nota k1

18
KULIAH MINGGU 1 EKONOMI MALAYSIA: SEJARAH DAN PERUBAHAN i. Sejarah Perkembangan Ekonomi Malaysia ii. Sektor-sektor Ekonomi iii. Ciri-ciri Ekonomi pada Masa Penjajahan iv. Kesan Ekonomi Penjajah v. Perubahan dan Perkembangan Ekonomi Sehingga Kini 1

Upload: luqman

Post on 04-Dec-2015

241 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

dsdasdsadas

TRANSCRIPT

KULIAH MINGGU 1

EKONOMI MALAYSIA: SEJARAH DAN PERUBAHAN

i. Sejarah Perkembangan Ekonomi Malaysia

ii. Sektor-sektor Ekonomi

iii. Ciri-ciri Ekonomi pada Masa Penjajahan

iv. Kesan Ekonomi Penjajah

v. Perubahan dan Perkembangan Ekonomi Sehingga

Kini

1

i. SEJARAH PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA

(a). Era prapenjajahan

(b). Era penjajahan

(c). Era kemerdekaaan

(d). Era baru kini

2

i. SEJARAH PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA (Samb...)

(a). Era prapenjajahan

- asalnya, sangat bergantung kepada pertanian dan penternakan.

- aktiviti ekonomi bertambah rancak dengan tertubuhnya beberapa kerajaan Melayu tua di Kedah dari kurun masihi ke 5.

- Pembukaan Melaka (abad 14) membuka aktiviti ekonomi Tanah Melayu kepada perdagangan antarabangsa dari Timur dan juga Barat.

- Hasil negara juga diperolehi daripada cukai barangan perdagangan.

(b). Era penjajahan

- Perkembangan negara yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu sangat rancak dan kedudukan Melaka di tengah-tengah jalan laut Timur-Barat menjadikannya sebagai pusat perdangangan yang disinggahi dan terkenal dikalangan negara asing.

3

4

(b). Era penjajahan (Samb…)

- Pada masa yang sama, negara-negara Barat mula mencari kawasan- kawasan baru sebagai kawasan jajahan untuk kepentingan ekonomi mereka.

- Ini akhirnya membawa kepada beberapa insiden yang berakhir dengan penaklukan Portugis di Tanah Melayu pada tahun 1511 selama 130 tahun.

- Penaklukan kuasa barat berterusan dengan berganti tangan kepada Belanda pada tahun 1641-1824 dan Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824 membuka era penjajahan British di Tanah Melayu.

- Sehingga zaman pemerintahan Belanda, ekonomi Tanah Melayu masih berasaskan kepada perdagangan. Namun, semasa penjajahan British, banyak perubahan ekonomi dan politik telah berlaku.

- Zaman penjajahan (British) sungguhpun merupakan era yang membawa kepada struktur perekonomian yang jauh lebih baik, namun tetap meninggalkan beberapa kesan kepada Tanah Melayu.

5

- Ciri-ciri ekonomi di masa penjajahan

• Berasaskan perladangan:

Dengan menjalankan ‘Sistem Torrens’ (pendaftaran tanah) British telah dapat mengambil alih banyak tanah-tanah daripada rakyat tempatan dan membuka ladang-ladang.

British telah memperkenalkan sistem perladangan getah dan kelapa sawit dengan cara pengurusan moden dan sistematik.

• Kegiatan perlombongan:

Kegiatan perlombongan juga mendapat sambutan oleh kerajaan British. Pada mulanya dipelopori oleh orang-orang Melayu dan Cina.

Dengan keupayaan modal mereka berjaya mengambil alih bidang perlombongan drpd orang Melayu dan Cina. Pada tahun 1930-an, para pemodal Inggeris telah menguasai lebih 65% drpd jumlah keluaran timah dan lebih drpd 75% kawasan perladangan getah di negara ini.

6

• Kepesatan pembangunan infrastruktur:

Kegiatan perladangan dan perlombongan ini disusuli dengan pembangunan infrastruktur terutamanya pengangkutan. Ini bagi membawa hasil perladangan dan perlombongan ke kawasan tertentu dan pelabuhan.

• Pengeluaran bahan mentah:

Semasa penjajahan ini juga berlakunya revolusi perindustrian di

negara-negara barat. Untuk terus memberi sokongan bahan mentah diperlukan. Ini akhirnya menjadikan Tanah Melayu terus menjadi pembekal utama keperluan sumber bahan mentah mereka khusus daripada getah dan bijih timah.

Pada masa yang sama juga menjadikan Tanah Melayu menjadi pengimpot bahan siap mereka.

7

• Ekonomi dualisme:

Kehadiran British adalah bermotifkan keuntungan. Jesteru itu, pembangunan diutamakan di kawasan yang mempunyai potensi yang baik. Kawasan berpotensi terus dimajukan dan yang sebaliknya dipinggirkan.

Dari segi pengurusan ladang juga mereka menekankan prinsip pengurusan estate (yang dilengkapi kemudahan dll) berbanding pekebun kecil.

Kedua-dua keadaan ini akan menyebabkan wujud ekonomi duelisme dan keterpinggiran sesuatu kawasan dan kaum.

Duelisme ini adalah antara masalah yang timbul kesan ekonomi penjajahan.

- Lain-lain kesan (masalah)• Pergantungan ekonomi• Ketidakseimbangan agihan kemudahan dan kekayaan• Kemiskinan dan pengangguran luar bandar, dan• Kurangnya penglibatan bumiputera dalam bidang moden

(Sila buat bacaan sendiri)

8

(c). Era kemerdekaan

Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957. Setelah mencapai kemerdekaan kerajaan memperkenalkan

rancangan ekonomi yg lebih teratur.

- Rancangan Pembangunan Ekonomi (RPE 1) atau rancangan Malaya 1 (1956-60).

- FELDA ditubuhkan (1956) – untuk mengatasi masalah petani yg kekurangan tanah di samping meningkatkan pendapatan dan kehidupan keluarga tani.

- 1961, RPE 2 dilancarkan. Tumpuan kepada sektor petanian.

9

d). Era baru kini

Selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969, kerajaan telah menjalankan beberapa dasar. Antaranya:

• Dasar Ekonomi Baru (DEB)

• Rancangan Lima Tahun Malaysia (RMK)

• Dasar Pembangunan Negara (DPN)

• Dasar Wawasan Negara (DWN)

10

II. SEKTOR-SEKTOR EKONOMI

Tiga bahagian:

a) Sektor pertama

Contoh: tanaman, penternakan, perhutanan, perlombongan dan kuari. Secara umumnya, subsektor tanaman, perhutanan, penternakan dan perikanan kerap disebut sebagai sektor pertanian.

Sektor pertama melibatkan aktiviti memproses bahan keluaran pertanian dan perlombongan.

b) Sektor kedua

Contoh: sektor pembuatan dan pembinaan. Sektor pembuatan juga dikenali sebagai sektor perindustrian dan perkilangan.

Sektor ini memproses bahan mentah dari sektor pertama untuk dijadikan bahan separuh siap dan pengeluaran siap.

11

c) Sektor ketiga

Sektor perkhidmatan. Meliputi bidang pentadbiran, pertahanan, kemudahan asas dan pengangkutan.

Dipecahkan keapada 3 subsektor iaitu:

i) Perkhidmatan pengeluar - pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan. - kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan

perniagaan.

ii) Perkhidmatan awam - perkhidmatan kerajaan - elektrik, gas dan air

iii) Perkhidmatan-perkhidmatan lain - perdagangan borong, runcit, hotel dan restoran - perkhidmatan sosial, perkhidmatan sukarela dan

kebajikan, perkhidmatan swasta tanpa untung dan perkhidmatan rumah tangga.

12

Sumbangan sektor-sektor ekonomi kepadaKDNK dan gunatenaga.

Sumbangan kepada KDNK:

Sektor pertama: 1957(49.8%), 1970(37.2%), 2000 (15.3%), 2010 ?

Sektor kedua: 1957 (9.2%), 1970 (19.4%) , 2000 (36.7%), 2010 ?

Sektor ketiga: 1957(41.0%), 1970(43.4%), 2000 (49.2%), 2010 ?

Sumbangan kepada guna tenaga:

Sektor pertama: 1957(59.7%), 1970(49.8%), 2000 (15.6%), 2010 ?

Sektor kedua: 1957 (10.6%), 1970 (15.1%) , 2000 (35.7%), 2010 ?

Sektor ketiga: 1957(29.7%), 1970(35.1%), 2000 (48.7.2%), 2010 ?

13

III. CIRI-CIRI EKONOMI PADA MASA PENJAJAHAN

a) perladangan getah

menjelang kemerdekaan 800,00 hektar tanah telah di tanam dgn getah secara perladangan, berbanding dgn cuma 700,00 hektar secara kebun kecil. Getah pada masa itu menyumbangkan lebih drpd 50% kpd eksport negara.

b) kegiatan perlombongan

Walaupun kegiatan perlombongan bijih timah telah bermula sebelum Inggeris menjajah, kegiatan ini menjadi semakin pesat semasa penjajahan. Dalam tahun 1880-an, kegiatan ini semakin pesat dengan kemasukan buruh Cina.

14

III. CIRI-CIRI EKONOMI PADA MASA PENJAJAHAN (samb...)

c) pembinaan infrastruktur

Kemudahan infrastruktur di TM berkait rapat dengan kegiatan perusahaan getah dan perlombongn pihak penjajah.

Jalan kereta api: (mulanya untuk mengangkut bijih)Taiping – Port WeldK. Lumpur – KlangSeremban – Port Dickson

Landasan kereta api diteruskan di pantai barat untuk tujuan perkembangan dan pengangkutan industri getah.

Jalan raya juga turut dibina di pantai barat TM. Jalan raya yg mula-mula dibina ialah antara Prai-Melaka.

15

III. CIRI-CIRI EKONOMI PADA MASA PENJAJAHAN (samb...)

d) Pengeluaran bahan mentah

Pihak Inggeris mengeksport bahan mentah seperti getah dan

bijih timah terutama nya ke Britain dgn harga yg rendah untuk

diproses. Bahan siap dan separuh siap pula dijual semula kpd

negara di bawah takluknya termasuklah TM dgn harga yg mahal.

e) Ekonomi dualisime

Menjadikan aktiviti ekonomi terbahagi kpd dua: maju vs tradisional (mundur)

Dalam sektor pertanian:

i) sektor ladang: berintensif modal, pekerja mahir, pengurusan teratur, produktiviti tinggi dll

ii) sektor pekebun kecil: berintensif buruh, pekerja kurang mahir, pengurusan lembab, produktiviti rendah, dll.

16

IV) KESAN EKONOMI PENJAJAH

a) kebergantungan ekonomi

Sehingga pertengahan abad ke-20 neegara terlalu bergantung

kpd eksport getah dan bijih timah. Contoh: 1960- kedua-dua

bahan tersebut menyumbang lebih kurang 70% kpd pendapatan

eksport kasar negara.

b) ketidaksemibangan agihan kemudahan dan kekayaan

Infrastruktur dibangunkan untuk kepentingan penjajah. Oleh

itu infrastruktur lebih tertumpu di kawasan barat TM. Pembangunan ekonomi yg tak seimbang juga membawa kpd

ketidakseimbangan agihan kekayaan.

Negeri-negeri di pantai barat seperti Selangor, W. Persekutuan,

Perak memperoleh pendapatan purata bulanan isirumah lebih

tinggi berbanding pendapatan yg diperoleh di negeri di pantai

timur dan di utara Semenanjung.

17

IV) KESAN EKONOMI PENJAJAH (samb…)

c) kemiskinan dan pengangguran luar bandar.

Pada tahun 1970, drpd keseluruhan kemiskinan yg terdapat di

Semenanjung, 58.7% keluarga yg miskin tinggal di luar Bandar. Pada masa yg sama, kira-kira 65% isi rumah orang melayu adalah miskin.

d) kurangnya penglibatan bumiputra dlm sektor moden.

Orang melayu majoritinya terlibat dalam sektor pekebun kecil

tradisonal.

Orang Cina terlibat dalam sektor lebih maju dan juga perniagaan terutama di kawasan bandar.

Orang India terlibat dalam sektor perladangan (estate).

18

V) PERUBAHAN DASAR

a) Rancangan Malaysia Lima tahun

b) Mempertingkatkan perkembangan sektor pertanian

c) Mempelbagai kegiatan ekonomi

d) Menyeimbangkan pembangunan antara wilayah dan kaum