nadisuara pekebun kecil - pkpkm.org.my2).pdf · tanaman buah kelapa matag, pokok gaharu dan pisang,...

21
DUNIA PEKEBUN KECIL NADI SUARA PEKEBUN KECIL KDN PP 4799/12/2012 (031320) BILANGAN 2/2016 INTEGRASI TERNAKAN BANTU TINGKAT PENDAPATAN PEKEBUN Usaha PKPKM mempromosikan program integrasi tanaman dan ternakan yang ditawarkan agensi-agensi kerajaan bantu meningkatkan pendapatan Haji Shapiei Rippin melebihi paras B40. Perang Psikologi Eropah Jejaskan Industri Sawit MeMGA - Inisiatif Bantu Pekebun Kecil Getah

Upload: doankhuong

Post on 10-May-2019

261 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

DUNIA PEKEBUN KECIL

NADISUARA PEKEBUN KECIL

KDN PP 4799/12/2012 (031320) BILANGAN 2/2016

INTEGRASI TERNAKAN BANTU TINGKAT

PENDAPATAN PEKEBUN Usaha PKPKM mempromosikan program integrasi tanaman dan ternakan yang

ditawarkan agensi-agensi kerajaan bantu meningkatkan pendapatan Haji Shapiei Rippin melebihi paras B40.

Perang Psikologi Eropah Jejaskan Industri Sawit

MeMGA - Inisiatif Bantu Pekebun Kecil Getah

3Disember 2016NADI

Assalamualaikum WBT,dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, 2017 bakal tiba tidak lama lagi. Semoga dengan kehadiran tahun baharu memberi ribuan manfaat kepada pembaca-pembaca majalah NADI. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada YB Datuk Seri Hj. Ahmad Bin Hamzah, ahli Parlimen Jasin yang telah dilantik sebagai Pengerusi MPOB yang baharu. Semoga dengan perlantikan YB Datuk Seri dapat meningkatkan kejayaan industri sawit di Malaysia.

Seiring dengan Pembentangan Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana mempertimbangkan pembangunan pekebun-pekebun kecil Malaysia.

Seperti yang kita dapat lihat, penggal kedua 2016 memberi sinar baharu kepada pekebun kecil apabila harga sawit dan getah meningkat

tinggi sejak Oktober lalu. Walaupun terdapat uar-uar yang mengaitkan kenaikan harga kedua-dua jenis tanaman komoditi ini dengan kejatuhan mata wang ringgit, namun jika di ambil dari sudut positif, perkara ini memberi sinar baharu kepada pekebun kecil menjelang musim persekolahan yang akan tiba tidak lama lagi.

Selain itu, langkah agensi kerajaan seperti FELDA yang menjalankan program “Mesra FELDA” di semua wilayah-wilayah FELDA sejak awal Disember pula merupakan satu langkah yang baik, di mana dengan program ini, peneroka dapat diberikan pemahaman yang lebih tentang kaedah pengurusan ladang dan kaedah baharu pembayaran Buah Tandan Segar (BTS).

PKPKM secara umumnya menyokong program seperti ini kerana komunikasi dua hala dapat dicapai di antara FELDA dan peneroka yang berada di bawah rancangannya.

Namun, ahli-ahli PKPKM yang menyertai program ini berpendapat pengisian program ini tidak tertumpu kepada peneroka-peneroka itu

sendiri. Pada pendapat kami, adalah lebih baik jika pengisian program difokuskan lebih kepada pekebun kecil. Oleh itu, bagi memastikan FELDA dapat mencapai objektif program ini, PKPKM bersedia untuk bekerjasama berkongsi idea pengisian program kepada pekebun kecil. Semoga dengan cadangan ini, mampu membantu kerajaan dalam melahirkan pekebun kecil yang bijak mengurus dan berdikari.

Akhir kalam, menjelang tahun 2017 saya berharap ahli-ahli PKPKM bersatu padu dan melaksanakan setiap aktiviti secara terancang dan bersama. Selamat Tahun Baharu 2017.

Sekian, wassalam.“Pekebun Kecil Maju, Negara Maju”

Dato’ Haji Aliasak Haji Ambia Presiden PKPKM

Perutusan Presiden

PKPKM

RENCANA PENGARANGAssalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Sebelum memulakan kalam, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Presiden PKPKM, YBhg Dato’ Haji Aliasak yang telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah RISDA bagi tahun 2016 – 2018. Semoga dengan pelantikan YBhg Dato’ mampu membantu meningkatkan kemaslahatan pekebun-pekebun kecil di Malaysia. PKPKM sedang menuju ke arah kemajuan, bukan sahaja daripada aspek pengurusan tetapi juga pentadbiran. Bagi sesebuah persatuan, antara perkara yang paling penting dalam menguatkan PKPKM adalah komunikasi dua hala yang baik di antara Jawatankuasa Tertinggi PKPKM dan ahli-ahli PKPKM. Pepatah “bersatu teguh bercerai roboh” merupakan peribahasa yang tepat dan penting di antara PKPKM dan ahli-ahlinya. Dalam mencapai matlamat, majalah NADI ini dihasilkan seiring dengan usaha-usaha lain.

Penerbitan NADI juga, merupakan salah satu usaha PKPKM sejak berzaman lagi untuk meningkatkan pemahaman ahlinya. Malahan majalah NADI juga menjadi perantara dalam memberikan maklumat yang terbaik kepada ahli-ahli, terutamanya daripada segi aktiviti yang dilakukan PKPKM untuk kebaikan ahli-ahlinya, selain memberikan maklumat kepada pembaca untuk lebih memahami peranan Persatuan ini kepada pekebun kecil khususnya dan masyarakat umumnya.

In Shaa Allah, Majalah NADI akan terus menjadi jambatan ilmu, serta berusaha menjadikan ahli PKPKM sebagai ahli yang berilmu pengetahuan dan berdikari.

Pekebun Kecil Maju, Negara Maju.

Zawati Mat DisaKetua Editor

Sidang Pengarang Penasihat:Ybhg. Dato’ Haji Aliasak Haji Ambia

Ketua Editor:Zawati Mat Disa

Penolong Editor:Muhammad Shofi Mustapa

Kolumnis:Haji Zulkifli Mohd NazimHaji Adzmi HassanHaji Halim HassanDr Ismail HashimHaji Lehan SayahanHaji Mohd Nor OmarRoslan Mohd NorHaji Meor Harun Meor OsmanYM Tengku Abdul Azis Tuan Draman

Diterbit dan Diedarkan oleh:Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia(PKPKM)D-1-11, Setiawangsa Business Suites, Jalan Setiawangsa 11,Taman Setiawangsa, 54200 KLTel: 03-4251 0984Fax: 03-4266 4444E-mel: [email protected]

Dicetak Oleh:Cetak Jitu Sdn. Bhd (574632-M)No.11 Jalan 24/56, Kawasan J, Keramat Wangsa, Ampang Ulu Klang, 54200 Kuala LumpurTel: 03-42604875Fax: 03-42527855E-mel: [email protected]

Perutusan Presiden PKPKM - 3Nukilan Setiausaha Agung - 4Isu Semasa

•Integrasi Tanaman Mampu Bantu Pekebun Kecil - 5•E-Perlesenan Mudahkan Pekebun Kecil - 6•Pengeluaran getah dunia Meningkat Stabil Hingga November - 8•Perang Psikologi Eropah erhadap Minyak Sawit - 9•MSPO Memberikan Kebaikan Kepada PKS di Malaysia - 10•Insentif Pengeluaran Getah - 11•Artikel MPOB - 12•Hampir 500 Produk ‘Tiada Minyak Sawit’ Milik Ahli RSPO - 14

Teknologi•RRIMeter – Pengimbas Tepat Kandungan Getah - 16•MeMGA – Initiatif Anak Muda Bantu Pekebun Getah - 17

Dunia Pekebun Kecil - 18Aktiviti PKPKM

•Kunjungan Hormat PKPKM - 22•Memperkasakan PKPKM Melalui Program-Program Kerajaan - 24•PKPKM – AIMI Academy Jalan Kerjasama - 26•Selangor - 29•Kedah - 30•Kelantan - 31•Perak - 32•Melaka - 33•Pahang - 34•Negeri Sembilan - 35•Johor - 36

Isu Khas - 37•Jumlah Peniaga Getah Tidak Telus Semakin Bertambah - 38

Info Semasa

5Disember 2016NADI4 Disember 2016NADI

Assalamualaikum WBT, dan Salam 1 Malaysia.

Kemampanan (sustainability) sektor pekebun kecil kelapa sawit (PKKS) adalah sangat asing bagi pekebun kecil Malaysia. Bermula dengan Roundtable Sustainable Palm Oil (RSPO) dan terkini Kemampanan Minyak Sawit Malaysia (MSPO) penglibatan pekebun kecil (PK) dilihat adalah minimum walaupun dengan bantuan syarikat korporat kelapa sawit yang menyediakan PK dengan pensijilan kilang memproses buah sawit.

MSPO menyediakan prinsip-prinsip am untuk melaksanakan, menetapkan dan menambah baik amalan operasi sistem mampan yang digunakan di Malaysia bagi memastikan pengeluaran minyak sawit yang mampan. Pengenalan MSPO adalah titik-tolak kepada penekanan kerajaan kepada penawaran buah sawit. Justeru rantaian pengeluaran sawit, termasuk dari PK digerak kearah pensijilan MSPO dan dengan secara tidak langsung memenuhi kehendak RSPO.

Peranan PKPKM didalam menangani pensijilan MSPO ialah bekerjasama mewujudkan kelompok MSPO bersama-sama dengan penerima dan pembekal buah tandan segar (BTS). Penglibatan PK dalam MSPO akan memberi manfaat dari aspek ketelusan pasaran, peningkatan produktiviti melalui peningkatan pengeluaran BTS dan kadar perahan minyak, justeru memperkukuhkan pendapatan pekebun kecil sawit.

PKPKM bercadang untuk mewujudkan satu kumpulan yang terdiri daripada kilang, pembekal buah sawit daripada golongan pekebun kecil bebas yang sudah berdaftar dan belum berdaftar dengan RSPO, serta orang tengah(Dealer).

Melalui kumpulan ini, semua pekebun kecil akan didaftarkan dibawah MSPO oleh kilang yang akan bertindak sebagai pusat dan penerima, bagi memastikan setiap pekebun kecil yang menyertai kumpulan ini mendapat pensijilan MSPO. Manakala Pekebun kecil pula akan menjadi pembekal Buah Tandan Segar(BTS) kepada kilang.

Dengan pelaksanaan kaedah ini, setiap pekebun kecil sawit akan menerima pembayaran yang sama tinggi dengan pekebun sawit yang lain. Pensijilan MSPO akan dibayar oleh Kilang untuk kali pertama, dengan syarat peneroka bebas sawit yang berada di dalam kumpulan itu perlu menjual kepada kilang tersebut. Untuk peringkat awal,

PKPKM akan membantu dengan menjadi pengurus bagi kumpulan pekebun kecil bebas yang menyertai kumpulan ini. Segala hal ehwal berkenaan mereka akan dipantau oleh PKPKM, di samping mendidik pekebun kecil untuk menguruskan kumpulan ini.

Manakala bagi tahun-tahun berikutnya, seorang ketua akan dilantik daripada kalangan pekebun kecil itu sendiri untuk menguruskan kumpulan-kumpulan tersebut. Diharapkan dengan usaha PKPKM ini mampu memberikan kebaikan kepada pekebun kecil, selain meningkatkan martabat mereka di mata negara,

“Pekebun Kecil Maju, Negara Maju”

Yang benar,

Haji Adzmi Hassan,Setiausaha Agung, PKPKM

Nukilan Setiausaha Agung

Menurut LGM, harga getah beku sehingga Oktober 2016 adalah di antara RM2.00 ke RM2.20 sekilogram, jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan harga yang sepatutnya diterima oleh pekebun kecil getah. Malahan disebabkan kebanyakan pekebun kecil getah terutamanya pekebun kecil bebas mempunyai keluasan tanah yang kecil, menyebabkan mereka menerima pulangan yang rendah, di bawah RM2000.00, iaitu di bawah paras pendapatan B40.

Berdasarkan kepada data ini, adakah getah masih lagi dilihat sebagai tanaman yang relevan dalam menyara hidup pekebun kecil? Oleh kerana harga getah bergantung kepada permintaan negara-negara pengimport getah, kerajaan telah melaksanakan pelbagai kaedah untuk memastikan pekebun kecil getah tempatan menerima pendapatan yang setimpal dengan pekerjaan mereka.

Antara langkah yang telah pun dilaksanakan adalah dengan penangguhan kutipan ses kepada pekebun kecil ketika kejatuhan teruk harga getah, selain memberikan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada pekebun kecil bagi menyeimbangkan harga getah yang diterima mereka. Namun walaupun bantuan telah diberikan, bantuan tersebut hanya menyelesaikan masalah dalam jangka masa

pendek. Bagaimana pula dengan bantuan jangka masa panjang?

Bagi mengurangkan masalah pendapatan isi rumah pekebun kecil getah untuk jangka masa panjang, terutamanya pekebun kecil getah sepenuh masa, Presiden PKPKM, Dato’ Haji Aliasak Haji Ambia mencadangkan pekebun kecil getah supaya melakukan integrasi tanaman atau mengusahakan tanaman lain selain getah sebagai tambahan bagi memastikan pendapatan pekebun kecil dapat ditingkatkan, sekurang-kurangnya berada di atas paras kemiskinan B40.

Tanaman lain yang boleh dicuba termasuklah tanaman buah kelapa Matag, Pokok Gaharu dan Pisang, disebabkan ketiga-tiga jenis tanaman ini mempunyai permintaan yang tinggi daripada dalam dan luar negara.

Selain daripada menambahkan pendapatan pekebun kecil, tanaman ini juga dapat memberikan pengalaman baharu selain memberikan peluang kepada pekebun kecil getah untuk keluar daripada kepompong tanaman getah. Usaha integrasi tanaman ini dapat menyediakan pekebun kecil dalam menghadapi situasi kejatuhan harga getah, dalam jangka masa pendek atau panjang.

INTEGRASI TANAMAN MAMPU BANTU PEKEBUN KECIL

harga getah yang tidak konsisten memberi kesan besar kepada pekebun kecil getah sepenuh masa.

Oleh: Haji Zulkifli Mohd Nazim

Tanaman Alternatif Berpotensi Meningkatkan Pendapatan Pekebun Kecil Getah Selain Memberikan Pengalaman Baharu.

7Disember 2016NADI

Ucapan TahniahInfo Semasa

6 Disember 2016NADI

Projek E-Pelesenan Mudahkan Pekebun Kecil Getah Buat Permohonan Atas

Talian.

Majlis Hari Kesedaran Pelesenan & Kualiti Getah telah diadakan pada 11 Oktober 2016 di Dewan SJKC Segamat Johor. Majlis Anjuran Lembaga Getah Malaysia(LGM) ini dihadiri lebih 200 orang pekebun kecil getah dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur.

Sementara itu, Pengerusi LGM, YB Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana banyak membantu pekebun kecil, diantaranya menyediakan dana Insentif Pengeluaran Getah (IPG).

Manakala Datuk Datu Nasrun di dalam ucapannya pula memaklumkan E-pelesenan yang disediakan oleh LGM merupakan satu

kemudahan yang amat membantu kerana pemohon boleh membuat segala permohonan di atas talian dengan lebih sistematik.

Ucapan Perasmian YB Timbalan Menteri MPIC, Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur

tetamu yang hadir menunggu ketibaan YB Timbalan Menteri.

E-PELESENAN MUDAHKAN PEKEBUN KECIL

Oleh: Haji Abdul Halim Hassan

Info Semasa Info Semasa

98 Disember 2016NADI Disember 2016NADI

Usaha Lembaga Getah India dalam meningkatkan pengeluaran dan produktiviti menunjukkan kesan yang positif apabila trend pengeluaran getah mengalami peningkatan. Pengeluaran getah dunia terus mengalami peningkatan yang berterusan dan pengeluaran getah asli dunia dilihat meningkat sebanyak 20% pada September tahun ini, berbanding dengan tahun lepas, menerusi data yang diterima daripada Lembaga Getah India.

Pengeluaran sehingga September 2016 direkodkan berjumlah 60,000 tan, berbanding September 2015 dengan penghasilan sebanyak 50,000 tan. Penggunaan getah pada jangka masa ini juga meningkat 3.6 peratus kepada 84,000 tan, menjadikan jumlah pengeluaran meningkat mendadak sejak Mei 2016.

Menurut kenyataan rasmi Lembaga Getah India, jumlah pengeluaran getah dunia telah jatuh sejak beberapa tahun lepas. Pokok yang tidak ditoreh, perubahan cuaca serta kekurangan tenaga pekebun kecil getah merupakan beberapa punca dan faktor yang mengakibatkan kejatuhan pengeluaran getah ini.

Namun jumlah pengeluaran yang stabil tahun ini mungkin disebabkan usaha yang dijalankan di setiap negara dalam meningkatkan pengeluaran getah. Di Malaysia terutamanya, bantuan tanam semula dan initiatif Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang dijalankan LGM, dan dibantu oleh Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) menjadi salah satu faktor yang memberikan pekebun kecil getah di Malaysia semangat untuk terus meningkatkan jumlah pengeluaran getah negara.

Pengeluaran getah Dunia Meningkat Stabil

Sehingga nOVeMber

Oleh: Haji Abdul Halim Hassan

Harga getah kebanyakannya dikawal oleh negara-negara penghasilan tayar terutamanya di negara Jepun.

Malaysia hingga kini masih menjadi antara negara pengeksport getah tertinggi di dunia.

PERANG PSIKOLOGI EROPAH TERHADAP MINYAK SAWITTindakan mempengaruhi minda separa sedar pengguna supaya menjauhi penggunaan minyak sawit memberi kesan kepada pendapatan negara keseluruhannya.Sejak tahun 2014, pemboikotan Eropah terhadap minyak sawit merupakan salah satu masalah yang memberi kesan besar kepada industri minyak sawit di Malaysia. Pemboikotan yang dilakukan melalui pelabelan ‘bebas minyak sawit’ atau `Palm Oil Free’ pada kebanyakan produk makanan dan minuman keluaran mereka menjadi satu isu yang hingga kini masih cuba diselesaikan kerajaan Malaysia.

“Walaupun kenyataan seperti ini diletakkan pada label makanan dan minuman adalah betul, namun ia akan memberikan persepsi yang berbeza kepada pengguna yang mungkin akan menyalah tafsirkan label tersebut,” menurut Tuan Haji Adzmi Hassan, Setiausaha Agung PKPKM merangkap Ahli Lembaga Pengarah di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Pemboikotan minyak sawit oleh Eropah diselimuti pelbagai alasan termasuklah menggunakan tanah gambut untuk menanam kelapa sawit, penebangan hutan yang tidak terkawal selain pembakaran terbuka secara besar-besaran oleh Indonesia yang mengakibatkan bencana jerebu, walhal ia hanya memberi kesan yang amat sedikit kepada perkara tersebut.

Namun, baru-baru ini tindakan Court of Justice of The European Union (CJEU) merupakan satu langkah yang baik, iaitu dengan menguatkuasakan undang-undang supaya setiap pengeluar mempertimbangkan kaedah yang betul dalam melabelkan produk makanan secara keseluruhan bagi mengelakkan kekeliruan kepada pengguna yang membeli.

Penggunaan label ’Palm Oil Free’ yang digunakan untuk menerangkan satu unsur kesihatan pada produk akan memberi persepsi buruk kepada pengguna seolah-olah minyak sawit memudaratkan kesihatan, walhal kandungan nutrisi yang terdapat di dalam minyak sawit adalah setanding dengan minyak-minyak makan yang lain.

Logo ‘No Palm Oil’ atau’Free Oil Palm’ memberi persepsi buruk tentang minyak sawit kepada pengguna walaupun ianya berkhasiat tinggi.

Antara produk dengan logo bebas minyak sawit.

Oleh: Zawati Mat Disa

11Disember 2016NADI

Ucapan TahniahInfo Semasa

10 Disember 2016NADI

Insentif Pengeluaran Getah(IPG)

Permohonan IPG 349,248 Orang(Sehingga September 2016)

Bajet 2017 menyediakan dana di bawah skim IPG

RM200Juta untuk tabung IPG

Membantu mengurangkan masalah kejatuhan harga getah oleh pekebun kecil.

RM66 jutaDana IPG yang telah dibayar

MSPO MeMberikan kebaikan kePaDa Pekebun keCil SaWit Di MalaYSia

Haji Adzmi ketika memberi taklimat tentang pelaksanaan MSPO kepada pekebun kecil.

Pelaksanaan MSPO mampu memberi kebaikan kepada pekebun kecil, bukan sahaja daripada segi kewangan,

tetapi juga kaedah penanaman dan hubungan komunikasi.

Salah seorang peserta yang bertanyakan kaedah pelaksanaan MSPO dari PKPKM

Kemampanan Minyak Sawit Malaysia atau lebih dikenali sebagai Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) merupakan satu usaha kerajaan dalam memenuhi permintaan industri minyak sawit di Malaysia yang memerlukan skim pensijilan kemampanan yang adil untuk menambah kemasukan minyak ini ke pasaran.

Menurut Tuan Haji Adzmi Hassan, Setiausaha

Agung PKPKM m e r a n g k a p

Ahli Lembaga P e n g a r a h MPOB, Standard Malaysia MSPO menyediakan prinsip-prinsip am dalam melaksanakan dan

m e n a m b a h baik amalan

operasi sistem m a m p a n

yang digunakan di Malaysia bagi memastikan pengeluaran minyak sawit yang mampan.

Di dalam standard ini merangkumi rantaian bekalan minyak sawit yang terdiri daripada

pekebun kecil bersendirian ataupun berkumpulan, ladang dan kilang

sawit. Kelompok Minyak Sawit Mampan atau Sustainable Palm Oil Cluster (SPOC) yang terdiri daripada pekebun kecil juga dikumpulkan bagi merealisasikan MSPO.

Beliau turut berkata dalam skop tumpuan MSPO ini terpakai bagi

semua pekebun kecil bebas, pekebun kecil tersusun dan kilang-kilang sawit yang memohon untuk pensijilan MSPO. Manakala pensijilan pula akan diberikan sekiranya kesemua rantaian minyak sawit ini mematuhi prosedur pensijilan.

Pensijilan MSPO ini mempunyai kesan yang amat baik kepada pekebun kecil sawit, di mana dengan menyertai MSPO, pekebun kecil dapat mempraktikkan amalan pertanian yang baik, serta mendapatkan harga buah yang tinggi selari dengan keperluan tanaman ini selain dapat meningkatkan hubungan yang baik di antara pekebun kecil dan peniaga serta kilang sawit.

Oleh: Muhammad Shofi Mustapa

Info Semasa Info Semasa

1312 Disember 2016NADI Disember 2016NADI

Aspek kemampanan merupakan salah satu elemen yang dititikberatkan di dalam pengeluaran produk sawit negara. Selain daripada itu, ia telah dijadikan syarat kemasukan produk sawit bagi kebanyakan negara pengimport di mana para pengeluar sawit harus mematuhinya jika ingin terus bersaing merebut pasaran dunia.

Bagi memastikan pekebun kecil sawit di Malaysia turut serta dalam usaha bersepadu untuk menghasilkan produk sawit yang mampan, selari dengan kehendak pasaran luar negara, pihak Kerajaan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah memperuntukkan sejumlah dana bagi pelaksanaan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) khusus buat pekebun kecil sawit.

Selain daripada Dana MSPO berjumlah RM50 juta, MPOB juga diberi amanah untuk mengurus tadbir peruntukan bagi Projek Pemerkasaan Pekebun Kecil di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11). Peruntukan ini boleh digunakan

bagi membiayai kos latihan berkaitan MSPO, kos pengauditan Pensijilan MSPO, pembelian rak penyimpanan bahan kimia dan peralatan perlindungan keselamatan diri (PPE) -untuk pekebun kecil sawit.

Dana khusus yang disediakan oleh Kerajaan ini adalah bagi membantu pekebun kecil persendirian mahupun pekebun kecil tersusun di negara ini ke arah untuk memperoleh Pensijlan MSPO.

Bagi tahun 2016, sebanyak 15 daerah Kelompok Pekebun Kecil Mampan (SPOC) telah disasarkan untuk mendapatkan Pensijilan MSPO di bawah Program Pemerkasaan Pekebun Kecil. Antara SPOC yang terlibat adalah Keningau, Kinabatangan, Beaufort, Bakong Marudi, Sibuti, Belaga, Serian, Sungkai, Selama, Kluang, Temerloh, Kuala Selangor, Pekan, Tangkak dan Yong Peng.

MPOB terus komited untuk memastikan sekurang-kurangnya 65 SPOC mendapat Pensijilan MSPO menjelang tahun 2020.

bantuan kerajaan kePaDa Pekebun keCil SaWit bagi PelakSanaan PenSijilan MinYak Sawit MaMpan MalaySia (MSpO)

Taklimat dan latihan berkaitan MSPO disampaikan oleh Pegawai MPOB kepada pekebun kecil sawit

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) melalui agensinya, MPOB akan memastikan pematuhan yang berterusan terhadap keperluan MSPO di kalangan pekebun kecil sawit di Malaysia bagi bergerak seiring dengan sektor-sektor lain dalam rantaian pengeluaran sawit Malaysia menuju ke arah kemampanan.

Contoh Sijil MSPO yang telah dianugerahkan kepada SPOC yang berjaya.

Pekebun kecil sawit yang berminat, boleh memohon untuk mendapatkan bantuan ini dengan melayari laman sesawang MSPO (mspo.mpob.gov.my) atau boleh berhubung terus dengan Sekretariat MSPO di talian 03 - 8769 4391.

Certification Body: DQS Malaysia, Suite 43-4 Setia Avenue, Jalan Setia Prima S U 13/S,

Setia Alam Seksyen U 13, 40170 Shah Alam, Selangor - Malaysia

1 / 4

CERTIFICATEThis is to certify that

Sustainable Palm Oil Cluster (SPOC) Selangau

Pejabat MPOB Cawangan Sibu, Lembaga Minyak Sawit Malaysia,

No. 5, Tingkat 1, Lorong 11, Jalan Kampung Datu,

96000 Sibu, Sarawak.

with the organizational units/sites as listed in the annexhas implemented and maintains Malaysian Sustainable Palm Oil.

Scope:Group Management for Independent Smallholders.

Through an audit, documented in a report, it was verified that the management system

fulfills the requirements of the following standard:MS 2530-2 : 2013

Certificate registration no.Date of certificationValid until

50450434 MSPO2016-03-072021-03-06

DQS Certification (M) Sdn Bhd

Danny NgRegional Managing Director

Oleh:Dr Ainie Kuntom Mohd Firdaus Abdul Aziz Nazira Khabibor Rahman

Aktiviti PKPKM

15Disember 2016NADI

Info Semasa

14 Disember 2016NADI

HAMPIR 500 PRODUK ‘TIADA MINYAK SAWIT’ MILIK AHLI

RSPO

Tindakan Memboikot Minyak Sawit Daripada Kalangan Ahli RSPO Perlu Diambil Serius.

Sebanyak 489 produk yang mempunyai label ‘Bebas Minyak Sawit atau ‘No Palm Oil’ dikenal pasti milik ahli ‘Roundtable Sustainable Palm Oil’ (RSPO), menurut Dato’ Carl Bek-Nielsen, Pengerusi bersama RSPO merangkap Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) United Plantation Berhad. Jumlah ini merupakan satu perkara yang membimbangkan bukan sahaja industri sawit di peringkat hiliran, malahan sangat membimbangkan pekebun kecil yang berada di peringkat huluan.

Presiden PKPKM, YBhg Dato’ Haji Aliasak pula menyelar tindakan ini kerana ianya berbeza dengan semangat dan kod etika yang sepatutnya diamalkan oleh ahli RSPO. Walaupun produk dengan label ‘tiada minyak sawit’ ini kebanyakannya dijual di negara-negara Eropah, namun produk-produk ini juga mampu dijumpai di pasaran Malaysia. Malahan terdapat syarikat pengeluar yang melabelkan produknya dengan minyak lain seperti minyak sayuran dan minyak soya, selain tidak mempunyai minyak sawit.

Tindakan ahli-ahli RSPO ini menyebabkan persepsi buruk masyarakat terhadap minyak sawit semakin ketara, selain pemboikotan minyak sawit semakin berleluasa di pasaran, dan memburukkan lagi situasi yang sedang dihadapi negara-negara pengeluar minyak sawit dunia. Oleh itu, PKPKM berharap supaya Lembaga Minyak Sawit Malaysia melakukan sesuatu bagi membendung masalah ini, bagi memberi peluang kehidupan yang lebih baik kepada lebih 200, 000 pekebun kecil sawit di Malaysia.

Produk makanan merupakan salah satu sasaran barat dalam mempengaruhi pemikiran pengguna untuk memboikot makanan berasaskan minyak sawit.

Oleh: Haji Adzmi Hassan

1716 Disember 2016NADI Disember 2016NADI

Teknologi Teknologi

RRIMETER MAMPU BERI HARGA GETAH YANG BETUL KEPADA PEKEBUN KECIL GETAH

RRIMETER MAMPU BERI HARGA GETAH YANG BETUL KEPADA PEKEBUN KECIL GETAH

RRIMETER MAMPU BERI HARGA GETAH YANG BETUL KEPADA PEKEBUN KECIL GETAH

rriMeter - PengiMbaS tePat kanDungan getah

Rapid and Accurate Rubber Content Analyzer atau RRIMETER merupakan satu inovasi kerjasama di antara Lembaga Getah Malaysia dan FOSS, sebuah syarikat swasta. Menurut ketua projek, Dr. Zarossani Mohd. Nor, RRIMeter ini berfungsi untuk memberikan kadar kandungan getah yang tepat di dalam kandungan getah latex ataupun getah beku. Menggunakan teknologi Near Infra Red (NIR), RRIMeter mampu memberikan keputusan kandungan getah kurang dari 1 minit , selain tidak memerlukan bahan campuran lain dalam proses menganalisis.

Penggunaan RRIMeter ini adalah bagi memperbaiki sistem jual beli getah sedia ada di peringkat ladang yang kebanyakannya hanya menggunakan penggredan mata kasar bagi menilai kadar kekeringan getah, sekaligus menyebabkan berlakunya ketidak telusan dalam urusan jual beli. Dengan menggunakan RRIMeter ini, kadar kandungan air dalam getah dapat dikenalpasti dengan lebih tepat, serta mampu memberikan harga yang adil kepada pekebun kecil getah.

RRIMeter Mampu Bantu memberi kandungan Getah Yang Benar Kepada Pekebun Kecil Getah

Ucapan perasmian oleh YAB Dato’ Seri Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

RRIMeter mampu menganalisis getah dalam semua jenis keadaan seperti pejal dan cecair.

YAB Dato’ merasmikan mesin RRIMeter

Selain daripada ketepatan, RRIMeter ini juga mesra pengguna, dan berupaya menganalisis pelbagai jenis getah, daripada cecair hingga pepejal. Dengan ciptaan ini, Lembaga Getah Malaysia (LGM) berharap ia dapat membantu meningkatkan ketelusan dalam proses jual beli getah, bukan sahaja di peringkat huluan, malahan juga di peringkat hiliran dan pertengahan.

RRIMETER MAMPU BERI HARGA GETAH YANG BETUL KEPADA PEKEBUN KECIL GETAH

RRIMETER MAMPU BERI HARGA GETAH YANG BETUL KEPADA PEKEBUN KECIL GETAH

MeMga - initiatiF anak-anak MuDa bantu Pekebun getahTeknologi Menggunakan Mata Pisau Berputar Mampu Menjimatkan Tenaga dan Masa Menoreh.

4 pelajar daripada Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mencipta sejarah setelah mengungguli Pertandingan MyInovasi

2016 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Mesin ciptaan mereka, MeMGA, merupakan satu mesin menoreh yang mampu membantu mengurangkan tenaga kerja pekebun kecil getah, selain membantu mengurangkan kerosakan kepada pokok. Inspirasi teknologi ini pula diambil daripada konsep berus gigi automatik yang berputar.

Menurut ketua projek, Rahmatullah Sulaiman, teknologi ini mampu menghasilkan alur yang lebih baik daripada torehan menggunakan pisau serta mampu memberikan aliran susu getah yang lebih banyak, selain tidak merosakkan tapak torehan.

MeMGA menggunakan tekanan yang rendah kepada pokok iaitu 0.5 mm, berbanding dengan torehan tangan yang lebih dalam iaitu 2.0mm. Pengurangan tekanan ini dapat meningkatkan jangka hayat pokok dan menggandakan jumlah torehan yang boleh dilakukan.

Menurut beliau lagi, kos penghasilan untuk seunit MeMGA ialah kira-kira RM300.00 sahaja, dan dijangka mampu dimiliki oleh orang ramai.

Krew menunjukkan mesin MeMGA dan video demo kepada Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching.

Pemenang MyInovasi 2016 bersama barisan krew yang menjayakan projek MeMGA.

Oleh: Haji Abdul Halim Hassan

Oleh: Muhammad Shofi Mustapa

1918 Disember 2016NADI Disember 2016NADI

Kisah Pekebun Kecil Kisah Pekebun Kecil

Dunia Pekebun Kecil

Berasal dari Kelantan, anak kelahiran Gua Musang ini merupakan seorang yang rajin berusaha. Haji Shapiei bin Rippin, merupakan seorang pekebun kecil yang menjadikan penanaman sawit sebagai pekerjaan utamanya. Kelebihan mempunyai 6 orang anak yang kesemuanya lelaki, memberikan beliau peluang untuk membawa anak-anaknya masuk ke kebun bagi menguruskan ladang sawit miliknya.

Menjadi ahli sejak 1988, kini hampir 30 tahun beliau terlibat dengan PKPKM, dan menurut beliau, PKPKM banyak memberi beliau pendedahan tentang industri komoditi ini. Malahan beliau juga adalah di antara 10, 000 ahli yang terawal berdaftar dengan PKPKM, dan setia jatuh bangun bersama persatuan ini. Kini beliau dilantik sebagai Pengerusi PKPKM Cawangan Kota Gelanggi 2 yang mempunyai keahlian lebih 300 orang.

Beliau merupakan salah seorang daripada peneroka FELDA yang menerima tanah di Felda Kota Gelanggi 2, pada tahun 1978, dan kini menjadi peneroka bebas selepas hutangnya dengan FELDA telah diselesaikan.

Apabila diajukan soalan tentang pengalamannya selama berada di bawah FELDA, beliau hanya tersenyum dan mengatakan bahawa segala perit lelah yang dilakukannya adalah bersama dengan FELDA.

Haji Shapiei bersama 1 daripada lebih 50 sarang lebah kelulut miliknya

Selain menternak lembu, beliau juga menternak rusa di kawasan belakang kediamannyaa.

sebelum ini Majalah NADI banyak melaporkan dan mempamerkan isu-isu semasa berkaitan industri getah dan sawit di negara ini. Namun sebenarnya, pekebun kecil merupakan watak

yang paling penting. Siapakah mereka sebenarnya? Sidang Redaksi NADI mulai keluaran kali ini akan memuatkan Cerita Pekebun Kecil. Siapa mereka, asal usul mereka, aspirasi mereka,

pandangan mereka terhadap perkembangan industri komoditi, minat mereka dan sebagainya.

“kejayaan seseorang

pekebun kecil bergantung

kepada usaha pekebun dalam

mengubah nasib kehidupan

mereka”.

Selama lebih 30 tahun berkecimpung dalam bidang tanaman sawit, beliau menyatakan industri sawit juga mempunyai zaman cerah dan zaman gelapnya yang tersendiri. Namun apa yang membezakan beliau dengan peneroka lain adalah usaha beliau mencari alternatif dalam menjana pendapatan di samping mengerjakan kebunnya sendiri. Kini, walaupun harga buah sawit semakin jatuh saban hari, ianya tidak memberi kesan kepada beliau kerana usahanya dalam menganekakan pekerjaan dalam pelbagai bidang.

Sejak tahun 80-an, Haji Shapie telah menternak lembu untuk dijual sewaktu musim perayaan dan pelbagai jenis sambutan. Hingga tahun 2016, beliau telah menjual lebih 400 ekor lembu yang rata-rata berharga antara RM3500-RM4000 seekor. Setiap tahun, jumlah lembu yang dijualnya adalah sekitar 40-50 ekor, memberikan beliau pulangan sekitar RM140,000 setahun hanya daripada jualan lembu sahaja. Selain lembu, beliau juga telah menternak rusa sejak tahun 2013. Di samping itu beliau kini mempunyai lebih 50 sarang lebah kelulut yang diletakkan di sekitar kawasan rumahnya, dan diusahakannya sejak Julai lalu.

Bagi penduduk Kampung Kota Gelanggi 2, ternakan lembu bukanlah perkara baru, kerana ianya diusahakan oleh kebanyakan peneroka yang tinggal di sana, dan Haji Shapiei merupakan salah seorang yang memulakan usaha ternakan tersebut. Kini, pendapatan bulanan Haji Shapiei tidak kurang dari RM5,000 sebulan yang mana sangat mencukupi bagi penduduk yang tinggal di kawasan kampung.

Apabila diajukan soalan tentang kejayaan beliau, beliau memaklumkan kejayaan seseorang

pekebun kecil bergantung kepada usaha dalam mengubah nasib kehidupan mereka. Usaha kerajaan dalam memperuntukkan sejumlah tanah kepda peneroka untuk dibangunkan dan menjana pendapatan telah diberikan, manakala selebihnya peneroka itu sendiri perlulah mencari jalan alternatif lain bagi meningkatkan pendapatan seperti melakukan ternakan atau tanaman lain yang menguntungkan, selain menjalankan perniagaan.

Antara sarang lebah kelulut yang diusahakan beliau di kawasan rumahnya..

Mesin Pengisar daun digunakan untuk memproses makanan ternakan.

Tuan Haji Shapiei melihat keadaan lembu ternakannya.

Oleh: Muhammad Shofi Mustapa

20 Disember 2016

NADI

NADI

Ucapan Tahniah

IRRDB

Diucapkan kepada

Tahniah PkPkM ucap tahniah Di atas Perlantikan Pengerusi MPOb baharu

Dato’ haji aliasak haji ambia

(presiDen pkpkm)Dilantik Sebagai

AHLI LEMBAGA PENGARAH RISDA

Bagi Tahun:

2016/2018

Presiden PKPKM, YBhg Dato’ Haji Aliasak Haji Ambia mengucapkan tahniah kepada YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, yang telah di lantik sebagai Pengerusi MPOB yang baharu bermula tahun 2016.

Dalam Sesi Kunjungan Hormat antara PKPKM dan Pengerusi MPOB yang dijalankan pada 27 Oktober 2016 telah memberikan peluang kepada PKPKM untuk membincangkan beberapa isu berkenaan pekebun kecil sawit bagi diambil perhatian oleh beliau, termasuklah isu MSPO, bantuan tanam semula dan beberapa isu pekebun kecil sawit yang lain.

PKPKM berharap dengan kunjungan hormat tersebut, YB Datuk Seri mampu membawa kembali pekebun kecil ke era kegemilangan industri kelapa sawit.

irrDb komited ketengahkan isu-isu industri getah

Setiausaha Agung International Rubber Research and Development Board (IRRDB), YB Datuk Dr Abdul Azis Sheikh Abdul Kadir sedia bekerjasama dengan PKPKM dalam membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah.

Dalam lawatannya ke pejabat PKPKM Pusat Disember lalu, beliau banyak menekankan tentang kesan pertukaran jenis klon getah di antara negara-negara ahli IRRDB, serta integrasi ternakan yang berpotensi meningkatkan pendapatan pekebun getah iaitu ternakan lebah kelulut. Selain itu juga, isu berkenaan masa depan kayu getah juga dibincangkan bagi mendapatkan gambaran kesan kejatuhan harga kayu getah kepada industri ini pada masa hadapan.

Presiden PKPKM, YBhg Dato’ Haji Aliasak berharap lawatan ini menjadi satu titik permulaan kerjasama antara PKPKM dan IRRDB dalam menyokong kerajaan meningkatkan pendapatan pekebun kecil di Malaysia. YBhg Dato’ juga mengucapkan tahniah kepada beliau di atas penganugerahan sebagai tokoh Maal Hijrah Negeri Sembilan bagi Tahun 1437H.

21

Aktiviti PKPKM Aktiviti PKPKM

2322 Disember 2016NADI Disember 2016NADI

KUNJUNGAN HORMAT PKPKM

Satu Sesi Kunjungan Hormat telah dilakukan di antara PKPKM dan beberapa badan kerajaan seperti Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi(MPIC) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan pekebun kecil serta membina hubungan baik di antara badan bukan kerajaan dan agensi-agensi kerajaan. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah komen pembentangan bajet 2017, cadangan pelaksanaan MSPO kepada pekebun kecil, serta beberapa isu-isu semasa lain berkaitan pekebun kecil di Malaysia.

MPIC

Pastikan hubungan baik dan komunikasi dua hala dapat dipelihara antara kerajaan dan NGO, di samping menyuarakan masalah pekebun kecil yang

memerlukan bantuan.

YB Dato’ Seri Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.Sesi bergambar bersama Ketua Setiausaha MPIC.

YB Datuk M. Nagarajan berinteraksi bersama YBhg Dato’ Aliasak ketika Kunjungan Hormat KSU.

Sesi Kunjungan Hormat sedang berlangsung.

Sesi Kunjungan Hormat sedang berlangsung.

Oleh: Zawati Mat Disa

MPOB

YB Pengerusi dan Presiden MPOB mendengar penerangan tentang pekebun kecil.

Sesi Kunjungan Hormat sedang dijalankan.YBhg Dato’ Aliasak sedang menceritakan tentang Pekebun Kecil kepada Pengerusi MPOB.

YBhg Dato’ Aliasak Ambia, Presiden PKPKM fokus menerangkan masalah-masalah pekebun kecil di Malaysia.

Penyampaian hadiah dari YB Dato’ Seri kepada PKPKM.

Aktiviti PKPKM

24 Disember 2016NADI

Pada 11, 12 dan 13 Oktober 2016, program Persidangan Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit (PKPKS) yang dianjurkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah disertai oleh PKPKM yang diwakili oleh Presiden PKPKM, YBhg Dato’ Haji Aliasak Haji Ambia, dan beberapa ahli Jawatankuasa Tertinggi PKPKM. Program yang berlangsung selama tiga hari ini telah diadakan di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Datu Nasrun Datu Mansur.

YBhg Dato’ Haji Aliasak telah mempengerusikan Sesi Ucaptama bersama YBhg Dato’ Dr. Ahmad Kushairi Din, Ketua Pengarah MPOB, pada hari pertama persidangan, manakala YBhg

MeMPerkaSakanPkPkM MeneruSiPrOgraM-PrOgraMkerajaan

Tuan Haji Adzmi Hassan, Setiausaha Agung PKPKM pula menjadi salah seorang pembentang dalam sesi pembentangan yang mengetengahkan tajuk ‘Peranan PKPKM Dalam Merancakkan Pembangunan Ekonomi Pekebun Kecil Sawit Malaysia’ pada hari kedua persidangan.

Program di peringkat kebangsaan ini membabitkan pelbagai agensi dan persatuan daripada bidang pertanian termasuklah perbankan seperti Agrobank, Agensi-Agensi Kerajaan dan Swasta, dan lain-lain. Antara perkara yang diperbincangkan adalah berkenaan Malaysian Sustainable Palm Oil(MSPO), pinjaman kewangan untuk pekebun kecil bagi projek tanam semula, mentor-mentee, usaha meningkatkan pendapatan pekebun kecil sawit serta pelbagai isu-isu yang lain.

Seorang peserta bertanyakan soalan kepadapembentang kertas kerja.

Peserta-peserta program seminar.

PKPKM bergambar bersama Tuan Haji Wahid Omar (tengah) salah seorang pengarah di MPOB.

Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia

Oleh: Zawati Mat Disa

Aktiviti PKPKM

26 Disember 2016NADI

Bantu Anak-Anak Pekebun Kecil Dapatkan Latihan Kemahiran Bagi Menghadapi Dunia Pekerjaan.

Satu Memorandum Persefahaman (MoU) di antara PKPKM dan AIMI Management telah ditandatangani pada 7 Disember 2016, yang berlangsung di Bilik Mesyuarat PKPKM. Majlis dihadiri oleh ahli-ahli Jawatankuasa Exco PKPKM yang diketuai oleh Presiden PKPKM, Dato’ Haji Aliasak Haji Ambia, manakala wakil AIMI Management pula diwakili oleh Muhammad Anuar Bin Omar, Pengurus Besar Bertauliah AIMI Academy dan Aimi Marlina Binti Omar, Pengurus Latihan AIMI Academy.

AIMI Management And Trading Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat yang mengendalikan latihan dalam bidang Pengurusan dan Kemahiran Keusahawanan. Perjanjian persefahaman ini dilakukan bagi memberikan anak-anak pekebun kecil terutamanya ahli-ahli PKPKM peluang dalam melanjutkan pelajaran dan kemahiran dalam bidang-bidang yang ditawarkan seperti bidang keusahawanan, pengurusan perniagaan, dandanan rambut, jahitan wanita dan pelbagai lagi bidang lain. daripada segi perbelanjaan pula, pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) juga disediakan, yang diuruskan sepenuhnya oleh AIMI Academy.

PKPKM berharap, melalui perjanjian ini dapat membantu anak-anak pekebun kecil yang ingin mendapatkan latihan kemahiran selain membantu AIMI Management memberikan latihan kepada anak-anak pekebun kecil ini.

AIMI Academy membawa JK Exco PKPKM melawat lot baharu AIMI Academy.

Sesi menandatangani MoU sedang berlangsung.

PkPkM – aiMi ManageMent jalan kerjaSaMa

Cik Aimi Marlina menerangkan tentang AIMI Academy kepada Bendahari Agung PKPKM, Tuan Haji Abdul Halim Hassan.

• KURSUSDANDANANRAMBUT(TAHAP2&3)(HT-090-2/2012)• KURSUSJURUKECANTIKAN(TAHAP2)(MP-060-2/3:2012)

• KURSUSJAHITANWANITA(TAHAP1/2)(TA-011-1/2/3:2013)• KURSUSPEGAWAIVOKASIONAL(TAHAP3)(1-031-3)• KURSUSASASKEUSAHAWANAN• KURSUSPENGURUSANPERNIAGAAN• KURSUSKEWANGAN/PERAKAUNAN

• KURSUSPEMASARAN• KURSUSKEPIMPINAN• KURSUSKEMAHIRANASASKEUSAHAWANAN• KURSUSRANCANGANPERNIAGAAN• KURSUSPENGURUSANDANOPERASI• KURSUSMOTIVASIDANPENINGKATANPRESTASI

KURSUS YANG DITAWARKAN

HUBUNGI:AIMIMANAGEMENT&TRADINGSDN.BHDD-0-11,SETIAWANGSABUSINESSSUITESJALANSETIAWANGSA11,TAMANSETIAWANGSA54200KUALALUMPUR

Tel :03-42529566Hp :AZIZAH019-2230985 MARLINA019-2564937 MARLINI013-3539052 ANUAR019-2203893Fax :03-42569566E-mel :www.aimiacademy.com

“Membentuk Usahawan Muda Bertaraf Antarabangsa”

Aktiviti PKPKM

29Disember 2016NADI28 Disember 2016NADI

NILAI EKSPORT INDUSTRI GETAH (JANUARI - JUN 2016)

55%

3%

16%26%

SUMBANGAN KEPADA JUMLAH

Getah AsliRM2.59 Bilion

Getah2 LainRM0.47 Bilion

Kayu &Barangan2 Kayu Getah

RM4.07 Bilion

Barangan2 Getah

RM8.79 Bilion

JUMLAH : RM15.92 BILION(4.3% Nilai eksport Negara)

15.7%

3.7%4.0%

28

7.2%

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia

SeSi Penerangan WilaYah PerSekutuan 2Usaha Melahirkan Ahli Yang Bijak Dan Berpengetahuan Luas

Pada 5 November 2016, satu sesi penerangan PKPKM Peringkat Negeri Selangor telah diadakan di Ibu Pejabat PKPKM. Seramai 20 orang tetamu yang hadir terdiri daripada jawatankuasa peringkat cawangan, dan dipengerusikan oleh Naib Presiden PKPKM, Tuan Haji Zulkifli Mohd Nazim.

Dalam sesi yang berjalan selama hampir 3 jam, beberapa perkara telah dibincangkan termasuklah berkenaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), Kemampanan Minyak Sawit Malaysia (MSPO), program adunan biodiesel

B10, dan Skim Insentif Biodiesel Sawit (SIBS).

Pengerusi Cawangan Wilayah 2 merangkap Timbalan Presiden PKPKM, Tuan Haji Zulkifli Muhd Nazim dalam ucapannya juga menekankan supaya ahli-ahli PKPKM perlu sentiasa mengambil tahu aktiviti dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan bagi memastikan segala hak mereka dapat diraih, selain meningkatkan pengetahuan ahli PKPKM. Perkara ini juga selari dengan Misi PKPKM yang mahu menjadikan ahlinya sebagai ahli yang peka dan berpengetahuan luas.

Timbalan Presiden PKPKM, Tuan Haji Zulkifli Mohd Nazim memberikan taklimat dan penerangan kepada ahli-ahli PKPKM yang hadir.

Antara ahli jawatankuasa yang hadir dalam sesi penerangan tersebut.

Aktiviti PKPKM Aktiviti PKPKM

3130 Disember 2016NADI Disember 2016NADI

KAD PAT-G - PKPKM KEDAH BANTU PEKEBUN KECIL GETAH Bersama Ahli Parlimen Baling Agih Bantuan Musim TengkujuhPada 30 Oktober 2016, PKPKM Negeri Kedah bersama ahli Parlimen Baling, YB Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim telah bersama-sama turun padang untuk memberi sumbangan kepada pekebun kecil disebabkan musim tengkujuh di Negeri Kedah. Pada majlis tersebut, PKPKM Kedah juga tidak ketinggalan untuk mengedarkan borang kepada pekebun kecil untuk membuat kad PAT-G.

PKPKM Kedah sangat aktif dalam mengedarkan borang permohonan Kad PAT-G kepada pekebun kecil sekitar Negeri Kedah yang rata-ratanya mengusahakan tanaman getah selain bersama-sama pihak kerajaan memberikan maklumat tentang masalah dan isu yang menimpa pekebun kecil di

Pengerusi PKPKM Kedah, YBhg En. Zulkafeli E.Rozario(kanan) mengiringi YB Dato’ Seri Abdul Azeez, Ahli Parlimen Baling memberikan bantuan kepada pekebun kecil.

Borang Permohonan Kad PAT-G sedang diedarkan kepada kepada pekebun-pekebun kecil.

Bantuan musim tengkujuh sedang diagihkan kepada pekebun-pekebun kecil tempatan.

Bantuan musim tengkujuh sedang diagihkan kepada pekebun-pekebun kecil tempatan.

PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA ERATKAN HUBUNGAN PKPKM-PEKEBUN KECIL

Satu sesi mengacau dan mengagihkan bubur asyura telah diadakan Oktober lalu bersama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia di Pasir Puteh, dan disertai lebih dari 100 orang pekebun kecil dan penduduk tempatan. Program ini dilakukan bagi mengeratkan silaturrahim di antara pihak kerajaan, NGO dan rakyat tempatan, selain melahirkan sifat saling mempercayai di antara satu pihak dengan pihak yang lain.

Pengerusi PKPKM Kelantan, YM Tengku Abdul Azis bersama penduduk-penduduk tempatan mengacau bubur asyura.

Para tetamu sedang beramah mesra bermain permainan tradisional Melayu.

PKPKM PRIHATIN

LAWATAN MANGSA KEHILANGAN RUMAH AKIBAT KEBAKARAN

YM Tengku Abdul Azis, Pengerusi PKPKM Kelantan melawat keluarga Joning Bin Abdul Rahman, yang ditimpa musibah kebakaran rumah pada awal November 2016. Antara yang musnah termasuklah rumah, sebuah kereta dan sebuah motorsikal.

Keadaan kereta mangsa akibat kebakaran.

Rumah yang musnah teruk akibat kebakaran.Pengerusi PKPKM Kelantan, YBhg Tengku Abdul Azis memberikan sedikit bantuan kepada mangsa.

Tingkatkan hubungan baik Kerajaan-NGO-Rakyat

Kerugian hampir RM500,000

Aktiviti PKPKM Aktiviti PKPKM

3332 Disember 2016NADI Disember 2016NADI

KOMUNIKASI DUA HALA PKPKM DAN AHLI KUNCI UTAMA BANTU FAHAMI MASALAH PEKEBUN KECIL

Satu sesi Dialog Peserta Dan Rancangan FELDA Dan FELCRA Bersama PKPKM Pusat telah diadakan di Sungkai Perak pada 10 Oktober 2016. Program yang disertai lebih 50 orang peneroka dan peserta FELDA dan FELCRA ini turut dihadiri oleh wakil FELCRA Changkat Sulaiman, Perak. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah berkenaan hutang peserta FELCRA, penerimaan wang hasil buah, dan status Gen 2 FELCRA.

Sesi Dialog Bersama Pekebun-Pekebun Kecil Bebas Dan Rancangan Bakal Diketengahkan kepada Pihak Berwajib.

Tuan Haji Mohd Nor Omar, Ketua JKHE FELDA PKPKM sedang menjawab soalan tetamu berkenaan FELDA.

Tetamu mengajukan soalan kepada YBhg Dato’.

Salah seorang tetamu sedang mengajukan soalan.

Presiden PKPKM, Dato’ Aliasak Ambia sedang memberikan ucapan alu-aluan.

Antara peserta yang hadir dalam program dialog.

KERJASAMA PKPKM - JAWATANKUASA EXCO NEGERI MELAKAKongsi Jalan Penyelesaian Punca Kejatuhan Harga Getah Satu sesi Kunjungan Hormat PKPKM peringkat Negeri Melaka bersama Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Negeri Melaka, YB Datuk Hassan Abdul Rahman telah diadakan di Sungai Rambai, selepas beliau merasmikan program Lembaga Getah Malaysia (LGM) berkenaan harga getah.

Kunjungan hormat tersebut telah dihadiri oleh 10 orang Jawatankuasa PKPKM Negeri Melaka, diketuai oleh Pengerusi PKPKM Negeri Melaka, Tuan Haji Azman Abdul. Antara perkara yang dibincangkan di dalam kunjungan tersebut termasuklah tentang punca harga getah yang jatuh, serta kaedah untuk membantu pekebun kecil getah selain daripada bantuan Insentif Pengeluaran Getah (IPG). PKPKM Negeri Melaka juga berbincang tentang program kerjasama yang boleh dijalankan di antara PKPKM dan Jawatankuasa Negeri Melaka pada masa hadapan.

Sewaktu kunjungan hormat tersebut juga, PKPKM Negeri Melaka telah berbincang dengan YB Datuk Hassan untuk menjalankan program usahasama kepada pekebun kecil, di mana PKPKM akan menyediakan peserta untuk program peringkat negeri Melaka, manakala Jawatankuasa Exco Negeri Melaka pula menyediakan dana untuk melaksanakan program tersebut.

Pengerusi PKPKM Negeri Melaka, Tuan Haji Azman Abdul Bersama YB Datuk Hassan Abdul Rahman.

Aktiviti PKPKM Aktiviti PKPKM

3534 Disember 2016NADI Disember 2016NADI

PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH ANJURAN PKPKM SUNGAI TEKAM Bantu Serah Beg Sekolah Sempena Musim Persekolahan 2017

PKPKM Cawangan Sungai Tekam Utara dengan kerjasama UMNO Sungai Tekam Utara Barat telah menyerahkan kira-kira

50 beg sekolah kepada anak-anak peneroka FELDA Sungai Tekam Utara sempena musim persekolahan 2017. Program yang dilaksanakan pada penghujung November 2016 ini turut dihadiri wakil daripada Pertubuhan Peladang Sungai Tekam Utara, DHS Rish Event Management, serta Sukarelawan Jiwa Malaysia (ISM).

Seramai 50 orang pelajar menerima bantuan beg sekolah sempena musim persekolahan dalam program tersebut. Menurut pengerusi PKPKM Cawangan Sungai Tekam Utara, Tuan Haji Badion Onteram, beliau berharap program sebegini dapat diteruskan bagi meningkatkan kerjasama di antara PKPKM dengan pihak kerajaan selain agensi dan persatuan tempatan.

Pengerusi PKPKM Sungai Tekam Utara bersama wakil kerajaan dan agensi serta sebahagian pelajar yang menerima bantuan beg sekolah.

Sesi pemberian beg sekolah oleh wakil PKPKM dan agensi-agensi terlibat.

2 Disember 2016 melakar sejarah PKPKM apabila Negeri Sembilan secara rasminya telah menubuhkan satu lagi cawangan PKPKM di Batu Kikir. Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh Presiden PKPKM, YBhg. Dato’ Haji Aliasak bin Haji Ambia, telah dijalankan di Teratak Za’ba yang terletak di Daerah Jempol. Seramai lebih 40 orang ahli PKPKM hadir di dalam majlis tersebut yang berlangsung selama setengah hari.

Selain merasmikan cawangan baharu, majlis penerangan turut diadakan dan diketuai oleh Setiausaha Agung PKPKM, Tuan Haji Adzmi Hassan. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah tujuan penubuhan cawangan Batu Kikir, visi dan misi PKPKM, serta harapan PKPKM pusat kepada cawangan Batu Kikir tersebut. Turut hadir adalah jawatankuasa peringkat Negeri Sembilan dan ketua-ketua cawangan.

Dato’ Aliasak dalam ucapannya turut menekankan, supaya ahli PKPKM perlu menjadi lebih aktif dalam melakukan aktiviti bagi menghidupkan cawangan tersebut, selain meningkatkan hubungan erat dengan agensi-agensi kerajaan di peringkat tempatan, bagi mendapatkan input-input yang penting kepada pekebun kecil. Satu sesi dialog juga telah diadakan di dalam majlis tersebut, bagi membincangkan penubuhan PKPKM, dan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan di peringkat pusat untuk dilakukan di peringkat cawangan tersebut.

MAJLIS PENERANGAN DAN PERASMIAN CAWANGAN BATU

KIKIRTingkatkan Hubungan Baik PKPKM dan Agensi-Agensi Kerajaan dan

Swasta Yang Berkaitan.

Ahli-ahli bergambar kenangan bersama barisan Pimpinan PKPKM.

Tetamu bertanyakan soalan. Tetamu bertanyakan soalan.

Setiausaha Agung PKPKM, Tuan Haji Adzmi Hassan menerangkan tentang perlembagaan persatuan.

37Disember 2016NADI

Isu KhasAktiviti PKPKM

36 Disember 2016NADI

MAJLIS PENERANGAN PKPKM PERINGKAT NEGERI JOHORPKPKM Komited Bantu Pekebun Kecil Ketengahkan Masalah Pada Agensi-Agensi Satu majlis penerangan PKPKM peringkat Negeri Johor telah diadakan di Dewan Mesra Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi pada 21 Disember 2016. Program penerangan ini dihadiri oleh lebih 300 orang yang terdiri daripada peserta-peserta FELCRA, peneroka-peneroka FELDA, serta pekebun-pekebun kecil dari seluruh negeri Johor.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Presiden PKPKM, YBhg Dato’ Haji Aliasak bin Haji Ambia, serta dihadiri oleh Pengerusi Generasi kedua FELDA Air Tawar 3, Encik Abdul Razak bin Abdul Majid, dan Wakil Pengarah RISDA Negeri Johor, Puan Hajah Rubiah bte Wakiman.

Pengerusi PKPKM Negeri Johor, Encik Roslan bin Mad Nor di dalam ucapannya, menyatakan bahawa setiap masalah yang dihadapi pekebun kecil akan disuarakan oleh pimpinan negeri ke PKPKM Pusat namun perlulah melalui saluran

yang betul, selain menekankan supaya setiap ahli perlu bersatu padu dalam mendapatkan hak dan kebajikan mereka.

Sesi dialog juga turut diadakan di antara tetamu dan wakil-wakil PKPKM serta agensi kerajaan, bagi membincangkan masalah yang dihadapi pekebun kecil tempatan. Kaunter pendaftaran ahli baharu dan kemaskini maklumat ahli juga turut dibuka.

Pengerusi PKPKM Negeri Johor, Encik Roslan Mad Nor menyampaikan ucapan.

Kaunter Pendaftaran ahli turut diadakan dalam majlis tersebut.

JUMLAH PENIAGA GETAH TIDAK TELUS SEMAKIN BERTAMBAH

Jumlah Aktiviti Jual Beli Getah Beku Di Peringkat Ladang Tidak Menggunakan Resit Rasmi Semakin Berleluasa

Resit yang menggunakan tulisan tangan dilihat semakin berleluasa digunakan oleh peniaga getah yang membeli getah daripada pekebun kecil, walaupun ianya dilarang Keras oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) kerana bertentangan dengan syarat pelesenan LGM.

Peniaga getah yang menjalankan urusan jual beli getah perlu mempunyai lesen yang diluluskan oleh LGM, dan diberikan resit rasmi yang mesti digunakan di dalam urusan tersebut. Namun apa yang berlaku kebelakangan ini, penyalahgunaan kuasa dengan menggunakan resit yang ditulis tangan semakin berleluasa di kalangan peniaga,tanpa menghiraukan kesannya kepada penjual yang terdiri daripada pekebun kecil.

YBhg Dato’ Haji Aliasak Ambia, Presiden PKPKM menekankan tentang kepentingan resit LGM kepada pekebun kecil getah, terutamanya apabila melakukan tuntutan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang memerlukan pekebun kecil getah menyediakan resit rasmi LGM dalam proses tersebut. Hal ini disebabkan terdapat banyak kes di mana pekebun kecil tidak dapat menuntut IPG kerana tidak diberikan resit rasmi ketika urusan jual beli getah beku.

Tambahnya, terdapat tindakan undang-undang yang boleh di ambil sekiranya penggunaan resit rasmi ini tidak dilaksanakan oleh peniaga getah, selain menegaskan ahli-ahli PKPKM yang terdiri daripada pekebun kecil getah supaya membuat aduan kepada PKPKM atau LGM bagi menyelesaikan perkara tersebut.

Resit tulisan tangan semakin banyak digunakan.

Beza resit rasmi daripada LGM dan resit tulisan tangan yang perlu difahami pekebun kecil getah.

Oleh: Muhammad Shofi Mustapa

Presiden PKPKM, YBhg Dato’ Haji Aliasak Ambia menyampaikan ucapan berkenaan fungsi PKPKM kepada

tetamu.

Antara tetamu-tetamu yang hadir.

Puan Rubiah Wakiman sedang menjawab soalan tetamu berkenaan RISDA.Antara tetamu-tetamu yang hadir.

38 Disember 2016NADI