nilai yang boleh mengambil nyawa

Click here to load reader

Upload: miza

Post on 18-Jan-2016

110 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pendidikan Moral

TRANSCRIPT

Slide 1

PENDIDIKAN MORALMOK2102WUSTAZAH : FARIHAH BT HUSSAIN

TAJUKAMALAN NILAI DAN KAITAN DENGAN ISU-ISU MORAL

MENGAMBIL NYAWA

EUNTHANASIA HUKUMAN MATIPENGGUGURAN BAYIPEMBUANGAN BAYI

DISEDIAKAN OLEH:NORHAMIZAH BINTI MAHADI

EUTHANASIA

EUNTHANASIA Tindakan menamatkan riwayat seseorang pesakit atas permintaan pesakit itu sendiri atau permintaan keluarga pesakit dengan tujuan mengurangkan kesakitan dan kesengsaraan pesakit itu. EUTHANASIA Euthanasia merupakan bahasa Yunani iaitu Eu=Indah, bagus, terhormat. Thanatos=mati. Kesimpulannya ialah kematian yang baik tapi dipercepatkan

Ada beberapa negara yang meluluskan undang-undang membenarkan euthanasia tetapi mengikut syarat-syarat yang tertentu.

Dari segi moral, dikatakan perkara ini dilakukan adalah untuk memendekkan atau mengakhiri penderitaan seseorang pesakit dengan menghentikan segala ubatan atau rawatan.

Agama Islam mengharamkan euthanasia dan dianggap sebagai membunuh orang serta dikira sebagai dosa besar.

HUKUMAN MATI

HUKUMAN MATIHukuman mati adalah hukuman yang diputuskan oleh pihak mahkamah membabitkan pesalah dibunuh sebagai balasan jenayahnya.

Contoh hukuman mati ialah pancung, tembak, gantung, suntikan maut dan sebagainya.

Hukuman mati dilaksanakan demi menegakkan keadilan dalam masyarakat.HUKUMAN MATIHukuman mati hanya dikenakan kepada penjenayah yang melanggar kesalahan berat. Namun ada negara yang tidak mengamalkan hukuman mati seperti negara Kesatuan Eropah, kerana bagi mereka hukuman mati adalah melanggar hak kemanusiaan.

Di Malaysia, hukuman mati dijalankan contohnya di bawah Akta Senjata Api, Akta Dadah Berbahaya dan kesalahan membunuh orang.Di China hukuman mati dikenakan terhadap kesalahan pemerdagangan manusia.

Di vietnam mengenakan hukuman mati terhadap pesalah yang merogol kanak-kanak.

Sebenarnya hukuman mati bukanlah sesuatu diterima semua. Ada yang berpendapat hukuman mati juga dianggap pembunuhan dan dianggap tidak lari dari kekejaman.

Dari sudut agama Islam pula, hukuman mati termasuk dalam jenayah hudud dan qisas iaitu hukuman mati bagi jenayah zina dan bunuh. Tujuan hukuman mati ialah sebagai pembalasan, pencegahan dan pemulihan.PENGGUGURAN BAYI

PENGGUGURAN BAYIPenamatan proses kehamilan sebelum cukup bulan ( sembilan bulan untuk manusia) yang mengakibatkan kemusnahanjanin.

Semua agama samada islam, kristian, budha, hindu dan lain-lain mengharamkan pembunuhan dalam kandungan atau pengguguran.

Pengguguran mungkin berlaku atas sebab semulajadi atau disengajakan.

Sikap ini dianggap tidak bermoral kerana menidakkan hak untuk janin membesar dalam perut.

Biasanya pengguguran ini dilakukan oleh pasangan yang belum kahwin.

Contohnya: memakan pil-pil untuk menggugurkan kandungan.

Adalah salah dan tidak bermoral membunuh fetus yang akan membesar menjadi manusia.

CARA PENGGUGURAN BAYIDi Malaysia Pengguguran adalah salah di sisi undang-undang dan boleh dipenjara maksimum 20 tahun kecuali pengguguran yang dilakukan atas nasihat doktor.

Dari sudut Islam, tindakan itu dianggap salah dan haram setelah janin bernyawa kecuali atas nasihat doktor. Hukumnya bergantung kepada peringkat pembesaran janin. PEMBUANGAN BAYI

DEFINISI: Perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan.Kesan-kesan pembuangan bayiBAYIBayi akan dipandang rendah oleh masyarakat.Bayi tidak akan mengenali siapa ibu bapa yang sebenar.Sangat dahagakan kasih sayang seorang ibu.

IBUPerasaan menyesal yang tidak dapat digambarkan.Sangat merindui anaknya sekiranya anaknya masih hidup dan mati.

STATISTIK DAN KES PEMBUANGAN BAYI

SEKIAN. TERIMA KASIH

RUJUKAN

Abdul Rahman Md. Aroff, 1999. Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral. Selangor: Unviersiti Putra Malaysia.

Farahwahida Mohd Yusof et.al, "Euthanasia: Melanggar Etika dan Hak Asasi Manusia" dalam Jurnal Teknologi (Science s & Engineering) 64:1 (2013), 33-41.

Pengguguran dan Pembuangan Bayi, http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/388-pengguguran-dan-pembuangan-bayi.html

Hukuman Mati, http://moralterkini.blogspot.com/2011/02/hukuman-mati.html