nama seperti dalam kad pengenalan · 2019-04-04 · 2 jawab betul atau salah bagi 2 soalan yang...

2

Upload: doantu

Post on 11-Apr-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nama seperti dalam Kad Pengenalan · 2019-04-04 · 2 Jawab betul atau salah bagi 2 soalan yang diberikan. 3 Setiap Bukti Pembelian HANYA layak untuk satu penyertaan melalui pos sahaja
Page 2: Nama seperti dalam Kad Pengenalan · 2019-04-04 · 2 Jawab betul atau salah bagi 2 soalan yang diberikan. 3 Setiap Bukti Pembelian HANYA layak untuk satu penyertaan melalui pos sahaja

Nama seperti dalam Kad Pengenalan:

No. Kad Pengenalan: Alamat:

Poskod: Bandar:

Tel. (Rumah): Tel. (Bimbit): E-mel:

SILA LENGKAPKAN BUTIR-BUTIR PERIBADI ANDA:

Cara-cara penyertaan:1 Beli mana-mana dua (2) produk NESCAFÉ Latte dan/atau NESCAFÉ

Blend & Brew sebagai Bukti Pembelian. Sila rujuk senarai yang turut serta.

2 Jawab betul atau salah bagi 2 soalan yang diberikan.

3 Setiap Bukti Pembelian HANYA layak untuk satu penyertaan melalui pos sahaja. Lengkapkan borang penyertaan ini, sertakan Bukti Pembelian, lekatkan setem yang mencukupi dan hantarkan ke alamat berikut:

2 x Pek Bungkusan Luar

Produk-produk Yang Mengambil Bahagian (Tarikh Luput: Januari 2019 dan ke atas)

Bukti Pembelian

NESCAFÉ BLEND & BREW (SEMUA VARIAN)

NESCAFÉ LATTE (SEMUA VARIAN)

JADUAL BUKTI PEMBELIAN

Pek Bungkusan

Luar NESCAFÉ

NESCAFÉ

Latte

NOTA: Hanya produk-produk yang tertera di atas ini layak diterima.* kecuali bungkusan 5 stik pek dan 10 stik pek.

PERADUAN NESCAFÉ JOM BELI & MENANG Nestlé Products Sdn. Bhd. Peti Surat 8363, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46788 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Tandakan (√) pada jawapan yang betul kepada soalan di bawah.2. NESCAFÉ BLEND & BREW ORIGINAL adalah salah

satu produk yang turut serta dalam Peraduan NESCAFÉ JOM BELI & MENANG

1. Peraduan NESCAFÉ JOM BELI & MENANG ini bermula pada 16 September 2018 dan tamat pada 28 Oktober 2018.

BETUL SALAH BETUL SALAH

TERMA & SYARAT PERADUANPenganjur Nestlé Products Sdn. Bhd. [45229-H].

Promosi PERADUAN NESCAFÉ JOM BELI & MENANG

Tempoh Promosi Promosi bermula jam 12:00 tengah malam pada 16/09/2018 dan ditutup jam 11:59 malampada 28/10/2018.

KelayakanPromosi ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia, yangberusia 18 tahun dan ke atas pada permulaan Tempoh Promosi.

Kaedah Penyertaana. Setiap pembelian mana-mana dua [2] produk NESCAFÉ Latte dan/atau NESCAFÉ Blend

& Brew yang turut serta seperti yang disenaraikan dalam borang penyertaan Promosi dengan tarikh luput Januari 2019 dan seterusnya dalam Tempoh Promosi [“Produk”] akan melayakkan Peserta untuk menyertai Promosi.

b. Sila rujuk kepada Jadual Bukti Pembelian [“Jadual BP”] yang ditunjukkan dalam borang Penyertaan Promosi bagi bungkusan Produk yang diperlukan sebagai bukti pembelian [“BP”] untuk menyertai Promosi dan nombor bersiri yang diperuntukkan kepada setiap borang penyertaan Promosi yang dikemukakan.

c. Borang penyertaan Promosi boleh didapati di gedung yang turut serta atau dimuat turun dari laman web Penganjur: www.nescafe.com.my.

d. Peserta perlu melengkapkan setiap borang penyertaan Promosi dengan nama penuh, nombor pengenalan, alamat penuh, nombor hubungan/talian mudah alih dan menjawab dengan betul dua [2] soalan Betul atau Salah yang ditunjukkan dalam borang penyertaan [“Butiran Dikehendaki”].

e. Borang penyertaan Promosi yang lengkap bersama dengan BP mesti dimasukkan ke dalam sampul dan dihantar melalui pos biasa ke alamat peti surat yang dinyatakan dalam borang penyertaan Promosi [“Penyertaan”]. Penyertaan yang diterima menerusi kiriman tangan, perkhidmatan kurier, POS Laju dan/atau sebarang kaedah penghantaran lain akan dibatalkan secara automatik.

f. Peserta boleh mengemukakan seberapa banyak Penyertaan yang diingini tetapi setiap BP layak untuk satu [1] Penyertaan sahaja. Sampul surat yang mengandungi berbilang Penyertaan dan/atau BP akan dibatalkan. Salinan foto borang penyertaan Promosi yang kosong dan ditulis tangan secara berasingan diterima.

Tarikh Tutup PenyertaanSemua borang penyertaan promosi mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum jam 11:59 malam pada 28/10/2018. Semua borang penyertaan yang diterima di luar Tempoh Promosi akan dibatalkan secara automatik.

Hadiah Mingguana. Dua [2] Hadiah Utama dan sepuluh [10] Hadiah Sagu Hati untuk setiap Minggu selama

enam [6] minggu.b. Terdapat sejumlah dua belas [12] Hadiah Utama dan enam puluh [60] Hadiah Sagu Hati

untuk dimenangi sepanjang Tempoh Promosi:- Dua belas [12] Hadiah Utama berupa sebuah VESPA PRIMAVERA 150 bernilai

RM15,600 setiap satu.- Dua puluh [20] Hadiah Sagu Hati berupa sebuah Beg Bagasi American Tourister HS

MV+ DELUXE Spinner 79cm bernilai RM700 setiap satu untuk Minggu 1 dan Minggu 2.- Dua puluh [20] Hadiah Sagu Hati berupa sebuah Samsung J7 Pro bernilai RM1000

setiap satu untuk Minggu 3 dan Minggu 4.- Dua puluh [20] Hadiah Sagu Hati berupa sebuah Fon Kepala Tanpa Wayar JBL

EVEREST 700 bernilai RM1000 setiap satu untuk Minggu 5 dan Minggu 6.

c. Tempoh mingguan Hadiah Mingguan adalah seperti berikut:Minggu 1: 16/09 – 22/09/2018 Minggu 2: 23/09 – 29/09/2018Minggu 3: 30/09 – 06/10/2018 Minggu 4: 07/10 – 13/10/2018Minggu 5: 14/10 – 20/10/2018 Minggu 6: 21/10 – 28/10/2018

Maklumat Pengadilan Hadiah Mingguana. Sebagai sebahagian daripada proses pemilihan pemenang Hadiah Mingguan, Penganjur

akan memperuntukkan satu [“1”] nombor bersiri bagi setiap Penyertaan yang diterima dan diluluskan oleh Penganjur sebagai Penyertaan yang berjaya sepanjang Tempoh Promosi menurut BP yang dikemukakan [setiap satu dan secara kolektif “Penyertaan Layak”]. Satu set nombor bersiri akan diperuntukkan bagi Penyertaan Layak bermula dengan nombor bersiri “1”.

b. Setiap minggu nombor bersiri yang diperuntukkan kepada setiap Penyertaan Layak akan disusun kira dan dicampurkan untuk mendapatkan jumlah bilangan Penyertaan Layak [“Jumlah Penyertaan Layak”]. Andainya Jumlah Penyertaan Layak bagi minggu tersebut ialah 2889, Penganjur akan mengira dan memilih peserta akhir [“Peserta Akhir”] untuk memenangi hadiah berdasarkan cara berikut:• Hadiah Utama Mingguan – pemilihan dua [2] Peserta Akhir: 2889 ÷ 2 = 1444.5.

Oleh sebab pembahagian 2889 dengan 2 akan menghasilkan nombor dengan nilai perpuluhan, nombor 1444.5 akan dibundarkan ke bawah kepada 1444. Penyertaan Layak yang diberikan nombor bersiri berikut akan dipilih sebagai Peserta Akhir Hadiah Utama: 1444* dan 2888. [*contoh pengiraan: 1444, 1444+1444=2888].

• Hadiah Sagu Hati Mingguan – pemilihan sepuluh [10] Peserta Akhir: 2889 ÷ 10 = 288.9. Oleh sebab pembahagian 2889 dengan 10 akan menghasilkan nombor dengan nilai perpuluhan, nombor 288.9 akan dibundarkan ke bawah kepada 288. Penyertaan Layak yang diberikan nombor bersiri berikut akan dipilih sebagai Peserta Akhir: 288*, 576*, 864*, 1152 dan seterusnya. [*contoh pengiraan: 288, 288+288=576, 576+288= 864].

Syarat Tambahana. Selepas proses pengadilan dan pemilihan, Penganjur akan menghubungi semua Peserta

Akhir menerusi nombor hubungan/talian mudah alih yang diterima dalam Penyertaan Layak untuk sesi soal jawab wajib. Semua Peserta Akhir terpilih mesti menjawab satu [1] soalan dengan betul untuk memenangi hadiah. Sekiranya Peserta Akhir memberikan jawapan yang salah, Penganjur akan memilih nombor bersiri selepas nombor bersiri Peserta Akhir yang dibatalkan.

b. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya Peserta Akhir terpilih tidak boleh dihubungi atas apa jua sebab.

c. Setiap Peserta Akhir boleh memenangi hanya satu [1] hadiah mingguan setiap minggu dengan nilai tertinggi dan maksimum dua [2] hadiah mingguan sepanjang Tempoh Promosi. Sekiranya Peserta Akhir memenangi dua [2] atau lebih hadiah mingguan dalam minggu yang sama, maka Peserta Akhir akan secara automatik memenangi 1 [satu] hadiah mingguan dengan nilai yang tertinggi dan hadiah mingguan yang satu lagi akan dimenangi oleh nombor bersiri selepas nombor bersiri Peserta Akhir berulang.

d. Semua hadiah akan dihantar kepada pemenang dalam tempoh 6 – 8 minggu dari 28/10/2018 ke alamat yang diberikan oleh pemenang.

Jadual bagi Syarat Penyertaan ini mesti dibaca bersama dengan Syarat Penyertaan yang boleh didapati di https://www.nescafe.com.my, secara kolektif dinamakan “Terma dan Syarat”, yang akan mengikat semua peserta yang menyertai Promosi ini (selepas ini dirujuk sebagai “Peserta”, “Anda”)Dengan menyertai promosi, anda telah membaca dan bersetuju dengan Terma dan Syarat dan pemprosesan maklumat peribadi anda dalam Notis Privasi yang boleh didapati di: https://www.nescafe.com.myTalian Perkhidmatan Pengguna: 1800 88 3433

Contoh Bukti Pembelian