not a encore 1223

Upload: ahmad-juanda

Post on 17-Jul-2015

61 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Unit 3

Lead SheetLead Sheet adalah skor melodi lagu yang didalamnya mengandungi maklumat pencipta, kord, arahan-arahan tertentu, lirik dan sebagainya. Pelajaran dalam unit ini akan menjelaskan asas penulisan lead sheet menggunakan perisian Encore.

3.01 Skor Yang Dimulakan Dengan Bar AnakrusisAnakrusis ialah istilah yang digunakan untuk sebuah lagu yang melodinya tidak bermula tepat pada detik pertama. Contoh lagu jenis anakrusis ialah Negaraku bermula dari detik ke-2. Getaran Jiwa bermula dari detik ke-2 Happy Birthday bermula pada detik ke-3 Setia bermula pada detik 4 Anda boleh memulakan lead sheet anda menggunakan tanda rehat. Tetapi ini bukanlah cara penulisan yang standard. Langkah menulis skor lead sheet jenis anakrusis ialah Pastikan jumlah nilai not anakrusis, misalnya Negaraku bar anakrusis mengandungi nilai 3 krocet. Getaran Jiwa bar anakrusis mengandungi nilai 3 krocet Happy Birthday bar anakrusis mempunyai nilai 1 krocet Setia bar anakrusis mempunyai nilai 1 not kuaver. Klik menu MEASURES Klik pilihan TIME SIGNATURE, dialog box berikut akan kelihatan

13

Klik untuk aktifkan pada ruangan Pickup Bar, nombor pada From measure _ to _ akan ditukar kepada tanda sempang ( -- ). Klik butang Other dan taipkan nilai not mengikut lagu (misalnya untuk lagu Setia taipkan Nombor 1 dalam kotak atas dan nombor 8 (mewakili not kuaver) dalam kotak bawah. Gunakan panduan berikut untuk menulis nombor kotak bawah Nombor 2 untuk not minim Nombor 4 untuk not krocet Nombor 8 untuk not kuaver Nombor 16 untuk not semu kuaver. Contohnya Nilai 2 detik anakrusis tulis nombor 5 pada kotak atas dan 8 dalam kotak bawah Nilai 2 detik anakrusis tulis nombor 9 pada kotak atas dan 16 dalam kotak bawah.

Klik OK atau tekan kekunci ENTER.

3.02 Nombor Bar Klik menu MEASURE Klik pilihan MEASURE NUMBER.dialog box berikut akan kelihatan Klik tanda pada Add Number. Tentukan samada nombor bar pada setiap 1 atau beberapa bar (dengan memasukkan maklumat pada ruangan Every _ measure(s)) atau hanya pada permulaan baluk sahaja (dengan memilih Each system). Masukkan maklumat samada bermula dengan bar pertama. Masukkan samada bar pertama adalah Pickup Bar / Anakrusis. Samada hendak menggunakn kekotak pada setiap nombor bar. Place _1_ adalah untuk menentukan kedudukan jarak nombor daripada baluk. Tetapkan samada nombor bar di atas (above staff) atau di bawah baluk (below staff). Tukar jenis font / saiz jika perlu dengan mengklik butang Font. Klik OK atau tekan kekunci ENTER.

14

3.03 Menyalin Kandungan Bar ke Bar LainKandungan dalam sebuah atau beberapa buah bar seperti notasi, rehat, kord, lirik, dinamik dan lain-lain boleh disalin ke bar lain. Gunakan ikon Arrow untuk hilghlight dengan cara double klik pada tengah-tengah bar berkenaan. Jika hendak highlight beberapa bar, tekan butang Shift pada papan kekunci dan double klik bar-bar berkenaan. Bar berkenaan akan berwarna hitam. Klik menu EDIT Klik pilihan COPY Letakkan kursor pada permulaan bar yang akan menerima salinan. Klik menu EDIT dan pilihan PASTE. Anda boleh juga menekan kekunci Shift+Insert.

3.04 Menggerakkan Not & Garisan Bar Ke Kiri dan KananNot yang berkekudukan tidak seimbang boleh mengganggu pembacaan skor.

Tidak seimbang, susah dibaca

Lebih mudah dibaca

Gunakan ikon Arrow Klik pada hujung atas garis bar dan drag. Lepaskan tetikus pada kedudukan bar yang baru.

Cara yang sama boleh digunakan untuk memanjang dan memendekkan baluk.

3.05 Menukar Arah Stem Ke Atas / Bawah Gunakan ikon Arrow, highlight not atau not-not berkenaan. Tekan kekunci Ctrl-U (untuk mengubah stem ke atas) atau Ctrl-D (mengubah arah stem ke bawah). Klik di mana-mana kawasan skor untuk melepaskan highlight

3.06 Grouping Gunakan ikon Arrow, highlight not atau not-not berkenaan. Tekan kekunci Ctrl-M

15

3.07 Menukar PicTerdapat 3 cara menukar pic, cara pertama sesuai untuk menggerakkan satu not sahaja. Caranya Gunakan ikon Arrow Klik dan drag (ke atas atau ke bawah) kepala not berkenaan. Lepaskan tetikus apabila sampai ke pic yang dikehendaki.

Cara kedua, sesuai untuk menggerakkan beberapa not sahaja. Caranya Gunakan ikon Arrow dan highlight beberapa not tertentu. Tekan kekunci Ctrl-Tolak (untuk menurunkan pic) atau Ctrl-Campur (untuk menaikkan pic)

Cara ketiga, sesuai untuk menukar pic pada keseluruhan lagu, beberapa trak, satu mukasurat dan sebagainya. Caranya Gunakan ikon Arrow. Highlight bahagian yang berkenaan, Double klik tengah bar untuk highlight bar, gunakan kekunci Shift untuk highlight beberapa bar. Double klik pada ikon mukasurat untuk highlight, gunakan kekunci shift untuk beberapa mukasurat. Klik kiri baluk untuk highlight untuk highlight satu trak. Gunakan kekunci Shift jika perlu. Klik menu NOTES Klik pilihan CHANGE PITCH.. dialog box berikut kelihatan

Pilih jeda (Minor Second, Second, dll) yang dikehendaki. Klik / pilih turun (Down) atau naik (Up). Klik OK atau tekan kekunci ENTER

Catatan : Kord akan bertukar secara automatik jika keseluruhan lagu ditukar, sekiranya dibuat mengikut prosedur yang betul.

16

3.08 Teks - Tajuk Skor, Komposer, Mukasurat dsb. Klik menu SCORE Klik pilihan TEXT ELEMENTS, dialog box berikut kelihatan Klik pada pilihan (Score Title dll) dan taipkan teks dikehendaki. Selaraskan Font, jika perlu. Klik OK

3.09 Saiz Keseluruhan Skor dan Margin CetakanAnda boleh mencetak skor dalam saiz yang and kehendaki. Saiz standard ialah 100%. Jika anda menurunkan peratus, anda mempunyai bar yang lebih panjang dan ruangan yang lebih luas. Caranya ialah Klik menu FILE Klik pilihan SCORE SETTINGS, dialog box berikut kelihatan

Taipkan tajuk lagu (jika perlu) Taipkan peratus dikehendaki : Enlarge or Reduce Score by _____ Pilih ruang tepi (Margin Setting) yang dikehendaki untuk cetakan. Klik OK atau tekan ENTER

17

3.10 Menulis Lirik dan Memadamnya.Langkah berikut adalah untuk menulis 3 baris lirik seperti contoh berikut

Aktifkan pallete GRAPHIC dengan cara berikut, klik menu WINDOWS dan pilih GRAPHIC. Berikut adalah contoh untuk menghasilkan lirik seperti di atas. Menulis lirik baris pertama Saya suka makan rambutan Klik ikon ALL VOICE dan tukarkan kepada VOICE 1 Klik ikon huruf L dari Graphic Pallete, ikon Pencil akan menjadi aktif Klik pada kepala not pertama, satu ikon aakan kelihatan dibawah not berkenaan Taipkan perkataan Sa, kemudian tekan kekunci spacebar, kursor akan bergerak ke not kedua, taipkan sukukata ya. Ikuti langkah ini berselang-selang antara taip sukukata dengan menekan kekunci spacebar. Tekan kekunci undur (Backspace) untuk membetulkan ejaan lirik.

Untuk menulis lirik baris kedua Saya suka makan durian, ikuti langkah langkah berikut Klik ikon VOICE dan tukarkan kepada VOICE 2, notasi muzik dan lirik baris satu akan menjadi warna kelabu. Klik pada L dalam Graphic Pallete. Klik not pertama, satu kursor akan berada dibawah baris pertama lirik, ikuti langkah menulis seperti lirik baris pertama tadi.

Untuk menulis lirik baris ketiga Saya suka makan pulasan Klik ikon VOICE dan tukarkan kepada VOICE 3, notasi muzik, lirik baris pertama dan kedua akan menjadi warna kelabu. Klik pada L dalam Graphic Pallete. Klik not pertama, satu kursor akan berada dibawah baris kedua lirik, ikuti langkah menulis seperti lirik baris pertama dan kedua tadi.

Catatan : o o o Untuk menjadikan warna hitam jelas pada semua lirik, tukar semula VOICE kepada ALL VOICE. Selain Spacebar, anda juga boleh menggunakan tanda sempang atau tolak untuk bergerak ke not seterusnya. Untuk memadam lirik, klik ikon Eraser dan klik terus pada lirik berkenaan.

18

o o

Jenis font, saiz dan stail (bold, italic dan underline) huruf boleh ditukar dengan mengklik menu TEXT. Untuk menukar kedudukan lirik, gerakkan tanda Arrow di sebelah kiri (berwarna merah jambu) ke kedudukan yang sesuai.

3.11 Menulis dan Memadam Kord Muzik

Klik ikon C pada Graphic Pallete, ikon Pencil akan menjadi aktif. Klik bar atau not yang hendak ditulis kordnya, dialog box Choose Chord akan kelihatan. Pilih / Klik maklumat yang dikehendaki. Contoh dialog box berikut adalah untuk menulis kord Bbmaj7.

3.12 Kord GitarGambarajah penjarian kord gitar boleh diletakkan pada skor lagu. Langkah menulisnya hampir sama dengan meletakkan kord biasa (Unit 3.09) di atas.

19

Aktifkan Graphic Pallete Klik ikon G di dalamnya, ikon Pencil akan aktif secara automatik. Klik pada kepala notasi atau dalam bar yang berkenaan, dialog box yang hampir sama seperti di atas kelihatan. Klik maklumat yang berkenaan Klik OK

3.13 TempoMenggunakan Encore, beberapa jenis tempo boleh dibuat, iaitu o o o o Tempo tetap dari mula hingga akhir lagu. Tempo bertukar secara tetap, contoh bar 1 20 (tempo 100) kemudian 21-30 (tempo 67) dan bar 31- akhir (tempo 80) Tempo ansur lambat, misalnya bar 30 hinggaa 33 dari tempo 80 hingga 50. Begitu juga tempo ansur laju. Tambah kelajuan dengan menambah 5 detik kelajuan setiap bar misalnya bar 20 (tempo100) bar 21 (tempo 105) bar 22 (tempo 110) bar 23 (115) dan seterusnya.

Contoh berikut ialah untuk menukar keseluruhan lagu kepada Tempo 85 detik seminit Klik menu MEASURES Klik pilihaan TEMPO.. dialog box berikut kelihatan

Tukarkan maklumat lokasi tempo kepada From measure 1 to END (nombor bar terakhir akan dipaparkan secara automatik) Tukarkan maklumat Set all Tempos to 85 Klik OK atau tekan kekunci ENTER

Penerangan dialog box From measure _ to _ END Set all Tempos to _ Bar bar yang terlibat dengan pertukaran tempo Selarasan tempo yang baru pada bar yang terlibat

20

Change to _% of current value Change smoothly from _ to _ Add _ to all values

Ansur laju / lambat menggunakan nilai peratus. Ansur laju / lambat menggunakan nilai detik seminit. Ansur laju / lambat dengan menambah nilai tetap dalam setiap bar.

3.14 Teks-teks lainMenggunakan teks seperti judul lagu, komposer dan lain-lain menggunakan SCORE dan TEXT adalah terhad kerana lokasinya telah ditetapkan. Jika memerlukan teks pada lokasi yang lain, gunakanlah cara berikut.

Gerakkan ini untuk meluaskan lokasi Aktifkan Graphic Pallete Klik ikon T dari Graphic Pallete, ikon Pencil akan aktif secara automatik. Ttukarkn font, saiz dan stail jika perlu Klik dimana teks hendak diletakkan (lebih baik menggunakan PAGE VIEW). Rungan teks di atas kelihatan, taipkan teks anda. Klik diluar ruangan teks atau tukar ikon Pencil kepada Arrow untuk menamatkan teks.

3.15 Menukar Jenis Garisan Bar

Klik menu MEASURES Klik pilihan BARLINE TYPES.. dialog box di atas akan kelihatan. Masukkan nombor bar yang terlibat dan klik jenis garisan bar yang berkenaan. Jika melibatkan pengulangan, pastikan Playback Repeats diaktifkan. Klik OK atau tekan kekunci ENTER

21

3.16 UlanganGunaakan teknik dalam unit 3.13 untuk membuat pengulangan mudah yang melibatkan garisan bar. Pastikan Playback Repeats diaktifkan.

3.17 Larasan 1st House, 2nd House dan UlanganContoh berikut adalah untuk tujuan penerangan unit 3.15 dan 3.16 sahaja.

Pengulangan pada bar 2 dan bar 4 Ubahkan jenis garisan bar pada bar 2 dan 4 menggunakan langkah-langkah yang telah dibincangkan dalam unit 3.13 dan 3.14. Jika 1st house diulang sebanyak 3 kali, aktifkan kekotak 1,2 dan 3. Masukkan juga maklumat yang sesuai dalam Custom Text Box.

Catatan

1st house dalam pada bar 3 dan 4 Gunakan ikon Arrow, klik dan letakkan kursor pada bar 3. Klik menu MEASURES Klik pilihan MEASURE ENDINGS.. dan dialog box berikut kelihatan.

22

Taipkan arahan : From measure 3 to 4 Taipkan / aktifkan kotak First Klik OK atau tekn kekunci ENTER

2nd House pda bar 5 dan 6 Masukkan kursor dalam bar 5 Klik menu MEASURES Klik pilihan MEASURE ENDING.. dialog box MEASURE ENDING kelihatan. Taipkan arahan From measure 5 to 6 Taipkan / klik aktifkan kotak Second. Klik OK atau tekan kekunci ENTER.

3.18 Penulisan Segno, Dal Segno, DaCapo, To Coda, Coda, Finepada bar 2 Tanda Masukkan kursor dalam bar 2. Klik menu MEASURE Klik pilihan CODA PHRASES.. dialog box berikut akan kelihatan

%

Aktifkan pilihan Segno Selaraskan saiz jika perlu (dengan klik Fonts dan tukar saiznya jangan tukar font kerana font yang sedia ada adalah standard). Klik OK atau tekan kekunci ENTER, dialog box terpadam dan tanda segno kelihatn pda skor.

23

Tukar kedudukan tanda segno dengn klik / drag kekedudukan baru yang lebih sesuai. Langkah-langkah menulis tanda lain seperti Dal Segno, DaCapo, To Coda, Coda, Fine adalah sama seperti di atas.

Catatan

3.19 Larasan Measure Per SystemMeasure Per System bermaksud bilangan bar dalam satu baris baluk. Caranya ialah Tukarkan kepada PAGE VIEW Klik menu SCORES Klik pilihan MEASURE PER SYSTEM.. dialog box berikut kelihatan Taipkan bilangan bar yang dikehendaki. Selaras samada Only this system atau All remaining sistems. Klik OK atau tekan kekunci ENTER

Anda boleh menggunakan kekunci ( [ ) atau kekunci ( ] ) untuk menambah atau mengurang bilangan bar dalam satu sistem.

3.20 Larasan System Per PageSystem Per Page bermaksud bilangan baris baluk dalam satu mukasurat. Caranya Tukar kepada PAGE VIEW Klik menu SCORES Klik pilihan SYSTEM PER PAGE dialog box berikut akan kelihatan

Taipkan bilangan baris yang dikehendaki. Selaraskan samada Only this page atau All remaining pages

24

Klik OK atau tekan kekunci ENTER

3.21 Menyamakan Jarak Antara System / Baris BalukAda dua cara untuk menyelaras supaya jarak antara setiap baris, pertama secara manual dan kedua secara automatik Secara manual Tukar kepada ikon Arrow Klik sudut atas baluk dan drag ke kedudukan yang baru, kemudian lepaskan tetikus.

Secara automatik Klik menu SCORES Klik pilihan CENTER SYSTEM

Penggunaan secara automatik kadangkala tidak sesuai, terutama untuk skor lagu yang mempunyai bilangan system yang sedikit.

25