nota moral

58
Tuesday, November 23, 2010 Pemikiran Moral Naturalis, Emotivis, Intuitionis, dan Rasionalis Pemikiran Moral Naturalis, Emotivis, Intuitionis, dan Rasionalis Pemikiran Naturalis Definisi dan ciri-ciri : Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam keadaannya yang sebenar. Menurut Peter R.S. dalam Ethnics and Education, tabii (nature)manusia perlu diketahui sebelum memahami cara bagaimana mereka harus hidup. Ahli-ahli falsafah bersetuju bahawa manusia adalah rasional secara tabii atau semulajadi berbanding dengan haiwan yang lain. Manusia jauh berbeza dripada haiwan kerana manusia mempunyai keupayaan untuk berfikir dan bertindak secara rasional dengan menggunakan akal. Manusia juga boleh menaakul serta meletakkan batasan-batasan terhadap kehendak-kehendak mereka. Secara tabii, manusia mempunyai kebolehan untuk membentuk dan mengekalkan hubungan peribadi, jadi mereka dapat menggalakkan pembentukan hubungan yang baik sesama sendiri atau dengan ahli-ahli yang lain. Persahabatan ini tidak terdapat di antara haiwan yang lain. Haiwan lain memang tidak dapat menghormati antara satu sama lain. Ini bermakna mereka menganggap hubungan seperti hubungan kekeluargaan sebagai hubungan yang biasa dan bermoral manakala hubungan atau kelakuan seperti hubungan seks sebagai kelakuan yang tidak bermoral. Kecenderungan individu untuk menerima apa sahaja keadaan yang sebenar dapat dikatakan berfikiran naturalis. Pemikiran ini dikritik kerana dianggap sebagai falasi naturalistik iaitu tanggapan bahawa wanita seharusnya menjadi suri rumah sahaja dan lelaki adalah yang memberi nafkah kepada keluarga dan ini adalah tidak wajar dan masyarakat sudah berubah dari zaman kuno kepada zaman moden. Secara logik, sesuatu tidak boleh ditentukan secara langsung dengan berdasarkan sesuatu situasi sahaja. Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:

Upload: kukavina-rahul

Post on 26-Oct-2015

138 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Tuesday, November 23, 2010

Pemikiran Moral Naturalis, Emotivis, Intuitionis, dan RasionalisPemikiran Moral Naturalis, Emotivis, Intuitionis, dan Rasionalis

Pemikiran Naturalis

Definisi     dan ciri-ciri :

Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam keadaannya yang sebenar. Menurut Peter R.S. dalam Ethnics and Education, tabii (nature)manusia perlu diketahui sebelum memahami cara bagaimana mereka harus hidup. Ahli-ahli falsafah bersetuju bahawa manusia adalah rasional secara tabii atau semulajadi berbanding dengan haiwan yang lain.  Manusia jauh berbeza dripada haiwan kerana manusia mempunyai keupayaan untuk berfikir dan bertindak secara rasional dengan menggunakan akal. Manusia juga boleh menaakul serta meletakkan batasan-batasan terhadap kehendak-kehendak mereka.

Secara tabii, manusia mempunyai kebolehan untuk membentuk dan mengekalkan hubungan peribadi, jadi mereka dapat menggalakkan pembentukan hubungan yang baik sesama sendiri atau dengan ahli-ahli yang lain. Persahabatan ini tidak terdapat di antara haiwan yang lain. Haiwan lain memang tidak dapat menghormati antara satu sama lain. Ini bermakna mereka menganggap hubungan seperti hubungan kekeluargaan sebagai hubungan yang biasa dan bermoral manakala hubungan atau kelakuan seperti hubungan seks sebagai kelakuan yang tidak bermoral.

Kecenderungan individu untuk menerima apa sahaja keadaan yang sebenar dapat dikatakan berfikiran naturalis. Pemikiran ini dikritik kerana dianggap sebagai falasi naturalistik iaitu tanggapan bahawa wanita seharusnya menjadi suri rumah sahaja dan lelaki adalah yang memberi nafkah kepada keluarga dan ini adalah tidak wajar dan masyarakat sudah berubah dari zaman kuno kepada zaman moden.  

Secara logik, sesuatu tidak boleh ditentukan secara langsung dengan berdasarkan sesuatu situasi sahaja.

 

Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:

Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan peperiksaan percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut mengeluh dan menerima keputusan itu dengan mengatakan memang dia bodoh,

belajar macam mana pun begitu juga prestasinya. Dia tidak berusaha untuk mencari alasan-alasan yang menyebabkan dia mendapat markah yang rendah.

Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki secupak takkan jadi segantang. Lantaran itu mereka terus menerus miskin walau pun negara telah merdeka 47 tahun yang lalu.

Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan penduduknya percaya bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri iaitu tujuh keturunan menjadi padang jarak padang tekukur. Dengan kata lain mereka menerima sumpahan Mahsuri hingga menyebabkan kurang daya usaha untuk membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh keturunan berakhir.

Pemikiran Emotivis

Definisi  dan ciri-ciri :

Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada perasaan gembira mahupun sedih.

Emotivis berasal dari perkataan emosi yang merujuk kepada kebangkitan perasaan. Emotivis menerangkan bahawa pertimbangan moral bukanlah mengikut pernyataan fakta seperti yang dinyatakan oleh naturalis, tetapi adalah mengikut emosi, sikap atau perasaan.

Menurut golongan emotivis,individu-individu tersebut hanya menyatakan perasaan mereka dan pada masa yang sama mungkin menimbulkan perasaaan yang sama di kalangan orang-orang yang mendengar pernyataan-pernyataan itu. Dengan kata lain, golongan emotivis berpendapat bahawa pentafsiran-pentafsiran moral tidak menyampaikan maklumat-maklumat mengenai dunia ini tetapi hanya merupakan pernyataan mengenai emosi atau perasaan orang yang membuat pentafsiran atau pernyataan-pernyataan moral.

Berdasarkan pertimbangan moral, seseorang itu mula-mula menyatakan perasaannya dan kemudian akan cuba mengajak orang lain berkongsi perasaan itu.

Menurut pandangan emotivis, pertimbangan moral adalah subjektif, dan tidak memerlukan sebarang teori asas yang istimewa atau yang boleh mendukung perlakuan moral. Pandangan emotivis memberi sumbangan dengan memperkenalkan satu dimensi yang penting yang bukan sahaja berfokus kepada pemikiran rasional, malah emosi moral. Golongan emotivis cuba menganalisis “apa yang salah” dari segi emosi, sikap atau perasaan yang tidak dipersetujui. Tetapi konsep “tidak dipersetujui” mengandaikan terlebih dahulu penanggapan “salah”. Pentafsiran-pentafsiran seperti ini mempunyai unsur emosi atau perasaan. Jelaslah bahawa kelemahan teori emotivis ialah ia tidak mempunyai konsep “emosi” yang lengkap.

Kritikan terhadap pandangan ini adalah kerana terdapat tindak balas emosi berlainan terhadap situasi yang sama. Ini memungkinkan keputusan dibuat secara sewenang-wenangnya dan tidak dikaji terlebih dahulu.

Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:

Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30an di tempat letak kereta Gedung Membeli Belah  Giant kerana wanita tersebut enggan menyerah keretanya kepada perompak tersebut.

Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami tanpa berfikir panjang lalu menceraikannya, menyiksa atau membunuhnya.

Murid Tingkatan Empat menumbuk guru kelas yang menyindir keturunan murid tersebut

Bersikap seperti marahkan pijat kelambu dibakar

Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan

Menghalau anak dari rumah kerana anak itu telah menconteng arang di muka keluarga.

Sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang gadis itu membunuh salah seorang daripada saudara kumpulan lelaki tersebut.

Lupin berasa marah apabila didapati tugasannya telah diberi markah yang rendah oleh pensyarahnya. Mengenai markah yang rendah itu, Lupin mungkin berkata , “Pensyarah itu aneh betul! Adakah dia membaca dan meneliti tugasan saya dengan rapi? Mungkin tidak. Pemalas!”Pemikiran Intuitionis

Definisi  dan ciri-ciri :

Adakalanya, kita tahu kita boleh mempercayai seseorang walaupun kita baru pertama kali menemui orang itu. Setengah-setengah orang merasakan mereka tahu perkara-perkara seperti ini. Pengetahuan ini diperoleh melalui intuisi. Perkataan ‘intuisi’ berasal daripada perkataan Latinintueor yang bermakna ‘saya memandang tepat kepada sesuatu’. Ia merupakan satu proses ‘melihat’ atau ‘memahami’ secara intelek. Menurut pandangan intuisionis, pengetahuan ini boleh diperoleh melalui fahaman atau pengertian langsung.

Aliran pemikiran ini merujuk satu proses ‘melihat’ dan ‘memahami’ secara spontan. Aliran ini ada kaitannya dengan gerak hati. Dengan itu, tindakan seseorang individu yang berfikiran intuisionis adalah berlandaskan apa yang dirasai di dalam hatinya. Orang tua yang bijak telah mengalami 1001 pengalaman hidup oleh itu apabila mereka menghadapi sesuatu masalah atau isu, mereka dapat membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat. Bak kata pepatah Melayu ‘terkilat ikan di air sudah tahu jantan betina’.

Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran pemikiran ini juga boleh dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal. Kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran ini. Maka berkatalah Munsyi Abdullah, intelek Melayu dalam bahasa indahnya, ‘lagi kutebas pohon di hutan, baru kutahu luasnya bentara’.

Kesimpulannya, orang yang terlebih dahulu makan garam, maka teballah intuisionisnya berbanding dengan gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki ‘don juan’ atau ‘kasanova’ lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau; sebab itulah mereka mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis lelaki hidung belangAntaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:

Gerak hati orang tua ketika menilai bakal menantu pada kali pertama berdasarkan timbunan pengalaman lalu serta kematangan fikiran lantaran faktor usia.

Gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki ‘don juan’ atau ‘kasanova’ lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau kerana mereka mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis lelaki hidung belang.

Sekiranya Vinod, seorang pelatih, berfikiran intuisionis, mungkin akan berkata sedemikian mengenai markah yang rendah diperoleh bagi kerja kursusnya, ‘Cis! Pensyarah itu memang tidak suka pada saya, sebab itulah markah saya rendah. Lain kali, saya tak akan bekerjasama dengannya.’Pemikiran Rasionalis

Definisi  dan ciri-ciri :

Rasionalis berasal daripada perkataan ‘ratio’ yang bermakna ‘reason’ atau sebab. Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan logik.

Beza antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang waras akan menggunakan akal fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan dengan bijak, menyelesaikan masalah, merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia sejagat.   Kes-kes bunuh diri, menggunakan keganasan untuk mendapat sesuatu,  bukanlah berpunca daripada pemikiran rasional.

Ahli-ahli falsafah yang menekankan penaakulan atau pemikiran sebagai faktor utama dalam pengetahuan sebagai rasionalis. Golongan rasionalis mempunyai pendangan bahawa kita mengetahui sesuatu hasil daripada pemikiran kita; bahawa fikiran kita berupaya menemui kebenaran dengan dirinya sendiri. Mengikut pandangan ini, pengetahuan diperoleh dengan cara membandingkan idea dengan idea-idea lain. Golongan rasionalis berpendapat bahawa pancaidera-pancaidera dengan sendirinya tidak dapat menghasilkan pentafsiran-pentafsiran

yang sah. Pengalaman-pengalaman yang diperoleh melalui pancaindera kita seperti penglihatan, pendengaranm sentuhan, bau dan rasa hanya merupakan bahan-bahan mentah pengetahuan. Pengalaman-pengalaman yang diperoleh itu perlu disusun oleh pemikiran kita supaya membentuk satu sistem yang bermakna sebelum ia menjadi pengetahuan. Bagi golongan rasionalis, pengetahuan itu diperoleh daripada konsep-konsep, prinsip-prinsip dan hukum-hukum, bukan daripada deria fizikal sahaja.

Menurut golongan rasionalis lagi, manusia mempunyai keupayaan untuk mengetahui dengan pasti, pelbagai kebenaran mengenai kebenaran bumi yang tidak dapat diberikan oleh pacaindera semata-mata

Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:

Kalau Abu lebih berat daripada Lupin dan Lupin lebih berat daripada Seng Hui, maka Abu adalah lebih berat daripada Seng Hui.

Dua tambah dua bersamaan dengan empat.

Jumlah tiga sudut dalam bagi sebuah segitiga ialah 180° atau dua sudut tepat.

Siti, seorang guru pelatih, telah menyempurnakan kerja kursus alat pandang dengar dengan baik tetapi markah yang diperolehnya adalah rendah. Siti, yang menunjukkan aliran pemikiran rasionalis mungkin berkata, ‘Apakah sebab-sebabnya tugasan saya kurang elok? Mungkinkah gambar-gambar yang saya gunakan itu kurang jelas? Elok saya tanya pensyarah saya supaya saya tidak mengulangi kesalahan-kesalahan itu pada masa yang datang.’Posted by Tree Builder 

Aliran Pemikiran Moral

3.1  Naturalis

Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu itu dalam

keadaannya yang sebenar. Kecenderungan individu untuk menerima sahaja

keadaan yang sebenarnya dapat dikatakan berfikiran naturalis.

Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang

berfikiran sedemikian ialah:

Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan

peperiksaan percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut

mengeluh dan menerima keputusan itu dengan mengatakan memang dia bodoh,

belajar macam mana pun begitu juga prestasinya.

Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki

secupak takkan jadi segantang. Lantaran itu mereka terus menerus miskin walau

pun negara telah merdeka 52 tahun yang lalu.

Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan

penduduknya percaya bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri iaitu tujuh

keturunan menjadi padang jarak padang tekukur. Dengan kata lain mereka

menerima sumpahan Mahsuri hingga menyebabkan kurang daya usaha untuk

membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh keturunan berakhir.

2.2  Emotivis

Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau

emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada

perasaan gembira mahupun sedih.

Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang

berfikiran sedemikian ialah:

Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30an di

tempat letak kereta Gedung Membeli Belah  Giant kerana wanita tersebut enggan

menyerah keretanya kepada perompak tersebut.

Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami tanpa berfikir

panjang lalu menceraikannya, menyiksa atau membunuhnya.

Murid Tingkatan Empat menumbuk guru kelas yang menyindir keturunan

murid tersebut

Bersikap seperti marahkan pijat kelambu dibakar

Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan

Menghalau anak dari rumah kerana anak itu telah menconteng arang di muka

keluarga.

Sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang gadis itu membunuh

salah seorang daripada saudara kumpulan lelaki tersebut.

2.3   Intuisionis

Aliran pemikiran ini merujuk  satu proses ‘melihat’ dan ‘memahami’ secara spontan.

Aliran ini ada kaitannya dengan bisikan hati.  Orang tua yang bijak telah mengalami

1001 pengalaman hidup oleh itu apabila mereka menghadapi sesuatu masalah atau

isu, mereka dapat membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat. Bak kata

pepatah Melayu ‘terkilat ikan di air sudah tahu jantan betina’. Gerak hati mereka

ketika menilai bakal menantu pada kali pertama berdasarkan timbunan pengalaman

lalu serta kematangan fikiran lantaran faktor usia.

Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi

dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran pemikiran ini juga boleh

dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal. Kemunculan idea yang meledak

secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh

dikaitkan dengan aliran pemikiran ini. Maka berkatalah Munsyi Abdullah, intelek

Melayu dalam bahasa indahnya, ‘lagi kutebas pohon di hutan, baru kutahu luasnya

bentara’.

Kesimpulannya, orang yang terlebih dahulu makan garam, maka teballah

intuisionisnya berbanding dengan gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki ‘don

juan’ atau ‘kasanova’ lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau; sebab itulah

mereka mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis lelaki hidung belang.

2.4  Rasionalis

Rasionalis berasal daripada perkataan ‘ratio’ yang bermakna ‘reason’ atau sebab.

Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam sekitar

dan semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan logik.

Beza antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang waras akan

menggunakan akal fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan dengan bijak,

menyelesaikan masalah, merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia

sejagat.   Kes-kes bunuh diri, menggunakan keganasan untuk mendapat sesuatu, 

bukanlah berpunca daripada pemikiran rasional.

Walau bagaimanapun bukan semua perkara boleh ditaakulkan. Perkara-perkara

yang berhubung dengan ketuhanan adalah sesuatu yang abstrak dan tidak boleh

dihujah dengan logik akal biar pun 1000  orang cerdik pandai berhimpun untuk

mencari logiknya. Contohnya perkara tentang HariKiamat, kewujudan Tuhan, Hari

Pembalasan dan sebagainya.

Setiap manusia mempunyai keburukan dan kebaikan mereka tersendiri.Ada yang ketaradan nampak dimata,ada yang tersembunyi dan diketahui oleh diri mereka sendiri.Saya sendirisebagai seorang manusia di dunia ini tidak terkecuali dari  membuat kesilapan danmempunyai keburukan .Salah satu keburukan saya ialah saya bertindak dan membuat keputusan mengikutemosi.Dalam sesuatu perkara,seperti membuat keputusan dalam keadaan sayaberemosi,saya selalunya melakukan kesilapan.sebagai contoh,saya dalam keadaan marahdan

tidak stabil,sedang melakukan  perbincangan dalam kumpulan,pendapat saya tidakditerima,jadi saya mudah melenting dan bertindak serta mengeluarkan kata kata berasaskanemosi yang sedang meluap luap.Ini digambarkan dengan pemikiran emotivis yang terdapatdari aliran pemikiran moral.Dalam pemikiran emotivisme,ia merujuk kepada manusia yangbertindak mengikut perasaan atau emosi dan tidak melihat kepada fakta atau bukti.Disampingitu,dalam pemikiran emotivis ini biasanya agresif dan kuat cemburu.Mereka yang beradadalam keadaan stress atau tertekan juga cenderung untuk menjadi seorang emotivis.Untukmengatasi masalah ini,saya merasakan bahawa saya patut melakukan perkara yang dapatmengurangkan tekanan untuk sya dapat bertindak lebih waras dan tidak terlalu mengikutemosi atau dengan kata lain menjadi seorang emotivis.Demi untuk kebaikan diri dan masadepan,saya harus berubah dan berusahah untuk membaiki diri agar menjadi lebih baik

Aliran pemikiran moral (Naturalis, Emotivis, Intuisionis, Rasionalis)

Naturalis-          Aliran pemikiran yg menggambarkan kpd keadaan yg sebenarnya. Seorang yg pemikiran ini

melihat sst objek pd keadaan yg sebenarnya. Dia akn menerima apa yg ada dan tidak menyoal hakikat atau sebab2 wujudnya keadaan itu.

-          Org naturalis ini mpy sifat2:-a.       Hidup dlm keadaan tertekan krn tidak mahu atau dpt mengeluarkan pendapat.b.       Sentiasa merendahkan diri dan tidak mahu berinteraksi dgn org lain.c.       Tiada motivasi dan kurang berusaha.

Emotivis-          Emotivisme berasal dr perkataan emosi. Emosi ialah kebangkitan perasaan terhadap sst objek

atau situasi. Manusia pemikiran emotivis ini merujuk kpd mrk yg bertindak mengikut perasaan atau emosinya.

-          Sifat2:-a.       Agresif, pendiam, cepat tersinggung dan kuat cemburu.b.       Menghadapi tekanan emosi dan rasa keberatan utk bergaul dgn org lain.c.       Kelihatan keseorangan ttp rajin membaiki diri sendiri spy dpt perhatian org lain.

Intuisionis-          Merupakan suatu proses melihat dan memahami sst secara intelektual. Org ini biasanya

bertindak mengikut bisikan hati kecilnya. Pemikiran dan perasaan hanya menggunakan maklumat atau apa yg sedia ada di sekelilingnya.

-          Sifat2:-a.       Melihat, mentafsir dan bertindak mengikut gerak hatinya tanpa memikirkan akibat atau

kesannya.b.       Cepat membuat keputusan, mudah menerima arahan dan selalu mengubah pemikirannya.

Rasionalis-          Berasal dr perkataan “ratio” yg bermakna “reason” atau sebab. Pendekatan ini menekankan

nilai2 spt kebenaran, kegunaan dan mpy logiknya.-          Sifat2:-a.       Selalu mencari bukti dan kebenaran.b.       Selalu berfikir utk membaiki mutu kerjanya.

Moral merupakan cara melihat dan menilai sesuatu

isu berhubung dengan sesuatu tingkah laku

berdasarkan pandangan jagat dan budaya sesuatu

masyarakat.

Perbuatan yang serupa dilihat dari sudut yang

berlainan berdasarkan nilai yang dipegang oleh

masyarakat yang berbeza. Dalam aspek ini kerap

moral disamakan dengan etika.

Peter Baelz dalam bukunya Ethics and Belief

menyatakan bahawa “moral dan etika selalunya

mempunyai makna yang sama. Apakah faedah

membezakan di antara keduanya kera

PENGENALAN Rakyat Malaysia memang terkenal dengan amalan budaya ketimuran seperti berbudi bahasa dan bersopan santun. Melalui subjek Pendidikan Moral, nilai-nilai ketimuran dapat dipupuk kepada setiap pelajar awal-awal lagi. Ini juga amat berkait rapat dengan hasrat kerajaan untuk

menjadikan “Budi Bahasa Budaya Kita” yang boleh direalisasikan melalui amalan nilai murni yang terkandung di dalam Pendidikan Moral. Untuk itu, peranan Guru Pendidikan Moral adalah amat penting dalam melahirkan insan yang bermoral dan berakhlak mulia. 

i. Apakah yang dimaksudkan dengan profil insan bermoral? Menurut modul HBME3103 Pendidikan Moral Tahun 4, pada halaman 6, menyatakan insan bermoral merupakan individu yang melakukan kebaikan. Insan bermoral merujuk kepada individu yang mempunyai

tingkah laku baik yang diterima oleh sesebuah masyarakat. Perlakuan seseorang individu itu biasanya menggambarkan bentuk atau sifat pemikirannya terhadap perlakuan tersebut. Insan yang bermoral adalah individu yang mempunyai niat yang baik dan dijelmakan dengan perbuatan yang baik. Secara keseluruhannya insan yang bermoral tidak akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral walaupun niatnya baik. Ini kerana perbuatan yang tidak bermoral itu bertentangan dengan nilai norma dan peraturan dalam sesebuah masyarakat.

Insan bermoral juga adalah lahir daripada amalan nilai murni berasaskan kepada dimensi dan pegangan prinsip moralnya. Kekuatan untuk mengamal dan mempertahankan prinsip moral yang selari dengan peraturan masyarakat menjadi faktor utama dalam melahirkan insan bermoral. Ketekalan moral menguatkan pegangan “aku tetap aku” walau dalam apa keadaan dan di mana seseorang itu berada. Insan yang bermoral meliputi tiga dimensi iaitu penaakulan, emosi dan tingkahlaku moral.

Penaakulan nilai moral dalam pendidikan moral menjadi asas bagaimana seseorang individu menterjemahkan amalan nilai-nilai murni di dalam kehidupan sehariannya. Melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni yang diperoleh dalam pendidikan moral, sama ada secara formal atau tidak, akan dapat mewujudkan satu masyarakat yang bermoral tinggi. Amalan nilai murni suatu masyarakat itu bermula dari diri individu itu sendiri. Dengan perkataan lain, penaakulan moral bagi seseorang individu itu adalah berdasarkan kepada pemikiran yang bebas dan

rasional yang mana penekanan utamanya ialah memahami tentang nilai-nilai moral dan bertindak atau menunjukkan tingkah laku yang berasaskan nilai-nilai murni yang diterima dalam sesebuah masyarakat. Contohnya dengan memahami nilai rajin, bantu-membantu, baik hati dan semangat bermasyarakat, maka individu itu menyertai aktiviti gotong-royong (ini adalah penakulan moral induksi). Aktiviti seperti gotong-royong dapat memperlihatkan nilai yang diamalkan individu yang menyertainya iaitu nilai rajin, bantu-membantu, baik hati dan

semangat bermasyarakat (ini adalah penaakulan moral deduksi).

Perasaan moral atau emosi moral adalah berkaitan dengan emosi yang menunjukkan kehalusan perasaan individu yang mengandungi sentimen, simpati, empati, murah hati, motivasi dan sebagainya. Dalam amalan seharian perasaan moral ini, ianya melibatkan kepentingan harga diri (self esteem), kepentingan kepedulian, kawalan diri, menyayangi dan disayangi yang melibatkan hati nurani. Perasaan moral akan

menjadikan diri individu bertindak secara positif sekiranya mengamalkan emosi yang positif dan dapat mengawal emosi yang negatif. Dengan lain perkataan mendahulukan fikiran daripada perasaan.

Dimensi moral seterusnya dikenali sebagai perlakuan moral. Ia bermaksud tingkah laku dan tindakan seseorang individu terhadap tindakan dan keputusan yang ditunjukkan dengan rasa penuh tanggungjawab berdasarkan kepada penaakulan dan emosi moralnya. Tingkah laku ini

berkait rapat dengan ketekalan diri, kekuatan jati diri, dan kecekapan membuat keputusan dengan mengamalkan keadilan dan rasional. Anda perlu tahu bahawa sebenarnya emosi dan penaakulan moral adalah sama penting dari segi perlakuan moral.

Tingkah laku moral adalah dimensi moral yang menterjemahkan penaakulan dan emosi moral. Tingkah laku yang baik dan buruk adalah hasil daripada bagaimana seseorang itu menaakul dan menggunakan emosi moral dalam tingkah lakunya. Sebagai

contohnya, seseorang yang membantu orang lain dalam kesusahan seperti ditimpa kemalangan jalan raya adalah hasil daripada pemikiran baik hati iaitu “kita mesti membantu orang dalam kesusahan”. Di samping itu, emosi pula menyatakan rasa empati dan belas kasihan kepada orang yang dalam kesusahan. Sebenarnya ketiga-tiga dimensi moral ini adalah sama penting dalam penghayatan dan amalan dari segi moral.

Kupperman (1983) dalam Modul OUM HBME3103, melaporkan bahawa orang yang membuat

sesuatu yang tidak bermoral, tidak semestinya lebih bodoh atau lebih pandai berbanding dengan orang yang biasa. Bagaimanapun, individu yang tidak bermoral ini sentiasa tidak sensitif terhadap kesengsaraan mangsanya kerana kesukaran untuknya memperoleh perasaan moral. Apabila seseorang individu dapat menaakul secara rasional dan bebas, perlakuan individu dalam bentuk tingkah laku dan tindakan akan terhasil. Perlakuan ini akan dipengaruhi oleh emosi dan perasaan individu tersebut. Pada masa yang sama, perlakuan ini adalah bersifat moral, bukan hanya

mengikut perintah atau arahan daripada penaakulannya serta yakin penaakulan ini mudah dikawal oleh autoriti luaran. Sebaliknya penaakulan tanpa rasional dan tidak bebas, serta tidak disertai oleh emosi atau perasaan moral, akan menghasilkan perlakuan individu yang tidak berautonomi dan mungkin tidak bermoral. Ini menyebabkan tindakan atau tingkah lakunya telah bertentangan dengan keluhuran hatinya. 

Rumusannya, insan yang bermoral mengembangkan penaakulan moral, emosi moral

dan perlakuan moral dengan seimbang. Dengan lain perkataan, ketiga-tiga dimensi ini mesti saling berinteraksi atau mempengaruhi antara satu sama lain untuk membina satu insan yang bermoral. Secara umumnya, seseorang insan yang bermoral adalah insan yang berautonomi, rasional dan bebas dalam penaakulan, perlakuan dan perasaannya. (sumber: Modul HBME3103: Pendidikan Moral Tahun 4)

ii. Peranan guru dalam membentuk insan bermoral. Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah

antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan

oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Guru juga berperanan besar membentuk pelajar menjadi insan yang mempunyai nilai-nilai dan jati diri yang tinggi serta bermoral.

Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru adalah bersandarkan tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Pendidik dari kacamata Islam merupakan murabbi, muallim, muaddib, alim atau ulama’. Mereka berfungsi bukan saja untuk

memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat. Ia juga berkait rapat tentang tanggungjawab, amanah, komitmen dan hubungannya dengan Allah. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai–nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama.

Para pendidik juga berperanan menerapkan nilai kerjasama dan toleransi di kalangan pelajar. Jika kita lihat, orang-orang Islam telah diikat oleh satu peraturan supaya hidup berjiran dan bersahabat dengan

mereka. Hak jiran tidak boleh dikurangi dan tidak boleh boleh dilanggar sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam pembentukan negara Islam. Dengan ini, terciptalah satu masyarakat yang berbilang kaum dan kepercayaan demi mewujudkan kebahagiaan bersama dalam satu masyarakat dan satu negara. Sikap toleransi yang diterapkan oleh guru dapat membentuk hubungan yang baik dalam masyarakat yang mampu melahirkan integrasi nasional. Prinsip utama seorang guru yang cemerlang adalah ia mesti faham bahawa tugas

'mengajar dan mendidik serta meneladani adalah pekerjaan yang sangat mulia. Guru yang mengajar anak bangsanya perlu menganggap profesion ini sebagai satu jihad yakni menentang, membasmi dan mencegah kejahilan, kelemahan, kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan dan menjadikannya sebagai suatu ibadah. Oleh itu seseorang guru itu akan memainkan peranan mengikut keadaan dan situasi secara penuh tanggungjawab, jujur dan ikhlas; yang di dalam Islam guru sebenar guru ini

dikelaskan sebagai:

a. al-mu'allim : menyampaikan ilmu yang benar. b. al-murabbi : menjayakan proses tarbiah. c. al-mu'addib : mengajarkan adab dan budi pekerti. d. al-mursyid : membentuk kepimpinan insan. e. al-mudarris : menitipkan pelajaran dan kemahiran.

Seorang guru yang cemerlang tidak akan cepat menyalahkan keadaan dan tempat sebelum ia menyalahkan dirinya terlebih dahulu, dan di samping itu pula berusaha meningkatkan ketrampilan dan kewibawaan diri ke tahap yang paling tinggi.

Antara peranan guru dalam melahirkan insan bermoral adalah:

a) Menyampaikan Ilmu (Mu’allim) 

Ilmu pengetahuan yang benar dan diyakini akan menjadikan seseorang individu itu berpegang teguh dalam amalannya. Guru berperanan untuk menyampaikan ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insan yang bermoral. Guru harus menyampaikan isi kandungan pendidikan dengan berkesan tanpa mengabaikan

nilai-nilai murni dalam menyampaikan apa juga disiplin ilmu. Ini bersesuaian dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia yang menekankan nilai-nilai murni merentasi kurikulum.b) Menjayakan Proses Pendidikan/Tarbiah (Murabbi)

Guru sejati, guru cemerlang dan guru yang baik adalah guru yang menjayakan proses tarbiyah. Proses ini adalah dari mendidik anak-anak tidak tahu membaca kepada boleh membaca sehinggalah menjadi pemimpin negara. Guru Murabbi pula adalah guru segala-

galanya. Oleh yang demikian, guru seharusnya sentiasa peka kepada perubahan. Perubahan yang berkaitan dengan profesionnya dan juga perubahan lain yang berlaku di sekelilingnya. Guru murabbi sentiasa berpegang teguh dan memikul tanggungjawab sepenuhnya untuk mengajar dan mendidik serta memberi teladan kepada murid-muridnya. Guru murabbi juga sentiasa faham dengan tugas guru yang mulia. Beliau menjadikan tempat kerja (sekolah) sebagai rumah dan syurganya, yang sentiasa memerangi kejahilan,

kebodohan, kelemahan dan kelalaian diri dan murid-muridnya.b) Memperkembangkan Kemahiran (Mudarris) 

Guru-guru berperanan untuk memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-muridnya. Kemahiran dalaman guru menurut Ranjit Singh Malhi dalam tulisannya ‘Success depends on Teachers’ memberi ulasan terhadap Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang merangkumi empat aspek utama iaitu: • Kemahiran sikap peribadi (personal attributes); • Kemahiran penampilan diri

(interpersonal); • Kemahiran menyelesaikan masalah; dan • Kemahiran membuat keputusan. 

Bagi tujuan kursus ini, kita hanya akan sentuh dua aspek pertama. Kemahiran sikap peribadi melibatkan kemahiran berpegang teguh kepada etika kerja, kemahiran menghormati iaitu menghormati pelanggan dan orang-orang lain serta persekitarannya. Contohnya guru perlu mempunyai kemahiran menghormati murid sebagai pelanggan operasi, seperti tidak mengaitkan apa-apa yang boleh menyentuh

perasaan secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina mereka. Kemahiran penampilan diri (Interpersonal) pula berkaitan kemahiran seseorang guru dalam menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Kemahiran luaran melibatkan kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dengan lain perkataan kemahiran menggunakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran atau pedagogi pengajaran. Contohnya, guru seharusnya mempunyai kemahiran menggunakan pendekatan,

strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan tahap dan kebolehan murid. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan sekiranya guru menggunakan peralatan bantu mengajar terkini seperti komputer, alat tayang digital (LCD) dan mahir melayari Internet untuk mendapatkan sumber maklumat dan ilmu terkini selaras dengan misi untuk mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan seterusnya mencapai misi nasional.

d) Mendidik Adab dan Budi Pekerti (Mu'addib) 

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru berperanan untuk mengembangkan potensi insan yang berakhlak mulia, seimbang dari segi intelektual, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Guru mu”addib adalah guru yang mengajarkan adab dan budi pekerti. Dalam hal ini, guru haruslah memastikan yang adab dan budi pekertinya adalah di tahap yang cemerlang. Ini adalah kerana guru merupakan model kepada murid-murid dan masyarakat

sekelilingnya. Guru tidak seharusnya umpama ketam mengajar anaknya berjalan betul. Perbuatan ini amat dibenci oleh Allah seperti firmannya “Amat besar kebencian di sisi Allah apabila kamu menyatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan” (surah Ash-Shaff ayat 3).

Guru Mu’addib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut. Antara nilai murni yang perlu ada pada seorang guru adalah sifat daya tahan dan tidak mudah menyerah kalah. Sifat yang

demikian akan menjadikan guru lebih bermotivasi, kreatif dan inovatif. Guru yang mu’addib akan memandang ke hadapan dan tidak menyerah kalah. Guru seperti ini sentiasa berfikiran “Jika tidak boleh melalui satu pintu, saya akan keluar mengikut pintu lain atau saya buat pintu lain. Sesuatu yang saya mahu akan jadi , sama ada dalam gelap atau dalam terang”. Sikap inilah yang boleh menjadikan martabat guru dijulang tinggi dan terus berusaha tanpa mengira jemu dan putus asa terutama dalam mendidik generasi akan datang.e) Melahirkan Pemimpin

Generasi Akan Datang (Mursyid) 

Guru adalah pemimpin, bahkan juga kepada pemimpin yang sedia ada. Di dalam sajak Usman Awang, beliau ada menyatakan, ”jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa, jika hari ini seorang raja menaiki takhta, jika hari ini seorang presiden sebuah negara, sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa”. Tugas membentuk kepimpinan insan merupakan tugas yang berat dan ini adalah peranan dan tugas yang terletak di bahu guru. Dilihat dari sejarah negara

kita, ramai pemimpin negara ini asalnya seorang guru dan para pemimpin mendapat didikan daripada guru. Oleh yang demikian, sejarah membuktikan bahawa guru Mursyid adalah pemimpin dan pembentuk kepimpinan insaniah. Kesimpulannya, guru di dalam masyarakat dan negara adalah penyampai ilmu yang benar, pengamal sifat yang luhur, pengembang kemahiran individu, pelaksana proses tarbiah, pemimpin dan pengikut yang setia. Ini bersesuaian dengan slogan “pemimpin yang baik adalah pengikut yang baik”. Dengan lain perkataan,

guru adalah perubah zaman sama ada secara langsung atau tidak langsung. Hakikatnya guru membentuk muridnya sejak di peringkat kanak-kanak lagi hingga dewasa; dan setelah dewasa, kanak-kanak ini dapat mengenal erti kehidupan yang sempurna. (sumber: Modul HBME3103: Pendidikan Moral Tahun 4)

iii. Peranan masyarakat di dalam melahirkan insan bermoral.Selain daripada guru, masyarakat juga mempunyai peranan di dalam membentuk insan bermoral. Ibu bapa

sebagai anggota masyarakat mesti memainkan peranan yang serius terhadap pendidikan anak-anak mereka. Pendidikan formal di sekolah hanya lebih kurang 6 jam sehari sahaja dan selebihnya pelajar berada di tangan keluarga dan masyarakat. Anggota masyarakat harus memberi maklumat dan maklum balas kepada sekolah serta memberi kerjasama di dalam pelbagai aktiviti pembinaan ilmu yang dijalankan oleh guru dan sekolah.Penglibatan anggota masyarakat dalam proses pendidikan juga tidak kurang

pentingnya, khususnya institusi seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), jawatankuasa masjid dan surau, RELA serta pihak Polis harus sentiasa berdamping dengan sekolah-sekolah dan guru-guru serta mengambil tahu proses pendidikan di sekolah-sekolah di kawasan masing-masing. Mereka perlu dilibatkan bersama untuk memainkan peranan dalam menentukan persekitaran selamat kepada pelajar dan penduduk setempat.

Konsep ‘School-Home-Community Partnership’ perlu diterapkan dengan mengadakan program-program permuafakatan dan perkongsian yanag melibatkan pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan pemuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah. Pemuafakatan ini dapat membina kesefahaman tentang tanggungjawab bersama dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran guru dan

pembelajaran murid di sekolah. PIBG juga sebagai pelengkap terhadap fungsi Kementerian Pelajaran dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang selesa. PIBG juga berperanan ke arah menjaga kestabilan sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat.Kesimpulan.

Adalah menjadi tanggungjawab bersama antara komuniti guru dan anggota masyarakat dalam membentuk pelajar supaya mempunyai jati diri dan kaya dengan nilai-nilai moral sejajar dengan Falsafah Pendidikan

Malaysia iaitu ’Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara’.