new pelaksanaan melindungi masa instruksional · pdf file 2019. 8. 29. · untuk...

Click here to load reader

Post on 23-Oct-2020

1 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • Kementerian Pendidikan Malaysia

    2013

    MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

    Kembali Kepada Yang Asas Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar

    dan Murid Belajar

    KEMENTERIAN

    PENDIDIKAN MALAYSIA

  • i

    MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

    KEMBALI KEPADA YANG ASAS : PEMIMPIN INSTRUKSIONAL, GURU

    MENGAJAR DAN MURID BELAJAR

    Diterbitkan oleh

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

  • ii

    CETAKAN PERTAMA NOVEMBER 2013

    © KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    Hak Cipta Terpeliharakecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersil.

    Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran

    atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan apa alat jua pun, sama ada dengan cara

    elektronik, mekanik, gambar, rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahulu

    daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

  • iii

    Isi Kandungan

    KATA ALU-ALUAN

    KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

    v

    KATA ALU-ALUAN

    TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

    (SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN)

    vi

    Kandungan Muka Surat

    1

    Pengenalan

    1

    2 Melindungi Masa Instruksional (ProtectingInstructional Time)

    di Sekolah Untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran

    Murid

    Haji Sufa’at bin Tumin

    Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

    (Sektor Operasi Pendidikan)

    5

    3 Pemerhatian Guru Meninggalkan Bilik Darjah Semasa Proses

    Pembelajaran dan Pengajaran

    Dr.Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali

    Abd Munir bin Mohd Rashid

    Nadimin bin Abdul Aziz

    Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

    37

    4 Kepimpinan Instruksional

    Dr. James Ang Jit Eng

    Haji Abdul Razak bin Alias

    Institut Aminuddin Baki

    54

    5

    Jadual Waktu

    Bong Muk Shin

    Bahagian Pendidikan Khas

    65

    6 Melindungi Masa Instruksional dalam Kegiatan

    Kokurikulum di Sekolah: Isu dan Cadangan Penyelesaian

    Mahamad Amran bin Kamsi

    Bahagian Kokurikulum dan Kesenian

    75

  • iv

    7 Pengurusan Masa dalam Konteks Pelaksanaan Pentaksiran

    Berasaskan Sekolah Rohesan bin Muhamad

    Lembaga Peperiksaan Malaysia

    97

    8 Pengoperasian Latihan dalam Perkhidmatan (LDP)

    Berasaskan Sekolah (School Based)

    Ahmad Zaki bin Salleh

    Razlee bin Mohamad

    [email protected] binti Ibrahim

    Bahagian Pendidikan Guru

    112

    9

    Glosari

    125

    10

    Penyumbang

    129

  • v

    Kata Alu-aluan

    Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

    Syabas dan tahniah kepada Sektor Operasi Pendidikan, Kementerian Pendidikan

    Malaysia atas inisiatif menerbitkan Buku Melindungi Masa Instruksional. Inisiatif ini

    selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 yang

    melakarkan visi agar sistem pendidikan negara mampu menghadapi persaingan

    ekonomi global dalam memenuhi keperluan negara pada masa hadapan.

    Inti pati buku ini bersesuaian dengan aspirasi yang terkandung dalam

    Gelombang 1 (2013 – 2015) PPPM iaitu mengubah sistem dengan memberikan

    sokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras. Pihak pengurusan

    sekolah semestinya memastikan keberadaan guru di sekolah dan seterusnya

    meningkatkan kualiti kemahiran pengajaran guru melalui kepimpinan instruksional.

    Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin

    instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Pemimpin

    sekolah yang mengamalkan kepimpinan instruksional sewajarnya menyelaras dan

    menentukan program pembangunan profesionalisme guru.

    Penerbitan buku ini diharapkan dapat membantu pemimpin sekolah dan guru

    untuk memberikan perhatian atas usaha melindungi masa instruksional di sekolah

    supaya kualiti pembelajaran murid dapat ditingkatkan. Semua warga sekolah

    seharusnya memanfaatkan buku ini sepenuhnya dengan menjadikannya sebagai

    panduan dan rujukan utama bagi mencapai elemen kualiti dan memenuhi aspirasi

    sistem pendidikan negara.

    TAN SRI ABD GHAFAR BIN MAHMUD

  • vi

    Kata Alu-aluan

    Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

    (Sektor Operasi Pendidikan)

    Setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan petugas Sektor Operasi Pendidikan,

    Kementerian Pendidikan Malaysia atas penerbitan Buku Melindungi Masa

    Instruksional. Penerbitan buku ini diharapkan dapat membantu ke arah memantapkan

    dan meningkatkan kualiti tahap profesionalisme kepimpinan pengurus sekolah serta

    warga pendidik dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Saya

    amat berkeyakinan bahawa buku ini dapat memberikan sumbangan yang amat

    signifikan kepada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mencapai sasaran

    Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

    Pengetua dan Guru Besar yang berperanan sebagai pemimpin instruksional perlu

    memberikan tumpuan kepada tunjuk ajar, berkongsi bersama dalam membuat

    keputusan, memelihara, dan mempertahankan perkara-perkara asas dalam

    mengoptimumkan masa PdP. Kepimpinan sekolah seharusnya merancang dan

    menyusun semula sumber-sumber untuk menyokong program perkembangan staf dan

    aktiviti sekolah dalam mencipta satu iklim integriti dan penambahbaikan secara

    berterusan. Di samping itu, kepimpinan sekolah perlu melibatkan pemimpin

    masyarakat dan komuniti setempat bagi meningkatkan jaring profesionalisme inter

    dan intra sekolah, daerah dan negeri dalam meningkatkan keberhasilan pembelajaran

    dalam kalangan murid.

    Guru merupakan sasaran utama dalam usaha membangunkan peningkatan kualiti

    instruksional berdasarkan latihan semula dan meningkatkan kemahiran pengajaran

    guru melalui kaedah pembangunan professional learning community (PLC) serta

    profesionalsime guru yang lebih kontekstual. Semua pihak yang terlibat perlu

    menggembleng tenaga dalam memainkan peranan masing-masing untuk memastikan

    amalan melindungi masa instruksional dipraktiskan di sekolah. Senario ini, diharap

    dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada pencapaian matlamat PPPM

    2013 – 2025.

    Sesungguhnya buku ini telah berjaya mengupas secara meluas dan mendalam

    tentang tanggungjawab kepimpinan pendidikan dalam konteks melindungi masa

    instruksional yang menjadi tunjang utama kepimpinan instruksional. Semoga pihak

    pengurusan sekolah berupaya memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan

    atau academic learning time dalam kalangan murid di semua sekolah.

    HAJI SUFA’AT BIN TUMIN

  • M u k a S u r a t | 1

    Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

    PENGENALAN

    1

  • M u k a S u r a t | 2

    Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

    PENGENALAN

    Kemajuan pendidikan di negara ini sentiasa diberi keutamaan dalam semua

    agenda kerajaan termasuk Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang

    memberikan fokus kepada pembangunan modal insan bagi memajukan

    ekonomi negara. Kepentingan pembangunan pendidikan turut menjadi fokus

    dalam setiap bajet yang dibentangkan oleh kerajaan. Bagi tahun 2013, sektor

    ini menerima peruntukan berjumlah RM38.7 billion meliputi 21% daripada

    peruntukan keseluruhan bajet negara. Perkembangan ini membuktikan

    kesungguhan kerajaan dalam memberikan pendidikan berkualiti kepada rakyat

    di negara ini.

    Bagi memastikan hasrat kerajaan untuk memberikan pendidikan berkualiti

    kepada rakyat tercapai maka semua peringkat pengurusan pendidikan perlu

    melaksanakan peranan masing-masing dengan berkesan. Peranan dan

    tanggungjawab bagi memajukan sistem pendidikan di negara ini telah

    diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996. Malah, Pelan Pembangunan

    Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025 telah menjelaskan beberapa inisiatif

    bagi memastikan kemenjadian murid seiring dengan hasrat Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan.

    PPPM 2013-2025 telah menggariskan hala tuju sistem pendidikan negara

    yang mengutamakan peningkatan pembelajaran murid dan memberikan

    penekanan kepada keupayaan guru dan pemimpin sekolah. Kejayaan sistem

    pendidikan dapat dinilai berdasarkan tahap pembelajaran dan perkembangan

    murid yang holistik seiring dengan pembinaan identiti nasional. Oleh itu,

    beberapa pendekatan telah dilaksanakan yang melibatkan pemantapan

    pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum di sekolah. Antara pendekatan yang

    perlu dilaksanakan segera ialah meningkatkan kepimpinan instruksional di

    semua peringkat pengurusan pendi