

jasmani ketika itu bertujuan membentuk individu yang patuh kepada arahan,

taat kepada pemerintah dan berdisiplin.

latihan jasmani (tai sho) diperkenalkan kepada murid. Setiap pagi murid

terpaksa membuat senaman beramai-ramai selama 30 minit. Arahan dalam

bahasa jepun dan pengajaran jasmani lebih bercorak ketenteraan.

- Era penjajahan british (sebelum merdeka)

tujuan pj sama dengan tujuan semasa penjajahan inggeris. Sekolah dibuka

semula dan latihan jasmani sebagai mata pelajaran kekal disekolah.

senaman diadakan 30 minit sebelum masuk belajar.

1940an sukatan pelajaran latihan jasmani diterbitkan oleh MPSI untuk

adakan     sukatan yang formal untuk sekolah.

1950an kepentingan pj meningkat kerana diwajibkan disemua sekolah.

Guru      tempatan dihantar ke luar Negara bagi meluaskan pengetahuan

tentang PJ.

- Era selepas merdeka

1960an sukatan pelajaran pj dikaji semula. Wujud sukatan untuk murid lelaki

dan perempuan. Bertujuan untuk membolehkan semua sekolah

menggunakan satu sukatan pelajaran yang baru dan sesuai bagi masyarakat

dinegara kita.

|

Page 5: Nota PJM 3110

PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012

EN. JAIS SAIRUS

usaha meningkatkan mutu pj disekolah diteruskan dengan penubuhan MPIK.

Kursus satu tahun diadakan di MPIK dan kurikulum adalah sama dengan

KDP pj di Britain.

pj disekolah lebih menjurus kepada aktiviti sukan dan permainan.

Pertandingan permainan dan olahraga sebagai aktiviti lanjutan di sekolah.

1958 KPM tubuhkan MSSM. Pj menjadi mata pelajaran wajib di sekolah

rendah dan menengah.

1970an sukatan pj disemak semula dan dikeluarkan dalam bm dan bi

(menjurus kepada pergerakan dan kemahiran termasuk tarian dan gimnastik).

Pj dimasukan dalam kurikulum kursus diploma pendidikan di UM bagi

melengkapkan bakal guru siswazah dengan kemahiran dan pengetahuan

dalam pengajaran pj.

|

Page 6: Nota PJM 3110

PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012

EN. JAIS SAIRUS

Tajuk 2 : Konsep, Teori Dan Falsafah Pembentukan

Kurikulum

Konsep dan definisi Pendidikan Jasmani

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi

manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan

kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan

optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap

positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa

Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya

mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.

i. Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks ‘pengalaman

pendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.

ii. Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan

organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil

melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak,

iii. Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi

pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu

psikomotor, kognitif dan afektif.

iv. Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang

membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial

serta tahap kecergasan yang tinggi.

v. Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program

pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui

pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan

keseluruhan kanak-kanak.

Falsafah pendidikan kebangsaan dan hubungannya dengan pendidikan jasmani

- Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan

Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna,

semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan

|

Page 7: Nota PJM 3110

PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012

EN. JAIS SAIRUS

FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan

mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan

pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini

ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan

intelektualSosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat

bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni

tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya.

- Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui

pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

- Mata pelajaran Pendidikan Jasmani menekankan gaya hidup yang sihat dan aktif.

Pendekatan ang dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran melalui

kegiatan Pendidikan Jsamani yang merangkumi tiga aspek penting iait penglibatan

murid secara aktif dan selamat, interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan, dan alat.

Serta penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran.

Pendidikan Jasmani Untuk Semua

- Pendidikan Jasmani adalah asas bagi semua pendidikan di mana otak dan badan

berfungsi serentak. Pendidikan psikomotor, akhlak dan intelektual dianggap sebagai

pendidikan yang dicapai melalui pendidikan jasmani – Clark W. Hetherington.

- Pendidikan Jasmani adalah jumlah semua aktiviti yang dipilih mengikut jenis dan

dijalankan untuk mencapai hasil yang bermakna. Aktiviti yang dipilih haruslah

mempunyai dan menyediakan peluang bagi individu untuk menjadi sabar, baik hati,

berdikari, peramah, murah hati dan peribadi yang dinamis – J.F Williams.

- Menginterperitasikan pendidikan melalui jasmani sebagai pendidikan melalui

pengalamanpergerakan–DelbertOberteutter.  

- Pendidikan Untuk Jasmani ialah satu program aktiviti otot yang giat direka untuk

merangsang organisma jasmani supaya faedah yang boleh diperolehi daripada

aktiviti-aktiviti dicapai. Pendidikan melalui jasmani  ialah satu program aktiviti jasmani

di mana pergerakan jasmani direka untuk menghasilkan pelbagai jenis pengalaman

dan pembelajaran sosial, intelektual, estetika dan kesihatan

|

Page 8: Nota PJM 3110

PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012

EN. JAIS SAIRUS

Tajuk 3 : Kepentingan PJ

- Pj amat penting untuk dilaksanakan dalam kurikulum sekolah rendah.

- melalui pj, pelbagai aspek dapat dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi.

- aspek JERIS seseorang individu mungkin akan terjejas sekiranya mereka

mengabaikan aspek pembangunan fizikal dan jasmani diri masing-masing.

- pj membantu membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan

seseorang individu.

- melalui aktiviti p&p pj dapat membantu seseorang individu membangunkan

kemahiran pergerakan asas.

- pj di sekolah rendah juga dapat membantu murid-murid meningkatkan kefahaman

mengenai keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti.

- Dalam aspek pembangunan emosi dan sahsiah, pj membantu murid meneroka

kelemahan dan kelebihan diri mereka seterusnya memberi peluang dan ruang

kepada mereka untuk mengenali dirinya.

- pj yang diajar di sekolah berdasarkan kepada kurikulum yang telah digubal mampu

menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap murid. Perkara

yang sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.

Kepentingan dari segi pertumbuhan dan perkembangan fizikal

Dalam masa pertengahan dan akhir peringkat kanak-kanak, kemahiran motor kanak-

kanak menjadi semakin halus dan lebih halus, berbanding peringkat awal kanak-

kanak.Contohnya hanya seorang daripada 100 orang kanak-kanak berusia 5 tahun dapat

memukul bola tangkis melepasi jaring manakala bagi kebanyakan kanak-kanak berusia 10

tahun hingga 11 tahun dapat memukul bola tangkis dengan lebih baik. Selain aktiviti lanjutan

dari zaman prasekolah seperti menunggang basikal, memanjat dan berlari, menari,

berenang, berkasut roda, bermain bola sepak, mereka sekarang lebih cenderung dengan

aktiviti sukan berpasukan yang lebih mencabar seperti permainan bola sepak, bola tangkis

dan sebagainya.

Dengan perkembangan yang begitu terurus, kanak-kanak berasa gembira dengan

pencapaian mereka sendiri. Bagi kanak-kanak kemahiran fizikal menjadi sesuatu

keseronokan dan merupakan pencapaian yang berguna. Sebaik sahaja kanak-kanak

|

Page 9: Nota PJM 3110

PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012

EN. JAIS SAIRUS

berpindah ke sekolah rendah, bahagian hipotalmus mereka semakin matang, menyebabkan

daya kawalan tubuh badan dan kebolehan duduk setempat untuk tempoh masa yang lama

bertambah. Walaubagaimanapun, kanak-kanak sekolah rendah masih belum menguasai

kematangan fizikal sepenuhnya. Hal ini menyebabkan mereka sentiasa perlu bergerak aktif.

Mereka menjadi lebih penat jika duduk terlalu lama berbanding dengan semasa mereka

berlari, melompat atau berbasikal.

Penting bagi kanak-kanak melakukan pergerakan fizikal bagi menghalusi kemahiran

perkembangan mereka seperti melompat tali, melempar bola, bergayut di palang-palang,

dan sebagainya.Oleh yang demikian kanak-kanak perlulah melibatkan diri secara aktif

dalam kegiatan sukan di peringkat sekolah rendah.Kanak-kanak lelaki pada peringkat

pertengahan dan akhir mempunyai motor kasar yang lebih cekap manakala kanak-kanak

perempuan mempunyai motor halus yang lebih cekap.

Kepentingan dari segi perkembangan mental

Murid yang mempelajari pendidikan jasmani pada peringkat sekolah rendah akan

menempuh operasi konkrit dari umur 7-11 tahun manakala pada umur 12 tahun kanak-

kanak sudah dapat menempuhi operasi formal. Pendidikan jasmani dapat diaplikasikan

dengan menggunakan kebolehan para murid untuk berfikir secara logik atau tentang

sesuatu objek atau situasi. Dengan memberikan pengajaran yang membolehkan para murid

berfikir ianya secara tidak langsung dapat menggalakan lagi perkembangan mental mereka.

Memberikan cabaran serta teka teki untuk menyelesaikan masalah yang ada.  Ketika umur 6

tahun, para murid telah dapat memahami mengenai konsep nombor, dan ianya boleh

diaplikasikan dengan mengira berapa kali sesuatu pergerakan telah dilakukan.

Kepentingan dari segi emosi

Terdapat 4 tahap yang menggambarkan tahap perkembangan sosial kanak-kanak.

Bagi kanak-kanak pertengahan dan akhir, mereka tergolong dalam tahap yang ke 4. Ini

kerana usia antara 6 sehingga 12 tahun adalah permulaan bagi kanak-kanak ini memasuki

alam persekolahan iaitu dari peringkat pra sekolah ke peringkat sekolah rendah.

Seterusnya, dalam proses pembelajaran yang mereka lalui, mereka mula didedahkan

dengan pelbagai konsep serta konsep 3M iaitu membaca. mengira dan menulis. 

|

Page 10: Nota PJM 3110

PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012

EN. JAIS SAIRUS

Dalam masa yang sama, kanak-kanak peringkat pertengahan dan akhir memiliki

minat untuk mencuba sesuatu yang baru, lebih-lebih lagi perkara yang diminati oleh mereka.

Ini kerana, mereka mempercayai bahawa mereka memiliki kemahiran serta bakat yang

terpendam di dalam diri masing-masing. Pada tahap ini, mereka begitu aktif dan cenderung

melakukan apa sahaja perkara yang terlintas di dalam fikiran mereka dan langsung tidak

boleh menerima sebarang teguran daripada orang sekeliling.

Kepentingan dari segi sosial

Perkembangan sosial merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan

kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu

masyarakat serta budaya. Hal ini kerana perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi

yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan

penyesuaian sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan-peraturan sosial yang

diamalkan oles sesuatu kumpulan sosial. Ontohnya, mereka mempelajari cara pemaparan

emosi yang sesuai, dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain

dengan tepat. Proses sosialisasi ini pula ditentukan oleh konteks budaya. Tingkah laku

sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya yang

lain. Namun demikian, terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan

merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya.

|

Page 11: Nota PJM 3110

PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012

EN. JAIS SAIRUS

Tajuk 4 : Huraian Dan Tafsiran Sukatan Pelajaran PJ

Kbsr

Konsep kesepaduan, penggabungjalinan dan integrasi dalam pendidikan jasmani

- Bersepadu dan kesepaduan bermaksud bersatu, bercantum, dan bersama ;

bukannya terpisah, terasing, tercerai atau terpencil.

- Kesepaduan-keadaan bersepadu, perihal bersepadu menjadi kesatuan yang utuh

(Kamus Dewan Edisi 4, Halaman 1112,Baris 16).

- Konsep dalam P&P- Kesepaduan merupakan perjalinan dan pengadunan unsur-

unsur ilmu pengetahuan kemahiran , bahasa serta nilai-nilai dalam semua

matapelajaran secara integrasi dan menyeluruh.

- Kesepaduan merupakan penjalinan dan pengaduan unsur2 ilmu pengetahuan

kemahiran bahasa serta nilai2. 

Guru mestilah menekan aspek kesepaduan dalam merancang strategi pembelajaran.

Contohnya:

i. Pengajaran Geografi atau Sains pendekatan pengajaran semata – mata tertumpu

kepada kemahiran.

ii. Unsur kekerapan nilai – nilai murni atau bahasa Melayu merentas kurikulum tidak

dimasukkan. Ini tidak ada kesepaduan.

Antara teknik yang terkini digunakan bagi membolehkan kesepaduan berlaku ialah

- Penggabungjalinan

Rasionalnya beberapa kemahiran dapat diperoleh secara serentak dan terpadu.

Contohnya : Guru mengajar pergerakan kreatif dan pada masa yang guru

menggabungkan muzik. Oleh itu murid dapat mempelajari rentak atau irama muzik

yang sesuai untuk dipadankan dengan pergerakan kreatif.

- Penyerapan

Proses menyatukan isi atau kandungan daripada mata pelajaran lain.

|

Page 12: Nota PJM 3110

PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012

EN. JAIS SAIRUS

Contoh : Topik pengiraan BMI dalam Pendidikan Jasmani. Maka penyerapan

Matematik dalam Pendidikan Jasmani.

Cara Pelaksanaan

- Kesepaduan dari segi bahan pengajaran dan pembelajaran.

Contoh : Bahan pengajaran dan pembelajaran digunakan untuk sama untuk

beberapa permainan tertentu.

Aktiviti yang guru jalankan menggunakan bentuk aktiviti yang menarik dan diolah

mengikut kemampuan dan tahap murid itu sendiri.

- Kesepaduan yang berbentuk ‘intra’ (berlaku dalam satu mata pelajaran)

Contoh : ilmu pengetahuan bercantum dengan kemahiran dalam satu mata

pelajaran. Dalam PJ, mengajar kemahiran bola sepak dan menyelit nilai murni dan

moral.Bagi menjamin perkembangan JERIS murid.

- Kesepaduan yang berbentuk ‘inter’(yang berlaku dengan menggabungkan

pengetahuan atau pengetahuan denga mata pelajaran lain)

Contoh : Dalam PJ sekolah rendah ada tajuk mengenali bahagian tubuh kita. Di sini

pergabungan dengan subjek sains.

- Kesepaduan antara aspek teori dengan amali.

Contoh : PJ yang teori yang terkandung buku juga bersepadu dengan amali yang

sediakan unruk murid – murid.

- Kesepaduan di antara aktiviti kokurikulum dengan aktiviti kurikulum.

Contoh : PJ yang ada mengajar tajuk kemahiran asas olahraga seperti lari lompat

berpagar. Ini bercantum dengan aktiviti kokurikulum di sekolah seperti persatuan

olaharaga.

- Kesepaduan di antara aktiviti di dalam bilik darjah dengan luar bilik darjah.

Contoh : Aktiviti berdasarkan teori dan pengenalan dilakukan di dalam kelas dan

kesinambungannya di luar bilik darjah. Pengenalan aktiviti pengajaran di dalam kelas

adalah asas dan sejajar dengan aktiviti di luar bilik darjah. Aktiviti yang dilakukan di

|

Page 13: Nota PJM 3110

PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012

EN. JAIS SAIRUS

luar bilik darjah lebih secara praktikal dan amali, oleh itu murid dapat ekplorasi aktiviti

dengan lebih baik.

- Kesepaduan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran.

Contoh : Strategi diatur terlebih dahulu sebelum pengajaran dan pembelajaran

dilakukan dalam rancangan pengajaran harian. Teknik dan strategi sesuai dengan

jenis aktiviti, bahan bantu pengajaran dan tajuk pengajaran.

Tunjang pembelajaran pendidikan jasmani

Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani disusun mengikut tiga tunjang utama iaitu :

1. Kecergasan

Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara

berterusan tanpa merasa lesu. Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan fizikal

berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.

2. Kemahiran

Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan kemahiran daripada aspek

pergerakan otot besar dan otot halus.Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam

permainan, olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi.

3. Kesukanan

Konsep tunjang ini menitikberatkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan

amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan,

pengurusan, kerjaya, etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan. 

|

Page 14: Nota PJM 3110

PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012

EN. JAIS SAIRUS

Tajuk 5 : Kriteria Pemilihan Aktiviti PJ

Infrastruktur dan tenaga pengajar

- Kemudahan 

setiap aktiviti pj yang dilaksanakan dipengaruhi dengan faktor kemudahan

yang terdapat di sesebuah sekolah. 

Kedudukan sekolah sama ada di kawasan Bandar atau di luar Bandar juga

mempengaruhi penggunaan kepakaran untuk melaksanakan sesuatu aktiviti

pj.

Kemampuan kewangan sekolah - peruntukan kewangan sekolah bagi aktiviti

pj merujuk kepada kapasaiti murid. Sekolah yang dibina di kawasan elit

mungkin tidak menghadapi masalah kewangan kerana mudah mendapat

sumbangan daripada orang ramai berbanding sekolah di luar bandar.

- Kemudahan2

sekiranya kemudahan di sekolah tidak mencukupi ketika melaksanakan

aktiviti pj, pihak sekolah perlu menggunakan kemudahan yang berhampiran

dengan sekolah bagi mengelakkan pembaziran masa dan kos.

Tenaga pengajar - setiap pemilihan aktiviti perlu berdasarkan kepakaran

guru. Maka keperluan tenaga pengajar yang mahir perlu diambil kira supaya

tidak menjejaskan perancangan/aktiviti yang bakal dilaksanakan.

Peralatan - pemilihan peralatan perlu berdasarkan spesifikasi umur dan

pertandingan. Kualiti alat perlu dipertimbangkan dalam pemilihan alatan dan

keselamatan pengguna perlu dititik beratkan. 

Kepakaran - guru pj mempunyai tanggungjawab yang tersendiri dalam

melaksanakan tuga mereka semasa mengajar. Liability (tanggungjawab dan

risiko yang bakal dihadapi) diberikan oleh pihak sekolah kepada guru pj

semasa melaksanakan aktiviti pj.

Antara garis panduan yang perlu dipatuhi: Pastikan murid menjalankan aktiviti

cergas. Aktiviti yang dipilih berdasarkan kesesuaian umur dan kebolehan

murid. Aktiviti yang dipilih perlu disahkan oleh badan professional/sekolah.

Guru mempunyai kepakaran semasa mengendalikan aktiviti

fizikal/kokurikulum. Arahan diberikan jelas,betul dan pelakuan memanaskan

|

Page 15: Nota PJM 3110

PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012

EN. JAIS SAIRUS

badan bersesuaian dengan aktiviti yang bakal dijalankan terutama aktiviti

yang berisiko. Kemudahan dan peralatan yang digunakan bersesuaian

dengan aktiviti.  

Perkembangan murid

pj mementingkan aspek perkembangan individu serta penekanan kepada perkembangan

beberapa domain iaitu:

Kognitif

melibatkan perkembangan pemikiran murid merujuk kepada taksonomi bloom.

pengetahuan (mengingat fakta/peristiwa yang berlaku)

kefahaman (menjelaskan pengetahuan secara bermakna)

aplikasi (keupayaan menggunakan konsep dalam situasi khusus/am)

analisis (pecahkan sesuatu perkara kepada unsur2 kecil dan lihat pertalian

antara unsur2 tersebut)

sintesis (gabungkan unsur2 dan bahagian2 supaya satu dokumen menjadi

lebih tersusun)

penilaian (keupayaan menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu

diketahui murid).\

Afektif

mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan

nilai.

penerimaan (kesediaan individu menerima sesuatu yang ingin disampaikan)

gerakbalas (bertindak balas terhadap ransangan yang diterima/ mempunyai

motif tersendiri)

penilaian (memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukan kepada

masyarakat)

organisasi (boleh menyusun nilai yang diterimanya kepada satu sistem yang

lebih praktikal = konsepsualisasi nilai dan bentuk pertalian diantaranya;susun

nilai jadi satu sistem nilai/kepercayaan)

perwatakan (murid mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup

mengamalkannya sebagai suatu cara hidup)

Psikomotor

|

Page 16: Nota PJM 3110

PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012

EN. JAIS SAIRUS

pergerakan anggota fizikal seseorang (tumpuan kepada pengawalan pergerakan

anggota tubuh dalam pengajaran dan latihan). Disamping dilatih menguasai

kemahiran khusus yang jarang dilakuka dalam kehidupan seharian.

Persepsi

Persediaan

pergerakan terkawal

pergerakan mekanistik

pergerakan kompleks

pergerakan suaian

pergerakan cipta

Sosial (hubungan/tingkah laku sosial)

Berhubung

Berkomunikasi

melibatkan diri

berunding

bekerjasama

menghakim

memulakan

menukar

Persekitaran budaya dan tempat

i. Persekitaran - kawasan di sekeliling sesuatu tempat

ii. Budaya - cara hidup (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta

segala hasil kegiatan. Diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa

iii. Tempat - ruang, kawasan

a. budaya setempat = guru yang mahir berupaya memanipulasi aktiviti

mengikut keperluan masyarakat setempat. Penumpuan kepada kemahiran

motor yang digunakan dalam aktiviti masyarakat setempat dapat membina

semangat, tingkatkan prestasi juga minat dan galakan murid bergiat lebih

aktif dalam aktiviti pj.

|

Page 17: Nota PJM 3110

PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012

EN. JAIS SAIRUS

b. pengaruh politik = aktiviti yang harus dirancang untuk memperkukuhkan

interaksi antara murid dan sekaligus memupuk integrasi antara kaum dalam

masyarakat majmuk Malaysia.

c. penyelaras program sukan = masyarakat mempunyai tanggungjawab

dalam mendidik murid bagi membentuk masyarakat yang progresif.

i. Program gerak kerja kokurikulum dalam lingkungan sekolah

(intramurals-libatkan semua murid).

ii. Program gerak kerja kokurikulum dalam dan luar (extramurals-libatkan

murid yang mahir).

iii. Program antara sekolah (meliputi pertandingan peringkat daerah,

negeri dan kebangsaan).

 

|

Page 18: Nota PJM 3110

PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012

EN. JAIS SAIRUS

Tajuk 6 : Persediaan P&P PJ

Rancangan Kerja Tahunan

- Dalam melaksanakan program pendidikan jasmani di sekolah,satu perancangan yang

rapi perlu diadakan.

- Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan sumber dan kemudahan yang

baik.

- Ia juga memberi tuju hala kepada guru supaya menjalankan tugas dengan baik

disamping memastikan sukatan pelajaran yang disediakan mendapat perhatian yang

serius.

- Rancangan Kerja Tahunan diadakan untuk memberi satu gambaran keseluruhan

terhadap kurikulum dan sukatan yang telah disediakan.

- Ia adalah penting bukan sahaja sebagai panduan tugas, bahkan sebagai perancangan

penggunaan peralatan dan kemudahan yang wujud di sekolah .

- Dengan perancangan yang rapi, maka masalah kekurangan alat dan kemudahan boleh

diselesaikan dengan mencari jalan alternatif.

- Rancangan tahunan juga menolong memastikan pendidikan jasmani diajar sebagai satu

proses yang berterusan.

- Tajuk-tajuk yang mempunyai unsur yg sama boleh disusun supaya megikut prinsip ansur

maju.

- Disahkan oleh Pentadbir Sekolah, berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian

SukatanPelajaran.

- Penyelarasan dirancang secara menyeluruh dan bersinambungan supaya topik

pembelajaran dapat dibahagi dengan sempurna .

- Menyediakan pilihan kegiatan yang lengkap misalnya kegiatan yang menunjukkan ansur

maju dan kesinambungan.

|

Page 19: Nota PJM 3110

PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012

EN. JAIS SAIRUS

Perkara asas dalam penyediaan rancangan kerja tahunan

- Objektif mestilah difahami terlebih dahulu.

- Bagi memastikan rancangan tahunan dapat dirangka dengan baik dan

bermatlamat. Graham (1992) menyenaraikan faktor-faktor utama yang diperlukan

untuk membuat suatu perancangan yang rapi seperti berikut :

i. Jumlah masa pengajaran

Sejak bukan Disember 1993, Kementerian Pendidikan Malaysia telah

membuat keputusan menambahkan satu masa kepada waktu pendidikan

jasmani dan kesihatan untuk Tahap satu menjadi ‘Tiga Waktu’ manakala

mengekalkan dua waktu untuk Tahap ll,masa yang diperuntukkan itu masih

lagi tidak mencukupi. Memandangkan masa yang terhad itu,kita perlu

mengkaji semula atau membuat perancangan tentang bilangan objektif yang

boleh kita capai dalam satu-satu tahun itu.

ii. Persekitaran pengajaran

Selain daripada objektif, faktor-faktor klain yang mempengaruhi perancangan

ialah saiz kelas,peralatan dan kemudahan. Semua faktor tersebut perlu diberi

perhatian untuk memastikan kejayaan kelas pendidikan jasmani. Jika saiz

kelas itu besar,maka masalah kekurangan peralatan dan kemudahan

mungkin timbul.

iii. Latar belakang guru

Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung kepada tenaga

pengajarnya. Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan

pengajaran. Dengan latihan yang diberikan oleh maktab-maktab perguruan di

Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa mereka memang mampu untuk

mengajarkan pendidikan jasmani di sekolah. Dalam persoalan ini, minat dan

sikap guru itu sendiri adalah penting.

iv. Latar belakang pelajar

Tidak semua pelajar adalah sama. Perbezaan dlm kalangan pelajar itulah

yang memerlukan perancangan. Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya

terlampau susah untuk golongan yang kurang mahir sehingga mereka hilang

minat untuk melakukan aktiviti yang dirancang. Sebaliknya pelajaran yang

|

Page 20: Nota PJM 3110

PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012

EN. JAIS SAIRUS

tidak mencabar bagi golongan yang mahir juga menyebabkan pelajar kurang

minat terhadap pendidikan jasmani.

Rancangan Kerja Mingguan

i. Penyusunan Rancangan Pengajaran selama tempoh seminggu berpandukan

Sukatan Pelajaran yang telah ditentukan. Susunan tajuk tidak semestinya mengikut

susunan di dalam sukatan pelajaran tetapi terserah kepada kebijaksanaan di dalam

mengaturkannya.

ii. Rancangan Kerja Pengajaran disediakan sebelum bermulanya pengajaran bagi

setiap Rancangan Latihan Mengajar. Rancangan Kerja ini berdasarkan kepada

Rancangan Kerja Pengajaran semester/penggal/tahunan yang disediakan oleh

panitia mata pelajaran berkenaan di sekolah. Dibina daripada rancangan kerja

tahunan dan ia mengandungi objektif, senarai kemahiran yang perlu dikuasai untuk

satu semester.

Penyediaan Rancangan Kerja

- Perancangan pengajaran yang baik amat penting untuk menjayakan satu proses

p&p.

- Guru perlu merancang isi pelajaran, teknik mengajar, bahan bantu mengajar agar

p&p dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

- Rancangan kerja semester merupakan satu program yang terdiri daripada topik-topik

dalam sukatan pelajaran yang disusun sepanjang semester.

- Disediakan pada awal tahun sebelum tahun akademik bermula.

Persediaan

- butir-butir am

- pengetahuan lepas

- kemahiran

- objektif pelajaran

- penggabungjalinan

- sumber pengajaran pembelajaran

- penerapan nilsi

|

Page 21: Nota PJM 3110

PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012

EN. JAIS SAIRUS

Kepentingan

- Membolehkan guru merancang dan bersedia untuk mengajar pelajarnya dengan

terancang dan teratur

- Tidak melangkau Sukatan Pelajaran

- Menjadikan hasil kerja lebih tersusun dan mempunyai matlamat

Tajuk 7 : Strategi, Kaedah Dan Teknik P&P PJ

|

Page 22: Nota PJM 3110

PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012

EN. JAIS SAIRUS

Pendekatan

- merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran dijalankan berdasarkan

kepada objektifnya (dalam jangka masa panjang). Edward m.anthony,1963

- satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses p&p serta mempunyai unsur2

aksiomatik (diterima tanpa keraguan).

Jenis-jenis pendekatan:

1. Tradisional - guru beri arahan (guru sebagai pengajar) dan murid ikut arahan.

Pembelajaran sehala. Tentukan ujian piawai dan mengukur P&P mengikut gred.

2. Humanistik - kecenderungan untuk berkembang dan mecapai hasrat sendiri. Guru

sebagi fasilitator yang memberikan motivasi, kesedaran kepentingan belajar dan

meransang pembelajaran murid. Ujian piawai tidak penting dan gred bukan pengukur

pengajaran.

3. Gabungan - gabunagan tradisional dan humanistik. Guru membuat analisis keadaan

fizikal, ciri murid dan jenis risiko yang ditanggung sebelum memilih gaya,kaedah dan

teknik p&p. ujian dilakukan berasaskan ciri2 murid. Guru sebagai fasilitator atau

pengajar mengikut keperluan objektif. Murid dan sekolah mempunyai peluang untuk

menilai sendiri.

Strategi

penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk mencapai objektif jangka panjang.

konsepnya adalah berteraskan kepada:

i. Kebijaksanaan memilih pendekatan.

ii. Kecekapan merancang kaedah dan teknik.

iii. Berdasarkan objektifnya.

Kaedah

- Satu siri tindakan guru yang sistematik.

- Pembelajaran khusus dalam jangka masa pendek.

- 1 cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah2 penyampaian yang

tersusun merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki.

Jenis-jenis kaedah:

i. Kaedah kuliah - pembelajaran dalam kelas yang melibatkan teori dan praktikal.

|

Page 23: Nota PJM 3110

PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012

EN. JAIS SAIRUS

ii. Kaedah demonstrasi - pembelajaran melalui lisan dan penglihatan tentang

sesuatu tugas dilaksanakan.

iii. Kaedah pembelajaran masteri - pastikan murid kuasai sesuatu hasil

pembelajaran yang ditentukan sebelum berpindah ke pembelajaran seterusnya.

(taksonomi bloom)

iv. Kaedah pembelajaran koperatif - tekankan interaksi sosial dan bina kemahiran

tertentu. dilaksanakan dalam BD yang mempunyai murid dari kumpulan yang

mempunyai keupayaan yang berlainan. Murid bekerja dalam kumpulan kecil ke

arah mencapai objektif pembelajaran yang sama.

v. Kaedah perbincangan - interaksi dua hala iaitu murid dengan murid dan murid

dengan guru. Meransang perhubungan antara ahli dalam BD dan libatkan murid

bergiat secara aktif dalam pembelajaran. Murid berkongsi maklumat, tingkatkan

kefahaman dan kemahiran interpersonal.

vi. Kaedah projek - tugasan dilaksanakan diluar BD secara individu/kumpulan.

Berkonsepkan belajar sambil mempraktikan yg boleh mempercepatkan

pembentukan kefahaman dalam proses pembelajaran.

vii. Kaedah pembelajaran kolaboratif - pembelajaran melalui murid belajar

menerusi interaksi dengan orang lain untuk menambah pengetahuan. Guru

bertindak sebagai model/penunjuk arah untuk bantu murid selesaikan masalah

dan bina pengetahuan.

viii. Kaedah penemuan (inkuiri) - dilaksanakan melalui lima peringkat iaitu kenal

pasti masalah,rancang penyelesaian,kumpul maklumat,tafsiran dan kesimpulan.

Teknik

- kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar.

- menentukan keberkesanan pengajaran ditahap optimum berteraskan kriteria umur,

kebolehan, kecerdasan dan minat.

i. Teknik Demonstrasi - berusatkan guru dan aktiviti dimana seseorang

menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid

semasa sesi pengajaran. Murid memerhati dan mengenalpasti prosedur atau

cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Dengan itu, murid dapat

melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur dan betul.

|

Page 24: Nota PJM 3110

PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012

EN. JAIS SAIRUS

ii. Teknik Alat Pandang Dengar - Alat-alat pandang-dengar yang boleh

digunakan termasuk wayang gambar, filem, carta, poster dan sebagainya

yang menunjukkan bagaimana sesuatu kemahiran dilakukan dengan teknik

yang betul. Memberikan penerangan dalam membetulkan kesalahan.

iii. Teknik Kinestesis- Kinestesis Manual. Guru memimpin setiap pergerakan

dan kemahiran melalui perlakuan yang sebenar, sehingga murid dapat

merasai pergerakan tersebut. Setelah melakukannya berulang kali, murid

akan mula memahami idea pergerakan yang betul. Murid akan berusaha

untuk memperbaikinya berpandukan kepada deria kinestesis pergerakan

yang sebenar.

Gaya P&P

i. Gaya langsung - pembelajaran berpusatkan guru. Berpandukan teori

pembelajaran tingkah laku. Berfokuskan kepada yang ingin dipelajari tetapi tidak

mengambil kira perbezaan individu (anggap murid capai tahap pembelajaran dan

kemajuan yang sama). Persekitaran pembelajaran yang berstruktur. Contoh gaya

arahan dan gaya tugasan.

ii. Gaya tidak langsung - berpusatkan pelajar. Berpandukan teori pembelajaran

kognitif. Mengambil kira perbezaan murid dan memberi peluang kepada murid

untuk merasai kejayaan pada tahap kebolehan sendiri. Namun, gaya ini

memakan masa yang panjang dan memerlukan guru untuk berlatih serta

bersabar. Contoh gaya tidak langsung ialah gaya penyelesaian masalah dan

gaya tindak balas.

iii. Gaya gabungan - berpusatkan guru dan murid. Sesuatu pembelajaran akan

berlaku dengan berkesan sekiranya guru dapat memilih gaya pembelajaran yang

sesuai dengan kurikulum dan ciri murid. Murid akan menyelesaikan masalah dan

guru bertindak sebagai pembimbing serta motivator. Cenderung kepada gaya

penemuan terbimbing.

Tajuk 8 : Pentaksiran Dalam Pj

|

Page 25: Nota PJM 3110

PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012

EN. JAIS SAIRUS

Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani

- Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan,

bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau

rekod anekdotal.

- Menurut Borhan Yusof (2008), ujian ialah satu instrumen atau alat yang digunakan

untuk mendapatkan maklumat murid sebelum, semasa, dan selepas pengajaran.

Pengukuran ialah suatu proses mengutip maklumat berangka tentang ciri-ciri tertentu

yang dipunyai oleh seseorang.

- pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai

kepada ujian.

- Manakala penilaian merupakan suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan

mentafsir data yang dikutip. Ia juga meliputi ujian dan pengukuran.

Tujuan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani

1. Memfokuskan kepada setiap individu - Setiap murid adalah unik. Hasil penilaian

dapat memberi maklumat tentang kelebihan dan kelemahan seseorang murid.

Dengan itu, guru dapat mengaplikasikan prinsip pendidikan jasmani membangun

untuk meningkatkan lagi prestasi murid.

2. Menentukan status semasa - Mengikut Kirkendal, Gruber dan Johnson (1987)

penentuan status meliputi :

a) Pemberian gred

b) Mengecualikan pelajar dari suatu aktiviti

c) Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi

d) Menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu dan

e) Menentu aktiviti tertentu.

3. Memilih wakil - Hasil penilaian juga boleh diguna untuk memberi maklumat bagi

tujuan memilih wakil sekolah. Penilaian menggunakan kriteria-kriteria tertentu

membolehkan proses pemilihan dilaksanakan dengan lebih saksama.

4. Memotivasikan individu - memberi maklum balas prestasi kepada seseorang

murid. Ia dapat memberi kesan positif kepada murid berkenaan. Sebaliknya jika

|

Page 26: Nota PJM 3110

PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012

EN. JAIS SAIRUS

keputusan penilaian disalahgunakan makan kesan negatif akan timbul dan ini akan

menyebabkan seseorang itu menjadi hampa dan putus asa.

5. Menilai pengajaran dan program pendidikan jasmani - Digunakan untuk

menentukan pencapaian objektif program pendidikan jasmani dan kesihatan.

memberi maklum balas sama ada program tertentu berkesan. Ini memberi peluang

kepada guru dan pihak pentadbir untuk mengubah strategi pengajaran bagi

memastikan objektif yang diharapkan tercapai.

6. Membekalkan maklumat untuk kajian lain - Penilaian membolehkan maklumat

digunakan untuk kajian lain.

Ujian Kecerdasan

- Ujian kecerdasan digunakan untuk mengukur kecerdasan mental seseorang individu

atau perbezaan antara individu.

- Ujian ini banyak berubah mengikut perkembangan ilmu psikologi dalam bidang ini.

Bidang 48 OUM. pengujian kecerdasan bermula pada tahun 1796.

- Ujian ini terus berkembang apabila Galton, pada tahun 1969, cuba mengukur

ketajaman deria, gambaran mental dan pencapaian intelektual antara pelajar-pelajar

genius.

- Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat dalam pengukuran kecerdasan mental

termasuklah Wundt, Cattell dan Binet (Abu Bakar,1986).

- Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah ujian Binet-Simon. Ujian kecerdasan

mental bagi kanak-kanak tidak menekankan aspek kebahasaan, tetapi

menggunakan gambar rajah, oleh sebab aspek ini belum mereka kuasai.

- Ujian kecerdasan memberikan bukti, secara tidak langsung, tentang potensi yang

ditunjukkan oleh murid-murid berdasarkan prestasi mereka dalam ujian tersebut.

Ujian ini kerap digunakan untuk membuat telahan pencapaian di sekolah atau

institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian kecerdasan lain ialah Ujian Skala Stanford-

Binet, Ujian Weschler dan Ujian Lorge-Thorndike.

Ujian kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada:

|

Page 27: Nota PJM 3110

PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012

EN. JAIS SAIRUS

i. berlandaskan kesihatan

- Komposisi Badan 

- Fleksibiliti 

- Daya Tahan Kardiovaskular 

- Kekuatan Otot 

- Daya Tahan Otot 

ii. berlandaskan kemahiran motor

- Kelajuan 

- Koordinasi

- Ketangkasan

- Kuasa

- Imbangan

- Masa Reaksi

|