nota bm topik1 oumh1103

40
PENGENALAN Imbasan terhadap pengalaman pembelajaran ketika anda merupakan seorang pelajar, sama ada di sekolah ataupun di universiti, adalah sesuatu yang boleh memotivasikan anda dalam aspirasi belajar. Mungkin anda masih ingat tentang kelas terbaik yang dirancang dan loceng berdering yang menandakan berakhirnya sesi kelas atau sidang persekolahan. Anda juga mempunyai guru yang mengajar anda secara sistematik. Walau bagaimanapun, di Open University Malaysia (OUM), situasi adalah sangat berbeza. Pertama, anda perlu memainkan peranan penting dalam mengurus pembelajaran anda sendiri. Kedua, anda perlu memberi perhatian kepada pensyarah atau tutor yang mengajar di dalam kelas T T o o p p i i k k 1 1 Menguruskan Pembelajaran Anda Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan tiga kaedah pembelajaran teradun (blended learning) di OUM; 2. Memilih antara 10 strategi untuk menguruskan stres; 3. Mengenal pasti matlamat khusus daripada sembilan ciri matlamat berkesan; 4. Mengaplikasikan tujuh strategi motivasi untuk pembelajaran cemerlang; 5. Mempraktikkan tiga aspek pengurusan masa; 6. Mengenal pasti lapan punca kelemahan tumpuan dan strategi ke arah memperbaiki konsentrasi; dan 7. Mengenal pasti gaya pembelajaran kendiri. HASIL PEMBELAJARAN

Upload: azmanawan9

Post on 10-Jul-2015

125 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota bm topik1 oumh1103

� PENGENALAN

Imbasan terhadap pengalaman pembelajaran ketika anda merupakan seorang pelajar, sama ada di sekolah ataupun di universiti, adalah sesuatu yang boleh memotivasikan anda dalam aspirasi belajar. Mungkin anda masih ingat tentang kelas terbaik yang dirancang dan loceng berdering yang menandakan berakhirnya sesi kelas atau sidang persekolahan. Anda juga mempunyai guru yang mengajar anda secara sistematik. Walau bagaimanapun, di Open University Malaysia (OUM), situasi adalah sangat berbeza. Pertama, anda perlu memainkan peranan penting dalam mengurus pembelajaran anda sendiri. Kedua, anda perlu memberi perhatian kepada pensyarah atau tutor yang mengajar di dalam kelas

TTooppiikk

11 � Menguruskan

Pembelajaran Anda

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan tiga kaedah pembelajaran teradun (blended learning) di OUM;

2. Memilih antara 10 strategi untuk menguruskan stres;

3. Mengenal pasti matlamat khusus daripada sembilan ciri matlamat berkesan;

4. Mengaplikasikan tujuh strategi motivasi untuk pembelajaran cemerlang;

5. Mempraktikkan tiga aspek pengurusan masa;

6. Mengenal pasti lapan punca kelemahan tumpuan dan strategi ke arah memperbaiki konsentrasi; dan

7. Mengenal pasti gaya pembelajaran kendiri.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 2: Nota bm topik1 oumh1103

� TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

2

sebenar. Ketiga, anda perlu mengatur pelbagai strategi untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya dalam pembelajaran jarak jauh. Secara umumnya, konsep pendidikan dan pembelajaran sentiasa menekankan aspek fizikal sekolah, bilik kuliah atau bilik darjah, dewan peperiksaan, guru, buku teks, peperiksaan dan pelbagai lagi. Dunia pada hari ini cepat berubah, sama ada di sekolah, kolej ataupun universiti. Pada hari ini juga, konsep pembelajaran yang lebih moden telah banyak diperkenalkan. Perubahan yang paling ketara di OUM menunjukkan bahawa pembelajaran yang diamalkan adalah saling berkaitan dengan penggunaan pendekatan campuran. Sebagai organisasi pengajian tinggi yang menawarkan pembelajaran jarak jauh, OUM mempunyai semua keperluan yang dikehendaki. Pembelajaran adalah bersifat fleksibel dengan penyediaan tiga mod iaitu: (a) Pembelajaran terarah kendiri;

(b) Interaksi bersemuka; dan

(c) Perbincangan maya. Dalam topik ini, anda akan diperkenalkan kepada corak pengurusan dalam pembelajaran, terutamanya yang menyentuh tiga pendekatan yang diterima pakai oleh OUM. Matlamatnya adalah untuk memberikan anda pengalaman pembelajaran yang terbaik. Antara objektif OUM juga adalah untuk menyokong pelajar supaya mempunyai kebebasan dalam berfikir dan membuat keputusan. Tujuannya, apabila pelajar menamatkan pengajian kelak, pelajar akan dapat meneruskan pembelajaran sepanjang hayat.

SUASANA PEMBELAJARAN DI OUM

Di OUM, kami mengamalkan kaedah campuran dalam pembelajaran. Oleh itu, dalam topik ini, anda akan diperkenalkan kepada penerokaan mod pembelajaran. Selain itu, anda akan didedahkan kepada pendekatan pembelajaran yang diperlukan untuk menjadi seorang pelajar pendidikan jarak jauh yang cemerlang iaitu dengan menggunakan pendekatan campuran dalam pembelajaran.

1.1

Page 3: Nota bm topik1 oumh1103

TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA �

3

1.1.1 Fahami Mod Pembelajaran di OUM

Dalam usaha membangunkan sistem pembelajaran yang mantap, pihak OUM telah menerima pakai pendekatan campuran dalam pembelajaran dengan menggunakan strategi mod pelbagai atau multi-mode strategy. Sehubungan itu, pembelajaran berlaku menerusi interaksi bersemuka dan maya antara pelajar dengan pelajar atau pelajar dengan tutor. Pembelajaran diuruskan oleh pelajar sendiri dalam konteks interaksi bersemuka dan berasaskan metodologi pembelajaran dalam talian. Pembelajaran di OUM menggabungkan pembelajaran atas talian atau kaedah pembelajaran yang berteknologi maju. Kaedah pembelajaran secara tradisional masih digunakan seperti interaksi bersemuka yang merujuk kepada pelbagai peringkat dalam pengajian campuran seperti paparan dalam Rajah 1.1. Tegasnya, pembelajaran di OUM menyediakan pelajar yang berkualiti tinggi dengan bimbingan intensif oleh tutor, disamping mewujudkan suasana keterbukaan dalam pembelajaran kendiri yang disesuaikan dengan kaedah pembelajaran atas talian atau berkonsep maya.

Rajah 1.1: Pembelajaran teradun di OUM

Sumber: Abdullah Sanusi Ahmad (2003) hlm. 6

Page 4: Nota bm topik1 oumh1103

� TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

4

(a) PPengurusan Pembelajaran Pembelajaran terarah kendiri memerlukan anda mengkaji secara bebas

tentang ketersediaan masa. Justeru, modul ini berfungsi sebagai sumber utama pembelajaran. Modul ini juga ditambah dengan bahan-bahan bacaan bercetak dan digital yang lain. Di samping itu, pembelajaran juga berlaku dengan penggunaan pita audio, video, CD-ROM dan eksperimen di dalam makmal. Rajah 1.2 menunjukkan beberapa kelebihan yang diperoleh pelajar yang berfungsi dalam pembelajaran terarah kendiri.

Rajah 1.2: Faedah-faedah yang diperoleh pelajar daripada pembelajaran terarah kendiri

(b) IInteraksi Bersemuka (Kelas Tutorial) Interaksi bersemuka dalam sesi tutorial dijalankan di dalam kelas sebenar

oleh tutor di pusat-pusat pembelajaran OUM di seluruh negara. Isu-isu yang berkaitan dengan bahan kursus, tugasan dan isu-isu lain yang berkaitan turut dibincangkan semasa sesi tutorial. Sesi-sesi tutorial biasanya dijalankan dua minggu sekali atau pada hujung minggu, tidak kurang daripada tiga kali dalam satu semester. Nisbah tutor dengan pelajar direndahkan bagi memastikan kualiti tutorial.

(c) MMetodologi Pembelajaran Atas Talian (Virtual Classroom) Di dalam bilik kuliah maya, alat komunikasi elektronik seperti e-mel, forum

perbincangan dan laman bersembang (chatroom) disediakan untuk memudahkan interaksi dalam kalangan pelajar, tutor dan fasilitator. Di samping itu, bahan-bahan pembelajaran elektronik, contohnya e-buku dan objek pembelajaran multimedia, akan terus dibangunkan untuk meningkatkan hasil pembelajaran. Alat komunikasi dan bahan-bahan e-pembelajaran disampaikan melalui Internet dan menerusi platform

Page 5: Nota bm topik1 oumh1103

TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA �

5

penghantaran atas talian OUM yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran (myVLE).

1.1.2 Prinsip Keterbukaan dalam Pembelajaran

Di OUM, anda digalakkan menjadi pelajar yang bersifat terbuka. Anda digalakkan untuk belajar secara bebas menerusi kaedah pembelajaran berkumpulan. Sebagai seorang pelajar yang menguruskan pembelajaran mengikut acuan sendiri, anda boleh menimba pengalaman pembelajaran yang bermakna dan pada masa yang sama anda boleh mengekalkan rutin harian anda., Adakah Anda belajar sambil bekerja? Sama ada jawapanya ya atau tidakanda sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dalam memastikan anda menempa kejayaan dalam program pengajian anda di OUM. Jika anda telah mempunyai prinsip keterbukaan dalam pembelajaran, anda wajar menggunakan beberapa atau kesemua teknik yang dicadangkan di bawah. (a) PPerancangan dan Pengurusan Bijak Bermulanya dunia anda sebagai pelajar maka anda harus bijak dalam

mengaplikasikan teknik merancang dan mengurus perancangan dengan berkesan yang akan dibincangkan sepanjang topik ini. Dengan mengamalkan cadangan yang diberikan dalam modul ini, anda boleh memastikan bahawa pembelajaran anda di OUM akan merealisasikan kejayaan dalam pembelajaran anda hingga tamatnya pengajian.

(b) PPengurusan Masa Pintar Pengurusan masa pintar adalah sangat penting bagi anda untuk

menguruskan masa dengan betul. Pengurusan masa akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam subtopik 1.2.4.

Rujuk Rajah 1.1 Pembelajaran Teradun di OUM. Apakah pendekatan yang sesuai dengan gaya pembelajaran anda? Kongsikan dengan rakan-rakan anda. Anda boleh merujuk Lampiran 1.3 untuk mempelajari gaya pembelajaran.

AKTIVITI 1.1

Page 6: Nota bm topik1 oumh1103

� TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

6

(c) DDorong Diri Anda Untuk berjaya dalam pembelajaran, anda perlu mempunyai teknik-teknik

motivasi diri. Strategi untuk memotivasikan diri anda akan dibincangkan dalam subtopik 1.2.3.

(d) PPembangunan Strategi Pembelajaran Anda perlu membangunkan pembelajaran mengikut gaya pembelajaran

anda sendiri dan sesuai dengan mana-mana tiga teknik di atas. Sebagai contoh, jika anda belajar melalui visual, anda perlukan visual rakaman, menulis kandungan pembelajaran dalam bentuk nota ringkas, peta minda atau carta (Sila rujuk Perkara 1.3 untuk maklumat lanjut tentang gaya pembelajaran).

Selain teknik yang dibincangkan di atas, anda juga perlu mempunyai kemahiran-kemahiran lain yang penting untuk memudahkan pembelajaran lebih bersifat terbuka. Ini termasuk penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Kemahiran ini akan dibincangkan pada topik seterusnya.

1.1.3 Memaksimumkan Kemudahan Pembelajaran di OUM

Untuk menjadi pelajar yang lengkap, anda mesti memaksimumkan penggunaan segala kemudahan yang telah disediakan di OUM.

Selain itu, fahami fungsi Pusat Perkhidmatan Pelajar OUM, Pusat Pembelajaran Tempatan, Perpustakaan Digital OUM dan laman web OUM untuk membantu anda menguruskan pembelajaran secara berkesan.

Renungkan sebentar bagaimana pelajar OUM yang tinggal di kawasan luar bandar untuk dapat menggunakan segala kemudahan pelajaran di OUM sebaik-baiknya.

Page 7: Nota bm topik1 oumh1103

TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA �

7

Rajah 1.3: Kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk anda di OUM

MENGHADAPI PEMBELAJARAN

Pengalaman pembelajaran yang baharu boleh membawa kepada detik-detik kegembiraan. Walau bagaimanapun, tekanan akan menyebabkan anda berasa kondisi yang kurang selesa. Oleh itu, adalah penting untuk anda memahami setiap situasi ini dan belajar cara menguruskannya. Dalam bahagian-bahagian berikut, anda akan mengenal pasti cara-cara menguruskan tekanan, penetapan matlamat, strategi motivasi untuk pembelajaran yang berjaya, pengurusan masa dan strategi penumpuan untuk pembelajaran yang lebih baik.

1.2

Page 8: Nota bm topik1 oumh1103

� TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

8

1.2.1 Menguruskan Tekanan

Tekanan merupakan satu situasi lumrah atau semula jadi yang wujud dalam setiap perjalanan kehidupan harian kita. Dengan sedikit tekanan, adakalanya menyebabkan kita sukar untuk menguruskan setiap perancangan yang telah ditetapkan untuk dilakukan setiap hari. Semasa tekanan, minda dan badan terjejas. Tekanan boleh menjadi positif atau negatif dan organ direka bentuk untuk bertindak balas terhadapnya. Kita perlu belajar tentang tekanan atau stres ini untuk membantu anggota badan kita kembali kepada keadaan yang lebih selesa. Tekanan positif akan membawa kita kepada kondisi yang lebih berhati-hati, yang mendorong kita untuk menghadapi cabaran dan menyelesaikan masalah. Tahap tekanan yang rendah boleh diurus serta dianggap sebagai rangsangan biasa. Tekanan negatif pula akan menyebabkan tubuh badan kita bertindak balas berlebihan dengan peristiwa. Keadaan ini boleh membawa kepada satu keadaan yang dikenali sebagai reaksi. Reaksi mungkin berguna pada masa dahulu apabila nenek-moyang kita sering berhadapan dengan perkara-perkara hidup atau kematian. Pada zaman ini, situasi ini tidak begitu biasa. Namun, kita tidak rasional dalam bertindak balas dengan pelbagai situasi harian yang menyentuh isu-isu hidup dan mati. Tekanan tidak harus diabaikan. Tanda-tanda awal seperti berlakunya perubahan-perubahan yang signifikan dalam corak tingkah laku yang biasa boleh menunjukkan kemungkinan tekanan sedang berlaku. Beberapa tanda-tanda tekanan ialah: (a) Kemarahan yang meluap-luap;

(b) Kekurangan efisiensi dalam pembelajaran;

(c) Kegelisahan atau keresahan yang mengakibatkan pemencilan diri;

(d) Penarikan diri daripada rakan-rakan dan situasi sosial;

(e) Halangan kegembiraan, kebahagiaan atau semangat;

(f) Leka akan pemikiran tertentu, terutamanya yang negatif;

(g) Kesukaran menumpukan perhatian atau membuat keputusan yang kecil; dan

(h) Intoleransi dan kerengsaan, terutamanya semasa perbincangan atau perbahasan.

Page 9: Nota bm topik1 oumh1103

TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA �

9

Beberapa punca umum tekanan perlu anda uruskan demi memastikan prestasi akademik, perubahan gaya hidup, kesihatan, hubungan sosial, keluarga dan rakan-rakan berada dalam situasi yang sejahtera. Anda perlu menguasai beberapa strategi dengan cara yang realistik dan munasabah untuk mengatasi apa-apa keadaan tekanan. Dalam bahagian-bahagian berikut, anda akan diperkenalkan kepada strategi mengurus tekanan dan menghadapi masalah kebimbangan setiap hari. (a) SStrategi Mengurus Tekanan Berikut adalah beberapa strategi mengurus tekanan:

(i) BBertindak Mengatur Diri Sendiri Anda perlu mengawal cara anda menghabiskan masa dan tenaga

supaya dapat menangani tekanan dengan lebih berkesan. Sebagai contoh, jika anda bekerja sepenuh masa, anda mungkin mahu belajar pada waktu malam apabila semua orang sedang tidur atau memulakan hari anda satu atau dua jam lebih awal.

(ii) KKawal Persekitaran Anda dari Aspek Apa dan Siapa di Sekeliling Anda Dengan cara ini, anda boleh menghilangkan tekanan atau mendapatkan

sokongan untuk diri sendiri. Beradalah dalam kalangan rakan pembelajaran anda supaya dapat memaksimumkan masa lapang.

(iii) BBerikan Diri Sendiri Maklum Balas Positif Ingat, anda adalah individu unik yang sedang melakukan yang terbaik.

Berikan santapan kepada minda separa sedar anda, contohnya dengan memberitahu diri anda bahawa anda akan lulus peperiksaan semester ini dengan cemerlang. Jika anda menyimpan pemikiran ini dan bekerja keras, anda mungkin mampu mencapai apa sahaja yang anda mahu. „Ia bukan merupakan satu perkara yang lucu tentang kehidupan. Jika anda enggan menerima apa-apa kecuali yang terbaik, anda seringkali akan mendapatnya‰ (W. Somerset Maugham).

(iv) BBerikan Ganjaran kepada Diri Sendiri Ia benar-benar membantu anda untuk memiliki sesuatu yang anda

harapkan. Aktiviti santai minda atau perancangan aktiviti masa lapang yang tersusun akan membantu anda mencapai objektif yang dikehendaki.

(v) LLakukan Senaman Kesihatan anda dan produktiviti bergantung kepada keupayaan

badan anda untuk membekalkan oksigen dan makanan kepada sel-sel badan. Oleh itu, giatkan fungsi jantung dan paru-paru anda secara

Page 10: Nota bm topik1 oumh1103

� TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

10

konsisten, sekurang-kurangnya tiga hari seminggu selama 15 hingga 30 minit. Ini boleh dilakukan dalam bentuk aktiviti seperti berjalan, berjoging, berbasikal, renang atau aerobik.

(vi) SSantaikan Diri Ketepikan tekanan dan tumpukan perhatian pada pernafasan dan

fikiran positif. Lakukan meditasi atau senaman progresif, dengar muzik yang agak santai dan berkomunikasi dengan rakan-rakan dan orang yang disayangi.

(vii) RRehat Secukupnya Secara umumnya, tidur setiap malam antara enam hingga tujuh jam

adalah mencukupi untuk pelajar dewasa. Ambillah sedikit masa untuk berehat walaupun singkat. Fikiran anda tidak boleh menyerap segala-galanya pada satu masa. Ia memerlukan masa untuk memproses dan mengintegrasikan maklumat. Sebagai peraturan am, ambil rehat 10 minit pada setiap jam. Rehatkan mata serta fikiran anda.

(viii) BBerhati-hati dengan Diri Sendiri Berhati-hati dengan insomnia, sakit kepala, keresahan, sakit perut,

kurang penumpuan, sejuk, terlalu letih dan sebagainya. Ingat, ini merupakan tanda-tanda gangguan yang berpotensi serius, iaitu, ulser, hipertensi dan penyakit jantung. Sebagai contoh, berhati-hati jika anda menggenggam stereng terlalu keras ketika memandu!

(ix) AAmalkan Pemakanan yang Seimbang Elakkan makanan yang tinggi lemak dan gula. Jangan sekali-kali anda

terlibat dengan dadah atau alkohol. Kafein boleh membuat anda tahan berjaga tetapi ia juga boleh membuat anda lebih sukar untuk menumpukan perhatian. Ingat, berjalan kaki selama 20 minit telah terbukti menjadi penenang yang lebih baik daripada menggunakan beberapa jenis ubat.

(x) BBelajar Menghiburkan Diri Sendiri Kajian menunjukkan manusia yang lebih bahagia cenderung untuk

hidup lebih lama, kurang mempunyai masalah fizikal dan lebih produktif. Cari kegembiraan dalam kehidupan. Ingat, anda adalah ciptaan yang cukup istimewa dan layak menerima yang terbaik untuk diri sendiri.

Page 11: Nota bm topik1 oumh1103

TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA �

11

(b) AAtasi Masalah Pembelajaran Anda pada Setiap Hari Terdapat beberapa cara untuk anda mengatasi masalah pembelajaran

harian. Ini dijelaskan seperti berikut:

(i) KKenal Pasti Sumber-sumber yang Anda Ada Menilai kekuatan dan kelemahan diri dapat membantu anda melihat

apa yang anda ada untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan. Sebagai contoh, anda tahu di mana anda boleh mendapatkan buku rujukan. Tanya diri anda: „Adakah buku yang saya perlukan hanya boleh didapati di perpustakaan atau bolehkah saya mendapatkannya secara atas talian?‰ atau „Bagaimanakah saya boleh mendapatkan buku-buku ini secara atas talian?‰

(ii) AAnda Tidak Perlu Bersendiri dalam Kesusahan Berkomunikasi dengan keluarga dan rakan-rakan boleh membantu

anda mengatasi kesulitan dalam pembelajaran anda. Di OUM, kami mempunyai Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang boleh membantu untuk mengatasi masalah yang anda hadapi. Kami telah melatih kaunselor pelajar untuk membantu anda menghadapi kesulitan dan tekanan.

(iii) BBersifat Realistik Tetapkan matlamat untuk dicapai. Jika anda mempunyai tiga tugasan

untuk melengkapkan semester, kenal pasti tarikh akhir untuk penghantaran dan peruntukkan masa yang cukup bagi setiap tugasan.

(iv) AAnda Tidak Boleh Mencapai Kawalan Secara Mutlak Dalam usaha menjadi pelajar yang berjaya, anda perlu bekerjasama.

Ingat, anda tidak boleh melakukannya secara bersendirian. Rakan sebaya dan tutor anda memainkan peranan penting dan anda akan beroleh faedah daripada penyertaan dalam kumpulan belajar, selain berhubung dengan tutor anda.

(v) BBelajar daripada Kegagalan Jangan terlalu kecewa apabila anda memperoleh keputusan yang

tidak atau kurang baik dalam ujian dan tugasan anda. Sebenarnya, terdapat proses beransur-ansur untuk melakukan sesuatu yang lebih baik. Berkomunikasilah dengan tutor jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan yang anda peroleh dan usahakan cara untuk meningkatkannya.

Page 12: Nota bm topik1 oumh1103

� TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

12

(c) KKebimbangan Terdapat juga tekanan yang disebabkan oleh kebimbangan. Sebagai pelajar

OUM, anda mungkin berasa cemas apabila peperiksaan semakin hampir. Kebanyakan kebimbangan datang daripada rasa takut yang menyebabkan anda mungkin tidak dapat menunjukkan prestasi yang baik. Kebimbangan yang disebabkan oleh peristiwa-peristiwa tersebut boleh terjadi sama ada dijangka atau sebaliknya.

(i) KKebimbangan Jangkaan Kesusahan yang anda rasa semasa belajar atau bersedia untuk kuiz,

ujian dan tugasan. Fikirkan sesuatu yang mungkin berlaku apabila anda mengambil kuiz atau ujian ataupun lewat menyerahkan sesuatu tugasan.

Berikut adalah beberapa perkara penting yang boleh membantu anda mengatasi kebimbangan jangkaan: � Tenteramkan diri;

� Fokus;

� Berfikiran positif;

� Belajar dalam kumpulan;

� Spesifikasikan masa belajar;

� Dapatkan set nota yang lengkap;

� Selesakan tempat belajar; dan

� Ketahui di mana anda berada dan ke mana anda tuju.

Anda akan menghadapi peperiksaan dalam masa tiga hari lagi. Walau bagaimanapun, atas alasan pekerjaan anda dan komitmen peribadi, anda tidak mampu menggunakan masa untuk persediaan peperiksaan. Bila panik, bagaimana anda bertindak? Kemukakan jawapan anda dalam forum perbincangan. Anda boleh menyelitkan pengalaman peribadi dalam jawapan.

AKTIVITI 1.2

Page 13: Nota bm topik1 oumh1103

TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA �

13

(ii) KKebimbangan Situasi Kegelisahan yang berlaku atas sebab peperiksaan dan sebelum

sesuatu tugasan dilakukan.

Berikut adalah perkara penting tentang cara untuk mengurus kebimbangan di dalam bilik peperiksaan atau tekanan:

� Jadilah orang yang menepati masa;

� Susun jadual kerja;

� Elakkan kawan yang mengalami masalah kebimbangan;

� Baca dan fahami arahan;

� Kerja pada kadar yang selesa;

� Minta bantuan apabila perlu;

� Pastikan bergerak giat; dan

� Santai.

Perkara yang paling penting yang boleh anda lakukan untuk mengawal tahap kebimbangan anda adalah dengan mengkaji dan mengetahui bahan-bahan pembelajaran yang cukup baik supaya anda boleh ingat dengan jelas walaupun di bawah tekanan. Tetapkan matlamat, motivasikan diri, amalkan pengurusan masa yang baik, elakkan kemalasan, dan pastikan tiada penangguhan atau lamunan.

1.2.2 Penetapan Objektif

Matlamat adalah perkara-perkara yang anda mahu capai. Matlamat adalah penting untuk pelajar seperti anda kerana ia memberikan anda motivasi untuk melakukan kerja anda, menghadiri kelas dan bersedia untuk peperiksaan. Ini akan meningkatkan peluang kejayaan anda. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang sukar mencapai matlamat mereka kerana mereka gagal menetapkan matlamat yang berkesan atau tidak mengambil apa-apa tindakan untuk mencapai matlamat tersebut. Mereka hanyut tanpa tujuan.

(a) CCiri-ciri Matlamat yang Berkesan Untuk memiliki matlamat yang berkesan, anda perlu:

(i) Pilih dan tentukan matlamat anda sendiri.

(ii) Pastikan matlamat berkaitan dan selari dengan misi dan nilai-nilai teras.

Page 14: Nota bm topik1 oumh1103

� TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

14

(iii) Pastikan matlamat yang perlu anda capai tetapi tidak memberikan tekanan yang tidak perlu untuk sesuatu pencapaian.

(iv) Jadikan matlamat anda realistik untuk dicapai. Untuk ini, anda mesti menilai peluang untuk mencapai matlamat. Pastikan anda mempunyai pengetahuan, kemahiran, bakat dan sumber untuk mencapai matlamat anda.

(v) Spesifikasikan matlamat untuk mendorong anda mencapai kejayaan.

(vi) Matlamat boleh diukur jika anda dapat menentukan hala tujunya.

(vii) Matlamat tidak terikat dengan masa. Pastikan matlamat pembelajaran anda dirancang dari segi masa.

(viii) Matlamat membantu anda untuk bersikap positif.

(ix) Aturkan matlamat. Tulis dan simpan bahan dengan baik untuk memfokuskan pencapaian.

Dalam menetapkan matlamat yang berkesan, anda wajar mengingat akronim SMART yang bermaksud: S � Specific (Khusus) M � Measurable or verifiable (Boleh Diukur) A � Attainable (Boleh Dicapai) R � Relevant to personal mission (Sejajar dengan misi peribadi) T � Time-bound � target date (Ikatan masa � tarikh sasaran)

Penting bagi anda untuk mengimbangkan antara matlamat akademik dengan matlamat peribadi. Matlamat akademik perlu berkaitan dengan kerja kursus anda. Matlamat peribadi juga adalah penting untuk tujuan tersebut. Walau bagaimanapun, jika anda memberikan tumpuan terlalu banyak terhadap matlamat peribadi, anda mempunyai peruntukan masa yang sedikit untuk belajar. Justeru, imbangkan matlamat akademik dan peribadi anda secara fleksibel. Matlamat-matlamat ini boleh dibahagikan kepada jangka pendek atau jangka panjang.

Contoh matlamat jangka pendek adalah:

� Saya mahu menghabiskan tiga jam untuk melakukan tugasan saya.

� Saya mahu membaca Topik 2 hingga 4 tentang kemahiran belajar untuk pelajar yang terlibat dengan penggunaan modul Pembelajaran Jarak Jauh.

Page 15: Nota bm topik1 oumh1103

TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA �

15

Contoh matlamat jangka panjang ialah:

� Saya mahu menamatkan pengajian dalam tempoh empat tahun.

� Saya mahu memulakan pengajian MBA saya bulan depan.

Perkara berikut menerangkan lima langkah pendekatan untuk menetapkan matlamat yang realistik.

(b) LLima Langkah Pendekatan untuk Menetapkan Matlamat Realistik

Langkah 1: Tulis apa yang anda mahu capai. Contoh: Saya mahu membaca modul Pembelajaran Jarak Jauh (muka

surat 22 hingga 40). Langkah 2: Tulis sebarang halangan. Contoh 1: Saya sentiasa mengantuk selepas makan tengah hari.

Contoh 2: Terdapat permainan bola sepak di TV pada pukul 3.00 pagi. Langkah 3: Tulis mana-mana sumber-sumber yang sedia ada untuk anda. Contoh 1: Saya mempunyai kemahiran dalam Pembelajaran Jarak Jauh.

Contoh 2: Internet boleh didapati di rumah. Dalam kes ini, saya perlu melayari laman web untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dalam modul.

Langkah 4: Mengkaji dan menyemak semula kenyataan matlamat

tentatif anda (Langkah 1). Mengambil tindakan pembetulan dan pengubahsuaian matlamat anda jika perlu.

Langkah 5: Nilai kenyataan matlamat anda. Sekarang anda telah diberikan beberapa petunjuk tentang cara menetapkan matlamat.

Senaraikan matlamat akademik anda untuk jangka pendek dan jangka panjang di OUM.

Jadual Skala Akademik

Jangka Pendek

Jangka Panjang

AKTIVITI 1.3

Page 16: Nota bm topik1 oumh1103

� TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

16

1.2.3 Strategi Motivasi bagi Pembelajaran yang Berjaya

Motivasi adalah sesuatu yang „bertenaga‰. Arahkan dan kekalkan tingkah laku ke arah matlamat yang tertentu. Ia memberi kesan kepada cara anda melakukan kerja apabila melakukan sesuatu kerja. Berapa lama anda bekerja? Bagaimana anda menumpukan perhatian kepada kerja dan strategi belajar? Berikut adalah beberapa strategi asas yang boleh membantu anda memotivasikan diri anda:

(a) TTetapkan Matlamat Pembelajaran yang Mencabar Tetapi Realistik Sebelum anda memulakan tugas anda, buat keputusan mengenai fakta-

fakta, konsep atau idea-idea yang anda mahu belajar. Tetapkan diri anda tentang matlamat yang realistik dan boleh dicapai supaya anda akan lebih bermotivasi.

1. Tuliskan matlamat anda untuk semester ini di OUM.

2. Sediakan senarai halangan-halangan yang anda hadapi dalam pembelajaran terarah kendiri di OUM.

3. Senaraikan sumber-sumber yang disediakan untuk anda di OUM, tempat kerja anda dan di rumah anda.

4. Huraikan cara anda boleh gunakan sumber-sumber yang ada untuk mengatasi halangan-halangan yang bakal wujud.

5. Tulis semula matlamat anda untuk semester ini.

AKTIVITI 1.4

Adakah anda tahu bahawa ramai orang gagal untuk menetapkan matlamat masing-masing? Layari beberapa laman sesawang tentang topik ini untuk mencari punca-punca tersebut.

AKTIVITI 1.5

Page 17: Nota bm topik1 oumh1103

TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA �

17

(b) LLakukan Tugas yang Lebih Mudah Lakukan tugas yang lebih mudah dan lebih terkawal supaya anda tidak

akan berasa gentar atau takut. (c) KKekalkan Sikap Positif Kekalkan sikap positif anda. Fikirkan kesulitan dan kerumitan sebagai

cabaran. Jika ada sesuatu yang anda perlu belajar yang seolah-olah mengancam, pertimbangkan cara untuk melakukan sesuatu yang baharu.

(d) KKemuncakkan Matlamat Bina satu set matlamat yang lebih mencabar. Pastikan anda dapat rasakan

puncak pencapaian matlamat. (e) GGunakan Strategi Pembelajaran Aktif Ambil inisiatif untuk mencari bahan sumber dengan pergi ke perpustakaan,

melayari laman web, bertanyakan soalan kepada tutor, bersemuka dan sebaik-baiknya menggunakan peluang untuk berinteraksi serta berkomunikasi dengan rakan sebaya dalam perbincangan maya.

(f) BBelajar daripada Kesilapan Kesilapan mengajar kita dalam kehidupan. Tanya diri anda, „Adakah

terdapat cara yang lebih baik?‰ apabila melakukan sesuatu. (g) MMemantau Pembelajaran Untuk memberi motivasi kepada diri sendiri, cerminkan kemajuan anda

sambil belajar. Dapatkan maklum balas daripada tutor anda mengenai ujian dan tugasan anda. Bincangkan gred anda dengan pihak yang berkaitan.

Kejayaan dalam pembelajaran ditentukan oleh penilaian proses pembelajaran dan apa-apa yang anda telah belajar dalam proses ini.

Page 18: Nota bm topik1 oumh1103

� TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

18

Untuk menambahkan motivasi anda, fikirkan sebab-sebab anda melanjutkan pengajian di OUM. Isikan tempat-tempat kosong berikut untuk menggarap kemajuan anda dan untuk memfokuskan pemikiran anda. Jika pembelajaran menjadi sukar, lihat jawapan anda untuk meningkatkan motivasi.

Tanyakan Soalan-soalan ini kepada Diri Sendiri

Jawapan-jawapan Anda

Adakah terdapat kepelbagaian aras membaca dalam modul-modul OUM seperti unit, topik, konsep, kemahiran dan sebagainya?

Adakah saya mempunyai matlamat khusus jangka pendek?

Berapa banyak masa dalam sehari atau seminggu yang perlu saya gunakan untuk pembelajaran?

Adakah saya mempunyai jadual harian atau mingguan?

Apakah sumber-sumber maklumat yang boleh saya gunakan untuk meningkatkan pembelajaran saya?

Bagaimana saya memantau pembelajaran saya?

Apakah kemahiran-kemahiran tambahan yang perlu saya bangunkan untuk menjadi pelajar yang berjaya dalam pembelajaran jarak jauh?

Siapakah orang yang sesuai untuk saya laporkan kemajuan pembelajaran?

Bila saya perlu melaporkan kemajuan pembelajaran saya?

Apakah ganjaran yang saya peroleh dalam kemajuan pembelajaran? Siapakah orang yang perlu saya rujuk untuk meminta nasihat jika saya tidak mencapai hasil kemajuan yang dikehendaki?

Adakah saya berfikiran positif dalam penentuan matlamat saya?

Adakah subjek ini menarik seperti yang saya fikirkan? Jika tidak, apakah yang perlu saya lakukan?

Adakah proses pembelajaran yang saya pilih berkesan?

Adakah tutor sedia membantu?

AKTIVITI 1.6

Page 19: Nota bm topik1 oumh1103

TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA �

19

Penting untuk anda ketahui bahawa jika anda tidak berjaya dalam pembelajaran seperti yang anda harapkan tidak bermakna anda gagal. Kejayaan ditentukan oleh proses penilaian dalam pembelajaran dan apa-apa yang anda telah pelajari daripada proses tersebut.

1.2.4 Pengurusan Masa

Pengurusan masa adalah cara anda mengawal selia jadual anda. Kunci kepada pengurusan masa yang berjaya memberikan laluan yang lancar untuk menyiapkan kerja anda. Teknik pengurusan masa yang baik boleh mendorong anda mencapai matlamat yang ditetapkan. Pengurusan masa yang berjaya bermula daripada perancangan. Jika anda merancang aktiviti dengan objektif untuk mencapai matlamat, anda sebenarnya telah mengambil tanggungjawab untuk diri sendiri. Beberapa faedah akan diperoleh daripada pengurusan masa yang berkesan iaitu: � Rancang masa hadapan;

� Nilai kemajuan anda;

� Luangkan masa dengan lebih produktif;

� Kawal aktiviti anda; dan

� Utamakan senarai perkara yang paling penting dilakukan. Perkara-perkara berikut memberikan beberapa nasihat tentang cara untuk menganalisis penggunaan masa anda dengan menetapkan keutamaan dalam perancangan jadual. (a) AAnalisis Penggunaan Masa Ini adalah salah satu perkara yang paling penting dalam pembelajaran dan

wajar diuruskan sendiri. Walau bagaimanapun, pengurusan masa adalah lebih daripada sekadar mengurus masa anda. Ia juga mengenai pengurusan diri sendiri. Gunakan Jadual 1.1 untuk menganalisis cara anda menyelaraskan masa.

Page 20: Nota bm topik1 oumh1103

� TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

20

Jadual 1.1: Analisis Penggunaan Masa Anda

Ya/Tidak/ Jawapan Lain

Apakah yang Perlu Saya Buat untuk Meningkatkan

Prestasi (Terangkan)

1. Adakah saya menggunakan masa saya dengan berkesan?

2. Bagaimana saya membuang masa?

3. Apa yang mengganggu urusan saya?

4. Adakah saya perlu merancang masa saya untuk tahun ini, semester ini, minggu ini, hari ini atau setiap cebisan kerja?

5. Adakah saya membuang masa membuat persiapan untuk belajar?

6. Adakah kebanyakan masa lapang saya digunakan untuk belajar?

(b) TTetapkan Keutamaan Anda Sebaik sahaja anda tahu jumlah masa yang anda ada untuk belajar, anda

mesti tahu cara menjaga situasi anda dan mencapai matlamat anda. Keutamaan anda juga harus merangkumi hubungan anda dengan orang lain. Jika anda telah berkahwin, maka keutamaan anda mungkin termasuk pasangan dan anak-anak anda. Sekiranya anda masih bujang dan tinggal dengan rakan-rakan, anda boleh mempertimbangkan rakan-rakan dalam senarai keutamaan anda.

Cuba jawab beberapa soalan dalam laman web berikut untuk menentukan sejauh mana masa yang anda ada untuk belajar!

http://www.ucc.vt.edu/stdysk/TMInteractive.html

Justeru, berapa banyak masa yang anda ada untuk pembelajaran anda?

AKTIVITI 1.7

Page 21: Nota bm topik1 oumh1103

TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA �

21

(c) MMerancang Jadual Mulakan proses perancangan dengan menulis rancangan anda. Terdapat

bantuan pengurusan masa berlainan yang boleh membantu anda merancang. Ini termasuk jadual, diari dan perancangan tahunan. Anda juga boleh menggunakan peralatan elektronik dalam perancangan yang terbaharu!

Cuba aktiviti ini untuk mengorientasikan pencapaian tugasan harian dan mingguan anda. Perlu diingatkan bahawa terdapat banyak cara untuk pencapaian tugas ini. Satu kaedah yang sangat mudah adalah dengan menyenaraikan tugasan harian anda untuk hari berikutnya. Gunakan contoh di bawah untuk mewujudkan satu penjadualan untuk diri anda. Salah satu cara adalah dengan memberikan keutamaan dari segi „untuk tindakan‰. Gunakan contoh berikut yang berasaskan senarai „untuk tindakan‰.

Senarai Perkara untuk Dilakukan Keutamaan/ Tarikh Tamat

1. Hantar anak untuk temu janji pergigian pada pukul 3.00 petang.

3

2. Ajak rakan untuk makan tengah hari. 5 3. Hantar surat kepada dekan. 1

4. Hantar jawapan menerusi forum dalam talian. 4

5. Mula baca Topik 4. 3

Senarai Perkara untuk Dilakukan Keutamaan/ Tarikh Tamat

AKTIVITI 1.8

Page 22: Nota bm topik1 oumh1103

� TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

22

Berikut adalah beberapa garis panduan mengenai cara mengenal pasti masa belajar:

(i) Kenal pasti dalam sehari bila anda berasa segar dan penuh perhatian;

(ii) Pertimbangkan tabiat tidur anda; dan

(iii) Pastikan bila mental anda berada dalam situasi segar.

Terdapat banyak cara untuk anda merancang dan menjadualkan tugas anda. Jika anda mempunyai pelan, anda akan: (i) Mengetahui cara untuk anda menghabiskan masa anda;

(ii) Mampu untuk menguruskan masa ke arah mencapai matlamat; dan

(iii) Elakkan kesibukan pada saat-saat akhir.

Gunakan contoh berikut, dengan menyediakan jadual mingguan anda sendiri. Ini adalah jadual untuk aktiviti mingguan anda seperti kelas, masa belajar, temu janji, kerja dan komitmen sosial. Selepas selesai, anda boleh bandingkan jadual mingguan anda dengan jadual rakan-rakan anda. Pelajar yang berlainan akan mempunyai set jadual mingguan yang tidak sama.

Bulan: Minggu 1 / 2 / 3 / 4

Hari/Masa 8.00 pg. - 10.00 pg.

10.00 pg. -tengah hari

2.00 ptg. - 4.00 ptg.

4.00 ptg. - 6.00 ptg.

9:00 mlm. dan ke atas

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad

AKTIVITI 1.9

Page 23: Nota bm topik1 oumh1103

TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA �

23

1.2.5 Strategi Tumpuan untuk Pembelajaran yang Lebih Berkesan

Pembelajaran tentang kemahiran pengurusan masa dapat membantu anda merancang masa depan. Ia juga boleh membantu anda untuk menyemaikan tabiat yang baik dalam pembelajaran. Anda boleh menjadi seorang pengurus masa yang berjaya dan pelajar yang berjaya jika anda bersedia untuk belajar dan menggunakan teknik pengurusan masa yang berkesan.

Tumpuan adalah penting bagi anda untuk mengekalkan mod pembelajaran yang baik. Anda boleh menentukan punca yang menyebabkan kurangnya tumpuan dalam pembelajaran dan menggunakan pelbagai strategi untuk meningkatkan tumpuan anda.

(a) PPunca Kurang Tumpuan Berikut adalah beberapa punca kurangnya tumpuan dan tip yang

bermanfaat untuk mengatasinya:

(i) Gangguan Persekitaran Ini termasuk TV, kerusi yang terlalu selesa, makanan ringan dan

sebagainya. Aturkan semula persekitaran anda. Pergi ke perpustakaan atau bilik darjah apabila anda bercadang untuk melakukan kajian secara serius.

(ii) Bunyi Muzik, lagu dan perbualan adalah contoh-contoh bunyi bising.

Elakkan diri daripada kebisingan dengan berada dalam situasi yang senyap.

(iii) Gangguan FFizikal Contohnya lapar, mengantuk dan keletihan. Makan snek pisang yang

tinggi protein. Lakukan senaman ringan selama lima minit untuk menyegarkan diri.

(iv) Kebosanan, Tidak Suka, Hilang Minat Aktifkan diri dan berkomunikasi dengan tutor dan rakan-rakan.

(v) Kebimbangan tentang Pembelajaran Ketahui cara untuk belajar secara berkesan. Pastikan perjalanan

kursus dalam perspektif yang betul. Kenal pasti kemahiran penting.

(vi) Takut akan Tugasan Pecahkan tugas besar kepada tugas yang lebih kecil. Lakukan tugas

yang paling sukar dahulu. Berikan diri anda ganjaran untuk maju.

Page 24: Nota bm topik1 oumh1103

� TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

24

(vii) Berkhayal atau Mengelamun Bawa diri anda dalam persekitaran yang positif seperti bersiar-siar dan buka fikiran kepada sesuatu kelapangan.

(viii) Kebimbangan Diri Kenal pasti dan huraikan permasalahan dengan merangka perancangan yang jitu serta khusus untuk mengelakkan kebimbangan peribadi. Berkomunikasi dengan seseorang yang boleh membantu anda seperti rakan, kaunselor atau pakar.

(b) SStrategi untuk Meningkatkan Tumpuan Dalam usaha untuk memberikan tumpuan yang lebih baik dalam pembelajaran,

salah satu perkara yang boleh anda lakukan adalah berfikir tentang usaha pemusatan sebagai satu proses. Caranya dengan melaksanakan tiga langkah berikut:

(i) Kenal pasti sebab tumpuan yang lemah dan buat keputusan yang tepat. Jika anda seorang bapa yang bekerja atau ibu dengan tiga orang anak yang masih bersekolah, anda mungkin menghadapi kesukaran untuk menumpukan perhatian kepada pembelajaran dan mungkin menghadapi gangguan daripada anak-anak anda.

(ii) Ambil langkah-langkah drastik untuk mengawal faktor-faktor ini. Anda boleh merancang dan mengatur jadual anda dengan mengambil kira keperluan anda sendiri untuk menumpukan perhatian kepada pembelajaran tanpa menjejaskan keperluan anak-anak; dan

(iii) Jadikan kawalan sebagai satu kebiasaan. Pastikan anda buat kawalan terhadap perancangan kehidupan seharian anda sehingga ia menjadi rutin.

(c) PPersekitaran Pembelajaran Kondusif ke arah Peningkatan Tumpuan Adakah anda mempunyai persekitaran untuk belajar mengikut cita rasa

anda? Tempat yang sesuai sudah tentu berbeza-beza mengikut keutamaan peribadi anda dan perasaan (mod). Keputusan anda sama ada anda memilih untuk belajar di rumah, di perpustakaan, ataupun di mana-mana sahaja, anda perlu memastikan bahawa anda mempunyai:

(i) Ruang yang khusus untuk keselesaan pembelajaran anda;

(ii) Perabot yang sesuai dan pencahayaan yang cukup; dan

(iii) Keupayaan untuk belajar secara terancang.

Page 25: Nota bm topik1 oumh1103

TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA �

25

Pemilihan tempat belajar yang sesuai juga membantu anda untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Persoalan pemilihan tempat belajar yang sesuai adalah bergantung kepada suatu tempat belajar yang selesa dan sesesuai dengan kepelbagaian masa. Walau bagaimanapun, anda perlu menyesuaikan diri terlebih dahulu dengan sesuatu masa untuk menyelaraskan mod pembelajaran anda.

Rajah 1.4: Kawasan belajar

Anda boleh menjadikan kawasan belajar (rujuk Rajah 1.4) anda kondusif dengan:

(a) Merekabentuk tempat di dalam bilik atau rumah anda untuk ketenteraman belajar.

(b) Mewujudkan suasana bermotivasi dan menjadikan tempat anda berada dalam keadaan yang positif untuk belajar dan menyenangkan.

(c) Mendapatkan lokasi yang baik untuk tempat belajar anda. Gangguan harus dielakkan. Tempat belajar anda harus boleh diakses dan mudah. Elakkan gangguan bising.

(d) Pastikan tempat belajar mempunyai tahap pengudaraan yang baik dan suhu yang selesa.

GAYA PEMBELAJARAN SENDIRI

Gaya pembelajaran sendiri boleh membantu meningkatkan pembelajaran anda. Jika anda tahu gaya pembelajaran, anda boleh memfokuskan pembelajaran anda, sekali gus meningkatkan ketegaran anda. Terdapat pelbagai gaya pembelajaran yang berlainan. Anda mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri yang meliputi cara anda memperoleh dan memproses maklumat dan strategi yang digunakan. Gaya pembelajaran ini disesuaikan mengikut keperluan anda.

1.3

Page 26: Nota bm topik1 oumh1103

� TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

26

Orang yang berlainan cenderung kepada gaya pembelajaran yang berbeza. Walau bagaimanapun, terdapat juga cara lain untuk menentukan bentuk gaya pembelajaran. Tidak ada kelebihan antara satu gaya pembelajaran dengan gaya yang lain. Dengan pengetahuan yang khusus tentang gaya pembelajaran sendiri, anda dapat: (a) Mengelak situasi bermasalah;

(b) Mensasarkan perkara-perkara yang memerlukan penambahbaikan; dan

(c) Mencapai lebih kejayaan.

� Pendekatan pembelajaran OUM termasuk pembelajaran terarah kendiri,

interaksi bersemuka dan pembelajaran dalam talian.

� Kemudahan yang ditawarkan oleh OUM termasuk Pusat Perkhidmatan Pelajar, Perpustakaan Digital, laman web OUM dan Pusat Pembelajaran Tempatan.

� Untuk mengatasi masalah pembelajaran, beberapa teknik diamalkan iaitu:

� Pengendalian stres;

� Penetapan objektif;

� Strategi motivasi;

� Pengurusan masa; dan

� Strategi tumpuan.

� Gaya pembelajaran yang dominan adalah visual, auditori dan kinestetik. Gaya pembelajaran memberi kesan pada pendekatan seseorang untuk memperoleh pembelajaran.

Lawat laman web berikut. Jawab soalan-soalan dalam talian dan bincang dengan rakan sekelas anda. http: www.engr.ncsu.edu/learningstyles/ilsweb.html

AKTIVITI 1.10

Page 27: Nota bm topik1 oumh1103

TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA �

27

Bilik kuliah/tutorial sebenar

Bilik tutorial/kuliah maya

Gaya pembelajaran sendiri

Kebebasan pelajar

Matlamat

Motivasi

Pembelajaran terarah kendiri

Pengurusan masa

Stres

Page 28: Nota bm topik1 oumh1103

� TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

28

LAMPIRAN 1.1

Indeks Gaya Pembelajaran*1

Arahan: Berikan jawapan anda dengan berdasarkan Helaian Skor ILS (lihat halaman 29). Sila pilih satu jawapan sahaja. Jika kedua-dua jawapan „a‰ dan „b‰ menjadi pilihan anda, anda masih diminta memilih satu jawapan yang benar-benar sesuai sahaja. 1. Saya memahami sesuatu secara lebih berkesan dengan

(a) cuba untuk menyelesaikannya. (b) memikirkan kaedah huraian terlebih dahulu.

2. Saya cuba untuk memberikan pertimbangan secara

(a) realistik. (b) inovatif.

3. Jika saya fikirkan apa-apa yang saya lakukan semalam, saya paling mungkin

memperoleh (a) gambaran. (b) jalan penyelesaian.

4. Saya cenderung untuk

(a) memahami butir-butir kursus tetapi mungkin kabur tentang struktur keseluruhannya.

(b) memahami struktur keseluruhan tetapi mungkin kabur tentang butiran. 5. Jika saya mempelajari sesuatu yang baharu, ia membantu saya untuk

(a) bercakap mengenainya. (b) berfikir tentang hal tersebut.

6. Jika saya seorang guru, saya lebih suka mengajar kursus

(a) yang berkaitan dengan fakta dan situasi kehidupan sebenar. (b) yang berkaitan dengan idea-idea dan teori.

* Hak Cipta Terpelihara © 1991, 1994 oleh North Carolina State University (Dikarang oleh Richard M. Felder

dan Barbara A. Soloman). Maklumat lanjut tentang rujukan terhadap Indeks Gaya Pembelajaran termasuk kesahan serta kebolehpercayaan. Sila lihat <http://www.ncsu.edu/felder-public/ILSpage.html>.

Page 29: Nota bm topik1 oumh1103

TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA �

29

7. Saya lebih suka untuk mendapatkan maklumat baharu dalam (a) gambar, gambar rajah, graf atau peta. (b) arahan bertulis atau maklumat lisan.

8. Setelah saya memahami

(a) semua bahagian, saya memahami segala-galanya. (b) segala-galanya, saya mengkaji caranya.

9. Dalam kumpulan belajar berasaskan tugasan yang sukar, saya lebih

cenderung untuk (a) mengambil bahagian ke arah sumbangan idea. (b) duduk dan mendengar.

10. Saya mendapati ia lebih mudah

(a) untuk mengetahui fakta-fakta. (b) untuk belajar konsep.

11. Dalam buku dengan banyak gambar dan carta, saya mungkin

(a) melihat gambar dan carta dengan teliti. (b) memberikan tumpuan kepada teks bertulis.

12. Jika saya menyelesaikan masalah matematik,

(a) saya biasanya bekerja cara saya untuk langkah penyelesaian pada satu-satu masa.

(b) saya sering berfokus kepada penyelesaian tetapi kemudian perlu berusaha untuk memikirkan langkah-langkah dalam memperoleh gambaran.

13. Di dalam kelas, saya prihatin bahawa

(a) saya biasanya mengenali banyak pelajar. (b) saya jarang mengenali banyak pelajar.

14. Dalam membaca bahan bukan fiksyen, saya lebih suka

(a) sesuatu yang mengajar saya tentang fakta baharu atau memberitahu saya cara untuk melakukan sesuatu.

(b) sesuatu yang memberikan saya idea-idea baharu untuk berfikir tentang sesuatu.

15. Saya suka guru

(a) yang memaparkan banyak gambar rajah pada papan tulis. (b) yang menghabiskan banyak masa untuk memberikan penjelasan.

Page 30: Nota bm topik1 oumh1103

� TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

30

16. Jika saya menganalisis cerita atau novel, (a) saya akan menikmati sesuatu kejadian dan cuba untuk membawa

pembaca lain bersama-sama saya untuk memikirkan tema. (b) saya hanya tahu sesuatu tema apabila saya selesai membaca dan

kemudian saya perlu untuk mengimbas dan mencari insiden yang menunjukkan pengajaran.

17. Jika saya mula menghadapi masalah kerja rumah, saya lebih cenderung

untuk (a) mula bekerja ke arah penyelesaian segera. (b) cuba memahami masalah yang pertama.

18. Saya lebih suka idea

(a) yang pasti. (b) berasaskan teori.

19. Saya boleh ingat secara berkesan tentang

(a) apa-apa yang saya lihat. (b) apa-apa yang saya dengar.

20. Penting bagi saya untuk memastikan bahawa seorang pensyarah

(a) menyediakan bahan berdasarkan prosedur-prosedur yang jelas dan tersusun.

(b) memberikan saya satu gambaran menyeluruh dan mengaitkan bahan tersebut untuk mata pelajaran yang lain.

21. Saya lebih suka untuk belajar

(a) dalam kumpulan. (b) bersendirian sahaja.

22. Saya lebih cenderung untuk memberikan pertimbangan secara

(a) berhati-hati tentang bahan-bahan tugasan saya. (b) kreatif tentang cara untuk melaksanakan tugasan saya.

23. Jika saya mendapat arahan ke sesuatu tempat yang baharu, saya lebih suka

merujuk kepada (a) peta. (b) arahan bertulis.

Page 31: Nota bm topik1 oumh1103

TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA �

31

24. Saya belajar (a) pada kadar yang agak tetap. Jika saya belajar bersungguh-sungguh,

saya akan faham. (b) pada kadar yang tidak tetap. Saya akan menjadi benar-benar keliru

dan kemudian tiba-tiba saya akan faham. 25. Saya akan membuat agakan untuk

(a) mencuba sesuatu perkara. (b) berfikir tentang cara yang akan saya lakukannya.

26. Jika saya membaca untuk seronok, saya suka penulis menulis

(a) secara jelas dengan menyatakan apa-apa yang dimaksudkan. (b) dengan menyatakan sesuatu secara kreatif dan menarik.

27. Jika saya melihat rajah atau lakaran di dalam kelas, saya paling mudah

ingat berdasarkan (a) gambar. (b) apa yang pensyarah terangkan.

28. Jika mempertimbangkan maklumat, saya lebih cenderung untuk

(a) memberikan tumpuan kepada butir-butir pada gambar. (b) cuba memahami gambaran sebenar sebelum mendalaminya.

29. Saya lebih mudah ingat

(a) sesuatu yang saya telah lakukan. (b) sesuatu yang saya fikirkan yang berkaitan.

30. Jika saya terpaksa menjalankan tugas, saya lebih suka

(a) menguasai salah satu cara untuk melakukannya. (b) akan cara-cara baharu untuk melaksanakannya.

31. Jika seseorang menunjukkan data kepada saya, saya lebih suka

(a) carta atau graf. (b) teks yang merumuskan hasil kajian.

32. Semasa menulis kertas kerja, saya lebih cenderung untuk

(a) merancang dan menulis dari permulaan hingga akhir. (b) merancang dan menulis beberapa bahagian tertentu terdahulu dan

mengaturnya kemudian.

Page 32: Nota bm topik1 oumh1103

� TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

32

33. Jika saya terpaksa bekerja dalam kumpulan, saya ingin (a) mempunyai „kumpulan percambahan fikiran‰ di mana setiap individu

menyumbangkan idea. (b) berfikir secara individu dan kemudian bincang dalam kumpulan

untuk membandingkan idea. 34. Saya menganggap ia pujian yang lebih tinggi untuk memanggil seseorang

(a) bersikap wajar. (b) imaginatif.

35. Jika saya bertemu dengan seseorang, saya lebih cenderung untuk ingat

(a) rupa mereka. (b) apa yang mereka katakan tentang diri mereka.

36. Jika saya belajar subjek baharu, saya lebih suka

(a) memberikan tumpuan terhadap sesuatu perkara dan belajar seberapa banyak tentang hal tersebut setakat yang saya boleh.

(b) untuk membuat hubungan antara satu mata pelajaran dengan satu mata pelajaran lain yang berkaitan.

37. Saya boleh dikatakan

(a) peramah. (b) pendiam.

38. Saya lebih suka kursus yang menekankan

(a) bahan konkrit (fakta, data). (b) bahan abstrak (konsep, teori).

39. Dalam menikmati hiburan, saya akan

(a) menonton televisyen. (b) membaca buku.

40. Beberapa orang guru memulakan kuliah mereka dengan menggariskan apa

yang mereka akan liputi. Garisan oleh guru adalah (a) agak berguna kepada saya. (b) sangat berguna kepada saya.

41. Idea untuk melakukan tugasan berkumpulan dengan satu gred untuk

semua ahli (a) menarik kepada saya. (b) tidak menarik kepada saya.

Page 33: Nota bm topik1 oumh1103

TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA �

33

42. Jika saya melakukan kiraan panjang, (a) saya akan ulangi setiap langkah dan periksa kerja saya dengan teliti. (b) saya mendapati memeriksa kerja saya adalah leceh dan perlu

memaksa diri saya untuk melakukannya. 43. Saya boleh membayangkan tempat-tempat yang pernah saya lawati

(a) dengan mudah dan agak tepat. (b) dengan sukar dan tanpa terperinci.

44. Bila menyelesaikan masalah secara berkumpulan, saya berkemungkinan

akan (a) memikirkan langkah-langkah dalam proses penyelesaian. (b) memikirkan akibat atau implikasi sesuatu penyelesaian kepada

bidang-bidang lain.

Page 34: Nota bm topik1 oumh1103

� TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

34

LAMPIRAN 1.2

Lembaran Pemarkahan ILS 1. Tuliskan „1‰ di dalam ruang yang sesuai dalam jadual di bawah (contohnya

jika anda jawab „1‰ bagi Soalan 3, letakkan „1‰ di dalam Lajur A berdasarkan Soalan 3).

2. Tuliskan jumlah kecil dan jumlah besar di dalam ruang yang disediakan. 3. Bagi keempat-empat skala, tolak jumlah yang lebih kecil daripada satu yang

lebih besar. Tuliskan perbezaan (1 hingga 11) dan paparkan (a atau b) yang mana jumlah tersebut adalah lebih besar dalam baris bawah.

Sebagai contoh, jika bawah „Aktif/Reflektif‰, anda mempunyai tindak

balas 4 „a‰ dan 7 „b‰, anda tulis „3b‰ dalam garis sehala. 4. Dalam halaman berikutnya, tandakan „X‰ bagi skor anda pada setiap

empat skala.

Page 35: Nota bm topik1 oumh1103

TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA �

35

Pindahkan skor anda dalam Borang Laporan ILS dengan cara meletakkan X dalam lokasi yang bersesuaian pada skala empat.

Jika skor anda dalam skala 1 hingga 3, anda berada dalam keseimbangan dengan berdasarkan dua dimensi pada skala tersebut. Jika skor dalam skala 5 atau 7, anda perlu memodifikasikan preferensi untuk satu skala dimensi. Anda akan belajar dengan lebih mudah dalam persekitaran yang sesuai dengan kehendak anda. Jika skor dalam skala 9 atau 11, anda perlu preferensi yang mantap untuk satu skala dimensi. Anda mungkin akan menghadapi persekitaran pembelajaran yang sukar dan preferensi tersebut tidak disokong. Sila lihat ÂÂLearning Styles and StrategiesÊ oleh Richard Felder dan Barbara Soloman (rujuk halaman 1) untuk keterangan tentang preferensi anda atas skala individu.

Page 36: Nota bm topik1 oumh1103

� TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

36

LAMPIRAN 1.3

GAYA PEMBELAJARAN DAN STRATEGI1 Richard M. Felder

Profesor Hoechst Celanese, Kejuruteraan Kimia North Carolina State University

Barbara A. Soloman Koordinator Penasihat, Kolej Tahun Satu

North Carolina State University Pelajar Aktif dan Reflektif2 � Pelajar aktif cenderung untuk mengekal dan memahami maklumat secara

berkesan dengan melakukan sesuatu yang aktif menerusi perbincangan atau berkongsi ilmu menerusi penerangan kepada rakan lain. Pelajar reflektif lebih suka untuk berfikir tentang diri sendiri secara senyap-senyap.

� „Mari cuba dan lihat cara ia berfungsi‰ adalah frasa bagi pelajar yang aktif,

„Mari kita berfikir daripada peringkat awal‰ mencerminkan komitmen dalam belajar.

� Pelajar aktif cenderung menyukai kerja berpasukan, iaitu lebih baik daripada pelajar reflektif yang lebih suka bekerja bersendirian.

� Duduk mendengar ceramah-ceramah tanpa berbuat apa-apa tetapi mengambil nota untuk kedua-dua jenis pembelajaran. Bagi pelajar aktif, ini adalah sesuatu yang sukar.

Semua orang kadang-kadang aktif dan kadang-kadang tidak aktif. Anda mungkin berada dalam salah satu kategori, sama ada hebat, sederhana ataupun lemah. Jika anda sentiasa bertindak tergesa-gesa, anda akan menghadapi masalah. Jika anda menghabiskan terlalu banyak masa, anda tidak boleh mendapatkan apa-apa jua faedah daripadanya. 2

1 Hak Cipta Terpelihara 1993 oleh Richard M. Felder dan Barbara A. Solomon. Based on material in Felder, R. M.,

& Silverman, L. K. (1988). Learning and teaching styles in engineering education. Engineering Education, 78(7), 674-681. [Online]. Diperoleh: http://www4.ncsu.edu/unity/lockers/users/f/felder/public/Papers/LS-1988.pdf [2008, Mac 14].

2 Lihat Felder, R. (1994). Meet your students: 5. Edward and Irving. Chemical Engineering Education, 28(1), 36-37.

[Online]. Diperoleh: http://www4.ncsu.edu/unity/lockers/users/f/felder/public/Columns/Edirv.html [2008, Mac 14]. Edward seorang yang ekstrovert, manakala Irving seorang yang introvert. Kedua-duanya terbabit dengan hal ehwal pelajar aktif dan reflektif walaupun tidak identikal kepada mereka.

Page 37: Nota bm topik1 oumh1103

TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA �

37

Bagaimana Pelajar Aktif Boleh Bantu Diri Sendiri? Jika anda pelajar yang aktif di dalam kelas untuk menyelesaikan aktiviti perbincangan, anda perlu cuba untuk memberikan bantuan bagi yang memerlukannya. Belajar dalam kumpulan adalah dengan cara mengambil giliran untuk menerangkan topik yang berbeza-beza. Anda akan sentiasa mengekalkan maklumat yang lebih baik jika anda dapat mencari jalan penyelesaian untuk melakukan sesuatu dengan berkesan. Bagaimana Pelajar Boleh Bantu Diri Sendiri? Jika anda seorang pelajar reflektif di dalam kelas, anda perlu cuba untuk mengimbangi kekurangan dalam pembelajaran. Jangan hanya membaca atau menghafal bahan; berhenti secara berkala untuk meneliti apa-apa yang anda telah baca dan fakir. Anda mungkin berpendapat ia berguna untuk penulisan ringkasan atas bacaan. Berbuat demikian akan mengambil masa tambahan tetapi membolehkan anda untuk mengekalkan memori terhadap bahan dengan lebih berkesan. Deria dan Intuitif Pelajar3

� Deria pelajar lebih cenderung menyukai fakta pembelajaran, manakala pelajar intuitif selalunya lebih suka menemukan kemungkinan dan hubungan.

� Deria lebih berfokus kepada penyelesaian masalah dengan kaedah yang mantap dengan berasaskan inovasi.

� Deria cenderung untuk hafalan fakta-fakta dan melakukan kerja (makmal); intuitor mungkin lebih baik menggarab konsep baharu dan sering lebih selesa berasaskan rumusan matematik.

� Deria cenderung untuk menjadi lebih praktikal dan berhati-hati daripada intuitor; intuitor cenderung untuk bekerja dengan lebih cepat dan menjadi lebih inovatif daripada deria.

� Deria tidak suka kursus yang tidak mempunyai pertalian yang jelas kepada dunia sebenar; intuitor tidak suka hafalan.

3 Lihat Felder, R. (1989). Meet your students: 1. Stan and Nathan. Chemical Engineering Education, 23(2), 68-

69. [Online]. Diperoleh: http://www4.ncsu.edu/unity/lockers/users/f/felder/public/Columns/Stannathan.html2008, Mac 14].

Penderiaan dan gerak hati adalah kaedah persepsi yang berasal daripada teori jenis psikologi oleh Carl Jung.

Page 38: Nota bm topik1 oumh1103

� TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

38

Kadang-kadang kita berada dalam keadaan deria dan kadang-kadang intuitif. Jika anda terlalu berintuisi, anda mungkin terlepas beberapa perkara penting atau melakukan kecuaian dalam pengiraan atau tugasan. Jika anda terlalu berada dalam mod deria sahaja, anda hanya boleh bergantung terlalu banyak pada penghafalan dan kaedah biasa dan tidak menumpukan perhatian yang cukup atas pemahaman dan pemikiran inovatif. Bagaimana Deria Pelajar Boleh Bantu Diri Serndiri? Penggunaan deria mudah mengingati dan memahami maklumat jika dapat dilihat cara ia berhubung dengan dunia sebenar. Jika anda berada di dalam kelas, paling penting adalah penguasaan abstrak dan teori untuk menghadapi kesukaran dalam pembelajaran. Minta tutor anda untuk menunjukkan contoh-contoh khusus tentang konsep dan prosedur, dan mengetahui cara konsep dikaitkan dengan amalan. Jika tutor tidak menyediakan bahan yang cukup, cuba untuk cari dalam teks atau rujukan lain atau lakukan sesi percambahan idea dengan rakan sekelas. Bagaimana Pelajar Intuitif Boleh Bantu Diri Sendiri? Kuliah banyak berhalatujukan intuitor. Walau bagaimanapun, jika anda intuitor dan anda berada di dalam kelas yang berkaitan terutamanya dengan penghafalan dalam formula, anda mungkin akan bosan. Minta tutor anda untuk tafsirkan teori yang menghubungkan fakta, atau cuba untuk mencari hubungannya daripada persekitaran. Anda juga mungkin terdedah kepada kesilapan dalam ujian kerana anda tidak suka akan penyemakan. Ambil masa untuk membaca keseluruhan soalan sebelum anda mula menjawab dan pastikan menyemak jawapan anda. Pelajar Visual dan Lisan Pelajar visual ingat apa-apa yang mereka lihat gambar seperti gambar rajah dan demonstrasi. Pelajar lisan beroleh manfaat daripada penjelasan bertulis dan bertutur. Semua orang belajar lebih mantap apabila maklumat dibentangkan secara visual dan lisan. Dalam kebanyakan kelas, amat sedikit maklumat visual dibentangkan: pelajar hanya mendengar ceramah dan membaca bahan yang ditulis pada papan hitam dan dalam buku teks. Malangnya, kebanyakan orang adalah pelajar visual. Pelajar yang baik mampu memproses maklumat yang dibentangkan sama ada secara visual ataupun lisan.

Page 39: Nota bm topik1 oumh1103

TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA �

39

Bagaimana Pelajar Visual Boleh Bantu Diri Sendiri? Jika anda adalah pelajar visual, cuba cari gambar rajah, lakaran, skema, gambar, carta, atau apa-apa representasi visual. Minta instruktor anda merujuk buku-buku rujukan, dan memastikan sama ada apa-apa rakaman video atau CD-ROM tentang paparan bahan kursus boleh didapati. Bagaimana Pelajar Verbal Boleh Bantu Diri Sendiri? Tulis ringkasan tentang bahan kursus dalam perkataan anda sendiri. Bekerja dalam kumpulan boleh menjadi berkesan: anda mendapat kefahaman tentang bahan dengan mendengar penjelasan daripada rakan sekelas atau anda lebih memahami isi pelajaran berasaskan penjelasan. Pelajar Tahap Peringkatan dan Global4

� Pelajar dalam tahap peringkatan cenderung untuk mendapatkan pemahaman secara linear berasaskan logika sebelumnya. Pelajar global lebih cenderung untuk belajar dalam gaya yang pelbagai.

� Pelajar dalam tahap peringkatan cenderung untuk mengikuti langkah demi

langkah yang logik dalam mencari penyelesaian; pelajar global mungkin mampu untuk menyelesaikan masalah yang kompleks, tetapi mereka mungkin mempunyai kesukaran untuk menjelaskan cara melakukannya. Pelajar dalam tahap peringkatan mungkin tidak memahami sepenuhnya bahan pembelajaran, tetapi dapat menyelesaikan masalah tugasan secara logik dan berkaitan.

Bagaimana Pelajar yang Berada dalam Tahap Peringkatan Boleh Bantu Diri Sendiri? Kebanyakan kursus diajar dengan cara yang berperingkat dengan berasaskan proses langkah demi langkah. Walau bagaimanapun, jika anda seorang pelajar yang yang berada dalam tahap ini dan anda mempunyai tutor yang tidak berdisiplin dalam urutan topik, anda mungkin mempunyai kesukaran dalam mengingat. Minta tutor untuk mengulang topik-topik yang anda kurang faham. Dalam pembelajaran, ambil masa untuk menggariskan isi-isi penting secara tertib dan logik. Dalam jangka masa panjang, pelaksanaan cara demikian akan menjimatkan masa anda. Anda juga mungkin cuba untuk mengukuhkan kemahiran berfikir secara menyeluruh dengan mengaitkan setiap topik baharu yang anda pelajari. Lakukan penganalisisan terhadap setiap topik.

4 Lihat Felder, R. (1990). Meet your students: 2. Susan and Glenda. Chemical Engineering Education, 24(1), 7-8.

[Online]. Diperoleh: http://www4.ncsu.edu/unity/lockers/users/f/felder/public/Columns/Susanglenda. html2008, Mac 14].

Page 40: Nota bm topik1 oumh1103

� TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

40

Bagaimana Pelajar Global Boleh Bantu Diri Sendiri? Jika anda seorang pelajar yang berada dalam tahap global, sedari bahawa anda sememangnya tidak lemah atau bodoh. Anda hanya ada sedikit perbezaan berbanding kebanyakan pelajar yang lain. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk membantu anda mendapatkan kefahaman sebenar tentang isi pelajaran dengan lebih cekap. Sebelum anda mula untuk membaca bab pertama dalam teks, lakukan inferensi untuk dapatkan gambaran menyeluruh. Berbuat demikian mungkin memakan masa, tetapi cara ini adalah terbaik untuk anda laksanakan. Elakkan berputus asa dalam setiap gerak kerja. Pastikan anda akhirnya akan memahami bahan baharu. Paling utama, disiplin dan pengurusan berhemah dalam pembelajaran adalah amat berharga dalam scenario anda mengalami dan menghayati pembelajaran.