new islam memimpin, wanita sejahteramuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/ucaptama-ketua... ·...

42

Upload: others

Post on 28-Oct-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,
Page 2: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

1

ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERA MUKADIMAH 1. Alhamdulillah, kita bermuktamar kali ke-60 ini dalam pelbagai suasana, iaitu suasana norma baharu dengan ujian Pandemik COVID-19, suasana PAS berada dalam Kerajaan Persekutuan, malah kita juga baharu saja menyambut Tahun Hijrah 1442 di samping Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara kali ke-63. 2. Marilah kita hayati kata-kata Nabi Sulaiman A.S. menerusi ayat 40, surah an-Naml:

ضل ا من ف

ذ

ال هـ

فر ق

ك

م أ

ر أ

ك

ش

و�ى ءأ

ى ليبل ر ر�

ك

ومن ش

ر لنفسھ

ك

ما �ش إنر�م ۦف

�ى ك

ى غ إن ر�

فر ف

ومن ك

Maksudnya: “Ini adalah antara kurniaan Tuhanku untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau mengingkari nikmat-Nya, barangsiapa yang bersyukur sesungguhnya dia bersyukur untuk kebaikan dirinya dan barangsiapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.” Hadirin Hadirat yang dikasihi sekalian,

Page 3: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

2

TEMA 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERA bagi menegaskan bahawa apabila Islam itu dijadikan panduan sebenar dalam semua aspek kehidupan ini, pastilah kehidupan wanita akan berada dalam kesejahteraan. Juga apabila wanita itu diposisikan sebaiknya selari dengan fitrah, nescaya dunia dan seisinya akan bersama-sama menikmati kesejahteraan. TELADAN DARI AL-QURAN 4. Anakanda qari kita tadi telah memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dari surah al-Kahfi, berkaitan dengan pemerintahan yang adil. Raja Zulqarnain telah memerintah seluruh dunia dengan kekuatan tenteranya yang tiada tolok bandingan. Baginda mampu bergerak ke mana sahaja yang dikehendakinya. Firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi ayat 84 dan 85:

ي رض وآت

ھ �� الأ

ا ل ن

ا مك يء سببا إن

ل ��

بع سببا .ناه من �

ت

أ

ف

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi dan kami beri kepadanya jalan yang diperlukan, lalu dia menempuh jalan itu.”

Page 4: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

3

5. Bersandarkan dengan kekuatan dan kemampuan yang dianugerahkan oleh Allah, Raja Zulqarnain mentadbir dan melaksanakan perancangan-perancangan yang layak dilakukan oleh sebuah kerajaan yang besar. Namun Baginda tidak melupakan Allah SWT, memerintah dengan penuh keimanan, bijak lagi adil. Seterusnya pada surah al-Kahfi ayat 87 merakamkan kata-kata Baginda:

ابا

بھ عذ

يعذھ ف � ر�

م يرد إ�

بھ ث

عذ

سوف

م ف

لا من ظ م

ال أ

ق

را

نك

Maksudnya: “Zulqarnain berkata (sebagai menyahut seruan Allah). Adapun orang yang zalim (dan jahat) maka aku akan menghukumnya. Kemudian dia dikembalikan kepada Tuhannya, lalu Tuhanlah yang mengazabnya dengan azab yang tidak ada tolok bandingnya.” 6. Kerajaan Perikatan Nasional adalah jauh lebih kecil jika hendak dibandingkan dengan kerajaan Raja Zulqarnain yang digambarkan dalam surah al-Kahfi tersebut. Namun kerajaan Baginda yang luas itu masih tetap tunduk kepada Allah SWT dalam setiap aspek pemerintahannya.

Page 5: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

4

7. Kita sangat mengharapkan dengan peluang dan kesempatan bersama dalam Kerajaan Perikatan Nasional ini, kita tidak sesekali akan melupakan amanah dan tanggungjawab melaksanakan perintah Allah SWT serta mengikut ajaran dan contoh teladan Rasulullah SAW. Sebagaimana tegas hadis Baginda yang masyhur bahawa salah satu golongan yang akan mendapat naungan ‘Arasy Allah di padang mahsyar nanti ialah pemimpin yang adil. 8. Dewan Muslimat PAS Malaysia meyakini bahawa apabila Islam dimartabatkan sebagai dasar dalam pemerintahan, kesejahteraan yang didambakan mampu untuk dinikmati. Bukan sahaja kepada wanita, malah seluruh masyarakat akan mendapat manfaatnya. Hadirin Hadirat yang dikasihi Allah sekalian, DASAR MEMBANGUN BERSAMA ISLAM 9. Oktober 2020 menandakan genapnya 30 tahun PAS menjadi kerajaan negeri Kelantan Darul Naim dengan berteraskan dasar “Membangun Bersama Islam”. Dasar ini berjaya memartabatkan wanita dan keluarga dalam masyarakat. 10. Antara kejayaan Kerajaan Negeri Kelantan adalah mempelopori cuti bersalin bergaji selama dua bulan.

Page 6: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

5

Inisiatif ini kemudiannya diikuti oleh Kerajaan Persekutuan. Kelantan juga merealisasikan pengasingan khidmat dandan rambut antara lelaki dan wanita. Malah yang paling istimewa ialah cuti ihdad kematian suami selama 30 hari bergaji kepada kakitangan wanitanya. Usaha-usaha ini mungkin dianggap kecil oleh sesetengah pihak tapi ianya adalah tuntutan akhlak dan amalan Islam. KEMENANGAN HAKIKI 11. Sebagai anggota perjuangan Islam kita sentiasa diajar bahawa kemenangan hakiki adalah apabila amalan dan perjuangan kita diterima oleh Allah SWT sebagai amal soleh dan dikurniakan rahmat serta keredhaan-Nya. 12. Sememangnya kita menyertai Pilihan Raya adalah untuk menang kerusi, dan akhirnya dapat memerintah sebagai antara anak tangga menuju kemenangan di sisi Allah. Inilah bekalan kekuatan dan motivasi perjuangan kita sejak dari dulu sampai bila-bila, inshaAllah. 13. Sebab itulah kita tidak takut untuk menerima amanah menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan, malah kita juga tidak pernah gusar sekiranya Allah masih belum mengizinkan kita menjadi kerajaan.

Page 7: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

6

14. Kita sering diingatkan bahawa pangkat, kedudukan, gelaran, harta benda, kerusi dan jawatan adalah sekadar pinjaman untuk menguji kita, sama ada kita bersyukur ataupun kufur dengan nikmat Allah SWT. 15. Tanda kita bersyukur adalah apabila menggunakan jawatan dan kemenangan untuk mengangkat agama, membela rakyat dan menjulang maruah negara. Manakala mereka yang mengunakan kuasa untuk kepentingan diri dan kelompok parti hanya akan menderita, menjadi hina dan dijatuhkan oleh Allah di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 38:

ید ان عن فع ا إن ٱ� و

ل خ

یحب �

لا

إن ٱ�ذین ءامنوا

ٱل

فور

ك

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang khianat lagi tidak bersyukur.” Hadirin Hadirat yang dikasihi Allah sekalian, MENGISI KEMENANGAN

Page 8: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

7

16. Alhamdulillah PAS diberikan peluang oleh Allah untuk menyertai Kerajaan Persekutuan di samping mentadbir tiga buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah. Hakikatnya peluang ini datang daripada Allah SWT dan ianya adalah satu bentuk ujian kemenangan. 17. Oleh itu menjadi tanggungjawab seluruh anggota Jemaah untuk memberikan sokongan yang bersungguh-sungguh bagi mengisi kemenangan ini. Rakyat sedang memerhatikan PAS. 18. Adakah PAS benar-benar parti yang berintegriti dan bersih? Adakah PAS mampu menguruskan ekonomi negara? Adakah PAS benar-benar prihatin terhadap masalah rakyat? Adakah PAS mampu menerajui kepimpinan negara? Inilah antara persoalan-persoalan yang perlu dijawab. Jawapannya bukan melalui pengakuan dan penjelasan lisan sahaja tetapi dengan melalui tindakan dan prestasi kerja. 19. Tanggungjawab mengisi kemenangan bukan hanya kepada pemegang jawatan utama kerajaan sahaja, bahkan ia perlu diisi oleh semua aktivis, ahli dan penyokong PAS. Mengisi kemenangan bukan sekadar untuk memenuhi kehendak yang dekat dan sementara sifatnya tetapi untuk memenuhi matlamat jangka panjang PAS. Sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 5 iaitu:

Page 9: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

8

(i) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hakamnya menuju keredhaan Allah. (ii) Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara. PERSEDIAN UNTUK MENGEKALKAN KEMENANGAN

20. Oleh yang demikian seluruh ahli-ahli PAS terutama Muslimat perlu mempunyai tiga persediaan berikut: Pertama: Persediaan Kualiti Kepimpinan 21. Usaha-usaha yang tersusun dan berstrategik perlu digarap bagi melahirkan barisan kepimpinan yang mampu mengisi ruang teraju pentadbiran sebagai anggota kabinet kerajaan serta pasukan yang mantap bagi menggerakkan agensi utama kerajaan, institusi-institusi berkaitan serta syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, GLC dan sebagainya. Kedua: Persediaan Pemikiran dan Budaya

Page 10: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

9

22. Tanggungjawab dalam kepimpinan negeri serta negara memerlukan orientasi baharu dari sudut sikap, kaedah bertindak, interaksi bersama masyarakat serta cara menangani sesuatu isu. 23. Wujud keperluan untuk membezakan sikap, pemikiran dan budaya sebagai pembangkang dan sebagai kerajaan atau disebut sebagai anjakan paradigma (paradigm shift). Perubahan sikap ini sangat penting agar ahli-ahli dan kepimpinan PAS dapat menyesuaikan diri dengan tanggungjawab yang digalas.

24. Selain itu pemikiran dan budaya kerja Jemaah juga perlu sentiasa diolah agar menepati kehendak perkembangan semasa dari sudut budaya kerja, penggunaan teknologi, kecenderungan generasi baharu dan sosio-ekonomi masyarakat. Ketiga: Persedian Iman dan Akhlak 25. Kekuatan iman dan akhlak mulia merupakan teras kepada segala kekuatan bagi pejuang Islam. Kesibukan menunaikan amanah dalam pentadbiran kerajaan bukan alasan untuk mengendurkan aktiviti tarbiyah, bahkan ia seharusnya menjadi sebab untuk kita merancakkan lagi aktivit-aktiviti tarbiyah yang terancang bagi mengukuhkan iman dan kesungguhan beramal membina integriti diri.

Page 11: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

10

26. Jawatan dan pangkat serta kuasa menguruskan kewangan dan khazanah negara merupakan satu ujian besar yang menuntut agar proses tarbiyah diperkukuh dengan tersusun rapi dan bersinergi. Aktiviti tarbiyah bukan hanya dilaksanakan melalui jentera parti, bahkan diserapkan juga dalam aktiviti-aktiviti kerajaan dan juga GLC berkaitan sebagai sebahagian dari proses pengukuhan integriti dalam kerajaan. Hadirin Hadirat yang dikasihi Allah sekalian, PERANAN DAN KEUTAMAAN MUSLIMAT PAS DALAM KERAJAAN 27. Bagi mencapai cita-cita ini, PAS perlu lebih dominan supaya tidak dilihat seolah-olah terpinggir. Dominan bererti, mengungguli peringkat eksekutif seiring dengan legislatif. Selain perlu dilihat seimbang antara keperluan peranan kepimpinan muslimin dan muslimat. 28. Dewan Muslimat PAS Malaysia memandang bahawa keterlibatan Muslimat secara langsung di peringkat urus tadbir kerajaan tempatan adalah sangat penting. Justeru, suatu usaha penambahbaikan yang drastik dan tuntas perlu dirangka dan dijayakan agar suara Muslimat dapat dilihat lebih ke hadapan.

Page 12: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

11

29. Jika disoroti sejarah penyertaan wanita dalam kepimpinan politik umumnya dan Pilihan Raya khususnya, sumbangan tokoh-tokoh wanita lampau boleh diambil sebagai pengajaran dan iktibar oleh generasi muda masa kini. Kita tidak hanya mahu menambah kuantiti penglibatan wanita tetapi kualiti dan kredibiliti seseorang wanita itu juga perlu dititikberatkan. 30. Diharapkan Muslimat PAS dan ahli-ahli politik wanita yang lain boleh meningkatkan lagi prestasi mereka dalam kepimpinan masyarakat. Sokongan dan dorongan dari barisan kepimpinan utama parti-parti itu sendiri amat perlu demi memperkasakan peranan wanita khususnya dalam aspek kepimpinan politik. 31. Bakat kepimpinan mereka perlu diasah melalui seminar, bengkel dan latihan strategik yang terancang kemas dan berterusan bagi membentuk kriteria kepimpinan yang berwibawa dan efektif di samping mencapai kualiti kepimpinan yang diinginkan. 32. Selain itu garis panduan yang sesuai dan praktikal bagi para wanita yang ingin menceburi dan melibatkan diri dalam kepimpinan politik harus dirangka secara sistematik dan terarah supaya tanggungjawab hakiki mereka sebagai ibu dan isteri tidak diabaikan.

Page 13: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

12

33. Islam mengangkat dan memuliakan martabat wanita dalam pelbagai ruang dan cabang kehidupan. Sekecil-kecil peranan dalam rumah tangga sehingga penglibatan pada peringkat urusan kepimpinan politik serta pembangunan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sikap sesetengah wanita yang kurang yakin di atas kemampuan mereka sendiri untuk memimpin menjadi cabaran utama yang perlu ditangani oleh Muslimat PAS. 34. Telah sampai masanya Muslimat PAS perlu memperlihatkan keberanian dan keterampilan mereka sebagai pemimpin yang berwibawa dalam kalangan wanita Malaysia. Terlibat aktif dalam kancah politik sebagai anggota barisan kepimpinan utama parti serta calon-calon Pilihan Raya atau tidak kurang pentingnya sebagai petugas-petugas yang mahir dan cekap sepangjang penglibatan PAS dalam gerak kerja Pilihan Raya. Hadirin dan Hadirat sekalian, ROAD MAP PERSEDIAAN PRU 15 35. Kini negara sedang berada di ambang PRU-15. Beberapa PRK telah berlalu dengan kejayaan besar natijah kita bersama Muafakat Nasional.

Page 14: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

13

Terdekat PRN Sabah sedang bermula bagi mengatur strategi dan berkempen. Selepas kita menyelesaikan urusan Muktamar DMPM ini, serta Muktamar PAS Pusat di PUTIK, Kelantan nanti, marilah kita kembali cergas turun padang ke medan juang bersama-sama. 36. Sejarah akan tercatat apabila PAS bersama-sama rakan-rakan anggota Perikatan Nasional gigih berusaha memenangkan calon-calon bersama. InshaAllah dengan izin-Nya, Sabah akan menyaksikan kemenangan MN dan PN membawa kesejahteraan, semangat perpaduan, keadilan dan kemakmuran yang sangat bermakna buat Malaysia khususnya bagi rakyat negeri Sabah. 37. DMPM meletakkan kepercayaan kepada pucuk pimpinan PAS bagi menentukan kedudukan dan jumlah calon-calon Muslimat yang sewajarnya pada PRU-15 akan datang. Para petugas Muslimat kita telah siap siaga untuk melaksanakan peranan sebagai jentera-jentera Pilihan Raya. Tanpa membuang masa mereka akan melaksanakan arahan dan mematuhi segala tuntutan gerak kerja yang telah dirancang bagi meraih kemenangan. 38. Tidak sedikit para Muslimat terpaksa berkorban untuk mengimbangkan peranan mereka di rumah dengan kerjasama erat ahli keluarga dan keizinan ketua keluarga terus cekal turun padang bersama-sama petugas lain menyantuni para pengundi.

Page 15: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

14

39. Penempatan calon Muslimat bertanding di kawasan strategik yang mempunyai majoriti pengundi-pengundi wanita diharap agar dapat membangkitkan semangat juang yang gigih serta peluang cerah memberikan kemenangan kepada parti. Di atas kemenangan itu juga ianya memberi peluang Muslimat berkhidmat kepada pengundi-pengundi dan masyarakat sekitarnya. 40. PRU-15 dijangka akan berlaku dalam tempoh masa terdekat. Maka program-program yang telah dirangka mesti berorientasikan kesiapsiagaan bagi menghadapinya. Setiap gerak kerja di lapangan diatur secara strategik dan mestilah berfokus bukan sekadar tangkap muat sahaja. Pemantauan dan penilaian berkesan mesti dilaksanakan agar tindakan penambahbaikan dapat dijalankan dan kesilapan serta kelemahan tidak berulang. 41. Muslimat pada hari ini mesti mewarisi akhlak Rasulullah SAW sebagai pemikat untuk memenangi hati rakyat dalam segenap pendekatan yang dilaksanakan. Kesemua jentera kempen Muslimat perlulah mendekati dan mengajak pengundi-pengundi untuk menyokong calon kita dengan penuh sabar dan kata-kata sopan berhikmah serta mesra. Hindari provokasi musuh politik dan halangan yang menganggu gerak kerja kita. Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 159:

Page 16: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

15

ن م بما رحمة ٱ ف

ل �

ا غ

�ظ

نت ف

و ك

ول

هم

ل یلنت

ب ٱ ظ

قل

ل

لٱوا نفض

ف

ٱمن حولك

فر ٱ ع��م و عف

اورهم ستغ

هم وش

ل

مر ٱ �� � لأ

ل ع�

تو�

ا عزمت ف

إذ

ٱ ف

ٱ إن �

ل ٱ حب ی �

تو�

ن �لم

Maksudnya: “Maka dengan sebab rahmat dari Allah (kepadamu wahai Muhammad) engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka dan pohonlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakallah pada Allah.” 42. Muslimat juga tidak asing dari berperanan membantu masyarakat setikar walau di mana sahaja mereka berada; di bandar, pinggir bandar dan desa. Keprihatinan dan jasa bakti mereka dalam urusan dakwah dan kebajikan ini secara langsung mengisi strategi kemenangan. Program-program menyantuni semua lapisan masyarakat terutama MOSWAY – Miskin, OKU, Sakit, Warga Emas, Armalah (ibu tunggal) dan Yatim berjalan setiap masa bukan bermusim, iaitu hanya semasa kempen Pilihan Raya sahaja.

Page 17: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

16

43. Lajnah-lajnah yang berkaitan di peringkat kawasan dan cawangan digerakkan dengan kerjasama strategik sayap Muslimat Muda; Briged Muslimat, Ameerah dan Nusaibah serta beberapa NGO-NGO yang mesra PAS terutama dalam aktiviti-aktiviti bantuan bencana seperti banjir, kebakaran, ribut taufan, tanah runtuh dan seumpamanya. Hadirin dan Hadirat sekalian, PENGGEMBLENGAN TENAGA MUSLIMAT MUDA 44. Peranan dan penglibatan Muslimat Muda yang berjiwa segar dan tangkas serta prihatin terhadap masyarakat sekeliling hendaklah digembleng bersama-sama turun untuk ke medan terutama dalam menyantuni kelompok pengundi-pengundi wanita muda dengan pendekatan yang berkesan dan akhlak terpuji. 45. Kesedaran bahawa kepentingan pengaruh sokongan politik mereka perlu dipupuk dengan memastikan mereka mendaftarkan diri sebagai pemilih. Wanita muda dan pengundi-pengundi muda di Malaysia ini mencatat lebih kurang 40 peratus dari keseluruhan warganegara. Peratusan ini besar jika dikira sekali pengundi-pengudi baru 18 tahun, “first time voters”.

Page 18: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

17

46. Di sesetengah kawasan Parlimen mereka ini adalah kelompok undi penentu dalam proses kemenangan calon-calon Pilihan Raya. 47. Justeru, dalam merangka pelan strategik gerak kerja bagi kemenangan PAS, peranan Muslimat yang mukminah perlu digembleng secara optimum. DMPM telah merangka pelan strategik yang anjal dengan melibatkan percambahan minda pemegang taruh serta membina peluang-peluang yang realistik dalam proses dan latihan gerak kerja Pilihan Raya. Tidak dipinggirkan juga termasuk keperluan anjakan paradigma di atas pendekatan dan sikap yang akan membuahkan pencapaian yang berkesan. Hadirin dan Hadirat sekalian, HIJRAH DAN KEUTAMAAN PERPADUAN 48. Selari dengan suasana bulan kemerdekaan dan kita juga baharu memasuki ambang tahun Hijrah 1442, disedari bahawa perpaduan umat merupakan matlamat di sebalik peristiwa Hijrah dan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara. Agenda utama Rasulullah SAW ketika berhijrah ke Madinah dan membentuk pemerintahan Islam adalah perpaduan.

Page 19: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

18

49. Matlamat perpaduan dengan mengajak manusia meninggalkan syirik, memimpin manusia dari sikap jahiliah kepada sinar cahaya Islam, menjalinkan hubungan silaturrahim, melarang pendustaan dan penganiyaan, membela hak-hak jiran tetangga, menyantuni anak-anak yatim, menunaikan amanah dan membela orang yang lemah meskipun dalam kalangan penduduk bukan Islam. Jelas, Islam mempunyai ajaran dan amalan yang konsisten dalam semua aspek kehidupan bermasyarakat dan bernegara di atas dasar adil untuk semua. 50. Malaysia merupakan sebuah negara masyarakat majmuk berbilang kaum dan anutan agama serta budaya terbentuk lebih 63 tahun lalu seharusnya sudah semakin matang dan kukuh perpaduan dalam kepelbagaian. Perlembagaan Persekutuan menjamin kedudukan Islam serta kebebasan anutan agama lain. Perlembagaan juga menjamin hak-hak istimewa bumiputra dan pribumi Sabah dan Sarawak tanpa meminggirkan hak-hak kaum lainnya.

51. Tegasnya peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini yang disepakati oleh semua pemegang taruh nenek moyang kita semasa perjuangan menuntut kemerdekaan semestinya dihayati. Ianya bukan angkara untuk mendiskriminasi antara kaum dan agama tetapi sebagai satu agenda yang perlu kepada dasar “affirmative action”,

Page 20: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

19

membantu nasib malang mereka yang tercicir oleh dasar penjajah British terdahulu tanpa mengambil hak-hak kaum lain. Oleh itu, peranan Islam sebagai penyelesaian yang adil perlu diberi ruang dan kesempatan bagi membina perpaduan yang utuh dalam dasar bernegara yang adil, berkebajikan, berintegriti tinggi dan makmur. 52. Semestinya Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional adalah platform politik yang terbaik kini dalam usaha-usaha pembangunan negara yang lestari dan makmur. Malah peranan Islam dalam menjayakan agenda ini yang menitikberatkan perpaduan ummah sangat relevan kerana sifat Islam itu fitrahnya mengungguli perpaduan ummah, berintegriti dan berkebajikan serta adil untuk semua.

53. Oleh itu, agenda perpaduan mestilah bermula dari dalam iaitu persis perpaduan dalam Jemaah, diikuti pula perpaduan umat dan perpaduan agenda politik melalui Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional. 54. Perpaduan yang benar-benar jitu tidak boleh digelincirkan dari landasannya kerana kepentingan-kepentingan kelompok. Perpaduan jitu ini juga memerlukan pengorbanan yang besar dari setiap anggotanya dengan semangat setia kawan yang tulen.

Page 21: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

20

55. Seterusnya agenda perpaduan ini tidak akan memberi impak yang besar jika asas-asas perpaduan seluruh umat Islam di Malaysia dipandang remeh. Strategi awal perlu dibina melalui satu gelombang perpaduan umat Islam yang menyatukan mereka tanpa mengira latar belakang politik, aliran pemikiran dan warisan budaya serta pertubuhan. Jaringan kerjasama erat umat Islam pelbagai segmen sama ada dari aspek ekonomi, pendidikan, kebajikan, kesukarelawanan perlu diperkasakan dengan fokus kesatuan aqidah. 56. Setelah itu kekuatan perpaduan umat Islam akan menjadi pendorong utama kepada perpaduan nasional kerana sifat Islam itu juga sederhana dan tidak ekstrem. Hubungan erat dan muhibbah seluruh warganegara dari pelbagai etnik; Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan Dusun, Murut, Bidayuh, Bajau, Siam dan semua suku kaum minoriti dipertingkatkan sebaik-baiknya sebagai satu kejayaan rakyat Malaysia mencapai keharmonian dalam kesepaduan kepelbagaian. Satu penanda aras unggul yang menjadi hasrat dan impian semua negara di dunia. 57. Perlu juga ditekankan bahawa cita-cita murni untuk mengukuh perpaduan hanya dapat terhasil dari hati yang penuh kasih sayang, berlapang dada dan sedia memberikan kemaafan.

Page 22: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

21

58. Seringkali kita tertumpu dan memberi fokus kepada hasil (outcome) yang hendak dicapai iaitu “perpaduan” tetapi secara tidak sedar mengenepikan langsung nilai utama (substantive value) iaitu “kasih sayang” yang perlu dipupuk agar matlamat dapat direalisasikan. Perpaduan yang sekadar dipamerkan melalui majlis-majlis rasmi kerajaan atau hanya dilaungkan melalui lagu-lagu patriotik, ucapan-ucapan retorik yang penuh semangat serta slogan-slogan di papan-papan billboard, tidak mampu bertahan lama. 59. Oleh yang demikian agenda perpaduan perlu digerakkan melalui kesedaran sivik, amalan kasih sayang harian di dalam rumah ataupun di sekolah serta di pejabat bersama rakan sekerja dengan menjadikan ianya satu kebiasaan serta mengenepikan sentimen kebencian.

60. Kebencian di atas dasar-dasar perbezaan agama, etnik keturunan, landasan politik kepartian, sentimen kenegerian dan seumpamanya perlu dikikis melalui sikap hormat menghormati dan toleransi yang dianjur oleh Islam. Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian, PERANAN WANITA PERLU SOKONGAN

Page 23: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

22

61. Islam juga menjaga suatu kewajipan agar wanita dilindungi oleh sistem perwalian, kekeluargaan dan mahram. Kepentingan ini bagi memastikan kemaslahatan dalam lingkungan sosial kekeluargaan, masyarakat dan negara. 62. Justeru, dalam masa yang sama Islam meletakkan peranan besar ke atas wanita setaraf dengan lelaki dari sudut urusan dakwah dan kepimpinan di luar rumah khususnya ke atas setiap perkara yang melibatkan dunia kehidupan wanita sejagat. 63. Namun peranan besar di dalam dan di luar rumah ini akan menjadi pincang dan bercelaru jika tidak dapat kefahaman dan kerjasama suami dan ketua keluarga yang melindunginya menjadi payung keteduhan dan ketenangan jiwa wanita serta sokongan moral yang kuat. Pengaruh suami dan ketua keluarga ini diatur oleh Islam ke atas keperibadian wanita bagi menjamin keharmonian rumah tangga dan masyarakat. Sesungguhnya indahnya Islam memandu umatnya dalam membangunkan suasana rumah tangga yang sakinah, mawaddah dan rahmah. 64. Islam meletakkan kaum lelaki sebagai “qawwam” iaitu pemimpin keluarga secara fitrah dan tanggungjawab memberikan nafkah kepada isteri dan ahli keluarganya.

Page 24: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

23

Islam juga meletakkan kepertanggungjawaban ke atas sesetengah tindak-tanduk isteri di luar rumah yang natijahnya akan dipikul bersama oleh bahu suami dan ketua keluarga di akhirat kelak. Oleh itu amat penting para petugas Muslimat mendapatkan kefahaman, kerjasama dan keizinan mereka agar semua aktiviti yang dijalankan mendapat berkat daripada Allah, sama-sama mendapat pahala dan redha Allah jua. 65. Al-Quran sebagai petunjuk dalam beberapa ayat-ayatnya memerintahkan kaum lelaki agar mereka melakukan mu’asyarah atau bergaul dan berurusan dengan kaum wanita secara yang makruf atau sebaik-baiknya. Tuntutan ini juga banyak dihuraikan oleh hadis-hadis Rasulullah SAW. Sabda Baginda:

خ��كم خ��كم لأهلھ، وأنا خ��كم لأه��

Maksudnya: “Sebaik-baik kaum adalah yang paling baik hubungannya dengan ahli keluarganya, dan aku adalah yang paling baik di antara kamu kepada keluargaku” – Riwayat Ibnu Majah. Sidang Muktamirin sekalian, MENANGANI PERMASALAHAN WANITA DAN MASYARAKAT

Page 25: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

24

66. Isu keganasan terhadap wanita yang meliputi penderaan dalam rumahtangga dan kes rogol serta pencabulan masih berleluasa di Malaysia. Di samping itu, terdapat kes-kes gangguan seksual di tempat kerja yang perlu ditangani dengan terhormat dan secara bijaksana. 67. Muslimat PAS perlu memahami isu-isu ini serta prihatin dan mendekati mangsa keganasan, seterusnya memainkan peranan penting dalam membela nasib golongan ini yang tidak mengenal agama dan bangsa. 68. Dalam hal ini, DMPM ingin menyuarakan kebimbangan terhadap fenomena yang berlaku berkaitan isu rumah tangga seperti keganasan, perceraian, sehingga membawa kepada pembunuhan isteri. Kemelut rumah tangga kelihatan semakin bertambah kritikal dengan peningkatan kadar perceraian bukan sahaja dalam kalangan pasangan yang baharu berkahwin, tetapi turut melibatkan pasangan pada usia matang atau dalam kalangan warga emas.

69. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) perlu proaktif dalam membantu kaum wanita dan keluarga bagi menghadapi pelbagai cabaran dewasa ini.

Page 26: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

25

70. DMPM mengharapkan pihak JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri serta Mahkamah Syariah dapat meningkatkan usaha pembangunan jati diri pasangan suami isteri dan ibu bapa dengan memperkasakan lagi modul kursus pra-perkahwinan, membangunkan modul kursus pasca perkahwinan dan modul kursus anak soleh untuk membantu pasangan dan ahli keluarga supaya menginsafi amanah yang diberikan sehingga terbentuk keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah. 71. Selain itu, masih ada kes-kes ketidaksamarataan peluang, gaji dan faedah perkhidmatan antara kakitangan lelaki dan wanita di sektor awam. Salah satu usaha yang telah dijalankan oleh KPWKM ialah dengan mewujudkan Undang-Undang Kesamarataan Gender.

72. DMPM melihat isu ini sangat sensitif dan perlu ditangani selari dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan serta fungsi lelaki dan wanita dari segi fitrah. Hadirin Hadirat sekalian, ISLAH PENDIDIKAN KE ARAH MEMBINA INSAN SOLEH DAN SOLEHAH 73. Bidang pendidikan sangat sinonim dengan fitrah wanita.

Page 27: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

26

74. DMPM ingin menyatakan komitmen dalam bidang pendidikan menerusi usaha membangunkan pendidikan khusus kepada golongan wanita bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak dengan penubuhan TASTI. 75. Kewujudan TASTI adalah satu keperluan walau di mana sahaja kedapatan ibu-ibu yang bekerja dengan menjalinkan kerjasama dengan seluruh kementerian, jabatan-jabatan dan institusi-institusi swasta. TASTI sedang mengorak langkah membina modul pendidikan fitrah bagi melatih para pengasuh dan memberikan asuhan kepada kanak-kanak yang diberikan kepercayaan penjagaan oleh ibu bapa semasa waktu bekerja.

76. Dengan usaha ini, DMPM mengharapkan isu penderaan kanak-kanak yang tidak berdosa dapat dihindari dan mampu memberikan ketenangan dan kesejahteraan kepada ibu bapa yang bekerja untuk menyara hidup sekeluarga. 77. DMPM mengorak langkah memiliki aset tanah untuk membangunkan kompleks supaya dapat memberikan pendidikan berterusan kepada kaum wanita bagi meneruskan hala tuju pendidikan Muslimat yang telah dirintis oleh Akademi Pengajian Saidatina Aisyah - APSA.

Page 28: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

27

78. DMPM menyedari usaha ini memerlukan tenaga dan kos yang sangat besar serta fasa demi fasa yang berperingkat-peringkat. Sokongan dan dukungan padu daripada saff kepimpinan PAS dan semua ahli Muslimat sangat diharapkan, di samping doa berterusan dalam munajat agar cita-cita ini menjadi realiti dalam tempoh 10 tahun ke hadapan.

79. DMPM yakin pembangunan institusi pendidikan khusus untuk Muslimat dapat memberi lonjakan kepada pembangunan modal insan rabbani yang dicita-citakan satu hari kelak. 80. Dengan ini, saya dengan penuh rendah hati melancarkan dana pembangunan Kompleks Pendidikan Saidatina Aishah fasa pertama yang melibatkan kos tidak kurang daripada RM 1 juta ringgit untuk proses pengurusan pembelian tanah seluas lebih 6.5 ekar. 81. Tanpa menafikan pendidikan arus perdana yang memerlukan kajian semula keberhasilannya agar menepati falsafah pendidikan negara. Lajnah Pendidikan memberikan komitmen untuk memastikan pendidikan negara kita menjadi wadah untuk melahirkan sebuah masyarakat yang mempunyai jati diri yang merdeka, mendukung perlembagaan dan menghayati prinsip rukun negara.

Page 29: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

28

82. Kita seharusnya sentiasa memikirkan hala tuju sistem pendidikan kebangsaan setelah 63 tahun merdeka dan produk modal insan yang sudah dilahirkan dari sistem pendidikan kebangsaan ini.

83. Pakar-pakar pendidikan yang memiliki ilmu yang tinggi dan pengalaman yang luas dapat melihat kembali pembudayaan ilmu yang diterapkan dalam kehidupan rakyat menerusi pelbagai agenda masyarakat dan media.

84. Sistem peperiksaan yang selama ini banyak diperkatakan tidak mampu membantu usaha mencapai falsafah pendidikan kebangsaan yang menyeluruh juga perlu dikaji semula adakah masih relavan atau perlukan nafas baru? 85. Sudah sampai masanya, matlamat pendidikan hari ini bukan sahaja melahirkan pelajar yang memiliki sijil peperiksaan yang bergulung-gulung tetapi kembali kepada matlamat asal pendidikan sebenar iaitu melahirkan masyarakat yang berkeperibadian tinggi jati diri sebagai bangsa yang bertamadun, berintegriti, berakhlak mulia dan memiliki keyakinan kukuh kepada Tuhan yang Mencipta alam ini. 86. Oleh itu, aspek ketuhanan perlu ditekankan dalam pendidikan negara bermula dari tahap pra-sekolah, tadika seperti dalam kurikulum Permata Genius sehinggalah ke

Page 30: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

29

peringkat institusi pengajian tinggi yang selari dengan aspirasi rukun negara Malaysia yang pertama iaitu KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN.

87. Amat penting bagi individu yang bergelar rakyat Malaysia mempunyai kepercayaan kepada tuhan serta akhlak yang baik (rohani) selain daripada memiliki ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), dan kesihatan diri yang baik (jasmani). Keseimbangan antara keempat-empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmoni dengan diri sendiri atau bersama orang lain.

88. Syarat untuk mendapat bimbingan dan hidayah daripada Allah adalah, setiap manusia perlu seimbang dari aspek luaran dan dalaman iaitu manusia yang jujur, benar, baik tutur kata dan amalannya. Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul. 89. Justeru, pendidikan negara perlu menjadikan sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang penting agar berfungsi sebagai satu tempat untuk memupuk kepercayaan, sikap toleransi dan saling hormat-menghormati serta bertanggungjawab terhadap orang lain dan membantu membina hubungan bermakna antara pelajar.

Page 31: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

30

90. Dalam hal ini, sistem persekolahan dan pendidikan yang inklusif atau terangkum bertujuan memupuk perpaduan atau kesepaduan sosial, seharusnya bertunjangkan empat prinsip atau tonggak pendidikan; belajar untuk tahu (learning to know), belajar untuk buat (learning to do), belajar untuk jadi (learning to be), dan belajar untuk hidup bersama (learning to live together).

91. Allah SWT ada menyebut di dalam surah al-Hujurat ayat 13:

ی أاس ٱ �ا� ـ عو�ا لن

ش م

ك

نـ

وجعل ى

ن�

وأ ر

ك

ذ ن م م

ك

قنـ

ل

خ ا إن

م عند

رمك

ك إن أ

وا

ل لتعارف ى�

با

ٱ وق

إن �

م

قىك

ت

ٱأ

م یعل �

ب

� �خ

Maksudnya: “Wahai umat manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra) antara satu dengan yang lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keaadaan dan amalan kamu).”

Page 32: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

31

92. Ayat ini jelas menunjukkan prinsip Islam yang amat mementingkan kedamaian. Dijadikan manusia dengan pelbagai bangsa dan suku kaum agar kita dapat saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. 93. Oleh itu, kita mesti berhasrat menjana satu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid untuk berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk serta memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia meskipun mereka belajar di pelbagai jenis sekolah, sama ada sekolah kebangsaan, sekolah vernakular, sekolah agama, sekolah swasta, sekolah antarabangsa, sekolah orang asli, mahupun sekolah rumah (homeschooling). 94. Integrasi mungkin boleh diwujudkan dengan menggalakkan sekolah-sekolah yang berlainan ini untuk bekerjasama mengadakan program dan aktiviti di mana pelajar dan guru mereka dapat turut serta bersama dalam program integrasi yang tersusun antara sekolah-sekolah tersebut melalui aktiviti seperti ko-kurikulum, program budaya, dan mempertingkatkan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah vernakular serta pembelajaran Bahasa Mandarin, Tamil dan Bahasa-bahasa etnik pribumi Sabah dan Sarawak di Sekolah-Sekolah Kebangsaan. Muktamirin dan Muktamirat yang dihormati,

Page 33: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

32

MERANCAKKAN PEMBANGUNAN EKONOMI WANITA 95. Apabila kita menyebut penglibatan kaum wanita dalam bidang ekonomi, sudah pasti nama Ummul Mukminin Saidatina Khadijah binti Khuwailid RA tidak pernah dilupakan. Penguasaan beliau dalam perniagaan bukan sahaja menempatkan dirinya sebagai seorang wanita korporat yang berjaya, dikenali dan disegani malah beliau telah melakar sejarah yang harum sebagai seorang isteri kepada Rasulullah SAW yang telah mengorbankan seluruh jiwa raganya untuk perjuangan Islam pada peringkat awal kenabian. Timbunan harta yang dimilikinya pula tidak tinggal sesisa pun kecuali digunakan untuk memacu perjuangan Islam. 96. DMPM menyedari bahawa peluang untuk membina wanita professional dalam bidang pengurusan kewangan berkemahiran, pengeluar produk berwawasan dan berdaya saing dalam bidang ekonomi boleh dicapai jika wanita diberi keyakinan dan kepercayaan untuk terlibat 30% sebagai pembuat dasar ekonomi negara.

97. Sudah tiba masanya wanita Muslim di negara ini menjadi peneraju utama untuk menghasilkan produk makanan halal berteraskan bahan mentah pertanian tempatan.

Page 34: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

33

98. Peruntukan khas kewangan perlu ditambah untuk wanita berinovasi melakukan Research and Devolepment (R&D) terhadap bahan mentah pertanian dari pelbagai sumber supaya produk yang terhasil menjadi alternatif yang baik kepada pengguna.

99. Peranan usahawan wanita untuk membangunkan ekonomi dan menawarkan peluang pekerjaan, penggunaan teknologi terkini, meluaskan pasaran produk ke peringkat antarabangsa, sewajarnya diberikan keutamaan kerana wanita Muslim khususnya sudah memilki pelbagai kepakaran dan kemahiran. 100. Selain menyediakan insentif berupa bantuan kewangan, jentera dan mesin, wanita perlu diberi peluang menubuhkan koperasi wanita supaya dapat menyediakan peluang pelaburan dan menikmati keuntungan. 101. Wanita juga sebagai pengurus kewangan dalam rumah tangga sewajarnya mendapat pendidikan kepenggunaan untuk menjadi pengguna yang bijak berbelanja ketika perlu, mengelakkan berlaku pemborosan dan pembaziran serta mengetahui hak sebagai pengguna supaya rumah tangga lebih barakah.

Page 35: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

34

102. Dalam situasi norma baharu hari ini, wanita yang berniaga dan terlibat sebagai ejen ekonomi dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bergelut dengan cabaran dan menghadapi situasi sukar kerana pendapatan hidup mereka sangat terjejas. 103. Apakah antara alternatif yang dapat disediakan bagi membantu golongan ini? Antaranya, sistem pemasaran yang berkesan dan efisien melalui penggunaan teknologi digital - berniaga secara dalam talian perlu diterokai dan digalakkan dari semasa ke semasa.

104. Penyediaan khidmat penghantaran produk terus ke rumah pelanggan dan pengguna perlu diselaraskan untuk memudahkan dan melancarkan urusan perniagaan. Selain itu, bantuan promosi juga perlu ditingkatkan supaya produk dapat dikenali secara meluas. 105. Gerak kerja membudayakan wanita supaya bekerja dari rumah juga merupakan satu alternatif terbaik. Norma baharu ini telah memberikan pengalaman baharu dalam urusan ekonomi.

106. Perkembangan teknologi yang semakin canggih dewasa kini membolehkan produk dijual secara online atau dalam talian. Manakala urusniaga dan pembayaran dalam E-Dagang dan E-Perbankan menjadi satu fenomena baharu.

Page 36: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

35

107. Perniagaan dalam talian kini semakin membentuk satu jalur lebar bagi menambah sumber pendapatan keluarga dan dapat dimanfaatkan sebaiknya. Hadirin dan Hadirat yang dikasihi, PERANAN MUSLIMAT DALAM DAKWAH 108. Setelah menyentuh perkara besar yang perlu diberikan perhatian, saya ingin mengingatkan kembali peranan dan posisi kita sebagai anggota dalam parti Islam ini adalah untuk memenuhi perintah yang difirmankan Allah dalam surah Ali Imran ayat 104 iaitu:

ة م

أ م

نك م ن

تك

� دعون ی ول

ٱ إ�

خ

مرون � و � � �

عروف ٱ ب أ

لم

ر ٱ عن ��ون � و

نك ك هم لم ى�

ـول

ف�حون ٱ وأ

لم

Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”

Page 37: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

36

109. Muslimat perlu berperanan dan bertanggungjawab untuk mendapatkan maklumat dan pendedahan mengenai isu-isu dalam dan luar negara bagi memahami dan menangani isu-isu masyarakat tempatan dan antarabangsa serta menyumbang dalam kerja sosial dan kemasyarakatan dalam mahupun luar negara berdasarkan konsep amar ma'ruf dan nahi mungkar. 110. Muslimat juga perlu memainkan peranan untuk mencari, menerima dan bertanggungjawab menyampaikan semua jenis maklumat dan idea melalui pelbagai saluran. Inilah jalan dakwah dalam dunia Revolusi Perindustrian 4.0 di mana semua maklumat hanya dapat diakses melalui hujung jari sahaja.

111. Namun begitu, menjadi tanggungjawab Muslimat untuk menyebarkan ilmu dan maklumat yang benar dengan memastikan kesahihannya terlebih dahulu kerana maklumat yang palsu, jika disebarkan, boleh menjadi mudarat yang besar dan barah yang parah dalam masyarakat. Islam sangat mementingkan keabsahan maklumat sebelum disebarkan. Sabda Rasulullah SAW,

ل ما سمع

ب�

ث ن يحد

ذبا أ

رء ك

فى بالم

ك

Page 38: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

37

Maksudnya : “Cukuplah seseorang dianggap pembohong jika ia mengatakan semua (berita) apa yang dia dengar (tanpa menyelidik keabsahannya terlebih dahulu).” – Riwayat Imam Muslim 112. Kita juga turut menginsafi pentingnya penguasaan siasiyah (political will) ini sebagai wasilah dakwah yang lebih berkesan. Pelbagai usaha dakwah menerusi pendekatan yang sesuai dengan umat dakwah dan umat ijabah ini. 113. DMPM meletakkan pemikiran yang optimis untuk mendekati setiap lapisan golongan sama ada penduduk bandar, pinggir bandar, masyarakat desa, felda mahupun orang asal.

114. Manakala di peringkat antarabangsa pula, Muslimat telah turut serta dalam pelbagai misi kemanusiaan sama ada di rantau Asia Tenggara mahupun Benua lain.

115. Maka dengan itu, teruskanlah usaha-usaha memberikan bantuan secara fizikal mahupun material kepada saudara-saudara kita yang memerlukan di seluruh pelosok dunia seperti Palestin, Myanmar, Syria, Yaman dan Uighur.

Page 39: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

38

116. Namun begitu, janganlah kita lupa untuk membangkitkan kesedaran dalam diri ahli keluarga kita tentang tanggungjawab antara sesama muslim tidak kira di dalam dan luar negara.

Muslimin Muslimat yang diraikan, MUHASABAH DAN TANGGUNGJAWAB DAKWAH 117. Betapa beratnya amanah sebagai kerajaan setelah meraih kemenangan. Ujian-ujian kemenangan dalam bentuk kebendaan dan keselesaan hidup menjadi kebimbangan baginda Rasulullah SAW terhadap umat baginda sepanjang hayat. Perlulah sentiasa kita hindari dan menjauhi segala sifat hubb ad-dunia (cintakan dunia) apabila sudah berkuasa dan lupakan serta takutkan kematian yang akan datang pada bila-bila masa sahaja yang ditetapkan Allah SWT. 118. Sehubungan dengan itu, jati diri pejuang Islam mesti deperkasakan menerusi agenda membangunkan Muslimat ‘AKIFI, menyahut cabaran menjadi jentera parti 12K, sehingga menjadi qudwah dalam dakwah dan siyasah hasil tarbiyah yang berterusan yang disediakan oleh parti.

Page 40: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

39

119. Cukuplah saya sudahi muhasabah ini dengan satu firman Allah SWT dalam surah as-Saff ayat 2-3 sebagai peringatan atau amaran kepada kita semua ahli Muslimat khususnya dan PAS keseluruhannya:

ذین �ا ٱل �

أ�� مقتا عند یـ

ون. ك

فعل

ت

ون ما لا

قول

لم ت

ءامنوا

ون فعل

ت

ما لا

وا

قول

ن ت

أ

ٱ�

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”

Hadirin Hadirat yang dihormati, 120. Di kesempatan ini, saya ingin menzahirkan kegembiraan dan rasa syukur atas kehadiran semua tetamu dan perwakilan ke muktamar pada tahun ini. Walaupun bersama kita dalam Dewan ini, Naib Presiden Parti merangkap YAB Menteri Besar Terengganu dan tidak lupa ahli Majlis Syura Ulama’ yang kini memegang jawatan sebagai Menteri,

Page 41: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,

40

namun disebabkan COVID-19, mesyuarat DMPM dua tiga bulan yang lalu mengambil keputusan hanya Ketua DMPM merasmikan muktamar agar ianya dapat berjalan dengan ringkas dan cepat. 121. Akhirnya marilah bersama-sama saya, kita rasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia kali ke-60 ini dengan membaca Ummul Kitab al-Fatihah. Siiru ‘ala barakatillah. YB Senator Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia 11 September 2020 bersamaan 23 Muharram 1442H

Page 42: New ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERAmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/Ucaptama-Ketua... · 2020. 9. 11. · 3. Dewan Muslimat PAS Malaysia masih mengekalkan tema ISLAM MEMIMPIN,