nisbah mendaftar sebagai pemilih pilihan raya membimbangkan

Upload: egahmulia

Post on 30-May-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 Nisbah Mendaftar Sebagai Pemilih Pilihan Raya Membimbangkan

    1/10

    1

    NISBAH MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH

    PILIHAN RAYA MEMBIMBANGKAN

    Oleh Hassan Omar, Mohd Anwar Patho Rohman dan Mohd Idris Sulaiman

    [email protected]

    KUALA LUMPUR: Kajian Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO

    mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai

    pengundi baru sejak Pilihan Raya Umum 2008 sehingga bukan ini adalah satu

    Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40).

    Pengerusinya, Hishamudin Yahya, berkata kajian pihaknya itu merangkumi

    keseluruhan aspek termasuk umur dan jantina membabitkan golongan muda dan

    tua. Justeru, beliau berkata, senario ini seharusnya menyedarkan orang Melayu

    di negara ini yang kuasa politik mereka boleh terhapus jika terus enggan

    mendaftar sebagai pengundi atau mengundi pada pilihan raya umum akan

    datang.

    "Jika kita tidak serius dan bersungguh-sungguh menarik orang Melayu

    mendaftar sebagai pengundi, kita bimbang kuasa politik Melayu akan lenyap. Ini

    adalah kenyataan yang harus kita hadapi dan atasi segera," katanya kepada Berita

    Harian, semalam.

    Sehubungan itu, beliau berkata, UMNO bahagian di seluruh negara perlu

    mempergiatkan usaha menambah daftar pemilih untuk memastikan kuasa politik

    orang Melayu terus kekal di Malaysia.

    Katanya, ia kerana pengundi Melayu memberi signifikan besar terhadap

    kejayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO untuk terus berkuasa

    dan memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

  • 8/9/2019 Nisbah Mendaftar Sebagai Pemilih Pilihan Raya Membimbangkan

    2/10

    2

    "Oleh itu, saya merayu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan

    pengerusi jawatankuasa daftar pemilih negeri memastikan pengundi baru mendaftar

    sebagai pemilih dan keluar mengundi pada pilihan raya.

    "Hanya dengan cara itu, BN khususnya UMNO dapat menjamin kemenangan

    sekali gus meneruskan ke-sinambungan pemerintahan untuk memajukan rakat dan

    negara," katanya.

    Hingga Februari lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan jumlah

    pemilih berdaftar bagi seluruh negara selepas Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku

    Tabun Keempat 2009 yang disah dicantumkan dengan Daftar Pemilih Induk Tabun

    2008, ialah sebanyak 11,163,409 orang dengan 56 peratus membabitkan

    Bumiputera.

    DPT Suku Tahun Keempat 2009 bagi tempoh 1 Oktober hingga 31 Disember

    tahun lalu mengandungi 99,456 pemilih, terdiri daripada 82,663 pemilih baru dan16,793 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

    SPR mengesahkan hingga kini, 4.3 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi

    masih belum mendaftar sebagai pemilih.

    Pada Pilihan Raya Umum 2008, walaupun masih kekal memerintah negara, BN

    kehilangan lima negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan

    kepada pembangkang. Bagaimanapun, Perak berjaya diambil semula selepas

    berlaku krisis politik di negeri itu.

    Hishamudin berkata, UMNO yang bimbang dengan perangkaan itu turut gusar

    selepas mendapati seramai 661,231 daripada 3.16 juta ahlinya belum mendaftar

    sebagai pengundi.

    Beliau turut mengingatkan Pergerakan Pemuda UMNO supaya tidak 'Iena'

    kerana pilihan raya umum mungkin akan diadakan pada bila-bila masa dari

    sekarang.

    Di SEMPORNA: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata

    angka rasmi ahli UM-NO secara keseluruhannya ketika ini berjumlah 3.16 juta

    orang.

    Beliau berkata, lebih 3,000 nama sudah dibersihkan daripada senarai keahlian

    iaitu kerana sudah meninggal dunia dan gagal dikesan akibat berpindah.

    Sehubungan itu, beliau meminta setiap UMNO bahagian mengarahkan semua

    UMNO cawangan mengesan semula ahli yang gagal dikesan bagi mengesahkan

    status keahlian mereka.

    Katanya, antara faktor kegagalan mengesan ahli terbabit disebabkan

    berpindah tanpa memaklumkannya kepada ketua UMNO cawangan asal atauberpindah.

  • 8/9/2019 Nisbah Mendaftar Sebagai Pemilih Pilihan Raya Membimbangkan

    3/10

    3

    "Daripada jumlah itu, Sabah adalah negeri paling ramai ahli yang perlu di-

    kesan semula iaitu 449,805 orang, diikuti Johor (428,663 orang) dan Selangor

    (414,142 orang).

    "Gerakan pemutihan dilakukan dari semasa ke semasa, selain pendaftaran ahli

    baru melalui program Juara Rakyat, bahagian, Pemuda dan Puteri UMNO," katanya

    Shafie turut mengingatkan ketua UMNO bahagian supaya mengambil berat

    aspek keahlian itu kerana ia antara faktor menentukan kemampuan UMNO

    menerajui Bn menjelang pilihan raya umum akan datang.

    Setiap tiga bulan, biro ini meneliti aspek keahlian dan semua ketua UMNO

    bahagian perlu mengambil perhatian perkara ini. Katanya.

    Berita Harian, Isnin 28 Jun 2010

    MELAYU HILANG KUASA POLITIKJIKA PEMILIH BARU TERUS MEROSOT

    HASIL kajian mengenai nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang

    mendaftar sebagai pemilih baru seperti didedahkan akhbar ini kelmarin sepatutnyamenimbulkan kesedaran dan perasaan bimbang mengenai masa depan kuasapolitik orang Melayu.

    Kajian Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO itu yang mendapatinisbah 1 Melayu dan 40 bukan Melayu mendaftar sebagai pemilih baru, harusdipandang serius semua pihak, khususnya pemimpin tertinggi dalam UMNO, jikaingin melihat bangsa Melayu terus kekal berkuasa dan memegang tampukpemerintahan di negara ini.

    Perkembangan terbaru itu menuntut kita bermuhasabah mengenai nasib, masa

    depan dan kelangsungan kuasa di negara ini, khususnya selepas Pilihan RayaUmum akan datang.

    Kajian itu juga sepatutnya menyedarkan orang Melayu, tanpa mengira statusatau fahaman politik bahawa orang Melayu bakal kehilangan kuasa yang selama inimenjadi payung kepada pelbagai keistimewaan yang dinikmati mereka.

    Ia dengan jelas membuktikan generasi muda kini tidak menunjukkan minat,malah mengambil ringan terhadap perkembangan politik semasa di negara ini. Kitaterpaksa menerima hakikat ini dengan hati terbuka, tetapi pada masa sama kitaharus merancang strategi melaksanakan kempen secara besar-besaran untuk

    mengimbangi nisbah pemilih baru.

  • 8/9/2019 Nisbah Mendaftar Sebagai Pemilih Pilihan Raya Membimbangkan

    4/10

    4

    Kita tidak boleh lagi berdiam diri, apatah lagi menganggap kajian itu sebagaipropaganda yang mempunyai agenda tersembunyi demi kepentingan politik pihaktertentu.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut mengesahkan, ada kira-kira 4.3 juta

    rakyat Malaysia yang layak mengundi tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih.Berdasarkan trend sekarang, kita bimbang majoriti mereka yang tidak mendaftar ituadalah daripada kalangan generasi muda Melayu yang berasa selesa dan selamatdengan segala kemudahan yang tersedia kerana kuasa politik kini masih di tanganMelayu.

    Kesedaran mereka tentang pentingnya kuasa pemilih begitu merosot, termasukdi kalangan penyokong serta ahli UMNO sendiri yang belum mendaftar. Sikapmengabaikan hak sebagai pemilih sudah tentu meningkatkan ancaman terhadapmasa depan kuasa politik bangsa Melayu.

    Justeru, kempen menggalakkan rakyat menjadi pemilih perlu digerakkan segerasecara lebih agresif dan tersusun. Pastinya, usaha ini menuntut komitmen tinggiserta inisiatif orang politik sendiri, khususnya di kalangan pemimpin UMNO, samaada pada peringkat bahagian mahu pun cawangan. Jika inisiatif ini digerakkan olehpembangkang, kemungkinan besar pengundi yang berdaftar itu lebih cenderungmenyokong calon mereka dalam pilihan raya akan datang.

    Oleh itu, usaha secara bersepadu harus digerakkan oleh UMNO sendiri untukmenambah jumlah pemilih baru yang akan menyokong calon Barisan Nasional (BN).Di samping itu, UMNO juga harus bertindak segera dengan mendaftar 661,231ahlinya yang belum menjadi pemilih. Mereka adalah sebahagian daripada 4.3 jutarakyat negara ini yang layak mengundi tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih.

    Sebenarnya, kempen mendaftar sebagai pemilih boleh dijalankan denganpelbagai kaedah dan pendekatan. Selain berkempen secara bersemuka denganbakal pemilih, kita juga boleh menggunakan rangkaian media sosial denganmemberi kefahaman serta kesedaran mengenai tanggungjawab pemilih danpentingnya mengguna hak sebagai pengundi dalam pilihan raya.

    Ibu bapa juga harus memainkan peranan untuk menyedarkan anak masing-masing, sebaik saja memasuki usia 21 tahun yang melayakkan mereka menjadi

    pemilih berdaftar.

    MINDA PENGARANG Berita Harian, Selasa 29 Jun 2010

    UMNO PERCAYA DAPAT SOKONGAN PARTI KOMPONEN

    KUALA LUMPUR: UMNO percaya parti komponen Barisan Nasional (BN)mampu menarik lebih ramai golongan muda terutama bukan Melayu untuk

    mendaftar sebagai pengundi baru menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

  • 8/9/2019 Nisbah Mendaftar Sebagai Pemilih Pilihan Raya Membimbangkan

    5/10

    5

    Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan, berkata semua parti komponenBN mempunyai tanggungjawab yang ditetapkan berhubung isu ini dan perlu komitedmenunaikan peranan masing-masing.

    Katanya, UMNO tidak akan mencari kesalahan atau membangkitkan

    kelemahan parti rakan dalam BN, sebaliknya mahu seluruh tenaga digembleng bagimemastikan rakyat terus menyokong perjuangan parti itu.

    Kita sepatutnya bersatu dan bersama-sama berusaha menambah bilanganpengundi muda baru menyokong perjuangan BN. Isu nisbah satu pengundi Melayudan 40 bukan Melayu perlu kita atasi bersama, katanya kepada Berita Harian,semalam.

    Beliau mengulas laporan Berita Harian, semalam mengenai kajian BiroKeahlian dan Daftar Pemilih Pemuda Umno mendapati nisbah antara orang Melayudan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak Pilihan Raya

    Umum 2008 sehingga bulan ini ialah satu Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40).

    Pengerusi biro itu, Hishamudin Yahya, berkata senario itu seharusnyamenyedarkan orang Melayu di negara ini yang kuasa politik mereka boleh terhapus jika terus enggan mendaftar sebagai pengundi atau mengundi pada pilihan rayaumum akan datang.

    Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata lebihbanyak program perlu diadakan bagi menarik minat golongan muda di kalanganBumiputera untuk mendaftar sebagai pengundi.

    Kemungkinan golongan berkenaan tidak begitu minat untuk mendaftar sebagaipengundi kerana lebih meminati perkara lain. Bagaimanapun, kita tidak bolehmemaksa mereka untuk mendaftar sebagai pengundi kerana itu adalah hak mereka.

    Saya dapat melihat di kawasan saya, kesedaran di kalangan masyarakatBumiputera amat tinggi, ramai di antara mereka mendaftar sebagai pengundiberbanding bukan Bumiputera, katanya.

    Di SEREMBAN, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan,Datuk Hasim Rusdi, berkata pendedahan itu tidak mengejutkan kerana Umno negeri

    sudah lama mengetahui mengenainya.

    Malah, katanya mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri mengarahkansetiap bahagian mempunyai seorang pegawai penyelaras untuk meningkatkankeahlian parti dan memastikan mereka mendaftar sebagai pengundi.

    Usaha juga dipergiatkan untuk memastikan ahli sedia ada menjadi pengundikerana kita menyedari perkara ini amat penting bagi menjamin kemenangan partidalam pilihan raya umum akan datang, katanya.

    Di ALOR SETAR, Pengerusi Biro Daftar dan Pemilih Umno Kedah, Tajudin

    Abdullah, berkata masalah golongan muda Melayu tidak mendaftar sebagai

  • 8/9/2019 Nisbah Mendaftar Sebagai Pemilih Pilihan Raya Membimbangkan

    6/10

    6

    pengundi baru berpunca daripada sikap selain kelalaian ibu bapa menyedarkananak mereka kepentingan untuk mendaftar sebagai pemilih.

    Di JOHOR BAHRU, UMNO Johor akan mengadakan program dan kempenbagi meningkatkan kesedaran golongan muda mendaftar sebagai pengundi baru.

    Ketua Penerangannya, Datuk Samsul Bari Jamali, berkata golongan mudaseharusnya sedar mengenai tanggungjawab mereka terhadap negara dan politiktanah air.

    Di KUALA TERENGGANU, Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Umno negeri,Yahya Khati, berkata Umno Terengganu tidak berdepan masalah dalammengimbangi daftar pemilih antara Melayu dan bukan Melayu.

    Katanya, UMNO Terengganu mempunyai program seperti Dana Bakti Remajaiaitu memberi sumbangan kepada setiap remaja berusia 21 tahun mendaftar

    sebagai pengundi.

    Di KOTA BHARU, Umno negeri mengakui gerakan mendaftar pemilih yangdijalankan parti itu tidak begitu agresif berbanding parti pembangkang keranaPenolong Pendaftar Parti (PPP) yang dilantik tidak begitu aktif menjalankantugasnya.

    Pegawai Teknologi Maklumat Umno Kelantan, Hazamrim Mohd Noor, berkataperkara itu berlaku selepas Pilihan Raya Umum 2008 sehingga ada di antaramereka yang ditamatkan khidmat sebagai PPP.

    Berita Harian, Selasa 29 Jun 2010

    GENERASI MUDA MESTI SEDAR TANGGUNGJAWAB

    Oleh Ridzuan [email protected]

    Sikap tak kisah hak sebagai pengundi boleh gugat kuasa orang Melayu padamasa depan

    KEGAGALAN golongan muda mendaftar sebagai pengundi baru kini menjadipersoalan penting serta cabaran baru dalam sebuah negara yang mengamalkansistem demokrasi seperti Malaysia.

    Di kebanyakan negara demokrasi apabila seseorang itu mencapai usia 18 atau21 tahun mereka perlu mendaftar bagi membolehkan mereka mengundi, seterusnya

    menentukan parti mana yang akan membentuk sesebuah kerajaan.

  • 8/9/2019 Nisbah Mendaftar Sebagai Pemilih Pilihan Raya Membimbangkan

    7/10

    7

    Apakah masalah atau kekangan sehingga membuatkan golongan muda initidak mendaftar sebagai pengundi, walaupun pelbagai usaha dan pendekatandilaksanakan bagi membolehkan mereka ini mendaftar seterusnya dapat membuangundi pada pilihan raya umum atau kecil yang akan diadakan.

    Dalam sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum, undi golonganminoriti mampu menentukan kemenangan sesebuah parti jika kaum majoriti yanglayak mengundi tidak mahu atau mengambil mudah akan tanggungjawab merekauntuk mengundi.

    Kajian Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda Umno, baru-baru inimendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu di negara ini yangmendaftar sebagai pengundi baru sejak Pilihan Raya Umum 2008 sehingga bulan iniialah satu Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40).

    Pengerusi biro itu, Hishamudin Yahya, ketika mendedahkan perkara itu

    melahirkan kebimbangan dengan senario itu yang seharusnya menyedarkan orangMelayu di negara ini bahawa kuasa politik mereka boleh terhapus jika terus engganmendaftar sebagai pengundi atau mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

    Fenomena tidak mendaftar sebagai pemilih atau keluar mengundi dikatakansebagai satu aliran yang boleh dilihat di mana-mana negara maju seperti di AmerikaSyarikat dan Eropah. Dikatakan semakin maju sebuah masyarakat, semakin kurangrakyatnya keluar mengundi pada pilihan raya.

    Jika aliran itu benar, apakah pemilih yang keluar mengundi Presiden AmerikaSyarikat sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang menunjukkan kurang 50peratus rakyatnya keluar mengundi, bermakna presiden negara itu sebenarnyadipilih oleh golongan minoriti? Apakah negara yang menggunakan pakai sistemdemokrasi berparlimen melalui pilihan raya seperti Malaysia bakal berhadapansituasi sama?

    Beberapa faktor dikatakan menjadi punca golongan muda yang layak tidakmendaftar sebagai pengundi seperti sikap selesa dengan keadaan semasa dan tidakmahu menempuh kesulitan kerana perlu menukar alamat pada kad pengenalan bagimembolehkan seseorang itu mendaftar mengundi di tempat tinggal masing-masing.

    Ada juga golongan ini yang beranggapan satu undi mereka tidak akanmembawa makna dan perubahan serta berpendapat mendaftar sebagai pengundisesuatu yang remeh.

    Namun, golongan muda ini khususnya orang Melayu mungkin tidak sedarbahawa kegagalan mereka mendaftar sebagai pengundi dan mengundi pada pilihanraya akan menyebabkan orang Melayu kehilangan kuasa walaupun mereka majoritidi negara ini.

    Pensyarah program Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Shamsul Adabi Mamat,

    berkata jika kadar pendaftaran pengundi Melayu kekal begitu ia akan memberikesan kepada keupayaan orang Melayu mempertahankan kuasa politik mereka.

  • 8/9/2019 Nisbah Mendaftar Sebagai Pemilih Pilihan Raya Membimbangkan

    8/10

    8

    Berdasarkan keadaan itu, katanya, memang jelas kesedaran dari aspektanggungjawab kenegaraan di kalangan pengundi muda terutama dalam kalanganorang Melayu rendah berbanding kaum lain yang lebih memahami kedudukanmereka sebagai minoriti.

    Kebanyakan golongan muda Melayu lahir dalam keadaan semuanya sudahtersedia dan tidak perlu bagi mereka bersusah payah, apatah lagi untuk mendaftarsebagai pemilih, katanya.

    Beliau berkata, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, Pakatan Rakyatyang turut dianggotai DAP parti terbesar mewakili kaum Cina dalam pakatan itumelihat ada peluang untuk mereka meraih lebih banyak kerusi sama ada di Parlimenatau kerajaan negeri seperti yang berlaku di Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

    Sehubungan itu, katanya, untuk memastikan suasana dan momentum

    kemenangan itu dipertahankan, DAP perlu mencari sebanyak mungkin pengundiberdaftar terutama golongan muda yang layak untuk mengundi pada PRU ke-13.

    Beliau berkata, peluang untuk memenangi sesuatu pilihan raya itu dilihat lebihterbuka, apabila orang Melayu berpecah dalam beberapa parti yang mewakiliorang Melayu di negara ini dan ia sekali gus tidak lagi menjadikan mereka kaummajoriti.

    Mendapat sokongan pengundi adalah penting kerana tidak ada gunanyasesebuah parti itu mempunyai ramai penyokong, tetapi ketika sama mereka ini tidaklayak mengundi disebabkan tidak mendaftar.

    BERITA HARIAN, Khamis 1 Julai 2010

    DAFTAR PEMILIH PERANAN SPR

    PENGESAHAN pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seperti yang dinyatakan oleh

    Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa masih ada 4.3 juta

    rakyat negara ini yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pemilih

    adalah sesuatu yang tidak diduga sama sekali.

    Walaupun kita tahu ramai yang mengambil mudah hal ini, angka sebanyak itu

    amatlah menggerunkan. Lebih-lebih lagi majoritinya adalah dari rakyat berbangsa

    Melayu.

    Hal ini disokong pula rumusan hasil kajian Biro Keahlian dan Daftar Pemilih

    Pemuda UMNO Malaysia, Hishamudin Yahya yang memperlihatkan nisbah pemilih

    Melayu dan bukan Melayu amat ketara perbezaannya iaitu 1 berbanding 40.

    Nisbah yang berbeza ini jika tidak ditangani dengan betul mungkin adakebenaran dengan pandangan sesetengah penganalisis bahawa satu ketika nanti

  • 8/9/2019 Nisbah Mendaftar Sebagai Pemilih Pilihan Raya Membimbangkan

    9/10

    9

    kuasa politik kaum Melayu akan hilang sedikit demi sedikit. Sebaliknya kuasa politik

    dan teraju negara ini akan didominasi oleh kaum-kaum lain.

    Ramai beranggapan patut menyalahkan parti-parti politik Melayu khasnya

    UMNO kerana tidak agresif membawa masuk pengundi-pengundi baru mendaftar

    sebagai pemilih sedangkan parti-parti lain terutama DAP begitu giat memainkan

    peranan mereka ke arah itu.

    Ini berbeza dengan parti-parti kaum Cina dan India dalam Barisan Nasional

    (BN) yang ketinggalan mendaftarkan pengundi baru berbanding dengan usaha kaum

    masing-masing dalam PKR.

    Namun di sebalik pendedahan tersebut, satu persoalan yang perlu difikirkan

    bersama ialah siapa yang sepatutnya memainkan peranan mendaftar pemilih baru?

    Adakah ia menjadi tanggungjawab parti-parti politik atau tanggungjawab SPR?

    Bukankah SPR yang sepatutnya memainkan peranan mereka menarik minat orang

    ramai mendaftar sebagai pemilih?

    Parti-parti politik hanyalah membantu dalam tugas-tugas suruhanjaya itu atas

    kapasiti menambah keahlian parti masing-masing. Bukanlah tugas hakiki parti politik

    untuk mencari, mempromosi dan mendaftar pengundi baru tetapi SPR yang

    sepatutnya berbuat demikian.

    Sepatutnya SPR telah mengenal pasti sebarang kelemahan dalam sistempendaftaran yang ada sekarang dan perlu dibuat penambahbaikan. Di era teknologi

    maklumat dan internet serta jalur lebar ini, pendekatan baru patutlah diambil oleh

    SPR bagi menjayakan proses mendaftar pemilih baru.

    Yakni tidak lagi seperti yang diamalkan sekarang yang didapati menyulitkan.

    Bukankah lebih mudah jika dapat mendaftar di rumah masing-masing daripada perlu

    pergi ke kaunter-kaunter dan mengisi borang tertentu?

    Setakat ini promosi untuk tujuan tersebut amat kurang. Sepanjang dua tahun

    kebelakangan ini tidak terdengar langsung apa-apa promosi melalui akhbar dan juga

    media elektronik, khasnya televisyen.

    Yang nyata hanyalah kelihatan kaunter-kaunter pendaftaran di tempat-tempat

    tertentu. Bagaimana pula orang ramai yang langsung tidak berurusan dengan

    pejabat pos, jika kaunter diletakkan di situ?

    Barangkali tidak akan menjadi kesalahan jika SPR dapat menyediakan sedikit

    insentif kepada orang ramai yang datang mendaftar. Rasanya dengan cara ini pasti

    hasrat menambah bilangan pemilih baru akan menjadi kenyataan.

  • 8/9/2019 Nisbah Mendaftar Sebagai Pemilih Pilihan Raya Membimbangkan

    10/10

    10

    Utusan Malaysia, Khamis 1 Julai 2010