nota geografi ting. 1

87
GEOGRAFI TING. 1 UnTuK kItE AjE…………. BUKU INI KEPUNYAAN : KELAS : SekolahTinggiMuarAsyraafTingkatan12010

Upload: asyraaf-afandi

Post on 03-Jul-2015

4.351 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Geografi Ting. 1

GEOGRAFI TING. 1

UnTuK kItE AjE………….

BUKU INI KEPUNYAAN :

KELAS :

SekolahTinggiMuarAsyraafTingkatan12010

Page 2: Nota Geografi Ting. 1

Unit 1: Kedudukan

1) Bermaksud tempat atau letaknya sesuatu.

2) Kedudukan terbahagi 2:- a) Kedudukan mutlak b) Kedudukan relatif

3) Kedudukan mutlak ditentukan secara koordinat. 4) Koordinat ialah titik persilanagan antara lajur dan baris.

5) Untuk membaca koordinat, lajur dibaca dahulu di ikuti baris.

6) Koordinat dibaca dalam 4 angka Contoh:- 12 13 Lajur Baris Contoh rajah 1:-

BARIS

05 Alima Chou Lutfi Zainah Kumar

04 Anita Hani Devi Ani Raju Angeli

03 Zetty Kavita Fen Arini Ali Josiah

02 Kamal Faiz Lou Aiman Nabila Umar

01 Alia Zi Lin Alice Zaidi Selena Asiah 01 02 03 04 05 06 LAJUR

Nama Murid Lajur Baris KoordinatAlia 01 01 01 01

Faiz 02 02 02 02

Kavita 02 03 02 03

Hani 02 04 02 04

Ali 05 03 05 03

Lou 03 02 03 02

Page 3: Nota Geografi Ting. 1

Kedudukan Relatif

1) Di tentukan dengan merujuk titik rujukan.

2) Titik rujukan ialah objek atau tempat yang dirujuk untuk menentukan sesuatu objek yang lain. Contohnya, berdasarkan rajah 1, Aiman dijadikan sebagai titik rujukan:-

a) Zaidi di hadapan Aiman.b) Arini di belakang Aiman.c) Nabila di kanan Aiman.d) Lou di kiri Aiman.

Page 4: Nota Geografi Ting. 1

Unit 2: Arah

1) Arah ialah hala sesuatu tempat dari sesuatutempat yang lain.

2) Arah ditentukan pengguna :- a) Berpandukan matahari b) Berpandukan bintang

3) Terdapat 4 arah mata angin utama iaitu :- a) Utara (U) b) Selatan (S) c) Timur (T) d) Barat (B)

4) 4 arah mata angin perantaraan iaitu :- a) Timur Laut (antara utara dengan timur) b) Tenggara (antara timur dan selatan) c) Barat Laut (antara utara dan barat) d) Barat Daya (antara barat dan selatan)

5) Sewaktu matahari terbit, berdiri di kawasan lapang sambil mendepakan tangan kanan menghala ke matahari terbit.

a) Tangan kanan ialah hala timur. b) Tangan kiri ialah barat. c) Hadapan kamu ialah utara. d) Belakang ialah selatan.

6) Kompas digunakan dalam pelayaran, penerbangan, pengembaraan, ketenteraan dan pembinaan jalan raya.

7) Jarum kompas sentiasa menunjuk ke arah Utara disebabkan oleh kuasa tarikan medan magnet bumi.

Page 5: Nota Geografi Ting. 1

8) Ciri-ciri kompas ialah:- a) dibuat daripada logam. b) jarum kompas dibuat daripada magnet ini dikenali sebagai kompas magnetik. c) saiz kecil ringan dan mudah dibawa. d) memberi bacaan yang paling tepat. e) perlu dijauhkan daripada besi.

Page 6: Nota Geografi Ting. 1

Unit 3: Skala Dan Jarak

1) Skala ialah nisbah antara jarak pada pelan atau peta dengan jarak sebenar di permukaan bumi.

2) Jenis skala yang biasa digunakan ialah skala lurus atau skala linear. Skala lurus ialah skala yang dilukis dalam bentuk garisan.

3) 2 contoh skala lurus ialah:- a) Skala lurus mudah. b) Skala lurus penuh.

4) Kegunaan skala ialah:- a) mengecilkan objek atau kawasan. c) memendekkan jarak pada pelan atau peta. b) menentukan jarak sebenar antara 2 tempat.

5) Memahami skala:- a) Skala lurus mudah

b) Skala lurus penuh

Jarak

1) Jarak ialah ukuran jauh di antara satu tempat dengan tempat lain.

2) Dua jenis jarak ialah :- a) Jarak mutlak b) Jarak relatif

3) Jarak mutlak dinyatakan dalam unit meter atau kilometer.

4) Jarak relative berdasarkan kos dan masa.

5) Kos ialah tambang dalam unit send an ringgit manakala masa ialah tempoh untuk tiba di sesuatu tempat dalam unit jam dan minit.

6) Kos dan masa bergantung kepada:- a) Jenis pengangkutan. b) Jenis tempat yang dituju.

Page 7: Nota Geografi Ting. 1

Mengira Jarak Mutlak Dan Jarak Relatif

Rumah Jarak dalam peta lakar (cm) Jarak sebenar (km)Azwin 7 7

Peng Kong 9 9

Usha 5 5

Rujukan Kadar tambang bas ialah 10 sen setiap kilometer. Jarak mutlak rumah Azwin dari sekolah ialah 7 kilometer. Kadar kelajuan bas ialah 3 minit setiap kilometer.

Cara Pengiraana) Jarak relative berdasarkan kos

=Jarak mutlak x kadar tambang=7 kilometer x 10 sen=70 sen

b) Jarak relative berdasarkan masa =Jarak mutlak x kadar kelajuan bas =7 kilometer x 3 minit =21 minit

Pengiraan kos relatif

Rumah Jarak berdasarkan kos Jarak berdasarkan masaAzwin 7 x 10sen = 70sen 7 x 3minit = 21minit

Peng Kong 9 x 10sen = 90sen 9 x3minit = 27minit

Usha 5 x 10sen = 50sen 5 x 3minit = 15minit

Unit 4: Graf

Page 8: Nota Geografi Ting. 1

1) Graf adalah lukisan yang menunjukkan data atau maklumat dalam bentuk kuantiti yang mudah dibanding-bandingkan.

2) Data dapat dipeolehi melalui kaedah:- a) Pemerhatian. b) Pertanyaan. c) Temu bual. d) Banci. e) Soal selidik / survei. f) Rujukan perpustakaan, buku dan majalah. g) Melalui Internet.

3) Data-data disusun dalam bentuk:- a) Jadual. b) Graf bar mudah. c) Graf garisan.

4) Data yang dipersembahkan dalam bentuk graf lebih mudah:- a) Dibaca. b) Ditafsir. c) Difahami. d) Diingati.

Senarai Data Mengikut Rumah Sukan

Mohamadiah Meriam Meriam Meriam MeriamMohamadiah Petri Omri Omri MeriamOmri Petri Meriam Majidi MajidiMajidi Majidi Omri Omri OmriMeriam Omri Meriam Majidi MajidiMohamadiah Omri Petri Petri MajidiMeriam Omri Meriam Mohamadiah OmriOmri Meriam Omri Petri MohamadiahMeriam Meriam Omri Petri Majidi

1) Jadual Kekerapan

Page 9: Nota Geografi Ting. 1

Rumah Sukan Kekerapan Bilangan PelajarMohamadiah 5

Majidi 8

Omri 14

Petri 5

Meriam 13

2) Membina Jadual

Rumah Sukan Bilangan PelajarMohamadiah 5

Majidi 8

Omri 14

Petri 5

Meriam 13

JUMLAH 45

3) Membina Graf Bar mudah Terdiri daripada beberapa bar (palang) yang dilukis secara menegak atau mendatar. Tinggi atau panjangnya bar menunjukkan kuantiti sesuatu perkara. Dapat menunjukkan perbandingan seperti:-

a) Bar terpanjang menunjukkan kuantiti terbanyak.b) Bar terpendek menunjukkan kuantiti tersikit.

Graf bar mudah sesuai untuk menunjukkan:-a) Jumlah penduduk mengikut umur dan jumlah.b) Jumlah pengeluaran barangan.c) Jumlah hujan tahunan.d) Jumlah pelancong.

Page 10: Nota Geografi Ting. 1

Bilangan Pelajar Mengikut Rumah Sukan

02468

10121416

Rumah Sukan

Bila

ngan

Pel

ajar Mohamadiah

Majidi

Omri

Petri

Meriam

Mentafsir Graf Bar Mudah

Daripada jadual dan graf bar mudah tentang bilangan pelajar mengikut rumah sukan, ita dapat mentafsirkan bahawa jumlah pelajar daripada rumah Omri mempunyai bilangan yang paling ramai. Yang kedua teramai ialah rumah Meriam. Rumah Mohamadiah dan rumah Petri mempunyai bilangan palajar yang sama. Secara keseluruhan pula, kita dapat mengetahui bahawa jumlah pelajar rumah Omri mempunyai bilangan pelajar yang teramai.

Graf Garisan

1) Graf garisan sesuai digunakan untuk menggambarkan perubahan kuantiti sesuatu perkara

mengikut masa.

2) Contoh:- a) Suhu tahunan. b) Berubahan jumlah penduduk. c) Jumlah pengeluaran barangan.

Page 11: Nota Geografi Ting. 1

Min Suhu Bulanan Bandar Kota Kinabalu

0

5

10

15

20

25

30

35

J F M A M J J O S O N D

Su

hu

(*C

)

Series1

Bulan Suhu (ºC)Januari 25

Fabruari 26Mac 26

April 27May 29Jun 27

Julai 27Ogos 25

September 25Oktober 25

November 24Disember 24

Jadual 1: Min suhu bulanan Bandar Kota Kinabalu

Mentafsirkan Jadual Dan Graf Garisan

Berdasarkan jadual dan graf garisan tentang min suhu bulanan Kota Kinabalu kita dapat membuat tafsiran. Bulan yang mengalami suhu terendah ialah bulan November dan Desember, iaitu 24ºC. suhu mula meningkat kepada 26ºC ialah pada bulan Februari dan Mac dan kepada 27ºC ialah pada bulan April. Suhu paling tinggi adalah pada bulan Mei, iaitu 29ºC. Suhu mula menurun pada bulan Jun hingga Julai iaitu 27ºC dan kepada bulan Ogos hingga Oktober, iaitu pada 25ºC.

Page 12: Nota Geografi Ting. 1

Unit 5: Peta

1) Peta adalh lukisan sebahagian permukaan bumi yang dilihat dari aras yang tinggi.

2) Peta lakar ialah gambar atau lukisan yang menunjukkan cirri-ciri geografi sesuatu kawasan.

3) Ciri-ciri geografi terbahagi kepada dua:- a) Ciri fizikal atau semulajadi. b) Ciri budaya atau buatan manusia.

4) Ciri budaya ialah hasil daripada aktiviti manusia seperti petempatan, pertanian, perindustrian, perlombongan, pengangkutan dan perhubungan.

5) Ciri fizikal ialah bentuk muka bumi, saliran dan tumbuh-tumbuhan sesuatu kawasan.

6) Ciri-ciri geografi dalam peta lakar menggunakan:- a) Simbol. b) Warna. c) Singkatan Perkataan.

7) Warna Ciri Geografi

Biru Sungai. Laut. paya. perairan.

Hijau Tumbuh-tumbuhan hutan. tanah pamah.

Coklat, perang Tanah tinggi. Bukit. gunung.

Hitam Bangunan. landasan kereta api.

Merah Jalan raya.

8) Singkatan perkataan digunakan untuk melambangkan perkataan tertentu. La terdiri daripada huruf ringkas yang:-

a) Mudah difahami dan diingati.b) Dapat menjimatkan ruang dalam peta lakar.

Page 13: Nota Geografi Ting. 1

9)Singkatan Ciri Geografi

A. AlurBP. Balai PolisG. GunungKg. KampungLdg. LadangPD. Pejabat DaerahPP. Pejabat PosPt. Parit

Pdg. PadangTA. Tali AirTg. TanjungSek. SekolahSg. SungaiRR. Rumah Rehat

10) Peta lakar yang ringkas mempunyai:-Perkara Kegunaan

Tajuk Ringkas Memberi gambaran ringkas tentang kawasan peta.

Skala Dapat menentukan jarak sebenar dalam peta.

Arah Mata Angin Dapat menentukan kedudukan arah sesuatu tempat.

Petunjuk Menunjukkan makna simbol dalam peta.

Page 14: Nota Geografi Ting. 1

Unit 6: Bentuk Muka Bumi

1) Malaysia terletak di Tenggara Benua Asia.

2) Kedudukan Malaysia ialah anatara garis lintang 1ºO – 7ºO dan menganjur dari garis bujur 100ºT – 120ºT.

3) Keluasan Malaysia ialah 329, 758 km².

4) Semanjung Malaysia dipisahkan dari:- a) Singapura oleh Selat Tebrau. b) Sumatera di Indonesia oleh Selat melaka. c) Sabah dan Sarawak oleh Laut Cina Selatan.

5) Selat Melaka ialah selat yang terpanjang di dunia.

6) Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan tiga buah Wilayah Persekutuan iaitu:- a) Kuala Lumpur. b) Putrajaya. c) Labuan.

7) Keistimewaan bentuk muka bumi Malaysia ialah:- a) Terletak di persimpangan jalan laut dan laluan udara antarabangsa iaitu dari Timur ke Barat dunia.

b) Kedudukan yang strategik menjadikannya penting sebagai pusat perdagangan antarabangsa.c) Bentuk muka bumi yang pelbagai membolehkan pelbagai kegiatan ekonomi

dijalankan. Contoh, tanah pamah dan kaki bukit sesuai untuk pertanian, tanah tingggi dan pinggir laut sesuai untuk aktiviti pelancongan.

6.1 Tanah Tinggi

1) Hampir 60% daripada keluasan Malaysia terdiri daripada kawasan tanah tinggi.

2) Tanah tingginye melebihi 180 meter.

3) Kawasan tanah tinggi terletak di:- a) Bahagian tengah Semanjung Malaysia. b) Pedalaman Sabah dan Sarawak.

4) Kawasan tanah tinggi terbentuk daripada proses lipatan kerak bumi.

5) Di Semanjung Malaysia banjaran gunung menganjur dari Thailand di utara sehingga negeri Johor di Selatan.

Page 15: Nota Geografi Ting. 1

6) Ciri-ciri kawasan tanah tinggi di Malaysia ialah:-a) Terbentuk hasil daripada proses lipatan kerak bumi.b) Panjang, tinggi dan selari.c) Terdiri daripada gunung lipat tua.d) Purata ketinggian banjaran ialah 1525 meter.e) Banjaran gunung menganjur dari Utara ke Selatan.f) Terdiri daripada batu Granit dan batu kapur.g) Stabil dan bebas daripada gunung berapi serta gempa bumi.

6.2 Rangkaian Banjaran Gunung Di Malaysia

6.2.1 Semanjung Malaysia - Kawasan tanah tinggi terletak di bahagian tengah.- Bahagian Utara terdapat banjaran Kedah-Singgora.- Banjaran Bintang menganjur dari Thailand merentasi negeri Perak. Kemuncak yang

tertinggi ialah Gunung Bintang.- Banjaran Titiwangsa terletak di Timur banjaran Bintang.- Banjaran yang terpanjang di Malaysia iaitu 500 km.- Dikenali sebagai ‘Tulang Belakang Semanjung Malaysia’.- Kemuncak tertinggi di banjaran Titiwangsa ialah Gunung Korbu.- Gunung Tahan ialah gunung yang tertinggi di Semanjung Malaysia terletak di

Banjaran Tahan.

6.2.2 Sabah - 60% terdiri daripada gunung ganang.- Tanah tinggi terdapat di bahagian Barat dan Tengah Sabah.- Banjaran Crocker adalah banjaran utama.- Gunung Kinabalu adalah gunung yang tertinggi di Malaysia.

6.2.3 Sarawak - Banjaran gunung terletak di kawasan pedalaman.- Kemuncak tertinggi ialah Gunung Murud yang terletak di banjaran Tama Abu.- Gunung Mulu adalah sebuah rabung yang banyak gua batu kapur.

6.3 Bagaimanakah Banjaran Gunung di Malaysia Terbentuk?

-Banjaran gunung di Malaysia terbentuk akibat proses lipatan kerak bumi.-Gunung-ganang di Malaysia dikenali sistem gunung lipat.

6.3.1 Gunung Lipat Muda

1) Terbentuk kira-kira 35 juta tahun dahulu.

2) Bermula dari pusaran Pamir dan menganjur ke Timur terbentuk:- a) Banjaran Himalaya. b) Banjaran Karakoram.

Page 16: Nota Geografi Ting. 1

c) Kunlun Shan. d) Tien Shan.

3) Banjaran Himalaya adalah banjaran yang terpanjang dan tertinggi di dunia.

4) Banjaran Himalaya dikenali ‘Bumbung Dunia’.

5) Gunung Everest (8488m) di Banjaran Himalaya adalah gunung tertinggi di dunia.

6) Proses lipatan dari Banjaran Himalaya manganjur ke Tenggara dan melengkok ke Selatan Asia Tenggara membentuk:-

a) Bukit Naga dan Bukit Chin di Thailand.b) Arakan Yoma di Myanmar.c) Banjaran Barisan di Sumatera.d) Banjaran Kapuas Hulu dan Banjaran Iran di Sarawak dan Banjaran Crocker di

Sabah.

7) Sebahagian besar banjaran lipat muda terletak dalam Lingkaran Api Pasifik yang mengalami:-

a) Kejadian gempa bumi. b) Letusan gunung berapi.

6.3.2 Gunung Lipat Tua

1) Terbentuk kira-kira 100 juta tahun dahulu.

2) Proses lipatan bermula dari Dataran Tinggi Yunan dinegara China menganjur ke:- a) Dataran Tinggi Shan di Myanmar. b) Banjaran Bilau Taung di Thailand. c) Banjaran Annam di Vietnam. d) Banjaran Titiwangsa di Malaysia.

3) Bebas daripada letusan gunung berapi dan gempa bumi.

4) Stabil keran berada di luar Lingkaran Api Pasifik.

6.4 Tanah Pamah

1) Terdiri daripada:- a) Lembah dan lembangan sungai. b) Dataran.

c) Delta.

2) Kawasan tanah pamah kurang daripada 180 meter.

3) Dataran adalah lebih sempit, rendah dan rata iaitu kurang daripda 15 meter.

Page 17: Nota Geografi Ting. 1

4) Delta di muara sungai ditimbuni tanih aluvium yang subur.

5) Jaluran tanah pamah pantai Barat Semananjung Malaysia menganjur dari Perlis di Utara hingga Johor di Selatan. Panjangnya kira-kira 800km dan lebarnya antara 20 hingga 65km.

6) Tanah pamah terdapat di sepanjang lembah sungai seperti:- a) Sungai Perak. b) Sungai Bernam. c) Sungai Muar.

7) Jaluran tanah pamah pantai Timur Semenanjung Malaysia menganjur dari Kelantan di Utara hingga ke Johor di Selatan. Tanah pamah ini adalah:-

a) Sempit, terputus-putus dan berpasir. b) lebih rendah. c) Sering dilanda banjir.

8) Dataran yang luas di pantai Timur ialah:- a) Dataran Kelantan. b) Dataran Terengganu c) Dataran Pahang

9) Dataran Johor di Selatan Semenanjung Malaysia terdiri daripada:- a) Bentuk muka bumi yang berbukit-bakau. b) Dataran yang terharis. c) kawasan hutan di pinggir laut.

10) Kawasan tanah pamah di Pantai Timur Sabah lebih lebar berbanding Pantai Barat.

11) Kawasan tanah pamah di Sabah terdapat di:- a) Hilir Sungai Kinabatangan. b) Lembah Sungai Segama.

12) Dataran Pantai Sarawak terdiri daripada tanih aluvium. Delta Rajang dan Dataran Baram adalah dataran utama. Kawasan pinggir laut terdapat paya, lumpur dan berpasir.

Page 18: Nota Geografi Ting. 1

6.4.1 Kepentingan Kawasan Tanah Pamah Kepentingan Huraian ContohPenanaman Padi Tanih aluvium sesuai untuk

penanaman padi.☻ Dataran Kedah-Perlis.☻ Datran Kelantan.☻ Delta Rajang.

Penanaman Getah Kawasan kaki bukit beralung dan bersaliran baik.Tanih laterit.

☻ Kawasan kaki bukit Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Tumpuan Petempatan dan penduduk

Sesuai untuk pembinaan rumah, bangunan dan pengangkutan.

☻ Kuala Lumpur.☻ Johor Bharu.

Perlombongan Kaya dengan mineral. ☻ Lembah Kinta bijih timah.

Perindustrian Tertumpu di kawasan tanah pamah.

☻ Lembah Kelang.☻ Bayan Lepas.☻ Bintulu.

Jaringan Pengangkutan Memudahkan pembinaan jalan raya, landasan kereta api, dan lebuh raya.

☻ Kuala Lumpur.☻ Johor Bharu.☻ Ipoh.

6.5 Pinggir Laut

1) Malaysia mempunyai kawasan pinggir laut yang:- a) Panjang dan berteluk. b) Indah dan menarik. c) Mempunyai pelbagai ciri fizikal.

2) Panjang pinggir laut ialah 4800km.

3) Semua negeri mempunyai pinggir laut kecuali:- a) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. b) Wilayah Persekutuan Putrajaya.

4) Terdapat pelbagai bentuk muka bumi pinggir laut iaitu:-a) Pantaib) Pulau.c) Tanjung.d) Teluk.e) Tebing Tinggi.f) Pentas Benua.

5) Pantai Barat Semenanjung Malaysia menghadap Selat Melaka.

6) Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Pantai Sarawak dan Pantai Barat Sabah menghadap Laut China Selatan. Pantai Timur Sabah menghadap Laut Sulu.

Page 19: Nota Geografi Ting. 1

7) Malaysia dikelingi laut yang cetek kerana terletak di atas pentas benua dikenali Pentas Sunda.

8) Dalam laut antara 70-180m membolehkan cahaya matahari menembusi dasar laut.

9) Terbentuk 550 juta tahun dahulu.

10) Menggalakkan pertumbuhan plankton dan pembiakan ikan.

Bentuk Muka Bumi Ciri-ciri Utama Keistimewaan ContohPantai Timbunan pasir dan batu

kelikir di sepanjang pantai. Pelancongan dan

perkelahan. Perikanan. Pelabuhan perikanan Pelabuhan

antarabangsa.

Pork Dickson. Pantai Cahaya Bulan. Cherating.

Pulau Sebuah dataran yang dikelilingi oleh laut.

Pelancongan dan rekreasi.

Perikanan. Pelabuhan perikanan. Pelabuhan

antarabangsa.

Pulau Tioman. Pulau Langkawi. Pulau Pangkor.

Tanjung Daratan yang menganjur ke laut.

Terbentuk akibat hakisan ombak pada batuan keras.

Pelancongan dan rekreasi.

Tanjung Ru. Tanjung Tuan. Tanjung Bungah.

Teluk Kawasan air antara dua tanjung.

Terbentuk akibat hakisan ombak pada batuan lembut.

Kawasan perkampungan nelayan.

Perikanan. Tapak pelabuhan

semulajadi yang terlindung.

Teluk Ramunia. Teluk Darvel. Teluk Kimanis

Tebing Tinggi Ombak dan air pasang menghakis bahagian bawah pinggir laut dan membentuk tebing tinggi.

Rekreasi dan pelancongan.

Tebing Tinggi Kudat.

Pentas Benua Dasar laut yang cetek kurang daripada 180m.

Perikanan. Perlombongan petrolian

dan gas asli.

Pinggir laut pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Beting Timbunan pasir yan berhampiran dengan pantai.

Pelancongan.

Anak Tanjung Pemendapan pasir dan pasir di hadapan teluk dan muara sungai.

Bercamtum dengan pantai.

Rekreasi.

Page 20: Nota Geografi Ting. 1

Lagun Perairan yang dilindungi oleh anak tanjung.

Kawasan perkelahan.

Tombolo Beting pasir yang menyambung kawasan daratan dengan pulau.

Gua, Gerbang Laut, Batu Tunggul Dan Batu Sisa

Gua terbentuk akibat hakisan ombak lapisan batuan lembut di tebing tinggi.

6.7 Saliran

1) Kawasan yang disaliri oleh sungai utama dan cawangannya dikenali sebagai lembangan sungai.

2) Kawasan tanah tinggi memisahkan satu lembangan sungai dari satu lembangan sungai yang lain.

3) Kawasan ini dikenali sebagai cegeh atau kawasan tadahan. Contoh, Banjaran Titiwangsa memisahkan lembangan Sungai Perak daripada Sungai Kelantan.

4) Terdapat dua jenis saliran iaitu:- a) Berbentuk memanjang. b) Bentuk bulat.

5) Corak cawangan sungai disusun antara satu dengan lain dikenali sebagai pola saliran.

6.8 Saliran Di Malaysia

1) Malaysia mempunyai sungai kerana:- a) Mempunyai banyak kawasan tadahan. b) Menerima hujan lebat sepanjang tahun.

2) Sungai di Malaysia adalah:- a) Pendek. b) Pealiran deras di peringkat hulu. c) Beliku-liku dan mengalir perlahan di hilir.

3) Sungai di Semenanjung Malaysia berpunca dari Banjaran Titiwangsa dan mengalir ke:-

a) Selat Melaka. b) Laut Cina Selatan.

4) Di Sabah dan Sarawak sungai berpunca dari banjaran gunung dan mengalir ke:- a) Laut Cina Selatan. b) Laut Sulu.

Page 21: Nota Geografi Ting. 1

Sungai Keistimewaan

Sungai Rajang→ Sungai yang terpanjang di Malaysia.→ Panjangnya 563km.→ Jalan sungai yang penting. Kapal boleh memudiki sungai hingga ke bandar Kapit.

Sungai Kinabatangan

→ Sungai yang terpanjang di Sabah.→ Panjang 560km.→ Jalan sungai utama di Sabah.→ Pelabuhan utama ialah Sandakan.→ Muatan utamanya ialah kayu balak.

Sungai Pahang→ Sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia dan ketiga

terpanjang di Malaysia.→ Panjangnya 475km.

Sungai Kinta → Penting kerana lembahnya kaya dengan timbunan timah.

5) Malaysia mempunyai tasik semulajadi iaitu:- a) Tasik Bera. b) Tasik Chini.

6) Tasik Bera ialah tasik air tawar yang terbesar di Malaysia.

7) Tasik buatan manusia ialah tasik:- a) Tasik Kenyir, Terengganu. b) Tasik Chenderoh, Perak. c) Temenggor, Perak. d) Tasik Perdana, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

8) Tasik buatan manusia penting sebagai:- a) Kawasan perikanan air tawar. b) Kawasan pelancongan. c) Sumber air. d) Penjana kuasa hidroelektrik.

Page 22: Nota Geografi Ting. 1

6.9 Kepentingan Sungai

1) Menjadi sempadan antarabangsa antara Malaysia dengan Thailand iaitu Sungai Golok.

2) Sungai Bernam menjadi sempadan negeri antara Selangor dengan Perak.

3) Di Sabah dan Sarawak sungai penting sebagai laluan untuk membawa penumpang dan mengangkut barangan pukal.

4) Air dari sungai dan tasik dibersihkan dan disalukkan kepada pengguna sebagai bekalan air untuk kegunaan rumah dan perindustrian.

5) Air sungai digunakan untuk mengairi kawasan penanaman padi.

6) Sungai diempang di bahgian hulunya untuk menjana kuasa hidroelektrik.

7) Sungai menjadi tempat rekreasi dan tarikan pelancong.

8) Sungai membekalkan sumber protein.

Page 23: Nota Geografi Ting. 1

Unit 7: Potensi Dan Halangan Bentuk Muka Bumi Terhadap Kegiatan Manusia

7.1 Potensi Kawasan Tanah Tinggi

Kawasan Huraian Contoh UtamaKawasan tadahan dan legeh Kawasan tanah tinggi diliputi hutan

tebal dan menerima hujan lebat sepanjang tahun penting sebagai kawasan tadahan.

Kebanyakan sungai utama berpunca dari kawasan tadahan.

☻ Banjaran Bintang menjadi legeh bagi sungai Perak.

☻ Banjaran Titiwangsa Menjadi legeh sungai Pahang.

☻ Banjaran Iran menjadi legeh sungai Rajang.

☻ Banjaran Brassey menjadi legeh sungai Kinabatangan.

Pusat pelancongan dan peranginan

Menjadi kawasan pelancongan dan peanginan kerana:-→ Pemandangan yang indah dan

menhijau.→ Udaranya bersih dan segar serta

nyaman.→ Terdapat banyak gua batu kapur

yang unik dan menarik.

☻ Bukit Fraser, Tanah Tinggi Genting dan Tanah Tinggi Cameron di Banjaran Titiwangsa.

☻ Bukit Larut di Banjaran Bintang.☻ Bukit Bendera di Pulau Pinang.☻ Gunung Kinabalu di Sabah.☻ Batu Caves, Gua Niah, Gua Mulu

dan Gua Sam Poh.Sumber ekonomi Gua batu di kawasan tanah tinggi

merupakan sumber sarang burung laying-layang dan fostat.

☻ Gua Niah.☻ Gua Gomantong.☻ Gua Madai.

Kawasan penjana kuasa hidroelektrik

Kawasan tanah tinggi boleh dibangunkan sebagai tapak panjana kuasa hidroelektrik kerana:-→ Cerunnya curam.→ Aliran sungai deras.→ Kawasan tadahan air.

☻ Empangan Chenderoh, Empangan Kenering dn Empangan Temenggor di Banjaran Titiwangsa.

☻ Empangan Sultan Abu Bakar di Tanah Tinggi Cameron.

☻ Empangan Kenyir di Terengganu.☻ Empangan Tenom Pangi di

Sarawak.☻ Empangan Batang Ai di Sarawak.

Kawasan pertanian tanaman hawa sederhana

Iklim sederhana, iaitu dengan min suhu 18*C sesuai untuk penanaman teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan.

☻ Tanah Tinggi Cameron.☻ Bukit Fraser.☻ Tanah Tinggi Kundasang.(teh)☻ Nelapak. (teh)

Sumber bahan binaan Kawasan tanah tinggi merupakan sumber bahan binaan seperti:-→ Batu granit.→ Batu kapur.→ Batu marmar.

☻ Banjaran Titiwangsa.☻ Banjaran Bintang.☻ Banjaran Crocker.☻ Banjaran Tama Abu.

Sumber pembalakan Hutan hujan tropika dijadikan kawasan pembalakan.

Cengal, meranti, keruing, merbau.

7.2 Potensi Kawasan Tanah Pamah

Page 24: Nota Geografi Ting. 1

1) Kawasan tanah dan dataran dengan tanih alluvium yang subur menggalakkan penanaman padi. Contohnya di:-

a) Dataran Kedah-Perlis. b) Dataran Kelantan. c) Dataran Tanjung Karang. d) Sekitar Papar dan Tuaran. e) Delta Rajang.

2) Kawasan kaki bukit dan dataran yang beralun dan bersaliran baik menggalakkan penanam getah dan kelapa sawit seperti di:-

a) Sekitar daerah Labis, Kulai dan Kluang. b) Daerah Teluk Intan. c) Kawasan tiga Segi Jengka.

3) Kawasan tanah pamah menjadi tumpuan petempatan, penduduk dan bandar utama kerana:- a) Rendah dan rata. b) Kegiatan ekonomi pesat c) Jalinan pengangkutan baik.

4) Kawasan tanah pamah merupakan kawasan perlombongan kerana kaya dengan mineral. Contohnya:-

a) Bijih timah, Lembah Kinta. b) Bauksit, Teluk Ramunia. c) Bijih besi, Kemaman. d) Arang batu, Merit Pilu dan Bintulu.

5) Kebanyakan kawasan perindustrian tertumpu di kawasan tanah pamah. Antaranya termasuk:- a) Perai. b) Lembah Kelang. c) Bintulu. d) Likas.

6) Kemudahan pengangkutan seperti jalan raya dan jalan kereta api tertumpu di kawasan tanah pamah kerana:-

a) Mudah dibina. b) Kos pembinaan lebih rendah.

7) Kepelbagaian kegiatan ekonomi di kawasan tanah pamah membantu negara dalam:- a) Mempelbagaikan ekonomi. b) menambahkan eksport. c) Mewujudkan peluang pekerjaan. d) Menambahkan Pendapatan negara.

8) Kawasan bekas laombong dijadikan kawasan pertanian dan peternakan ikan air tawar. Contoh, bekas lombong di Ipoh ditebusguna sebagai kawasan kebun sayur, buah-buahan, ternakan ikan.

7.3 Potensi Kawasan Pinggir Laut

Page 25: Nota Geografi Ting. 1

1) Pusat Perikanan.- Kawasan pantai yang panjang dan berteluk menggalakkan sektor perikanan, kawasan

pembiakan ikan, perkampungan nelayan dan pelabuhan perikanan. Contoh: Mersing, Batu Maung, Kudat, Pulau Pangkor.

2) Pusat Pelancongan. - Kawasan paantai yang berpasir, indah, kaya dengan terumbu karng serta hidupan laut

menggalakkan pelancongan. Contoh: Pulau Kapas, Pulau Langkawi, Pulau Redang.

3) Tapak Pelabuhan.- Kawasan pantai yang berteluk sesuai dijadikan tapak pelabuhan kerana terlindung dan

airnya dalam. Contoh: Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pelepas.

4) Sumber Kayu Bakau.- Kawasan paya air masin di pinggir laut merupakan sumber kayu bakau. Contoh: Sungai

Perak, Sungai Bernam, Sungai Baram.

7.4 Potensi Saliran

1) Tapak Tamadun Dan Pusat Perdagangan Awal.- Lembah dan muara menjadi tapak tamdun dan pusat perdagangan awal. Contoh: Kuala

Sungai Muda di Kedah, Muara Sungai Melaka di Melaka.

2) Sempadan Antarabangsa.- Sungai menjadi sempadan semulajadi antarabangsa. Contoh: Sungai Golok di Kelantan

memisahkan Malaysia dengan Thailand. Sungai Padaruan memisahkan Sarawak dengan Brunei.

3) Sempadan Negeri.- Sungai menjadi sempadan semulajadi negeri. Contoh: Sungai Bernam memisahkan

Selangor dengan Perak. Sungai Muda memisahkan Kedah dengan Pulau Pinang. Sungai Endau memisahkan Johor dengan Pahang.

4) Bekalan Air Dan Pengairan.- Empangan dibina di hulu sungai membekalkan air untuk kegunaan harian dan pengairan.

Contoh: Pengairan Muda (Dataran Kedah).

5) Penjanaan Kuasa Hidroelektrik.- Empangan juga dibina di hulu sungai untuk penjanaan kuasa hidroelektrik. Contoh:

Empangan Chenderoh dan Empangan Temenggor di Sungai Perak, Empangan Kenyir di Sungai Terengganu.

6) Pembentukan Dataran Aluvium.- Sungai membentuk dataran alluvium di peringkat hilir untuk penanaman padi. Contoh:

Dataran Kedah, Dataran Kelantan, Delta Rajang.

7) Dijadikan Pusat eko-Pelancongan.- Aktiviti membawa pelancongan menyusur sungai dengan bot.- Kemudahan sukan air dapat menarik pelancongan.

8) Dijadikan tempat penternakan ikan air tawar, kerang dan udang.- Contoh: Tanjung Dawai Kedah.

Page 26: Nota Geografi Ting. 1

SWITZERLAND

1) Terletak di Benua Eropah.

2) 75% kawasannya gunung-ganang.

3) Aktiviti pelancongan adalah kegiatan utama.

4) Kawasan Banjaran Alps ialah gunung lipat muda yang tinggi.

5) Musim panas adalah sederhana panas dengan suhunya 14ºC. kegiatan yang dijalankan:-

a) Kawasan diluar bandar Interlaken yang terletak antara Tasik Brienz dan Tasik Thun di pergunungkan Alps dijadikan tapak perkhemahan dan berperahu.

b) Kegiatan mendaki gunung di Matterhorn.

c) Pusat peranginan kesihatan di St. Moritz dan Arosa dimajukan kerana mempunyai mata air panas yang bernilai untuk kesihatan.

d) Di Lembah Thine, pelancong boleh menikmati pemandangan gunung bersalji dan ladang anggur.

6) Pada musim sejuk (0ºC – 5ºC) pelancong boleh mengunjungi pusat meluncur salji di Gstaad dan Zermatt.

a) Kereta kabel dan landasan kereta api membawa pelancong kepusat meluncur salji di Gunung Titlis.

7) Semua pusat peranginan mempunyai sistem pengangkutan darat dan udara yang baik. - Terdapat jalanraya, lebuhraya dan terowang dibina.

8) Kawasan ini juga sesuai untuk kegiatan:- a) Pindah ternak lembu. b) Penjanaan kuasa hidroelektrik. c) Pembalakan.

MALAYSIA

1) Industri pelancongan penting di Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting, Bukit Fraser dan Gunung Kinabalu.

2) Penanaman tanaman hawa sederhana dijalanakan dicerun bukit seperti Bukit Fraser dan Tanah Tinggi Cameron.

3) Pembalakan dijalankan dikawasan tanah tinggi yang diliputi hutan tebal.

4) Seperti di Switzerland, kawasan tanah tinggi di Malaysia sesuai dijadikan kawasan penjanaan kuasa hidroelektrik. Contohnya:- a) Empangan Chenderoh. b) Empangan Kenyir.

PULAU JAWA

1) Pertanian dijalankan dicerun bukit.

2) Faktor yang menggalakkan penanaman padi di cerun bukit ialah:- a) Kekurangan tanah pamah. b) Penduduk yang padat. c) Terdapat tanih lava bes yang subur.

3) Kawasan tanah pamah menjadi tumpuan penduduk untuk pembinaan, petempatan, pertanian dan kegiatan lain.

4) Padi ditanam secara berteres di lereng gunung berapi.

5) Pembinaan teres bertujuan untuk:- a) Memperlahankan aliran hujan dilereng bukit. b) Dapat mengatasi masalah hakisan tanah. c) Dapat menakung air.

MALAYSIA

1) Pertanian lebih bertumpu di kawasan tanah pamah kerana tidak mengalami masalah kekurangan kawasan pertanian di tanah rendah.

2) Pelbagai jenis tanaman di cerun tanah tinggi terutama di:- a) Tanah Tinggi Cameron. b) Tanah Tinggi Kundasang Sabah.

3) Faktor menggalakkan penanaman tanaman hawa sederhana ialah:- a) Udara yang nyaman. b) Iklim sederhana iaitu 18ºC. c) Cerun bersaliran baik. d) Tanih laterit.

4) Tanaman ditanam secara berteres untuk mengurangkan hakisan tanah.

5) Cerun bukit di kawasan tanah rendah ditanam dengan getah dan kelapa sawit.

6) Tanaman tutup bumi seperti kekacang ditanam di cerun bukit untuk mengurangkan hakisan tanah dan mengekalkan kesuburan tanih.

7.5 Pentingnya Pelbagai Bentuk Muka Bumi Di Malaysia Dan Negeri Lain

1) Perbandingan kepentingan tanah tinggi di Switzerland dengan tanah tinggi di Malaysia.

2) Perbandingan kepentingan cerun bukit di Pulau Jawa dengan cerun bukit di Malaysia.

Page 27: Nota Geografi Ting. 1

3) Perbandingan kepentingan sungai di Thailand dengan sungai di Malaysia.

Page 28: Nota Geografi Ting. 1

THAILAND

1) Sungai merupakan jalan pengangkutan yang penting kerana jalanraya dan jalan kereta api adalah terhad.

2) Menam Chao Phraya adalah sungai utama yang merupakan jalan air yang penting.

a) Sungai ini dapat dimudiki oleh kapal sejauh 402km pada musim lembap dan sejauh 190km pada musim kering.

b) Menam Chao Phraya dan cawangannya iaitu Me Ping, Me Nam, Me Yom dan Me Wang menghubungkan kawasan pedalaman diutara dengan bandar utama iaitu Bangkok.

c) Merupakan jalan pengangkutan yang murah dan mudah digunakan.

d) Sungai digunakan untuk mengangkut penumpang, kayu kayan, mineral, hasil tanaman dan barangan pukal.

e) Menam Chao Phraya juga terkenal dengan kegiatan pasar apung.

3) Jalinan terusan atau klong di Bangkok juga penting sebagai jalan air dan digelar ‘Venice Timur’.

4) Menam Chao Phraya juga penting untuk:- a) Penjanaan kuasa hidro elektrik. b) Pengairan. c) Perikanan. d) Membentuk dataran dan delta alluvium yang merupakan kawasan penanaman padi.

MALAYSIA

1) Pengangkutan sungai masih penting di pedalaman Sabah dan Sarawak.

2) Sungai Rajang merupakan sungai utama di pedalaman Sarawak.

3) Kapal dapat memudiki Sungai Rajang sehingga ke Kapit di pedalaman.

4) Sungai Kinabatangan merupakan jalan pengangkutan utama di pedalaman Sabah.

5) Pengangkutan sungai penting untuk mengangkut penumpang dan barangan pukal.

6) Pasar Apung tidak terdapat di sungai Malaysia.

7) Sungai penting untuk:- a) Pengairan. b) Penjanaan kuasa hidroelektrik. c) Membentuk datarn mendap di muara.

KAMPUCHEA

1) Tonle Sap ialah sebuah tasik yang dikenal sebagai tasik besar.

2) Terletak di bahagian Barat Negara Kampuchea.

3) Merupakan empangan semulajadi untuk Sungai Mekong.

4) Merupakan tasik air tawar semulajadi yang terbesar di Asia Tenggara.

5) Kegiatan perikanan merupakan kegiatan utama di tasik ini.

6) Pada musim hujan antara Jun – November, isipadu air di Tonle Sap akan bertambah hingga saiz tasik menjadi 4700km² dan kedalaman tasik hingga 10- 15meter. Pada masa ini ikan banyak membiak.

7) Pada musim kering saiz tasik mula mengecil iaitu 1600km² dan cetek iaitu 1-3 meter. Pada masa inilah musim menangkap ikan dijalankan.

8) Kawasan tasik yang kering ditanam dengan padi.

9) Selain perikanan, Tonle Sap juga penting untuk:- a) Pusat pelancongan. b) Kawasan pertanian.

10) Tonle Sap juga menyediakan pengairan untuk kegiatan pertanian kepada penduduknya.

MALAYSIA

1) Perikanan juga merupakan kegiatan penting di Tasik Bera, Tasik Chini, Tasik Kenyir dan Tasik Chenderoh.

2) Biasanya pancing dan jala digunakan untuk menangkap ikan.

3) Tsik juga penting kegiatan pelancongan.

4) Tasik Temengor dan Tasik Chenderoh penting untuk:- a) Pengairan. b) Penjanaan kuasa hidroelektrik. c) Sumber Bekalan air.

5) Terdapat juga tasik yang berubah saiznya mengikut musim hujan. Contohnya, Loagan Bunut di Miri, Sarawak. Pada musim kering tasik berubah menjadi dataran lumpur dan kaum Perwan akan menangkap ikan dengan mudah.

4) Perbandingan kepentingan tasik di Kampuchea dengan tasik di Malaysia.

Page 29: Nota Geografi Ting. 1

7.6 Halangan Bentuk Muka Bumi Terhadap Kegiatan Bumi.

Page 30: Nota Geografi Ting. 1

7.6.1 Tanah Tinggi

Bercerun curam menyukarkan pembinaan petempatan, jalan raya dan pertanian. Cerun yang tidak diurus dengan baik dan terancang boleh mengakibatkan hakisan tanah dan

tanah runtuh. Hakisan tanah memusnahkan tanaman dan tanah runtuh menyebabkan kerosakan harta benda,

kemudahan awam dan mengorbankan nyawa. Cara-cara mengatasi masalah ialah:-

a) Menanam pokok dan rumput tutup bumi di lereng bukit.b) Membina parit taking, tembok batu atau simen di cerun bukit.

7.6.2 Tanah Pamah

Kawasan tanah pamah yang rendah, berpaya dan sentiasa berair mengakibatkan kejadian banjir.

Keadaan banjir menjejaskan kegiatan manusia seperti pertanian, petempatan dan pembinaan jalinan pengangkutan.

Cara mengatasi ialah:-a) Menebusguna kawasan tanah pamah yang berpaya.b) Membina tembok atau benteng untuk menghalang kemasukan air.c) Membina tali air atau parit untuk mengeringkan kawasan tersebut.

7.6.3 Pinggir Laut

Tebing tinggi yang curam di kawasan pinggir laut menyukarkan aktiviti pembinaan. Hakisan mbak yang kuat melonggarkan struktur batuan dan tanah di pinggir laut

memudahkan kejadian tanah runtuh. Langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini:-

a) Membina tembok batu untuk mengurangkan hakisan ombak.b) membina benteng di tepi pantai untuk menghalang limpahan air laut ke daratan.

7.6.4 Sungai

Sungai yang beraliran deras nenyukarkan pengangkutan air kerana membahayakan bot atau kapal kecil.

Di peringkat hilir sungai yang berkilu-kilu, pelayaran adalah sukar. Langkah-langkah untuk mengatasi masalah:-

a) Membina empangan atau kolam air di peringkat hulu sungai.b) Meluruskan aliran sungai di peringkat hilirnya.

Unit 8: Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar

Penebangan Pokok Dan Kesannya

Page 31: Nota Geografi Ting. 1

1) Pokok ditebang untuk kegiatan seperti:- a) Pembalakan. b) Petempatan. c) Pertanian. d) Perindustrian.

2) Penebangan pokok yang berlebihan dan tidak terkawal membawa kesan negatif seperti:- a) Kepupusan flora dan fauna. b) Tanah runtuh. c) Hakisan tanah dan ketandusan tanah. d) Sungai menjadi cetek, tercemar dan menyebabkan berlakunya banjir kilat. e) Meningkatkan suhu setempat. f) Kawasan tadahan air berkurangan menyababkan krisis bekalan air.

3) Tanah dan permukaan bumi terdedah kepada hakisan air hujan. Air hujan akan memecahkan dan melarutkan tanah. Tanah yang larut dalam air hujan dialirkan ke sungai yang berhampiran. Tanah dan lumpur itu akan menyebabkan dasar sungai menjadi cetek.

4) Air sungai akan bertambah semasa hujan lebat menyebabkan banjir di kawasan sekitarnya.

5) Lumpur yang di bawa ke sungai akan mencemarkan sungai dan mengancam hidupan sungai.

6) Kekurangan tumbuh-tumbuhan semulajadi menyebabkan kejadian tanah runtuh dicerun bukit.

7) Hidupan liar juga kehilangan habitat dan terpaksa berpindah ke kawasan lain.

8) Kawasan yang tidak diliputi lapisan tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada cahaya matahari.

9) Udara akan menjadi panas dan meningkatkan suhu.

10) Penebangan hutan di kawasan tanah tinggi akan menjejaskan kawasan tadahan.

11) Kekurangan kawasan tadahan air akan mencetuskan krisis air.

Pertanian

1) Penebangan pokok untuk pertanian menyebabkan:- a) Kemusnahan pelbagai spesies tumbun-tumbuhan semulajadi. b) Hakisan tanah. c) Berlakunya banjir dan pencemaran sungai akibat pemendapan lumpur.

2) Pertanian pindah menyebabkan:- a) Hakisan tanah. b) Banjir. c) Pencemaran udara.

3) Pembakaran hutan untuk pertanian pindah akan:- a) Menambahkan kandungan asid dalam tanah. b) Mengurangkan kesuburan tanah.

Page 32: Nota Geografi Ting. 1

PENANAMAN SEMULA

1) Kawasan pembalakn yang telah ditebang pokoknya ditanam semula dengan pokok yang cepat matang dan berkualiti tinggi.

2) Jabatan Perhutanan bertanggungjawab menanam semula.

3) Contoh pokok yang cepat tumbuh seperti akasia, batai, sesenduk ditanam di Bukit Tinggi di Pahang. Pokok Medang Teja ditanam di Kedah.

4) Pokok bakau ditanam di hutan Ssmpan paya laut di Larut Matang, Perak.

PENGGUNAAN KAEDAH BIOLOGI DALAM PERTANIAN

1) Menggalakkan petani menggunakan baja organic atau baja asli menggantikan baja kimia.

2) Baja organik diperoleh dari najis haiwan dan sisa tanaman.

3) Baja organik lebih murah dan tidak perlu diproses. Contoh : Guano (najis burung dan kelawar).

4) Kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak. Contoh:- a) Peladang kelapa sawit menggunakan ular dan burung hantu untuk menangkap tikus. b) Sejenis lalat digunakan untuk mengawal ulat karung yang memakan daun pokok kelapa sawit dan koko. c) Ikan gapi dibela dalam kolam untuk memakan

telur, larva dan pulpa nyamuk.

c) Pencemaran udara dan jerebu. d) Memusnahkan hasil-hasil hutan. e) Menjejaskan industri kayu tropika.

4) Penggunaan baja kimia, racun serangga dan racun rumpai untuk meningkatkan pengeluaran hasil tanaman menyebabkan:- a) Kesihatan manusia dan binatang terancam. b) Terjejasnya keseimbangan ekosistem alam. c) Pencemaran air sungi dan hidupan akuatik.

5) Bahan-bahan toksik seperti plumbum dan zink yang tidak larut air dan tidak luput terkumpul dalam tanah. Ini akan meningkatkan keasidan tanah dan kehilangan kesuburan.

6) Semasa hujan lebat bahan-bahan ini dibawa ke dalam sungai dan menyebabkan air sungai tercemar.

7) Penggunaan baja kimia dan racun serangga di Dataran Kedah-Perlis telah mencemarkan Sungai Muda.

Pembinaan Jalan Raya

1) Kegiatan meratakan bukit dan cerun bukit untuk pembinaan jalan raya menyebabkan:- a) Penggondolan tanah. b) Hakisan tanah. c) Bentuk asal fizikal berubah.

2) Penebangan pokok untuk pembinaan jalan raya menyebabkan:- a) Kepupusan flora dan fauna. b) Tanah runtuh.

3) Kerja memotong cerun bukit untuk pembinaan lebuhraya telah menyebabkan:- a) Gelongsoran tanah dan tanah runtuh. b) Hakisan tanah oleh air hujan.

Perindustrian

1) Menebang pokok dan meratakan bukit untuk pembinaan kilang telah mengubah landskap.

2) Bahan-bahan buangan kilang menyababkan pencemaran udara dan jerebu.

3) Sampah-sarap mencemarkan kawasan sekitar dan air sungai.

4) Penggunaan bahan kloroflurokarbon(CFC) akan menyebabkan:- a) Peningkatan suhu bumi. b) Penipisan lapisan ozon.

8.2 Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar

Page 33: Nota Geografi Ting. 1

PEMELIHARAAN CERUN TINGGI

1) Pembinaan jalan raya di kawasan cerun curam dilaksanakan dengan lebih terancang.

2) Langkah-langkah yang dijalankan:- a) Tebing curam di kaki bukit akan ditarah(diratakan). Plastik diletakkan sementara untuk mengurangkan hakisan.

b) Pembinaan sistem saliran atau perparitan di lebuh raya.

c) Menanam rumput sebagai tanaman tutup bumi.

d) Longkang dibina untuk mengelakkan air bertakung.

e) Pembinaan tembok konkrit.

f) Penerasan bertangga di cerun bukit.

PENANAMAN POKOK DAN TANAMAN TUTUP BUMI

1) Rumput dan kekacang ditanam di cerun bukit untuk:- a) Mengurangkan hakisan tanah. b) Mengekalkan kesuburan tanah.

2) Tanaman tutup bumi akan memperlahankan aliran air hujan menuruni cerun bukit.

3) Pokok yang ditanam di cerun bukit dapat mengurangkan kejadian tanah runtuh. Akar pokok akan mencengkam tanah daripada dialirkan oleh air hujan.

PERTANIAN BERTERES

1) Kelapa sawit dan getah ditanam di teres lereng bukit untuk mengurangkan hakisan tanah oleh air hujan.

MENGAWAL PENGGUNAAN RACUN PEROSAK DAN RUMPAI

1) Pemilik, penjualan dan pembelian racun perosak perlu dikawal.

2) Petani mesti menggunakan racun perosak megikut kadar yang ditetapkan.

3) Denda dan hukuman dikenakan terhadap mereka yang memiliki dan dan menjual racun perosak secara haram.

Page 34: Nota Geografi Ting. 1

Rumusan Tentang Kesan Yang Dialami Apabila Alam Sekitar Tidak Dipelihara.

Negara akan menjadi kawasan yang kontang. Tiada lagi tumbuhan yang akan melindungi bumi daripada hujan lebat atau panas terik.

Suhu akan meningkat. Hakisan tanah dan gelongsoran tanah berlaku. Banjir kilat dan banjir lumpur akan sering berlaku.

Penggunaan baja kimia dan racun serangga secara berluasa menyebabkan bahan toksik dalam tanah bertambah. Keasidan tanah meningkat dan kesuburan berkurang.

Pengeluaran tanaman menjadi kurang dan masalah kekurangan makanan berlaku. Alam sekitar akan tercemar. Pemeliharaan – Usaha membela dan menjaga supaya tidak musnah.

Pemuliharaan – Usaha memperbaiki dan mengembalikan sesuatu yang telah tercemar kepada keadaan semula jadi.

Unit 9: Pergerakan Bumi Dalam Sistem Suria Serta Pengaruhnya Terhadap Cuaca Dan Iklim.

9.1 Putaran Bumi Serta Kesannya

Page 35: Nota Geografi Ting. 1

1) Solstis Musim Panas (Jun hingga Ogos)

Pada 21 Jun matahari berada tepat di garisan Sartan (23½ºU). Hemisfera Utara mengalami musim panas. Hemisfera Selatan mengalami musim sejuk. Kawasan di Hemisfera Utara mengalami waktu siang yang lebih panjang. Kawasan di Hemisfera Selatan mengalami waktu malam yang lebih panjang.

2) Ekuinoks Musim Luruh (September hingga November)

Pada 23 Mac, pancaran matahari tengahari tepat pada garisan Khatulistiwa (0º). Hemisfera Utara mengalami musim Luruh. Hemisfera Selatan mengalami musim Bunga. Siang dan malam sama panjang.

1) Ekuinoks Musim Bunga (Mac hingga Mei)

Pada 21 Mac, pancaran matahari tengahari tepat pada garisan Khatulistiwa. Hemisfera Utara mengalami musim bunga. Hemisfera Selatan mengalami musim luruh Malam dan siang sama panjang.

1) Solstis Musim Sejuk (Disember hingga Februari)

Matahari tengahari berada tepat di garisan Jadi (23½ºS) pada 22 Disember. Hemisfera Utara mengalami musim sejuk. Waktu malam lebih panjang di Hemisfera Utara. Kawasan Kutub Utara mengalami malam 24 jam. Hemisfera Selatan mengalami musim panas.

1) Bumi berputar di atas paksinya.

2) Paksi bumi condong pada sudut 66½º dengan randaan lontar matahari.

3) Bumi berputar dari Barat ke Timur.

4) Satu putaran bumi mengambil masa selama 24 jam atau sehari.

5) Putaran bumi menyebabkan kejadian seperti:- a) Matahari terbit di sebelah Timur dan terbenam di sebelah Barat. b) Berlakunya kejadian siang dan malam. c) Air pasang dan air surut setiap hari. d) Pembiasan angin arus lautan pada setiap hari.

9.2 Peredaran Bumi Dan Kesannya

1) Dalam sistem suria terdapat matahari dan 9 planet. Bumi adalah salah satu planet tersebut.

2) Setiap planet akan mengelilingi matahari mengikut mengikut laluan yang disebut orbit.

3) Peredaran bumi adalah secara lawan pusingan jam. Bumi mengambil masa 365 hari, 6 jam dan 9 minit atau setahun untuk melengkapkan satu edaran.

4) Peredaran bumi dan keadaan bumi yang condong mengakibatkan kejadian:- a) Waktu siang dan malam yang tidak sama waktu. b) 4 musim di kawasan hawa sederhana. c) Ekuinoks dan solstis. d) 365¼ hari setahun.

5) Garisan Khatulistiwa adalah garisan yang dilukis diatas glob yang membahagikan bumi kepada dua. Bahagian ke Utara garisan Khatulistiwa di sebut Hemisfera Utara dan bahagian ke Selatan di sebut Hemisfera Selatan. Kawasan yang berhampiran garisan Khatulistiwa mengalami 12 jam siang dan 12 jam malam.

6) Latitud (garis lintang) yang lain ialah:- a) Garisan Sartan (23½ºU) b) Garisan Artik (66½ºU) c) Garisan Jadi (23½ºS) d) Garisan Antartik (66½ºS)

9.3 Kejadian 4 Musim

Page 36: Nota Geografi Ting. 1

1) Suhu

Suhu tinggi dan sekata sepanjang tahun. Min suhu tahunan tinggi iaitu 27ºC. Suhu tinggi disebabkan kedudukan Malaysia berhampiran garisan Khatulistiwa. Julat suhu tahunan kecil iaitu 1ºC hingga 2ºC kerana :-

a) Dikelilingi laut yang luas.b) menerima hujan lebat sepanjang tahun.c) Kelembapan udara tinggi iaitu 80%.

Julat suhu harian adalah besar iaitu anatara 5ºC - 10ºC dikawasan pantai. 8ºC - 12ºC dikawasan pedalaman

2) Hujan

Malaysia menerim hujan lebat sepanjang tahun. Jumlah hujan tahunan melebihi 2600mm. Tabuan hujan tidak sekata:-

a) Bentuk muka bumi.b) Angin monsoon.

Hujan maksimum pada musim peralihan monsoon iaitu pada bulan April dan Oktober. Umumnya Pantai Timur Semenanjung Malaysia menerima hujan yang lebih lebat berbanding dengan Pantai Barat. Pantai Timur Semenanjung Malaysia menghadap kearah tiupan angin monsoon Timur Laut yang lembap. Pantai Barat Semenanjung Malaysia terlindung daripada tiupan:-

a) Angin monsoon Barat Daya oleh Pulau Sumatera.b) Angin monsoon Timur Laut oleh banjaran di bahagian tengah Semenanjung Malaysia.

Kebanyakan hujan di Malaysia turun dalam bentuk hujan perolakan. Hujan bukit atau hujan relief turun di kawasan tanah tinggi. Hujan perenggan atau hujan siklon kerap berlaku di kawasan tropika dan di kawasan hawa sederhana.

Pembentukan Hujan Perolakan

Air di permukaan bumi dipanaskan oleh pancaran matahari yang terik dari pagi hingga petang.

Air tersejat dan menjadi wap air. Udara panas dan wap air naik ke atmosfera sehingga

ke tahap pemeluwapan. Udara menjai sejuk dan wap air bertukar menjadi

titisan air. Titisan air membentuk awan jenis kumulonimbus. Titisan air turun ke permukaan bumi sebagai hujan

perolakan. Hujan perolakan yang lebet turun pada waktu

petang disertai kilat dan petir.

Pembentukan Hujan Bukit

Angin lembap dari laut menaiki cerun bukit hadap angin.

Wap air didalam udara menjadi sejuk dan terpeluwap lalu membentuk titisan air.

Titisan air membentuk awan dan turun sebagai hujan bukit di cerun bukit.

Hujan lebat di bahagian cerun ukit yang menghadap arah tiupan angin lembap.

Cerun bukit di kawasan lindungan hujan menerima sedikit hujan.

9.4 Cuaca Dan Iklim Di Malaysia

1) Kawasan yang terletak di garis lintang 0º-10ºU dan 0º-10ºS mengalami Iklim Khatulistiwa.

2) Malaysia mengalami Iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun.

3) Ciri-ciri utama Iklim Khatulistiwa:- a) Suhu. b) Hujan. c) Sistem angin.

Page 37: Nota Geografi Ting. 1

Jumlah Hujan Tahunan Kawasan UtamaHujan melebihi 3500mm setahun Kaki bukit Kelantan dan Terengganu.

Bukit Larut, Perak. Gunung Jerai, Kedah.

Page 38: Nota Geografi Ting. 1

3) Angin

Malaysia mengalamidua sistem angin yang utama iaitu:-a) Angin monsoon Timur Laut.b) Angin monsoon Barat Daya.

Malaysi mengalami angina Sumatera dan angina tempatan iaitu Bayu Darat dan Bayu Laut.

3.1 Angin Monsun Timur Laut

Bertiup dari bulan November dan berakhir bulan Mac.

Bertiup keluar dari Asia Tengah (musim sejuk) menuju ke kawasan pedalaman Australia (musim panas).

Ketika itu Asia Tengah mengalami tekanan udara tinggi dan pedalaman Australia mengalami tekanan udara rendah.

Angin monsun ini membawa hujan lebat ke:-a) Pantai Timur Semenanjung Malaysia.b) Pantai Utara Sabah.c) Hampir seluruh Sarawak.

Angin monsun ini membawa sedikit hujan ke kawasan lindungi hujan di:-a) Pantai Barat Semenanjung Malaysia.b) Kawasan Tawau dan Tenom di Sabah.

3.2 Angin Monsun Barat Daya

Bertiup pada pertengahan bulan Mei hingga September.

Bertiup dari pedalaman Australia menuju ke Asia Tengah.

Membawa hujan relief (hujan bukit) ke:-a) Kawasan Bukit Larut.b) Gunung Jerai.c) Kawasan tanah tinggi di Terengganu.d) Gunung Batu Putih (Banjaran Titiwangsa)e) Pantai Barat Sabah.

f) Tanah tinggi pedalaman Sarawak. Daerah Kuala Pilah merupakan kawasan yang

paling kering. Hujan tahunan kurang 750mm kerana terlindung daripada angin lembap

Gunung Batu Putih di Banjaran Titiwangsa.Hujan antara 3000-3500mm setahun Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Pantai Utara Sabah. Bahagin tengah Sarawak.

Hujan antara 2000-2500mm setahun Pedalaman Pantai Timur dan bahagian tengah Semenanjung Malaysia.

Kawasan pedalaman Sabah.Hujan kurang daripada 2000mm setahun Daerah Jelebu dan Kuala Pilah, Negeri

Sembilan. Kawasan pantai antara Kuala Selangor

dengan Lumut.

Page 39: Nota Geografi Ting. 1

3.3 Angin Sumatera

Bertiup antara bulan April hingga Mei dan September hingga Oktober. Angin ini berasal dari Pulau Sumatera dan dikenali sebagai skual. Bertiup dengan kelajuan 80km sejam. Bertiup secara tiba-tiba pada waktu malam hingga Subuh. Angin ini membawa hujan lebat ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia terutamanya Pelabuhan Klang hingga ke

Johor.

3.4 Bayu Laut

Bertiup pada waku siang. Pada waktu siang daratan lebih cepat panas

berbanding dengan laut. Suhu udara di permukaan bumi lebih tinggi

daripada suhu di permukaan laut. Daratan mengalami tekanan udara rendah. Laut pula mengalami tekanan udara tinggi. Udara bergerak dari laut ke daratan sebagai bayu

laut.

3.5 Bayu Darat

Bertiup pada waktu malam. Pada waktu malam daratan lebih cepat sejuk

berbanding dengan laut. Suhu udara di permukaan daratan lebih rendah

manakala permukaan laut lebih tinggi. Daratan mengalami tekanan udara tinggi dan laut

mengalami tekanan udara rendah. Udara bergerak dari daratan ke laut sebagai bayu

darat.

9.5 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Cuaca Dan Iklim

9.5.1 Kedudukan

Page 40: Nota Geografi Ting. 1

Kawasan yang terletak di garisan Khatulistiwa dan yang berhampiran dengannya akan mendapat suhu yang tinggi sepanjang tahun.

9.5.2 Angin Monsun Angin Monsun Timur Laut dan Barat Daya mempengaruhi jumlah hujan yang diterima di

Malaysia.

9.5.3 Ketinggian Kawasan yang lebih tinggi akan mengalami suhu yang rendah berbanding kawasan yang

lebih rendah. Suhu akan menurun dengan kadar 1ºC bagi setiap ketinggian 165m.

9.5.4 Kepulauan Malaysia dikelilingi oleh laut yang luas. Pada waktu siang, laut lambat menyerap haba. Oleh itu, suhu lebih rendah di kawasan pantai. Pada waktu malam, air laut lambat kehilangan haba, suhu dipinggir laut sederhana sejuk. Julat suhu harian dipinggir laut lebih kecil berbanding di kawasan pedalaman. Kawasan pinggir laut mengalami suhu yang sederhana dan seragam kerana pengaruh laut dan

bayu laut. Kawasan pedalaman mengalami suhu yang tinggi (siang) dan sangat sejuk (malam) kerana

kurang pengaruh laut dan bayu laut.

9.5.5 Malaysia Bebas Daripada Taufan Dan Kemarau Panjang Angin siklon terbentuk di kawasan garis lintang 5ºU hingga 20ºU. Angin siklon dikenali sebagai taufan di Asia Tenggara. Di Amerika dikenali hurikan, di

Australia dikenali sebgai willy-willys. Taufan melanda Jepun, China, Hong Kong, Taiwan, pantai Vietnam dan Filipina Utara.

Angin bertiup antara Mei hingga November dengan kelajuan 200 hingga 300km sejam. Malaysia menerima hujan yang lebat sepanjang tahun maka tidak mengalami kemarau yang

panjang.

Unit 10: Pengaruh Cuaca dan Iklim Terhadap Kegiatan Manusia

10.1 Zon-zon Iklim Dunia

Page 41: Nota Geografi Ting. 1

Kehidupan Di Gurun Thar

Gurun Thar terletak di sebahagian India dan sebahagian Pakistan. Kurang penduduk kerana sangat panas dan kering. Penduduk bergantung hidup pada sumber alam yang terhad. Penternakan dan pertanian dijalankan dikawasan yang

tertentu iaitu berhampiran dengan anak sungai dan mata air atau oasis. Pertanian dijalankan dengan bantuan pengairan tangki bawah tanah (kunds) dan terusan dari sungai Indus. Terusan Rajasthan mengairi bahagian Gurun Thar membolehkan penanaman gandum dan kapas. Petani juga menanam sayur-sayuran, bijian, kurma dan buah-buahan. Menternak binatang secara nomad iaitu berpindah randah merupakan pekerjaan utama. Mereka berpindah randah bersama binatang ternakan untuk:-

a) Mencari air.b) Mencari rumput.

Mereka menternak lembu, unta untuk mengangkut barang serta manusia. Lembu diternak untuk susu dan dagingnya.

Unta diternak untuk mendapat daging sebagai sumber protein yang murah, susu, kulit dan bulunya. Hasil pengeluaran unta diusahakan dalam industri desa. Barangan yang dibuat daripada bahagian unta seperti karung air (kulitnya), lukisan (kulitnya) dan permaidani (bulunya) dijual.

1) Bumi dibahagikan kepada 3 zon iklim utama iaitu:- a) Zon panas (antara 30ºU dan 30ºS). b) Zon sederhana panas (30ºU dan 45ºU, 30ºS dan 45ºS) dan zon sederhana sejuk (45ºU dan 65ºU, 45ºS dan 65ºS). c) Zon sejuk (antara 66ºU dan 90ºU, 65ºS dan 90ºS).

2) Wujudnya zon-zon iklim akibat ketidakseragaman taburan cahaya matahari dipermukaan bumi.

10.2 Ciri Iklim Dan Cara Hidup Manusia Di Gurun Thar

1) Mengalami iklim gurun panas iaitu panas dan kering sepanjang tahun.

2) Hujan tahunan kurang daripada 250mm.

3) Min suhu bulanan pada pertengahan tahun mencapai 50ºC. Pada hujung dan awal tahun suhu serendah 5ºC hingga 10ºC.

4) Suhu tinggi sepanjang tahun kerana:- a) Kekurangan tumguh-tumbuhan. b) Cahaya matahari boleh sampai ke bumi. c) Awan kurang terbentuk (lapisan awan nipis).

5) julat suhu tahunan besar iaitu 23ºC dan bulan Jun adalah bulan yang paling panas sekali.

6) Bulan Januari merupakan suhu bulanan yang paling rendah dan Ibun (Fros) sering berlaku.

7) Ribut pasir yang dikenali sebagai andhi berlaku pada bulan Mei dan Jun.

10.3 Ciri Iklim Dan Cara Hidup Manusia Di Siberia

1) Kawasan Siberia di Rusia mengalami iklim sejuk sederhana kebenuaan atau iklim jenis

Page 42: Nota Geografi Ting. 1

Kehidupan Di Siberia

Penduduknya jarang dan tinggal di Barat Daya Siberia kerana keadaan sejuk dan bersalji sepanjang tahun. Pembalakan merupaka kegiatan utama. Pembalakan dijalankan di hutan pokok tirus atau hutan konifer (Larch,

Pain, Cedar Siberia dan Fir). Kayu balak jenis lembut sesuai dijadikan bahan mentah untuk industri pulpa dan kertas.

Pembalakan dijalankan pada musim sejuk kerana:-a) Getah pokok membeku dan memudahkan kerja menebang.b) Kayu balak mudah diheret atau digolek kerana tanah beku, bersalji dan licin.c) Ramai pembalak sambilan.

Penduduk Siberia iaitu kaum Samoyed dan Yakut memburu binatang untuk mendapatkan bulunya seperti tupai, beruang, musang kecil, Lynx, martens dan rubah pada musim sejuk.

Kerja menjerat binatang dijalankan pada musim sejuk kerana:-a) Bulunya tebal dan bersih.b) Mudah terkena jerat atau umpan kerana kekurangan makanan.

Pertanian sukar dijalankan kerana musim panasnya singkat, hujannya sedikit dan suhu rendah. Pertanian campur dijalankan pada musim panas yang singkat iaitu:-

a) Penternakan lembu tenusu, ayam dan itik.b) Penanaman ubi kentang, bit gula, flaks, gandum, oats, raid dan barli.

Perlombongan petroleum dan gas asli diusahakan di Barat Siberia, emas dilombong di Yakutsk, perlombongan kuprum dan arang batu turut dijalankan.

Penjana kuasa hidroelektrik dijalankan di Sungai Ob, Sungai Lena dan Sungai Yenisei. Industri melebur aluminium, pulpa, kertas, bahan tekstil, bahan logam dan kenderaan. Kilang ini dibina di sepanjang landasan keretapi Trans-Siberia.

Siberia.

2) Musim sejuknya panjang dan melampau. Suhu terendah pada bulan Januari iaitu -50ºC.

3) Musim panas adalah pendek dan sederhana panas iaitu 21ºC.

4) Julat suhu tahunan adalah sangat besar iaitu 65ºC.

5) Kedudukan kawasan ini yang jauh dari pengaruh laut mengybabkan musim sejuk terlampau sejuk dan panjang.

6) Hujan tahunan antara 280-635mm. Hujan maksimum pada musim panas daripada hujan perolakan.

7) Pada musim sejuk pula hujan turun dalam bentuk salji. Ribut salji selaju 80km sejam bertiup.

10.4 Ciri Iklim Dan Cara Hidup Manusia Di Greenland

1) Greenland mengalami iklim Artik atau Tundra. Keadaannya sangat sejuk dan kering.

Page 43: Nota Geografi Ting. 1

Kehidupan Di Greenland

Penduduk utama Greenland terdiri dari kaum Inuit dan kaum Eskimo. Orang Eskimo tinggal dalam kelompok kecil yang berselerak kerana sumber makanan berkurangan. Mereka hidup berpindah randah mengikut perubahan musim. Pada musim panas mereka berpindah ke kawasan pedalaman. Mereka tinggal dalam tupik iaitu khemah yang

dibuat dari kulit binatang. Mereka memburu binatang seperti anjing laut, musang artik, singa laut, karibu, beruang kutub dan serigala laut. Binatang diburu untuk daging, kulit dan lemak:-

a) Kulit digunakan untuk membuat kayak, khemah dan pakaian emas.b) Lemak dijadikan sumber tenaga menyalakan pelita dan memanaskan igloo.

Kayak dan umiak ialah kaedah pengangkutan utama dalam musim panas. Pada musim sejuk mereka berpindah dan tinggal di pinggir pantai dan tasik. Mereka tinggal dalam igloo yang dibuat daripada potongan blok ais. Mereka menggunakan lembing dan harpoon untuk menangkap:-

a) Ikan kod, paus, salmon dan halibut.b) Ketam salji.c) Anjing laut.d) Serigala laut.

Pada musim sejuk mereka menggunakan andur salji yang ditarik oleh anjing huski untuk bergerak dipermukaan salji.

Dibahagian Selatan Greenland yang mempunyai musim penanaman tidak melebihi 3 bulan:-a) Menanam ubi kentang dan rumput.b) Menternak biri-biri, rusa dan muskoxen.

Rumput dikeringkan untuk makanan biri-biri, muskoxen dan rusa pada musim sejuk. Rusa diternak untuk mendapatkan daging, susu dan kulitnya. Kini, kebanyakan penduduk Greenland tinggal di rumah yang tetap dibekalkan dengan bekalan air dan

elektrik. Mereka menggunakan senapang dan kereta salji berenjin untuk memburu binatang. Mereka telah bekerja tetap dalm sector perlombongan, perniagaan dan penternakan.

2) Musim panasnya (Jun) adalah pendek dan sejuk iaitu 10ºC.

3) Musim sejuknya (Januari) sangat sejuk. Suhunya dibawah takat beku iaitu -22ºC.

4) Julat suhu tahunan iaitu 27ºC. Min suhu tahunan kira-kira -8ºC.

5) Hujan tahunan sangat sedikit iaitu 250mm.

6) Hujan maksimum dalam musim panas dalam bentuk hujan perolakan. Salji turun dalam musim sejuk.

7) Ribut salji bertiup dengan kelajuan 209km sejam. Tanah disini beku selama 8 bulan.

10.5 Pengaruh Cuaca Dan Iklim Terhadap Kegiatan Ekonomi Di Malaysia

1) Pertanian.

Page 44: Nota Geografi Ting. 1

Pertanian dijalankan sepanjang tahun kerana suhu tinggi dan hujan tahunan melebihi 2600mm.

Keadaan iklim sesuai untuk penanaman getah, kelapa sawit, koko dan padi. Sayur-sayuran dan buah-buahan hawa sederhana sesuai ditanam di Tanah Tinggi

Cameron. Tebu ditanam di Chuping dan Padang Terap di Perlis kerana kawasan ini mengalami satu

musim kering yang sesuai untuk memotong tebu. Padi ditanam pada musim hujan dan ditua pada musim kering. Penorehan getah dijalankan pada musim cuaca baik. Kerja menoreh tidak dijalankan pada

musim hujan kerana kulit pokok getah yang basah menyebabkan susu getah melimpahi dan tidak memasuki kedalam mangkuk susu getah.

Pemetikan daun teh dijalankan pada musim cuaca panas yang sesuai untuk mengeringkan daun.

2) Perikanan.

Pada bulan November hingga Mac, nelayan Pantai Timur tidak menangkap ikan kerana laut bergelora dan hujan lebat semasa tiupan angin monsun Timur Laut.

Ketika ini nelayan menangkap ikan di pinggir pantai, membaiki pukat serta bercucuk tanam.

Nelayan Pantai Barat dapat menangkap ikan sepanjang tahun kerana lautnya sentiasa tenang.

3) Pembalakan.

Iklim Khatulistiwa menggalakkan pertumbuhan hutan hujan tropika. Hutan hujan tropika kaya dengan pokok yang bermutu dan berharga seperti cengal,

nyatuh, seraya, mersawa dan keruing yang menggalakkan pembalakan. Pembalakan dijalankan pada masa cuaca panas, cerah dan kering.

4) Pelancongan.

Keadaan yang nyaman menggalakkan aktiviti pelancongan dan dapat menarik pelancongan dari negara Barat untuk datang ke negara.

5) Kegiatan ekonomi lain.

Perlombongan hanya dijalankan ketika cuaca baik, karing dan panas. Perlombongan dihentikan pada musim hujan kerana kejadian banjir dan tanah runtuh. Perdagangan, perniagaan dan perindurtrian dijalankan sepanjang tahun kerana Malaysia

tidak mengalami musim sejuk.

Unit 11: Pengaruh Manusia Terhadap Cuaca dan Iklim

11.1 Peningkatan Suhu

Page 45: Nota Geografi Ting. 1

11.2 Kesan Rumah Hijau

Pemanasan atau peningkatan suhu bumi dikenali sebagai kesan rumah hijau. Suhu didunia dijangka meningkat kira-kira 5ºC dalam tempoh 50 tahun. Peningkatan suhu dunia disebabkan oleh atmosfera bumi tercemar oleh pertambahan gas-gas rumah hijau seperti:-

a) Karbon dioksida.b) Nitrus oksida.c) Metana.d) Kloroflurokarbon (CFC).

Gas tersebut dilepaskan oleh kegiatan manusia seperti:-a) Perindustrian.b) Pembakaran bahan api fosil.c) Pembakaran sampah sarap.d) Pemusnahan hutan.e) Kekurangan tumbuh-tumbuhan.

Gas-gas dioksida membentuk satu lapisan gas yang tebal yang boleh menghalang bahang bumi keluar ke atmosfera.

Pertambahan gas Kloroflurokarbon dalam atmosfera disebabkan oleh penggunaan:-a) Gas dalam peti sejuk dan alat penyaman udara.b) Semburan racun serangga.c) Bahan campuran dalam plastik foam.d) Bahan pelarut membersihkan perisian komputer.e) Minyak wangi.

11.3 Pulau Haba

Pulau haba Bandar bermaksud keadaan pusat Bandar yang mengalami suhu lebih tinggi daripada kawasan sekitarnya.

Suhu didapati semakin bertambah dari kawasan pinggir bandar menuju ke pusat bandar. Punca-punca pulau haba bandar ialah:-

a) Pembangunan yang pesat di bandar telah menyebabkan banyak kawasan hutan yang ditebang untuk tujuan pembinaan.b) Bangunan konkrit yang dibina rapat-rapat.c) Jalanraya yang di turap dengan tar telah menyerap dan memerangkap haba.d) Banyak bahan pencemar seperti debu, habuk, gas menyerap haba dan bahang matahari.e) Haba yang dibebaskan dari kenderaan bermotor, kilang dan pembakaran sampah.f) Kurang perpeluhan menyebabkan kurang wap air untuk menyejukkan udara akibat kurang tumbuhan.

1) Kegiatan-kegiatan manusia yang boleh menyebabkan peningkatan suhuialah seperti:- a) Pembakaran secara terbuka. b) Perindustrian yang pesat. c) Pertambahan kenderaan. d) Pembalakan.

2) Kegiatan manusia tersebut telah mencemarkan udara dengan mengeluarkan:- a) Gas karbon dioksida. b) Gas karbon monoksida. c) Asap. d) Debu. e) Habuk.

3) Pembalakan berluasa mengurangkan tumbuh-tumbuhan semulajadi dan mengurangkan proses fotosintesis, mengakibatkan:-

a) Pengurangan oksigen. b) Pertambahan karbon dioksida.

4) Gas karbon dioksida yang banyak menyerap haba cahaya matahari menyebabkan peningkatan suhu bumi.

5) Kesan peningkatan suhu bumi menyebabkan:- a) Pencairan ais dikutub dan kemuncak gunung. b) Banjir dikawasan rendah. c) Kemerosotan tanaman. d) Musim panas yang melampau dan panjang. e) musim sejuk pendek dan lembap

Page 46: Nota Geografi Ting. 1

11.4 Jerebu

Berlaku sebab bertambahnya habuk, asap dan debu yang mencemari udara. Jerebu boleh memendekkan atau mengurangkan jarak penglihatan menusia sehingga satu atau dua

kilometer sahaja. Jerebu kerap berlaku di kawasan:-

a) Perindustrian. b) Bandar.c) Berpenduduk padat.

Jerebu yang berlaku di Malaysia berpunca dari kebakaran hutan. Asap dari kebakaran menghasilkan gas dan habuk halus yang terapung-apung di atmosfera.

Jerebu biasanya berlaku sekiranya tiada hujan dan angin bertiup. Jerebu boleh menyebabkan penyakit:-

a) Sakit mata (konjuctivities).b) Radang paru-paru (bronchitis).c) Masalah pernafasan.d) Asma.

11.5 Kemarau

Berlaku apabila:-a) Cuaca kering berpanjangan.b) Terdapat sedikit hujan dalam tempoh masa yang lama.

Berlaku akibat:-a) Kemusnahan kawasan hutan secara berluasa.b) Peningkatan suhu dunia.c) Penipisan lapisan ozon akibat pencemaran udara.

Kesan kemarau ialah:-a) Kekurangan bekalan air.b) Kemerosotan hasil pertanian.c) Menghalang perkembangan kegiatan pertanian, penternakan dan perindustrian.

11.6 Penipisan Lapisan Ozon

Lapisan ozon adalah satu lapisan gas yang terbentuk disekeliling bumi. Lapisan ozon terbentuk di atmosfera kira-kira 20 hingga 26km dari permukaan bumi. Lapisan ozon bertindak sebagai pelindung atau penapis sinar ultraungu cahay matahari sebelum sampai

ke bumi. Sinar ultraungu yang berlebihan dapat memudaratkan kehidupan di bumi. Kegiatan manusia yang menyebabkan penipisan lapisan ozon ialah:-

a) Penggunaan baja nitrogen dalam pertanian.b) Pertambahan kenderaan bermotor. Kapal terbang supersonic membebaskan nitrogen oksida.c) Perindustrian yang pesat.d) Pembakaran terbuka.e) CFC dibebaskan oleh penyembur aerosol, peti sejuk dan alat pendingin udara mempercepatkan proses proses penghakisan lapisan ozon.

Kesan-kesan penipisan lapisan ozon ialah:-a) Menjejaskan kesihatan manusia. Sinaran ultraungu menyebabkan barah kulit, kecacatan bayi dalam kandungan ibu, katarak mata dan melemahkan sistem pelalian badan. b) Suhu dunia meningkat.c) Keadaan cuaca menjadi tidak menentu.d) Kemarau dan banjir serta tiupan taufan secara tiba-tiba.e) Hasil tanaman merosot akibat banjir dan kemarau berpanjangan.f) Air tercemar mengakibatkan hidupan air semakin pupus.

11.7 Hujan Asid

Terjadi disebabkan oleh udara yang tercemar. Gas-gas karbon dioksida, sulfur dioksida dan nitrogen oksida larut dalam wap air di udara

menghasilkan:-a) Asid nitric.b) Asid sulfuric.c) Asid karbonik.

Titisan air hujan yang berasid turun ke bumi sebagai hujan asid. Hujan asid paling buruk berlaku dikawasan perindustrian dan bandar kerana:-

a) Banyak kilang.b) Bilangan kenderaan bermotor banyak.c) Pembukaan sampah sarap secara terbuka.d) Kekurangan tumbuh-tumbuhan.

Kesan hujan asid adalah:-a) Merosakkan tanaman makanan dan menyebabkan bekalan makanan berkurangan.b) Memusnahkan hidupan dan dan tumbuh-tumbuhan berair.c) Mencemarkan air sungai, kolam dan tasik.d) Menyebabkan pelbagai jenis penyakit yang memudaratkan kesihatan manusia dan haiwan.e) Melarutkan simen, merosakkan bahan dan barangan besi serta merosakkan ukiran bangunan lama.

Page 47: Nota Geografi Ting. 1

Unit 12: Tumbuhan Semula Jadi Dan Hidupan Liar

Page 48: Nota Geografi Ting. 1

1) Iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun serta hujan lebat menggalakkan pertumbuhan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan seperti:-

a) Hutan Hujan Tropika. b) Hutan Paya Air Tawar. c) Hutan Paya Air Masin. d) Hutan Pantai. e) Hutan Gunung.

12.1 Hutan Hujan Tropika

1) Merupakan hutan yang terpenting dan paling luas di Malaysia.

2) Meliputi 70% daripada jumlah kawasan hutan negara kita.

3) Hutan ini tumbuh dengan subur di kawasan yang mempunyai ketinggian kurang daripada 1000meter di kaki bukit dan cerun gunung terutamanya di:-

a) Bahagian tengah Semenanjung Malaysia. b) Bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak.

4) Mempunyai 4 lapisan iaitu:- a) Lapisan renjong (emergen). b) Kanopi (silara). c) Lapisan tengah. d) Lantai hutan.

5) 4 lapisan utama hutan hujan tropika iaitu:-Lapisan Ciri-ciri Utama Jenis Pokok Utama Jenis Hidupan Liar

Emergen_Renjong

Lapisan teratas. Batangnya lurus, tinggi untuk mendapat cahaya

matahari. Malar hijau. Daunnya lebar, berbulu, berlilin, liat. Hujung daun tirus bagi membolehkan air hujan

mengalir turun dengan mudah dan cepat. Ketinggian pokok antara 40-50meter. Berkayu keras. Tumbuh rapat-rapat. Berakar banir. Pokok tumbuh bercampur aduk.

Meranti. Cengal. Balau. Merbau. Seraya. Nyatuh. Keruing. Kapur. Jelutong.

Spesis kupu-kupu. Spesis burung. Spesis serangga. Tupai.

Kanopi

ketinggian antara 20-40meter. Ranting dan daun merimbun dan membentuk

lapisan pelindung cahaya matahari.

Kedondong. Kandis. Penarahan. Kelat.

Tupai. Kera. Burung. Serangga.

Lapisan Tengah

Ketinggian pokok antara 10-20meter. Pokok-pokok kecil. Terdapat tumbuhan epifit yang hidup

menumpang pokok lain. Liana ialah sejenis tumbuhan yang memanjat

pokok lain bagi mendapat cahaya matahari. Tumbuhan parasit pula ialah pokok yang

memanjat pokok lain untuk mendapatkan air, garam dan mineral daripada kulit pokok.

Epifit Paku langsuyar. Tanduk rusa.

Liana Rotan.

Parasit Orkid. Herba.

Orang utan. Burung. Ular.

Lantai Hutan

Tinggi pokok kurang 10meter. Tumbuh-tumbuhan jarang kerana kurang

cahaya matahari. Bahagian hutan ini gelap, lembap. Diliputi daun kering dan bahan reput.

Cendawan. Kulat. Saprofit.

Tupai. Tapir. Harimau. Gajah. Tenggiling.

Page 49: Nota Geografi Ting. 1

Sesuai untuk tumbuhan saprofit yang hidup memakan bahan reput.

Rusa. Kancil. Pelanduk.

12.2 Hutan Paya

1) Hutan paya terdiri daripada 2 jenis iaitu:- a) Hutan paya air masin. b) Hutan paya air tawar.

Jenis Hutan Paya Hutan Paya Air Masin Hutan Paya Air Tawar

Kawasan Utama

Sekitar muara Sungai Perak, Sungai Bernam, Sungai Rajang, Sungai Baram.

Kawasan pantai Johor, Melaka dan Pahang. Kawasan Pantai Timur dan Tenggara Sabah.

Sekitar Tasik Bera dan Tasik Chini.

Sekitar Pekan dan Sabak Bernam.

Ciri-ciri Utama

Tumbuh subur di kawasan pinggir laut yang berlumpur dan terlindung dan sering mengalami air pasang dan surut.

Hutan ini malar hijau.

Batang pokok batau tumbuh lurus.

Ranting dan daun merimbun membentuk lapisan kanopi yang sekata.

Tidak mempunyai tumbuhan bawah yang banyak.

Daunnya lebar dan liat.

Bahagian pokok bakau yang ditenggelami air masin mengalami kekurangan oksigen.

Sistem akar terdiri daripada akar ceracak, akar jangkang dan akar banir.

Akar ceracak adalah akar pernafasan dan tumbuh secara menegak keluar dari permukaan tanah lumpur.

Akar jangkang tumbuh di bahagian bawah pangkal pokok dan masuk ke lumpur. Akar ini menyokong pokok dari mudah tumbang.

Pokok bakau yang berakar banir tumbuh dikawasan yang lebih jauh dari pantai.

Tumbuhan berbeza mengikut jarak dari laut. Jauh ke darat terdapat pokok nibung dan paku

Tumbuh dikawasan pedalaman yang bersaliran buruk (bertakung air), bertanih gambut, tanih liat aluvium.

Pokok adalah jenis pokok kayu keras.

Tumbuh bercampur aduk dan rapat-rapat.

Batangnya besar, lurus dan tinggi.

Daun pokok lebar, berkilat, berbulu dan berlilin. Hujung daun tirus untuk memudahkan air hujan mengalir.

Mempunyai akar yang sesuai untuk tumbuh dalam keadaan air yang bertakung.

Pokok Bintangor mempunyai akar udara.

Pokok Perupuk mempunyai akar pneumatofor (knee).

Pokok Kelat dan Merbulan mempunyai akar jangkang.

Pokok Meranti mempunyai akar banir.

Mempunyai profil yang berlapis-lapis iaitu :-a) Kanopi (Silara). - Pokok berkayu keras dan

Page 50: Nota Geografi Ting. 1

pakis. Dikawasan yang semakin hampir ke laut terdapat pokok nipah.

tinggi. Pokok mempunyai kanopi yang tidak selanjar.

b) Lapisan Tengah. - Pokok bersaiz sederhana dan

kecil.c) Lapisan Pokok Renek. - Tumbuhan adalah jarang

kerana mendapat cahaya matahari yang sedikit. Lantai hutan dibanjiri air semasa musim hujan.

Tumbuh-tumbuhan Utama

Pokok bakau, nipah, lenggadai, tumu merah, paku pakis, gelam ramin, jongkong, nibung.

Paling banyak ialah pokok nipah. Mengkuang, mersawa paya, meranti paya, ramin, jongkong, alan bunga, semayur dan kapur paya. Paku pakis, langsuyar, rotan,

periuk kera.

Hidupan Air Utama Ikan, ketam, sotong, kerang, udang, siput. Katak, ikan, biawak, ular, udang

gajah.

12.3 Hutan Pantai

1) Tumbuh subur di kawasan pinggir laut yang:- a) Rendah. b) Saliran baik. c) Berpasir. d) Terdedah kepada tiupan angin laut.

2) Hutan pantai didapati di kawasan pantai berpasir di:- a) Tanjung Rhu, Pulau Langkawi. b) Kawasan Batu Feringghi, Pulau Pinang. c) Cahaya Bulan, Kelantan. d) Desaru, Johor. e) Pantai Barat Sabah. f) Pulau Talang, Sarawak.

3) Tumbuh-tumbuhan utama ialah :- a) Pokok ru. b) Pokok renek. c) Semak samun. d) Mengkuang laut. e) Tapak kuda. f) Bintangor laut. g) Kelat jambu laut.

4) Pokok ru adalah tumbuhan utama. Ciri0ciri pokok ialah:- a) Berbatang lurus. b) Berbentuk kon. c) Daun berbentuk jarum. d) Kulit batang mempunyai rekahan cetek dan berdahan kecil berwarna hijau yang berfungsi

sebagai daun sisik.

5) Tumbuhan menjalar mempunyai akar yang merebak dan menjalar jauh kedalam tanah untuk mendapat air tawar. Akar dapat menguatkan cengkaman pokok dipasir yang longgar.

6) Profil hutan pantai menunjukkan perbezaan tumbuhan semulajadi mengikut jarak dari laut. Pokok tapak kuda paling hampir dengan laut. Pokok ru tumbuh agak jauh dari pokok tapak kuda. Terdapat juga rumput kasar jenis menjalar. Pokok renek tumbuh dibelakang pokok ru serta diikuti pokok mengkuang dan pokok kelapa.

7) Pelbagai hidupan liar seperti :-

Page 51: Nota Geografi Ting. 1

a) Kera. b) Ular. c) Biawak. d) Tupai. e) Burung. f) Serangga.

12.4 Hutan Gunung

1) Tumbuh subur dikawasan tanah tinggi melebihi 1200m.

2) Kawasan hutan gunung yang utama ialah:- a) Banjaran Titiwangsa. b) Banjaran Crocker. c) Banjaran Tama Abu. d) Banjaran Tahan. e) Banjaran Iran.

3) Jenis-jenis tumbuh-tumbuhan mengikut ketinggian kawasan tersebut.

Kawasan Jenis Tumbuh-tumbuhan Tumbuhan Utama Ciri-ciri Tumbuhan.0-1200m Hutan hujan tropika Meranti.

Cengal. Kapur. Seraya. Nyatuh.

Malar hijau. Tinggi. Lurus dan rapat.

1200-1800m Hutan montane bawah Oak. Laurel. Paku pakis. Orkid. Paku langsuyar.

Terdapat juga daun luruh.

Ketinggian pokok antara 15 hingga 33m.

1800-2900m Hutan montane atas Pain. Sprus. Gelam. Epifit. Periuk kera. Lumut.

Pokoknya rendah kerana keadaan suhu yang rendah dan tiupan angina yang kencang.

Terdiri satu lapisan sahaja.

Liken dan lumut tumbuh didahan pokok.

Lumut di lantai hutan yang lembap.

2900-3500m Tumbuh-tumbuhan hampir alpain

Hutan campur jenis pokok renek dan rumput.

Pokok conifer. Rumput jenis low’s

buttercup. Bornean eyebright. Red sanicle. Periuk kera.

Pokoknya renek dan berbentuk kon.

Lebih 3500m Tumbuh-tumbuhan alpain Semak samun. Lumut. Kulampair.

Tumbuh-tumbuhannya jarang.

4) Jenis fauna yang hidup di hutan gunung berbeza mengikut ketinggian.

Page 52: Nota Geografi Ting. 1

5) Di hutan montane bawah terdapat:- a) Harimau dahan. b) Kucing batu. c) Ungka. d) Binturong. e) Musang. f) Katak. g) Burung. h) Serangga.

6) Di hutan montane atas terdapat:- a) Beruang. b) Tikus. c) Burung. d) Serangga.

7) Di hutan hampir alpain terdapat:- a) Tupai. b) Tikus. c) Burung. d) Serangga.

Unit 13: Faktor Yang Mempengaruhi Tumbuhan Semula Jadi Dan Hidupan Liar

1) Faktor-faktor yang mempengaruhi taburan tumbuh-tumbuhan semulajadi di Malaysia ialah:- a) Bentuk muka bumi. b) Iklim. c) Tanih. d) Saliran.

Tumbuh-tumbuhan Semulajadi

Bentuk Muka Bumi Iklim Tanih Saliran

Page 53: Nota Geografi Ting. 1

Hutan hujan tropikaKawasan kaki bukit dan cerun gunung yang kurang daripada 1000m.

Iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun dengan min suhu 27ºC dan hujan tahunan melebihi 2600mm.

Tanih laterit dan aluvium.

Saliran baik.

Hutan paya air masin

Kawasan rendah di muara sungai atau pinggir laut yang terdedah kepada air pasang surut.

Panas dan lembap sepanjang tahun, suhu 27ºC dan hujan tahunan melebihi 2600mm.

Tanih berlumpur.

Berpaya dan sentiasa bertakung air.

Hutan paya air tawarKawasan pedalaman yang rendah sekitar Tasik Chini dan Bera.

Suhu 27ºC dan hujan tahunan melebihi 2600mm.

Tanih gambut.Saliran buruk dan sentiasa bertakung air.

Hutan pantaiKawasan rendah di pinggir laut.

Suhu 27ºC dan hujan tahunan melebihi 2600mm.

Tanih berpasir. Saliran baik.

Hutan gunung Kawasan tanah tinggi melebihi 1000m.

Kadar perubahan suhu iaitu penurunan 1ºC bagi setiap kenaikan ketinggian 165m. Min suhu di kawasan tanah tinggi ialah 18ºC.

Tanih laterit. Saliran baik.

13.2 Tumbuh-tumbuhan Semulajadi Dan Hidupan Liar Di Negara-negara Lain

13.2.1 Kawasan Gurun Panas (Gurun Sahara).

Ciri iklim.

1) Panas dan kering sepanjang tahun.

2) Suhu waktu siang antara 38ºC hingga 44ºC manakala waktu malam, suhu sangat sejuk iaitu 10ºC.

3) Hujan tahunan kurang daripada 250mm.

Tumbuh-tumbuhan semula jadi

1) Sangat jarang kerana keadaannya panas dan kering sepanjang tahun.

2) Keadaannya yang kering menggalakkan pertumbuhan tumbuhan yang tahan kemarau berpanjangan. Contoh: rumput kasar, semak samun, kaktus dan pokok kurma.

3) Tumbuh-tumbuhan semula jadi dikawasan gurun mempunyai cirri-ciri yang membolehkannya tahan keadaan panas dan kering:-a) Mempunyai batang berongga dan berlendair untuk menyimpan air bagi jangka masa

panjang.b) Mempunyai akar panjang untuk mendapatkan air di bawah tanah.c) Mempunyai daun keras, kecil, berduri dan berbentuk jarum untuk mengurangkan kadar

kehilangan air melalui perpeluhan.d) Biji benih berkulit tebal, keras dan tahan kemarau untuk memudahkan percambahan.

Page 54: Nota Geografi Ting. 1

Hidupan Liar Di Gurun Sahara

1) Contoh: Gazelle (jenis rusa), oryx, musang kit, tikus jerboa, unta, kala jengking.

2) Hidupan liar terpaksa menyesuaikan diri dengan air dan makanan yang sedikit.

3) Unta merupakan haiwan yang terkenal di Gurun Sahara. Keistimewaannya ialah:- a) Dapat hidup lama tanpa air. b) Bulu mata yang panjang untuk menghalang pasir memasuki mata. c) Bulu yang merangkap lapisan udara supaya badan sentiasa sejuk pada waktu siang dan

panas pada waktu malam. 4) Tikus jerboa atau tikus gurun pula hidup didalam tanah untuk berlindung daripada cahaya

matahari. Tikus ini menutup pintu lubang untuk menghindari udara panas memasuki lubang pada waktu siang.

5) Musang fennec mempunyai telinga lebar sebagai penyejuk.

13.2.2 Kawasan Tundra (Siberia)Kawasan iklim Tundra atau Artik terletak di sepanjang Pantai Utara Eurasia. Eropah dan Asia bersempadan dengan lautan Artik.

Ciri Iklim

1) Sangat sejuk dan berimbun abadi.

2) Musim panasnya sejuk dan singkat. Suhunya 10ºC.

3) Musim sejuk sangat sejuk dan panjang.

4) Waktu siang lebih panjang daripada waktu malam pada musim panas.

5) Malam lebih panjang daripada waktu siang pada musim sejuk.

6) Jumlah kerpasan kurang 250mm dan turun dalam bentuk salji.

7) Salji akan cair pada musim panas.

Tumbuh-tumbuhan SemulajadiTumbuh-tumbuhan semulajadi mempunyai ciri yang khusus untuk menyesuaikannya dengan keadaan kekurangan air dan suhu yang sangat sejuk. Contoh: Pokok liken memerlukan air dan makanan yang sedikit untuk hidup. Lumut dan rumput mempunyai batang dan akar yang dapat menyimpan air.

1) Tumbuhan sangat jarang kerana:- a) Suhu sangat sejuk.

Page 55: Nota Geografi Ting. 1

b) Tanah sentiasa bersalji dan diliputi ais. c) Jumlah kerpasan kurang 250mm setahun.

2) Tumbuhan kecil tumbuh di kawasan tanah rendah yang berpaya.

3) Tumbuhan tumbuh dan berbunga dalam musim panas yang singkat.

4) Lumut dan klampair tumbuh dikawasan batuan yang lembap.

5) Pokok renek dan bantut seperti willow, birch tumbuh dikawasan yang terlindung dari angin kencang.

6) Ciri-ciri istimewa tumbuhan semula jadi dikawasan Tundra ialah:- a) Jangka hayat adalah singkat dan tumbuh pada musim panas yang pendek sahaja. b) Bertumbuh renek dan rapat antara satu sama lain untuk menahan tiupan angin kencang. c) Mempunyai daun halus seperti jarum, kecil, tebal dan liat untuk mengurangkan kehilangan

air melalui proses perpeluhan. d) Mempunyai akar pendek untuk mencari air di permukaan tanah.

Hidupan Liar

1) Terdapat pelbagai jenis hidupan liar di kawasan Pantai Utara Siberia. Antaranya musang artik, burung ptarmigan, beruang kutub, lembu musk, arnab artik, rusa salji, karibu dan serigala.

2) Hidupan liar mempunyai ciri tersendiri bagi menyesuaikan diri dalam keadaan yang sangat sejuk.

Contoh:Mempunyai lapisan lemak, kulit dan bulu yang tebal dapat memerangkap udara dan menghalang kehilangan haba dari badan. Terdapat juga hidupan liar yang berubah warna menjadi putih pada musim sejuk untuk melindungi diri daripada musuh.

13.2.3 Kawasan Mediterrenean (Turki)

Ciri Iklim

1) Musim panasnya panas, kering dan singkat dengan suhu diantara 21ºC hingga 24ºC.

2) Musim sejuknya lembap dan suhu kira-kira 10ºC hingga 14ºC.

3) Jumlah hujan tahunan kira-kira 400 hingga 800mm. Salji turun dalam musim sejuk.

Tumbuh-tumbuhan Semulajadi

1) Hutan Mediterranean tumbuh terutamanya dikawasan pinggir pantai Turki.

2) Jenis tumbuh-tumbuhan semulajadi dipengaruhi oleh:- a) Keadaan bentuk muka bumi. b) Jumlah hujan.

3) Tumbuh-tumbuhan semulajadinya tumbuh jarang-jarang, rendah dan malar hijau.

Page 56: Nota Geografi Ting. 1

4) Batang pokok adalah besar.

5) Daunnya kecil, liat, berbulu dan berlilin untuk mengurangkan kehilangan air melalui proses transpirasi.

6) Akarnya panjang dan menjalar ke dalam tanah untuk mencari air.

7) Terdapat semak samun yang rendah dan berduri dan tumbuh secara berselerak. Sesetengahnya berbau wangi.

8) Rumput yang tumbuh adalah halus dan bergulung-gulung.

Jenis Hutan Hutan Bangkut Hutan Konifer

Taburan Kawasan rendah dan kering. Kawasan tanah tinggi yang lembap.

Ciri-ciri Tumbuh-tumbuhan Pokok renek dan bantut. Semak samun berduri. Berdaun kecil dan keras. Akar yang menjalar. Berkulit tebal bagi menahan

kemarau.

Malar hijau. Berdaun kecil. Tahan kemarau.

Contoh Pokok

Laurel, lavender, rosemary dan martel.

Sprus, birch, pain, fir, cedar dan larch.

Contoh Hidupan Liar Serigala, helang, arnab, musang, landak dan pelbagai jenis serangga.

Burung hantu, tupai dan rusa merah.

- Arnab dapat menyesuaikan diri pada musim panas dimana haiwan ini akan bersembunyi didalam lubang dalam tanah pada waktu siang dan keluar mencari makanan pada waktu malam.

- Kambing gunung mempunyai kaki yang kuat untuk mendaki bukit dan mempunyai deria bau yang tajam untuk mengesan musuh dari jauh.

13.2.4 Kawasan Monsun Tropika (Thailand)

Ciri Iklim

1) Panas sepanjang tahun (21ºC-31ºC). Mengalami satu musim kering dan satu musim lembap yang nyata.

2) Hujan tahunan antara 1000 hingga 2000mm diantara bulan November hingga April.

3) Hujan lebat dibawa oleh angin monsun Barat Daya yang bertiup dari laut ke darat dan turun dalam bentuk hujan bukit atau hujan relief.

Ciri-ciri Tumbuh-tumbuhan Semulajadi

1) Suhu yang tinggi dan hujan tahunan yang banyak menggalakkan pertumbuhan pokok.

Page 57: Nota Geografi Ting. 1

2) Pokoknya tinggi dan lurus hingga mencapai ketinggian antara 20m hingga 30m.

3) Daunnya banyak dan lebar untuk menerima cahaya matahari dan hujung daun berbentuk tirus.

4) Daun akan digugurkan pada musim kering untuk mengurangkan kehilangan air melalui proses perpeluhan.

5) Hutan tumbuh agak jarang, kelihatan berlapis-lapis tetapi tidak begitu nyata.

6) Pokok-pokok yang sama spesis tumbuh secara berkelompok (dirian tulen).

7) Cahaya matahari dapat sampai ke lantai hutan, maka bawah hutan adalah padat.

8) Tumbuhan utama ialah jati, penaga, cendana, jelutung, mahogany, buluh dan rotan.

9) Thailand adalah pengeluaran kayu jati yang utama di dunia.

Hidupan Liar

1) Haiwan jenis herbivor banyak terdapat seperti gajah dan rusa.

2) Haiwan jenis karnivor seperti harimau, ular, buaya banyak terdapat disini.

3) Dilapisan atas hutan pula benyak terdapat monyet dan pelbagai jenis burung.

Unit 14: Kepentingang Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi

14.1 Membentuk Keseimbangan Ekosistem

1) Ekosistem adalah suatu sistem yang meliatkan tindak balas antara benda hidup dengan bende bukan hidup.

2) Ekosistem hutan terdiri daripada:- a) Benda bukan hidup terdiri daripada tanih, air, udara dan cahaya matahari.

Page 58: Nota Geografi Ting. 1

b) Benda hidup terdiri daripada semua spesis tumbuhan dan haiwan.

3) Tumbuh-tumbuhan memperoleh karbon dioksida daripada udara dan cahaya matahari untuk menjalankan fotosintesis bagi menhasilkan makanan.

4) Proses fotosintesis pula mengeluarkan oksigen ke udara.

5) Daun dan ranting tumbuh-tumbuhan yang gugur akan diuraikan oleh bakteria, serangga dan kulat kedalam bentuk nutrient.

6) Nutrient itu akan di kembalikan ke tanah.

7) Pentingnya memelihara dan melindungi keseimbangan ekosistem hutan ialah:- a) Mengekalkan pelbagai sumber tumbuh-tumbuhan dan hidupan. b) Membantu dalam peningkatan kualiti udara (mengekalkan kualiti oksigen di atmosfera). c) Membantu mengekalkan keseimbangan kitaran gas oksigen, karbon dioksida dan nitrogen

di udara. d) Membekalkan sumber tenaga dan makanan kepada tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

14.2 Sumber Pelbagai Jenis Flora Dan Fauna

1) Hutan di Malaysia sudah lama wujud. Contoh : Taman Negara sudah wujud kira-kira 130 juta tahun dulu.

2) Hutan Malaysia kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna. Antara spesis flora yang utama ialah periuk kera, orkid, rafflesia dan tumbuhan epifit. Contoh fauna adalah rusa, orang utan, tapir, gajah, harimau, seladang, pelanduk, spesis burung, spesis rama-rama dll.

3) Flora dan fauna yang unik dan istimewa menjadi daya tarikan pelancong, bahan penyelidikan dan bahan warisan kepada generasi akan datang.

14.3 Sumber Perhutanan

1) Pokok-pokok dalam hutan Malaysia menghasilkan pelbagai jenis kayu balak yang bermutu tinggi dan bernilai dari segi perdagangan.

2) Antara jenis pokok kayu keras ialah meranti, cengal, seraya, bakau, kapur, keruing, nyatuh dan jelutong.

Hasil Hutan KegunaanKayu balak - Perabot, papan lapis, alat binaan (rumah,

bangunan, jambatan)- Diekport dalam bentuk balak gergaji, kayu

gergaji dan papan lapis.Damar Dapat dibuat varnish dan perekat.Getah pokok kulim Dijadikan bahan untuk bau-bauan.Daun nipah Dibuat atap.

Page 59: Nota Geografi Ting. 1

Mengkuang dan rotan Dijadikan bahan untuk kraftangan dan perabot.Kayu bakau Digunakan sebagai cerucuk dalam industri

pembinaan, dibuat kayu arang. Menyamak kulit binatang.

Batang nibung Dibuat tiang rumah dan kelong.Keladi liar, buah durian, buah tampoi, petai Sebagai sumber makanan orang asli.

14.4 Pembiakan Hidupan Laut

1) Hutan paya air tawar dan hutan paya air masin menjadi habitat semulajadi dan tempat pembiakan pelbagai jenis hidupan air seperti ikan, udang, siput, kerang dan ketam.

2) Akar-akar pokok bakau rapat-rapat dan banyak dapat mengurangkan hakisan ombak dikawasan muara sungai dan pinggir laut. Dicelah-celah akar pokok bakau pelbagai hidupan laut dapat berlindung daripada ombak yang kuat. Anak-anak ikan dapat bersembunyi dan mengelakkan diri daripada dimakan hidupan laut yang lain.

3) Tanih dikawasan ini terdiri daripada lumpur, tanih liat dan bahan reputan (tumbuhan dan haiwan yang mati) adalah nutrient yang menjadi makanan asas dalam rantaian makanan bagi kebanyakan hidupan laut.

4) Hutan paya air masin juga menjadi punca rezeki nelayan pantai.

14.5 Tempat Perlindungan Hidupan Liar

1) Hutan di Malaysia merupakan kawasan kediaman atau habitat, pembiakan dan perlindungan bagi pelbagai jenis hidupan liar.

2) Contoh : Hutan Simpan Kabili, Sepilok di Sabah dan Hutan Simpan Semonggok di Sarawak menjadi tempat perlindungan orang utan.

3) Kawasan lain seperti Taman Negara Pahang, Taman Negara Mulu di Sarawak dan Hutan Belum di Perak menjadi tempat perlindungan bagi segala jenis hidupan liar.

14.6 Sebagai Kawasan Tadahan Hujan

1) Hutan dikawasan tanah tinggi penting sebagai kawasan tadahan hujan. Hutan merupakan kawasan yang luas untuk menadah dan mengumpul air ketika hujan.

2) Hutan bertindak sebagai span berongga yang besar yang menyerap serta menapis air lalu mengalir ke anak sungai, empangan, kolam dan tasik.

3) Contoh : kawasan hutan Padang Terap, Sik dan Baling di Kedah merupakan kawasan tadahan hujan bagi Empangan Pedu, Ahning, Muda dan Beris. Air daripada empangan ini menjadi sumber bekalan air yang utama di negeri Kedah.

4) Air yang diserap ke dalam tanah di kawasan hutan ini ditapis secara semulajadi. Air ini sangat bersih dan jernih. Air ini akan keluar ke permukaan tanah melalui mata air. Air ini akan dibotolkan sebagai air mineral.

Page 60: Nota Geografi Ting. 1

5) Air dari empangan perlu ditapis dan dibersihkan untuk menjamin kebersihannya sebelum disalurkan kerumah-rumah.

14.7 Tumbuhan Semula Jadi Sebagai Penghalang Hakisan

1) Hutan memainkan peranan penting dalam mencegah hakisan tanah.

2) Hutan bertindak sebagai penutup bumi semulajadi dan melindungi tanah daripada hakisan air dan angina.

3) Kanopi hutan berdaun rimbun mengurangkan hakisan hujan.

4) Daun pokok berfungsi memecahkan butiran hujan dan memperlahankan kelajuan titisan air hujan.

5) Akar pokok berfungsi mencengkam tanih dan menahannya daripada dihakis oleh air. Rumput dan pokok renek yang tumbuh di permukaan lantai hutan akan turut melindungi tanih daripada hakisan.

6) Dikawasan paya air masin, pokok bakau dapat menghalang tindakan hakisan oleh air laut.

14.8 Sebagai Eko-pelancongan

1) Kawasan hutan menjadi tarikan pelancong terutama pelancong yang gemar suasana alam semulajadi.

2) Contoh kawasan : Gunung Ledang, Sekayu di Terengganu, Hutan Lipur Kancing di Selangor, Taman Negara Kinabalu di Sabah dan Taman Negara Mulu di Sarawak.

3) Taman negara tersebut dilengkapi pelbagai pelbagai kemudahan seperti tempat penginapan, denai alam, kolam mandi semulajadi, tempat untuk memerhatikan hidupan liar serta peralatan mendaki cerun.

14.9 Sebagai Sumber Perubatan

1) Tumbuhan semulajadi boleh dijadikan ubat secara tradisional.

2) Akar, kulit, ranting, daun dan buah daripada tumbuhan tertentu boleh dijadikan bahan ubat.

3) Contoh penyakit: sakit kepala, darah tinggi, sakit perut, demam, luka, cacing gelang dll.

4) Contoh tumbuhan yang dapat dijadikan ubat ialah ubi gadung, halia liar, tongkat ali, senduduk, pulai, hempedu bumi dan kacip fatimah.

Unit 15: Kesan-kesan Kegiatan Manusia Terhadap Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi Dan Hidupan Liar

Kepupusan Flora Dan Fauna

1) Penerokaan sumber hutan menyebabkan flora dan fauna terancam kerana kehilangan habitat untuk membiak dan kekurangan sumber makanan.

Page 61: Nota Geografi Ting. 1

2) Keadaan ini akan membawa kepada kepupusan spesis hidupan liar seperti:- a) Badak Sumatera. b) Gajah. c) Tapir. d) Harimau.

Katandusan Tanih

1) Pereputan pokok mati, daun, ranting dan dahan pokok membentuk humus.

2) Humus mempunyai nutrient yang banyak dan menyuburkan tanah.

3) Bakteria, serangga dan kulai menguraikan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang mati untuk membentuk bahan kimia.

4) Bahan kimia ini akan dibebaskan dan diserapkan dalam tanah untuk menjadi nutrient.

5) Tetapi penebangan pokok berluasa akan menghentikan prose reputan tersebut dan humus dan nutrient akan berkurangan.

6) Lapisan atas tanah terdedah kepada hakisan air dan mengakibatkan kehilangan kesuburan tanih.

Hakisan Tanah

1) Penebangan hutan menyebabkan kawasan terdedah kepada hakisan terutama di cerun bukit.

2) Hakisan tanah mengurangkan 90% daripada kandungan nutrient dan menyebabkan tanah jadi gersang dan tidak subur untuk pertanian.

Kejadian Banjir

1) Tanah yang terhakis dibawa ke sungai berhampiran.

2) Tanah akan mendap didasar sungai menjadi dasar sungai cetek.

3) Apabila hujan lebat turun, sungai tidak dapat menampung air yang banyak dan berlakunya banjir.

4) Tanah yang mendap di dasar sungai menyebabkan pencemaran sungai dan air menjadi keruh.

Pencemaran

1) Pembakaran hutan untuk pertanian menyebabkan pencemaran udara. Contoh: Kejadian jerebu.

2) Berlakunya pencemaran sungai.Peningkatan Suhu Dan Kesan Rumah Hijau

1) Penebangan hutan tanpa penghutanan semula mendedahkan permukaan bumi kepada pancaran cahay matahari.

2) Pancaran cahaya matahari sampai ke permukaan bumi tanpa halangan.

3) Udaranya menjadi panas disebabkan permukaan bumi yang panas.

Page 62: Nota Geografi Ting. 1

4) Hal ini menyebabkan suhu permukaan bumi meningkat.

5) Kekurangan tumbuhan akan mengurangkan proses fotosintesis.

6) Kandungan gas karbon dioksida dalam atmosfera meningkat kerana tidak ada proses fotosintesis untuk menyerap gas karbon dioksida.

7) Gas karbon dioksida memerangkap haba dalam udara menyebabkan suhunya meningkat.

8) Tumbuh-tumbuhan dapat menyerdehanakan suhu diudara melalui proses perpeluhan.

9) Proses perpeluhan ialah proses kehilangan air daripada tumbuh-tumbuhan di atmosfera dalam bentuk wap air.

10) Penebangan pokok secara berluasa akan mengurangkan proses perpeluhan ini.

11) Hal ini menyebabkan sedikit wap air dibebaskan ke udara.

12) Suhu udara akan meningkat apabila lebih banyak pokok ditebang.

Kesan-kesan Lain

1) Pembalakan dikawasan tanah tinggi telah mengurangkan kawasan tadahan hujan.

2) Pengurangan kawasan tadahan hujan akan mengurangakan sumber air dan legeh sungai akan mengakibatkan krisis air.

3) Hasil-hasil hutan akan berkurangan seperti kayu-kayan, rotan dan buah-buahan.

4) Usaha-usaha untuk membangunkan industri perabot, bahan binaan, kraftangan dan ubat tradisional akan terjejas.

5) Kekurangan hasil hutan akan mengurangkan eksport dan pendapatan dari sumber hutan.

15.2 Kesan Kegiatan Pembalakan, Pertanian Dan Petempatan Terhadap Tumbuhan Semula Jadi Dan Hidupan Liar

Kesan Kegiatan Pembalakan

1) Pembalakan dijalankan untuk memperoleh kayu balak khususnya untuk kegunaan dalam industri pembinaan, membuat perabot dan kertas.

2) Pokok kayu keras mengambil masa yang panjang untuk membesar dan matang.

3) Penebangan hutan secara berluasa menyebabkan beberapa spesis diancam kepupusan seperti:- a) Kehilangan habitat. b) Sumber makanan.

4) Contoh hidupan liar yang diancam kepupusan: Burung raja udang, beruang matahari, orang utan.

Page 63: Nota Geografi Ting. 1

5) Hutan paya air masin menghalang hakisan ombak di kawasan pinggir pantai.

6) Penebangan hutan paya bakau akan:- a) Mempercepatkan hakisan ombak di pinggir laut. b) Menjejaskan tempat pembiakan dan habitat hidupan laut.

Kesan Kegiatan Pertanian

1) Pertanian pindah masih merupakan kegiatan pertanian dikawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

2) Kegiatan ini merupakan cara pertanian tradisional dikawasan hutan hujan tropika.

3) Hutan ditebang, dibakar dan abunya dijadikan baja organik.

4) Kawasan ini ditanam dengan tanaman yang cepat matang dan mengeluarkan hasil seperti padi huma, pisang dan tanaman ubi.

5) Pertanian pindah menyebabkan hakisan tanah, pencemaran sungai dan banjir.

6) Pembakaran hutan mencemari udara dengan asap dan debu.

7) Penerokaan hutan untuk kegiatan pertanian komersial atau pertanian ladang turut menyebabkan kemusnahan flora dan fauna.

8) Contoh : Pembukaan kawasan penanaman getah dan kelapa sawit di Pahang Tenggara dan Johor Tenggara.

Kesan Kegiatan Petempatan

1) Pembinaan petempatan peneroka seperti FELDA menyebabkan sebahagian besar hutan telah ditebang.

2) Akibatnya :- a) Banyak spesis flora yang musnah. b) Rantaian makanan hidupan liar terganggu.

3) Pembinaan rumah dan kondominium di kawasan tanah tinggi seperti di Ampang, Ulu Kelang, Selangor telah menyebabkan tanah runtuh.

Unit 16: Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi Dan Hidupan Liar

1) Pemeliharaan hutan adalah usaha-usaha membela dan menjaga hutan supaya tidak musnah.

2) Pemuliharaan hutan pula ialah usaha-usaha memperbaiki dan mengembalikan keadaan hutan yang telah tercemar kepada keadaan semulajadi.

3) Kepentingan memelihara dan memulihara tumbuh-tumbuhan semulajadi ialah:-

Page 64: Nota Geografi Ting. 1

a) Mengekalkan keseimbangan ekosistem. b) Mengekalkan warisan semulajadi. c) Mengekalkan kawasan tadahan semulajadi.

4) Langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuh-tumbuhan semulajadi ialah:- a) Mewartakan hutan simpan dan Taman Negara.

i) Majlis Perhutanan Negara ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengurus, memelihara dan memulihara hutan di seluruh Malaysia.

ii) Majlis ini akan memastikan keadaan hutan asli dikekalkan dengan penubuhan kawasan hutan simpan, hutan lipur, hutan perlindungan hidupan lir dan Taman Negara.

iii) Antara contoh hutan simpan ialah Hutan Simpan Paya Laut Matang di Perak, Hutan Simpan Belum di Perak, Hutan Simpan Sungai Lalang di Semenyih, Selangor.

iv) Antara contoh Taman Negara ialah Taman Negara, Taman Negara Endau-Rompin, Taman Negara Niah, Taman Negara Kinabalu.

v) Jabatan hidupan liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bertanggungjawab dalm perlindungan hidupan liar. Kawasan perlindungan hidupan liar yang pertama di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1903 iaitu kawasan Perlindungan Chior di Perak.

vi) Spesis hidupan liar yang mengalami kepupusan ialah badak sumbu, seladang, harimau, gajah, orang utan , spesis burung.

vii) Contoh kawasan perlindungan hidupan liar di Malaysia ialah:-

viii) PERHILITAN telah mengadakan program pembiakan tuntung di Bota Kanan, Perak.

b) Penanaman Semula Pokok-pokok.i) Hutan yang telah ditebang dan kawasan yang terbiar akibat aktiviti

pertanian pindah ditanam semula dengan spesis pokok kayu keras seperti akasia, yemane dan batai.

ii) Spesis pokok ini dapat tumbuh dengan cepat iaitu 51 tahun.

Kawasan Perlindungan Hidupan Liar Jenis Hidupan LiarHutan Simpan Kabili, Sepilok di Sabah. Orang utan.

Hutan Simpan Endau-Rompin di Johor. Badak sumbu.

Hutan Simpan Kuala Gandah di Temerloh, Pahang. Gajah.

Hutan Perlindungan Hidupan Liar di Krau, Pahang. Seladang.

Kawasan Perlindungan Burung di Kuala Gula, Perak. Burung.

Page 65: Nota Geografi Ting. 1

iii) Projek penanaman semula dijalankan di negeri Pahang, Johor, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

c) Penyelidikan Baka Tumbuhan. i) Baka spesis yang digunakan untuk penanaman semula ditentukan oleh

selepas penyelidikan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong.

d) Penubuhan Ladang Hutan. i) Jabatan Perhutanan Malaysia menubuhkan lading hutan untuk mendapatkan

bekalan kayu-kayan yang berharga secara berterusan.

ii) 30% kawasan di Malaysia dijadikan kawasan Hutan Simpan Kekal.

iii) Hutan simpan kekal ini ditanam secara perladangan dan ditebang mengikut giliran selepas 30 hingga 55 tahun. Hanya pokok yang telah matang dan cukup besar dipilih untuk ditebang. Tanaman semula dijalankan untuk menggantikan pokok yang telah ditebang.

iv) Penubuhan ladanghutan dapat mengurangkn penebangan pokok di hutan asli.

e) Rawatan Silvikultur.i) Rawatan ini memastikan hanya pokok-pokok yang berharga yang diberi

peluang tumbuh.

ii) Pokok yang tidak bernilai dan bersaing akan diracun dan dipotong.

iii) Rawatan ini dijalankan di lading-ladang hutan.

f) Pengawalan Pembalakan Hutan.i) Jabatan Perhutanan Malaysia menguatkuasakan undang-undang untuk

mengawal pembalakan haram.

g) Pertubuhan Alam Sekitar.i) Malaysia bekerjasama dengan negaar ASEAN untuk menjaga, memelihara dan

memulihara hutan mengikut Persetujuan Jakarta 1981.ii) Cotoh: Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF), Persatuan Pencinta Alam (MNS)

dan FRIM berusaha untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.

h) Pemuliharaan Bekas Lombong.i) Spesis hutan tenusu, batai dan gelam dapat ditanam dikawasan bekas lombong.

Spesis ini menghasilkan kayu api dan serpihan kayu untuk dibuat kertas.

i) Undang-undang Perlindungan Flora.i) Kerajaan negeri Sarawak telah mengubal undang-undang untuk perlindungan

spesis flora seperti pokok bakau, periuk kera, orkid, palma dan Raflesia diharamkan dipungut untuk dijual.

j) Mewujudkan Ladang Jadi.

Page 66: Nota Geografi Ting. 1

i) Penanaman spesis berharga seperti pokok jati mula dilaksanakan di Kedah, Perlis, Perak dan Selangor.

k) Kitar Semula Kertas.

i) Orang ramai perlu sedar akan kepentingan mengitar semula kertas.

l) Perlindungan Hidupan Liar.i) Undang-undang dan kawalan yang lebih ketat perlu dilaksanakan.