niat yang suci

2
Bismillahirrahmanirrahim. Sering kita tersilap dalam membezakan niat dan lafaz niat. Bagi memudahkan kefahaman, niat merupakan ‘rasa ingin melakukan sesuatuserta tujuan melakukan sesuatumanakala lafaz pula bermaksud menyebut niat ataupun keinginan tersebut melalui perkataan. Walau bagaimanapun, artikel ini bukanlah untuk membincangkan perbezaan antara niat dengan lafaz niat tetapi bagi berkongsikan pentingnya mempunyai niat yang betul dalam melakukan sesuatu amal. Imam Bukhari dalam membukukan sahihnya, meletakkan hadis berkaitan niat sebagai antara hadis yang terawal begitu juga Imam Nawawi. Ini menunjukkan bahawa ulama-ulama sangat menekankan kepentingan niat dalam melakukan setiap pekerjaan terutamanya amal kebaikan. Ini kerana dengan niat yang betul kerana Allah, satu-satu perkara yang dibuat akan dikira sebagai amal ibadat kepada-Nya. Bukankah tujuan manusia dihidupkan di muka bumi ini adalah untuk beribadat dan tunduk patuh kepada Allah?

Upload: stylo-mylo

Post on 11-Jul-2015

191 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Niat yang suci

Bismillahirrahmanirrahim. Sering kita tersilap dalam membezakan niat dan lafaz niat. Bagi memudahkan

kefahaman, niat merupakan ‘rasa ingin melakukan sesuatu’ serta ‘tujuan melakukan sesuatu’ manakala lafaz

pula bermaksud menyebut niat ataupun keinginan tersebut melalui perkataan. Walau bagaimanapun, artikel ini

bukanlah untuk membincangkan perbezaan antara niat dengan lafaz niat tetapi bagi berkongsikan pentingnya

mempunyai niat yang betul dalam melakukan sesuatu amal.

Imam Bukhari dalam membukukan sahihnya, meletakkan hadis berkaitan niat sebagai antara hadis yang

terawal begitu juga Imam Nawawi. Ini menunjukkan bahawa ulama-ulama sangat menekankan kepentingan

niat dalam melakukan setiap pekerjaan terutamanya amal kebaikan. Ini kerana dengan niat yang betul kerana

Allah, satu-satu perkara yang dibuat akan dikira sebagai amal ibadat kepada-Nya. Bukankah tujuan manusia

dihidupkan di muka bumi ini adalah untuk beribadat dan tunduk patuh kepada Allah?

Page 2: Niat yang suci

Niat yang salah tidak akan menjadikan satu-satu perbuatan yang baik itu sebagai satu ibadat. Sebagai contoh,

seorang hartawan mendermakan beribu ringgit bagi tujuan kebajikan anak-anak yatim sedang niatnya hanya

semata-mata untuk riak dan menunjuk-nunjuk, kebajikan yang dibuat olehnya akan menjadi sia-sia. Niat yang

betul pula tidak akan menjadikan suatu pekerjaan yang salah itu menjadi baik. Contoh yang boleh kita ambil di

sini ialah seseorang yang mencuri kerana ingin memberi bantuan kepada orang miskin (ingat Robin Hood?)

tidak menyebabkan kerja mencurinya sebagai satu ibadat di sisi Allah. Oleh itu, niat dan amal perlu seiring.

Bagi kita pula, iaitu saya sebagai penulis, menulis dengan niat untuk mencari kemahsyuran, dan anda sebagai

pembaca, membaca untuk mencari hujah menyindir individu lain, perkongsian ilmu yang kita lakukan ini akan

menjadi sia-sia walaupun ilmu itu sememangnya akan memberi manfaat kepada kita. Oleh itu, sama-sama

perbetulkan niat kita, saya dan anda, walaupun dalam sekecil-kecil perkara iaitu membaca artikel seperti ini

Semoga kita menjadi hamba yang sebenar-benar hamba yang tidak melupakan DIA dalam segenap perkara

yang kita lakukan, Insya Allah.

“BerubahMenjadi Lebih Baik“