niscare - tcibsniscare tan chong insurance business stream no 62-68, jalan sultan azlan shah, 51200...

2
NISCARE TAN CHONG INSURANCE BUSINESS STREAM No 62-68, Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur Perlindungan yang terbaik untuk kereta Nissan anda. Lawati kami di pusat jualan atau pusat servis Nissan. 1-800-88-8185 | 603 4047 8730 www.tcibs.com.my [email protected] 18 manfaat disediakan khas untuk anda. NISCARE datang secara EKSKLUSIF dengan pembelian insurans kereta baru Nissan atau pembaharuan insurans dengan Tan Chong Insurance Business Stream. Hanya untuk semua Insurans Motor komprehensif untuk kegunaan peribadi kereta Nissan sahaja.

Upload: others

Post on 04-Feb-2021

63 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • NISCARE

    TAN CHONG INSURANCE BUSINESS STREAMNo 62-68, Jalan Sultan Azlan Shah,51200 Kuala Lumpur

    Perlindungan yang terbaik untuk kereta Nissan anda.

    Lawati kami di pusat jualan atau pusat servis Nissan.

    1-800-88-8185 | 603 4047 8730

    www.tcibs.com.my

    [email protected]

    18 manfaat disediakan khas untuk anda.

    NISCARE datang secara EKSKLUSIF dengan pembelian insurans kereta baru Nissan atau pembaharuan insurans dengan Tan Chong Insurance Business Stream. Hanya untuk semua Insurans Motor komprehensif untuk kegunaan peribadi kereta Nissan sahaja.

  • Nilai DipersetujuiTuntutan 100% akan dibayar mengikut nilai yang dipersetujui sehingga 12 tahun untuk kenderaan Nissan sekiranya berlaku tuntutan Kerugian Menyeluruh disebabkan oleh kemalangan atau kecurian.

    Pembayaran Tunai TambahanAnda akan menerima pembayaran tunaitambahan sebanyak 20% dari Jumlah Diinsuranskan atau maksimum RM3,000sekiranya berlaku tuntutan Kerugian Menyeluruh disebabkan oleh kemalangan atau kecurian.

    Kecurian Ragut Melalui TingkapPampasan sehingga RM500 untuk kehilangan barangan peribadi akibat cermin depan dan tingkap kereta yang dipecahkan kerana kes ragut semasa kenderaan sedang dipandu. Laporan polis mesti dibuat dalam tempoh 24 jam selepaskejadian.

    Elaun Bantuan BanjirAnda layak menerima elaun sehingga RM1,500 sekiranya berlaku kerosakan kereta akibat banjir. Kerja-kerja pembaikan boleh dibuat dimana-mana pusat servis sah Nissan.

    Perlindungan Penjagaan KunciAnda akan menerima pampasan sehingga RM1,500 untuk kos pembaikan atau penggantian kunci kereta sekiranya hilang dan rosak akibat kecurian, rompakan atau pecah rumah.Kerja-kerja pembaikan boleh dibuat di mana-mana pusat servis sah Nissan.

    Pengecualian Caj PenambahbaikanAnda tidak perlu bayar sebarang kos penggantian alat ganti tulen yang baru untuk kenderaan Nissan yang berumur sehingga 10 tahun. Kerja-kerja pembaikan mesti dibuat di mana-mana pusat servis sah Nissan.

    Elaun Penggantian KeretaAnda layak menerima elaun sebanyak RM150 sehari, maksimum sehingga 3 hari untuk kerja pembaikan kereta berdasarkan tempohpembaikan yang dianggarkan oleh Adjuster sekira-nya berlaku tuntutan kerosakan sendiri (tidak termasuk Kerosakan Sendiri - Knock for Knock).

    Perlindungan untuk semua pemanduEkses RM400 dikecualikan untuk pemandu yang tidak dinamakan dalam polisi. Pemandu berusia 21 tahun ke bawah atau memegang lesen memandu Percubaan/ Pelajar tidak dikecualikan.

    24/7 RSA (Bantuan Khidmat Kerosakan 24 Jam)Bantuan penundaan sehingga RM400 bagi setiap tundaan ke pusat servis sah Nissan yang terdekat.

    Bantuan Khidmat Pembaikan KeretaKos buruh percuma sehingga 2 jam untuk kerja pembaikan mudah (contoh jump-start, menukar bateri dan tayar, dll). Kos alat ganti ditanggung oleh anda.

    Bantuan Menunda Insiden KemalanganKami menyediakan perkhidmatan menunda percuma dari lokasi kemalangan ke pusat servis sah Nissan yang terdekat.

    Bantuan Menunda Kerosakan diluar Malaysia(03- 4047 5223)i. Bantuan menunda akan diaturkan sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan di Thailand, Singapore dan Brunei. Kenderaan akan ditunda ke bengkel pilihan dan kos menunda ditanggung oleh anda.ii. Penghantaran balik kenderaan akan diaturkan di atas permintaan dan kos ditanggung oleh anda.iii. Bantuan penundaan sehingga RM400 darisempadan Malaysia ke pusat servis sah Nissan yang terdekat.

    Alat Ganti Tulen dan Waranti CatPenggantian alat ganti baru tulen diberi jaminan selama 6 bulan atau jarak 10,000km (salah satu yang berlaku dahulu). Waranti cat diberi jaminan selama 12 bulan.

    Khidmat Kelulusan Tuntutan SegeraProses kelulusan tuntutan segera untuk tuntutan kerosakan kurang daripada RM20,000.Kerja-kerja pembaikan mesti dibuat dimana-mana pusat servis sah Nissan.

    Perkhidmatan Perubatan KecemasanJika situasi memerlukan perubatan kecemasan, kami akan mengaturkan bantuan perubatan melalui ambulans atau pengangkutan lain ke pusat perubatan terdekat.

    Khidmat Mesej KecemasanDalam situasi kecemasan dan di atas permintaan anda, kami akan berusaha untuk menghubungi keluarga anda untuk memberitahu merekamengenai situasi keadaan anda.

    Proses Tuntutan Cepat dan MudahKami sedia membantu anda dari penyerahan tuntutan sehingga mendapat kelulusan darisyarikat insurans.

    Pusat Servis & Cat Sah NissanTCEAS Body & Paint Center adalah dikenali sebagai "pusat sehenti" pembaikan automotif. Dilengkapi dengan peralatan diagnostik canggih dan produk pembaikan yang baik, kamimemastikan kualiti kerja yang cemerlang untuk kepuasan dan keyakinan pelanggan.

    Perlindungan Kemalangan Peribadi (Tambahan)Dapatkan pilihan perlindungan tambahan(Kemalangan Peribadi) yang berpatutan untuk diri dan keluarga anda. Pakej menarik dari 2 syarikat insuran terkemuka seperti MPI Generali danAXA Affin.

    Nikmati manfaat hebat dengan Niscare, di bawah adalah untuk memastikan semuanya berjalan lancar sekiranya berlaku kemalangan.

    UNTUK KETENANGAN ANDA

    Niscare.M.V3.Sep.2020