nota peringatan keselamatan makanan

Click here to load reader

Post on 25-Jul-2015

105 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

02.Layout

12/16/09

1:31 PM

Page 1

Kata-Kata AluanTIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA Bismillahirrahmanirrahimm. Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Satu Malaysia.Kerjasama yang erat antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sudah lama terjalin. Keduadua Kementerian sentiasa bersatu hati mewarnakan kehidupan yang sihat, ceria dan berilmu kepada generasi baru sebelum mereka meneroka dunia sebenar yang lebih mencabar. Bagi Kementerian Kesihatan Malaysia, pelbagai tindakan dan inisiatif telah diambil untuk genersai baru atau lebih dikenali sebagai pelajar ini dalam memastikan keselamatan makanan mereka di sekolah. Selain promosi-promosi kesihatan dan Program Pemeriksaan Sendiri di Kantin dan Dapur Asrama Sekolah (KENDIRI), Nota Peringatan Berkaitan Keselamatan Makanan ini disediakan khas untuk dibacakan kepada para pelajar semasa setaip kali perhimpunan di sekolah. Kaedah pembacaan yang berulang-ulang ini diharap dapat meningkatkan keupayaan ingatan yang berkekalan kepada pendengar. Dari masa ke semasa, Kementerian akan cuba menambah bahan lain yang dapat menarik perhatian pelajar. S aya dengan bangganya mengucapkan syabas kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan kerana telah berjaya menerbitkan Nota Peringatan Berkaitan Keselamatan Makanan ini. Harapan saya, semoga nota ini dapat digunakan sepenuhnya oleh para guru dalam meningkatkan kesedaran pelajar mengenai keselamatan dan kualiti makanan seteru s nya membudayakan amalan kebersihan dan keselamatan makanan dalam kehidupan mereka. Tahniah! BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

(DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN) Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia

02.Layout

12/16/09

1:31 PM

Page 2

Kata-Kata AluanKETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera Terima kasih dan tahniah kepada Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah memberi kesempatan untuk saya menyampaikan kata-kata aluan dan juga atas kejayaannya menghasilkan Nota Peringatan Berkaitan Keselamatan Makanan. Penghasilan Nota Peringatan ini merupakan satu usaha dalam menyediakan asas pengetahuan berhubung keselamatan makanan kepada para pelajar sekolah rendah khususnya. Adalah diharapkan dengan adanya Nota Peringatan ini, tahap pengetahuan para pelajar dapat ditingkatkan dan amalan kebersihan dan keselamatan makanan sentiasa menjadi amalan harian. Melalui Nota ini juga, diharap kes keracunan makanan dapat dikurangkan di seluruh negara. Akhir kata, saya menyeru agar guru-guru dapat menyampaikan Nota ini kepada para pelajar dengan sebaik mungkin mengikut kreativiti pengajaran guru masing-masing di sekolah. Kesedaran dan kepekaan pelajar terhadap pengambilan makanan yang selamat menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia. Tanpa Kuman, Makanan Selamat ! BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

(TAN SRI DATO SERI DR. HJ. MOHD ISMAIL BIN MERICAN) Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

02.Layout

12/16/09

1:31 PM

Page 3

Kata-Kata AluanTIMBALAN KETUA PENGARAH KESIHATAN Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera Syabas dan tahniah kepada Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan kerana telah menghasilkan Nota Peringatan Berkaitan Keselamatan Makanan dan setinggi-tinggi penghargaan ke rana memberi ruang untuk saya menurunkan sepatah dua kata. Sekolah adalah tempat untuk pelajar menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Menyedari hakikat ini, Nota peringatan dihasilkan bagi menyerapkan ruang ilmu asas keselamatan makanan kepada para pelajar. Ia adalah wajar dan seharusnya diwujudkan sejak dari dahulu lagi. Nota Peringatan ini dapat memperkasakan pelajar dengan pengetahuan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan. Ia juga dapat memberikan maklumat ringkas kepada pelajar berkaitan puncapunca dan tanda-tanda keracunan makanan, langkah pencegahan bagi mengelakkan keracunan makanan dan perkara yang perlu dilakukan sekiranya mengalami tanda-tanda keracunan makanan di sekolah. Dengan terbitnya Nota Peringatan ini, diharapkan dapat memberi gambaran yang luas kepada para pelajar tentang peri pentingnya keselamatan makanan bagi mengelakkan kejadian ke racunan makanan yang kebanyakannya berlaku di sekolah. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

(DATO DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN) Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan

02.Layout

12/16/09

1:31 PM

Page 4

Kata-Kata AluanPENGARAH Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Satu MalaysiaSaya amat bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana Nota Peringatan Berkaitan Keselamatan Makanan ini telah berjaya diterbitkan. Penerbitan nota ini menjadi titik tolak dalam meningkatkan kesedaran kepada warga sekolah untuk sama-sama memastikan makanan yang diambil seharian adalah selamat. Penerbitan Nota Peringatan ini merupakan salah satu usaha Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membantu pihak sekolah dalam memastikan keselamatan makanan dan seterusnya menangani kejadian keracunan makanan terutamanya di sekolah. Saya yakin bahawa nota ini akan dapat menyampaikan dan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman para pelajar terhadap kepentingan keselamatan makanan dan kaedah untuk memastikan makanan yang diambil adalah selamat. Seterusnya adalah diharapkan para pelajar akan mengamalkan pengetahuan tersebut khususnya dalam aspek mencuci tangan yang betul kerana kebanyakan kes keracunan makanan berpunca daripada kealpaan terhadap aspek kebersihan tangan. Bagi pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, saya mengucapkan tahniah kepada kumpulan kerja teknikal Nota Peringatan Keselamatan Makanan dan pihak lain yang terlibat yang turut menyumbang di dalam menghasilkan Nota Peringatan ini. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

(NORAINI BT DATO MOHD OTHMAN) Pengarah

02.Layout

12/16/09

1:31 PM

Page 5

PengenalanNota Peringatan ini disediakan bagi memperkasakan pelajar dengan pengetahuan berkaitan ke b e rsihan dan keselamatan makanan. Nota ini memberikan maklumat ringkas kepada pelajar berkaitan punca-punca dan tanda-tanda keracunan makanan, langkah pencegahan bagi mengelakkan keracunan makanan dan perkara yang perlu dilakukan sekira nya mengalami tanda-tanda keracunan makanan di sekolah. Isi kandungan nota peringatan ini terdiri dari tiga (3) bahagian iaitu Penjelasan Ringkas, Nota Pelajar dan Panduan Guru. Penjelasan ringkas selepas setiap tajuk merupakan pengenalan dan objektif tajuk bagi setiap nota peringatan. Nota pelajar ialah mesej penting yang akan disampaikan oleh guru kepada pelajar. Panduan guru pula merupakan mesej tambahan yang boleh membantu guru semasa menyampaikan ucapan atau taklimat. Guru boleh menggunakan kreativiti masing-masing untuk menarik perhatian pelajar semasa menyampaikan ucapan atau taklimat tersebut. Adalah diharapkan nota ini akan dapat membantu dalam mempertingkatkan tahap kesedaran pelajar mengenai keselamatan dan kualiti makanan dan seterusnya membu d ayakan amalan kebersihan dan keselamatan makanan dalam kehidupan mereka. Pencegahan awal penyakit keracunan makanan bermula dari pelajar itu sendiri melalui amalan kebersihan dalam kehidupan harian sama ada semasa makan mahupun semasa memilih premis makanan.

02.Layout

12/16/09

1:31 PM

Page 6

KandunganNota 1 : Keracunan Makanan Dan Langkah Pencegahannya. Nota 2 : Penyebab Keracunan Makanan Dan Tindakan Sekiranya Mengalami Keracunan Makanan. Nota 3 : Makanan Yang Dibekal Dari Rumah. Nota 4 : Kepentingan Dan Langkah Membasuh Tangan Yang Betul. Nota 5 : Percayakan Deria Anda Semasa Memilih Makanan. Nota 6 : Kepentingan Membaca Label Pada Produk Makanan.

02.Layout

12/16/09

1:31 PM

Page 7

02.Layout

12/16/09

1:31 PM

Page 9

Nota 1Keracunan Makanan Dan Langkah PencegahannyaNota ini disediakan untuk memberi kefahaman mengenai definisi keracunan makanan, tanda keracunan makanan dan langkah asas pencegahan keracunan makanan.Nota Pelajar Panduan Guru Idea: Guru boleh mengaitkan keskes keracunan makanan yang pernah berlaku di sekolahsekolah atau ceritakan keskes yang pernah disiarkan oleh media. Info: Masa paling singkat untuk seseorang mengalami tanda-tanda keracunan makanan adalah setengah jam bergantung1.1

Keracunan makanan ialah penyakit yang berlaku selepas makan makanan yang telah tercemar atau tidak disediakan dengan cara yang betul dan selamat. Tanda-tanda keracunan makanan ialah: 1. Loya dan muntah, 2. Memulas dan sakit perut, 3. Cirit-birit, 4. Demam dan kesejukan. Tanda-tanda keracunan makanan biasanya boleh dilihat selepas beberapa jam mengambil makanan atau minuman tercemar.

02.Layout

12/16/09

1:31 PM

Page 10

Nota Pelajar

Panduan Guru kepada daya ketahanan individu, umur dan jumlah racun yang termakan.

Makanan atau minuman tercemar disebabkan oleh: 1. Kuman atau mikroorganisma berbahaya. Adalah penyebab utama kepada pencemaran makanan dan keracunan makanan. 2. Bahan kimia yang merbahaya seperti racun serangga. 3. Bendasing seperti rambut, lipas, dawai kokot, lidi, kaca, serpihan kayu dan sebagainya. Bendasing tidak memberi sebarang tanda keracunan tetapi amat berbahaya kerana boleh meyebabkan luka kepada organ dalaman.

Info: Kuman atau mikroorganisma terdiri daripada bakteria, kulat, yis, parasit dan virus. Contoh bakteria yang berbahaya seperti Staphylococcus aurens dan Escherichia coli yang banyak terdapat pada tubuh manusia.

1.2

02.Layout

12/16/09

1:31 PM

Page 11

Nota Pelajar LANGKAH PENCEGAHAN

Panduan Guru

Mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan: 1. Sentiasa membasuh tangan Sebelum dan selepas makan, Selepas keluar dari tandas, Selepas bermain. 2. Sentiasa berkuku pendek Kuku panjang boleh menjadi tempat pembiakan kuman. Kuku panjang susah diber

View more