new microsoft office power point presentation

7
SAJIAN HIDANGAN MAKANAN

Upload: shazwani95

Post on 13-Apr-2017

87 views

Category:

Food


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: New microsoft office power point presentation

SAJIAN HIDANGAN MAKANAN

Page 2: New microsoft office power point presentation

Apakah yang membentuk sajian?

Jenis MakananSatu SajianBijirin & produk bijirin dan ubi-ubian½ cawan nasi putih½ cawan mi / bihun / kue tiau / pasta1 keping roti bijirin penuh½ keping capati (saiz kecil)1 cawan bubur nasi½ cawan bijiran sarapan1 biji ubi kentang saiz sederhana3 keping biskut tawar / krimSayur-sayuran½ cawan sayuran berdaun hijau tua½ cawan sayuran buah atau ubian½ cawan lain-lain sayuranBuah-buahan½ biji jambu batu saiz sederhana1 potong betik / tembikai / nanas1 biji pisang / oren / pir / epal½ cawan jus buah (tanpa gula)Susu dan Produk Tenusu1 cawan susu½ cawan dadih1 keping keju* tenusu rendah lemak lebih digalakkanTelur, daging, ayam, ikan dan kekacang1 ketul peha ayam saiz sederhana1 ekor ikan kembung2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis5 sudu makan ikan bilis tanpa kepala½ cawan kekacang kering4 sudu makan udang kecil dengan kulit1 keping tauhu1 keping tempe1 biji telur saiz sederhana (gred C)

Ref : Healthy Lifestyle Campaign 1997, Healthy Eating : Manual Prime and Supportive Messages, Ministry of Health Malaysia

Page 3: New microsoft office power point presentation

Kadar Pemakanan Kanak-kanak Petatih Dan Pra-sekolah.(2 Tahun Hingga 6 Tahun)

Pada usia 2 tahun, kanak-kanak seharusnya sudah boleh makan makanan keluarga. Walau bagaimanapun, di tahap usia ini pertumbuhan kanak-kanak adalah perlahan dan begitu juga selera makannya. Pada tahap usia ini juga, kanak-kanak perlukan lebih kasih sayang, kesabaran, perhatian dan galakan.

Page 4: New microsoft office power point presentation

Panduan Pemakanan Untuk Kanak-kanak Petatih Dan Prasekolah

Alam kanak-kanak adalah masa yang kritikal kerana ini adalah masa dimana mereka memupuk tabiat kesukaan kepada sesuatu makanan. Tabiat pemakanan yang betul perlu dititikberatkan di peringkat ini. Berikut adalah panduan pemakanan untuk kanak-kanak:

Berikan kanak-kanak makanan seimbang mengikut Piramid Makanan Malaysia. Bukan setiap hidangan perlu mengandungi semua kumpulan makanan tetapi hidangan hendaklah seimbang dan mengandungi pelbagai jenis makanan setiap hari.

Pada usia ini, pengambilan susu berkurangan. Jadi, adalah penting untuk memberikan makanan yang sesuai daripada jenis makanan lain.

Mulakan dengan memperkenalkan jadual waktu makan 3 kali sehari dan makanan snek antara waktu makan.

Berikan susu semasa waktu snek. Kanak-kanak mungkin rasa kenyang dan mungkin enggan makan jika susu diberi pada waktu makan utama.

Page 5: New microsoft office power point presentation

• Pemakanan Kanak-kanak Berpandukan Piramid Makanan

Makanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana ia:Ø    Membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan.Ø    Membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental.Ø Membantu dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan.Ø Menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja.

Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu kanak-kanak mendapat semua nutrien yang diperlukan.

Page 6: New microsoft office power point presentation

Cara Menggalakkan kanak-kanak untuk makan

Ibu atau penjaga harus menyelia kanak-kanak semasa waktu makan, walaupun ketika mereka mempunyai selera yang baik. Ada banyak cara yang anda boleh lakukan untuk memberi galakan kepada kanak-kanak untuk makan. Di antaranya ialah:

Duduk dengan kanak-kanak semasa dia makan. Perhatikan apa yang dimakan dan berikan bantuan dan galakan semasa kanak-kanak menikmati hidangan.

Berikan makanan sebaik sahaja kanak-kanak berasa lapar. Jika kanak-kanak menunggu terlalu lama untuk makan kemungkinan selera kanak-kanak akan hilang.

Page 7: New microsoft office power point presentation

PIRAMID MAKANAN