nfo @ utm ipf · biro komunikasi & dokumentasi ipf 2015 ... sentiasa menjaga kebersihan diri 3....

2
Biro Komunikasi & Dokumentasi IPF 2015 Institusi Pembangunan Felo UTM Institusi Pembangunan Felo (IPF) UTM dengan kerjasama Kolej 9 & 10 telah berjaya menganjurkan Malam Citra Aspirasi IPF 2015. Program yang pertama kali dianjurkan ini telah diadakan di Dewan Banquet, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM. Program ini telah bermula pada jam 8.00 malam dengan nyanyian lagu Keunggulan Terbilang dan Bakti Felo. Program ini telah dihadiri oleh lebih 100 orang warga IPF dari pelbagai kolej-kolej kediaman di UTM. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menghargai jasa-jasa warga IPF bagi tahun 2014. Dalam majlis ini juga, warga IPF telah dihiburkan dengan nyanyian lagu yang bersemangat oleh warga IPF yang berbakat. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni), Prof. Dato’ Dr. Mohd Ismail bin Abd Aziz. Program ini diakhiri dengan anugerah Prom King & Queen yang telah dianugerahkan kepada En. Rosnizam bin Maarof dari Kolej Tuanku Caselor dan Cik Atikah binti Nawawi dari Kolej Tun Razak. nfo @ UTM IPF Edisi 4/2015 Institusi Pembangunan Felo UTM http://www.utm.my/ipf MENARIK EDISI INI Malam Citra Aspirasi IPF Boling Ria IPF Kolokium Penulisan Jurnal Tazkirah 8 Sunnah Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan Diri SIDANG REDAKSI Ketua Editor: En. Azizul bin Azman Jurugambar: En. Hadafi Fitri bin Mohd Latiff En. Nor Mohd Afif bin Osman Wartawan: Pn. Siti Aishah binti Abdul Hamid Pn. Nurul Na’immah binti Hamdan Pn. A. Rafidah binti A. Mohd Yunos En. Mohd Fadthul Ikmal bin Misnal Pereka Grafik: En. Mohammed bin Mohd Hasni Dr. Nor Fasiha binti Mohd Yusof Dr. Noorfa Haszlina bte Mustaffa Tugas-tugas Khas: Cik Siti Marsilawati binti Mohamed Esivan 1 FAKTA NOMBOR Jumlah Penduduk Malaysia (2016) 31 131 680 RM43550.62 Purata Pendapatan Per Kapita (2015)

Upload: dinhnhi

Post on 13-Apr-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Biro Komunikasi & Dokumentasi IPF 2015 Institusi Pembangunan Felo UTM

Institusi Pembangunan Felo (IPF) UTM dengan kerjasama Kolej 9 & 10 telah berjaya

menganjurkan Malam Citra Aspirasi IPF 2015. Program yang pertama kali dianjurkan ini telah

diadakan di Dewan Banquet, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM. Program ini telah

bermula pada jam 8.00 malam dengan nyanyian lagu Keunggulan Terbilang dan Bakti Felo.

Program ini telah dihadiri oleh lebih 100 orang warga IPF dari pelbagai kolej-kolej kediaman di

UTM. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menghargai jasa-jasa warga IPF bagi

tahun 2014. Dalam majlis ini juga, warga IPF telah dihiburkan dengan nyanyian lagu yang

bersemangat oleh warga IPF yang berbakat. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib

Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni), Prof. Dato’ Dr. Mohd Ismail bin Abd Aziz.

Program ini diakhiri dengan anugerah Prom King & Queen yang telah dianugerahkan kepada

En. Rosnizam bin Maarof dari Kolej Tuanku Caselor dan Cik Atikah binti Nawawi dari Kolej Tun

Razak.

nfo @ UTM IPF

Edisi 4/2015 Institusi Pembangunan Felo UTM http://www.utm.my/ipf

MENARIK EDISI INI

Malam Citra Aspirasi IPF

Boling Ria IPF

Kolokium Penulisan Jurnal

Tazkirah

8 Sunnah Cara Rasulullah

Menjaga Kesihatan Diri

SIDANG REDAKSI

Ketua Editor: En. Azizul bin Azman

Jurugambar: En. Hadafi Fitri bin Mohd Latiff En. Nor Mohd Afif bin Osman

Wartawan: Pn. Siti Aishah binti Abdul Hamid Pn. Nurul Na’immah binti Hamdan Pn. A. Rafidah binti A. Mohd Yunos En. Mohd Fadthul Ikmal bin Misnal

Pereka Grafik: En. Mohammed bin Mohd Hasni Dr. Nor Fasiha binti Mohd Yusof Dr. Noorfa Haszlina bte Mustaffa

Tugas-tugas Khas: Cik Siti Marsilawati binti Mohamed

Esivan

1

FAKTA NOMBOR

Jumlah Penduduk Malaysia (2016)

31 131 680

RM43550.62

Purata Pendapatan Per Kapita (2015)

Biro Komunikasi & Dokumentasi IPF 2015 Institusi Pembangunan Felo UTM

Edisi 4/2015 Institusi Pembangunan Felo UTM http://www.utm.my/ipf

2

TAZKIRAH...

Allah mengajar orang-orang yang beriman

dengan suatu adab yang baik iaitu adab

pergaulan sesama mereka dengan firman-Nya

yang bermaksud: "Dan apabila kamu diberikan

penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat

(seperti memberi salam) maka balaslah

penghormatan itu dengan yang lebih baik

daripadanya atau balaslah dia (dengan cara

yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa

menghitung akan tiap-tiap sesuatu." (Surah

an-Nisa': 86)

Pendapat yang lebih kuat - yang dimaksudkan

dengan hormat di sini ialah memberi salam

walaupun ada ulama yang menjelaskan

bahawa termasuk dalam ayat ini Tasymitul

'Atisy (berzikir ketika seseorang bersin) dan

membalas orang yang 'Musyamit'. Ertinya

apabila seseorang itu bersin, dia berkata 'al-

hamdulillah' dan yang berada di sisinya

menjawab 'Yarhamukallah'. Ini adalah diantara

perkara yang diajar oleh Rasulullah

shallaAllahu `alaihi wa sallam tetapi yang lebih

kuat dimaksudkan ayat ini ialah memberi

salam.

Menjadi ijma' di kalangan para ulama bahawa

memulakan salam itu disunatkan dan sangat

digalakkan manakala menjawab salam

diwajibkan.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan apabila

kamu diberi hormat dengan suatu

penghormatan (salam) maka kamu hendaklah

menghormatinya (menjawab salam itu)."

(Surah an-Nisa': 86)

Ulama' berkhilaf dalam masalah sama ada

menjawab salam itu wajib kifayah atau fadhu

ain. Di sisi Imam Malik dan Imam Syafie,

menjawab salam itu menjadi fardhu kifayah

(wajib secara umum). Sekiranya ada orang

yang menjawab salam di kalangan kumpulan

yang ramai maka lepaslah tanggungjawab

yang lain (yang tidak menjawab salam di

kalangan mereka).

Sumber: http://lenggangkangkung-my.blogspot.my/

Adab Seorang Muslim

Boling Ria IPF

Biro Sukan & Rekreasi IPF yang diketuai oleh En. Roslan bin Abd Ghani telah berjaya

menganjurkan Pertandingan Boling Ria IPF bagi tahun 2015. Pertandingan ini telah diadakan di

Danga Bowl, Danga City Mall, Johor Bahru. Pertandingan ini telah disertai oleh wakil-wakil bagi

setiap kolej yang telah mendaftarkan diri sebelum hari pertandingan. Pertandingan ini telah

bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam. Pertandingan pada kali ini

telah terbahagi kepada beberapa kategori seperti Mata Tertinggi (Lelaki & Perempuan), Kolej

Terbaik dengan mengambil jumlah 3 mata tertinggi bagi sesuatu kolej, Penyertaan Terbanyak bagi

Kolej dan Peserta paling Sporting. Pertandingan ini telah diakhiri dengan mengambil gambar

beramai-ramai bersama semua peserta.

8 SUNNAH CARA RASULULLAH

MENJAGA KESIHATAN DIRI

1. Selalu bangun sebelum Subuh

2. Sentiasa menjaga kebersihan diri

3. Makan secukupnya dan berhenti

sebelum kenyang

4. Gemar berjalan kaki

5. Menjaga sifat marah

6. Optimis dan Istiqamah

7. Menjauhi sifat yang buruk

8. Menjadi pemaaf

Biro Pembangunan dan Budaya Ilmu IPF telah menganjurkan Kolokium Penulisan

Jurnal pada 7 Disember 2015 bertempat di Dewan Astana, Kolej Tuanku Canselor, UTM yang

diketuai oleh Dr. Jasrul Jamani bin Jamian. Kolokium ini diadakan bagi memberikan

penerangan dan panduan kepada ahli-ahli IPF terutamanya ahli-ahli IPF yang bukan dalam

bidang akademik untuk membuat kertas kerja berkaitan aktiviti dan pembangunan mahasiswa

dan dihantar ke persidangan-persidangan yang bersesuaian terutamanya Persidangan

Pembangunan Mahasiswa Kebangsaan (NASDEC). Penerangan ini telah disampaikan oleh PM.

Dr. Yahya bin Buntat dari Kolej Dato’ Onn Jaafar dan PM. Dr. Mohd Khata bin Jabor dari Kolej

Tun Hussein Onn. Dalam kolokium ini juga, Biro Sukan dan Rekreasi IPF telah mengambil

peluang untuk menyampaikan hadiah kemenangan bagi Pertandingan Boling Ria IPF yang

telah diadakan. Kolokium telah berakhir pada jam 11.00 malam.