nilai murni dalam sastera remaja memupuk...

25
128 Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu (RUMPUN) International Journal of Malay Letters Jilid 3/Jan/2015, 128-152 ISSN:2289-5000 NILAI MURNI DALAM SASTERA REMAJA MEMUPUK KECINTAAN TERHADAP NEGARA THE MORAL VALUES IN THE ADULT LITERATURE ENCOURAGING THE SPIRIT OF PATRIOTISM Ani Binti Haji Omar Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris Perak, Malaysia [email protected] ABSTRAK Kertas kerja ini membuat penelitian terhadap nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel remaja Air Mata Ibu. Penghasilan sastera remaja bukan sahaja dilihat daripada subjek dan media, malah diri remaja itu sendiri perlu diketahui. Bagi mengenali sastera remaja, penekanan perlu diberi kepada nilai murni yang mengandungi nilainilai moral dan pendidikan. Malah, sastera mampu menjana pemikiran masyarakat khususnya remaja ke arah keunggulan berfikiran bagi melahirkan generasi yang seimbang dalam semua aspek iaitu jasmani, emosi, rohani dan intektual. Ini bertujuan supaya generasi masa kini dapat memahami lantas menghayati apa yang dihasratkan oleh pemerintah dalam menyemai perpaduan kaum demi keharmonian negara tercinta. Terdapat lapan nilai murni dalam novel remaja Air Mata Ibu iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Nilai-nilai murni itu diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat untuk pembinaan negara. Kini, negara amat memerlukan generasi yang benar-benar Persatuan Penulis Budiman Malaysia Budiman Writers Association of Malaysia

Upload: trinhtram

Post on 12-May-2019

348 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: NILAI MURNI DALAM SASTERA REMAJA MEMUPUK …jurnalrumpun.com/wp-content/uploads/2019/02/009-Ani-UPSI.pdfterdapat dalam novel remaja Air Mata Ibu. Penghasilan sastera remaja bukan sahaja

128

Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu (RUMPUN) International Journal of Malay Letters Jilid 3/Jan/2015, 128-152 ISSN:2289-5000

NILAI MURNI DALAM SASTERA REMAJA MEMUPUK KECINTAAN

TERHADAP NEGARA THE MORAL VALUES IN THE ADULT LITERATURE ENCOURAGING

THE SPIRIT OF PATRIOTISM

Ani Binti Haji Omar Fakulti Bahasa dan Komunikasi

Universiti Pendidikan Sultan Idris Perak, Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Kertas kerja ini membuat penelitian terhadap nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel remaja Air Mata Ibu. Penghasilan sastera remaja bukan sahaja dilihat daripada subjek dan media, malah diri remaja itu sendiri perlu diketahui. Bagi mengenali sastera remaja, penekanan perlu diberi kepada nilai murni yang mengandungi nilainilai moral dan pendidikan. Malah, sastera mampu menjana pemikiran masyarakat khususnya remaja ke arah keunggulan berfikiran bagi melahirkan generasi yang seimbang dalam semua aspek iaitu jasmani, emosi, rohani dan intektual. Ini bertujuan supaya generasi masa kini dapat memahami lantas menghayati apa yang dihasratkan oleh pemerintah dalam menyemai perpaduan kaum demi keharmonian negara tercinta. Terdapat lapan nilai murni dalam novel remaja Air Mata Ibu iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Nilai-nilai murni itu diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat untuk pembinaan negara. Kini, negara amat memerlukan generasi yang benar-benar

Persatuan Penulis Budiman Malaysia Budiman Writers Association of Malaysia

Page 2: NILAI MURNI DALAM SASTERA REMAJA MEMUPUK …jurnalrumpun.com/wp-content/uploads/2019/02/009-Ani-UPSI.pdfterdapat dalam novel remaja Air Mata Ibu. Penghasilan sastera remaja bukan sahaja

129

mempunyai sikap yang positif, dinamik, berpandangan jauh dan mempunyai kekuatan serta daya tahan yang kental. Kata Kunci: sastera remaja, pemikiran, perpaduan kaum, berwawasan, diskriminasi

ABSTRACT This paper will make a study of the values contained in the teen novel Air Mata Ibu. The writings of young adult literature is not only viewed in terms of subject and the media, but even from within the teenagers themselves. To recognize young adult literature, emphasis should be given to moral values that contain moral values and education. In fact, this literature is capable of generating public opinion, especially towards excellence minded teenagers to create a generation that is balanced in all aspects, namely physical, emotional, spiritual and intellectual. This meant that the present generation can understand and then live up to the aspirations of the government in nurturing unity for the sake of harmony in our beloved country. There are eight values in young adult novels Air Mata Ibu, the culture of excellence, perseverance, humility, acceptance, loyalty, meritocracy, education and integrity. These moral values would hopefully unite Malaysians with thoughts and actions that lead to the goal of nation-building. Now, the country urgently needs a generation that actually have a positive attitude, dynamic, visionary and have the strength and strong perseverance. Keywords: Young adult literature, thinking, unity, vision, discrimination PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama. Cabaran utama yang dihadapi ialah memupuk perpaduan dan integrasi antara etnik untuk membina, menjalin dan mewujudkan kestabilan

Page 3: NILAI MURNI DALAM SASTERA REMAJA MEMUPUK …jurnalrumpun.com/wp-content/uploads/2019/02/009-Ani-UPSI.pdfterdapat dalam novel remaja Air Mata Ibu. Penghasilan sastera remaja bukan sahaja

130

politik dan pembangunan serta keselamatan negara. Hal ini sesuai dengan hasrat yang pernah disuarakan oleh Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Beliau berhasrat menjalin dan memupuk hubungan antara etnik dan wilayah untuk memajukan Malaysia. Dalam era globalisasi di bawah kepimpinan anakandanya pula tradisi ini telah diteruskan dengan membina satu konsep iaitu ’1 Malaysia’ bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik untuk menghadapi sebarang cabaran. Sulaiman Zakaria (2010:15) menyatakan terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni itu diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat untuk pembinaan negara. Lapan nilai tersebut ialah budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Kertas kerja ini selanjutnya akan mengaplikasikan kelapan-lapan nilai murni ‘1 Malaysia’ ke dalam sastera remaja yang akan dikhususkan kepada kajian sebuah novel remaja Air Mata Ibu karya Soo Cham (2007) dan kerelevanannya mengikut gagasan tersebut. Sastera Remaja Terdapat pelbagai karya kreatif yang diminati oleh para remaja masa kini. Namun novel agak terkehadapan kerana mempunyai permintaan yang tinggi dibandingkan dengan karya kreatif yang lain seperti puisi dan drama. Karya sastera seperti novel sebenarnya adalah sulit dan rahsia, disulit dan dirahsiakan oleh sasterawan melalui wadah yang membentuk karyanya kerana makna kehidupan itu sendiri pun adalah sulit dan rahsia. Hanya kepada “orang-orang yang suka berfikir” yang benar-benar dapat merasai keindahan, kenikmatan dan kebenaran sastera dapat menikmatinya. Bagi mereka yang tidak gemar berfikir, sastera yang sulit dan rahsia tidak mampu diapresiasikan. Inilah yang berlaku

Page 4: NILAI MURNI DALAM SASTERA REMAJA MEMUPUK …jurnalrumpun.com/wp-content/uploads/2019/02/009-Ani-UPSI.pdfterdapat dalam novel remaja Air Mata Ibu. Penghasilan sastera remaja bukan sahaja

131

pada kebanyakan golongan muda sekarang. Membaca bagi mereka sekadar hiburan pada masa lapang.

Menurut Nor Raudah Hj. Siren (2006:95), sastera merupakan hasil ciptaan seni yang mempunyai peranan penting dalam mengungkapkan nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan. Sastera berupaya berkomunikasi dengan pembaca melalui isi dan cara penyampainya. Sastera mempunyai pertalian dengan ilmu yang lain seperti ilmu kemanusiaan, psikologi, falsafah, sains dan agama yang menunjukkan keupayaan sastera dalam menanggani kehidupan yang kompleks ini.

Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said (2005) menyatakan, melalui sastera ditemui unsur moral, keindahan, hati nurani, keadilan, ketakwaan, kebijaksanaan, dan tazkiyah disampaikan secara sederhana, tetapi amat berkesan di jiwa. Sastera ialah satu bentuk seni yang menggunakan bahasa. Melalui bahasa, keperihalan manusia dan kemanusiaan dibangunkan dengan penuh kesedaran tentang mesej dan keindahan. Sastera mengandungi falsafah tentang kehidupan. Sastera dapat menjadikan pembaca memahami kehidupan dengan lebih berfalsafah, iaitu dapat menerima keperihalan tentang manusia dan masyarakat yang kadangkala sukar untuk dimengerti oleh fikiran rasional.

Remaja pula memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Jatuh bangunnya remaja akan menentukan jatuh bangunnya sesebuah negara. Lantaran itu, remaja perlu diberi perhatian dari aspek pembangunan mereka, sama ada pembangunan fizikal, mental atau rohani, agar mereka menjadi remaja yang positif, berketerampilan dan berdaya saing. Sastera remaja merupakan antara bahan bacaan yang mampu membangunkan minda remaja sesuai dengan usia mereka yang perlu diberi kebebasan tetap dalam keadaan terbimbing.

Sehubungan itu tema-tema positif dalam sastera remaja seperti novel, cerpen dan drama akan membantu remaja dalam usaha meraih pengalaman bagi menghadapi cabaran hidup yang perlu dihadapi. Penghasilan sastera remaja bukan sahaja dilihat daripada subjek dan media, malah diri remaja itu sendiri perlu

Page 5: NILAI MURNI DALAM SASTERA REMAJA MEMUPUK …jurnalrumpun.com/wp-content/uploads/2019/02/009-Ani-UPSI.pdfterdapat dalam novel remaja Air Mata Ibu. Penghasilan sastera remaja bukan sahaja

132

diketahui. Bagi mengenali sastera remaja, penekanan perlu diberi kepada sastera remaja murni yang mengandungi nilainilai moral dan pendidikan. Menurut Nor Raudah Hj. Siren (2006:4), sastera remaja yang murni perlu bermutu dan mempunyai nilai keindahan yang menampilkan remaja yang gigih, matang, berdedikasi, berkhemah tinggi, yakin dalam pejuangan hidup dan mempunyai maruah yang wajar.

Tidak keterlaluan jika dikatakan sastera berupaya memerikan pendidikan kepada emosi dan intelek pembaca. Sastera digunakan untuk menanam semangat cinta kepada tanah air, menyuburkan semangat patriotik, mengalakkan perkembangan semangat cinta akan bahasa dan kebudayaan sendiri, memperlihatkan keburukan pemerintahan penjajah yang tidak jujur, dan membentuk semangat perpaduan. Dapatlah disimpulkan bahawa, sastera mampu menjana pemikiran masyarakat khususnya remaja ke arah keunggulan berfikiran bagi melahirkan generasi yang seimbang dalam semua aspek iaitu jasmani, emosi, rohani dan intektual. Selanjutnya kertas kerja ini akan membuat beberapa petikan daripada novel remaja Air Mata Ibu yang tidak keterlaluan jika dikatakan novel ini mengandungi kelapan-lapan nilai murni ‘1Malaysia’ yang menunjukkan betapa pentingnya diterapkan nilai-nilai tersebut ke dalam karya kreatif seperti novel remaja supaya generasi masa kini dapat memahami lantas menghayati apa yang dihasratkan oleh pemerintah dalam menyemai perpaduan kaum demi keharmonian negara tercinta. Berikut adalah sinopsis daripada novel remaja terpilih Air Mata Ibu untuk penelitian dan huraian selanjutnya.

Air Mata Ibu karya Soo Cham: Soo Cham atau nama setelah beliau memeluk agama Islam Norsafura Abdullah dilahirkan pada tanggal 15 Disember 1953 di Kampung Gadong, Kota, Rembau, Negeri Sembilan. Novel ini adalah karya sulung beliau di samping pernah menerbitkan beberapa buah antologi cerpen 1dan cerpen 2. Novel Air Mata Ibu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2007 mengandungi 16 bab setebal 301 halaman, sangat menarik kerana ia penuh dengan paparan tentang tamadun dua bangsa iaitu orang China dan orang Melayu khususnya semasa tahun-tahun 30-

Page 6: NILAI MURNI DALAM SASTERA REMAJA MEMUPUK …jurnalrumpun.com/wp-content/uploads/2019/02/009-Ani-UPSI.pdfterdapat dalam novel remaja Air Mata Ibu. Penghasilan sastera remaja bukan sahaja

133

an hinggalah ke penghujung tahun 1990-an. Novel ini adalah kisah benar Soo Cham setelah pengkaji menghubungi beliau untuk pengesahan. Dalam novel ini watak ‘aku’ atau Sui Yin itu adalah diri pengarang sendiri.

Novel ini terbahagi kepada 16 bab. Bab 1: Air Mata Ibu - adalah imbasan kembali peristiwa-peristiwa silam watak utama ‘aku’ iaitu Sui Yi dalam perjalanan ke kampong kelahiran ibunya di Yong Chun dalam wilayah Fujian, 11 jam perjalanan dari Guangzhou, Republik Rakyat China. Atas desakan ibu, ‘Aku’ menziarahi abu iaitu panggilan untuk ibunya yang telah dihantar kembali menetap bersama-sama kakaknya Soo Sui Pong setelah lebih 60 tahun menetap di Tanah Melayu. Sui Yi juga menyorot kembali abu yang sentiasa dirundung malang. Penderitaan abunya bermula dalam tahun 1930-an, daripada peristiwa dia dikirimkan ke Semenanjung Tanah Melayu dari Tanah Besar China untuk dikahwinkan dengan achek (panggilan untuk bapanya).

Bab 2: Tiada Jodoh - adalah mengenai imbasan kembali ’aku’ iaitu Sui Yin mengenai beberapa orang teman lelaki yang ditemuinya tetapi malang tiada jodoh antara mereka. Antara teman lelakinya ada yang berbangsa Melayu, China dan India. Bab 3: Bak - mengisahkan imbasan watak ’aku’ semasa awalawal tahun 40-an hingga tahun-tahun 60-an, semasa kecil bersama abu, achek dan abang-abangnya. Mengisahkan kehidupan keluarganya kaum imigran berbangsa China di kampung Gadong, Rembau, Negeri Sembilan. Kehidupan bahagia ketika itu. Sui Yin adik-beradik sangat mesra dan rapat dengan jiran tetangga keseluruhannya keluarga Melayu. Bab 4: Skizofrenia, Bab 5: Neuron Oh Neuron dan Bab 6: Air Kopi Itu: adalah imbasan ’aku’ yang mula menjadi tidak siuman dan hampir menjadi gila kerana menyaksikan penderitaan ibunya yang sering menangis dan merintih di atas kehilangan kasih sayang kedua-dua anak lelakinya yang telah memeluk agama Islam, berkahwin dengan gadis Melayu dan tidak pulang lagi ke rumah menjenguk abunya. Tambahan pula suaminya yang telah mati. Bagi orang China anak lelaki sangat penting untuk menjaga seorang ibu, tetapi ini tidak diperolehinya. Tekanan demi tekanan ini menyebabkan Sui Yin hampir membakar rumah kedainya dan

Page 7: NILAI MURNI DALAM SASTERA REMAJA MEMUPUK …jurnalrumpun.com/wp-content/uploads/2019/02/009-Ani-UPSI.pdfterdapat dalam novel remaja Air Mata Ibu. Penghasilan sastera remaja bukan sahaja

134

hampir manjadi gila. Mujur orang-orang kampung dan jiran tetangga berbangsa Melayu sangat simpati dan sanggup mengubati dan melayani keluarga Sui Yin sehingga dia pulih seperti sedia kala. Begitulah budi bahasa orang-orang Melayu yang sangat mengambil berat hal jiran tetangga tanpa mengira asal usul dan keturunan.

Bab 7: Amarah - adalah imbasan tentang keluarga Mamat iaitu jiran Sui Yin. Bab ini penuh nostalgia mengisahkan budak Mamat semasa kecilnya sangat baik dengan Sui Yin tetapi apabila dewasa menjadi penagih dadah tegar akibat salah asuhan. Bab 8: Menantu- mengisahkan imbasan ’aku’ mencoretkan kehidupan orang China bermenantukan orang Melayu. Tahun-tahun 60-an, 70-an dan 80-an ketika itu masyarakat Melayu dan China masih memandang agak janggal apabila bermenantu berlainan bangsa, ada sahaja yang tidak kena di mata masyarakat sekeliling. Pelbagai tanggapan yang salah umpamanya tentang halal dan haram mengenai dua bangsa ini diketengahkan.

Bab 9: Abang Chin- bab ini mengisahkan nostalgia ’aku’ dengan abang Chin. Bab ini memaparkan tentang kegigihan orang China yang hidup merantau di tengah masyarakat Melayu. Mereka sangat rajin mencari wang, tidak jemu-jemu berusaha, pelbagai pekerjaan sanggup dilakukan asalkan ia menjadi sumber wang. Kerajinan dan kegigihan mereka mencari wang sangat disenangi oleh orang-orang kampung kerana walaupun orang kampung terpaksa membayar setiap yang dibeli, tetapi benda yang dijual, banyak membantu penduduk kampung umpamanya kayu api, sayur-sayuran, ayam itik, air batu, perkakas kahwin orang Melayu dan pelbagai lagi keperluan orang-orang Melayu di kampung. Bab 10: Terbayang- masih tentang nostalgia ’aku’ semasa kecil membesar di kampung orang Melayu. Tentang kebaikan orang-orang kampung, tentang keharmonian kehidupan masyarakat Melayu dan China yang sentiasa bekerjasama dan hidup dalam keadaan aman dan damai. Bab 11: Abu oh Abu – mengisahkan ’aku’ menjaga abunya yang sudah tua, terpaksa menjual rumah kedai di kampung dan dibawa berhijrah ke bandar kerana ’aku’ bekerja di bandar dan abu tiada siapa yang hendak menjaganya. Bermulalah pelbagai peristiwa pahit dimana abu terpaksa ditumpangkan di

Page 8: NILAI MURNI DALAM SASTERA REMAJA MEMUPUK …jurnalrumpun.com/wp-content/uploads/2019/02/009-Ani-UPSI.pdfterdapat dalam novel remaja Air Mata Ibu. Penghasilan sastera remaja bukan sahaja

135

merata tempat ketika ’aku’ bekerja. Kerana ketidakselesaan ini abu sering meminta ’aku’ menghantarnya kembali ke negara China tempat asal susulnya. Bab 12: Tertipu- mengisahkan ’aku’ telah ditipu oleh rakan serumah dengan menggelapkan wangnya hampir lima ribu konon hendak membantu menguruskan kepulangan abu dan ’aku’ ke negara China. Di sini dipaparkan hati manusia yang tidak berperikemanusiaan sanggup mengambil kesempatan di atas kesempitan dan kesengsaraan hidup manusia.

Bab 13: Sorotan- mengisahkan ’aku’ bernostalgia, dibesar dan dimanjakan oleh achek iaitu panggilan untuk ayah ’aku semasa kecil. Bab 14: Hati- mengisahkan bagaimana ibu Sui Yin yang tidak dibukakan pintu hatinya untuk memeluk Islam. Hati siibu begitu jumud dan tertutup terus diumpamakan oleh pengarang seperti tertutup rapat dan jumudnya polisi dasar China dahulu terhadap negara-negara luar. Bab 15: Abang Chin Sakit- mengisahkan bagaimana kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya yang sakit, sanggup melawat dan merawat anak yang dikasihi walaupun telah menyakiti hati siibu. Ibu tetap ibu, mengasihi anak-anaknya walau bagaimana rupa dan keadaannya sehingga akhir hayatnya. Bab 16: To Tung Sua- bab akhir mengisahkan bagaimana ’aku’ menguruskan dan menghantar abuku balik ke negara asalnya iaitu negara China. Budaya Kecemerlangan Remaja Berwawasan Malaysia akan berada di tahap kejayaan dan pencapaian yang lebih tinggi jika budaya kecemerlangan diamalkan. Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan. Syed Mahadzir Syed Ibrahim (2010:9) menyatakan prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.

Budaya kecemerlangan juga memaparkan peranan manusia sebagai khalifah. Manusia dijadikan oleh Allah S.W.T sebagai khalifah yang diamanahkan untuk mengendalikan pemerintahan di

Page 9: NILAI MURNI DALAM SASTERA REMAJA MEMUPUK …jurnalrumpun.com/wp-content/uploads/2019/02/009-Ani-UPSI.pdfterdapat dalam novel remaja Air Mata Ibu. Penghasilan sastera remaja bukan sahaja

136

bumi, mengurus dan membangunkannya bagi tujuan yang bersifat islah dan menghindarkan kerosakan atau ifsad. Untuk memakmur dan mengislahkan kehidupan di bumi, manusia hendaklah memastikan segala tindak-tanduk dan tingkah lakunya, bersesuaian dengan peraturan dan hukum yang ditentukan oleh Allah S.W.T dalam agama-Nya. Ia hendaklah memastikan hidupnya berada di dalam lingkungan ubudiyah dan mengisi pengertian ibadah yang menjadi matlamat kehidupan ini yang sebenarnya. Fungsi sebagai khalifah adalah besar dan penting. Tugas besar dan penting yang diamanahkan kepada manusia, merupakan penghormatan istimewa kepada makhluk yang bernama manusia. Tetapi fungsi itu diamanahkan sebagai tanggung jawab yang diterima di dalam lingkungan kebebasan memilih. Justeru kebebasan itu adalah asas kepada tanggung jawab. Manusia tidak dapat dipertanggungjawabkan tanpa kebebasan. Apabila manusia memilih jalannya secara bebas, setelah diberikan petunjuk dan panduan, manusia berhak diperiksa dan disoal tentang tanggung jawabnya itu.

Ani Hj Omar (2011:242) menyatakan Malaysia akan berada di tahap kejayaan dan pencapaian yang lebih tinggi jika budaya kecemerlangan diamalkan. Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan. Kecemerlangan harus menjadi matlamat hidup seseorang untuk berjaya. Setiap perbuatan atau usaha yang beroleh tahap cemerlang membawa pengertian yang baik buat seseoran individu. Budaya cemerlang yang yang patut dicontohi oleh para remaja masa kini yang terdapat dalam kajian novel tersebut adalah seperti berikut; Berniaga Kedai Runcit Selepas Abu menutup kedai runcitnya. Pukul 8.00 malam, Abu pun mulai menutup dinding depan kedai yang dibuka sepanjang hari. Abu mengambil kepngan-kepingan papan dinding depan yang tersusun kemas di tepi dinding kanan kedai Abu. Setiap keping papan dinding itu panjangnya berukuran lebih kurang 12 kaki dan

Page 10: NILAI MURNI DALAM SASTERA REMAJA MEMUPUK …jurnalrumpun.com/wp-content/uploads/2019/02/009-Ani-UPSI.pdfterdapat dalam novel remaja Air Mata Ibu. Penghasilan sastera remaja bukan sahaja

137

lebarnya lebih kurang enam inci. Satu per satu kepingan-kepingan papan itu abu masukkan ke dalam ruang susur yang diapit kayu beroti sepanjang ruang hadapan hingga ke tiang pintu di kanan dan kirinya; sehingga ke kepingan yang ke-12. (hlm. 47) Rajin Bercucuk Tanam Seterusnya abu menggoreng sayur kangkung yang aku cabut di belakang rumah kedaiku. Abu tidak perlu membeli sayur daripada Ah Kia, penjaja ikan dan sayur-sayuran, kerana abu mempunyai jari-jemari hijau yang apa-apa ditanam abu akan bercambah dengan subur. Tanaman abu yang lain seperti petola, peria, kambas, kacang panjang, kacang botor dan terung bulat bergayut-gayut; bender dan terung panjang menegak-negak; sawi, kangkung, ubi keledek bercambah-cambah dan yang paling melebar ialah pokok labu abu, merata-rata labu abu menjalar sehingga habis seluruh bumbung reban ayam dan itik dipenuhi dengan jalaran-jalaran labu. Buahnya tidak kurang 15 biji, paling besar hampir-hampir satu setengah kaki lebarnya dan enam inci tebalnya.(hlm.49) Memelihara Ayam Itik Abu juga suka memelihara ayam dan aitik, itik-itik dan ayamayam yang dipelihara abu, begitu sihat dan cepat membiak. Setiap hari aku membantu abu memungut telur dengan menggunakan pencedok tempurung yang ditebuk dan diikat kepada sekeping buluh yang panjangnya lima kaki dan selebar satu inci. Setiap hari aku dapat mengumpul 15 biji telur itik daripada reban itik yang berkembar dengan reban ayam (hlm.49). pada mulanya Abang Chin hanya membeli enam ekor anak itik dan 10 ekor anak ayam di pekan Tampin, kemudian ia telah membiak begitu cepat. (hlm.49)

Berdasarkan petikan novel di atas pengarang cuba memberitahu pembaca bahawa untuk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan perlulah ada satu komitmen dan pengorbanan serta usaha yang gigih tanpa mengenal erti putus asa. Di samping

Page 11: NILAI MURNI DALAM SASTERA REMAJA MEMUPUK …jurnalrumpun.com/wp-content/uploads/2019/02/009-Ani-UPSI.pdfterdapat dalam novel remaja Air Mata Ibu. Penghasilan sastera remaja bukan sahaja

138

untuk menjadi cemerlang seseorang itu perlu menguasai seberapa banyak ilmu dan kemahiran yang berkaitan dengan bidang yang diceburi. Rumusannya, budaya kecemerlangan dapat direalisasikan jika manusia sebagai khalifah yang dilengkapkan dengan akal mengetahui potensi istimewa yang mereka miliki iaitu boleh berfikir dan memahami. Dengan keupayaan berfikir itu, manusia dapat membezakan antara yang baik dan tidak baik, antara yang benar dan palsu serta dapat menentukan arah dan haluan hidupnya. Walaupun keupayaan akal manusia terbatas, tetapi tidak dapat dinafikan, akal mempunyai keupayaan yang sungguh besar yang memberikan kelayakan istimewa bagi melayakkan manusia menjadi khalifah menuju ke arah budaya kecemerlangan sama ada hidup di dunia mahupun di akhirat nanti. Menjadi khalifah yang sejati mestilah dilengkapi dengan iman, ilmu dan amal. Ini kerana dalam kehidupan terlalu banyak dugaan dan cabaran yang akan ditempuhi. Jika tidak berpandukan jalan yang benar dan diredhai oleh Tuhan Yang Esa manusia akan sesat, maka tujulah jalan yang benar iaitu amalkan kesederhanaan supaya dapat mengekalkan keharmoniaan hidup yang aman bahagia dan dapat mengukuhkan kesatuan bangsa. Ketabahan Remaja Meniti Kejayaan Setiap remaja perlulah mempunyai sikap tabah dalam mengahadpi sebarang bentuk cabaran demi sebuah kejayaan. Syed Mahadzir Syed Ibrahim (2010:10) menyatakan setiap pejuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan. Pejuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan. Rakyat perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan negara. Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat. Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.

Page 12: NILAI MURNI DALAM SASTERA REMAJA MEMUPUK …jurnalrumpun.com/wp-content/uploads/2019/02/009-Ani-UPSI.pdfterdapat dalam novel remaja Air Mata Ibu. Penghasilan sastera remaja bukan sahaja

139

Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahan-kelemahan yang ada dan perlu memperbaikinya secara positif. Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya. Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan. Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara. Ketabahan perlu diseimbangkan dari aspek rohani, mental, emosi dan fizikal. Perkara ini penting kerana kadangkala manusia hanya mengikut nafsu yang tidak bertepi dalam kehidupan mereka. Dalam menempuh kemelut kehidupan dan senario masa kini yang mencabar setiap individu tanpa mengira kaum dan bangsa perlu menanam sifat sabar. Walau apapun dugaan dan cabaran yang dihadapi kesetiaan kepada negara haruslah diutamakan. Ketabahan juga perlu dilengkapi dengan kesabaran, kesungguhan dan tidak mudah mengaku kalah dengan cabaran yang mendatang. Ani Hj Omar (2011: 246) setiap pejuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan. perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah serta sabar menghadapi rintangan dan dugaan. Sifat sabar ialah keupayaan mengawal diri daripada penderitaan yang ditanggung atau kelazatan yang terlepas atau hilang. Sesuatu penderitaan memberi kesan kepada diri dan jiwa. Antara contoh ketabahan yang boleh dijadikan ikhtibar oleh para remaja yang terdapat dalam novel ini adalah seperti berikut; Berdikari Sejak Dari Kecil Dengan Berusaha Sendiri dan Berniaga Sejak berusia 11 tahun, abang Chin sudah pandai berdikari. Mencari duit saku untuk dirinya dengan menjual kayu api yang diambil dari ladang getah Kampung Datar `…biasanya dijual kepada mak-mak cik di kampung kediaman kami dengan harga 20 sen.. (hlm.145)…selebihnya diikat-ikat, seikat 10 batang cendawan untuk dijual kepada orang kampung. Larisnya bagai pisang goreng panas. Pada masa-masa terluang, abang Chin sentiasa memenuhkan

Page 13: NILAI MURNI DALAM SASTERA REMAJA MEMUPUK …jurnalrumpun.com/wp-content/uploads/2019/02/009-Ani-UPSI.pdfterdapat dalam novel remaja Air Mata Ibu. Penghasilan sastera remaja bukan sahaja

140

masanya dengan kerja-kerja yang mendatangkan wang. Abang Chin tidak seperti kanak-kanak lain sebayanya, suka bermain, mindanya sentiasa berkisar ke arah untuk menambah wang dalam tabung buluhnya. (hlm. 148) Masa lapang lain, abang Chin gunakan untuk membuat bekas telur pegantin daripada kad manila yang dibeli sekeping 16 sen. Boleh buat 16 bekas, dijual tiga sen satu. Setiap satu keping kad manila, abang Chin untung 32 sen. Banyak bekas itu dibuat oleh abang Chin sehingga melebihi 1000 bekas pada musim perkahwinan. Bekas-bekas ini dijual kepada Pak Said yang menjual barang-barang runcit dan kelengkapan perkahwinan di pekan Kota. (hlm. 158) Mengumpul Duit Dan Berjimat Cermat Duit-duit itu abang Chin simpan dalam tabung buluh yang dibuatnya sendiri. Tabung aku, aku isi dengan wang yang aku minta daripada abuku manakala abang Chin dengan wang titik peluhnya. (hlm. 145) Rumusannya Allah S.W.T. menuntut manusia supaya menggunakan akal fikiran. Justeru itu, berfikir adalah sesuatu yang menjadi tuntutan dan seharusnya dilakukan oleh manusia dalam setiap aktiviti dan tindak tanduk yang dilakukan. Daripada petikan-petikan tersebut didapati betapa orang China yang datang berhijrah ke Tanah Melayu telah menggunakan kebijaksanaan untuk hidup dengan aman supaya mereka dapat diterima dengan baik oleh penduduk Melayu tempatan. Kerajinan, ketabahan menjadi budaya orang China menggunakan tulang empat kerat untuk hidup harus menjadi tauladan bagi orang-orang Melayu. Orang-orang China yang datang berhijrah ke Tanah Melayu hanya datang dengan sehelai sepinggang, tetapi kerana rajin dan berusaha mereka dapat hidup tanpa mengharapkan belas ihsan penduduk tempatan. Rendah Hati Memupuk Budaya Harmoni Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip. Sikap merendah diri ini perlu

Page 14: NILAI MURNI DALAM SASTERA REMAJA MEMUPUK …jurnalrumpun.com/wp-content/uploads/2019/02/009-Ani-UPSI.pdfterdapat dalam novel remaja Air Mata Ibu. Penghasilan sastera remaja bukan sahaja

141

bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada. Selaras dengan ajaran Islam, pemikiran keluhuran Sui Yin amat jelas kerana beliau amat mengasihi dan mengutamakan kasih ibunya. Ini terbukti apabila Sui Yin meminta keizinan ibunya untuk memeluk agama Islam; sehingga pertengahan tahun 1990, selepas aku mendapat izin daripada abuku di negara China melalui pujukan kakakku yang menyatakan bahawa aku hanya boleh berkahwin jika aku dibenarkan memeluk agama Islam kerana teman lelakiku orang Islam. Terdengar perkataan kahwin, abuku merenungku dan mengangguk. Tanda keizinannya.” (hlm.32) Perasaan sedih dan sayu menyelubungi abu, aku dan orang kampung. Walaupun berlainan agama tetapi perhubungan jiran tetangga adalah sangat baik dan mesra sekali. Kami bersalaman, berpeluk-pelukan dan memohon maaf salah dan silap. (hlm.129) Rendah hati sebagai salah satu nilai murni yang terdapat dalam konsep 1Malaysia dalam membantu memupuk budaya harmoni. Rendah hati bukanlah bermaksud rasa hilang harga diri atau tidak mempunyai keyakinan terhadap kemampuan diri sendiri tetapi rendah hati dalam konteks ini adalah bererti sentiasa bersopan, tidak mengutamakan diri sendiri, sebaliknya mengutamakan kepentingan ramai. Ani Hj Omar (2011: 247) menyatakan masyarakat Malaysia amat menghormati dan menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip. Sikap merendah diri ini perlu sesuai dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada. Syed Mahadzir Syed Ibrahim (2010:10) menyatakan rendah hati adalah sifat yang penting untuk dimiliki.

Dalam Islam, rendah hati dikatakan tawadhuk. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam sesuai dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri. Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain. Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia.

Page 15: NILAI MURNI DALAM SASTERA REMAJA MEMUPUK …jurnalrumpun.com/wp-content/uploads/2019/02/009-Ani-UPSI.pdfterdapat dalam novel remaja Air Mata Ibu. Penghasilan sastera remaja bukan sahaja

142

Penerimaan Dan Kesepakatan Gagasan ‘1 Malaysia’ yang bertujuan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum menepati konsep persaudaraan sesama umat manusia. Sesuai dengan konsep penerimaan, sifat Islam adalah menentang ‘cauvinisme’. Inilah yang mahu diterapkan oleh pemimpin negara apabila Perdana Menteri menyebut “kita perlu berfikir dan bertindak merentasi tembok perkauman”. Syed Mahadzir Syed Ibrahim (2010:11) menyatakan konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran. Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa juga perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama. Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini. Sebagai contoh perhatikan beberapa petikan berikut; Lambang persahabatan, persefahaman dan perpaduan kaum ”Abu menangis teresak-esak, sayu, sedih dan dukacita, tidak dapat digambarkan. Peristiwa ini menimbulkan simpati Mak Lang Kuntum terhadap Abu, Mak lang Kuntum memeluk erat untuk menenangkan abu”. (hlm.7) ”Achek hanya mengetahui kematian kak long selepas suami Mak Lang Kuntum, Pak Lang Jaffar disuruh ke pekan Kota memberitahu Achek. Ketika itu achek sedang rancak mengacau batu bata berwarna putih, mahjung namanya di kedai judi Ah Long, tempat Achek bermastautin setiap hari sehingga larut pagi... Pak Lang Jaafar menepuk bahu Achek, ”Silau! Boghonti main, maghi balik, anak kau Sui Ling dah mati.” (hlm.9) Tiga hari sekali,

Page 16: NILAI MURNI DALAM SASTERA REMAJA MEMUPUK …jurnalrumpun.com/wp-content/uploads/2019/02/009-Ani-UPSI.pdfterdapat dalam novel remaja Air Mata Ibu. Penghasilan sastera remaja bukan sahaja

143

abu mengandar dua baldi air yang dicedok daripada perigi Mak Lang Jaro atau daripada perigi Mak Busu Bedah. Air perigi ini, khas untuk diminum dan masakmemasak sahaja. (hlm.11). `...aku terus ke kedai Mak Teh Umai, membeli empat biji kuih apam, kegemaranku. Aku makan bersama sekole besar milo yang telah dibancuh oleh abuku. Pukul 10.00 pagi, aku pergi ke rumah Kak Mah, Mak Pung di Ulu Gadung, jauhnya lebih kurang setengah kilometer dari rumah kedaiku. Aku amat suka melihat Kak Mah memasak, cekap dan sedap. (hlm. 94)Mengamalkan cara hidup dan memasak masakan Melayu khususnya masakan Negeri Sembilan seperti yang digambarkan di halaman 102-103 iaitu Masak Lemak Cili Api dan masakan-masakan Melayu yang lain seperti rendang, masak pindang, sambal ikan bilis campur petai, masak tempoyak bersama ulam-ulaman pajeri nanas dan sebagainya. (hlm. 104) Malaysia mempunyai penduduk pelbagai kaum, antara kaum terbesar ialah Melayu, Cina dan India, sewajarnyalah nilai murni penerimaan ini diterapkan dalam konsep 1Malaysia. Konsep penerimaan boleh dianggap sebagai pendirian asas kepada IMalaysia. Syed Mahadzir Syed Ibrahim (2010: 11) dalam Ani Hj Omar, menyatakan konsep penerimaan dan tolenransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahu pun pelaksanaan. penerimaan akan memperlihatkan perlakuan positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran. Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa juga perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama. Kesetiaan dan Kecintaan Terhadap Negara Tiada Bandingan Semangat kebangsaan bagi setiap warga di negara ini perlu dipertingkatkan lagi. Adalah amat berbahaya jika rakyat hilang ciri-ciri seperti cinta dan taat setia kepada tanah air. Sulaiman Zakaria (2010:17) menyatakan prinsip kesetiaan amat diperlukan bagi

Page 17: NILAI MURNI DALAM SASTERA REMAJA MEMUPUK …jurnalrumpun.com/wp-content/uploads/2019/02/009-Ani-UPSI.pdfterdapat dalam novel remaja Air Mata Ibu. Penghasilan sastera remaja bukan sahaja

144

sesebuah negara. Kesetiaan kepada raja dan negara, prinsip kedua Rukun Negara ini wajib dipegang erat oleh setiap rakyat tanpa berbelah bahagi. Bagi rakyat Malaysia tidak ada lagi negara lain bagi mereka. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri apa lagi negara asal (China dan India) yang sepatutnya dilupakan buat selama-lamanya. Malaysia tempat mereka hidup dan mati. Berikut antara petikan yang boleh dijadikan contoh. Lambang ketabahan dan kecekalan Menumpang di bumi orang, achek kena berbaik dengan semua orang, termasuk orang yang kerap mencuri getah keping, getah sekerap dan lain-lain barang di dalam kedainya... aku rasa, bukan achekku tiada naluri amarah. Ada, tetapi terpaksa dikawal kerana dia berada di bumi orang. Ahekku amat sedar tentang kedudukannya sebagai imigran dan orang mendatang di kampung itu. Achek perlu mengekalkan keharmonian dengan penduduk kampung demi menjamin kesejahteraannya. (hlm. 285) ”Abu terpaksa menunggu kakak-kakakku tidur, semasa mereka tidur, abu dan abang Yong terus keluar meninggalkan mereka ke pelabuhan Xiamen, menaiki kapal pulang ke Malaya. Kata abuku, mujur beliau dan abang Yong duduk di ruang tengah kapal, jika diekor kapal, kedua-dua mereka telah mati ditembak Jepun. Ketika itu musim peperangan antara askar-askar Jepun dan askar-askar Kuomintang. Ekor kapal yang abu dan abang Yong naiki telah ditembak oleh askar-askar Jepun di perairan Hong kong. Syukur abu dan abang Yong terselamat. Kembalilah mereka ke pangkuan achekku semula di Malaya. Sejak itu abu amat merindui kedua-dua anaknya yang ditinggalkan di negara China (hlm.14). Ani Hj Omar (2011: 249) mengatakan nilai kesetiaan dalam konsep 1Malaysia ialah semangat kebangsaan bagi setiap warga di negara ini perlu dipertingkatkan lagi. Adalah amat berbahaya jika rakyat hilang ciri-ciri seperti cinta dan taat setia kepada tanah air. Berdasarkan pernyataan tersebut dapatlah dikatakan bahawa kesetiaan di sini

Page 18: NILAI MURNI DALAM SASTERA REMAJA MEMUPUK …jurnalrumpun.com/wp-content/uploads/2019/02/009-Ani-UPSI.pdfterdapat dalam novel remaja Air Mata Ibu. Penghasilan sastera remaja bukan sahaja

145

merujuk kepada kesetiaan kepada negara, agama dan bangsa. Rasa kebanggaan dan kecintaan terhadap tanah air sendiri, dan bersyukur di atas anugerah Ilahi di atas kemakmuran harus sentiasa disemai dalam konsep kesetiaan ini. Dalam setiap urusan masyarakat berbilang kaum harus jujur dan sentiasa mengekalkan persaudaraan. Jangan ada perasaan iri hati atau cuma manis di bibir tetapi di hati lain bicara. Meritokrasi Tiada Diskriminasi Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang. Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan. Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi kecemerlangan masing-masing, serta memberi tawaran yang terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan. Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi/ liberalisasi. Pelaksanaan prinsip meritokrasi adalah bertujuan melahirkan generasi yang sentiasa tekun dan sabar dalam memburu kejayaan. Generasi yang tidak takut berdepan dengan kegagalan. Sekali gagal bukan bermakna gagal selamanya. Prinsip itulah yang harus dipegang dalam diri seseorang. Hal ini kerana semua individu pernah mengalami kegagalan di dalam hidupnya. Tetapi kegagalan itu akan mengajar kita untuk lebih giat berusaha dan berjuang dalam kehidupan kita. Menerusi novel ini usaha gigih abang-abang Su Yin mengubatinya tanpa mengenal putus asa patut dijadikan ikhtibar; ...Itulah kehendak Allah S.W.T. kun Fayakun, jadi maka jadilah dia. Aku dipertemukan dengan perantaraku hasil daripada azam dan usaha-usaha kuat abang-abangku untuk mencari penawar kepada penyakitku kerana abang-abangku amat yakin bahawa setiap penyakit yang diturunkan Allah

Page 19: NILAI MURNI DALAM SASTERA REMAJA MEMUPUK …jurnalrumpun.com/wp-content/uploads/2019/02/009-Ani-UPSI.pdfterdapat dalam novel remaja Air Mata Ibu. Penghasilan sastera remaja bukan sahaja

146

akan diturunkan juga penawarnya asalkan kita tidak jemu mencarinya. (hlmn. 90) Oleh kerana itu, negara memerlukan generasi yang benar-benar mempunyai sikap yang positif dan dinamik, yang berpandangan jauh dan mempunyai kekuatan serta daya tahan yang kental. Generasi baharu ini bakal mewarisi para pemimpin sekarang, dan akan menentukan corak serta perjalanan negara pada masa yang akan datang di dalam segala aspek, termasuk sosial, ekonomi, pendidikan, dan politik. Justeru, Malaysia akan melahirkan tenaga mahir di dalam bidang pembangunan ekonomi dan perindustrian, dan Malaysia akan melahirkan para profesional yang cekap dan bermutu tinggi di dalam semua bidang bagi tujuan mencipta negara maju pada tahun 2020 dengan identitinya sendiri. Di samping kemajuan ekonomi, Malaysia juga haruslah maju dengan rakyatnya yang bermoral dan beretika, berpegang teguh kepada nilai-nilai murni kerohanian dan agama. Pendidikan Asas Kemajuan Menuju Kecemerlangan Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan dan kemajuan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan bagi mengatasi segala kelemahan. Terdapat empat buah puisi yang mengetengahkan tentang pendidikan. Ilmu akan menjadi benteng yang kukuh bagi setiap manusia menjalankan kewajipan sebagai seorang khalifah. Ilmu yang benar menjadi pedoman dan pemimpin umat manusia sepanjang masa. Menerusi novel ini berikut adalah antara contohnya; Mengetengahkan istilah-istilah sains dan pendapat-pendapat sarjana serta ahli sains dan falsafah mengenai sesuatu penyakit dan mengenai sesuatu fakta umpamanya seperti yang terdapat dalam hlm. 80, 81, 82, 83, 84, 85, sebagai contoh seperti berikut; ...menurut buku ini, kopi mengandungi kafein-salah satu daripada terbitan xantin. Stimulan sistem saraf pusat (CNS) dan otot rangka yang paling kuat, ia meredakan kelesuan dan menjadikan proses pemikiran lebih jelas, ia juga boleh mengakibatkan insomnia. (hlm. 92) Seterusnya, aku rujuk kepada

Page 20: NILAI MURNI DALAM SASTERA REMAJA MEMUPUK …jurnalrumpun.com/wp-content/uploads/2019/02/009-Ani-UPSI.pdfterdapat dalam novel remaja Air Mata Ibu. Penghasilan sastera remaja bukan sahaja

147

teori psikoanalisis, teori ahli psikologi bangsa Austria bernama Singmund Freud. Katanya, sebahagian besar tingkah laku kita adalah berdasarkan keadaan yang tidak rasional dan bersifat naluri dan biasanya dipengaruhi dua jenis konflik yang tidak sedar-konflik agresif seksual. Perkembangan personaliti bergantung kepada faktor biologi dan desakan agresif dan seks dalam pembentukan tingkah laku. (hlm. 144.

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan. Ani Hj Omar (2011: 252), menyatakan apabila memperkatakan tentang pendidikan ianya tidak dapat lari daripada tugas seorang pendidik. Seorang pendidik yang memikul amanah bangsanya bukan sahaja mendidik dengan memberi ilmu pengetahuan supaya anak muridnya berjaya di dunia malah seorang pendidik yang berjiwa luhur akan membekalkan juga ilmu keimanan dan ketaqwaan yang kukuh di jiwa mereka sebagai bekalan di akhirat nanti. Sehubungan itu negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segalagalanya.

Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka. Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernacular. Semua aliran, sama ada kebangsaan, sekolah China dan sekolah India hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama. Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk ‘1 Malaysia’. Rumusan dari puisi ini ialah hakikat ilmu yang telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T adalah untuk mendidik jiwa manusia supaya mengenal Tuhan yang sebenar yang berhak disembah dan dapat membuat persediaan untuk kehidupan di akhirat nanti. Sebagai seorang khalifah di samping menuntut ilmu untuk diri sendiri, ilmu yang diperolehi adalah untuk insan lain yang memerlukannya, ilmu yang disebarkan pula adalah untuk menunjukkan hakikat sebenar

Page 21: NILAI MURNI DALAM SASTERA REMAJA MEMUPUK …jurnalrumpun.com/wp-content/uploads/2019/02/009-Ani-UPSI.pdfterdapat dalam novel remaja Air Mata Ibu. Penghasilan sastera remaja bukan sahaja

148

keagungan Tuhan. Tugas yang hendak dilaksanakan ini menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.

Integriti Hidup Berharmoni Dalam melahirkan modal insan yang setia kepada negara, menghormati sensitiviti kaum dan budaya, setiap diantara kita perlu ada sifat integriti yang boleh dibanggakan dan dicontohi. Integriti adalah salah satu nilai asas “Satu Malaysia”. Integriti adalah cara membina keyakinan dan kepercayaan. Adalah sangat penting bagi kerajaan memperoleh kepercayaan dan keyakinan rakyat yang dipimpinnya. Salah satu cara terbaik mendapatkan kepercayaan dan keyakinan ini ialah bersikap jujur dengan menjauhi segala perkara yang tidak patut dilakukan, berani mengakui kesilapan dalam dasar yang dilaksanakan umpamanya menentang gejala rasuah. Integriti adalah kunci yang menentukan janji ditepati dan prinsip dipertahankan. Apabila setiap individu bersifat jujur, telus dan terbuka dengan orang lain, asas kepercayaan dan keyakinan telah berjaya dipupuk. Bersifat Jujur, Baik Hati, Menjaga Sensitiviti Kaum Pada suatu pagi yang hening, sedang aku leka membuka fail-fail bagi kes-kes baki tidak sifar, telefon di atas meja ketua bahagianku berdering, aku angkat, sayup-sayup kedengaran oleh gegendang telingaku suara anak jiran kampungku bercakap, “Su Yin, ini budak Ayep, balik copek, omak kau sakit kuek, dio sekaghang ado kek sepita Tampin.” (hlmn. 113) bak itu cepat-cepat abu ambil daripada Ah Heng supaya tidak dilihat oleh orang Melayu di sekeliling terutama jiran-jiran terdekat kami. Keluarga abu, satu-satunya keluarga Cina di Kampung Tanjung, Gadong, Negeri Sembilan ini. (hlm.45). Mohd Nashuha Jamudin ed. (1996:1) menyatakan manusia yang dicipta oleh Tuhan sebagai khalifah atau pemimpin di muka bumi ini mempunyai berbagai-bagai keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan makhluk-makhluk lain. Kelebihan dan keistimewaan ini ialah kerana manusia dikurniakan akal. Akal

Page 22: NILAI MURNI DALAM SASTERA REMAJA MEMUPUK …jurnalrumpun.com/wp-content/uploads/2019/02/009-Ani-UPSI.pdfterdapat dalam novel remaja Air Mata Ibu. Penghasilan sastera remaja bukan sahaja

149

fikiranlah yang membezakan secara kualitatif, diantara manusia dengan haiwan. Akal sering dikaitkan dengan organ otak manusia. Sekiranya manusia dapat menggerakkan sel-sel otaknya dan mengeluarkan buah fikiran, maka ia dikira sebagai telah memanfaatkan akal dan otaknya. Kemahiran mengeluarkan buah fikiran yang baik dan berguna inilah yang bakal mengangkat darjat ‘keinsanan’ manusia berbanding haiwan. Sejarah membuktikan bahawa manusia yang bertindak tanpa menggunakan akal dan buah fikirannya boleh terjerumus ke dalam darjat kehaiwanan bahkan lebih dasyat daripada itu. Melalui petikan-petikan tersebut jelas memaparkan sifat integriti khususnya dipupuk oleh kedua-dua bangsa Melayu dan China.

Keharmonian dan interaksi budaya ini telah memupuk semangat kasih sayang, dan faham memahami walaupun berlainan fahaman, agama dan berlainan kaum. Nilai murni integriti sering dikaitkan dengan kejujuran. Seseorang yang diamanah untuk melakukan sesuatu pekerjaan mesti mempunyai nilai integriti dalam dirinya, sekaligus akan mencermin sahsiah atau sifat keperibadiannya. Integriti juga boleh dianggap sebagai nilai murni jiwa seseorang. Amanah merupakan sesuatu kepercayaan orang lain yang diberikan kepada kita yang harus dipegang. Begitu juga dengan janji. Amanah dan janji dengan orang lain, sekiranya tidak dipegang dengan baik, akan menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap kita. Oleh itu sebagai seorang yang telah diamanahkan, kita seharusnya melakukan yang terbaik dalam tugasan atau apa jua yang diberikan kepada kita. Oleh yang demikian setelah dikaji novel ini telah memaparkan sikap berintegriti antara jiran tetangga tidak mengira kaum, bangsa dan agama selain daripada nilai-nilai murni 1 Malaysia yang telah diulas dan dinyatakan. KESIMPULAN Dalam menjana pemikiran yang berhadapan dengan realiti, modenisasi dan globalisasi khususnya di abad ke-21 ini, sastera remaja yang sarat dengan visi dan nilai-nilai murni memainkan peranan dalam mengukuhkan jati diri demi mengharungi

Page 23: NILAI MURNI DALAM SASTERA REMAJA MEMUPUK …jurnalrumpun.com/wp-content/uploads/2019/02/009-Ani-UPSI.pdfterdapat dalam novel remaja Air Mata Ibu. Penghasilan sastera remaja bukan sahaja

150

kehidupan pascamoden. Nilai-nilai murni seperti yang disarankan dalam konsep ‘1 Malaysia’ harus dipupuk dan dibajai, supaya nilai murni itu menyerap dalam kehidupan dan sahsiah individu-individu dalam masyarakat yang pelbagai kaum dan latar belakang. Pengkajian novel Air Mata Ibu karya Soo Cham jelas memaparkan wujudnya interaksi dua tamadun Melayu dan China sejak mula kaum imigran tersebut berhijrah ke Tanah Melayu. Rentetan daripada itu telah dirungkaikan pelbagai persoalan dan pemikiran pengarang berhubung dengan tamadun dua bangsa tersebut. Rumusannya aspek paling penting dalam proses interaksi adalah masyarakat yang berfikiran terbuka dan sanggup menerima unsur-unsur dari tamadun lain. Interaksi antara tamadun mampu memupuk nilainilai murni 1Malaysia yang menjadi amalan setiap tamadun di samping mewujudkan persefahaman dan memperkukuhkan jati diri sesuatu bangsa itu.

Dalam keghairahan menongkah arus kemajuan, pemupukan nilai keperibadian perlu diteruskan, supaya pembangunan fizikal dan rohani dapat diseimbangkan. Konsep ‘1 Malaysia’ akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama.

Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada manamana kaum kerana semua rakyat adalah bangsa Malaysia dan rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan citarasa untuk bersama memajukan negara.

Page 24: NILAI MURNI DALAM SASTERA REMAJA MEMUPUK …jurnalrumpun.com/wp-content/uploads/2019/02/009-Ani-UPSI.pdfterdapat dalam novel remaja Air Mata Ibu. Penghasilan sastera remaja bukan sahaja

151

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai intergriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari nilai-nilai murni dan prinsip-prinsip utama ‘1 Malaysia’ iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini. RUJUKAN Ani Hj Omar. (2011). Apresiasi Teori Kesusasteraan Melayu. Tanjung

Malim Perak. Emeritus Publicatoins. Al-Quran & Terjemahannya. (2007). Bandung: PT Syaamil Cipta

Media. Mohd Nakhaie Ahmad. (1998). Di Bawah Naungan Islam. Kuala

Lumpur: Institut Muamalat Islam Malaysia Mohd Ayop Abd Razid. Artikel “1 Malaysia Tunjang Transformasi”.

Tersiar dalam akhbar Mingguan Malaysia Ogos 2010. Mohd Ayop Abd. Razid. Artikel “Nilai 1 Malaysia Menepati Islam”

tersiar dalam akhbar Utusan Malaysia Februari 2010 Mustafa Abdul Rahman. (2001) Hadith 40 (Terjemahan dan

Syarahannya). Selangor: Dewan Pustaka Fajar. Minda Pengarang “Gagasan 1 Malaysia Elak Sengketa, Terap

Semangat Kebangsaan” tersiar Dalam akhbar Berita Harian Jun 2010

Sulaiman Zakaria ed. (2010). Gagasan 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Selangor: Impiana Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Syed Mahadzir Syed Ibrahim ed. (2010). Gagasan Najib: 1 Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan. Kuala Lumpur: Warisan InKed.

Page 25: NILAI MURNI DALAM SASTERA REMAJA MEMUPUK …jurnalrumpun.com/wp-content/uploads/2019/02/009-Ani-UPSI.pdfterdapat dalam novel remaja Air Mata Ibu. Penghasilan sastera remaja bukan sahaja

152

Soo Cham. (2007). Air Mata Ibu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Othman Puteh. (1999). Sastera Remaja. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.