negeri johor darul takzim : legasi, pengukuhan dan pengawalan akidah aswja

10
1 NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM : LEGASI, PENGUKUHAN DAN PENGAWALAN AKIDAH ASWJ OLEH: Dato’ Haji Nooh Bin Gadot (Penasihat Majlis Agama Islam Johor) Abstrak [Kertas kerja ini akan menjelaskan amalan akidah ASWJ di negeri Johor Darul Ta’zim. Di peringkat awal, kertas kerja ini menerangkan latarbelakang ajaran Islam yang mendominasi pemikiran dan kefahaman serta amalan ASWJ. Seterusnya kertas kerja ini menerangkan gambaran ringkas hubungan Johor dengan Kerajaan Turki Uthmaniah, kerana Johor mempunyai keistimewaan yang tersendiri sebagai yang disifatkan oleh Kerajaan Islam Uthmaniah Turki di mana banyak daripada amalan Islam di Turki diserap dan diguna pakai di dalam segenap kehidupan beragama di Johor dan akhirnya menjadi legasi sebagai tunggak ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah. Contoh dan amalan pentadbiran Islam di negeri Johor yang berpaksikan ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah juga disebutkan. Pengawalan dan pengukuhan ASWJ turut digariskan bagi menjamin legasi yang sedia ada itu. Dalam penutup kertas kerja ini, digariskan beberapa cadangan bagi mengawal ajaran-ajaran sesat di luar akidah dan kefahaman ASWJ]. Renungan Ayat-ayat al-Quran al-Karim dan hadis Nabi SAW di bawah jelas memberitahu kepada semua tentang peri pentingnya berpegang dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah kerana hanya dengannya keselamatan, kebahagiaan, kesatuan dan kemakmuran akan dapat dizahirkan dalam segenap konteks kehidupan dan pengukuhan pegangan Islam. Tanpa berpegang dengan akidah ASWJ, akan membawa kepada kecelaruan hidup beragama. أ ﺎء ﱠﻤ اﻟﺴ ﺎ ﰲ ﻓـ و ʬ أ ة ɍ ا ب ﺿ ﺗـ Maksudnya: Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. (Surah Ibrahim : Ayat 24) Maksudnya: Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Ahzab: Ayat 40)

Upload: aswajanu

Post on 27-Jul-2015

214 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM : LEGASI, PENGUKUHAN DAN PENGAWALAN AKIDAH ASWJA

1

NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM : LEGASI, PENGUKUHAN DAN PENGAWALAN AKIDAH ASWJ

OLEH: Dato’ Haji Nooh Bin Gadot

(Penasihat Majlis Agama Islam Johor)

Abstrak

[Kertas kerja ini akan menjelaskan amalan akidah ASWJ di negeri Johor Darul Ta’zim. Di peringkat awal, kertas kerja ini menerangkan latarbelakang ajaran Islam yang mendominasi pemikiran dan kefahaman serta amalan ASWJ. Seterusnya kertas kerja ini menerangkan gambaran ringkas hubungan Johor dengan Kerajaan Turki Uthmaniah, kerana Johor mempunyai keistimewaan yang tersendiri sebagai yang disifatkan oleh Kerajaan Islam Uthmaniah Turki di mana banyak daripada amalan Islam di Turki diserap dan diguna pakai di dalam segenap kehidupan beragama di Johor dan akhirnya menjadi legasi sebagai tunggak ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah. Contoh dan amalan pentadbiran Islam di negeri Johor yang berpaksikan ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah juga disebutkan. Pengawalan dan pengukuhan ASWJ turut digariskan bagi menjamin legasi yang sedia ada itu. Dalam penutup kertas kerja ini, digariskan beberapa cadangan bagi mengawal ajaran-ajaran sesat di luar akidah dan kefahaman ASWJ].

Renungan

Ayat-ayat al-Quran al-Karim dan hadis Nabi SAW di bawah jelas memberitahu kepada semua tentang peri pentingnya berpegang dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah kerana hanya dengannya keselamatan, kebahagiaan, kesatuan dan kemakmuran akan dapat dizahirkan dalam segenap konteks kehidupan dan pengukuhan pegangan Islam. Tanpa berpegang dengan akidah ASWJ, akan membawa kepada kecelaruan hidup beragama.

اء أ م ا يف الس ه ع فـر بت و ا ه ة أصل ب ي ة ط ة كشجر ب ي ة ط م ثال كل م ب ا مل تـر كيف ضرMaksudnya: Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. (Surah Ibrahim : Ayat 24)

Maksudnya: Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Ahzab: Ayat 40)

Page 2: NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM : LEGASI, PENGUKUHAN DAN PENGAWALAN AKIDAH ASWJA

2

: ١٠٣آل عمران

Maksudnya: Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Surah aali-Imran: Ayat 103)

Hadis Nabi SAW:

واحدة. قيل : من هم يا رسول ال ها يف النار إ رقة كل ني ف ىل ثالثة وسبع ي إ ت ق أم ستفرت قال : ما أنا عليه وأصحايب. اهللا .

Maksudnya: Umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan, kesemuanya akan masuk ke dalam neraka kecuali satu golongan sahaja. Lalu dikatakan: Siapakah mereka wahai Rasulullah?, jawab Baginda SAW: Iaitu mereka yang mengikuti perjalananku dan perjalanan para sahabatku RA.

النواجذ وا عليها ب ي. عض ن بعد يني م هد ين امل اشد لفاء الر ي وسنة اخل سنت كم ب علي. (حديث العرباض ر عليكم عبد حبيش ن تأم ) بن سارية . وإ

Maksudnya: Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khalifah al-rasyidin sesudahku. Genggamlah dengan sekuat-kuatnya. (Hadis Riwayat al-Irbadh)

1.0 PENDAHULUAN

Kedatangan Islam melalui semenanjung Tanah Arab menunjukkan bahawa Islam telah tiba ke Alam Melayu semenjak abad ke 9M samada menerusi para pedagang atau pendakwah dari semenanjung Tanah Arab. Dari tarikh kedatangan Islam itu juga menunjukkan bahawa Islam telah tersebar di Tanah Melayu lebih awal berbanding kemunculan kerajaan Melayu Melaka.

Manakala pengislaman kerajaan Melayu Melaka, dilihat melalui catatan Sejarah Melayu yang menghikayatkan pengislaman Parameswara melalui Syed Abd. Aziz, seterusnya catatan perkahwinan Parameswara dengan puteri Pasai yang beragama Islam pada 1414M.

Dari segi sejarahnya, Johor telah menerima kedatangan Islam lebih awal dari penubuhan kerajaan Melayu Melaka. Akan tetapi, perkembangan Islam di Johor

Page 3: NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM : LEGASI, PENGUKUHAN DAN PENGAWALAN AKIDAH ASWJA

3

berkembang pesat hanyalah semasa Johor berada di bawah jajahan kerajaan Melayu Melaka. Islam semakin berkembang di Johor, selepas kerajaan Melayu Johor diasaskan pada 1528M. Islam dikukuhkan melalui pelbagai kaedah dan cara yang diambil melalui acuan awalnya dari kerajaan Melayu Melaka1 yang rata-ratanya bermula dari sultan dan seluruh rakyat jelata mengamalkan ajaran Islam yang berpaksikan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah, Ini bertepatan dengan kata-kata Ibnu Khaldun yang mengatakan :

(الناس عىل دين ملوكهم)Maksudnya: “Rakyat jelata akan menurut agama anutan raja-raja mereka”.

Ini adalah kerana akidah yang dibawa oleh para ulama yang menyampaikan Islam kepada mereka adalah fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berkonsepkan ciri-ciri berikut:

o Hak dan Kebenaran - o Mudah dalam semua aspek. o Wasatiyyah (kesederhanaan) o Tidak melampau, tidak keterlaluan, tidak ada kezaliman. o Membanteras empat musuh besar dalam Islam :

- Kejahilan dan buta huruf - Kemiskinan dan kemelaratan hidup - Penyakit zahir dan batin - Perpecahan dan perseteruan, permusuhan, ekstrem,

pelampau o Melaksanakan tuntutan maqasid syariah, o Menyeru kepada al-wihdah (kesatuan tulen)

Wihdah qalbi (hati) Wihdah fikri (minda) Wihdah hadaf (visi – misi – objektif) Wihdah amal wal tatbiq (tindakan) Wihdah masir (destinasi)

o Menerima Ijma’ sebagai satu sumber Islam yang utama

2.0 Negeri Johor dan hubungannya dengan Kerajaan Islam Uthmaniyyah

Dari sudut sejarah, hubungan Kerajaan Johor dengan Kerajaan Islamiyyah

Turki bermula apabila Sultan Abu Bakar mengadakan siri lawatannya ke negara

tersebut pada tahun 1893. Kedudukan Johor sebagai satu-satunya negara (negeri) di

sebelah timur yang pada masa itu bersungguh-sungguh menjadikan Islam (Ahli

Sunnah wal Jamaah) sebagai dasar negaranya telah membuka ruang kepada Turki

untuk mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negeri Johor sebagai sebuah

1 Sejarah Perkembangan Undang-undang Islam di Johor Hanif Md Lateh@ Junid et.al.

Page 4: NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM : LEGASI, PENGUKUHAN DAN PENGAWALAN AKIDAH ASWJA

4

negara Islam. Hal ini dibuktikan oleh Hikayat Johor2 yang menyebut:

“...hingga pada akhirnya lantaslah Yang Maha Mulia berjumpa dengan Yang Maha Mulia Sultan Abdul Hamid Khan3 di Kostantinopel. Maka diterimalah oleh baginda dengan sebaik-baik terimaan serta diraikan dengan secukup-cukupnya kerana amatlah gemar Yang Maha Mulia Sultan Turki itu melihatkan seorang raja sebelah timur begitu baik bawaan dan aturannya pada hal beragama Islam”.

Kenyataan sejarah di atas, sekaligus menerangkan kepada kita bahawa

hubungan Johor-Turki adalah amat istimewa dan mendalam sekali berbanding

dengan hubungan Johor dengan negara-negara luar yang lain. Berbagai-bagai

kenyataan dapat kita lihat yang menunjukkan bahawa hubungan kerajaan Johor

dengan Turki membawa suatu pengaruh baru ke Negeri Johor. Misalnya cara

berpakaian Sultan Johor, rekabentuk Masjid Abu Bakar4, penciptaan kod (etika dan

amalan) Islam, dan yang paling menarik ialah penganugerahan darjah kebesaran

daripada Sultan Abdul Hamid II Turki pada tahun 1893 kepada Sultan Johor, Baginda

Sultan Abu Bakar. Johor Bahru pada ketika itu dianggap sebagai “bandar kembar”

dengan Kostantinopel atau Istanbul, kini.

Untuk mengeratkan hubungan Johor-Turki Uthmaniah, Sultan Abdul Hamid II

menghadiahkan 2 orang wanita Turki kepada Sultan Johor iaitu Khadijah Hanim dan

Ruqayyah Hanim di mana Khadijah Hanum dikahwinkan dengan Sultan Abu Bakar

dan Ruqayyah Hanim5 dikahwinkan dengan Engku Majid bin Temenggung Ibrahim

(adinda Sultan Abu Bakar) bagi menyambungkan Nasab keturunan mereka setaraf

dengan Khalifah Turki Uthmaniah.

Hubungan antara Johor-Turki Uthmaniah melalui satu dokumen penting yang

dijadikan sebagai sendi dan paksi paradigma baru, namun tidak ramai daripada ahli

sejarah negeri Johor yang merujuk kepada buku Hikayat Johor dan Tawarikh al-

Marhum Sultan Abu Bakar. Terdapat begitu banyak sekali dalam buku tersebut yang

mencatatkan peristiwa-peristiwa penting perhubungan antara Kerajaan Negeri Johor

dengan Kerajaan Islamiyyah Turki. Adalah jelas di dalam hal ini bahawa Negeri Johor

telah memainkan peranan yang penting di peringkat antarabangsa terutama dalam

2 Mohd Said Sulaiman (Kapten), Hikayat Johor dan Tawarikh al-Marhum Sultan Abu Bakar, Malaya Publishing House Limited, Singapura. Cet. 7,1930. hal. 62. 3 Sultan Abd Hamid II (Khalifah Kerajaan Islam Uthmaniah Terakhir sebelum Turki Moden) 4 Shamsiah Ibrahim, The Administration of Islamic Law in Johor, Tesis LLB Universiti Malaya, tidak diterbitkan, 1976, hal. 2. 5 Ruqayah Hanim merupakan ibu kepada Dato’ Onn Jaafar.

Page 5: NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM : LEGASI, PENGUKUHAN DAN PENGAWALAN AKIDAH ASWJA

5

perkara yang berkaitan dengan hal-ehwal Islam (ASWJ) sehingga mendapat

kepercayaan dan keyakinan oleh Kerajaan Islamiyyah Turki. Apabila diteliti, Kerajaan

Islamiyyah Turki yang mula bergerak dengan visi dan misi dalam mempromosikan

“Konsep Modernisasi” di dalam Pemerintahan Islam di luar Eropah telah memilih

Johor sebagai satu-satunya negara di Asia, yang mempunyai ciri dan kredibiliti yang

setanding dengan pemikiran Moden Islam Turki.

Gelaran Negeri Johor sebagai Darul Ta’zim sendiri ada hubung kaitnya dengan Asmaul Husna kerana menta’zimkan (mengagung dan membesarkan) Allah SWT adalah salah satu ciri akidah ASWJ.

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor dalam fasal 57 jelas telah memperuntukkan Islam sebagai Agama Negeri Johor buat selama-lamanya.

3.0 Contoh Pelaksanaan Islam Berpaksikan Akidah ASWJ di Johor

Johor telah mengamalkan pelaksanaan Islam dalam segenap segi kehidupan masyarakatnya. Dalam konteks ini, penggubalan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor di bawah pentadbiran Sultan Abu Bakar telah mengemukakan pelbagai peraturan demi kelangsungan amalan beragama di kalangan rakyatnya. Maka akhirnya diperkenalkan undang-undang Sivil Islam dan juga Undang-undang Keluarga Islam yang disebut sebagai Majalah Ahkam Johor dan juga Ahkam Syar’iyyah Johor yang diambil daripada Dawlah ‘Uthmaniyyah. Kedua-dua undang-undang tersebut masing-masing pemakaiannya oleh Sultan Ibrahim pada 1913 (Kod Undang-Undang Sivil Islam) dan 1935 (Kod Undang-Undang Keluarga Islam). Majalah Ahkam Johor yang diambil daripada Majalah al-Ahkam al-‘Adliyyah yang digunakan di Turki oleh Dawlah ‘Uthmaniyyah. Arahan untuk menggunakan kod undang-undang ini dikeluarkan oleh pejabat Mufti kerajaan Johor pada 29 November 1913. Kedua-dua kod undang-undang tersebut mencerminkan pelaksanaan Islam berasaskan ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah.

Dari segi pelaksanaan di dalam Jentera Pentadbiran, negeri Johor dalam era moden amat menitikberatkan peri pentingnya Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah sebagai pegangan contohnya sebagaimana berikut:

Menteri Besar Johor ke-10 – Tan Sri Hassan Yunus merupakan lulusan al-Azhar.

Pengerusi Hal Ehwal Agama (Exco Agama sekarang). o YB Tuan Haji Abdul Mutalip Abd Rahim al-Hafiz merupakan lulusan al-

Azhar YB Dato’ Abdul Kadir Anuar – Pegawai Tinggi Pendidikan Agama pernah

dilantik menjadi Exco Agama Negeri Johor.

Page 6: NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM : LEGASI, PENGUKUHAN DAN PENGAWALAN AKIDAH ASWJA

6

Tuan Haji Hamzah Ramli- Lepasan al-Azhar pernah dilantik menjadi Exco Agama Negeri Johor.

Keunikan yang terdapat di Negeri Johor ialah ketika zaman pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar dan anakandanya Sultan Ismail, dua orang mufti iaitu Sayyed Alwi al Haddad dan Sayyed Tahir al Haddad adalah berasal dari Hadramaut yang merupakan kubu kuat Sunni.

Saiyid Alwi al-Haddad ialah seorang ulama yang berpendirian tegas dan berani mempertahankan Akidah ASWJ serta mengharamkan ajaran-ajaran sesat seperti ajaran Qadiani dan Taslim. Gaya berhujah dan penulisan banyak persamaan dengan yang pernah dilakukan oleh Saiyid Utsman bin Abdullah bin Aqil bin Yahya al-‘Alawi, Mufti Betawi. Saiyid Alwi al-Haddad selain menyanggah pendapat dan pegangan Syeikh Ahmad bin Muhammad as-Surkati dan yang lebih keras dibantahnya ialah A. Hassan bin Ahmad Bandung yang mendokong fahaman Kaum Muda. Di dalam fatwa al-Haddad, Mufti Kerajaan Johor telah memfatwakan bahawa: “Golongan Kaum Muda adalah suatu kumpulan yang tiada mengerti dan faham tentang Islam, mereka bersungguh-sungguh hendak menghampiri dan menyatukan agama Islam kepada agama lain (Pluralisme). Apa jua perkara yang terbit daripada agama Kristian atau Majusi, mana yang dipandang mereka molek dan elok pada zahirnya berkehendaklah mereka memalingkan hukum-hukum Islam daripadanya seperti berkata setengah mereka itu: Babi itu suatu binatang yag suci, dan berkata setengah yang lain pula: Tiada sah ruju’ dengan tiada redha perempuan, dan berkata yang lain pula: Nabi Isa AS berbapa seperti perkataan orang-orang Yahudi…”

Bukan Saiyid Alwi al-Haddad saja yang menolak pegangan A. Hassan bin Ahmad Bandung tetapi perkara yang sama juga pernah dilakukan oleh Haji Abu Bakar bin Haji Hasan Muar. Sanggahan Haji Abu Bakar Muar terhadap A. Hassan Bandung berjudul Majlis Uraian Muar-Johor. Di bawahnya dijelaskan judul, “Pada menjawab dan membatalkan Al-Fatwa pengarang Persatuan Islam Bandung yang mengatakan babi itu najis dimakan bukan najis disentuh dan mulut anjing pun belum tentu najisnya.” Sebenarnya apabila kita meninjau sejarah pergolakan Kaum Tua dan Kaum Muda dalam tahun 1930-an itu dapat disimpulkan bahawa semua golongan ‘Kaum Tua’ menolak pemikiran A. Hassan Bandung itu khususnya Kerajaan Johor yang muftinya ketika itu Saiyid Alwi al-Haddad yang mengharamkan karya-karya A. Hassan Bandung di Johor6.

Mufti-mufti berikutnya juga merupakan keturunan Sayyed. Ini menunjukkan bahawa pegangan ASWJ itu menjadi benteng yang kukuh kuat bagi pentadbiran Agama Islam Negeri Johor dan seluruh rakyatnya.

Demi menyambung legasi dan kehebatan pemerintah-pemerintah dalam sejarah Islam, sebahagian besar pemimpin Islam adalah dilantik daripada mereka yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang bersambung dengan Rasulullah SAW.

6 http://ulama-nusantara.blogspot.com/2006/11/saiyid-alwi-bin-thahir-al-haddad-mufti.html

Page 7: NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM : LEGASI, PENGUKUHAN DAN PENGAWALAN AKIDAH ASWJA

7

Satu keunikan bahawa Johor Darul Ta’zim mewujudkan jawatan Penasihat Agama Kepada DYMM Sultan Johor yang menunjukkan begitu rapatnya Insitusi raja dengan Islam (ASWJ).

Majlis Agama Islam Johor melalui visinya iaitu “Ke Arah Pembentukan Mu’min Sejahtera” dan misinya “Melalui pembentukan individu dan masyarakat yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam seluruhnya bagi melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia, berdaya saing, prihatin, penyayang, tolong menolong dan bersatupadu sebagai pemangkin kepada kesejahteraan ekonomi dan sosial ummah.”

Jabatan Agama Johor juga yang menjadikan visi “Islam Sebagai Cara Hidup” dan misi “Menjadikan Jabatan Agama Johor sebagai satu agensi sosial terunggul melalui usaha dan aktiviti yang berterusan serta menyeluruh dalam pembentukan individu yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam seluruhnya, bagi melahirkan sebuah masyarakat yang berketrampilan, harmoni, dinamik, cergas, cerdas, berdaya saing, bersatu padu, berakhlak mulia dan memiliki jati diri unggul sebagai pemangkin kepada kesejahteraan ummah dan negara”.

Pemegang-pemegang tauliah mengajar, guru-guru agama, naib-naib kadi, pegawai-pegawai masjid disyaratkan faham dengan mendalam ASWJ.

Pegawai-pegawai Tadbir negeri (JCS), dan seluruh organisasi pentadbiran negeri termasuk Exco-exco yang beragama Islam hendaklah berpegang dengan ASWJ.

4.0 Pendekatan, Pengukuhan dan Pengawalan ASWJ negeri Johor

Pelbagai pendekatan telah diambil oleh negeri Johor bagi memastikan ASWJ terus diamalkan sama ada melalui;

Dakwah dan Sebaran Islam o Seluruh kekuatan dakwah di Johor adalah dikerah dan diarah untuk

mempertahankan ASWJ dengan sepenuhnya sama ada melalui forum, dialog, ceramah, syarahan, mimbar jumaat dan sebagainya menunjukkan bahawa kerajaan Johor dan seluruh rakyat bertanggungjawab untuk mempertahankan kedudukan ASWJ.

Pendidikan Islam ASWJ dilaksanakan di semua peringkat pendidikan bermula di

peringkat para sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan pusat pengajian tinggi.

Penubuhan institut ASWJ di peringkat negeri dan di bawah kelolaan MAIJ dan UTHM. Di antara lembaga penasihatnya ialah Mufti Negara Brunei Darussalam Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Haji Othman bin Mustafa, dan Mudir Darul Mustafa Hadramaut, Habib Umar bin Hafidz.

Page 8: NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM : LEGASI, PENGUKUHAN DAN PENGAWALAN AKIDAH ASWJA

8

Manakala bagi pengukuhan fahaman Akidah ASWJ pula, pelbagai bentuk usaha telah dilakukan melalui saluran-saluran sebagaimana berikut:

Fatwa Negeri Johor yang telah diwartakan pada 16 Feb 20127 yang menyatakan:

Adalah ditetapkan bahawa umat Islam di Negeri Johor hendaklah mengikut undang-undang dan ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahlis Sunnah Wal Jama’ah dari segi aqidah berpandukan mazhab Al-Asya’irah dan Al-Maturidiah, Syariah berpandukan mazhab Syafi’e. Walaubagaimanapun tiga mazhab yang mu’tabar iaitu Hanafi, Maliki dan Hanbali boleh dirujuk dan digunakan dalam menyelesaikan masalah-masalah tertentu dan dari segi akhlak hendaklah berpegang dengan akhlak Islamiyyah.

Fahaman yang terkeluar daripada ASWJ dianggap melanggar enakmen Islam negeri Johor dan boleh dikenakan tindakan.

Resolusi Multaqa Ulama Dan Ilmuan Islam Johor

Multaqa ulama dan ilmuan Negeri Johor telah menekankan kepada peri pentingnya negeri Johor berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mempertahankannya.

Penguatkuasaan Enakmen dan penghakiman di mahkamah.

Apabila Islam disebut dalam enakmen, ianya adalah dirujuk sebagai akidah ASWJ, mazhab Syafie, namun tiga mazhab yang lain (Hanafi, Maliki dan Hanbali) boleh digunapakai dengan syarat telah diputuskan oleh fatwa, dan dipersetujui oleh Majlis dan diperkenalkan oleh Sultan.

Bahagian-bahagian di dalam Struktur Jabatan Agama Islam Johor seperti Bahagian Dakwah, Pendidikan, Penyelidikan, Pengurusan Masjid, Penguatkuasaan, Undang-undang Keluarga, Zakat, Wakaf dan Baitulmal, Sistem Kehakiman Syar’iahnya, segala aktiviti dan perlaksanaannya adalah berasaskan fahaman ahli sunnah waljamaah. Semua jawatan dalam MAIJ dan JAIJ termasuk mufti disyaratkan berpegang dengan ASWJ. Semua Ahli MAIJ juga disyaratkan berpegang dengan ASWJ.

Kerajaan Negeri Johor sangat prihatin dengan penggunaan tulisan Jawi. Ini dapat

dilihat melalui tulisan jawi yang digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat

Melayu di Negeri Johor. Ini dapat dilihat dalam beberapa contoh, antaranya ialah tulisan

jawi terdapat dalam kepala-kepala surat rasmi kerajaan negeri, minit-minit mesyuarat

kerajaan Negeri, minit-minit mesyuarat Jabatan Mufti Negeri, minit mesyuarat Majlis

Agama Islam Johor, nama-nama jalan dan lain-lain.

7 http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/membendung-pengaruh-syiah-0

Page 9: NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM : LEGASI, PENGUKUHAN DAN PENGAWALAN AKIDAH ASWJA

9

Suruhanjaya / Panel Temuduga (SPAJ)

Dalam sesi temuduga dalam semua jawatan sama ada kerajaan negeri atau MAIJ, salah satu soalan yang perlu dikemukakan oleh panel ialah sejauhmana kefahaman calon-calon terhadap Ahli Sunnah wal Jamaah dan akibat buruk sekiranya tidak berpegang dengan akidah ASWJ.

Mengekalkan wirid dan zikir bagi tujuan tazkiah al-nafs.

5.0 ISU DAN CABARAN

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa di dalam usaha yang berterusan untuk mengekalkan legasi ASWJ di negeri Johor, terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh negeri Johor secara khusus dan dunia secara amnya. Antara cabaran tersebut ialah sebagaimana berikut:

Globalisasi o Arus globalisasi (Orde Baru Dunia) yang dijaja dan ditaja oleh Amerika

Syarikat yang berpaksikan ideologi kapitalis, yang berkiblatkan material semata-mata dan mempunyai motto berbunyi, “hidup yang sekali”.

Gaya hidup hedonisme o Masyarakat moden yang mengejar dan mengumpul harta sebanyak

mungkin dan bersuka ria @ berpoya-poya, memburu kebebasan tanpa batasan.

Gerakan Kristianisasi o Budaya dan tradisi kristianisasi yang diamalkan sebagai gaya hidup,

dan disebar luas untuk menjadi ikutan generasi Y di seluruh dunia supaya umat Islam hilang akan identiti dan pedoman yang sebenar dalam kehidupan.

Ancaman Ajaran Sesat o Fahaman syiah, golongan anti hadis, kepercayaan khurafat, tariqat

songsang, liberalisme, pluralisme, LGBT dan lain-lain sememangnya menjadi ancaman yang sangat dahsyat terhadap kelangsungan pegangan ASWJ.

Media Komunikasi

o Budaya ber”Whatsapp”, Facebook, Tweeter, WeChat, Instagram dan lain-lain yang disalahgunakan untuk menyebarkan maklumat salah, berita palsu, hasutan, fitnah liar dan kenyataan yang mempersenda ajaran agama begitu berleluasa dan sukar dikawal.

Page 10: NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM : LEGASI, PENGUKUHAN DAN PENGAWALAN AKIDAH ASWJA

10

Musuh Dalaman o Kejahilan & buta huruf o Kemiskinan o Penyakit (zahir & batin) o Perpecahan (sengketa & kebencian)

Penutup

Segala yang dinyatakan di atas menunjukkan betapa perjalanan Islam di Johor berada di landasan yang betul. Johor tetap menjadi benteng yang kukuh kuat bagi fahaman ASWJ dan akan mempertahankannya dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam dan di kalangan umat Islam. Ulama besar kontemporari Malaysia yang tersohor iaitu Allahyarham Dr. Uthman el-Muhammadi memuji sikap negeri Johor yang memberi penekanan tentang keindahan ASWJ dan beliau mengatakan Johor adalah benteng terakhir ASWJ (Kalau Johor tumbang, maka tumbang juga negeri yang lain).

Dengan penekanan terhadap ASWJ di negeri Johor, penulis penuh yakin bahawa sebarang ajaran sesat tidak akan bertapak dan berkembang di negeri Johor.

أعلم بالصوابواهللا