norshazwani binti mohammad€¦pelajar perempuan daripada dua program pengajian iaitu iaitu sarjana...

30
TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DAN MEMPROSES DATA SERTA MENGANALISIS PENYIASATAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT PENDIDIKAN FIZIK NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA APRIL, 2008

Upload: others

Post on 25-Oct-2019

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD€¦pelajar perempuan daripada dua program pengajian iaitu iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DAN MEMPROSES

DATA SERTA MENGANALISIS PENYIASATAN DALAM KALANGAN

PELAJAR TAHUN EMPAT PENDIDIKAN FIZIK

NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2008

Page 2: NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD€¦pelajar perempuan daripada dua program pengajian iaitu iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DAN MEMPROSES DATA SERTA MENGANALISIS PENYIASATAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT PENDIDIKAN FIZIK

SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh ____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 66, JALAN INTAN 1/4, TAMAN INTAN, PM. DR. HJ SHAHAROM BIN NOORDIN 86000 KLUANG, JOHOR Nama Penyelia Tarikh: __________________ Tarikh:___________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD€¦pelajar perempuan daripada dua program pengajian iaitu iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik).”

Tandatangan :

Nama Penyelia: PROF. MADYA DR SHAHAROM BIN NOORDIN

Tarikh :

Page 4: NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD€¦pelajar perempuan daripada dua program pengajian iaitu iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DAN MEMPROSES

DATA SERTA MENGANALISIS PENYIASATAN DALAM KALANGAN

PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM PENDIDIKAN FIZIK

NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

Page 5: NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD€¦pelajar perempuan daripada dua program pengajian iaitu iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat mama, abah dan sesi keluarga tersayang.

Page 6: NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD€¦pelajar perempuan daripada dua program pengajian iaitu iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat

dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga serta para

sahabat. Penulis ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada

Profesor Madya Dr. Hj Shaharom Bin Noordin di atas bimbingan, tunjuk ajar dan

nasihat yang telah diberikan. Jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan hanya

mampu dibalas oleh-Nya. Tidak lupa juga kepada keluarga terutamanya mama, abah

serta sahabat-sahabat yang banyak memberi sokongan dan kerjasama sepanjang

kajian ini dilaksanakan. Semoga Allah akan memberi sebaik-baik ganjaran dan

balasan di atas sumbangan yang tidak ternilai.

Page 7: NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD€¦pelajar perempuan daripada dua program pengajian iaitu iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

v

ABSTRAK

Tahap kefahaman tentang kemahiran saintifik dalam mata pelajaran Fizik

telah menarik perhatian ramai penyelidik. Kajian ini bertujuan untuk megkaji tahap

kefahaman Kemahiran Mengumpul dan Memproses Data serta Kemahiran

Menganalisis Penyiasatan dalam kalangan pelajar Tahun Empat program Pendidikan

Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Kajian ini difokuskan kepada dua

kemahiran. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti tahap kefahaman Kemahiran

Mengumpul dan Memproses Data serta Kemahiran Menganalisis Penyiasatan dalam

kalangan pelajar tahun empat, mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap

kefahaman merentasi program pengajian, jantina dan purata nilai gred keseluruhan.

Peserta kajian dalam kajian ini terdiri daripada 15 orang pelajar lelaki dan 30 orang

pelajar perempuan daripada dua program pengajian iaitu iaitu Sarjana Muda Sains

serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

(Fizik). Alat kajian yang digunakan adalah Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman

Mengumpul dan Memproses Data serta Kemahiran Menganalisis Penyiasatan yang

terdiri daripada 40 item objektif. Kebolehpercayaan alat kajian ini ialah α = .72.

Analisis statistik deskriptif dalam bentuk min, sisihan lazim, markat maksimum dan

minimum digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan tahap

kefahaman pelajar merentasi program pengajian, jantina dan purata nilai gred

keseluruhan masing-masing berada pada tahap baik. Dapatan ini kurang wajar, maka

penyelidik telah menyatakan cadangan untuk memperbaiki tahap kefahaman pelajar

pada masa akan datang.

Page 8: NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD€¦pelajar perempuan daripada dua program pengajian iaitu iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

vi

ABSTRACT

The level of understanding of the science process skills in Physics has

attracted the attention of researchers. The purpose of this study is to find out the level

of understanding of the data acquiring and processing skills and the investigation

analysis skills among the fourth year Physics Education students at the University

Technology Malaysia, Skudai. This study focuses on the two skills. The objectives of

the study were to identify the students’ level of understanding of the data acquiring

and processing skills and the investigations analysis skills, and to identify the

different level of understanding across course, gender and cumulative points average.

Respondents of this study were 45 students who were taking the Bachelor of Science

with Education (Physics) and Bachelor of Science and Computer with Education

(Physics). The instrument used in this study was Ujian Pencapaian Tahap

Kefahaman Mengumpul dan Memproses Data serta Kemahiran Menganalisis

Penyiasatan, and it consisted of 40 objective items. The reliability value of this

instruments is α = .72. The data gathered through the questionnaires were analyzed

using Statistical Descriptive to obtain values of mean, standard deviation, minimum

and maximum. From the analysis, it shows that the level of understanding of the data

acquiring and processing skills and the investigation analysis skills among the fourth

year Physics Education students across course, gender and cumulative point’s

average is at good level. Findings showed that this is not satisfactory, therefore

several suggestions were forwarded to upgrade the level of understanding in data

acquiring and processing skills and the investigations analysis skills among the

students.

Page 9: NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD€¦pelajar perempuan daripada dua program pengajian iaitu iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN TATANAMA xiv

1 PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

1.1 Latar Belakang Masalah

1.1.1 Kesilapan Yang Dilakukan oleh

Pelajar Dalam Peperiksaan

Kebangsaan

1.1.2 Kurang Penekanan Terhadap

Kemahiran Saintifik Dalam

Pembelajaran dan Pengajaran

(P&P)

1.1.3 Sikap Kurang Prihatin Guru

Dalam PEKA

1

4

4

6

8

Page 10: NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD€¦pelajar perempuan daripada dua program pengajian iaitu iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

viii

1.1.4 Sikap Negatif Pelajar Terhadap

Fizik

1.1.5 Pemasalahan Semasa Menjawab

Soalan Peperiksaan

10

10

1.2 Penyataan Masalah

1.3 Objektif Kajian

1.4 Soalan Kajian

1.5 Rangka Kerja Konsep

1.6 Kepentingan Kajian

1.7 Skop Kajian

1.8 Andaian Kajian

1.9 Batasan Kajian

1.10 Takrifan

1.10.1 Tahap Kefahaman

1.10.2 Kemahiran Mengumpul dan

Memproses Data (KMMD)

1.10.3 Kemahiran Menganalisis

Penyiasatan (KMP)

1.10.4 Program

1.11 Rumusan

11

12

13

14

16

18

18

19

20

20

21

22

23

23

2 SOROTAN PENULISAN

2.0 Pendahuluan 25

2.1 Teori Berkaitan Kemahiran Proses Sains

(KPS)

2.1.1 Teori Tentang Kemahiran

Mengumpul dan Memproses

Data (KMMD)

2.1.1.1 Kepentingan

Kemahiran Mengumpul

dan Memproses Data

(KMMD)

26

28

31

Page 11: NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD€¦pelajar perempuan daripada dua program pengajian iaitu iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

ix

2.1.1.2 Pendekatan Menguasai

Kemahiran Mengumpul

dan Memproses Data

(KMMD)

33

2.1.2 Teori Tentang Kemahiran

Menganalisis Penyiasatan (KMP)

2.1.2.1 Kepentingan

Kemahiran

Menganalisis

Penyiasatan (KMP)

2.1.2.2 Pendekatan Menguasai

Kemahiran

Menganalisis

Penyiasatan (KMP)

35

39

40

2.2 Kajian berkaitan Kemahiran Mengumpul

dan Memproses Data serta Kemahiran

Menganalisis Penyiasatan Dalam Negara

2.2.1 Kajian diperingkat Pengajian

Tinggi

42

43

2.3 Kajian berkaitan Kemahiran Mengumpul

dan Memproses Data serta Kemahiran

Menganalisis Penyiasatan Luar Negara

2.3.1 Kajian diperingkat Pengajian

Tinggi

2.3.2 Kajian diperingkat Sekolah

Menengah

46

46

50

2.4 Rumusan

53

3

PENGKAEDAHAN

3.0 Pendahuluan

3.1 Reka Bentuk Kajian

3.2 Subjek atau Sumber Data

3.3 Alat Kajian

54

54

55

56

Page 12: NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD€¦pelajar perempuan daripada dua program pengajian iaitu iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

x

4

5

3.4 Tatacara Kajian

3.4.1 Kajian Rintis

3.4.2 Kajian Sebenar

3.5 Analisis Data

3.6 Rumusan

DAPATAN KAJIAN

4.0 Pendahuluan

4.1 Tahap Kefahaman Kemahiran

Mengumpul dan Memproses Data serta

Menganalisis Penyiasatan Secara

Keseluruhan

4.2 Tahap Kefahaman Kemahiran

Mengumpul dan Memproses Data serta

Menganalisis Penyiasatan Merentasi

Program Pengajian

4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran

Mengumpul dan Memproses Data serta

Menganalisis Penyiasatan Merentasi

Jantina

4.4 Tahap Kefahaman Kemahiran

Mengumpul dan Memproses Data serta

Menganalisis Penyiasatan Merentasi

Purata Nilai Gred Keseluruhan

(PNGK)

4.5 Rumusan

KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

5.1 Pendahuluan

5.2 Ringkasan

5.3 Kesimpulan

5.4 Perbincangan

58

59

59

60

63

64

65

66

69

71

74

75

75

77

79

Page 13: NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD€¦pelajar perempuan daripada dua program pengajian iaitu iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

xi

5.4.1 Tahap Kefahaman Kemahiran

Mengumpul dan Memproses

Data serta Menganalisis

Penyiasatan

5.4.2 Tahap Kefahaman Kemahiran

Mengumpul dan Memproses

Data serta Menganalisis

Penyiasatan Merentasi Program

Pengajian

5.4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran

Mengumpul dan Memproses Data

Serta Menganalisis Penyiasatan

Merentasi Jantina

5.4.4 Tahap Kefahaman Kemahiran

Mengumpul dan Memproses

Data serta Menganalisis

Penyiasatan Merentasi Purata

Nilai Gred Keseluruhan

(PNGK)

5.5 Implikasi

5.6 Cadangan

5.7 Kajian Lanjutan Pada Masa Depan

5.8 Rumusan

RUJUKAN

LAMPIRAN

Alat Kajian

Surat Kebenaran Menulis Tesis Melebihi

Had Yang Ditetapkan

79

82

84

86

88

92

95

96

98

105

128

Page 14: NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD€¦pelajar perempuan daripada dua program pengajian iaitu iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

xii

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan sampel mengikut program 55

3.2 Taburan item-item KMMD serta KMP

mengikut aspek yang dinilai

58

3.3 Pemeringkatan Tahap Kefahaman KMMD serta

KMP

60

3.4 Pemeringkatan Tahap Kefahaman KMMD 60

3.5 Pemeringkatan Tahap Kefahaman KMP 60

4.1

4.2

4.3

4.4

Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman

Kemahiran Mengumpul dan Memproses Data

serta Kemahiran Menganalisis Penyiasatan

Secara Keseluruhan

Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman

Kemahiran Mengumpul dan Memproses Data

serta Menganalisis Penyiasatan merentasi

Program Pengajian

Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman

Kemahiran Mengumpul dan Memproses Data

serta Menganalisis Penyiasatan merentasi

Jantina

Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman

Kemahiran Mengumpul dan Memproses Data

serta Menganalisis Penyiasatan merentasi

Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK)

65

67

69

72

Page 15: NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD€¦pelajar perempuan daripada dua program pengajian iaitu iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

xiii

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Peta Konsep Mengaplikasikan KS Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran Fizik

7

1.2 Rangka Kerja Konsep 15

2.1 (a) Susunan radas 32

2.1 (b) Graf panjang turus udara, l melawan beban

jisim

33

2.2 Graf pemanjangan spring, h’ melawan

sesaran, h

34

2.3 Susuna radas dalam eksperimen 37

2.4 (a) Rajah sebuah kenderaan mempunyai tayar

yang lebar

40

2.4 (b) Rajah seekor gajah mempunyai tapak kaki

yang lebar

40

3.1 Takrifan Operasi Kemahiran Mengumpul dan

Memproses Data

57

3.2 Takrifan Operasi Kemahiran Menganalisis

Penyiasatan

57

Page 16: NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD€¦pelajar perempuan daripada dua program pengajian iaitu iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

xiv

SENARAI SINGKATAN TATANAMA

KMMD - Kemahiran Mengumpul dan Memproses Data

KMP - Kemahiran Menganalisis Penyiasatan

KPS - Kemahiran Proses Sains

KS - Kemahiran Saintifik

P&P - Pembelajaran dan Pengajaran

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SL - Sisihan Lazim

SPF - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

(Fizik)

UPTKDP - Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Mengumpul dan

Memproses Data serta Kemahiran Menganalisis

Penyiasatan

UTM - Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Page 17: NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD€¦pelajar perempuan daripada dua program pengajian iaitu iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status

negara maju dengan saintisnya sendiri. Persediaan rapi perlu dibuat untuk mengejar

status negara maju seperti mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif serta

berilmu, yakni masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi (berfikiran

terbuka), memandang jauh ke hadapan, inovatif serta menjadi penyumbang kepada

tamadun sains dan teknologi masa depan. Di samping itu, masyarakat juga dididik

untuk menguruskan alam dan sumbernya secara optimum dan bertanggungjawab.

Bagi memastikan hasrat ini berjaya, kita perlu membentuk warga negara kritis,

kreatif dan berktrampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi. Warga

negara yang berbudaya sains dan teknologi mempamerkan ciri-ciri seperti

bersemangat ingin tahu, ingin mencuba, celik sains, bersifat terbuka, membuat

keputusan berdasarkan fakta yang nyata, menghargai sumber sains dan teknologi,

mempunyai iltizam dan kesanggupan untuk menyumbangkan idea-idea dalam

Page 18: NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD€¦pelajar perempuan daripada dua program pengajian iaitu iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

2

kemajuan sains dan teknologi. Jika dilihat dalam Rukun Negara ;

“...membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan

teknologi moden....”

Huraian Sukatan Pelajaran Fizik Ting. V, (2003 : v)

Ini menunjukkan salah satu usaha kerajaan yang jelas untuk mencapai status

sebuah negara maju. Matlamat untuk menghasilkan masyarakat yang menggunakan

sains dan teknologi moden dalam kehidupan seharian akan mempercepatkan kadar

pembangunan negara.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran telah membuat perancangan

tertentu selari dengan matlamat negara dalam usaha mencapai status negara maju. Di

antaranya seperti yang terdapat dalam Huraian Sukatan Mata Pelajaran, ia jelas

menunjukkan begitu pentingnya penguasaan Kemahiran Saintifik (KS) dan

Kemahiran Berfikir (KB) dalam menguasai ilmu sains dan teknologi. Ilmu sains dan

teknologi tidak boleh dihafal, tetapi perlu faham konsep sainsnya dan

mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif dalam

penyelesaian masalah, membuat keputusan dan mengkonsepsi. Tahap penguasaan KS

pelajar akan diuji dalam Kertas Fizik (3), dimana kertas amali bertulis ini

mengandungi Bahagian A dan Bahagian B. Dalam Bahagian A terdapat soalan

berbentuk struktur yang meliputi konstruk Kemahiran Proses Sains (KPS) dan

Bahagian B merupakan soalan esei berbentuk respon terbuka konstruk KPS yang

menumpukan kepada kemahiran mengeksperimen. Pelajar diberi penekanan oleh

guru supaya tahap kefahaman dan penguasaan KS mereka mantap melalui sesi amali

Page 19: NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD€¦pelajar perempuan daripada dua program pengajian iaitu iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

3

yang dijalankan dalam makmal, sesi soal jawab dan perbincangan selepas sesi amali.

Hai ini penting sehingga adanya Falsafah Pendidikan Sains Negara (FPSN). Dalam

FPSN ini, tercatat

“...memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada

pengembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan

serta dapat menguasai ilmu sains dan ktrampilan teknologi”.

Huraian Sukatan Pelajaran Fizik Ting. V, (2003 : ix)

Berdasarkan petikan tersebut, dapat disimpulkan bahawa untuk menjadi

sebuah negara maju, setiap individu perlu bersedia dari segi beberapa aspek seperti

mental iaitu ilmu pengetahuaan yang luas, berfakta serta mendalam, fizikal iaitu

menyerlah ciri-ciri kepimpinan seperti tepat dan cepat bertindak dalam

menyelesaikan masalah dan emosi iaitu mengekalkan sifat-sifat murni seperti tegas,

sabar dan sebagainya.

Justeru, terdapat beberapa masalah berkaitan dengan KPS seperti sejauh

mana tahap penguasaan KPS pelajar, keberkesanan penekanan terhadap KS dalam

pengajaran dan pembelajaran dan beberapa masalah lain. Penyelidik berminat untuk

mengkaji sejauh mana tahap penguasaan KPS pelajar. Di sini penyelidik telah

menjelaskan beberapa faktor yang menyebabkan pemasalah dalam KS.

Page 20: NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD€¦pelajar perempuan daripada dua program pengajian iaitu iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

4

1.1 Latar Belakang Masalah

Sistem pendidikan yang diamalkan di Malaysia berorientasikan peperiksaan.

Kekuatan dan kelemahan seseorang pelajar itu dikesan dan diteliti melalui keputusan

peperiksaannya. Kejayaan guru mendidik serta membimbing pelajar diukur dengan

seramai mana pelajar mampu memperolehi A dalam peperiksaan utama seperti

UPSR, PMR dan SPM. Sehubungan dengan itu, di sini penyelidik ingin menjelaskan

pemasalahan dalam kemahiran saintifik, antaranya :

1.1.1 Kesilapan yang Dilakukan oleh Pelajar Dalam Peperiksaan Kebangsaan

Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan laporan rasmi pada

setiap kali peperiksaan utama selesai tentang kesilapan yang sering dilakukan oleh

pelajar dalam peperiksaan kebangsaan. Berikut merupakan laporan yang telah

dikeluarkan berhubung dengan kesilapan yang sering ditemui dalam mata pelajaran

Fizik Kertas 3 Bahagian A untuk Soalan 1,

“Terdapat sebahagian calon yang memberi bacaan Io = 9.7cm kerana mereka

mengukur menggunakan skala yang tidak bermula dari tanda sifar. Calon juga

gagal menyatakan unit dalam jadual dan graf.”

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2003 : 10)

Berdasarkan laporan di atas, pelajar masih belum menguasai Kemahiran

Page 21: NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD€¦pelajar perempuan daripada dua program pengajian iaitu iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

5

Mengukur dengan baik. Secara tidak lansung, pelajar menghadapi kesukaran untuk

menghasilkan jawapan yang tepat dalam menyelesaikan sesuatu masalah

pengukuran. Kegagalan pelajar untuk menyatakan unit dalam jadual graf juga

menunjukkan mereka belum menguasai Kemahiran Mengumpul dan Memproses

Data dengan baik. Pelajar perlu diberi pendedahan tentang penggunaan unit yang

tepat. Guru perlu memberi penekanan di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran (P&P) melalui sebutan yang berulang-ulang agar pelajar ingat dan jelas

tentang penggunaan unit yang betul.

Seterusnya, kesilapan yang sering ditemui bagi mata pelajaran Fizik Kertas 3

Bahagian B Soalan 2,

“Terdapat calon yang tidak mengemukkan cara untuk menjadual data serta

tidak membuat analisis dalam bentuk graf.”

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2003 : 11)

Berdasarkan laporan di atas, pelajar masih belum menguasai Kemahiran

Mengumpul dan Memproses Data serta Kemahiran Menganalisis Penyiasatan dengan

baik. Kegagalan pelajar mempersembahkan jawapan mereka dalam bentuk jadual

dan graf menunjukkan tahap penguasaan kemahiran saintifik mereka berada pada

tahap yang lemah. Guru perlu memberi penjelasan yang lebih terperinci tentang

bagaimana cara atau kaedah untuk membina jadual dan melukis graf dengan tepat.

Perbincangan di antara guru dengan pelajar tentang kaedah membina jadual dan

melukis graf perlu dilanjutkan lagi supaya pelajar boleh bertanya jika mereka ada

masalah dan masalah tersebut diselesaikan melalui bantuan guru.

Page 22: NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD€¦pelajar perempuan daripada dua program pengajian iaitu iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

6

Ini jelas menunjukkan bahawa tahap penguasaan Kemahiran Saintifik pelajar

berada pada aras atau peringkat yang membimbangkan kerana masih terdapat pelajar

yang belum menguasai sepenuhnya Kemahiran Saintifik ini. Gagalnya pelajar

menguasai kemahiran tersebut, bermaksud gagal jugalah mereka menguasai kedua–

dua kemahiran iaitu Kemahiran Proses Sains (KPS) dan Kemahiran Manipulatif

(KM). Semestinya hal ini akan menjadi penghalang besar dalam mencapai sasaran

dan matlamat sesebuah sekolah atau negara.

1.1.2 Kurang Penekanan Terhadap Kemahiran Saintifik Dalam Pembelajaran

dan Pengajaran (P&P)

Faktor masa merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kegagalan

guru memberi penekanan terhadap Kemahiran Saintifik semasa proses P&P

dijalankan. Perancang mengajar yang rapi telah dibuat tetapi hanya tinggal

perancangan apabila masa yang diperuntukan gagal diuruskan dengan baik. Guru

akan terus memberi jawapan diakhir pengajaran dan menyuruh pelajar mendapatkan

penyelesaian dimana hasilnya akan sama dengan jawapan guru tersebut (Zainal

Abidin, 1992). Situasi ini sering berlaku kerana guru mengejar sukatan pelajaran

supaya dapat dihabiskan dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh panitia sekolah

masing-masing. Kesannya menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai KS dengan

baik seperti yang di sasarkan dalam objektif Kementerian Pelajaran Malaysia.

Selain itu, pernyataan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia

Page 23: NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD€¦pelajar perempuan daripada dua program pengajian iaitu iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

7

(2003), guru seharusnya memberi penekanan terhadap kemahiran proses sains,

kemahiran berfikir serta strategi berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran serta

semasa penyelesaian. Hal ini memberikan impak yang besar kepada golongan guru.

Guru digesa untuk meningkatkan lagi tahap pendekatan mereka supaya segala

perancangan pendekatan yang telah disusun oleh Kementerian Pelajaran tidak

terbengkalai begitu sahaja (Robiah, 1998). Ini menunjukkan bahawa guru perlu

mempelbagaikan kaedah mengajar supaya lebih berkesan agar pelajar dapat

menguasai kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir dengan lebih baik. Namun

begitu, kerjasama daripada pelajar juga diperlukan supaya tahap penguasaan

kemahiran saintifik pelajar dapat ditingkatkan lagi melalui kaedah baru yang lebih

berkesan. Maka, dengan ini disertakan Rajah 1.1 menunjukkan peta konsep

mengaplikasikan KS dalam P&P Fizik,

Rajah 1.1 : Peta Konsep Mengaplikasikan KS Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Fizik

Rajah 1.1 menunjukkan kaedah yang boleh dijadikan panduan kepada guru

untuk memberi penekanan yang lebih berkesan kepada pelajar semasa sesi P&P

berlangsung. Sesi P&P bermula dengan Kaedah Mengajar Fizik melalui demonstrasi

supaya pelajar nampak dan rasa tentang apa yang sedang berlaku. Ini memudahkan

Page 24: NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD€¦pelajar perempuan daripada dua program pengajian iaitu iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

8

pelajar membuat perkaitan anatara konsep yang dipelajari dengan kehidupan seharian

mereka. Diikuti dengan sikap saintifik, kemahiran saintifik dan aplikasi kaedah

saintifik. Ketiga-tiga proses ini mempunyai hubungan yang rapat antara satu dengan

yang lain. Namun begitu, ia boleh digabungkan dengan mengadakan amali di dalam

makmal. Ketiga-tiga proses ini akan dilakukan secara tidak langsung oleh pelajar

semasa sesi amali bermula dan dibimbing oleh guru. Setelah sesi amali ini selesai,

guru boleh menguji KPS dan KS pelajar melalui sesi soal jawab atau perbincangan

tentang dapatan eksperimen yang telah dilakukan. Sekiranya tahap penguasaan KS

pelajar semasa sesi P&P memuaskan, guru perlu membuat pengayaan seperti

memberi latihan sebagai kerja rumah atau latihan tambahan. Jika tahap tersebut tidak

memuaskan, guru perlu membuat pemulihan melalui kelas tambahan khas atau

memberi tumpuan yang lebih kepada golongan pelajar yang lemah.

1.1.3 Sikap Kurang Prihatin Guru Dalam PEKA

Siti Aloyah (2002), pelajar seronok menjalankan aktiviti-aktiviti PEKA,

tetapi mereka kurang pasti tentang kemahiran yang harus mereka kuasai.

Berdasarkan masalah tersebut, didapati bahawa pelajar mempunyai minat dan

semangat ingin tahu untuk meneroka konsep atau teori yang diajar oleh guru. Namun

begitu, sikap guru yang kurang perihatin dalam membimbing pelajar menyebabkan

tahap kefahaman KS pelajar tidak memuaskan. Pelajar dibiarkan mencari sendiri

kemahiran-kemahiran yang diperlukan semasa aktiviti peka tanpa bimbingan

daripada seorang guru. Tahap kefahaman pelajar tentang KS yang tidak kukuh ini

menyebabkan kegagalan mereka dalam menyempurnakan aktiviti-aktiviti PEKA.

Page 25: NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD€¦pelajar perempuan daripada dua program pengajian iaitu iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

9

Masalah lain yang dibincangkan oleh Siti Aloyah (2002) ialah guru pula

kurang pasti tentang cara membina serta mengguna rubrik pemarkatan (scoring) dan

merasakan mereka memerlukan latihan tambahan. Berdasarkan masalah tesebut,

didapati bahawa guru merasakan sistem sokongan seperti Lembaga Peperiksaan

Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak

pengurusan sekolah kurang membantu mereka dalam menyelesaikan pentaksiran

yang dianggap terlalu membebankan. Seharusnya Lembaga Peperiksaan Malaysia

memberi penerangan yang jelas tentang kaedah membina serta menggunakan rubrik

pemarkatan supaya guru mampu melaksanakan pentaksiran dengan sebaik mungkin.

Selain itu, Jabatan Pendidikan Negeri boleh menghantar guru ke seminar atau

bengkel untuk menyediakan guru yang berkualiti dan bersedia menempuh alam

pendidikan yang mencabar ini. Pihak sekolah mestilah memberi sokongan kepada

guru terutamanya dalam menyediakan alat bantu mengajar supaya guru dapat

mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan.

Hakikat yang harus diterima dan difahami oleh guru adalah matlamat tatacara

pemarkatan, sikap guru dan keupayaan guru untuk melaksanakan pentaksiran adalah

sangat penting bagi mencapai objektif program PEKA itu sendiri. Guru harus

melengkapkan diri demi memikul tanggungjawab untuk mendidik pelajar yang bakal

menjadi pemimpin pada masa hadapan.

Page 26: NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD€¦pelajar perempuan daripada dua program pengajian iaitu iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

10

1.1.4 Sikap Negatif Pelajar Terhadap Fizik

Berdasarkan sumber yang diperolehi dari Sekolah Menengah Kebangsaan

Methoditst (ACS) Seremban (2001), kajian menunjukan bahawa pelajar mengalami

kesukaran untuk mengingat fakta dan mengenal pasti fakta-fakta utama . Mereka

tidak menguasai sepenuhnya kemahiran mengingat dan membuat nota. Lemah dalam

aspek kefahaman, aplikasi konsep dan proses-proses Fizik serta penghuraian konsep

atau proses-proses Fizik dalam jawapan. Lemah dalam melukis dan melabel gambar

rajah Fizik dengan tepat dan lengkap.

Ini menunjukkan guru kurang memberi penerangan bagi membantu pelajar

memahami sesuatu konsep fizik. Kesannya, pelajar hanya menghafal tanpa

memahami konsep fizik itu sendiri. Hal ini memberi kesan negatif jika tidak diubah

kerana kemungkinan akan berlaku salah konsep dalam pemahaman pelajar itu

sendiri. Setiap pelajar mempunyai idea dan tanggapan yang tersendiri berdasarkan

kepada pengalaman dan kefahaman mereka. Pandangan pelajar yang telah sedia

terbina dengan kukuh amat sukar diubah. Justeru, masih belum terlambat untuk

diperbetulkan salah tanggap mereka terhadap konsep fizik yang dipelajari.

1.1.5 Pemasalahan Semasa Menjawab Soalan Peperiksaan

Berdasarkan kajian yang dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab

(1) Kota Bahru Kelantan (2003), pelajar mengalami masalah dalam menjawab

Page 27: NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD€¦pelajar perempuan daripada dua program pengajian iaitu iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

11

ketiga-tiga soalan peperiksaan. Dalam Kertas 1, masalah yang sering berlaku adalah

pelajar didapati lemah dalam soalan yang memerlukan kefahaman yang tinggi

seperti menginterpretasi, menterjemah, mengekstrapolasi dan mengaplikasi. Dalam

Kertas 2, majoriti pelajar belum menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan

analitis. Sebahagian besar pelajar masih lemah dalam komunikasi saintifik,

memberikan fakta-fakta yang lengkap dan tepat serta jawapan juga tidak dirancang

dengan baik menyebabkan fakta yang sama diulang-ulang dan tidak tersusun. Dalam

Kertas 3, pelajar tidak membaca arahan dengan teliti, tidak tahu cara membuat jadual

sendiri dan memindahkan titik dengan tepat dalam graf serta mutu lukisan yang

rendah seperti terlalu kecil, tidak bersih, garisan putus-putus, ketebalan garisan tidak

sekata dan pembesaran lukisan tidak nyata.

Situasi yang dinyatakan di atas amat membimbangkan. Bayangkan apa yang

akan terjadi jika tiada usaha-usaha untuk meningkatkan kembali mutu KPS pelajar.

Guru seharusnya memberi penekanan pada setiap KS terlebih dahulu dan

mengalakkan pelajar supaya mempraktikannya untuk membuktikan kebenaran dalam

fizik. Pelajar juga harus didedahkan dengan bengkel teknik menjawab soalan

peperiksaan atau cara yang paling mudah, guru melakukan perbincangan dengan

pelajar selepas ujian dilaksanakan.

1.2 Pernyataan Masalah

Bahagian ini menjelaskan secara ringkas tentang bidang kajian yang akan

Page 28: NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD€¦pelajar perempuan daripada dua program pengajian iaitu iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

12

dikaji oleh penyelidik. Bidang kajian ini dipilih berdasarkan masalah-masalah yang

telah dibincangkan pada Bahagian 1.1 iaitu Latar Belakang Masalah.

Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji masalah tahap kefahaman yang

rendah terhadap dua kemahiran iaitu kemahiran mengumpul dan memproses data

(KMMD) serta kemahiran menganalisis penyiasatan (KMP) terhadap Pelajar Tahun

Empat Program Pendidikan Fizik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai.

1.3. Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut :

1. Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran mengumpul dan memproses data

(KMMD) serta kemahiran menganalisis penyiasatan (KMP) dalam kalangan

pelajar tahun empat.

2. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran

mengumpul dan memproses data (KMMD) serta kemahiran menganalisis

penyiasatan (KMP) merentasi program pengajian.

3. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran

mengumpul dan memproses data (KMMD) serta kemahiran menganalisis

penyiasatan (KMP) merentasi jantina.

Page 29: NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD€¦pelajar perempuan daripada dua program pengajian iaitu iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

13

4. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran

mengumpul dan memproses data (KMMD) serta kemahiran menganalisis

penyiasatan (KMP) merentasi purata nilai gred keseluruhan (PNGK).

1.4 Soalan Kajian

Di dalam kajian ini perkara berikut akan dipertimbangkan :

1. Apakah tahap kefahaman kemahiran mengumpul dan memproses data

(KMMD) serta kemahiran menganalisis penyiasatan (KMP) dalam kalangan

pelajar tahun empat program Pendidikan Fizik Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai?

2. Adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mengumpul dan

memproses data (KMMD) serta kemahiran menganalisis penyiasatan (KMP)

merentasi program pengajian dalam kalangan pelajar tahun empat program

Pendidikan Fizik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai?

3. Adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mengumpul dan

memproses data (KMMD) serta kemahiran menganalisis penyiasatan (KMP)

merentasi jantina dalam kalangan pelajar tahun empat program Pendidikan

Fizik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai?

4. Adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mengumpul dan

memproses data (KMMD) serta kemahiran menganalisis penyiasatan (KMP)

Page 30: NORSHAZWANI BINTI MOHAMMAD€¦pelajar perempuan daripada dua program pengajian iaitu iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

14

merentasi purata nilai gred keseluruhan (PNGK) dalam kalangan pelajar

tahun empat program Pendidikan Fizik Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai?