nota e disiplin

Upload: metgrotec85

Post on 06-Jan-2016

246 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

CC

TRANSCRIPT

e-Disiplin

e-Disiplin

Konsep dan Operasi

Disediakan oleh

Mohammad Bin Harun

e-Disiplin

Oleh: Mohammad Bin Harun

Senarai Kandungan

1. KONSEP

2. VISI

3. MISI

4. SENARIO SEDIA ADA

4.1 TUMPUAN TINGKAH LAKU

4.2 PENGURUSAN DISIPLIN

5. SENARIO SEPATUTNYA

5.1 TUMPUAN TINGKAH LAKU SEPATUTNYA

5.2 PENGURUSAN DISIPLIN YANG SEPATUTNYA

5.3 PENYIMPANAN REKOD

6. KAEDAH

6.1 SALAH LAKU

6.1.1 JENIS SALAH LAKU

6.1.2 MARKAH

6.2 HUKUMAN

6.2.1 AMARAN DISIPLIN PERTAMA (AD1)

6.2.2 AMARAN DISIPLIN KEDUA (AD2)

6.2.3 HUKUMAN GANTUNG SEKOLAH (AD3)

6.2.4 AMARAN DISIPLIN AKHIR (AD4)

6.2.5 HUKUMAN BUAG SEKOLAH (AD5)

6.2.6 HUKUMAN ROTAN

6.2.7 AMARAN LISAN

6.3 PEMULIHAN

6.3.1 KERJA AMAL

6.3.1.1 JENIS KERJA AMAL

6.3.1.2 MARKAH KERJA AMAL

6.3.2 BIMBINGAN DAN KAUNSELING

6.3.2.1 JENIS KAUNSELING

6.3.2.2 PROGRAM LAIN (Sokongan)

7. PERANAN PERSONEL

7.1 PERANAN GURU BESAR / PENGETUA

7.2 PERANAN GPK HEM

7.3 PERANAN SETIAUSAHA DISIPLIN

7.4 PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

7.5 PERANAN GURU

7.6 PERANAN MURID

7.7 PERANAN IBU BAPA / PENJAGA

7.8 PERANAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH

7.9 PERANAN JABATAN PELAJARAN

7.10 PERANAN JKK / MAJLIS PENDUDUK

8. OPERASI SISTEM

8.1 TERAS OPERASI

8.2 KEUPAYAAN SISTEM

8.2.1 AMARAN DISIPLIN

8.2.2 TANDA RUJUKAN KAUNSELING

8.2.3 MENCETAK BAHAN

a. Laporan Bulanan

b. Laporan Tahunan

c. Laporan lengkap disiplin seseorang murid

d. Senarai pelajar bermasalah

e. Laporan disiplin semasa (Ranking pelajar)

f. Statistik disiplin

g. Senarai murid untuk rujukan kaunseling

h. Surat Akuan sahsiah murid

8.2.4 IMPORT / EKSPORT

9. PENUTUP

e-Disiplin

Oleh: Mohammad Bin Harun

1. KONSEP

Sistem ini merupakan satu sistem pengurusan disiplin yang dapat mengesan dan mengawal tingkahlaku murid. Seterusnya langkah-langkah intervensi dapat dirancang dan dilaksanakan di sekolah bagi melahirkan modal insan murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek, selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2. VISI

Modal Insan Murid Terbilang3. MISI

Memastikan pengurusan disiplin sekolah berada pada tahap yang terbaik, mempunyai daya kawal selia disiplin yang mantap dan berkesan.

4. SENARIO SEDIA ADA

Kaedah pengurusan dan amalan sedia ada agak pelbagai dan merumitkan. Hal ini berlaku kerana setiap sekolah mempunyai gaya dan cara pengurusan tersendiri. Keadaan ini semakin menyulitkan apabila ada antara guru-guru yang tidak memahami peraturan dan Pekeliling berkaitan disiplin, ditambah pula dengan gangguan emosi dalam kalangan guru. Justeru banyaklah tersiarnya berita kecacatan pengurusan disiplin sekolah di media masa.

4.1 TUMPUAN TINGKAH LAKU

Dalam amalam biasa, aspek yang sering diberi perhatian dalam pengurusan disiplin murid adalah terhadap tingkah laku negatif murid. Murid-murid akan dihukum dengan pelbagai cara dan kaedah (adakalanya melangar peraturan yang ada).

4.2 PENGURUSAN DISIPLIN

Amalan biasa juga, menjadikan Setiausaha Disiplin dan GPK HEM sebagai personel penyelesai masalah disiplin. Mereka menjadi orang yang dilonggokkan dengan pelbagai masalah disiplin, sedangkan mereka juga mempunyai tanggungjawab khusus, yang sama seperti guru-guru lain. Akhirnya, tugas menyelesaikan masalah disiplin menjadi bebanan tambahan yang merungsingkan.Justeru kita melihat bahawa lantikan Guru Disiplin terdiri dalam kalangan guru-guru lelaki yang garang, brutal dan berani. Keadaan ini menimbulkan ketidakadilan, sehingga membolehkan sebahagian guru terselamat atau mengelak daripada dilantik sebagai Guru Disiplin.

5 SENARIO SEPATUTNYA

e-Disiplin cuba mewujudkan senario baru dan sepatutnya dalam pengurusan disiplin.5.1 TUMPUAN TINGKAH LAKU SEPATUTNYA

e-Disiplin memberikan tumpuan kepada aspek tingkah laku murid sama ada berbentuk negatif ataupun positif. Kedua-dua jenis tingkah laku ini diambil kira dalam proses memulihkan murid. Tingkah laku negatif akan diberikan markah celaan, manakala tingkah laku positif akan diberikan markah pujian. Kedua-dua jenis markah ini akan diadun untuk menentukan tahap disiplin seseorang murid. Adunan ini akan disusuli pula dengan sesi bimbingan dan kaunseling untuk membentuk sahsiah murid pada tahap yang terbaik.

5.2 PENGURUSAN DISIPLIN YANG SEPATUTNYA

e-Disiplin cuba merealisasikan pekeliling bahawa semua guru adalah guru disiplin. Manakala Setiausaha Disiplin berperanan sebagai penyelaras pengurusan disiplin. Melalui kaedah pengurusan disiplin yang minimum, keadaan ini akan dapat dicapai.

Lantikan Setiausaha Disiplin boleh dibuat tanpa perlu mengambil kira perwatakan dan jantina seseorang guru. Hakikatnya sesiapa sahaja boleh dilantik sbagai Setiausaha Disiplin.5.3 PENYIMPANAN REKOD

e-Disiplin menyediakan kaedah penyimpanan rekod dalam komputer atau pemacu lain.. Kaedah ini akan mengurangkan beban dan ruang kerja pengurusan disiplin khususnya berkaitan kerja-keja perkeranian dan sistem fail. Malah keadah ini juga akan mengurangkan penggunaan kertas.

6 KAEDAH

e-Disiplin adalah kaedah memulihkan disiplin murid. Justeru itu, e-Disiplin bergerak atas laporan salah laku murid, dan akan disusuli dengan usaha-usaha pemulihan dan bimbingan.

6.1 SALAH LAKU

6.1.1 JENIS SALAH LAKU

Jenis salah laku yang ada dalam e-Disiplin adalah berdasarkan senarai salah laku dalam Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM) Kementerian Pelajran, seperti berikut.Kod KesalahanKesalahan

TINGKAH LAKU JENAYAH

A01BERJUDI

A02MENCURI

A03MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN GURU

A04MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN KAKITANGAN

A05MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN MURID

A06PERAS UGUT

A07GENGSTERISME

A08BAWA SENJATA MERBAHAYA

A09MENCABUL KEHORMATAN

A10MENCEROBOH

A11TUNJUK PERASAAN

A12MERUSUH

A13MEMBUNUH

A14MEROGOL

A15BERGADUH

PENYALAHGUNAAN DADAH / INHALAN / RACUN

B01MEMILIKI / MENYIMPAN

B02MEMBEKAL / MENAWARKAN

B03MENJUAL / MENGEDAR

B04MENGHISAP / MENYUNTIK / MENYEDUT / MEMINUM / MENGHIDU

B05MENGHIDU BAHAN-BAHAN INHALAN

BULI

C01BULI BAHASA

C02BULI FIZIKAL

C03BULI ISYARAT

C04BULI PERHUBUNGAN

ROKOK

D01MEMILIKI / MENYIMPAN

D02MEMBEKAL / MENAWARKAN

D03MENJUAL DAN MENGEDAR

D04MENGHISAP

1. Kali Pertama (1 Rotan)

2. Kali Kedua (2 Rotan)

3. Kali Ketiga ( 3 Rotan)

4. Kali Keempat (Gantung)

5. Kali Kelima (Buang)

PONTENG

E01

PONTENG SEKOLAH

1. 3 hari berturur-turut atau 10 hari tidak berturur-turut

2. 10 hari berturur-turut atau 20 hari tidak berturur-turut

3. 17 hari berturur-turut atau 40 hari tidak berturur-turut

4. 31 hari berturur-turut atau 60 hari tidak berturur-turut

E02PONTENG KELAS

E03PONTENG AKTIVITI KOKURIKULUM

E04PONTENG UJIAN / PEPERIKSAAN

E05PONTENG PREP

E06PONTENG ASRAMA

E07PONTENG ACARA RASMI SEKOLAH

E08PONTENG PERHIMPUNAN

TINGKAH LAKU LUCAH

F01BERCUMBUAN

F02BERKHALWAT

F03BAWA BAHAN LUCAH

F04MENGEDAR BAHAN LUCAH

F05MENGINTAI

F06MENGGUNAKAN KATA / PERBUATAN LUCAH

F07MELUKIS & MENULIS KATA-KATA DAN GAMBAR LUCAH

F08MENONTON VCD / FILEM LUCAH

F09MEMELUK MURID LAIN JANTINA

F10BERDUA-DUAAN YANG MENIMBULKAN SYAK

TINGKAH LAKU KURANG SOPAN / BIADAP

G01BIADAP KEPADA GURU

G02BIADAP KEPADA KAKITANGAN

G03BIADAP KEPADA TETAMU

G04BERKELAKUAN KASAR KEPADA MURID

G05BERBAHASA KESAT / KASAR KEPADA MURID

G06MEMINUM / MEMBELI / MENYIMPAN / MENGEDAR MINUMAN YANG MEMABUKKAN

G07MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA

G08INGKAR ARAHAN GURU

G09INGKAR ARAHAN PENGAWAS

G10MELUDAH DI TEMPAT TIDAK SEPATUTNYA

KESALAHAN VANDALISME

H01MEROSAKKAN HARTA BENDA SEKOLAH

H02MEROSAKKAN HARTA BENDA ASRAMA

H03MEROSAKKAN HARTA BENDA KANTIN

H04MEROSAKKAN PERALATAN BILIK-BILIK KHAS

H05MEROSAKKAN TANAMAN TUMBUHAN / TANAMAN HIASAN

H06MENCONTENG DINDING BANGUNAN SEKOLAH

H07MENCONTENG DINDING BANGUNAN ASRAMA

H08MEROSAK / MENGOYAK BUKU SPBT

H09MEROSAKKAN PERALATAN SUKAN

H10MEROSAKKAN KENDERAAN GURU BESAR / PENGETUA / GURU / KAKITANGAN

H11MEROSAKKAN HARTA / KENDERAAN MURID

TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH

J01PECAH AMANAH

J02BERBOHONG

J03TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

J04TIDAK JUJUR

KENAKALAN

K01MENUNGGANG MOTOSIKAL DALAM KAWASAN SEKOLAH

K02MASUK TANDAS BERLAINAN JANTINA

K03SENGAJA MEMBUNYIKAN LOCENG KECEMASAN

K04MENGGANGGU SEMASA PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

K05TIDAK IKUT GILIRAN / BEREBUT-REBUT / BERTOLAK-TOLAK

K06MEMBAWA / BERMAIN MERCUN

K07MENGUBAHSUAI PENDAWAIAN ELEKTRIK

K08KELUAR KAWASAN SEKOLAH / ASRAMA TANPA KEBENARAN

K09BERMAIN DALAM DORM

K10MELANGGAR PERATURAN ASRAMA

TINGKAH LAKU TIDAK PENTINGKAN MASA

L01LEWAT KE SEKOLAH

L02LEWAT KE PERHIMPUNAN

L03LEWAT MASUK KELAS

L04LEWAT DATANG AKTIVITI LUAR KELAS / KOKURIKULUM

L05LEWAT MASUK / BALIK KE ASRAMA

KEKEMASAN DIRI

M01BERKUKU PANJANG

M02MEWARNA KUKU / BERINAI

M03BERAMBUT PANJANG

M04RAMBUT BERFESYEN

M05BERMISAI / BERJANGGUT

M06MEMAKAI PAKAIAN TIDAK MENGIKUT PERATURAN

M07PAKAI BARANG KEMAS

M08MENCUKUR BULU KENING

M09MEMAKAI ALAT SOLEK

PENGLIBATAN POLITIK

N01PENGLIBATAN DALAM PERHIMPUNAN / PERARAKAN POLITIK

N02MERAYU UNDI DALAM PILIHANRAYA

N03MENYEBAR PENULISAN / DOKUMEN / PROPAGANDA POLITIK

6.1.2 MARKAH

Markah-markah salah laku adalah ditetapkan seperti berikut;

a. Markah hendaklah antara 3, 5, dan 10. Markah 3 bermaksud kes salah laku yang dianggap ringan. Markah 5 bermaksud kesalahan yang sederhana atau kesalahan ringan yang diulang-ulang, Markah 10 bermaksud salah laku yang berat.

b. Penetapan markah mestilah berdasarkan kelulusan Pengetua dan GPK HEM.6.2 AMARAN DISIPLIN

Amaran Disiplin mestilah mengikut turutan. Melalui sistem ini, amaran disiplin adalah seperti berikut;6.2.1 Amaran Disiplin Pertama (Bertulis) (AD1)Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 20 hingga 30 markah.

Amaran ini hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya.

6.2.2 Amaran Disiplin Kedua (Bertulis) (AD2)Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 30 hingga 40 markah. Amaran ini juga hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya.

6.2.3 Amaran Disiplin Ketiga (Gantung Sekolah) (AD3)Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 60 hingga 70 markah. Bagaimanapun, Pengetua boleh menggantung murid (Kes Khas) tanpa Amaran Disiplin Pertama dan Kedua. Dalam hal ini, apabila murid digantung (bagi kes khas), bermaksud Amaran Disiplin Pertama (AD1) dan Amaran Disiplin Kedua (AD2) dikeluarkan serentak bersama-sama hukuman gantung sekolah. Prosedur hukuman gantung sekolah adalah seperti berikut;a. Keluarkan Surat Pertuduhan (dari sistem)

b. Panggil murid untuk dibicarakan atau diambil pengakuan

c. Serahkan Surat Pertuduhan Gantung.

d. Murid diberi peluang untuk membuat Surat Rayuan dalam tempoh 14 hari.

e. Selepas murid menghantar Surat Rayuan, atau selepas tempoh 14 hari (mana-mana yang terdahulu) Pengetua boleh membuat pertimbangan sama ada untuk menggantung atau tidak murid berkenaan.

f. Jika dihukum gantung, gunakan borang dalam sistem untuk mengeluarkan Surat Hukuman Gantung

6.2.4 Amaran Disiplin Keempat (Amaran Akhir) (AD4)Amaran ini dkeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 80 dan 90 markah. Amaran ini juga hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya.

6.2.5 Buang Sekolah (AD5)Amaran ini dikeluarkan apabila mencapai markah salah laku mencapai 100 dan ke atas. Hukuman ini boleh juga dikenakan bagi kes-kes khas, mengikut pertimbangan Pengetua. Prosedur hukuman buang sekolah adalah seperti berikut;

g. Keluarkan Surat Pertuduhan buang sekolah (dari sistem)

h. Panggil murid untuk dibicarakan atau diambil pengakuan

i. Serahkan Surat Pertuduhan buang sekolah.

j. Murid diberi peluang untuk membuat Surat Rayuan dalam tempoh 14 hari.

k. Selepas murid menghantar Surat Rayuan, atau selepas tempoh 14 hari (mana-mana yang terdahulu) Pengetua boleh membuat pertimbangan sama ada untuk membuang atau tidak murid berkenaan.

l. Jika dihukum buang sekolah, gunakan borang dalam sistem.

6.2.6 Amaran-Amaran LisanAmaran ini dikeluarkan dari semasa ke semasa, atau apabila murid melakukan kes-kes salah laku.

6.2.7 Hukuan Rotan Kes MerokokHukuman ini adalah mengikut pekeliling berkaitan kes merokok.6.3 PEMULIHAN

6.3.1 KERJA AMAL

Kerja Amal adalah satu bentuk hukuman yang boleh dijalani oleh murid-murid secara sukarela. Sistem e-Disiplin menawarkan 2 kali kerja amal bagi setiap Amaran Disiplin yang diberikan kepada murid-murid.

Syarat-syarat Kerja Amal adalah seperti berikut;

a. Dijalani di luar waktu pembelajaran dan pembelajaran, atau di luar waktu persekolahan

b. Kerja-keja yang dilaksanakan tidak bermaksud menggantikan kerja rutin pekerja-pekerja / kakitangan sekolah.

c. Kerja-kerja yang tidak terlalu berat atau membebankan murid

d. Dikawal selia oleh guru

e. Boleh juga melibatkan kerja-kerja kemasyarakatan di luar sekolah

6.3.1.1 JENIS KERJA AMAL

Jenis-jenis Kerja Amal yang disenaraikan dalam e-Disiplin adalah seperti berikut;

KERJA AMAL

KA01MENOLONG GURU DALAM KECERIAAN SEKOLAH

KA02KERJA-KERJA LANSKAP/TANAM DAN JAGA POKOK BUNGA DLL

KA03KERJA MENGECAT/MURAL/KERJA-KERJA BERAT

KA04KERJA-KERJA MULIA-PERTOLONGAN CEMAS

KA05KESUNGGUHAN KETIKA DI SURAU-RAJIN/TERTIB/TEKUN

KA06KOMITMEN UNTUK DATANG AWAL KE SEKOLAH

KA07RINGAN TULANG-SUKARELA MENOLONG GURU

KA08MEMBERSIH DAN MENCERIAKAN KELAS

KA09MEMBERSIH DAN MENYUSUN BILIK-BILIK KHAS

KA1OMEMBERSIH KAWASAN PERSEKITARAN SEKOLAH

KA11MEMBAIKI DAN MEMBAIK PULIH PERALATAN SEKOLAH

KA12MEMBERI MAKLUMAT YANG BERGUNA KEPADA SEKOLAH

KA13AMALAN JIMAT CERMAT (AIR, ELEKTRIK DLL)

KA14AKTIF DALAM AKTIVITI KEMASYARAKATAN

KA15PENGLIBATAN IBU BAPA / PENJAGA DALAH AKTIVITI SEKOLAH

KA16AKTIVITI-AKTIVITI LAIN YANG MENZAHIRKAN NILAI-NILAI MURNI

6.3.1.2 MARKAH KERJA AMAL

Markah Kerja Amal terdiri daripada 3, 5, dan 10. 3 bermaksud Kerja Amal yang dianggap ringan. Markah 5 bermaksud Kerja Amal yang sederhana, dan markah 10 bermaksud Kerja Amal yang dianggap berat.

Penetapan markah mestilah berdasarkan kelulusan Pengetua dan GPK HEM.

6.3.2 BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Bimbingan dan Kaunseling merupakan elemen yang penting dalam usaha memulihkan murid yang bermasalah. Konsep bimbingan dan kaunseling di sini ialah aktiviti khusus dan berfokus kepada individu murid yang dikenal pasti sebagai bermasalah, dan bukannya aktiviti yang dibuat secara umum.6.3.2.1 JENIS KAUNSELING

Pelbagai jenis aktiviti bimbingan dan kaunseling boleh dilaksanakan. Antaranya kaunseing individu dan kaunseling kelompok, yang berfokuskan murid bermasalah. Selain kaunseling individu dan kelompok, aktiviti lain juga boleh dilaksanakan seperti Kem Waja Diri.6.3.2.2 PROGRAM LAIN (Sokongan)Aktiviti sokongan juga perlu dilaksanakan, khususnya yang berbentuk pencegahan dan pemulihan. Setelah mengetahui masalah sebenar murid-murid langkah-langkah pemulihan dan pencegahan hendaklah diambil secara lebih drastik. Sebagai contoh, masalah ponteng kelas. Antara langkah pemulihan adalah kem khusus untuk murid-murid yang suka ponteng kelas. Di samping itu, langkah pencegahan juga boleh diusahakan oleh pihak sekolah.Jadual pemarkahan e-Disiplin

FORMULA TANPA KERJA AMAL

TAMBAHAN JUMLAH KAUNSELING

MATAMARKAHTINDAKANKERJA AMALBAKI(MIN)

3 - 19AMARAN LISAN

2020 - 30AD10201

1031 - 40AD20301

41 - 59PEMANTAUAN / BIMBINGAN3

3060 - 70AD3 (GANTUNG)0601

71 - 79BIMBINGAN INTENSIF2

2080 - 90AD4 (T/S)0801

20100AD5 (BUANG)

10059

FORMULA DENGAN KERJA AMAL

TAMBAHAN JUMLAH KAUNSELING

MATAMARKAHTINDAKANKERJA AMALBAKI(MIN)

3 - 19AMARAN LISAN

2020 - 30AD1(-)2001

3031 - 40AD2(-)20101

41 - 59PEMANTAUAN / BIMBINGAN4

5060 - 70AD3 (GANTUNG)(-)20401

71 - 79BIMBINGAN INTENSIF3

4080 - 90AD4 (T/S)(-)20601

90 - 1003

40100AD5 (BUANG)

18010058014

7 PERANAN PERSONEL

e-Disiplin menggariskan peranan setiap personel yang ada kaitannya dengan uruan disiplin sekolah7.1 PERANAN GURU BESAR / PENGETUA

1. Membuat keputusan/tindakan serta menandatangani surat gantung dan buang sekolah.

2. Mengesahkan Borang Salahlaku (BSL)

3. Mengarah siasatan kes salahlaku.

4. Mengarah SU Disiplin memanggil mesyuarat.

5. Melapor/merujuk PPD/JPN bagi kes khas dengan segera.

6. Mengarah murid menjalani kaunseling.

7. Mengarah murid membuat kerja amal.

8. Menandatangani surat pertuduhan.

9. Menandatangani surat tunjuk sebab

10. Menandatangani surat hukuman

11. Menjatuhkan hukuman

12. Berbincang dengan ibu bapa/penjaga

13. Memantau pelaksanaan sistem e-Disiplin

7.2 PERANAN GPK HEM

1. Menerima laporan daripada SU Disiplin bagi menandatangani surat amaran disiplin 1, 2 dan tunjuk sebab.

2. Mengesahkan Borang Salahlaku (BSL)

3. Memaklumkan dan menghubungi ibu bapa/ penjaga murid yang menerima surat amaran disiplin.

4. Mengarah murid membuat kerja amal.

5. Mengarah murid menjalani sesi kaunseling

6. Bertindak sebagai Timbalan Pengerusi semasa mesyuarat Jawatankuasa disiplin.

7. Mengambil tindakan terhadap maklum balas murid / penjaga.

8. Memfailkan surat akujanji antara murid dengan pihak sekolah.

7.3 PERANAN SETIAUSAHA DISIPLIN

1. Mencatat minit mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Sekolah.

2. Menyiasat kes salahlaku.

3. Mengambil pengakuan murid /saksi/guru.

4. Menerima atau menolak borang BSL setelah siasatan dibuat.

5. Mencetak surat amaran disiplin untuk ditandatangani oleh pengetua/ Guru Besar/ Penyelia Petang/PK HEM.

6. Mencadangkan murid menjalani sesi kaunseling dan kerja amal.

7. Memasukkan maklumat salahlaku / kerja amal ke dalam sistem.

8. Mengemaskini/simpan BSL.

9. Memfailkan salinan surat amaran , akujanji yang telah dikeluarkan.

10. Menyediakan analisa laporan bulanan/ tahunan.

11. Menyelaras program disiplin sekolah

7.4 PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. Menjalankan sesi kaunseling individu.

2. Menjalankan sesi kaunseling kelompok.

3. Menjalankan sesi bimbingan individu dan kelompok.

4. Menjalankan sesi kaunseling intervensi

5. Membuat lawatan ke rumah murid .

6. menyelaraskan program pengukuhan murid seperti kem jati diri, ceramah dan lain lain.

7. Memasukkan maklumat sesi kaunseling ke dalam sistem e-Disiplin

8. Menyelaras program disiplin sekolah

7.5 PERANAN GURU

1. Memantau salahlaku di kalangan murid.

2. Memberi bimbingan kepada murid

3. Mengisi BSL.

4. Mengisi borang ponteng berterusan / berkala dan menghantar kepada SU Disiplin.

5. Membantu tugas SU Disiplin.

6. Menentukan jenis kerja amal, menyelia dan memberikan markah.

7.6 PERANAN MURID

1. Berkerjasama dengan semua guru.

2. Murid membuat pengakuan dalam Borang Salah Laku (BSL) semasa sesi siasatan oleh SU Disipin Sekolah.

3. Memberi makumat yang tepat semasa soal siasat.

4. Murid perlu membela diri dan membuat rayuan sebelum hukuman dijatuhkan.

5. Murid perlu mengikuti sesi kaunseling sebelum/selepas menerima hukuman.

6. Menjalankan kerja amal untuk mengurangkan markah salah laku7. Mengikuti aktiviti pemulihan yang dijalankan oleh pihak sekolah7.7 PERANAN IBU BAPA / PENJAGA

1. Berkerjasama dengan pihak sekolah utuk mengawal disiplin anak.

2. Ibu bapa/penjaga hendaklah mengambil maklum dan perhatian sewajarnya apabila pihak sekolah mengeluarkan Amaran Pertama (Bertulis) dengan mengubungi pihak sekolah atau hadir sendiri ke sekolah.

3. Ibu bapa/penjaga perlu hadir ke sekolah untuk membincangkan kes salah laku anak mereka selepas Amaran Kedua (Bertulis) di keluarkan oleh pihak sekolah.

4. Ibu bapa/penjaga perlu berkerjasama hadir ke sekolah sebagai saksi dalam proses menandatangi Aku Janji Murid selepas anak mereka menjalani hukuman Gantung Sekolah.

5. Ibu bapa/penjaga hendaklah mengemukakan rayuan bertulis kepada Pengarah Pelajaan Negeri dalam tempuh 30 hari apabila sekolah mengambil tindakan Buang Sekolah ke atas anak mereka.

7.8 PERANAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH

1. Membuat siasatan kes-kes khas.

2. Menerima laporan kes-kes khas dari sekolah.

3. Memantau pelaksanaan dan dokumen e-Disiplin7.9 PERANAN JABATAN PELAJARAN

1. Menerima laporan kes khas dari Pejabat Pelajaran Daerah.

2. Menerima dan menyelesaikan kes-kes rayuan buang sekolah.

3. Memantau pelaksanaan dan dokumen e-Disiplin.

7.10 PERANAN JKK / MAJLIS PENDUDUK

1. Menerima laporan disiplin murid-murid daripada pihak sekolah2. Berbincang dengan penjaga murid berkenaan

3. Memantau murid-murid berkenaan di kawasan masing-masing

4. Mengatur program berkaitan motivasi diri

8 OPERASI SISTEM8.1 TERAS OPERASI

Sistem beroperasi secara automasi. Antara maklumat yang diperlukan oleh sistem adalah;

8.2 Maklumat murid (Diimport dari data SMM)

8.3 Maklumat guru

8.4 Maklumat salah laku (Borang Saman)

8.5 Maklumat kerja amal

8.6 Maklumat respon penjaga

8.7 Maklumat sesi kaunseling

8.8 Maklumat akujanji

8.9 KEUPAYAAN SISTEM

8.9.1 AMARAN DISIPLIN

Sistem memberikan petunjuk jika seseorang murid perlu dikenakan tindakan disiplin. Berikut ialah tindakan disiplin yang disediakan oleh sistema. Amaran Disiplin Pertama (AD1)

b. Amaran Disiplin Kedua (AD2)

c. Gantung Sekolah (AD3)

d. Amaran Akhir (AD4)

e. Buang Sekolah (AD5)

f. Hukuman rotan (Kes menghisap rokok)

8.9.2 TANDA RUJUKAN KAUNSELING

Sistem juga mengeluarkan tanda secara automasi jika seseorang murid perlu dirujuk kepada kaunseling.

8.9.3 MENCETAK BAHAN

Sistem menyediakan pelbagai bahan untuk dilihat atau dicetak;

i. Laporan Bulanan

i. Laporan kes disiplin ii. Laporan jenis kesiii. Laporan mengikut tingkatan

iv. Laporan penglibatan guru

v. Laporan tindakan disiplin

vi. Laporan kerja amal

vii. Laporan sesi kaunseling

viii. Laporan respon penjagaj. Laporan Tahunani. Laporan kes disiplin

ii. Laporan jenis kes

iii. Laporan mengikut tingkatan

iv. Laporan penglibatan guru

v. Laporan tindakan disiplin

vi. Laporan respon penjaga

vii. Laporan kerja amal

viii. Laporan sesi kaunseling

ix. Laporan ponteng sekolah

x. Laporan pergerakan murid

xi. Laporan disiplin berdasarkan lokasi

k. Laporan lengkap disiplin seseorang murid

l. Senarai pelajar bermasalah

m. Laporan disiplin semasa (Ranking pelajar)

n. Statistik disiplin

o. Senarai murid untuk rujukan kaunselingp. Surat Akuan sahsiah murid

8.9.4 IMPORT / EKSPORT

Untuk memudahkan pengurusan disiplin, sistem menyediakan menu untuk mengeksport dan mengimport data.

9 PENUTUPPelaksanan e-Disiplin secara menyeluruh dan mantap pastinya dapat mengurangkan masalah disiplin, dan mewujudkan iklim sekolah yang lebih baik.

Panduan e-Disiplin

1. Setup

i. Masukkan CD ke dalam Pemacu

ii. Klik ikon e-Disiplin 2 kali

iii. Klik Setup

iv. Klik Next / Yes untuk semua paparan

2. Menukar Logo

i. Scan logo sekolah dalam format bitmap imej

ii. Save fail dalam drive C, Program File, e-Disiplin.

iii. Namakan file sebagai Logo

3. Masuk ke Sistem

i. Ada dua cara untuk masuk ke system

A) Melalui butang Start, All Program, e-Disiplin.

B) Melalui ikon e-Disiplin pada desktop

ii. Masukkan Kod ID: KPMiii. Masukkan Kod Rahsia: SKE-D, dan klik OK

iv. Paparan berikutnya, masukkan Kod Pegawai yang memasukkan data, dan tekan Enter

4. Kemas Kini Maklumat Asas

i. Klik menu Kemas Kini Maklumat Asas

ii. Delete maklumat yang dipaparkan dan masukkan maklumat yang sesuai dengan sekolah

5. Memasukkan Maklumat Guru

i. Klik Menu Maklumat Guru

ii. Masukkan Maklumat semua guru yang bertugas di sekolah

iii. PERHATIAN

a. Setiap maklumat guru yang telah dikey in tidak boleh didelete

b. Pastikan setiap guru mempunyai kod tersendiri, yang tidak boleh menyamai guru lain

c. Sekiranya guru berkenaan berpindah sekolah, biarkan maklumat tersebut dalam system

6. Memasukkan Maklumat Murid (Bilangan Kecil)

i. Klik menu Maklumat Murid

ii. Masukkan Maklumat yang dikehendaki dalam boring

iii. PERHATIAN

a. Borang ini digunakan untuk memasukkan maklumat murid dalam bilangan yang kecil

b. Untuk maklumat murid secara borong gunakan disket SMM

7. Memasukkan Maklumat Murid Secara Borong

i. Gunakan disket SMM.

ii. Buka disket, Data HEM, dan copy TMurid dan Tlbsek.

iii. Pastekan di luar Data HEM.

iv. Masuk ke e-Disiplin

v. Klik menu Maklumat Murid

vi. Klik menu Import Data HEM

vii. Pilih / Klik pemacu A

viii. Klik Yes untuk semua paparan berikutnya.

8. Memasukkan Maklumat Salah Laku

i. Klik menu Borang Salah Laku untuk memasukkan data / maklumat borang saman

ii. Masukkan No Kad Pengenalan, dan Enter. Nama pelajar akan dipaparkan. Sekiranya tiada paparan nama pelajar, ada kemungkinan No Kad Pengenalan tersalah, atau mungkin maklumat pelajar berkenaan belum ada dalam system

iii. Masukkan tarikh dalam format HH/BB/TTTT. Contoh 16, Enter, 01, Enter, 2008, Enter

iv. Masukkan Kod Salah Laku (Cetak senarai kod salah laku untuk memudahkan rujukan)

v. Masukkan markah, sama ada 3 (untuk kesalahan yang dianggap ringan), 5 (untuk kesalahan yang dianggap sederhana), dan 10 (untuk kesalahan yang dianggap berat)

vi. Masukkan waktu kes dilakukan

vii. Masukkan tempat kes dilakukan

viii. Masukkan Kod Guru yang menyaksikan kes

ix. Masukkan keterangan yang lengkap berkaitan kes. Contoh:

a. Bahawa kamu telah dengan sengaja ponteng kelas Bahasa Melayu

b. Bahawa kamu telah dengan sengaja mencuri wang Ahmad bin Abu berjumlah RM 10.00 yang disimpan oleh Ahmad bin Abu di dalam beg sekolahnya

c. Bahawa kamu telah menghisap rokok jenama Dunhill bersama-sama Ali bin Hassan. Bukti sebahagian rokok Dunhill

d. Bahawa kamu telah bermain daun terup dengan pertaruhan wang bersama-sama Osman bin Samad dan Yusuf bin Harun. Bukti: Daun terup dan wang tunai berjumlah RM 10.00

x. PERHATIAN:

a. Perhatikan menu-menu yang mungkin timbul semasa anda memasukkan maklumat salah laku

b. Ikuti / Klik menu-menu yang timbul untuk langkah / tindakan seterusnya.

9. Memasukkan Maklumat Kerja Amal

i. Klik menu Borang Kerja Amal

ii. Masukkan maklumat yang dikehendaki dalam boring tersebut

10. Memasukkan Maklumat Sesi Kaunseling

i. Klik menu Borang Sesi Kaunseling untuk memasukkan maklumat pelajar yang telah menjalani sesi kaunseling

ii. Penuhkan maklumat yang dikehendaki

iii. Klik / tandakan ruang yang berkenaan dalam borang tersebut

11. Memasukkan Maklumat Respon Penjaga

i. Klik menu Borang Sesi Penjaga untuk memasukkan maklumat perhubungan dengan penjaga sama ada penjaga hadir ke sekolah, atau melalui telefon.

ii. Penuhkan maklumat yang dikehendaki dalam borang tersebut.

12. Menyisih Rekod

i. Klik menu Sisih Rekod untuk menukar status pelajar sekiranya pelajar tersebut telah berpindah sekolah, berhenti dan sebagainya.

ii. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar untuk menyisihkan rekod seorang pelajar.

iii. Untuk menyisihkan rekod ramai pelajar (borong) klik 2 angka awal No Kad Pengenalan dan diikuti butang *. Contoh 90*, dan tekan Enter

iv. Tukarkan status pelajar pada ruang yang berkenaan.

13. Borang Pertukaran Sekolah

i. Klik menu Borang Tukar Sekolah untuk mencetak borang tukar sekolah para pelajar.

ii. Penuhkan maklumat yang dikehendaki dalam borang

iii. Klik menu Cetak Borang untuk mencetak borang tersebut

14. Borang Akur Janji

i. Klik menu Borang Akur Janji untuk memasukkan maklumat pelajar yang menandatangani Surat Akur Janji

ii. Penuhkan maklumat yang dikehendaki

iii. PERHATIAN: Pelajar perlu menandatangani borang bercetak (hard copy) untuk simpanan / fail.

15. Amaran Disiplin

i. Ada dua cara untuk mengeluarkan Amaran Disiplin

a. Melalui menu yang timbul semasa memasukkan maklumat salah laku

b. Melalui menu Amaran Disiplin

ii. Penuhkan maklumat yang dikehendaki

iii. Cetak Surat Amaran Disiplin

iv. PERHATIAN.

A) Sila patuhi carta aliran kerja yang dicadangkan.

B) Amaran Disiplin yang dikeluarkan mestilah dari Amaran Pertama, Kedua, Ketiga dan serusnya.

C) Seboleh-bolehnya elakkan dari melangkau Amaran Disiplin.

16. Membuat Pembetulan / edit Kes Salah Laku

i. Klik menu Borang Salah Laku

ii. Klik menu Semak

iii. Cari maklumat yang ingin dibetulkan dan buat pembetulan, atau delete maklumat tersebut.

17. Import Data (e-Disiplin)

i. Klik menu Import / eksport Data

ii. Klik menu Import Data

iii. Pilih dan klik pemacu yang sesuai

iv. Klik Yes untuk semua paparan yang muncul

18. Eksport Data

i. Klik menu Import / eksport Data

ii. Klik menu Eksport Data

iii. Pilih / Klik pemacu yang sesuai dengan penggunaan anda

19. Mencetak Laporani. Laporan Bulanan

Untuk melihat pelbagai laporan bulanan seperti Laporan Kes Bulanan, Laporan Jenis Kes, Laporan Penglibatan Guru dan sebagainya.

ii. Laporan Tahunan

Untuk melihat pelbagai laporan bulanan seperti Laporan Kes Bulanan, Laporan Jenis Kes, Laporan Penglibatan Guru dan sebagainya.

iii. Kad disiplin pelajar

Untuk melihat / mencetak Kad Laporan Disiplin Seseorang pelajar

iv. Senarai Pelajar bermasalah

Untuk melihat kumpulan pelajar yang dianggap bermasalah berserta kes-kes yang dilakukan. Menu ini sesuai untuk Guru Kaunseling merancang tindakan / bimbingan

v. Laporan disiplin semasa

Untuk melihat senarai pelajar, markah merit dan amaran-amaran yang dikeluarkan

vi. Senarai Pengurusan disiplin

Untuk melihat / menyemak senarai guru yang ada dalam system

vii. Senarai pelajar

Untuk melihat / menyemak senarai pelajar yang ada dalam system

viii. Kod Salah laku

Untuk membuat rujukan kod-kod kes salah laku

ix. Kod kerja amal

Untuk membuat rujukan Kod-kod Kerja Amal

x. Statistik

Untuk melihat rumusan data-data disiplin semasa dan tahunan

xi. Penggunaan system

Untuk melihat laporan pegawai-pegawai yang mneggunakan system.

xii. Borang-borang

Untuk mencetak pelbagaai borang bagi kegunaan system

xiii. Akuan sahsiah

Untuk mencetak Sijil Akuan Sahsiah para pelajar. Hanya pelajar yang ada melakukan kesalahan, dan atau melakukan kerja amal sahaja aka nada sijil ini.

xiv. Rujukan kaunseling

Untuk memudahkan Guru Kaunseling mendapatkan klien.

Disediakan oleh

MOHAMMAD BIN HARUN

0199228343 / 0139838843

PAGE 15