natural justice powerpoint

23
KEADILAN ASASI ??? Menurut pengarang buku Constitutional and Administrative Law 2 iaitu Profesor De Smith Keputusan yang saksama. Kepentingan pihak terlibat perlu diambilkira dan dicapai tanpa berat sebelah. Selepas peluang yang secukupnya diberikan kepada pihak yang berkenaan untuk membentangkan kesnya.

Upload: supia-nazma

Post on 01-Feb-2016

133 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

legal

TRANSCRIPT

KEADILAN ASASI ???

Menurut pengarang buku Constitutional and Administrative Law 2 iaitu Profesor De Smith

Keputusan yang saksama.

Kepentingan pihak terlibat perlu diambilkira dan dicapai tanpa berat sebelah.

Selepas peluang yang secukupnya diberikan kepada pihak yang berkenaan untuk membentangkan kesnya.

• Terkanun dalam dokumen yang dipanggil Perisytiharan Sejagat mengenai Hak-hak Asasi Manusia 1948.

• Menurut Wong Hon Wei (2001),“Hak asasi manusia boleh ditakrifkan sebagai hak dan dasar yang wajib diterima dengan sama rata seperti hak untuk memberi pendapat, mendapat perlindungan dan pendidikan yang sempurna, makanan, menganut agama atau kepercayaan dan sebagainya.”

• Menurut A.V. Dicey, penjawat awam hendaklah melaksanakan tugas yang dirujukkan kepadanya tanpa berat sebelah dan memberikan peluang kepada pihak-pihak untuk membentangkan kesnya dalam bentuk yang mencukupi.

• Namun pentadbir boleh mengikut kaedahnya tersendiri.

• Terdapat dua prinsip di bawah keadilan asasi iaitu:

a) Prinsip audi alteram partem iaitu hak untuk didengar

b) Prinsip nemo judex in causa sua yang bererti prinsip tidak berat sebelah.

Prinsip audi alteram partem(Hak untuk didengar)

• Ciri-ciri:

a) Notis pemberitahuan mengenai kesalahan yang ditanggung.

b) Hak menyoal saksi dan hak untuk diwakili oleh peguam.

c) Bagi kesalahan yang disabitkan adalah berat, pekerja tersebut berhak diwakili oleh peguam.

d) Hak untuk diberitahu keputusan dan hak memberi alasan keputusan.

e) Hak untuk tidak dihukum dua kali atas kesalahan yang sama.

f) Hak untuk merayu.

Prinsip nemo judex in causa sua (Tidak berat sebelah)

• Seseorang yang ada kepentingan lain dalam sesuatu kes yang dikendalikannya, maka dia tidak dibenarkan untuk mengadili kes tersebut kerana ianya akan mengakibatkan wujudnya isu tidak adil.

Jenis-jenis bias:• Bias diri

Proses membuat sesuatu keputusan ianya dipengaruhi atau melibatkan kepentingan dirinya, keluarganya atau kawan-kawan terdekat ataupun mana-mana pihak ketiga.

• Bias kewanganBadan penghukum atau pengadil mempunyai kepentingan kewangan samada melibatkan jumlah duit yang besar atau kecil.

• Bias polisiSeseorang pengadil itu terlibat dalam pembuatan sesuatu polisi secara langsung atau tidak.

KES 1SENARIO KES

MAHADEVAN VS ANANDARAJAN & ORS

• Pmbuangan seorang pelajar Seolah King George V, Seremban yang melanggar disiplin sekolah

• Tingkah laku pelajar itu masa pertunjukkan talentime yang di adakan pada 1 April 1968

• Pelajar itu menduduki tempat duduk yang beharga RM3 walaupun hanya membayar RM2 sahaja

• Dia ketawa dan meninggalkan pertunjukan• Dia menyalakan mancis api dan berperangai

tidak senonoh

SENARIO KES2 April 1968

• Pelajar tersebut bersama dua orang rakannya dipanggil oleh pengetua

memberi amaran kepada mereka memanggil pelajar itu juga secara bersendirian memberitahu perangainya yang kurang sopan pada

masa lepas• Pelajar itu menyangkal beberapa tuduhan tetapi

mengaku kepada kesalahan yang lain• Pada masa lain pula, pelajar tersebut membawa surat

sakit daripada doktor, tetapi pada petang itu dia bermain badminton.

• Apabila disoal dia menyatakan dia tidak dapat datang bagi aktiviti sekolah, namun sakitnya tidak teruk bagi membolehkan dia bermain badminton.

SENARIO KES

10 April 1968Pengetua turut membincangkan perkara itu dengan rakan sejawatnya dan bertekad membuang pelajar itu

6 Mei 1968Pengetua menyampaikan keputusannya

Bapa pelajar tersebut merayu kepada Lembaga Pengurus Sekolah, tetapi rayuannya ditolak

Pelajar itu bersama bapanya membawa kes itu ke Mahkamah bagi membatalkan tindakan pengetua agar anaknya disekolahkan semula

Rayuan ditolak

KEPUTUSAN MAHKAMAH

Pengetua merayu kes ini ke Mahkamah Federal.

Mahkamah Federal mendapati tindakan yang di ambil oleh pengetua adalah mengikut peraturan dan menepati keadilan asasi.

Mahkamah menetapkan, bagi menjaga disiplin di sekolah, pengetua tidak perlu mengadakan sesi pertemuan yang paling lebar sebelum bertindak.

Keputusan mahkamah ini jelas menunjukkan hukuman gantung persekolahan murid dan buang sekolah boleh dikuatkuasakan berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin) Sekolah, 1959 di bawah seksyen 8(a);

PERBINCANGAN

KEPENTINGAN UNDANG-UNDANG KEADILAN ASASI DALAM KES INIPRINSIP NATURAL JUSTICE

Pihak sekolah mesti memastikan bahawa apabila membuat pertimbangan untuk mengenakan tindakan disiplin ke atas pelajar, maka;

1) Pelajar mesti diberi peluang untuk membela diri

2) Tindakan disiplin mesti dikenakan tanpa bias atau pilih kasih (no bias and Prejudice)

3) Prosedur hukuman yang dikenakan tepat dan jenis hukuman hendaklah adil, setimpal dan

bersifat pendidikan

MEOR ATIQULRAHMAN ISHAK & ORS

VS

FATIMAH BT. SIHI & ORS

RINGKASAN KES• Kes yang di bawa ke mahkamah berkenaan 3

orang murid SK Serting (FELDA) yang telah dibuang sekolah oleh guru besar kerana memakai serban.

• Plaintif memohon perintah mahkamah supaya mengisytiharkan pembuangan mereka daripada sekolah itu tidak sah.

• Defendan : melanggar peraturan 3(f)(v) Peraturan Sekolah 1997 (menurut SPI Bil 9/1975.

SKOP KES• Pembuangan sekolah murid sekolah kerana

memakai serban.• Sama ada plaintif-plaintif tidak didengar sebelum

dibuang sekolah• Larangan memakai serban di sekolah• Sama ada Gurubesar melampau bidangkuasa

PERBICARAAN PENGHAKIMAN

Mengapa Pendakwaan Dilakukan

• Mereka plaintif mendakwa telah dibuang sekolah

kerana memakai serban di sekolah di samping

memakai pakaian seragam sekolah.

• Tuntutan pendakwaan dibuat kerana ia

bertentang dengan kebebasan berugama,

larangan membezakan kerana ugama, kaum,

keturunan dan tempat lahir.

• Selain itu juga mereka dibuang sekolah tanpa diberi peluang untuk didengar yang bertentangan dengan prinsip keadilan semulajadi dan dengan demikian dinafikan peluang untuk merayu.

• Selain itu, didorong oleh niat jahat tanpa menimbangkan hukuman yang lebih ringan seperti pengantungan sekolah.

PERBICARAAN PENGHAKIMAN

Pembelaan Oleh Tertuduh

• Defendan menegaskan bahawa plaintif dengan

memakai serban di sekolah telah melanggar

peraturan 3(f) (v) Peraturan Sekolah 1997 dan

sebagai Guru besar yang bertanggungjawab ke

atas keseluruhan disiplin sekolah beliau telah

bertindak membuang mereka dari sekolah

selaras dengan kuasa yang diberi oleh undang-

undang.

Peraturan Sekolah 1997, Sekolah Kebangsaan

Serting (FELDA), Bandar Baru Serting.

(i) Larangan pakaian

(i). Semua murid dilarang memakai jubah, turban(serban), topi, ketayap dan

purdah.

Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975, Kementerian Pelajaran , yang mana dalam Surat Pekeliling itu juga antara lain memperuntukkan:

“ Guru Besar boleh juga menimbangkan

perkara-perkara lain yang tidak ada dalam

senarai itu mengikut keadaan sekolah masing-masing.”

• Pada 10 November 1997 Mahkamah Tinggi Malaya Seremban membatalkan keputusan guru besar yang mengambil tindakan membuang sekolah tiga orang muridnya kerana memakai serban ke sekolah.

• Guru besar tiada bidang kuasa melarang semua murid memakai serban. Guru besar sudah melampaui kuasanya dengan menentukan dasar yang haknya terletak pada Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja.

• Kementerian tidak melarang pakaian itu dalam Peraturan Pakaian Seragam Bil. 3/1983. Ini menjadikan larangan itu tidak sah, terbatal dan tidak berkesan.

• Plaintif-plaintif tidak mendapat keadilan kerana tidak diberi peluang untuk didengar melalui penjaganya. Mahkamah mengarahkan defenden membayar ganti rugi dan kos.

KEPUTUSAN MAHKAMAH

• Namun, pada 22 November 2004, Mahkamah Rayuan telah

mengetepikan pengisytiharan Mahkamah Tinggi Seremban

membatalkan keputusan guru besar Sekolah Kebangsaan Felda

Serting, Negeri Sembilan yang membuang tiga pelajar kerana

memakai serban ke sekolah,

• Menurut Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan,tindakan guru besar

tersebut adalah betul kerana ia berkaitan dengan hal ehwal

disiplin pelajar-pelajarnya dan adalah bidang kuasa seorang guru

besar atau pengetua untuk menguruskan pentadbiran sekolah

mengikut peraturan sedia ada.

• tindakan itu juga tidak berkaitan dengan undang-undang

perlembagaan atau amalan agama sebaliknya lebih kepada hal

ehwal pentadbiran sekolah; malah hakim bicara telah melampaui

kuasanya ketika membenarkan permohonan oleh responden di

Mahkamah Tinggi.

MENGAPA KEMENANGAN DALAM PENGADILAN BERPIHAK KEPADA PLAINTIF.

1. Guru besar dikatakan telah bertindak melampaui bidang kuasanya

2. Keputusan gurubesar juga bercanggah dengan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu kebebasan beragama.

3. Plaintif-plaintif tidak mendapat keadilan kerana tidak diberi peluang untuk didengar melalui penjaganya berkaitan kesalahan memakai serban di sekolah

4. Membelakangkan ugama Islam dan tidak selari dengan Perlembagaan persekutuan

KESIMPULAN

• Setiap pendidik terutamanya pengetua dan guru besar hendaklah

menerima aspek perundangan dalam pendidikan sebagai satu

cabaran, agar bertindak lebih profesional dalam menangani

perkara ini dan mengetahui panduan dan prosedur yan perlu

dilakukan dalam mengambil tindakan ke atas pelajar.

• Dalam menentukan dan mengambil tindakan disiplin, pihak

sekolah hendaklah memberi keutamaan kepada Prinsip Keadilan

Asasi( Natural o Justice). Jenis hukuman yang dikenakan

hendaklah adil, setimpal dan bersifat mendidik. Prosedur hukuman

yang dikenakan juga haruslah tepat dan mengikut prosedur yang

digariskan dalam undang-undang pendidikan bagi mengelakkan

guru pula di dakwa di mahkamah.