nota-pengujian litar

8
PENGUJIAN LITAR 1. Sesuatu pemasangan elektrik yang telah siap perlu menjalani proses pengujian sebelum diberikan bekalan. 2. Mempastikan pemasangan itu betul-betul selamat dan mematuhi peraturan IEE . Tujuan pengujian bagi pemasangan 1. Pemeriksaan dan pengujian bagi pemasangan baru. diuji terlebih dahulu sebelum digunakan bagi mempastikan pemasangan selamat untuk digunakan dan memenuhi piawaian peraturan IEE . 2. Pemeriksaan dan pengujian bagi pemasangan penambahan atau pengubahsuaian. 3. Pemeriksaan dan pengujian bagi pemasangan elektrik yang sedia ada. 4. Sesuatu pengujian haruslah mengesahkan keterusan semua pengalir (termasuk pengalir pelindung) dalam setiap litar akhir gelang. 5. Setiap pengalir haruslah diuji secara berasingan untuk mengesahkan keadaan sesuatu pengalir dengan cara penyambungannya bagi penerus pengalir bumi. 6. Untuk menguji rintangan penebat semua penyambung fius berada ditempatnya, semua suis (termasuk suis utama) ditutup kecuali

Upload: fiedyareen

Post on 29-Jun-2015

1.132 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: nota-pengujian litar

PENGUJIAN LITAR

1. Sesuatu pemasangan elektrik yang telah siap perlu menjalani proses pengujian sebelum

diberikan bekalan.

2. Mempastikan pemasangan itu betul-betul selamat dan mematuhi peraturan IEE .

Tujuan pengujian bagi pemasangan

1. Pemeriksaan dan pengujian bagi pemasangan baru.

diuji terlebih dahulu sebelum digunakan bagi mempastikan pemasangan selamat

untuk digunakan dan memenuhi piawaian peraturan IEE .

2. Pemeriksaan dan pengujian bagi pemasangan penambahan atau pengubahsuaian.

3. Pemeriksaan dan pengujian bagi pemasangan elektrik yang sedia ada.

4. Sesuatu pengujian haruslah mengesahkan keterusan semua pengalir (termasuk

pengalir pelindung) dalam setiap litar akhir gelang.

5. Setiap pengalir haruslah diuji secara berasingan untuk mengesahkan keadaan sesuatu

pengalir dengan cara penyambungannya bagi penerus pengalir bumi.

6. Untuk menguji rintangan penebat semua penyambung fius berada ditempatnya, semua

suis (termasuk suis utama) ditutup kecuali untuk pemasangan TN-C, semua tiang atau

fasa pendawaian disambungkan bersama secara elektrik

7. Rintangan penebat ke bumi haruskah tidak kurang daripada 1 megaohm.

8. Bagi rintangan elektrod bumi, arus ulang-alik yang bernilai stabil dibekalkan antara

elektrod bumi T dan elektrod bumi tambahan T1 yang diletakkan pada suatu jarak

tertentu dari T supaya kawasan rintangan kedua-dua elektrod tidak tertindih.

Page 2: nota-pengujian litar

Perkara-perkara yang perlu diperiksa;-

1. Sambungan pengalir ketat dan baik

2. Pengenalan dan kod warna kabel betul

3. Pemilihan saiz kabel yang betul

4. Halangan dan sawar yang baik

5. Perlindungan daripada bahaya renjatan ada disediakan dan masih baik

6. Label pengenalan litar, fius dan fungsi suis handaklah diletakkan dan disediakan

7. Papan-papan tanda amaran bahaya hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai

8. Gambarajah, arahan dan maklumat pemasangan hendaklah disediakan

9. Notis tarikh ujian semula ada dicatatkan

10. Plat nama kontraktor terpasang di tempat yang sepatutnya

11. Memeriksa keadaan fizikal peranti dan kelengkapan yang digunakan untuk memastikan

samada sesuai kadarannya atau sebaliknya dan berada dalam keadaan baik serta

selamat

Kaedah-kaedah ujian yang dijalankan.

1. Ujian keterusan litar akhir gelang.

- Ianya bertujuan untuk memastikan setiap pengalir mempunyai keterusan disepanjang litar

gelang.

2. Ujian pengalir perlindungan, termasuklah pengalir ikatan utama dan tambahan.

- Ianya bertujuan untuk memastikan ia disambung secara betul dan berkesan.

3. Ujian rintangan alektrod bumi.

- Ianya dijalankan sekiranya nilai bacaan ujian galangan gelung bumi tinggi daripada had.

- Juga menguji keterusan elektrod bumi yang telah dipasang.

4. Ujian Rintangan Penebatan

- Ianya bertujuan untuk memastikan ketahanan penebatan antara pengalir dan ketahanan

Page 3: nota-pengujian litar

antara pengalir dengan bumi tidak berlaku sebarang kebocoran atau litar pintas.

- Pendek kata untuk memastikan tidak ada sebarang litar pintas di dalam pemasangan

5. Ujian kekutuban

- Ianya bertujuan untuk memastikan sambungan kekutuban pada setiap alat tambah dan

alat elektrik berada pada tempat yang betul.

6. Ujian galangan gelung kerosakan ke bumi

- Ianya bertujuan untuk mengetahui nilai galangan gelung bumi pada sesuatu pemasangan

bagi menentukan jenis perlindungan kebocoran ke bumi yang sesuai digunakan.

7. Ujian Kendalian Pemutus Litar Bocor Ke Bumi

- Ianya bertujuan untuk memastikan keberkesanan pengendalian pemutus litar bocor ke

bumi ketika arus bocor ke bumi berlaku.

Alat-alat Pengukuran Yang Digunakan Bagi Pengujian.

- Alat penguji yang digunakan ialah Jangka Ohm atau meter Ohm.

- Peralatan yang digunakan ialah seperti meter volt, meter penguji bumi, penguji bumi

transistor,

dua belitan yang beserta meter volt dan meter ampere.

- Jangka meger Ohm ( Meger Ohm tester ), meter Ohm.

- Loceng penguji, lampu penguji dan jangka volt.

- Jangka penguji talian bumi ( meger earth line tester ), meter volt.

- Alat pengukir seperti pengubah dua lilitan dengan voltan sekunder tidak melebihi 45 volt.

Page 4: nota-pengujian litar

Kaedah mengesan kerosakan

1. Punca Kerosakan

- Terdapat tiga jenis kerosakan

a. Litar terbuka

b. Litar pintas

c. Kerosakan bumi.

2. Litar terbuka disebabkan oleh kabel putus, kabel terkeluar dari punca sambungan dan

sesentuh suis atau pemegang lampu atau soket alur keluar tidak berapa baik.

3. Litar pintas biasanya berlaku apabila pengalir fasa dan neutral bersentuh di antara satu

sama lain. Punca terjadi perkara tersebut adalah disebabkan oleh kabel rosak atau

pengalir-pengalir yang longgar dari punca sambungan hingga bersentuhan dengan

pengalir

kutub yang berlawanan.

4. Kerosakan bumi terjadi apabila pengalir fasa sentuh dengan pengalir bumi atau badan

( logam ) alat perkakasan elektrik.

Langkah-langkah mengesan kerosakan

1. Mengesan kerosakan litar terbuka

- Putuskan bekalan utama.

- Sambungkan punca L dan N dalam P.F.A ke punca bumi mengikut Rajah 9.1.

- Suis (S) hendaklah ditutup.

- Dengan jangka ohm atau loceng penguji, sambungkan plumbum penguji di antara

punca bumi (konduit) dan punca A, B dan C mengikut giliran.

- Bacaan jangka ohm rintangan tinggi atau loceng penguji tidak bunyi ini menunjukkan

pengalir kabel tersebut putus atau suis rosak. Ujian ini menunjukkan pengalir kabel B

putus.

Page 5: nota-pengujian litar

2. Mengesan kerosakan litar pintas

- Tanggalkan pengalir fasa dan neutral bagi litar yang dijangkakan daripada papan agihan.

- Bukakan (OFF) semua suis dalam litar.

- Tanggalkan semua beban.

- Jalankan ujian rintangan penebatan.

- Sambungkan prob penguji jangka ohm di antara pengalir fasa dan neutral di dalam papan

agihan.

- Tutupkan “ON” setiap suis mengikut giliran sehungga bacaan jangka ohm menunjukkan

rintangan rendah atau sifar.

- Kerosakan akan terjadi daripada suis yang menunjukkan rintangan rendah.

- Buatkan pembetulan ke atas punca kerosakan.

3. Mengesan kerosakan bumi

- Lakukan ujian seperti rajah di bawah :

Pengujian kerosakan bumi

Page 6: nota-pengujian litar