nota geografi.docx
TRANSCRIPT
BAHAGIAN A : KEMAHIRAN GEOGRAFI
BAHAGIAN A : KEMAHIRAN GEOGRAFI
UNIT 1KEDUDUKAN
Kedudukan atau lokasi ialah tempat letaknya sesuatu titik, ciri atau objek. Kedudukan boleh dinyatakan secara koordinat atau secara relatif Koordinat adalah satu sistem nombor rujukan yang dirujuk kepada titik persilangan lajur (garis menegak) dan baris (garis melintang). Koordinat digunakan untuk menunjukkan kedudukan sesuatu titik, ciri atau objek dalam ruang yang sempit seperti pelan atau peta mudah. Apabila menyatakan kedudukan secara koordinat, angka bagi lajur dinyatakan terlebih dahulu diikuti angka bagi baris. Lajur ialah baris objek yang dikira dari kiri ke kanan manakala baris ialah susunan objek yang dikira dari hadapan ke belakang.
BarisLajur
1.1MEMAHAMI KEDUDUKAN RELATIF DALAM KELAS
Kedudukan relatif atau bandingan ialah kedudukan sesuatu objek atau ciri yang dirujuk kepada ciri-ciri lain yang berhampiran dengannya. Objek yang digunakan untuk mengenal pasti kedudukan sesuatu tempat atau ciri dikenali sebagai titik rujukan.
Contoh :
Nama MuridKedudukan
Afiq:Di Baris hadapan
Peter:Di Belakang Afiq
Balan:Di Kiri Afiq
Rajini:Di Kanan Afiq
Farah:Dekat dengan tingkap
Kedudukan Peter, Balan dan Rajini dapat ditentukan dengan merujuk kepada kiri, kanan dan belakang tempat duduk Afiq. Oleh itu tempat duduk Afiq menjadi titik rujukan. Manakala kedudukan Farah dapat ditentukan dengan merujuk kepada tingkap. Oleh itu tingkap menjadi titik rujukan
1.2MEMAHAMI KEDUDUKAN RELATIF DI LAPANGAN
Penggunaan koordinat dapat menentukan kedudukan sesuatu titik, ciri atau objek dengan tepat. Kedudukan ini dikenali sebagai kedudukan mutlak. Kedudukan relatif juga boleh digunakan untuk menggambarkan ciri atau objek di kawasan yang lebih luas. Lazimnya objek yang lebih dikenali ramai dijadikan sebagai titik rujukan.
1.3RUMUSAN
UNIT 2ARAH
Arah ialah kedudukan satu titik dari titik yang lain. Setiap peta mesti mempunyai tanda arah untuk menyatakan kedudukan relatif sesuatu tempat dari tempat yang lain. Arah mata angin yang utama ialah: 2
Utara Timur Selatan Barat Keempat-empat mata angin utama boleh dipecahkan kepada empat mata angin perantaraan iaitu: Timur Laut ialah antara Utara dengan Timur. Tenggara ialah antara Timur dengan Selatan. Barat Daya ialah antara Selatan dengan Barat. Barat Laut ialah antara Barat dengan Utara.
Anda dapat menentukan arah mata angin dengan berpandukan matahari dengan cara berdiri dan depakan tangan kanan ke arah matahari terbit dan tangan kiri ke arah matahari terbenam.
Anda sekarang mengadap arah utara dan membelakangkan arah selatan. Tangan kiri anda menunjukkan arah barat sementara tangan kanan anda menunjukkan arah timur.
Walau bagaimanapun, anda dapat menentukan kelapan-lapan arah mata angin ini dengan lebih mudah dan tepat dengan menggunakan kompas.
2.1MENJELASKAN ARAH DENGAN MENGGUNAKAN KOMPAS
Apakah Kompas?
Kompas menggunakan tarikan magnet bumi Terdapat arah mata angin di permukaan kompas ( 16 arah) Terdapat tanda utara (U) Terdapat bacaan bearing dalam nilai sudut (0) Kompas mengandungi satu jarum yang sentiasa menunjukkan arah utara -selatan. Salah satu hujung jarum bertanda merah
2.2MENENTUKAN KEDUDUKAN DALAM PETA LAKAR
Panduan
Lukiskan garis lurus utara-selatan selari merentasi titik ukuran. Lukis garis lurus bersilang dengan garis utara-selatan tadi. Lukis garis lurus di antara utara dengan barat. Lukis garis lurus di antara utara dengan timur.
Arah kedudukukan tempat-tempat di sekitar titik ukuran dalam rajah di atas (Bulatan Merah)
Sekolah terletak di sebelah utara Bukit terletak di sebelah timur Pemancar terletak di sebelah selatan Ladang Getah terletak di sebelah barat Tasik terletak di sebelah timur laut Sawah padi terletak di sebelah tenggara Kilang terletak di sebelah barat daya Masjid terletak di sebelah barat laut
2.3RUMUSAN
UNIT 3SKALA DAN JARAK
Skala ialah ukuran yang digunakan dalam peta untuk mewakili ukuran sebenar di permukaan bumi. Skala dapat ditunjukkan dalam beberapa cara di atas peta. Satu daripadanya ialah skala lurus atau skala linear. Skala lurus ditunjukkan sebagai satu garis yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama mengikut unit sukatan tertentu. Skala lurus terdiri daripada skala lurus mudah dan skala lurus penuh. Contoh rajah skala :
Skala Lurus MudahSkala Lurus Penuh
3.1MEMAHAMI JARAK
Jarak ialah jauh di antara dua tempat. Jarak dapat diukur daripada segi jarak mutlak dan jarak relatif . Jarak mutlak ialah jarak tepat dan tidak akan berubah dalam jangka masa tertentu dan dinyatakan dalam unit meter atau kilometer. Jarak relatif atau bandingan adalah berubah dan boleh diukur daripada segi masa dan kos. Jarak sebenar di atas muka bumi boleh dilukis dalam peta dengan menggunakan skala.
Jarak Mutlak
Jarak yang diukur dalam meter atau kilometer membolehkan kita mengetahui sama ada sesuatu tempat itu jauh atau dekat dari tempat yang lain. Alat yang biasanya digunakan untuk mengukur jarak sebenar ialah pita ukur dan pita roda. Misalnya:
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke .Jarak Jauh
Alor Setar481 kilometer
Butterworth381 kilometer
Ipoh217 kilometer
Johor Bahru357 kilometer
Kota Bharu658 kilometer
Jarak Relatif
Jarak juga boleh diukur dari segi masa (dalam jam dan minit) dan kos. Pada umumnya, semakin jauh jarak mutlak di antara dua tempat, semakin besar jarak relatifnya (dari segi kos dan masa). Contoh: Perjalanan Ke Sekolah
Jarak MutlakJenisPengangkutanJarak Relatif
MasaKos
2 km Kereta Bas Basikal5 minit 10 minit 20 minitRM 1.00 RM .50 -
3.2RUMUSAN
UNIT 4GRAF
Data ialah butir-butir atau maklumat yang dikumpulkan semasa kerja luar untuk direkodkan dalam sesuatu bentuk. Di antara contoh data yang digunakan dalam geografi ialah data jarak, bilangan penduduk, hujan, suhu dan lain-lain. Biasanya jadual dan graf digunakan untuk menyusun data supaya lebih tersusun, lebih mudah difahami dan kelihatan menarik.
4.1MEMBINA DAN MENYUSUN MAKLUMAT DALAM BENTUK JADUAL
Jadual merupakan satu cara yang mudah bagi merekod data. Langkah-langkah menyedia dan menbina jadual: a) Mengumpulkan data yang diperlukan dengan menggunakan kaedah yang sesuai. b) Contoh : Mengumpul data tentang cara pelajar Tingkatan 1 Iltizam SMK Dato' Seri Wan Mohamed, Gerik datang ke sekolah. c) Data yang dikumpulkan ditunjukkan seperti di bawah:
BilNama PelajarCara Datang Ke Sekolah
1Abdullah B. RazaliBerjalan kaki
2Adnan B. YahyaKereta
3Ahmad Tarmizi B.HarunBas
4Ali B. ZakariaBas
5Ibrahim B. IsmailMotosikal
6Mohamad Subri B. Mohd JelaniBas
7Mohamad Yusuf B. Abd. HalimBasikal
8Norliza Bt. AliasMotosikal
9Nor Syafirah Bt. Mohd RazaliBas
10Nor Fazlin Bt. Mohd FaezolBerjalan kaki
Jadual : Senarai nama dan cara pelajar Tingkatan 1 Iltizam datang ke sekolah
Susun semula data dalam bentuk jadual dan berikan tajuk yang sesuai seperti berikut :
Cara Datang Ke SekolahBilangan Pelajar
Bas4
Berjalan kaki2
Kereta1
Motosikal2
Basikal1
Jumlah10
Jadual : Cara pelajar Tingkatan 1 Iltizam datang ke sekolah
4.2GRAF GARISAN MUDAH
Graf garis sesuai digunakan untuk menggambarkan maklumat seperti perubahan suhu, tekanan udara, pertumbuhan penduduk, pasaran saham dan sebagainya.
4.3MENTAFSIRKAN JADUAL, GRAF BAR MUDAH DAN GRAF GARISAN
Maklumat yang terdapat dalam jadual dan graf biasanya padat dan ringkas. Oleh itu jadual dan graf boleh ditafsirkan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Untuk mentafsir maklumat dalam jadual dan graf, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Antaranya ialah tajuk jadual dan graf. Selain tajuk, perkara-perkara lain yang perlu dilihat adalah sperti berikut:
Jadual dan GrafPerkara-perkara penting dalam membuat pentafsiran
Jadual Jumlah Nilai maksimum Nilai minimum Nilai purata (sekiranya dikehendaki)
Graf Bar Mudah Butir-butir pada paksi mendatar dan menegak Bar-bar Nilai maksimum Nilai minimun
Graf Garisan Butir-butir pada paksi mendatar dan paksi menegak Titik-titik yang menyambungkan garisan Nilai maksimum Nilai minimum Nilai purata Julat
4.4RUMUSAN
UNIT 5PETA
Ciri-ciri fizikal dan budaya sesuatu kawasan direkodkan dalam peta dengan menggunakan: a) Simbol b) Warna c) Singkatan Penggunaan simbol, warna, dan singkatan memudahkan pentafsiran peta. Selain itu, lebih banyak maklumat dapat direkodkan dalam peta. Petunjuk disediakan untuk menerangkan ciri-ciri yang diwakili oleh setiap simbol, warna, dan singkatan yang digunakan.
Sesebuah peta yang lengkap harus mempunyai perkara- perkara yang berikut: a) Tajuk ringkas b) Arah mata angin c) Skala peta d) Petunjuk peta
5.1MELUKIS PETA LAKAR
Bagi melukis peta dengan tepat, perkara-perkara berikut perlu dilakukan:
Pilih simbol dan singkatan yang sesuai. Guna warna yang betul.
Ciri GeografiWarna
Tanah rendahHijau
Tanah tinggiOren / coklat
Kawasan perairanBiru
Pastikan ciri dalam peta mempunyai label yang betul dan tepat. Masukkan arah mata angin. Lukis skala lurus yang sesuai. Masukkan juga petunjuk peta.
5.2MENTAFSIRKAN PETA LAKAR
Perkara-perkara yang perlu diperhatikan semasa mentafsir peta topografi
PerkaraKepentingan
Tajuk peta Memberikan satu gambaran am tentang perkara yang ditunjukkan dalam peta
Arah mata angin Memudahkan untuk menentukan arah bagi sesuatu tempat dalam peta
Skala peta Membantu kita mengira jarak dan keluasan sebenar sesuatu tempat dalam peta
Petunjuk Petunjuk menerangkan simbol-simbol budaya dan fizikal yang digunakan dalam peta
Garisan grid dan Panduan Grid Panduan grid boleh digunakan untuk menyatakan kedudukan sesuatu tempat dengan tepat
5.3RUMUSAN
TEMA 1 : BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA
UNIT 6BENTUK MUKA BUMI
Jenis-Jenis Lipatan Gunung Lipat MudaGunung Lipat Tua
Terbentuk kira-kira 35 juta tahun dahuluTerbentuk kira-kira 200 hingga 350 juta tahun dahulu
Kebanyakannya amat tinggi, tidak sekata dan kasapKebanyakannya agak rendah, kurang daripada 2000 meter dari aras laut kerana telah mengalami proses penggondolan
Contoh: Banjaran Himalaya, Banjaran Andes, Banjaran Rocky, Banjaran Alps dan Banjaran AtlasContoh: Banjaran Ural, Pergunungan Appalachian, Banjaran Pemisah Besar dan Pennines.
Bentuk Muka BumiCiriKepentinganContoh Kawasan
Pinggir Pantai Timbunan pasir dan batu kelikir sepanjang kawasan pinggir laut. Mempunyai permatang pasir yang panjang, indah dan bersih. Kawasan pelancongan dan perkelahan Kawasan penanaman kelapa Port Dickson, Negeri Sembilan Pantai Cahaya Bulan Kelantan Bati Feringhi Pulau Pinang
Pantai Berlumpur Kawasan pinggir laut yang dilanda oleh air laut. Ditumbuhi pokok bakau Membekalkan sumber kayu bakau. Tempat pembiakan hidupan laut seperti ketam, kerang dan ikan. Sekitar muara Sungai Perak, Perak Muara Sungai Rejang, Sarawak
Pulau Sebuah daratan yang dikelilingi oleh laut. Terbentuk akibat kenaikan dan kejatuhan aras laut Kawasan pelancongan. Pelabuhan perikanan. Pelabuhan antarabangsa Pulau Langkawi, Kedah Pulau Tioman, Pahang Pulau Redang, Terengganu
Tanjung Daratan yang menganjur kelaut Terdiri dari lapisan batuan keras yang tahan hakisan Kawasan rekreasi dan pelancongan Tanjung Bidara, Melaka Tanjung Dawai, Kedah Tanjung Datu, Sarawak
Teluk Kawasan antara dua tanjung Menganjur masuk ke daratan Terlindung daripada tiupan angin dan ombak Petempatan nelayan Tapak pelabuhan Kawasan perikanan Kawasan perkelahan Teluk Kemang, Negeri Sembilan Teluk Ramunia, Johor Teluk Kimanis, Sabah Teluk Mahkota Pahang
Tebing Tinggi Condong samada ke arah lautan atau daratan Bercerun curam Batuan keras Kawasan rekreasi dan pelancongan Tapak rumah api Tebing Tinggi Kudat, Sabah Tebing Tinggi Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Pentas Benua Bahagian dasar laut yang cetek lanjutan dari pinggir laut Kedalaman tidak melebihi 180 meter Kawasan perikanan Kawasan perlombongan petroleum dan gas asli Kawasan pinggir laut di pantai timur Semenajung Malaysia, Sabah dan Sarawak
6.1POLA SALIRAN
Sistem saliran terdiri daripada aliran sungai utama dan beberapa cawangannya. Kawasan yang disaliri oleh sungai utama dan cawangannya dinamakan lembangan sungai. Cara cawangan sungai dan sungai utama dijalin antara satu dengan yang lain dikenali sebagai pola saliran. Terdapat beberapa pola saliran iaitu pola reranting, jejala, selari, gegelang dan jejari
Jenis Pola SaliranCiri-ciri
Pola Saliran Reranting Berbentuk seperti ranting pokok Cawangan-cawangan sungai bercantum dengan sungai utama pada sudut kurang dari sudut tepat Terdapat di kawasan yang mempunyai batuan yang sama kekerasan. Contoh: Sungai Pahang, Sungai Kelantan, Sungai Rajang
Pola Saliran Jejala Terdapat di kawasan yang mempunyai lapisan batuan keras dan batuan lembut serta berselang-seli. Anak-anak sungai mengalir dan menghakis lapisan batuan lembut. Cawangan-cawangan sungai memasuki sungai utama pada sudut tepat iaitu 900 Contoh: Sungai Perak
Pola Saliran Selari / Sejajar Cawangan-cawangan sungai dan sungai utama mengalir secara selari atau hampir selari antara satu sama lain. Terdapat di cerun curam Contoh: Sungai Kinabatangan
Pola Saliran Gegelang Cawangan-cawangan sungai mengalir menurun dari puncak gunung dan bercantum dengan sungai utama di kawasan tanah rendah. Anak-anak sungai yang baru pula akan memasuki cawangan-cawangan sungai.
Pola Saliran Jejari / Sepunca Berbentuk seperti jejari roda Cawangan-cawangan sungai mengalir turun menghala ke semua arah dari kemuncak sebuah bukit atau gunung. Cawangan-cawangan sungai bercantum dengan sungai utama di kawasan rendah. Contoh: Dapat dilihat di Gunung Benom
6.2RUMUSAN
UNIT 7POTENSI DAN HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA
2
UNIT 8KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR
TEMA 2 : CUACA DAN IKLIM SERTA PENGARUHNYA
UNIT 9PERGERAKAN BUMI DI DALAM SISTEM SURIA
Ciri Iklim Khatulistiwa Panas Dan Lembap Sepanjang Tahun
Suhu Panas 270C sepanjang tahun. Julat suhu tahunan 10C 30C. Julat suhu harian70C.
Hujan Jumlah hujan tahunan kira-kira 2 600 mm Hujan sepanjang tahun.
Angin Angin Monsun Timur Laut. Pengaruh angin Sumatera Bayu laut dan bayu darat.
UNIT 10PENGARUH CUACA DAN IKLIM TERHADAP KEGIATAN MANUSIA
UNIT 11Pengaruh Manusia Terhadap Cuaca Dan Iklim